The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hanis02-679, 2021-07-14 11:12:27

BUKU LOG BSMM

T1 HANIS AYUNI

Keywords: BUKU LOG BSMM

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN
06000 JITRA, KEDAH DARUL AMAN

KOKURIKULUM - UNIT BERUNIFORM
MPU3062

BULAN SABIT MERAH MALAYSIA
BUKU LOG

PISMP SEMESTER 3

NAMA : HANIS AYUNI BINTI HADI

KAD PENGENALAN : 011209-11-0504

AMBILAN : JUN 2020

KELAS : BIMBINGAN DAN KAUNSELING 3

NAMA PESYARAH : 1. EN. MUSAIDI BIN MUSTAFFA

2. EN. IKHWAN HOSNI BIN ALI

BIL TUGASAN TARIKH HANTAR
1 BUKU LOG 14 JULAI 2021

ISI KANDUNGAN Muka surat
3
Bil Kandungan 4
1 Biodata Guru Pelatih
2 Carta Organisasi 5
3 Maklumat Persatuan 6
7
 Logo Rasmi BSSM 8
 Ikrar BSSM 12
 Lagu BSSM 17
4 Laporan Mingguan 19
5 Nota-nota BSSM 25
6 Pertolongan Cemas 29
7 Asas Perkhemahan 30
8 Asas Kawad Kaki
9 Rujukan
10 Lampiran

2

BIODATA GURU PELATIH

NAMA : Hanis Ayuni binti Hadi

KAD PENGENALAN : 011209-11-0504

ANGKA GILIRAN : 2020182340166

KURSUS : Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)

AMBILAN : JUN 2020

KELAS : Bimbingan dan Kaunseling 3

MENTOR : Puan Fadilah binti Othman

TARIKH LAHIR : 09 Disember 2001

ALAMAT RUMAH : Jalan Tok Bugis, Kampung Pulau Panjang, 22000 Jerteh,
NO TELEFON Terengganu

: 011-16949616

EMAIL : [email protected]

3

CARTA ORGANISASI
UNIT BERUNIFORM BULAN SABIT MERAH MALAYSIA
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN 2021

PENGERUSI

MUHAMMAD FAIZ IKMAL B. ZULKIFLI
PISMP SEM 3

NAIB PENGERUSI

HANNAN BT. AHMAD NIZAR
PISMP SEM 3

SETIAUSAHA

AHMAD NAQIYUDDIN B.
ZULKIFLEE
PISMP SEM 3

N. SETIAUSAHA

ASIAH AMANI BT.
MOHAMAD RIDHUAN

PISMP SEM 3

BENDAHARI

MUHAMMAD
FAKHRURRAZI B. MOHD

SABRI
PISMP SEM3

N. BENDAHARI

SITI NURAFRINA BT.
MOHD SAMSUL
PISMP SEM 3

KEBAJIKAN DISIPLIN & ICT & TEKNOLOGI KESELAMATAN
KEPIMPINAN
GEERTHIKAH A/P AHMAD AMIR FRANCO IVAN FELIX
KARTHIGASU MUHAMMAD ALIFF HUDZAIFAH BIN ABDUL PISMP SEM 3
PISMP SEM 3 B. MD ANUAR
PISMP SEM 3 RAHIM EZHILARASI A/P
MUHAMMAD PISMP SEM 3 BALA
SHARILL AIZAD B. NURUL AINI BT.
SAAD MUHAMMAD QURHAFIZ PISMP SEM 3
ABDUL KHALID B. MOHD YUSRI
PISMP SEM 3 PISMP SEM 3 PISMP SEM 3 HANIS AYUNI BT.
HADI
MUHAMMAD NAQIB NUR AFIQAH ALIN ILYA MAISARAH BT.
BIN JUNAIRIZAL BT. MOHD BAKRI ABDUL RAHMAN PISMP SEM 3
PISMP SEM 3
PISMP SEM 3 PISMP SEM 3

PERALATAN AKTIVITI TUGAS KHAS

NUR HAFIZAH BT MOHD SUBASAN A/L VEZHAVENTHAN MUHAMMAD SHARILL
KHAIRUDDIN PISMP SEM 3 AIZAD B. ABDUL KHALID
PISMP SEM 3
MUHAMMAD NAQIB BIN PISMP SEM 3
NUR AISYAH AFIFA BINTI JUNAIRIZAL
SHAIFUL PISMP SEM 3 MIZANI AIDA BINTI
ASZHAR
PISMP SEM 3 MOHAMAD HAFEZ BIN ABDUL
HAMID PISMP SEM 3
RAVIKUMARAN A/L
SUBRAMANIAM PISMP SEM 3 DEEPAN A/L KRISHNASAMY
PISMP SEM 3 PISMP SEM 3

4

LOGO RASMI BULAN SABIT MERAH MALAYSIA

5

IKRAR BULAN SABIT MERAH MALAYSIA

Bahawa kami
Ahli Bulan Sabit Merah Malaysia berikrar
Tat setia kepada Duli Yang Maha Mulia
Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong
Dan pemerintah-pemerintah di negara kami
Berdasarkan prinsip-prinsip Rukunegara

Bahawa kami berikrar
Akan sentiasa patuh kepada perlembagaan dan undang-undang
Serta arahan persatuan walau di mana kami berada

Bahawa kami berikrar
Akan sentiasa memberi khidmat sukarela kami
Kepada mereka yang sakit dan menderita
Di waktu aman atau bencana
Berdasarkan prinsip Bulan Sabit Merah seperti berikut:

KEMANUSIAAN
KESAKSAMAAN
KEBERKECUALIAN
KEBEBASAN
KHIDMAT SUKARELA
KETUNGGALAN
KESEJAGATAN

6

LAGU BULAN SABIT MERAH MALAYSIA
Bulan Sabit Merah Di Malaysia
Giat Berjasa Untuk Negara
Tidak Kira Kaum Dan Agama
Waktu Aman Atau Bahaya
Di Mana Jua Adanya Sengsara
Di Sana Ada Kita
Di Darat Dan Laut Kita Bersedia
Walaupun Diancam Bahaya
Bulan Sabit Merah Gerakan Sedunia
Membantu Semua Yang Menderita
Badan Sukarela Berkhidmat
Dengan Tabah Dan Bersemangat

Lirik: Tan Sri Dato’ Dol Ramli
Lagu: Dato’ Johari Salleh

7

Laporan Mingguan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia

Tarikh : 23 Jun 2021

Masa : 8-10 Pagi

Tempat : Dalam aplikasi Google Meet

Jurulatih bertugas : Encik Musaidi bin Mustaffa
: Encik Ikhwan bin Rosni

Kehadiran : 82 orang

Nama ahli yang tidak hadir : Tiada

Pada 23 Jun 2021, telah bermulanya kuliah pertama bagi kursus MPU3062 bagi pelajar
PISMP ambilan Jun 2020. Kuliah tersebut berlangsung selama dua jam secara dalam talian.
Pada jam 8 pagi, semua ahli Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) berkumpul dalam pelantar
google meet. Pada awalnya, kami diminta untuk mendaftar kehadiran yang disediakan
melalui google classroom yang ditadbir oleh En Musaidi bin Mustaffa, En Ikhwan bin Rosni
dan En Idrus bin Ashaari.

Dalam perjumpaan tersebut, jurulatih memberi pendedahan awal mengenai
perkara-perkara yang akan dipelajari dalam unit kokurikulum BSMM. Jurulatih juga telah
menerangkan tentang Ringkasan Maklumat Kursus (RMK) bagi kursus MPU3062. Selain itu,
jurulatih juga telah menunjukkan beberapa aktiviti yang akan dilakukan dalam unit beruniform
BSMM seperti perkhemahan. Seterusnya, jurulatih dan semua ahli telah berbincang tentang
ahli jawatankuasa serta ketua unit kokurikulum BSMM. Pada akhir sesi kuliah, barisan ahli
jawatankuasa dan ketua unit telah dilantik melalui pesetujuan dan undian semua ahli BSMM.
Sesi kuliah yang pertama telah berakhir pada jam 10 pagi.

Refleksi
Dalam perjumpaan tersebut, saya telah melantik dan menyokong beberapa calon yang

layak memegang jawatan sebagai ahli jawatankuasa dalam unit BSMM. Selain itu, saya jga
telah dilantik sebagi jawatankuasa keselamatan dalam organisasi kami.

Melalui sesi pertama ini, saya telah mempelajari bahawa persetujuan dan sokongan
ahli-ahli sangat penting bagi melantik calon yang sesuai sebagai jawatankuasa sesebuah

8

organisasi. Di samping itu, semua ahli mestilah bekerjasama dalam memberikan komitmen
bagi memastikan kelancaran perjumpaan unit. Tambahan pula, saya juga dapat menambah
kenalan baru melalui perjumpaan ahli yang datang daripada pelbagai pengkhususan di IPG
Kampus Darulaman walaupun perjumpaan tersebut dilakukan secara dalam talian.

9

Laporan Mingguan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia

Tarikh : 30 Jun 2021

Masa : 8-10 Pagi

Tempat : Dalam aplikasi Google Meet

Jurulatih bertugas : Encik Musaidi Bin Mustaffa
: Encik Ikhwan Bin Rosni

Kehadiran : 82/82 orang

Nama ahli yang tidak hadir : Tiada
Pada 30 Jun 2021, perjumpaan unit BSMM kali yang kedua telah berlangsung

selama 2 jam bermula pada jam 8 pagi hingga 10 pagi. Pada jam 8 pagi, semua ahli Bulan
Sabit Merah Malaysia (BSMM) berkumpul dalam pelantar google meet. Seramai 82 ahli telah
menghadirkan diri. Kami diminta untuk mendaftar kehadiran melalui google classroom.

Dalam perjumpaan tersebut, perbincangan dilakukan antara ahli BSMM dan jurulatih
berkaitan cabaran-cabaran dan kelainan yang bakal dihadapi apabila aktiviti unit beruniform
secara dalam talian. Selain itu, jurulatih juga turut memberikan gambaran tentang
perkhemahan yang akan berlangsung secara dalam talian. Seterusnya, jurulatih telah
menunjukkan contoh carta organisasi perkhemahan di samping memberikan gambaran awal
mengenai tugas-tugas ahli jawatankuasa perkhemahan dan aktiviti-aktiviti yang akan
dilakukan semasa perkhemahan berlangsung.

Akhir sekali, jurulatih meminta ahli BSMM untuk menyediakan satu carta organisasi yang
terdiri daripada ketua platun, penolong ketua platun, bendahari, setiausaha dan AJK-AJK
yang diperlukan untuk perkhemahan ini. Setelah sesi perbincangan dan persetujuan
dilakukan, kami berjaya melantik ahli jawatankuasa perkhemahan serta carta organisasi
tersebut.

Refleksi
Dalam perjumpaan tersebut, saya telah melantik dan menyokong beberapa nama calon

untuk dilantik sebagai ahli jawatankuasa perkhemahan. Selain itu, penerangan jurulatih
berkaitan gambaran awal aktiviti perkhemahan telah menyedarkan saya supaya menjadi ahli
BSMM yang cekal dan tabah dengan semua cabaran berhadapan dengan norma baharu ini.

10

Laporan Mingguan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia

Tarikh : 7 Julai 2021

Masa : 8-10 Pagi

Tempat : Dalam aplikasi Google Meet

Jurulatih bertugas : Encik Musaidi Bin Mustaffa
: Encik Ikhwan Bin Rosni

Kehadiran : 82 orang

Nama ahli yang tidak hadir : Tiada
Pada 7 Julai 2021, perjumpaan unit BSMM kali ketiga telah berlangsung selama 2 jam

bermula pada jam 8 pagi hingga 10 pagi. Semua ahli Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM)
berkumpul dalam pelantar google meet pada jam 8 pagi. Seramai 82 ahli telah menghadirkan
diri. Kami diminta untuk mendaftar kehadiran melalui google classroom.

Dalam perjumpaan tersebut, jurulatih telah menerangkan tentang perkhemahan yang
akan berlangsung secara atas talian. Selain itu, jurulatih turut memberi pendedahan
berkaitan aktiviti-aktiviti yang akan dilaksanakan semasa perkhemahan berlangsung seperti
kawad kaki dan amali masakan rimba.

Tambahan pula, setiausaha unit BSMM telah membuka peluang untuk melantik
beberapa ahli jawatankuasa perkhemahan. Semua ahli yang masih tidak mempunyai
jawatan telah diberi peluang untuk mengisi kekosongan ahli kawatankuasa perkhemahan
tersebut. Oleh yang demikia, carta organisasi perkhemahan telah dikemaskini oleh
setiausaha unit. Akhir sekali, ahli jawatankuasa baharu dipilih dan carta organisasi baharu
telah dibentuk.

Refleksi
Dalam perjumpaan tersebut, saya telah mencandang dan menyokong beberapa nama

calon untuk dilantik sebagai ahli jawatankuasa perkhemahan. Selain itu, setelah
mendapatkan penerangan berkaitan aktiviti perkhemahan, saya bertindak untuk membuat
persiapan bagi membeli dan mendapatkan beberapa peralatan tertentu seperti kain anduh
dan tali simpulan.

11

NOTA-NOTA BULAN SABIT MERAH MALAYSIA
Pendidikan Palang Merah/ Bulan Sabit Merah

Emblem Palang Merah/ Bulan Sabit Merah

Lambang Palang Merah dipilih sebagai satu penghargaan kepada Switzerland
(Palang Merah yang berlatar belakangkan putih sepertimana warna bendera
Kebangsaan Swiss yang diterbalikkan). Lambang ini diwujudkan untuk menentukan
perlindungan bagi mereka yang tecedera di masa perang dan anggota-anggota yang
menjaga dan merawat mereka.
Pada bulan November 1876, Turki yang sedang berperang dengan Russia,
mengumumkan kepada Majlis Persekutuan Swiss, sebagai penjaga Konvensyen
Geneva, bahawa lambing Palang Merah menghina kepercayaan agama anggota
tenteranya dan mereka menggunakan lambing Bulan Sabit Merah untuk
perkhidmatan ambulans mereka. Langkah tersebut diikuti oleh banyak
Negara-negara Arab dan Negara-negara yang banyak penduduk muslim. Dua pulih
sembilan buah Negara sekarang menggunakan lambang Bulan Sabit Merah untuk
menandakan orang-orang dan barang-barang yang dilindungi oleh Konvensyen
Geneva.
Negara-negara yang menandatangani Konvensyen Geneva mestilah mengawal
penggunaan lambing tersebut. Lambing hanya boleh dipamerkan di atas kenderaan,
kapal terbang, kapal laut, bangunan, pembinaan dan juga oleh orang-orang yang
ditugaskan untuk menjaga dan mengangkut mereka yang tercedera akibat perang.
Adalah dilarang menggunakan lambing ini bagi tujuan peperangan, perniagaan dan
pusbiliti. Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah dibenarkan menggunakan
lambang ini untuk mengenalpasti bangunan, barang dan kenderaan kepunyaan
mereka.

12

PRISIP-PRINSIP ASAS PERTUBUHAN
 Memberikan pertolongan tanpa diskriminasi kepada mereka yang tercedera di medan
peperangan.
 Mencegah dan meredakan kesengsaraan.
 Melindungi nyawa dan kesihatan.
 Memupuk kesefahaman, kerjasama, hormat-menghormati dan kedamaian sesama
manusia.
1. KESAKSAMAAN (Impartility)
 Palang Merah atau Bulan Sabit Merah tidak membezakan kaum, agama, darjat atau
pun fahaman politik dalam kegiatannya.
 Pada asasnya meringankan kesengsaraan individu dalam kes kecemasan.

2. KEBERKECUALIAN (Neutrality)
 Tidak menyebelahi pihak-pihak yang bermusuhan.
 Tidak menyertai pertikaian yang bercorak politik, perkauman, agama dan ideologi.

3. KEBEBASAN (Independence)
 Palang Merah atau Persatuan Bulan Sabit Merah bertindak mengikut prinsip

pergerakannya walaupun pertubuhan ini merupakan badan sokongan kepada pihak
berkuasa awam.

4. KHIDMAT SUKARELA (Voluntary Service)
 Palang Merah atau Persatuan Bulan Sabit Merah merupakan badan sukarela yang

tidak didorong oleh sebarang tujuan mencari keuntungan.

13

5. KETUNGGALAN (Unity)
 Hanya satu Pertubuhan Palang Merah dan Persatuan Bulan Sabit Merah di sesebuah

negara.
 Pertubuhan ini terbuka kepada semua pihak
 Aktivitinya meliputi seluruh negara

6. KESEJAGATAN (Universality)
 Pertubuhan Palang Merah dan Persatuan Bulan Sabit Merah Antarabangsa meliputi

seluruh dunia.
 Mempunyai tanggungjawab bersama.
 Saling bantu-membantu di antara satu dengan lain antara negara.

7. KEMANUSIAAN (humanity)
 Untuk berusaha mencegah dan meringankan kesengsaraan di mana jua terdapat,

melindungi nyawa dan kesihatan, serta menentukan penghormatan sesama manusia.
 Prinsip ini dapat memupuk kesefahaman, persahabatan, kerjasama dan kediaman

yang kekal antara semua manusia.

14

OBJEKTIF PERLEMBAGAAN
Dibawah peruntukan Akta Perbadanan, Objektif BSMM “Dalam masa aman atau
peperangan, memberi bantuan sukarela kepada orang sakit dan cedera samada dari
angkatan tentera atau pihak yang tidak berperang, kepada orang tawanan perang, dan
orang awam yang menderita akibat peperangan, mengikut semangat dan waad-waad
Konvensyen Geneva dan menjalankan segala kewajipan ke atas sesuatu Persatuan
Kebangsaan oleh tiap-tiap Negara yang telah menjadi suatu pihak kepada Konvensyen
Geneva.”
Subperaturan 5(1) (a) dalam persatuan-persatuan pendidikan (Persatuan sekolah) 1998.
Akta pendidikan 1996 seperti dalam warta Kerajaan Malaysia jilid 42, No. 11 Tambahan
No. 41, Perundangan (A):P.U.(A) 196 bertarikh 1998 berikut merupakan
peraturan-peraturan (perlembagaan) Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia:
Peraturan 1 : Nama dan alamat
Peraturan 2 : Matlamat
Peraturan 3 : Objektif
Peraturan 4 : Keahlian
Peraturan 5 : Guru Penasihat
Peraturan 6 : Ahli jawatankuasa
Peraturan 7 : Tugas dan tanggungjawab jawatankuasa

15

LAMBANG BULAN SABIT MERAH MALAYSIA

Lambang BSMM Ukuran Lambang BSSM

Kegunaan Lambang

Kegunaan lambang yang asal adalah untuk perlindungan, yang lebih terpakai semasa
peperangan. Kegunaan yang lebih baru pula iaitu semasa aman ialah untuk
pengenalan, iaitu sesiapa yang memakai lambang tersebut dikenali mempunyai
pertalian dengan Pergerakan Palang Merah atau Bulan Sabit Merah.

COGAN KATA BSMM

“Cergas Pada Masa Aman Dan Perang”

BENDERA BSMM

Bendera BSSM Ukuran bendera BSSM

16

PERTOLONGAN CEMAS

Pengertian Pertolongan Cemas
Pertolongan atau bantuan segera yang bersifat sementara diberikan kepada mangsa yang
mengalami kemalangan atau kecederaan dengan segala kemudahan yang terdapat di
tempat kejadian sebelum ketibaan bantuan perubatan atau sebelum mangsa mendapat
rawatan perubatan yang sempurna.

Tujuan-tujuan Pertolongan Cemas
a) Membantu menyelamatkan nyawa mangsa.
b) Mengelakkan mangsa dari kecederaan yang lebih teruk.
c) Membantu mengurangkan kesakitan atau kesengsaraan mangsa.

Sifat-sifat Pemberi Pertolongan Cemas Yang Baik
a) Mempunyai kepercayaan kepada diri sendiri di dalam mengendalikan kes-kes
kecemasan.
b) Pantas ikhtiar menggunakan segala kemudahan yang terdapat di tempat kejadian
atau sekelilingnya.
c) Tajam perhatian di dalam mengenali tanda-tanda dan gejala sesuatu kes.
d) Mempunyai sifat bertimbang rasa kepada mangsa.
e) Tidak mempunyai sikap memilih bangsa atau keturunan semasa memberi keutamaan
rawatan mangsa.
f) Bersifat lemah lembut semasa memberi bantuan agar dapat mengurangkan kesakitan
si mangsa.

17

Tugas-tugas Ahli Pertolongan Cemas
a) Menyelamatkan mangsa secara permulihan pernafasan CPR jika pernafasan mangsa
terhenti, menahan pendarahan dan mengelakkan mangsa dari terjadi renjatan.
b) Membalut luka dengan kain yang bersih supaya dapat mengelakkan dari jangkitan
kuman.
c) Memberi sokongan di bahagian yang cedera terutamanya patah dengan tuap atau
anduh supaya bahagian yang cedera berkeadaan tetap dan tidak bergerak.
d) Elak mangsa dari mengalami renjatan.
e) Beri semangat kepada mangsa agar sentiasa berada dalam keadaan tenang.
f) Atur bantuan agar mangsa mendapat rawatan perubatan.

Peraturan-peraturan Semasa Memberi Bantuan
a) Membuat penilaian keadaan
 Menentukan keselamatan diri dan mangsa dalam keadaan selamat.
 Kemudahan-kemudahan yang terdapat seperti telefon bagi kemudahan
mendapatkan bantuan.
 Dapat menilai keterukan/keparahan mangsa
b) Membuat diagnosa
 Mendapatkan sejarah kejadian, tanda-tanda gejala, keadaan sekeliling yang
boleh dijadikan bukti serta menjalankan pemeriksaan ke atas kecederaan
mangsa.
c) Memberi rawatan sementara
 Menjalankan rawatan mengikut prinsip dan memberi keutamaan kepada mangsa
yang teruk.
d) Membuat dan memberi laporan
 Mengikut sejarah, kecederaan, pernafasan, nadi, kesedaran dan rawatan yang
telah dilakukan ke atas

18

ASAS PERKHEMAHAN

Berkhemah adalah penghidupan di luar sama ada di hutan, pantai, bukit, gunung dan
sebagainya. Berkhemah bermakna anda menerima atau memikul beberapa tanggungjawab
terhadap pengurusan maknan, perlindungan dan melibatkan diri dalam aktiviti berkaitan
dengan persekitaran. Sekiranya anda berkhemah secara individu atau berkumpulan,
perhubungan rapat dengan alam semulajadi perlu menjadi keutamaan bersama.

Jenis-jenis khemah
 Terdapat dalam pelbagai saiz dan bentuk menyebabkan ia sukar untuk
diklasifikasikan dan diberikan definisi yang sebenar.
 Walau bagaimanapun, jenis-jenis khemah dapat diperincikan berdasarkan
kesesuaiannya.

Struktur khemah
Umumnya khemah mempunyai “poles” atau batang yang membentuk rangka dan fabrik
khemah atau skin yang akan menutup rangka ini membentuk poket dalaman.
I. Khemah Struktur A

 Bingkai berkaki 2 di bahagian luar hujung khemah dan membentuk khemah
bersegitiga.

 Khemah jenid ini telah lama digunakan dan antara jenis khemah terawal.

19

II. Khemah Hoop
 Menggunakan 1 hingga 3 gegelung dan khemah akan menjadi bentuk terbular.
 Dinding khemah berbentuk melengkung membenarkan isipadu yang lebih luas
dengan permukaan yang sama.
 Khemah jenis ini kuat dan kukuh.

III. Khemah Rabung
 Mempunyai du abatang tiad dan sebatang alang untuk menyokokng bumbung
 Di hujung khemah diikat dengan pancang yang ditanam dalam tanah.
 Flysheet dibentangkan untuk menutup bahagian dalam. Ia selalu digunakan
untuk perlindungan yang cepat dan hanya untuk keadaaan cuara yang elok.

IV. Khemah Dinding
 Mempunyai kain khemah yang agak kecil dan kain tersebut digunakan sebagai
dinding dan bumbung.
 Biasanya khemah ini digunakan untuk aktiviti perkhemahan yang jangka
masanya pendek.
 Lazimnya digunakan di tepi pantai dan tepi sungai untuk aktiviti memancing.

V. Khemah Satu Tiang
 Ringan dan senang didirikan
 Sesuai untuk perkhemahan yang ringkas.
 Boleh digunakan oleh seorang atau dua orang peserta perkhemahan sahaja.

20

VI. Khemah Ridge
 Sangat sesuai untuk aktiviti perkhemahan di kawasan pergunungan, di tepi
sungai, jambori dan sebagainya.
 Boleh digunakan seramai tiga hingga sepuluh orang peserta perkhemahan.
 Dikategorikan kepada tiga jenis iaitu :
1. Khemah ridge jenis helainan terbang (tent harque double)
2. Khemah ridge dua tiang
3. Khemah ridge besar
- Khemah ridge helaian terbang sangat senang dibawa dan ringan.
- Biasanya diperbuat daripada nilon.
- Tiang khemah diperbuat daripada aluminium atau aloi.
- Boleh memuatkan seramai empat hingga sepuluh orang peserta.
- Khemah bentuk ridge dua tiang kebiasaanya mempunyai dua lapis
bahagian bumbung.
- Mahal.
- Boleh memuatkan antara tiga hingga enam orang peserta.
- Tiang dan bumbungnya diperbuat daripada aluminium.
- Khemah ridge bentuk besar bisanya diperbuat daripada kanvas.
- Mempunyai pelbagai saiza dan berat
- Boleh menampung seramai 10 hingga 40 orang penghuni.
- Khemah ridge ditegakkan dengan menggunakan aloi.

21

Mendirikan khemah
PERINGATAN yang harus diingat oleh setiap peserta semasa mendirikan khemah:

 Bina parit-parit kecil di sekeliling khemah supaya air hujan dapat mengalir jauh
dari khemah.

 Ikat tali khemah dengan tegang dan betul ke pancang supaya tidak
menggelendong.

 Menjarakkan khemah supaya tidak terlalu hampir dengan setiap khemah. Jarak
yang sesuai adalah lebih kurang 3.4 meter.

 Taburkan sulfur (belerang) di sekeliling khemah untuk mengelakkan binatang
berbisa memasuki khemah.

Lokasi perkhemahan
Pemilihan tapak perkhemahan yang bersesuaian adalah amat penting sebelum
mendirikan sesebuah khemah. Ini bertujuan untuk memberikan keselesaan kepada
penghuni khemah sepanjang perkhemahan untuk memastikan keselamatan juga
kelancaran aktiviti yang akan dilakukan.
Faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan tapak perkhemahan.
a) Angin
b) Kecerunan
c) Cahaya
d) Bentuk muka bumi
e) Halangan bahaya semulajadi
f) Laluan air
g) Luas tapak

22

Ciri-ciri tapak perkhemahan
 Pastikan khemah didirikan di tapak yang rata untuk memastikan keselesaan
semasa berkhemah.
 Pastikan pintu khemah tidak menghala ke arah pancaran matahari. Ini adalah
untuk mengurangkan bahang panas di dalam khemah.
 Pastikan pintu khemah tidak menghala ke arah tiupan angin agar dapat
mengelakkan tempias ketika hujan dan mengurangkan kehangatan ketika musim
kemarau.
 Pastikan khemah tidak didirikan di kawasan semak-samun untuk mengelakkan
binatang berbisa merayap ke dalam khemah atau di sekeliling kawasan khemah.

Langkah-langkah keselamatan perkhemahan
1. Penyediaan Kraf Perkhemahan

 Mestilah memakai kasut yang selamat semasa berjalan mencari bahan untuk
perkhemahan.

 Berhati-hati semasa menggunakan peralatan tajam.
 Pastikan bahan-bahan yang berlebihan selepas membuta kraf seperti keratan

kayu dan buluh tidak dibiarkan berselerak.
 Pastikan setiap kraf yang dihasilkan mestilah betul-betul kukuh sebelum

digunakan.
 Pastikan bantuan sama ada rawatan kecederaan ringan atau melaporkan

kepada bahagian pertolongan cemas untuk bantuan hendaklah disegerakan jika
berlakunya kecederaan
 Jika berlakunya kecederaan berat mestilah disegerakan hantar ke hospital.

23

2. Keselamatan Khemah
 Ubat nyamuk tidak dibenarkan dipasang di dalam atau terlalu hampir dengan
khemah
 Khemah bukan tempat untuk menjemur kain atau pakaian.
 Tidak dibenarkan memasak di dalam khemah.
 Digalakkan makan di luar khemah untuk mengelakkan semut atau bianatang lain
daripada memasuki khemah.
 Pastikan di luar dan dalam khemah sentaiasa berkeadaan bersih dan kemas.
 Merokok adalah dilarang sama sekali di dalam khemah
 Pastikan khemah yang dipasang adalah kukuh dan selamat untuk digunakan.

Peraturan keselamatan perkhemahan
 Setiap peserta perkhemahan mestilah patuh kepada semua arahan keselamatan,
kawalan dan penerangan perkhemahan pada setiap masa.
 Menjaga kebersihan kawasan perkhemahan
 Mengutamakan faktor kesihatan dari aspek makanan, minuman, pakaian dan
tapak perkhemahan.
 Berhati-hati melakukan sebarang aktiviti dan sentiasa menghormati serta
menghargai kawasan sekitar.
 Mengamalkan semangat kerjasama, tolak ansur dan kekitaan dalam menghadapi
sebarang gangguan keselamatan.
 Mengutamakan aspek keselamatan semasam melakukan semua aktiviti

24

ASAS KAWAD KAKI

Apa itu kawad kaki?
Kawad ialah perbarisan oleh anggota pasukan seragam, terutamanya tentera,bomba dan
polis yang melibatkan pegerakan kaki, tangan dan badan serentak.

Objektif kawad kaki
1. Untuk membentuk seseorang supaya bermegah dengan tatatertib cergas dan taat
setia.
2. Meningkatkan kemahiran, kecekapan serta berkemampuan mengendalikan hal-hal
berkaitan kawad kaki dan pengurusan perbarisan.
3. Membentuk sifat kepimpinan yang tinggi kepada pegawai di dalam Jabatan Bomba
dan Penyelamat Malaysia.
4. Menjadikan seorang pegawai/jurulatih yang mempercayai diri dan bertatatertib pada
setiap masa.
5. Membentuk anggota supaya bekerjsama dalam satu kumpulan.
6. Membina semangat berpasukan, berdisiplin dalam membentuk jati diri serta dapat
membentuk sesebuah pasukan supaya sentiasa bekerjasama dalam pasukan.
7. Melahirkan anggota pertahanan awam yang berkeyakinan dan sentiasa
mengamalkan budaya cemerlang dan berdisiplin.
8. Membina dan melahirkan anggota Bomba yang bersifat tegas sentiasa bekerjasama
dan kekuatan diri dari segi fizikal dan mental.

25

Tujuan
Memberikan ilmu pengetahuan serta membentuk disiplin yang tinggi kepada
pegawai/jurulatih bagi menambah kemahiran kawad serta dapat mengendalikan apa-apa jua
perbarisan.

Bahasa Hukuman Kawad Kaki Bulan Sabit Merah Malaysia

No. Bahasa Hukuman Kawad Kaki BSSM
1. Baris / Skuad.
2 Baris. Sedia.
3 Kekanan. Lurus.
4 Pandang. Depan.
5 Buka Barisan. Gerak.
6 Tutup Barisan. Gerak.
7 Bergerak ke kanan, Bertiga-tiga, Kekanan Pusing.
8 Skuad akan menghadap ke Hadapan, Ke kiri Pusing.
9 Bergerak ke kiri Bertiga-tiga, Kekiri Pusing.
10 Bergerak ke kanan Bertiga-tiga, ke belakang Pusing.
11 Bergerak ke kiri Bertiga-tiga, ke belakang Pusing.
12 Skuad akan Menghadap ke Hadapan, Ke kanan Pusing.
13 Skuad akan Menghadap ke belakang, ke belakang Pusing.
14 Bergerak kekanan bertiga-tiga, ke kanan Pusing.
15 Skuad akan menghadap ke belakang, ke kiri pusing.

26

16 Bergerak ke kiri bertiga-tiga, ke kiri pusing.
17 Skuad akan menghadap ke belakang, ke kanan pusing.
18 Skuad akan menghadap ke hadapan, ke belakang pusing.
19 Langkah, kekanan gerak.
20 Langkah, ke kiri gerak.
21 Langkah, ke hadapan gerak.
22 Langkah, ke belakang gerak.
23 Dari kiri, cepat jalan.
24 Tukar langkah semasa berjalan. Tukar langkah. 3x
25 Tukar langkah, dengan langkah berlagak tukar langkah. 3x
26 Bergerak kekanan/kiri bertiga-tiga, kebelakang pusing.

Skuad akan menghadap kehadapan / belakang, kebelakang pusing.
27 Dari kiri / kanan, kanan belok.
28 Dari kiri / kanan, kiri belok.
29 Bergerak kekanan / kiri bertiga-tiga, kekanan / kiri pusing.
30 Skuad akan menghadap kehadapan / belakang, kekanan / kiri pusing.
31 Hormat, ke hadapan hormat.
32 Hormat selaku terima sijil, hormat kehadapan hormat.
33 Hormat, kekanan hormat.
34 Hormat, kekiri hormat.
35 Tukar langkah perlahan, perlahan jalan.
36 Tukar langkah masa jalan perlahan, tukar langkah. 3x

27

37 Bergerak kekanan/kiri, kebelakang pusing.
Skuad akan menghadap kehadapan / belakang, kebelakang... Pusing.

38 Dari kiri / kanan, kanan belok.
39 Dari kiri / kanan, kiri belok.
40 Bergerak kekanan / kiri, kekanan / kiri pusing.
41 Skuad akan menghadap kehadapan / belakang, kekanan / kiri pusing.
42 Tukar langkah cepat, cepat jalan.
43 Skuad henti.
44 Hentak kaki
45 Skuad henti.
46 Skuad akan mara menghadap , untuk diperhati semula dari tengah

Cepat jalan .(14-1-2)
47 Hormat , hormat kehadapan hormat .(2-1-2-1)

28

Rujukan
Ab Alim Abdul Rahim. (2004). Panduan Perkhemahan, Simpulan dan Pioneering. Kuala

Lumpur: Fajar Sakti Sdn. Bhd.
Ab Alim Abdul Rahim. (2004). Pengurusan Jejak Kerja Kokurikulum. Kuala Lumpur: Fajar

Sdn. Bhd.
Consalvo, C. (2012). Experiential Training Activities for Outside and In. New York: Amherst:

Mass Publishing.
Isa Abdul Rahman. (1989). Pertolongan Cemas: Prinsip dan Amalan. Kuala Lumpur:

Crescent News Sdn. Bhd.
Kim Duffek. (2008). Creating Outdoor Classrooms: Schoolyard Habitats and Gardens for the

Southwest. Texas: University of Texas Press.
Martin, B. (2006). Outdoor Leadershi: Theory and Practice. Champaign.IL: Human Kinetics.
Persatuan Orienteering Malaysia. (2010). Teknik Asas Orienteering. Kuala Lumpur: Budiman

Publishing.
Persatuan Pengakap Malaysia. (2009). Buku Panduan dan Skim Latihan Pengakap Kelana.

Kuala Lumpur: Persekutuan Pengakap Malaysia.

29

Lampiran
Rajah 1: Tangkapan skrin perjumpaan minggu pertama di pelantar google meet
Rajah 2: Tangkapan skrin perjumpaan minggu kedua di pelantar google meet

30

Rajah 3: Tangkapan skrin perjumpaan minggu ketiga di pelantar google meet

31


Click to View FlipBook Version