The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PSS SKMKJ, 2021-06-22 03:05:13

MAJALAH AL-BAYAN SIRI 6 2020

MAJALAH AL-BAYAN SIRI 6 2020

AL-BAYAN - SIRI ENAM 1

Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan Sidang
mengeluar ulang mana-mana bahagian
isi kandungan daripada buku ini termasuk Redaksi
artikel, ilutrasi dan fotokopi dalam apa-
apa jua bentuk dan cara sekalipun samada KETUA EDITOR
fotokopi, mekanikal, rakaman, elektronik Dr. Mohd Aizam bin Mas'od
atau cara-cara lain tanpa terlebih dahulu
mendapat keizinan bertulis daripada EDITOR
PEJABAT MENTERI DI JABATAN PERDANA Muhammad Fahmi Bin Rusli
MENTERI (HAL EHWAL AGAMA). Umar Mukhtar Bin Mohd Noor
Muhammad Mushfique bin Ahmad
Al-Bayan adalah siri pandangan Ayoup @ Ayub
hukum yang dikeluarkan oleh Unit Mohamad Razif bin Mohamad Fuad
al-Bahth al-‘Ilmi (Penyelidikan Muhammad Farhan bin Mohd Hanapiah
Ilmiah), Pejabat Menteri di Tengku Ibrahim Helmi bin Tengku
Jabatan Perdana Menteri (Hal Mohammad
Ehwal Agama). Ia tidak berperanan Muhammad Luqman bin Ahmad Tarmizi
sebagai fatwa dalam konteks akta, Mohamad Ashraf bin Sulaiman
enakmen dan juga ordinan. Abdul Rahman bin Abd Kodir

2 JURUGAMBAR
Mohd Akif bin Che Azhar
Yuzairy bin Mohd Ayub

REKABENTUK GRAFIK
Yuzairy bin Mohd Ayub
Anas bin Shukri

Diterbitkan oleh:
PEJABAT MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI
(HAL EHWAL AGAMA)
Aras 10, Blok A, Kompleks Islam Putrajaya
No.23 , Jalan Tunku Abdul Rahman, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia.
Tel: 03-88707000 / 03-88707071
Emel: [email protected]
Laman web: mira.gov.my/

Dicetak oleh:
PERCETAKAN RINA SDN BHD (31964-X)
Lot 45, Persiaran Mewah, Bandar Baru Tun Razak
Cheras, Kuala Lumpur 56000, Wilayah Persekutuan.
• Tel : 03-91721388 • Faks : 03-91721421
• Emel: [email protected]

Isi kandungan

u Mukadimah 05

u Konsep Mencegah Penyakit Berjangkit Pada Zaman Awal Islam 07

u Hukum Merapatkan Saf Semasa Solat Berjamaah 18

Pendapat-1: Hukum Merapatkan Saf Adalah Wajib 18

Pendapat-2: Hukum Merapatkan Saf Adalah Sunat Muakkad 22

u Pendapat Tokoh Ulama dan Badan Berautoriti Agama 26
Dunia Berkenaan Hukum Menjarakkan Saf Bagi Mengekang
Penularan Covid-19

Pertama: Pandangan Tokoh-tokoh Ulama 27

Kedua: Fatwa Badan-badan Berautoriti Dunia 32

u Hujah dan Tarjih 36

u Penutup 44

3

Isu solat jemaah secara berjarak
bagi mengekang penularan

penyakit berjangkit ini termasuk
dalam kategori fiqh al-nawazil
iaitu isu-isu baharu yang berlaku.
Justeru itu penetapan arahan untuk
mengadakan penjarakan fizikal
semasa solat berjemaah di masjid
dan surau adalah bagi mengekang
penularan penyakit berjangkit.

Mukadimah

A lhamdulillah, segala puji dan syukur
dipanjatkan kepada Allah SWT. Selawat
dan salam kami ucapkan ke atas junjungan
besar Nabi Muhammad SAW, para isteri dan
keluarga Baginda, para sahabat, seterusnya
golongan yang mengikuti jejak langkah Baginda
sehingga hari kiamat.

Semenjak negara kita diuji dengan pandemik
Covid-19, pelbagai langkah telah diusahakan
oleh pihak kerajaan bagi mengekang dan
membendung penularan wabak penyakit
berjangkit ini. Sehingga hari ini, begitu banyak
Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah
ditetapkan bagi menjayakan usaha tersebut.

Mengambil tanggungjawab dan langkah yang sama, Pejabat
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) semenjak
awal kemunculan pandemik Covid-19 ini, telah mengadakan
perbincangan berkala dengan pihak-pihak berkuasa agama negeri,
bagi menyusun dan menetapkan garis panduan serta SOP Masjid
dan Surau sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan
berlangsung. Antaranya seperti:

AL-BAYAN - SIRI KHAS 5

● Arahan pemakaian pelitup muka sepanjang
keberadaan di dalam masjid atau surau.

● Arahan membawa sejadah sendiri dari rumah.
● Pengehadan jemaah solat kepada jumlah tertentu

dalam satu-satu masa.
● Mengambil suhu badan dengan memastikan suhu

badan adalah di paras yang normal.
● Tidak bersalaman sesama jemaah sesudah solat.
● Penjarakan fizikal dengan kadar 1 meter semasa

pelaksanaan solat berjemaah di antara para jemaah.

Justeru, dalam ruangan al-Bayan pada kali ini, risalah ini akan
memfokuskan penjelasan berkenaan isu “Penjarakan Fizikal Semasa
Solat Berjemaah di Masjid dan Surau Menurut Perspektif Syariah.”

Pada hari Jumaat, 13 November 2020, para pengkaji dari Universiti
Kebangsaan Malaysia datang menemui kami untuk berkongsi dapatan
kajian solat di masjid mengikut SOP yang ditetapkan. Hasil daripada
soal selidik terhadap lebih daripada 7000 responden, didapati
kebanyakannya dapat menerima isu penjarakan fizikal ketika solat
berjemaah di masjid. Lebih 80% menunjukkan mereka rindu untuk
mengimarahkan masjid dan melakukan ibadat di dalamnya.

Kami berdoa kepada Allah SWT, supaya risalah ini dapat
memberikan kefahaman yang tuntas sekaligus meleraikan segala
kekeliruan dan kesangsian yang berkaitan dengannya.

6 AL-BAYAN - SIRI KHAS

Konsep Mencegah Penyakit
Berjangkit Pada Zaman Awal Islam

S eperti yang umum mengetahui, wabak
Covid-19 ini merupakan suatu
penyakit berjangkit yang baharu,
yang dikenalpasti kemunculannya pada
penghujung tahun 2019. Oleh yang
demikian, isu ini termasuk dalam perkara
nawazil (kejadian-kejadian semasa yang
berlaku), yang mana tidak terdapat sebarang
nas yang khusus dan spesifik berkenaan
tabiatnya.

Walau bagaimanapun, oleh kerana Covid-19 ini termasuk dalam
kategori penyakit berjangkit, maka para ulama kontemporari
mengaitkan ia dengan penyakit-penyakit berjangkit yang pernah
muncul dalam sejarah Islam seperti penyakit taun, penyakit kusta,
dan juga penyakit sopak.

Dalam mendepani dan mengekang penularan penyakit berjangkit,
Islam amat mengutamakan langkah-langkah pencegahan terlebih
dahulu. Kerana itu terdapatnya sebuah ucapan yang masyhur:

‫ال ِو َقا َي ُة َخي ٌر م َن ال ِع َل ِج‬

Maksudnya: “Mencegah itu lebih baik dari merawat.”

AL-BAYAN - SIRI ENAM 7

Oleh yang demikian, terdapat beberapa petunjuk Syarak dalam
mencegah penularan penyakit berjangkit ini. Antaranya:

PERTAMA:
Tidak Pergi Ke Kawasan Penularan Wabak Berjangkit

Serta Tidak Keluar Daripadanya

Ini seperti yang ditunjukkan dalam sebuah hadis yang diriwayatkan
daripada Sa‘d Ibn Abi Waqqas R.A beliau berkata bahawa Rasulullah
SAW bersabda:

‫إِ َذا َس ِم ْع ُت ْم بِال َّطا ُعو ِن بِ َأ ْر ٍض َفل َا َت ْد ُخ ُلو َها َوإِ َذا َو َق َع‬
‫بِ َأ ْر ٍض َو َأ ْن ُت ْم ِ َبا َفل َا َ ْت ُر ُجوا ِم ْن َها‏‬

Maksudnya: “Apabila kamu mendengar bahawa penyakit taun telah
menimpa sesuatu tempat maka janganlah kamu masuk ke dalam
kawasan tersebut. Dan apabila kamu berada di dalam kawasan yang
terdapat padanya taun, janganlah kamu keluar daripadanya.”

Riwayat al-Bukhari (5728)

Hadis di atas ini jelas menunjukkan langkah pencegahan yang
disyorkan oleh Rasulullah SAW sebelum dan juga selepas seseorang
itu terlibat dengan penyakit berjangkit. Dari sudut sekiranya seseorang
itu mengetahui akan penularan sesuatu wabak di tempat tertentu,
janganlah dia pergi ke tempat tersebut bagi mengelakkan dirinya dari
dijangkiti penyakit tersebut. Manakala jika seseorang itu telah berada
dalam kawasan yang merebak padanya wabak, tindakan pencegahan
yang diambil bagi mengelakkan penularan penyakit tersebut adalah

8 AL-BAYAN - SIRI ENAM

Selama mana setiap
langkah-langkah
pencegahan telah diambil
bagi mengelakkan
penularan penyakit
berjangkit, seperti
pemakaian PPE dan
pematuhan SOP yang
ketat bagi petugas barisan
hadapan yang terlibat,
maka mereka tidak
termasuk dalam larangan
memasuki tempat wabak.

Petugas barisan hadapan bersedia dengan pakaian PPE untuk melaksanakan tugas. - Foto Aswadi Alias

dengan cara tidak keluar dari kawasan tersebut, bagi mengelakkan
penularannya ke kawasan-kawasan yang lain.

Meskipun begitu, mengambil kira situasi semasa berkenaan
penularan Covid-19 di sesuatu tempat contohnya, di mana kakitangan
atau para petugas kesihatan di sana tidak mencukupi, adakah tidak
dibenarkan para petugas kesihatan dari luar kawasan tersebut untuk
memasukinya?

Kami katakan, selama mana setiap langkah-langkah pencegahan
telah diambil bagi mengelakkan penularan penyakit berjangkit, seperti
pemakaian Personal Protective Equipment (PPE) dan pematuhan SOP
yang ketat bagi petugas barisan hadapan (frontliners) yang terlibat
secara langsung bagi menguruskan para pesakit Covid, maka mereka
tidak termasuk dalam larangan memasuki tempat wabak.

AL-BAYAN - SIRI ENAM 9

KEDUA:
Menjauhkan Diri dari Pesakit yang Menghidap

Penyakit Berjangkit

Terdapat beberapa riwayat yang menunjukkan kepada hal ini.
Antaranya berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu
Hurairah R.A beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:

‫َو ِف َّر ِم َن ا ْلَ ْج ُذو ِم َك َم َت ِف ُّر ِم َن ال َأ َس ِد‬

Maksudnya: “Dan hendaklah kamu melarikan diri dari pesakit kusta
sebagaimana kamu melarikan diri dari singa.”

Riwayat al-Bukhari (5707)

Para ulama hadis ketika mensyarahkan hadis ini mengemukakan
beberapa pandangan yang kami kongsikan seperti berikut:

PERTAMA: Sebahagian ulama tidak bersependapat
dengan hadis ini atas alasan ia bercanggah dengan
petunjuk Nabi SAW. Mereka menyatakan bahawa
Rasulullah SAW pernah makan bersama pesakit kusta serta
duduk bersamanya. Demikian juga para sahabat Nabi SAW
turut melakukan perkara yang sama. Antara hujah yang
digunakan adalah sebuah riwayat daripada Abd al-Rahman
bin al-Qasim, daripada bapanya, beliau berkata:

10 AL-BAYAN - SIRI ENAM

‫َأ َّن َو ْف َد َث ِق َي ِف َأ َتوا َأ َبا َبك ِر ال ِّص ِّد ْيق َف َأ َتى بِ َط َعا ٍم َف َد َعا ُهم‬
‫ َف َقا َل َما َلك؟ َقا َل َ ْم ُذو ٌم َف َد َعا ُه َو َأ َك َل َم َع ُه‬،‫َف َت َن َحى َر ُج ٌل‬

Maksudnya: “"Sekumpulan tetamu dari kalangan Bani Thaqif telah
datang bertemu dengan Abu Bakr al-Siddiq. Kemudian Abu Bakr
menghidangkan makanan dan mengajak mereka makan bersama.
Lalu seorang lelaki menjauhkan diri dari tempat tersebut, maka Abu
Bakr berkata: ‘’Mengapa dengan kamu ?’’. Lelaki itu menjawab:
‘’Aku dijangkiti kusta’’. Kemudian Abu Bakar memanggil lelaki
tersebut dan beliau makan bersamanya."

Mereka juga berhujah dengan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh
Jabir bin Abdillah R.A, beliau berkata:

‫َأ َّن َر ُسو َل ال َِّل ـ صلى الله عليه وسلم ـ َأ َخ َذ بِ َي ِد َر ُج ٍل‬
َّ‫َمْ ُذو ٍم َف َأ ْد َخ َل َها َم َع ُه ِف ا ْل َق ْص َع ِة ُث َّم َقا َل ‏ ُك ْل ثِ َق ًة بِال ِل‬

َِ‫َو َت َو ُّكل ًا َع َل ال ّل‬

Maksudnya: “Sesungguhnya Rasulullah SAW pernah memegang
tangan seorang lelaki yang dijangkiti penyakit kusta lalu mengajak
lelaki tersebut makan bersama Baginda, kemudian Baginda bersabda:
‘’Makanlah kamu dalam keadaan tsiqah (percaya) dengan Allah serta
bertawakkal kepada Allah.”

Riwayat Ibn Majah (3542)

AL-BAYAN - SIRI KHAS 11

Salah satu poster kempen bagi mencegah penularan wabak Covid-19 yang
dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

KEDUA: Manakala sebahagian ulama yang lain mensahih-
kan khabar ini. Mereka menyatakan bahawa Rasulullah
SAW telah memberi arahan untuk seseorang itu melarikan
diri dari mereka yang dijangkiti penyakit kusta, serta
mengambil langkah berjaga-jaga dari makan dan minum
bersamanya. Maka tidak boleh bagi seseorang yang telah
mengetahui hal tersebut melainkan dia perlu melarikan diri
dari orang yang dijangkiti kusta.

Para ulama ini berhujah dengan sebuah riwayat daripada al-
Zuhri bahawasanya Umar Ibn al-Khattab R.A pernah berkata kepada
Mu‘aiqib (Ibn Abi Fatimah al-Dausi) R.A yang dijangkiti penyakit kusta
dengan katanya:

12 AL-BAYAN - SIRI ENAM

‫ا ْج ِلس ِم ِّني َق ْي َد َر ْمح‬

Maksudnya: “Duduklah dengan jarak panjangnya lembing dari aku.”

Manakala terdapat sebuah riwayat lagi daripada Kharijah bin Zaid
beliau berkata:

‫َكان ُع َمر إ َذا أتى بِال َّط َعا ِم و ِعن َد ُه ُم َع ْي ِقيب َقا َل ُك ْل ِمَّا‬
‫ َواي ُم الله َلو َغير َك بِ ِه َمابِ َك َما َجل َس ِمنِّي على‬،‫َي ِلي َك‬

‫أدنى ِمن َقي ِد َر ْم ٍح‬

Maksudnya: “Umar dahulu apabila dihidangkan makanan
kepadanya dalam keadaan di sisi beliau ada Mu’aiqib, beliau berkata:
“Makanlah dari hidangan yang berhampiran dengan kamu. Demi
Allah sekiranya yang menghidap penyakit ini adalah orang lain selain
kamu, nescaya aku tidak akan benarkan dia duduk berhampiranku
kurang dari jarak panjangnya lembing.” Rujuk Syarah Sahih al-
Bukhari (9/413)

Sebahagian ulama mengandaikan bahawa jarak panjang lembing
tersebut lebih kurang 1 meter atau lebih. Wallahu a'lam.

Kami juga menyatakan bahawa hal ini juga dapat dilihat
berdasarkan perbuatan Rasulullah SAW seperti yang disebutkan di
dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ‘Amru, daripada bapanya
beliau berkata:

AL-BAYAN - SIRI ENAM 13

‫َكا َن ِف َو ْف ِد َث ِقي ٍف َر ُج ٌل َمْ ُذو ٌم َف َأ ْر َس َل إِ َل ْي ِه النَّبِ ُّي صلى‬
‫الله عليه وسلم‏ا ْر ِج ْع َف َق ْد َبا َي ْع ُت َك‬

Maksudnya: “Dahulu dalam kalangan tetamu daripada Bani
Thaqif terdapat seorang lelaki yang dijangkiti kusta. Lalu Nabi SAW
menyampaikan ucapan kepadanya: “Pulanglah kamu, sesungguhnya
aku telah menerima bai’ah kamu.”

Riwayat al-Nasa’i (4182)

Maka jelas daripada hadis ini bahawa Rasulullah SAW tidak
berbai‘ah sebagaimana kebiasaan Baginda iaitu berjabat tangan,
namun memadai dengan pemakluman lisan sahaja apabila melibatkan
seseorang yang dijangkiti penyakit kusta.

Imam Ibn Battal setelah menukilkan kedua-dua pendapat di atas
ini beliau berkata: ‘’Bukanlah perintah Nabi SAW agar melarikan
diri dari pesakit kusta itu menyelisihi perbuatan duduk bersamanya.
Ini kerana Baginda kadangkala menyuruh sesuatu dalam bentuk
hukumnya sunat, dan kadangkala arahan datang dalam bentuk
hukumnya harus. Kemudian Baginda meninggalkan ia supaya
dapat memberitahu bahawa perintah tersebut bukanlah dalam
bentuk kemestian (wajib). Demikian juga Baginda kadangkala
melarang sesuatu dalam bentuk hukumnya makruh dan kadangkala
bertujuan untuk mendidik. Kemudian Baginda melakukannya untuk
memberitahu bahawa larangan tersebut bukanlah menunjukkan
kepada pengharaman.”

14 AL-BAYAN - SIRI KHAS

Manakala Imam Ibn Hajar al-‘Asqalani dalam mengulas isu ini,
beliau menyatakan bahawa berlaku perbezaan pendapat dalam
kalangan ulama berkenaan hadis-hadis dalam isu ini. Sebahagian
mereka menyatakan bahawa perintah supaya menjauhi pesakit kusta
itu telah mansukh, manakala sebahagian yang lain berpandangan
sebaliknya. Kemudian beliau berkata:

‫َوال َّص ِحي ُح ا َّل ِذي َع َل ْي ِه ا ْلَ ْك َث ُر َو َي َت َع َّ ُي ا َْل ِصي ُر إِ َل ْي ِه َأ ْن‬
‫َل َن ْس َخ َب ْل َ ِي ُب ا ْلَ ْم ُع َب ْ َي ا ْ َل ِدي َث ْ ِي َو َ ْح ُل ا ْلَ ْم ِر‬
‫بِا ْجتِنَابِ ِه َوا ْل ِف َرا ُر ِمنْ ُه َع َل ا ِل ْستِ ْح َبا ِب َوا ِل ْحتِ َيا ِط‬

‫َوا ْلَ ْك ُل َم َع ُه َع َل َب َيا ِن ا ْلَ َوا ِز‬

Maksudnya: “Pendapat yang sahih seperti yang dipegang oleh
kebanyakan ulama serta menjadi tuntutan untuk kita berpegang
kepadanya adalah, tidak berlakunya penasakhan. Bahkan wajib untuk
kita menghimpunkan antara dua hadis dan meletakkan perintah
Baginda untuk menjauhi serta melarikan diri darinya (pesakit kusta)
adalah dalam bentuk hukumnya mustahab (disunatkan) dan juga
sebagai langkah berjaga-jaga. Manakala perbuatan makan bersama
pesakit kusta itu adalah bagi menjelaskan keharusan hal tersebut.”
Rujuk Fath al-Bari (10/159)

AL-BAYAN - SIRI ENAM 15

KETIGA:
Menghalang Pesakit Yang Menghidap Penyakit
Berjangkit Dari Bergaul Dengan Orang Ramai

Imam Ibn Battal ada menukilkan kata-kata daripada Ibn Habib yang
menyebut: “Demikian juga dilarang bagi mereka yang dijangkiti
penyakit kusta dari memasuki masjid serta dilarang bercampur dengan
orang ramai sebagaimana yang diriwayatkan daripada Umar bin al-
Khattab bahawa beliau pernah melihat seorang perempuan yang
dijangkiti kusta mengerjakan tawaf di Baitullah, lalu beliau berkata:

‫َيا أ َم َة الله ا ْق ُع ِدي ِف َبيتِ ِك َو َل ُتؤ ِذي ال َّناس‬

Maksudnya: “Wahai hamba Allah, duduklah kamu di rumah kamu
dan janganlah kamu menyakiti orang ramai.” Rujuk Syarah Sahih
al-Bukhari (9/413)

Inilah juga yang
menjadi pegangan para
ulama Syafi‘iyyah iaitu
menghalang mereka
yang dijangkiti penyakit
berjangkit dari memasuki
masjid atau tempat
berkumpulnya orang
ramai.

16 AL-BAYAN - SIRI ENAM

Inilah juga yang menjadi pegangan para ulama Syafi‘iyyah iaitu
menghalang mereka yang dijangkiti penyakit berjangkit dari
memasuki masjid atau tempat berkumpulnya orang ramai. Dalam
konteks semasa, dapatan pakar berkenaan wabak Covid-19 jelas
menunjukkan ia bersifat boleh merebak dengan cepat dan pantas.

Syeikhul Islam Zakaria al-Ansari yang merupakan tokoh besar dalam
mazhab Imam al-Syafi’e berkata:

‫َو َق ْد َن َق َل ا ْل َقا ِض ِع َيا ٌض َع ْن ا ْل ُع َل َم ِء َأ َّن ا َْل ْج ُذو َم‬
‫َوا ْلَ ْب َر َص ُي ْمنَ َعا ِن ِم ْن ا َْل ْس ِج ِد َو ِم ْن َص َل ِة ا ْلُ ُم َع ِة‬

‫َو ِم ْن ا ْختِ َلطِ ِه َم بِالنَّا ِس‬

Maksudnya: “Al-Qadhi ‘Iyadh telah menukilkan pendapat daripada
para ulama yang menyatakan bahawa seseorang yang menghidap
penyakit kusta dan sopak dihalang dari masuk ke dalam masjid dan
(dihalang) mendirikan solat Jumaat serta tidak dibenarkan bercampur
dengan orang ramai.“ Rujuk Asna al-Matalib (1/215)

Imam Ibn Hajar al-Haitami dalam menjelaskan sebab larangan ter-
sebut adalah kerana, takutkan kemudaratan
darinya (penyakit yang berjangkit) maka
ketika ini perbuatan menghalang tersebut
menjadi wajib. Rujuk al-Fatawa al-Fiqhiyyah
al-Kubra (1/212)

AL-BAYAN - SIRI ENAM 17

Setelah kita meneliti beberapa kenyataan di atas, kita mendapati
bahawa sebarang usaha untuk mengekang penularan penyakit
berjangkit adalah dituntut untuk dilakukan. Ia tidaklah terhad kepada
tiga contoh di atas sahaja, namun contoh-contoh ini menjadi garis
panduan akan langkah mengekang penularan penyakit berjangkit.

Oleh yang demikian, antara arahan yang dikeluarkan dalam SOP
Masjid dan Surau adalah, penjarakan fizikal dengan kadar 1 meter
semasa pelaksanaan solat berjemaah di antara para jemaah.

Berikut kami nyatakan beberapa perkara penting yang seringkali
menjadi pertanyaan masyarakat, samada susun atur saf solat
berjemaah seperti ini menyebabkan solat tersebut sah atau tidak, atau
adakah penjarakan sebegini dianggap menyelisihi sunnah Nabi SAW,
dan sebagainya:

HUKUM MERAPATKAN SAF SEMASA SOLAT
BERJAMAAH

S ebelum kita membahas tentang isu hukum menjarakkan saf dalam
situasi mengekang penularan Covid-19, menjadi keutamaan untuk
kita mengetahui hukum merapatkan saf terlebih dahulu. Secara
umumnya, terdapat dua pendapat utama yang disebutkan oleh para
fuqaha’ mazhab dalam isu ini yang kami ringkaskan seperti berikut:

PENDAPAT PERTAMA :
Hukum Merapatkan Saf Adalah Wajib

Pendapat ini terbina berdasarkan beberapa riwayat yang sahih dari-
pada Rasulullah SAW. Antaranya ialah sebuah hadis yang diriwayatkan
daripada Anas bin Malik R.A, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

18 AL-BAYAN - SIRI ENAM

‫َس ُّووا ُص ُفو َف ُك ْم َفإِ َّن َت ْس ِو َي َة ال َّص ِّف ِم ْن َ َتا ِم ال َّصل َا ِة‬

Maksudnya: “Luruskanlah saf kamu kerana sesungguhnya meluruskan
saf itu merupakan sebahagian daripada kesempurnaan solat.”

Riwayat Muslim (433)

Nas ini menunjukkan bahawa pada asalnya, meluruskan dan

menyamakan saf adalah termasuk dalam kesempurnaan solat. Namun

mereka berpendapat hukumnya adalah wajib kerana terdapat fi‘l al-
kaadlaimlaahhw‫وا‬a‫س ُّو‬jَibya(unngtmukadnialaskescaanraakaasna)s. nya
amr (kata perintah) pada suatu
perintah menunjukkan ia

Begitu juga berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan daripada
Anas bin Malik R.A, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:

AL-BAYAN - SIRI ENAM 19

‫َأ ِقي ُموا ُص ُفو َف ُك ْم َو َت َرا ُّصوا َفإِ ِّن َأ َرا ُك ْم ِم ْن َو َرا ِء َظ ْه ِري‬

Maksudnya: “Lurus dan rapatkanlah saf kamu, kerana sesungguhnya
aku dapat melihat kamu di belakangku.”

Riwayat al-Bukhari (719)

adaLasfeabza“r‫وا‬a‫ّص‬nُ g‫”تـََرا‬ceblaehrm. RaukjsuukdFhaethndaal-kBlaahrik(a2m/2u08sa) ling merapatkan tanpa

Demikian juga berdasarkan ancaman yang keras terhadap perbuatan
tidak meluruskan saf seperti yang disebutkan dalam sebuah hadis yang
diriwayatkan daripada al-Nu‘man bin al-Basyir R.A bahawa Rasulullah
SAW bersabda:

‫َل ُت َس ُّو َّن ُص ُفو َف ُك ْم َأ ْو َل ُي َخالِ َف َّن الَّ ُل َب ْ َي ُو ُجو ِه ُكم‬

Maksudnya: “Hendaklah kamu meluruskan saf kamu atau (sekiranya
tidak) Allah akan memalingkan wajah kamu.”

Riwayat al-Bukhari (717)

Berdasarkan beberapa riwayat di atas, kumpulan yang pertama
mengatakan bahawa perbuatan tidak merapatkan saf semasa solat
berjemaah adalah haram hukumnya serta menyebabkan pelakunya
mendapat dosa. Meskipun begitu, para ulama yang berpegang dengan
pendapat ini menyatakan, meskipun tidak merapatkan saf merupakan
perbuatan haram yang berdosa, namun solat yang dilakukan oleh
mereka adalah sah dan tidak perlu diulangi.

20 AL-BAYAN - SIRI ENAM

Ini seperti yang disebut oleh Imam Ibn Hajar al-‘Asqalani:

ْ‫َو َم َع ا ْل َق ْو ِل بِ َأ َّن ال َّت ْس ِو َي َة َوا ِج َب ٌة َف َص َل ُة َم ْن َخا َل َف َو َل‬
‫ُي َس ِّو َص ِحي َح ٌة ِل ْختِ َل ِف ا ِْل َه َت ْ ِي‬

Maksudnya: “Sekalipun pendapat yang menyatakan bahawa
meluruskan saf itu wajib, solat mereka yang menyelisihinya dan
tidak meluruskan saf tetap sah kerana ia merupakan dua sudut yang
berbeza.” Rujuk Fath al-Bari (2/210)

Ini dikuatkan lagi dengan sebuah riwayat daripada Anas bin Malik,
bahawa beliau ditanyakan oleh penduduk Madinah, sama ada beliau
mendapati ada perkara yang telah berubah semenjak zaman Nabi SAW
sehingga hari tersebut. Lalu Anas berkata:

‫َما َأ ْن َك ْر ُت َش ْي ًئا إِل َّا َأ َّن ُك ْم ل َا ُت ِقي ُمو َن ال ُّص ُفو َف‬

Maksudnya: “Aku tidak mengingkari suatu apa pun melainkan kamu
tidak meluruskan saf.”

Riwayat al-Bukhari (724)

Jelas daripada riwayat di atas bahawa Anas tidak menyuruh mereka
mengqada’kan (menggantikan) solat dan sekiranya ia membatalkan
solat, nescaya beliau akan mengarahkan mereka untuk mengqada’nya.

AL-BAYAN - SIRI ENAM 21

Gambaran asal susunan saf solat dalam keadaan biasa.

PENDAPAT KEDUA :
Hukum Merapatkan Saf Adalah Sunat Muakkad
Pendapat yang kedua ini merupakan pandangan yang dipegang oleh
jumhur ulama. Mereka turut berdalil dengan hadis yang diriwayatkan
daripada Anas bin Malik R.A, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

‫َس ُّووا ُص ُفو َف ُك ْم َفإِ َّن َت ْس ِو َي َة ال َّص ِّف ِم ْن َ َتا ِم ال َّصل َا ِة‬

Maksudnya: “Luruskanlah saf kamu kerana sesungguhnya meluruskan
saf itu merupakan sebahagian daripada kesempurnaan solat.”

Riwayat Muslim (433)

22 AL-BAYAN - SIRI KHAS

Menurut mereka, perkataan tamam (‫ )َتَاِم‬di dalam hadis ini jelas
menunjukkan bahawa ia tidak wajib, akan tetapi merujuk kepada
hukum mustahab dan tidak termasuk di dalam rukun atau pun syarat
sah solat.

Juga berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Abu
Hurairah R.A beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:

‫َو َأ ِقي ُموا ال َّص َّف ِف ال َّصل َا ِة َفإِ َّن إِ َقا َم َة ال َّص ِّف ِم ْن ُح ْس ِن ال َّصل َاة‬

Maksudnya: “Dan hendaklah kamu meluruskan saf di dalam solat.
Kerana sesungguhnya meluruskan saf itu termasuk sebahagian dari
kecantikan solat.”

Riwayat al-Bukhari (722)

Jelas daripada hadis di atas bahawa meluruskan saf adalah termasuk
dalam mahasin al-solat (kecantikan solat) dan tidak termasuk dalam
kategori syarat sah solat mahupun rukunnya.

Para ulama ini juga berpendapat bahawa kata perintah di dalam
hadis-hadis yang menyuruh untuk meluruskan dan merapatkan saf
merujuk kepada hukum mustahab, dan tidak merujuk kepada hukum
wajib.

Antara yang mengatakan bahawa perbuatan merapatkan saf ini
hukumnya adalah mustahab ialah para fuqaha’ al-Syafi’iyyah. Imam al-
Nawawi Rahimahullah berkata:

AL-BAYAN - SIRI ENAM 23

‫َوا َّت َف َق َأ ْص َحا ُبنَا َو َغ ْ ُي ُه ْم َع َل ا ْستِ ْح َبا ِب ال َّص ِّف ا ْلَ َّو ِل‬
‫َوا ْ َل ِّث َع َل ْي ِه َو َجا َء ْت فِي ِه َأ َحا ِدي ُث َكثِي َر ٌة ِف ال َّص ِحي ِح‬
‫َو َع َل ا ْستِ ْح َبا ِب َي ِمي ِن ا ْ ِل َما ِم َو َس ِّد ا ْل ُف َر ِج ِف ال ُّص ُفو ِف‬

Maksudnya: “Para ashab kami dan selain mereka telah bersepakat akan
mustahabnya saf yang pertama serta bersungguh untuk mendapatkannya.
Telah datang padanya (solat di saf yang pertama) hadis-hadis yang begitu
banyak dalam al-Sahih. (Begitu juga para ashab kami telah bersepakat
akan mustahabnya perbuatan solat di bahagian kanan imam (serta
mustahabnya) menutup ruang kosong di dalam saf (iaitu merapatkan
saf ).” Rujuk al-Majmu’ Syarah al-Muhazzab (4/301)

Demikian juga Imam Ibn Hajar al-Haitami menyebut:

‫َو ُي ْس َت َحب َت ْس ِو َي ُة ال ُّص ُفو ِف وال َأ ْم ُر بِ َذلِ َك‬

Maksudnya: “Disunatkan untuk merapatkan saf serta (mustahab
hukumnya) untuk menyuruh agar dirapatkan saf.” Rujuk al-Minhaj
al-Qawim (hlm. 164)

Kitab al-Majmu’ Syarah al-Muhazzab dan al-Minhaj al-Qawim.

24 AL-BAYAN - SIRI ENAM

Demikian juga Imam Ibn Hajar al-Haitami menyebut:

‫ُس ِئ ْل ُت َع ْن َع َد ِم إ ْتَا ِم ال ُّص ُفو ِف وال ُّ ُش ْو ِع ِف َص َّف َق ْب َل‬
‫إ ْتَا ِم َص ٍّف َف َأ َج ْب ُتبِ َأ َّن ُه َم ْك ُرو ٌه َل َ ْت ُص ُلبِ ِه َف ِض ْي َل ُةا ْلَ َم َع ِة‬

Maksudnya: “Aku ditanya berkenaan (hukum) tidak menyempurnakan
saf serta (hukum) memulakan saf (yang baharu) sebelum sempurnanya
saf (yang di hadapan), maka aku mengatakan bahawa (hukumnya
adalah) makruh, serta tidak mendapatkan fadhilat (solat) berjemaah.”
Rujuk Bast al-Kaff fi Itmam al-Saff (hlm. 9)

Imam al-Khatib al-Syarbini pula menjelaskan bahawa sekiranya
seseorang tidak merapatkan saf, solat yang dilakukannya adalah sah.
Beliau berkata:

‫ َو َأن َل ُي ْ َش ْع ِف َص ِّف َح َّتى‬،‫ُي َس ُّن َس ُّد ُف َر ِج ال ُّص ُف ْو ِف‬
‫ َو َه َذا ُك ُّل ُه ُم ْس َت َح ٌّب‬،‫ َو َأن ُي ْف َس َح َلِن ُير ِي ُد ُه‬،‫َيتِ َّم الأَ َّو ُل‬

‫َل َ ْش ٌط؛ َف َل ْو َخا َل ُفوا َص َّح ْت َص َل ُ ُتم َم َع ال َك َرا َه ِة‬

Maksudnya: “Disunatkan menutup ruang-ruang kosong pada saf.
(Serta disunatkan) untuk tidak dimulakan saf yang baharu sehinggalah
saf yang pertama telah penuh terlebih dahulu. (Juga disunatkan) untuk
dibuka saf bagi sesiapa yang mengkehendakinya. Kesemuanya ini adalah
mustahab (hukumnya) dan bukan suatu syarat. Sekiranya mereka (para
jemaah) menyelisihinya, maka solat mereka adalah sah berserta hukum
makruh." Rujuk Mughni al-Muhtaj (1/ 493)

AL-BAYAN - SIRI ENAM 25

Kumpulan yang kedua ini Kitab Bast al-Kaff fi Itmam al-
berpendapat bahawa hukum Saff dan Mughni al-Muhtaj.
tidak merapatkan saf semasa
solat berjemaah adalah makruh
dan pelakunya tidak berdosa.
Namun, dalam masa yang sama
mereka terlepas ganjaran dan
kebaikan yang besar sekiranya
meninggalkannya.

PENDAPAT TOKOH ULAMA DAN BADAN
BERAUTORITI AGAMA DUNIA BERKENAAN
HUKUM MENJARAKKAN SAF BAGI MENGEKANG

PENULARAN COVID-19

B erikut kami sertakan kenyataan beberapa tokoh ulama dan juga
badan-badan fatwa terkemuka dunia yang mengulas berkenaan
penjarakan saf semasa solat berjemaah bagi mengekang penularan
penyakit berjangkit.

Oleh kerana isu seperti ini adalah dianggap qadhiyyah mustajiddah
(permasalahan baru), makanya pandangan para ulama terdahulu
amat sukar ditemui. Justeru, ijtihad ulama semasa dan fatwa badan
berautoriti menjadi rujukan pada masa kini. Inilah maksud sebenar
fatwa yang menjadi rujukan kepada ummah untuk melaksanakan
ibadat bersesuaian dengan kehendak Syarak.

Kami nukilkan di sini pandangan sebahagian tokoh dan badan
berautoriti. Antaranya ialah:ndangan Tokoh-tokoh Ulama

26 AL-BAYAN - SIRI KHAS

PERTAMA : Pandangan Tokoh-tokoh Ulama

FADHILAH AL-SYEIKH DR. SA‘D BIN
NASIR AL-SYATHRI

Anggota Jawatankuasa Kibar al-Ulama Arab Saudi

Dr. Sa‘d al-Syathri ketika mengulas berkenaan
tindakan pihak pengurusan al-Haramain
dalam mengambil langkah pencegahan dengan
cara menjarakkan antara jemaah (semasa solat
berjemaah), beliau berkata: “Mengambil langkah-
langkah pencegahan demi memelihara nyawa serta memberhenti-
kan penularan penyakit termasuk sebahagian daripada ibadah yang
mendekatkan diri kepada Allah Azza wa Jalla”.

Rujuk Tatbiq al-Ijra’at al-Ihtiraziyyah fi al-Taba ‘ud baina al-Musollin
(https://bit.ly/3eFpPBt)

FADHILAH AL-SYEIKH MUHAMMAD
AL-HASAN AL-DEDEW

Beliau berkata: “Sekiranya ditakuti perbuatan
merapatkan saf itu akan mendatangkan
mudarat, maka wajib untuk meninggalkannya
kerana ia merupakan perkara sunat yang
membawa kepada mudarat sekiranya ia dilaku-
kan (iaitu boleh menyebabkan penularan penyakit
berjangkit). Bahkan sekiranya ia wajib (merapatkan saf) sekalipun,
namun boleh mendatangkan mudarat, maka nescaya kewajipan

AL-BAYAN - SIRI KHAS 27

tersebut akan gugur disebabkan mudarat yang dijangka akan
berlaku dan (juga mudarat) yang telah berlaku”.

Rujuk Ma al-Hukm al-Syar‘iyy fi al-Taba‘ud baina al-Musollin wa Irtida’ al
Kammamah athna’ al-Solah (https://bit.ly/3l5Zb7b)

FADHILAH AL-SYEIKH, PROF.
DR. HUSAMUDDIN BIN MUSA
MUHAMMAD BIN ‘AFANAH,

Bekas Anggota Majlis Kajian Ilmiah Universiti
al-Quds, merangkap Anggota Sidang Editorial
Majalah Huda al-Islam, dan Ketua Jawatankuasa
Pengawasan Syariah Bank Islam Palestin.

Beliau berkata: “Aku telah berfatwa kepada orang-orang yang solat
di Masjid al-Aqsa al-Mubarak supaya berpegang dengan pendapat
solat dalam keadaan berjarak antara satu sama lain. Ini supaya
mereka tetap solat dengan mengambil langkah-langkah pencegahan
kesihatan, dengan mengambil kira sikap Yahudi yang menanti peluang
untuk mengambil Masjid al-Aqsa al-Mubarak. Justeru, pendapat ini
menghalang agenda mereka untuk mendapatkan Masjid al-Aqsa,
yang boleh menutup Masjid al-Aqsa al-Mubarak atas alasan tidak
mematuhi piawai pencegahan kesihatan. Aku berpandangan bahawa
para ulama yang berpendapat dengan menjarakkan saf itu mempunyai
dalil-dalil yang jelas untuk membolehkan penjarakan, sebagai langkah
berwaspada daripada penyebaran penyakit dan wabak. Ternyata
pendapat ini lebih utama daripada menutup terus Masjid al-Aqsa
al-Mubarak. Justeru, meninggalkan perbuatan merapatkan saf dalam
konteks ini mempunyai keuzuran, dan memiliki naza'ir (yakni contoh-

28 AL-BAYAN - SIRI KHAS

contoh perbandingan) dalam hukum Syarak, dalam perkara-perkara
wajib, syarat-syarat, rukun-rukun, yang ditinggalkan kerana keuzuran,
dalam keadaannya lebih berat berbanding perbuatan merapatkan saf itu.

Rujuk Fi al-Mas’alah Qaulan! dalam laman web Yasaloonak.net
(https://bit.ly/35f5hg0)

FADHILAH AL-SYEIKH, PROF. MADYA.
DR. LABIB NAJIB ABDULLAH GHALIB,

Fakulti Kesusasteraan, Universiti Aden, Yaman.
Beliau ditanya tentang hukum bersolat secara
berjarak-jarak dalam satu masjid, maka beliau
menjawab bahawa pada asalnya hukumnya
adalah makruh tetapi solat Jemaah yang dilakukan
itu adalah sah. Hanya sanya ia menghilangkan fadhilat berjemaah di sisi
Imam Ibn Hajar al-Haitami. Kemudian beliau berkata: “Barangkali hukum
makruh di sini hilang di sisi al-Allamah Ibn Hajar al-Haitami Rahimahullah
Taala apabila keadaannya berlaku akibat hajat dalam melakukannya.
Wallahua`lam.”

Rujuk Sa’ala ‘Adad al-Fudhala’ ‘an Sihhah al-Salah bi al-Syakl al-Maujud fi al
Surah dalam laman web dr-labeeb.com (https://bit.ly/2JLmw04)

AL-BAYAN - SIRI ENAM 29

FADHILAH AL-SYEIKH, PROF.
DR. SULTAN AL-HASYIMI,

Professor Fiqh dan Usul Fiqh di Fakulti Syariah
Universiti Qatar, merangkap Anggota Kesatuan
Ulama Islam Sedunia.

Beliau berkata: “Sesungguhnya menyamakan saf
itu adalah digalakkan, tetapi bukan diwajibkan, maka
ia bukan daripada rukun-rukun solat, dan bukan juga daripada perkara-
perkara yang diwajibkan. Hukum ini terpakai dalam keadaan tanpa
uzur. Adapun apabila wujudnya keuzuran dan arahan daripada pihak
berautoriti kesihatan untuk melakukan penjarakan antara mereka yang
bersolat secara berjemaah kerana bimbang penyebaran penyakit, maka
demikian tidak mengapa, atas alasan tidak disyaratkan tertutupnya
ruang dalam solat berjemaah.”

Rujuk Nukhbah min al-‘Ulama Yaftun bi Jawaz Taba‘ud al-Musollin fi Solah al-
Jama‘ah dalam iumsonline.org (https://bit.ly/2IhTjt0)

FADHILAH AL-SYEIKH, PROF. DR. SOLEH BIN FAUZAN
BIN ABDULLAH AL-FAUZAN,

Anggota Jawatankuasa Kibar Ulama Arab Saudi dan anggota al-Majma‘
al-Fiqhi al-Islami di Makkah al-Mukarramah.

Beliau berkata: “Perbuatan mengambil langkah-langkah pencegahan itu
dituntut, khususnya ketika perhimpunan mereka di hari-hari raya, solat
lima waktu, solat Jumaat, maka wajib ke atas mereka untuk menjarakkan
diri sesama sendiri. Adapun selain tempat-tempat yang munasabah

30 AL-BAYAN - SIRI KHAS

untuk menjarakkan diri, maka perkara yang disyariatkan ialah orang-
orang yang bersolat hendaklah merapatkan diri, tanpa membiarkan
ruang kosong untuk syaitan, sepertimana sabda Rasul SAW… Maka wajib
ke atas orang Islam untuk memberikan perhatian terhadap perkara ini.
Keadaan berpecah-pecah ini sifatnya adalah sementara, kemudian ia
akan kembali balik kepada apa yang telah disyariatkan Allah SWT dalam
hukum yang melibatkan saf-saf solat… Maka orang Islam mesti sentiasa
mentaati Allah, kerana ketaatan memerlukan kepada penerusan dan
jangan mereka bosan dan malas daripada berterusan mentaati Allah.”

Rujuk Ma Hukm al-Taba‘ud Bayn Sufuf al-Musollin bi Sabab Waba’ Korona?
Dalam saluran Youtube.com (https://www.youtube.com/watch?v=fC1jDZ0lO3k)

FADHILAH AL-SYEIKH, DR. ALI JUMU'AH

Anggota Hai'ah Kibar Ulama' al-Azhar al-
Syarif dan mantan Mufti Mesir

Beliau bersetuju dengan fatwa yang di-
kemukakan oleh al-Majlis al-Islami li
al-Ifta’ Palestin, di mana mereka solat
dengan penjarakan 1 meter setengah
di dalam saf kerana tiada tegahan dalam
hal itu lantaran hukum asal menyamakan
saf merupakan sunat hai’ah dan ia bukannya
fardhu (wajib).

Rujuk Hal Tajuz al-Solah fi Masafat Mutaba'idah?
(https://www.youtube.com/watch?v=qtnYgbuKraU)

AL-BAYAN - SIRI ENAM 31

KEDUA : Fatwa Badan-badan Berautoriti Dunia

Dar al-Ifta’ al-Misriyyah

Badan fatwa ini menegaskan
bahawa tidak ada halangan
terhadap penjarakan fizikal
yang berlaku antara mereka
yang melaksanakan solat secara
berjemaah dengan kadar 1 meter
atau lebih dari setiap sudut. Ini bertujuan untuk mengelakkan wabak
serta langkah pencegahan dari penularan penyakit berjangkit. Solat
berjemaah dalam bentuk seperti ini adalah sah, dan sama sekali tidak
terkeluar dari objektif merapatkan saf. Dari sudut para jemaah masih
selari (kedudukannya) dalam satu saf yang sama, yang mana mereka
tidak mendahului (terkehadapan) antara satu sama lain di dalam saf.

Rujuk Dar al-Ifta’ Ta‘liqan ‘ala al-Taba‘ud baina al-Musollin fi Solah al-Jama ‘ah
(https://bit.ly/36jEpej)

Majlis Fatwa United Arab Emirates (UAE)

“Tidak ada masalah untuk memakai pelitup muka semasa solat, dan
dalam suasana timbulnya rasa takut dari merebaknya wabak, maka
dibolehkan bagi mereka yang mendirikan solat secara berjamaah untuk
melakukan penjarakan di dalam saf dengan mengikut apa yang telah
disarankan oleh badan kesihatan yang berautoriti.”

Rujuk Tark Masafah baina al-Musollin wa Lubs al-Kammamah fi Zuruf al-Khauf
min Intisyar al-Waba‘ (https://bit.ly/3oW6vVh)

32 AL-BAYAN - SIRI ENAM

Fatwa al-Lajnah al-Da’imah, Arab Saudi

Al-Lajnah al-Da’imah ditanya ber-
kenaan dengan hukum menjarakkan
saf semasa solat berjemaah dengan
jarak 1 meter sebagai langkah
mengekang penularan wabak, lalu
mereka menjawab: “Tidak ada
halangan pada perkara tersebut.”

Rujuk Fatwa nombor 28068 bertarikh 17 Ramadhan 1441 H / 10 Mei 2020.

Majma' al-Buhuth al-Islamiyyah - al-Azhar

Solat dengan cara penjarakan fizikal
adalah sah tanpa makruh kerana
hukum makruh tersebut terangkat
berdasarkan mazhab jumhur di-
sebabkan wujudnya keuzuran yang
muktabar sebagai langkah berjaga-
jaga daripada dijangkiti virus. Apabila
terangkatnya hukum makruh, maka pahalanya adalah sempurna. Selain
itu, tujuannya juga bukanlah untuk menyelisihi Sunnah dalam tatacara
saf jemaah, tetapi ia satu situasi yang dikecualikan disebabkan satu
keadaan yang mendatang dan akan kembali seperti biasa (kepada
hukum asal) apabila keadaan tersebut hilang.

Rujuk laman web rasmi Majma' al-Buhuth al-Islamiyyah (https://bit.ly/35HzKnk)

AL-BAYAN - SIRI ENAM 33

Al-Majlis al-Islami li al-Ifta’ Palestin

Mazhab empat bersepakat bahawa
menyempurnakan saf tanpa adanya jarak
termasuk dalam perkara sunat tetapi tidak
termasuk dalam syarat sah solat mahupun
rukun-rukunnya. Justeru, mereka yang
menunaikan solat secara berjarak di dalam saf adalah sah namun
hukumnya makruh. Meskipun begitu, hukum makruh tersebut di sisi
para fuqaha’ terangkat dengan adanya suatu keperluan. Dan tidak
syak lagi bahawa penjarakan di dalam saf solat pada ketika ini adalah
termasuk dalam keperluan, bahkan ia adalah keperluan yang mendesak
sebagaimana yang dinasihatkan oleh para doktor bagi membendung
penularan (wabak Covid-19).

Rujuk Hukm al-Taba’ud baina al-Musollin Dakhil al-Saff, (https://bit.ly/3lHeN1j

Kesatuan Ulama’ Islam Sedunia

Antara lain mereka berpendapat bahawa tidak menjadi
kesalahan pada menjarakkan antara jemaah solat dalam
saf sesama mereka dengan kadar yang dijangka selamat
untuk kesihatan. Meninggalkan perbuatan merapatkan
saf ketika solat adalah makruh di sisi jumhur ulama’ dalam keadaan
biasa. Adapun ketika wujudnya keperluan atau dalam keadaan terpaksa,
maka hukum makruh ini gugur daripada mukallaf berdasarkan kaedah:
“Gugurnya hukum makruh apabila bertembung dengan keperluan.”

Rujuk Fatwa: Ma Hukm Taba'ud al-Musollin wa 'Adm Ras al-Sufuf bi Sabab Ja'ihah
Corona? (https://bit.ly/2UCyFqA)

34 AL-BAYAN - SIRI ENAM

Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi
Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia

Dalam Resolusi Muzakarah Khas Jawatankuasa Muzakarah Majlis
Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia kali ke-4 yang
bersidang pada 30 April 2020 melalui Sidang Video di Kompleks Islam
Putrajaya, mesyuarat telah bersetuju dengan cadangan pelaksanaan
Garis Panduan Solat Fardhu dan Sunat Secara Berjemaah dalam Tempoh
Pasca Perintah Kawalan Pergerakan (PKP - Covid-19) yang, antara lain,
memperuntukkan: “Jarak di antara imam dengan makmum adalah 1
meter, begitu juga jarak di antara para makmum adalah 1 meter.”

YB Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal
Agama) semasa menyampaikan kata aluan dalam salah satu Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah
Khas Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang dijalankan secara sidang video
bersama semua Ashabus Samahah Mufti-Mufti seluruh Malaysia.

AL-BAYAN - SIRI ENAM 35

Manakala dalam Resolusi Muzakarah Khas Jawatankuasa Muzakarah
Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia kali ke-4 yang
bersidang pada 30 April 2020 melalui Sidang Video di Kompleks Islam
Putrajaya, mesyuarat telah menetapkan, antara lain, penjarakan saf
dikurangkan dari satu meter mengikut kesesuaian masjid dan surau bagi
kawasan-kawasan zon hijau sahaja.

HUJAH DAN TARJIH

Bagi mengakhiri risalah ini, suka kami nyatakan beberapa noktah hujah
dan tarjih seperti berikut:

● Isu solat jemaah secara berjarak bagi mengekang
penularan penyakit berjangkit ini termasuk dalam
kategori fiqh al-nawazil iaitu isu-isu baharu yang berlaku.

● Nas syarak secara umumnya menyebut:

‫َفا َّت ُقوا الَّ َل َما ا ْس َت َط ْع ُتم‬

Maksudnya: “Hendaklah kamu semua bertakwa kepada Allah
sekadar yang kamu mampu.

Surah al-Taghabun (16)

Syeikh ‘Abd al-Rahman al-Sa‘di menjelaskan: “Ayat ini
menunjukkan bahawa semua kewajipan syarak yang tidak
mampu ditanggung oleh hamba, maka akan gugur jika dia
tidak mampu. Dia mampu untuk melaksanakan sebahagian
daripada kewajipan itu, tetapi tidak mampu pada
sebahagian yang lain maka dia melaksanakan pada apa

36 AL-BAYAN - SIRI ENAM

yang dia mampu, sepertimana sabda Nabi SAW: “Jika kamu
diperintahkan dengan suatu perintah maka laksanakannya
berdasarkan kemampuan kamu.” Lihat Taisir al-Karim al-
Rahman fi Tafsir Kalam al-Mannan (1/237).
Berdasarkan nas inilah para ulama menetapkan kaedah
fekah:

‫َما َل ُي ْد َر ُك ُك ُّل ُه َل ُي ْ َت ُك ُك ُّل ُه‬

Maksudnya: “Sesuatu yang tidak dapat dilakukan secara
keseluruhannya, ia tidak ditinggalkan kesemuanya.”

Kami tegaskan dengan kenyataan Imam al-Bulqini yang
dinukilkan oleh Imam Ibn Hajar al-Haitami:

‫إ َذا َأ َم َر ال ُّس ْل َطا ُن بِ َأ ْم ٍر ُم َوافِ ٍق َلِ ْذ َه ٍب ُم ْع َت َ ٍب ِم ْن َم َذا ِه ِب‬
‫ا ْلَ ِئ َّم ِة ا ُْل ْع َت َ ِبي َن َفإِ َّنا ُننَ ِّف ُذ ُه َو َل َ ُيو ُز َلنَا َن ْق ُض ُه َو َل َن ُقو ُل‬
‫َ ْي َتا ُج إ َل َأ ْن َي ْع َل َم بِا ِْل َل ِف َك َغ ْ ِي ِه ِم ْن ا ْ ُل َّكا ِم ِلَ َّن‬
‫ا ْلَ ْو َض ِف ِم ْث ِل َذلِ َك ُي َؤ ِّدي إ َل فِ َت ٍن َع ِظي َم ٍة َينْ َب ِغي َس ُّد َها‬

Maksudnya: “Apabila sultan memerintahkan satu perkara yang
menepati pandangan mazhab muktabar para imam, maka kami akan
melaksanakannya. Tidak harus kami menyalahinya, dan kami tidak
berkata beliau perlu mengetahui perkara khilaf itu sebagaimana orang
lain. Hal ini kerana perbahasan mendalam dalam masalah seperti ini
membawa kepada fitnah besar yang sewajarnya dicegah.” Rujuk
al-Fatawa al-Fiqhiyyah al Kubra (4/331)

AL-BAYAN - SIRI ENAM 37

Jemaah menunaikan solat di Masjidil Haram dengan melakukan penjarakan fizikal.

● Begitu juga kaedah fekah menyebutkan:

‫ال َأ ْح َكا ُم َت ُد ْو ُر َم َع ال ِع َل ِل ُو ُج ْو ًدا َو َع َد ًما‬

Maksudnya: “Semua hukum berlegar bersama illahnya, sama
ada ia wujud atau tidak.”

Dalam erti kata sekiranya ada illah, maka wujudlah
hukumnya. Sekiranya tiada illah, maka tiadalah hukum
tersebut.

● Tidak terdapat sebarang nas yang qat’ie dalam isu ini
yang menjadikan ia sebagai isu yang boleh berlakunya
khilaf pendapat dalam kalangan fuqaha’ berdasarkan
ijtihad mereka masing-masing.

38 AL-BAYAN - SIRI KHAS

● Kaedah fiqh yang masyhur menyebut:

‫َل إِ ْن َكا َر ِف َم َسائِ ِل الا ْجتِ َهاد‬

Maksudnya: “Tidak boleh mengingkari dalam permasalahan-
permasalahan yang berlaku padanya ijtihad.”

● Pendapat ulama moden berkenaan isu menjarakkan
saf semasa solat berjemaah bagi mengekang penularan
penyakit berjangkit ini adalah bertitik tolak dari isu
hukum merapatkan saf semasa solat berjemaah.
Sebahagian ulama mengatakan bahawa wajib
merapatkan saf dan haram menyelisihinya. Manakala
jumhur ulama berpendapat bahawa merapatkan saf
adalah sunat dan menyelisihinya adalah makruh.

Jemaah mematuhi peraturan penjarakan sosial ketika menunaikan solat Jumaat di Masjid Nabawi.
- Foto WMNGOVSA

AL-BAYAN - SIRI KHAS 39

Meskipun begitu, terdapat sebuah kaedah yang
menyebut:

‫ال َك َرا َه ُة َت ُز ْو ُل ِع ْن َد ال َحا َجة‬

Maksudnya: “Hukum makruh itu hilang sekiranya ada
keperluan.”

Demikianlah pada penjarakan fizikal semasa solat.
Meskipun ia termasuk dalam perkara yang makruh,
namun sekiranya ia dilakukan kerana ada hajat apatah
lagi darurat, maka kemakruhan tersebut telah tiada.

● Perbahasan hukum tidak merapatkan saf oleh para
fuqaha’ terdahulu merujuk kepada situasi ikhtiyari
(normal), bukan situasi idtirari (keadaan darurat dengan
musibah atau keuzuran yang berlaku). Ini kerana, dalam
situasi-situasi atau keuzuran tertentu, banyak keringanan
diberikan oleh syarak. Sebagai contohnya, Ibn Umar
R.Anhuma pernah menyebut dalam azannya:

‫َأل َا َص ُّلوا ِف ِر َحالِ ُك ْم َأل َا َص ُّلوا ِف ال ِّر َحال‬

Maksudnya: “Solatlah kamu di rumah, solatlah kamu di
rumah.”

Ini berlaku pada hari yang sejuk, berangin kencang, serta
hujan yang lebat.

40 AL-BAYAN - SIRI ENAM

Maka demikian juga keadaannya dengan penularan
penyakit Covid-19. Ia berlaku bukan dalam situasi
normal sebaliknya negara kita dan hampir seluruh dunia
berhadapan dengan wabak penyakit berjangkit ini. Maka
sudah pasti sebarang langkah pencegahan yang boleh
diambil, akan diusahakan.

Jemaah di Masjid al-Azhar, Mesir melakukan solat dengan mengadakan penjarakan fizikal.

Indonesia UAE Morocco

AL-BAYAN - SIRI ENAM 41

● Begitu juga merapatkan saf tidak termasuk dalam syarat-
syarat berjemaah. Antara syarat sah berjemaah ialah:
Berkumpulnya imam dan makmum di satu tempat yang
sama. Maka hal ini tetap tercapai dalam situasi solat
berjemaah secara berjarak.

● Bagi pihak berkuasa agama pula, perlu ada satu ketetapan
yang tegas dalam isu ini. Maka diambil langkah dan
usaha untuk menetapkan berkenaan penjarakan fizikal
semasa solat berjemaah. Kaedah fekah menyebut:

‫َت َ ُّص ُف ال ِإ َما ِم َع َل ال َر ِع َّي ِة َم ُنو ٌط بِالمَ ْص َل َح ِة‬

Maksudnya: “Tindakan pemerintah ke atas rakyat adalah
terikat dengan maslahah."

Solat Jumaat secara penjarakan fizikal yang didirikan di salah sebuah masjid di Istanbul, Turki.

42 AL-BAYAN - SIRI ENAM

Dalam konteks ini, pemerintah berhak
membuat keputusan berpandukan
kepada kemaslahatan rakyat
dengan berlandaskan kepada
syariat Islam.

Maka dengan mengambil kira
pendapat dan pandangan
daripada pelbagai pihak,
khususnya Kementerian Kesihatan
Malaysia, maka ditetapkan arahan
untuk mengadakan penjarakan fizikal
semasa solat berjemaah di masjid dan
surau, bagi mengekang penularan penyakit berjangkit.
Ini mengambil kira sekiranya terdapat pesakit Covid-19
yang tidak mempunyai simptom (asympthomatic) namun
boleh menjangkiti orang lain dengan kadar yang sama
dengan pesakit yang bersimptom.

● Meskipun begitu, perlulah diingatkan bahawa situasi ini
adalah secara mu’aqqat (secara bertempoh). Sekiranya
keadaan sudah kembali reda, maka kita akan kembali
menunaikan solat berjemaah secara merapatkan saf
kerana inilah yang dituntut oleh Rasulullah SAW. Oleh
yang demikian, kami juga menyarankan kepada mana-
mana negeri yang sudah berbulan-bulan tidak terdapat
kes jangkitan Covid yang baharu, untuk berbincang
dengan pihak KKM agar dapat kembali semula
menunaikan solat berjemaah secara normal. Wallahu
A’lam.

AL-BAYAN - SIRI ENAM 43

Meskipun begitu, perlulah
diingatkan bahawa situasi
ini adalah secara mu’aqqat
(secara bertempoh). Sekiranya
keadaan sudah kembali reda,

maka kita akan kembali
menunaikan solat berjemaah
secara merapatkan saf kerana

inilah yang dituntut oleh
Rasulullah SAW.

Penutup

S esungguhnya pandemik Covid-
19 telah menguji kita dalam
serba serbi kehidupan sama
ada dalam aspek ekonomi, sosial,
budaya, ibadat dan acara keagamaan
serta pelbagai lagi. Antara yang saya
dapati adalah para ulama mula berijtihad
berkenaan dengan hukum-hakam tatkala
mendapat maklumat yang lebih meluas dan
mendalam yang terkait dengan isu Covid-19 ini. Setelah hampir
setahun hal ini berlaku, bahkan di Malaysia telah memasuki
gelombang ketiga yang lebih membimbangkan makanya pendapat
yang dikemukakan oleh ulama sewajarnya diambil kira dan
dipertimbangkan mengikut realiti semasa.

44 AL-BAYAN - SIRI ENAM

Hukum seperti ini dengan penjarakan ketika solat berasaskan
illah dan sebab, sebaliknya apabila ternafinya illah dan sebab, maka
ternafilah hukum. Inilah kaedah yang masyhur lagi diterima pakai
oleh ahli usul dan fiqh. InsyaAllah apabila wabak pandemik Covid-19
berarak pergi – dan kami berdoa kepada Allah semoga hal ini berlaku
dengan cepat dan pantas, - maka, hukum asal iaitu merapatkan saf
akan kembali seperti biasa.

Akhir kalam, semoga risalah ini sedikit sebanyak memberikan
kefahaman yang bermanfaat buat para pembaca. Ameen.

Kami mengakhiri dengan doa:

‫ َو َأ ِر َنا ا ْل َبا ِط َل‬،‫ال َّل ُه َّم َأ ِر َنا ا ْلَ َّق َح ًّقا َوا ْر ُز ْقنَا ا ِّت َبا َع ُه‬
،‫ َو َل َ ْت َع ْل ُه ُم ْل َتبِ ًسا َع َل ْينَا َفنَ ِض َّل‬،‫َبا ِط ًل َوا ْر ُز ْقنَا ا ْجتنِ َا َب ُه‬

‫َوا ْج َع ْلنَا لِ ْل ُم َّت ِقي َن إِ َما ًما‬

Maksudnya: “Ya Allah, tunjukkanlah kepada kami kebenaran itu
sebagai kebenaran, dan rezekikanlah kepada kami untuk mengikutinya.
Dan tunjukkanlah kepada kami kebatilan itu sebagai kebatilan dan
rezekikanlah kepada kami untuk menjauhinya, dan jangan jadikannya
terkeliru atas kami sehingga kami sesat. Dan jadikanlah kami bagi
orang yang bertaqwa sebagai pemimpin.”

AL-BAYAN - SIRI KHAS 45

Mengambil langkah-langkah
pencegahan demi memelihara
nyawa serta memberhentikan
penularan penyakit termasuk

sebahagian daripada ibadah
yang mendekatkan diri kepada

Allah Azza wa Jalla.”

FADHILAH AL-SYEIKH DR. SA‘D BIN NASIR AL-SYATHRI

46 AL-BAYAN - SIRI ENAM


Click to View FlipBook Version