PENULIS : Zadatul Nur Atiqa bint Abd Rashid
Budin merupakan anak peneroka Felda. Hari ini Budin telah terpilih menjadi Tokoh Kanak-kanak Harapan. Dahulu Budin dibesarkan dalam keluarga peneroka Felda yang serba kekurangan. Setiap pagi sebelum ke sekolah Budin menolong ibu bapanya menoreh getah. Tetapi pada suatu hari kehidupan keluarga Budin berubah.
Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan adik Budin bin Bayu untuk naik ke pentas bagi menerima Anugerah Tokoh Kanakkanak Harapan bagi tahun 2023. Tahniah, Budin. Terima kasih Cikgu Haziq.
Assalamualaikum, Encik Bayu. Saya Samsul dari ibu pejabat FELDA. Saya ingin mengucapkan tahniah kerana nama encik tersenarai sebagai penerima bonus dan dividen hasil getah tahun ini. Walaikumsalam, alhamdulillah terima kasih banyak encik, terima kasih banyak.. Ketika majlis berlangsung, ayah Budin menerima panggilan daripada nombor yang tidak dikenali. Rupa-rupanya..
Semenjak hari itu, kehidupan mereka berubah sepenuhnya.. Pada suatu petang, Budin sedang melakukan kerja rumah yang diberikan oleh gurunya..
Baik aku hasut Budin untuk makan aku hihihi.. Banyak pula kerja rumah yang patut Budin siapkan malam ni. Tapi nak baca buku Budin dah tak larat apatah lagi perut Budin tengah berbunyi ni.
Ya ka kau ni sedap? Kau tu bukannya berkhasiat untuk Budin... Budin nak jadi budak pandai, bijak dan cergas. Kau bukannya ada khasiat macam tu...Dah lah! pergi.. pergi.. Budin nak belajar ni. Budin.... ooi....ooi... Budin. Kau tengah laparkan?...cuba tengok sini... aku sedap tau. Makanlah aku. Kalau kau makan aku tentu kau kenyang... Cepatlah Budin... rehatlah dulu... Cuba kau rasa aku... aku sedap tau...
Huh, penatnya Budin buat kerja rumah ni.
Budin, marilah tengok aku. Sekarang kan masa kau tengok Upin Ipin. Lepas kau tengok Upin Ipin, kau boleh tengok bola kampung pula. Marilah tengok aku. Kau boleh makan popcorn sambil tengok aku tau.
Budin tidak melayan karenah televisyen tersebut. Namun, tiba-tiba.. Eh Budin takkan dah tak nak main dengan aku. Kasihanlah aku main sorang-sorang.
Maaflah bola kali ni Budin tak boleh main dengan kau. Nanti bila Budin dah cemerlang dalam peperiksaan Budin main dengan kau. Taip masa pun boleh sampai kau pecah pun boleh.
Budin oh Budin, jom gunakan aku. Kau dah dapat aku ni. Aku ni.. Mahal harganya lagipun bukan senanf rau nak beli telefon edisi kelima macam aku ni. Buat apa kau beli aku kalau tak guna aku Budin. Budin juga tidak melayan karenah bola tersebut. Tiba-tiba bunyi aplikasi Whatsapp didengari oleh Budin..
Ye tak ye juga tak kan Budin nak abaikan kawan karib Budin. Marilah Iphone Budin gunakan kau sekejap. Tapi sekejap je tau.. Budin berusaha untuk menolak hasutan Iphone dengan mengatakan bahawa kerja rumah lagi penting. Namun Iphone terus menghasut Budin.. Alah.. takpe la Din sekejap je. Dah banyak dah Whatsapp masuk dari kawan-kawan kau ni. Balas lah dulu..
Setelah penat bermain telefon, Budin pun tertidur lalu bermimpi..
Budin dililit oleh ular lalu meronta-ronta kerana terperangkap. Budin menyanyikan lagu yang dicipta oleh bapanya sambil menyimpan azam untuk belajar bersungguh-sungguh sehingga lilitan ular tersebut semakin renggang. Tolong! tolong!
Takkan kubiarkan Burger, Iphone menghasutmu hai sayang Datang bola menggoda PSP dan TV Budin perlu bertahan Ingatlah Wahai Budin Belajarlah walau lelah Nanti bila kau dewasa Kau akan berjaya Kan ada satu ketika Kau tak tahu mana nak pilih Jangan lalai anakanda Tak tahu arah Tanya yang lebih mengerti Bangkitlah Wahai Budin Balaslah jasa orang tua Selama Tuhanmu ada Berdoalah senantiasa LIRIK LAGU NASIHAT
Aku bermimpi rupanya. Tapi.. betul juga amanat dalam mimpiku ini. Tak boileh.. Aku tak boleh terus leka. Aku harus belajar bersungguh-sungguh., dan aku pasti berjaya!
SUMBER RUJUKAN Andyastuti, E., Lailiyah, N., Wijaya, I. P., Yatmin, Y., & Karisma, D. Y. (2023). Pemanfaatan Buku Cerita Berbasis Kearifan Lokal Untuk Meningkatkan Nilai-Nilai Pancasila Di Taman Kanak-Kanak. Jurnal Pendidikan Indonesia: Teori, Penelitian, Dan Inovasi, 3(1). Falikhatun, F., Wahyuni, S., & Tirtoprojo, S. (2023). Upaya Peningkatan Kemampuan Guru dalam Menulis Buku Cerita Anak Islami. GERVASI: Jurnal Pengabdian kepada Masyarakat, 7(2), 694-705. Ilhamdi Ramadhan, I. (2023). PERANCANGAN BUKU CERITA BERGAMBAR TENTANG PENTINGNYA MENJAGA KEBERSIHAN SEKOLAH DI TAMAN KANAK KANAK AISYIYAH BUSTANUL ATHFAL 03 (Doctoral dissertation, POLITEKNIK NEGERI MEDIA KREATIF). Widiaputra, M. R., Wahab, T., & Apsari, D. (2023). PERANCANGAN BUKU CERITA BERGAMBAR PENDEKAR CISADANE SEBAGAI MEDIA EDUKASI MENGENAI KEBERSIHAN SUNGAI. eProceedings of Art & Design, 10(6).