The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BUKU RESEPI LOCAL DESSERT INI MEMPUNYAI PELBAGAI RESEPI IAITU MALAY, NYONYA DAN INDIAN DESSERT.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by najwasyazwa2202, 2022-01-10 03:07:07

BUKU RESEPI LOCAL DESSERT

BUKU RESEPI LOCAL DESSERT INI MEMPUNYAI PELBAGAI RESEPI IAITU MALAY, NYONYA DAN INDIAN DESSERT.

INDIAN DESSERT

LADDU

46

BAHAN-  Tepung kacang kuda 4 cup
BAHAN  Gula pasir 2 ½ cup
 Ghee 2 tbsp.

 Kacang gajus 50 gram
 Almond 50 gram
 Kismis 50 gram
 Air 4 ½ cup

 Caldamom powder ½ tsp
 Dried ginger powder ½ tsp

 Baking soda 2 tsp
 Pewarna merah, oren dan hijau

47

CARA- 1) Masukkan tepung kacang kuda dalam bowl besar dan air sedikit demi sedikit, gaulkan sebati.
CARA 2) Kemudian masukkan baking soda dan gaul sehingga sebati. Biarkan selama 1 jam
3) Sementara menunggu adunan tadi kembang, potong kecil kacang gajus, almond dan kismis.
4) Masakkan kacang gajus, almond dan kismis dengan menggunakan ghee (minyak sapi) sehingga

berwarna keperangan.
5) Kemudian selepas adunan tadi kembang bahagikan adunan kepada 3 warna iaitu oren, merah dan

hijau. Warna hijau dan merah perlulah sedikit sahaja adunannya.
6) Masak semasa api betul-betul panas.
7) Selain itu, masukkan air dan gula ke dalam periuk lain dan bukak api.
8) Kemudian masukkan cal damom powder dan dried ginger powder ke dalam air gula tadi. Masakkan

sehingga air gula boleh ditarik dengan jari.
9) Masukkan adunan yang telah siap digoreng tadi, kacang gajus, almond, kismis ke dalam bowl yang

besar, dan masukkan air gula yang telah disiap tadi gaul dengan rata.

10) Kepal adunan sehingga menjadi bentuk bulat dan siap untuk dihidang.

48

KHEER

49

BAHAN-  Beras 1 cup
BAHAN  Susu fresh milk 2 cup

 Ghee 1 tbsp
 Kismis 20 gram
 Kacang badam 20 gram
 Kacang gajus 20 gram

 Air 2 cup
 Gula pasir ½ cup

50

CARA- 1) Sediakan periuk dan letakkan susu.
CARA 2) Buka api yang perlahan, kemudian letakkan beras yang telah dibasuh
3) Pastikan beras itu masa sehingga kembang dan lembut. Pastikan untuk kacau menggunakan

senduk (supaya tidak hangit nanti). Masukkan ghee sedikit.
4) Sementara itu, sediakan kuali leper dan letakkan mentega dan buka api perlahan.
5) Letakkan kismis, kacang gajus dan kacang badam ke dalam kuali. Kemudian letakkan sedikit ghee

semasa menggoreng.
6) Gorengkan sehingga keperangan dan pastikan tidak hangit. (Teruskan kacau nasi dan susu tadi)
7) Untuk pastikan nasi sudah lembut, angkat dan picit atau tekan menggunakan sudu. (Jika lembut

dan kembang maka ianya sudah masak).
8) Sekiranya tidak masak dan keras lagi, tambahkan air dan teruskan untuk kacau.
9) Bila sudah masak, letakkan gula dan kacau bagi sebati.
10) Seterusnya, masukkan kismis, kacang gajus dan kacang badam yang telah digoreng tadi ke

dalamnya dan kacaukan.
11) Biarkan mendidih sedikit dan tutup api. Siap dan boleh dihidangkan.

51

KESARI

52

BAHAN-  Tepung suji/semolina 3cup
BAHAN  Gula 3 cup

 Air suam 3 cup
 Susu 3 cup
 Ghee 2 cup

 Almond 100 gram
 Kacang gajus 150 gram

 Kismis 50 gram
 Pewarna oren
 Garam1/2 tsp

53

CARA- 1) Dalam api yang kecil, sangai tepung suji atau tepung semolina perlahan dalam 3 ke 4 minit.
CARA Apabila bau sudah naik, tambahkan secawan ghee dan kacau bagi sebati.

2) Kacau dalam 2 ke 3 minit dan pastikan berhati-hati kerana ia mudah hangus dan terlebih
masak.

3) Biarkan sementara.
4) Gunakan kuali, letakkan 2 sudu besar ghee dan gorengkan kacang dan kismis dengan buka api

yang kecil. Goreng sehingga keperangan.
5) Dalam kuali yang sama, tambahkan air suam dan biarkan ia mendidih. Kemudian tambahkan

susu sehingga mendidih.
6) Letakkan kacang dan kismis yang telah digoreng tadi ke dalam adunan dan kuali yang sama.
7) Apabila adunan mula mendidih perlahan, tambahkan gula dan garam berserta pewarna.
8) Biarkan ia mendidih sekali lagi dan kacaukannya.
9) Sebaik sahaja gelembung mula muncul, perlahan tuangkan tepung bersama ghee yang telah

disangai tadi.

54

10) Kacau dengan sebaiknya. Kesari hamper untuk siap apabila cecair menguap dan
menjadi kental. Teruskan mengacaunya sehingga mengeras.
11) Tambahkan ghee semasa mengacaunya. Boleh tambahkan lagi kacang dan
kismin. Tujuan tambahkan ghee supaya boleh menghasilkan kesari yang berlemak
dan manis.
12) Sediakan bekas atau dulang dan letakkan ghee padanya. Bekas atau dulang
digunakan untuk menekan kesari dan memudahkan untuk memotong kesari dalam
bentuk kepingan diamond petak.
13) Letakkan kesari ke dalam bekas atau dulang. Bentukkan kesari mengikut bekas
atau dulang tersebut dengan menekannya dan menambahkan ghee suapaya terbentuk
dengan baik.
14) Biarkan kesari sejuk dan selepas itu, potong dalam bentuk kepingan diamond
petak dan boleh dihidangkan.

55

KESIMPULAN

Kesimpulannya, kuih tempatan ini mempunyai pelbagai tekstur, rasa
dan warna. Terdapat pelbagai kuih tempatan yang dipelajari di kolej
komuniti selayang. Terima kasih kepada Puan Jamilah kerana telah
mengajar saya dan rakan cara membuat kuih tempatan ini. Saya dapat
mengetahui kuih tempatan pelbagai kaum iaitu melayu, cina dan india
di Malaysia ini. Banyak benda baharu yang saya pelajari.

56

RUJUKAN

 e-book siti nursarah (ppin) (2).pptx
 https://anyflip.com/cieha/ozuc/basic
 https://youtu.be/MG_aPGTI_dM
 https://youtu.be/0A85BeMlySY

57


Click to View FlipBook Version