The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BUKU RESEPI LOCAL DESSERT INI MEMPUNYAI PELBAGAI RESEPI IAITU MALAY, NYONYA DAN INDIAN DESSERT.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by najwasyazwa2202, 2022-01-10 03:07:07

BUKU RESEPI LOCAL DESSERT

BUKU RESEPI LOCAL DESSERT INI MEMPUNYAI PELBAGAI RESEPI IAITU MALAY, NYONYA DAN INDIAN DESSERT.

SPT 2043
RESEPI LOCAL DESSERT

NAMA:- NAJWA SYAZWANI BINTI MOHD YUSOFF
NO. KAD MATRIK:- B05SPT20F504

NAMA PENSYARAH:-NOR JAMILAH BINTI MOHAMED

RESEPI
LOCAL
DESSERT

ISI KANDUNGAN
 PENGENALAN 1
 MALAY DESSERT 2-33
 APAM SERI AYU
 KETAYAP 34-45
 KUIH LAPIS 46-55
 KUIH KERIA
 PENGAT PISANG 56
 PENGAT JAGUNG 57
 BUBUR PULUT HITAM
 BUTIR NANGKA
 TALAM SUJI MOCHA
 TALAM SERI MUKA
 NYONYA DESSERT
 KUIH ONDE-ONDE
 KUIH BOM
 ANGKOO
 TANG YUAN
 INDIAN DESSERT
 LADDO
 KHEER
 KESARI
 KESIMPULAN
 RUJUKAN

PENGENALAN

Local Dessert atau dalam Bahasa Malaysia adalah Pencuci Mulut
Tempatan. Dihasilkan oleh masyarakat tempatan di Asia, terutamanya
di Malaysia yang mempunyai pelbagai kaum dan adat resam. Pencuci
mulut merupakan sajian terakhir yang dihidangkan dan mempunyai
pelbagai bentuk, warna dan rasa. Di dalam buku resepi ini mengandungi
pelbagai resepi pencuci mulut daripada kaum Melayu, Nyonya dan India.

1

MALAY DESSERT

APAM SERI AYU

2

BAHAN-  Tepung naik sendiri 230 gram
BAHAN  Telur 5 biji

 Santan kotak 20 gram
 Gula kastor 230 gram
 Pandan emulco dan air pandan ½ tsp

 Ovallate 2 tsp
 Bahagian atas apam seri ayu

 Kelapa parut
 Garam 1 tsp
 Tepung gandum sedikit

3

CARA- 1) Sediakan mangkuk pengadun, masukkan telur ke dalam mangkuk.
CARA 2) Seterusnya masukkan santan berserta padan emulco yang dicampurkan dengan air pandan.
3) Masukkan gula kastor bersama tepung naik sendiri yang telah diayak.
4) Akhir sekali masukkan ovellate dan boleh adun bahan tersebut ke mesin pengadun ataupun

dipanggil mixer. Adun sehingga sebati.
5) Kemudian masukkan garam berserta tepung gandum sedikit ke dalam kelapa parut. Selepas itu,

kukuskan selama 10 minit. (Pastikan tidak hangit)
6) Jika kelapa parut sudah siap, masukkan kelapa parut tadi ke dalam acuan apam puteri ayu dan

tekankan sedikit.
7) Kemudian, masukkan adunan ke dalam acuan yang telah diletakkan kelapa parut

menggunakan scoop aiskrim atau sudu.
8) Ulang langkah tersebut sehingga adunan habis.
9) Letakkan ke dalam pengukus dan kukus selama 30 minit. (Pastikan angkat penutup pengukus

sekiranya terdapat banyak wap air dan lapkannya)

4

KETAYAP

5

BAHAN-  Inti kelapa  Kulit ketayap
BAHAN  Kelapa parut 1 biji  Tepung gandum 2 cup
 Gula Melaka ½ cup  Santan cair 2 ½ cup
 Sedikit air  Air pandan ½ cup
 Gula pasir ½ cup  Telur 1 biji
 Daun pandan 1-2 helai  Pewarna hijau ½ tsp
 Garam ½ tsp  Minyak masak 2 tbsp.
 Tepung gamdum sedikit  Garam ½ - 1 tsp

6

CARA-  CARA BUAT INTI KETAYAP
CARA 1) Sediakan kelapa parut di dalam kuali untuk dimasak.
2) Masukkan kelapa parut dalam kuali dan letakkan gula Melaka.
3) Kemudian,tambahkan air sedikit dan kacau sampai gula Melaka sampai larut sedikit, masukkan daun pandan yang

telah diikat.
4) Masak dan kacaukan sehingga sekata, masukkan gula pasir dan garam untuk bagi berlemak. Kacau sehingga sebati,

kemudian tambahkan tepung gandum sedikit.
5) Biarkan sejuk

 CARA BUAT KULIT KETAYAP
1) Kisarkan daun pandan dengan air sehingga halus. Kemudian tapis air pandan.
2) Masukkan santan yang telah ditambahkan air ke dalam blender, kemudian masukkan tepung gandum, air pandan,

telur, garam, pewarna hijau dan minyak masak.
3) Kisarkan sampai sebati dan tapis adunan tadi supaya dapat tekstur yang halus.
4) Panaskan kuali/pan , letakkan minyak sedikit dan tuangkan adunan tadi. Masaknya seperti berwarna kekuningan

sedikit.
5) Seterusnya, masukkan inti kelapa yang telah disejukkan ke dalam kulit ketayap.
6) Gulungkan sedikit untuk menutup inti, kemudian lipatkan kedua-dua bahagian tepi dan gulung semula sehingga habis.
7) Ulang langkah tersebut sehingga habis kesemuanya dan boleh dihidang.

7

KUIH LAPIS

8

BAHAN-  Tepung beras 2 kg
BAHAN  Tepung gandum 1 kg
 Santan kotak 2 cup

 Air 4 cup
 Gula 1 cup
 Esen vanilla 1 tbsp
 Garam 1tsp
 Tepung jagung 1 tbsp

9

CARA- 1) Masukkan tepung jagung, tepung gandum, gula, garam dan tepung beras ke dalam satu bowl besar.
CARA 2) Gaulkan kesemua bahan tadi sehingga sebati.
3) Campurkan santan ke dalam air kacau sehingga sebati.
4) Kemudian, campurkan ke dalam adunan bahan kering tadi dan gaulkan sehingga sebati. Masukkan

sedikit minyak jagung untuk rasa berlemak.
5) Tapiskan adunan yang telah digaul tadi, bahagikan kepada dua bekas.
6) Satu bowl masukkan esen sirap sedikit demi sedikit sehingga mendapat warna pink cair dan

gaulkan sehingga sebati. Satu lagi bowl biarkan warna putih.
7) Letakkan 2 cup adunan sirap kedalam Loyang yang telah dilapikkan dengan plastik.
8) Kukus selama 15 minit dan buka penutup pengukus selama 5 minit untuk lap wap air.
9) Seterusnya letakkan 2 cup adunan putih ke atas permukaan adunan sirap yang telah dikukus.
10) Ulang langkah ini sehingga lapisan terakhir berwarna putih dan lapisan hanya ada 7/8 sahaja.
11) Tunggu sehingga ia sejuk atau letakkan di dalam bowl yang berisi ais batu untuk mencepatkan

proses sejuk dan senang dipotong dan boleh dihidang.

10

KUIH KERIA

11

BAHAN-  Keledek 3 kg  GULA SIRA
BAHAN  Shortening 3 tbsp  Gula pasir 300 gm
 Tepung gandum 3 cup  Air 200 gm
 Minyak jagung 2 tbsp

12

CARA- 1) Rebuskan keledek sehingga empuk, kemudian lenyekkan keledek yang telah direbus empuk tadi
CARA dan biarkan sampai suam.

2) Selepas dah suam, masukkan shortening dan tepung gandum. Gaulkan sehingga sebati dan
bentukkan menjadi seperti donut.

3) Taburkan atas tray tepung gandum sedikit dan letakkan keria yang telah siap dibentuk.
4) Panaskan api dan letakkan minyak pada kuali, masakkan keria sehingga berwarna keperangan.

 GULA SIRA
1) Masukkan air, gula pasir, gula Melaka, minyak jagung dan daun pandan. Masakkan sehingga

menjadi sira gula.
2) Ianya seperti pekat dan likat.
3) Kemudian selepas gula sira dah siap masukkan keria yang telah digoreng tadi ke dalam gula sira

dan gaulkan sehingga gula sira melekat pada kuih keria.
4) Siap untuk dihidang.

13

PENGAT PISANG

14

BAHAN-  Pisang tanduk 3 buah pisang
BAHAN  Gula melaka hancur dipotong 100 gram

 Gula kastor 200 gram
 Sagu ½ cup

 Santan kotak 1 liter
 Garam 1 tsp

 Daun pandan 2 helai

15

CARA- 1) Potong pisang tanduk menjadi kecil, kemudian rebuskan pisang tanduk jika ia
CARA muda.

2) Kemudian panaskan air di dalam periuk sehingga menggelegak, rebus sagu ke
dalam air yang menggelegak sehingga menjadi kembang dan berwarna jernih.

3) Angkat sagu dan tapiskan sagu tersebut (buang air)
4) Masukkan pisang tanduk tadi kedalam periuk, dan diikuti dengan masukkan

santan ke dalamnya.
5) Kacau terlebih dahulu, barulah masukkan gula kastor, gula melaka yang telah

dihancurkan, daun pandan yang diikat dan juga masukkan garam.
6) Gaul sehingga sebati, kemudian masukkan sagu yang telah direbus tadi.
7) Biarkan sehingga ianya menggelegak dan masak.
8) Siap untuk dihidang.

16

PENGAT JAGUNG

17

BAHAN-  Santak kotak 2 kotak
BAHAN  gula melaka (hancur dipotong) 4 tbsp

 Jagung 6 tongkol
 Gula kastor 6 tbsp

 Garam 1 tsp
 Sagu 500 gram

18

CARA- 1) Potong bahagian sekeliling isi jagung dan buang bahagian batang.
CARA 2) Kemudian panaskan air di dalam periuk sehingga menggelegak, rebus

sagu ke dalam air yang menggelegak sehingga berwarna jernih.
3) Angkat sagu dan tapiskan sagu tersebut (buang air)
4) Masukkan isi jagung tadi kedalam periuk besar, dan diikuti dengan

masukkan santan ke dalamnya.
5) Kacau terlebih dahulu, barulah masukkan gula kastor, gula melaka yang

telah hancur, daun pandan yang diikat dan juga garam.
6) Gaul sehingga sebati, kemudian masukkan sagu yang telah dimasak.
7) Biarkan sehingga ianya menggelegak dan masak.
8) Siap untuk dihidang.

19

BUBUR PULUT HITAM

20

BAHAN-  Pulut hitam 2 cup
BAHAN  Air 6 cup

 Gula Melaka 150 gram
 Daun pandan 3 helai

 Santan 400 ml
 Garam 1 ½ tsp
 Gula pasir 100 gram

21

CARA- 1) Rebus pulut hitam dengan air.
CARA 2) Selepas direbus dan sudah empuk, masukkan santan dan daun

pandan ke dalam periuk yang berisi pulut hitam yang sudah
direbus tadi.
3) Kemudian gaulkan. Masukkan gula Melaka, gula pasir dan
garam kacau sehingga sebati. Masakkan sehingga rasa
sempurna.
4) Siap untuk dhidang.

22

BUTIR NANGKA

23

BAHAN-  Tepung pulut 500 gm
BAHAN  Tepung gandum 3 tbsp

 Garam ½ tsp
 Air

 Pewarna merah, kuning dan hijau
24

CARA- 1) Masukkan tepung pulut dalam bowl, masukkan garam dan air sedikit demi sedikit
CARA sehingga menjadi adunan menjadi seperti doh.

2) Asingkan adunan menjadi 3 untuk meletakkan pelbagai warna seperti merah,
kuning dan hijau.

3) Kemudian bentukkan bulat/seperti sel darah dan rebus sehingga masak, angkat
dan rendam di dalam air sejuk.

4) Basuh dan rebus sagu sehingga berwarna jernih
5) Seterusnya masukkan air, santan dan daun pandan gaul sebati. Kemudian

masukkan gula Melaka, gula pasir dan garam gaulkan sehingga sebati.
6) Masukkan sagu yang telah direbus ke dalam periuk yang ada bahan-bahan tadi.
7) Kemudian gaulkan sehingga sebati, dan tutup api jika rasa sudah sempurna.
8) Siap untuk dihidang.

25

TALAM SUJI MOCHA

26

BAHAN-  BAHAGIAN ATAS  BAHAGIAN BAWAH
BAHAN  Santan kotak 2 cup  Gula pasir 1 cup
 Air 1 cup  Santan kotak 3 cup
 Telur 3 biji  Air 2cup
 Gula pasir ½ cup  Tepung suji 2 cup
 Tepung gandum 4 tbsp  Tepung gandum 3 tbsp
 Mocha Paste 2 tbsp  Pewarna kuning telur 1 tsp

27

 BAHAGIAN BAWAH
1) Sediakan periuk dahulu, kemudian masukkan tepung suji dan tepung gandum

ke dalam periuk,masukkan juga air dan santan tinggalkan sedikit. Kacau

perlahan-lahan dan pastikan tidak berketul-ketul.

2) Letakkan pewarna kuning telur ke dalam adunan tadi sedikit demi sedikit

CARA- sehingga nampak warna adunan menjadi kuning.
CARA
3) Letak dan tapis adunan ke dalam santan yang selebihnya sebentar tadi.

Kacaukan bagi sebati.

4) Tuang semula ke dalam periuk untuk dimasak. Masak di atas api yang

perlahan sehingga adunan menjadi pekat.

5) Sapukan minyak jagung pada bekas talam dan letakkan plastik agar senang

untuk diangkat.

6) Tuang adunan yang disiap masak ke dalam bekas talam dan ratakan adunan

tersebut. Biarkan ia sejuk.

28

 BAHAGIAN ATAS
1) Untuk adunan bahagian atas, kacaukan telur dan masukkan ke dalam santan dan air

serta kacaukannya.
2) Kemudian masukkan gula serta tepung gandum dan kacau sehingga sebati dan

tidak berketul.
3) Tambahkan mocha paste dan kacaukan.
4) Tapis adunan tersebut dalam periuk dan buka api perlahan. Masakkan adunan

sehingga menjadi pekat.
5) Selepas itu tuang adunan ke dalam talam yang sudah berisi bahagian bawah tadi.
6) Kukus semula talam tersebut selama 15 minit.
7) Siap dihidang.

29

TALAM SERI MUKA

30

BAHAN-  Beras pulut 600 gram (rendam semalaman)
BAHAN  Santan 500 gram
 Garam ½ tsp
 Telur 200 gram

 Tepung gandum 20 gram
 Tepung jagung 20 gram
 Pandan emulco 1 tbsp
 Perwarna makanan hijau (tuang sedikit sahaja)

 Gula pasir 150 gram

31

CARA-  BAHAGIAN BAWAH
CARA 1. Sapukan minyak jagung pada bekas talam dan letakkan plastik agar senang untuk diangkat.
2. Masukkan beras pulut (buang air) yang sudah direndam semalaman ke dalam bekas acuan. (Isi

separuh acuan bekas sahaja)
3. Tekankan sedikit supaya beras pulut yang diisi tadi sama rata.
4. Dalam mangkuk yang lain, isikan santan dan tambahkan garam. Kacaukan bagi sebati.
5. Kemudian tuangkan ke dalam acuan bekas yang berisi beras pulut. (Tuang sehingga paras beras

pulut sahaja dan pastikan semua tempat mengena)
6. Bekas acuan yang digunakan pastikan tidak terlalu besar supaya semasa kukus, wap air boleh

naik ke atas.
7. Kukuskan pulut selama 30 minit sehingga masak.
8. Setelah pulut siap dikukus, letakkan tepung gandum di atas.(Berfungsi untuk melekatkan adunan

pandan dan pulut)
9. Tekan pulut menggunakan plastik supaya adunan tidak jatuh kebawah semasa melatakkannya.
10. Ratakan tepung tadi menggunakan berus.

32

 BAHAGIAN ATAS
1) Sediakan satu lagi mangkuk berisi santan, dan tambahkan pandan emulco berserta perwarna

makanan hijau.
2) Kacaukan biar sebati.
3) Kacau telur menggunakan whisk atau pemukul dan masukkan gula pasir. Kacau bagi sebati.
4) Kemudian masukkan santan yang dicampurkan perwarna tadi sedikit ke dalam tepung jagung

dan gandum, kacaukan bagi sebati dan tuang ke dalam telur tadi.
5) Santan selebihnya, tuang bersama ke dalam adunan tadi dan kacaukannya.
6) Masukkan ½ tsp garam dan kacau sebati.
7) Kemudian tapis adunan, letak di dalam periuk dan masak di atas api yang kecil. Kacau adunan

sehingga menjadi pekat.
8) Sudah selesai masak adunan, tapis adunan sekali lagi dalam bekas yang berisi pulut yang sudah

dimasak.
9) Kukus semula talam itu sehingga masak.
10) Siap untuk dihidang.

33

NNYYOONNYYAA DDEESSSSEERRTT

KUIH ONDE-ONDE

34

BAHAN-  Tepung pulut 1kg
BAHAN  Tepung gandum ½ cup
 Air Pandan 500 gram
 Gula melaka yang telah dipotong kecil

 Kelapa parut
 Garam 1 tsp

35

CARA- 1) Masukkan tepung pulut ke dalam mangkuk yang besar disertai dengan tepung gandum yang telah
CARA diayak. Gaulkan sedikit supaya bercampur.

2) Masukkan air pandan sedikit demi sedikit, kemudian ulikan sehingga menjadi doh.
3) Sediakan tray atau dulang dan taburkan tepung di atasnya supaya doh tadi tidak akan melekat.
4) Ambil sedikit doh, leperkan dan masukkan satu kepingan kecil gula melaka yang telah dipotong ke

dalamnnya.
5) Tutup dan bulatkan doh tersebut menjadi bulat. Buat sehingga doh habis.
6) Ambil kelapa parut dan kukuskan sekalam 10 minit. Pastikan tidak hangus.
7) Sudah selesai dengan doh, sediakan kuali yang diisi dengan air dan panaskan air tersebut sehingga

menggelegak.
8) Jika sudah menggelegak, masukkan bebola tepung tersebut sebanyak mana mengikut kesesuaian

kuali yang digunakan.
9) Angkat bebola tepung apabila ianya sudah timbul ke permukaan air.
10) Kemudian ambil kelapa parut yang sudah dikukus dan diletakkan sedikit garam, golekkan bebola

tepung pada kelapa parut.
11) Siap untuk dihidang.

36

KUIH BOM

37

BAHAN-  Tepung pulut 1cup  INTI KELAPA PARUT
BAHAN  Tepung gandum ½ cup  Kelapa parut 1kg
 Garam 1 tsp  Air gula melaka 200 gram
 Bijan  Gula pasir 200 gram
 Air  Tepung gandum dan tepung

jagung 1 tbsp

38

CARA-  INTI KELAPA
CARA 1) Sediakan kelapa parut di dalam periuk untuk dimasak.
2) Letakkan air gula melaka yang telah dicairkan ke dalam kelapa parut berserta gula pasir ke dalam periuk.
3) Masak dan kacaukan sehingga pekat dan sebati, kemudian tambahkan tepung gandum dan tepung

jagung.
4) Kacaukan sehingga sebati. Biarkan sejuk

 KUIH BOM
1) Ayak dahulu tepung gandum dan tepung pulut.Satukan kedua tepung ke dalam mangkuk.
2) Seterusnya, tambahkan garam dan gaulkan bagi sebati.
3) Tuang air sedikit demi sedikit dan ulikan sehingga menjadi doh.
4) Jika sudah selesai, ambil doh dan leperkan menjadi sebesar tapak tangan dan letakkan inti kelapa yang

telah siap tadi sebanyak satu sudu besar.
5) Tutup inti dengan rapat dan kemas. Gumpalkan dan bulatkannya sehingga menjadi bulat.
6) Kemudian golekkan di atas bekas berisi bijan. Gumpalkan lagi suapaya bijan melekat padanya.
7) Panaskan minyak di dalam kuali, dan bersedia untuk menggoreng.
8) Goreng sehingga kuih tersebut menjadi keperangan. Siap untuk dihidang.

39

ANGKOO

40

BAHAN-  Keledek 200 gram
BAHAN  Tepung pulut 300 gram
 Tepung ubi kayu 1tbsp

 Gula kastor ½ tbsp
 Minyak masak 2tbsp

 Air 160 gram
 Inti kacang merah

41

CARA- 1) Pertama, potong keledek menjadi dadu dan panaskan air terlebih dahulu di dalam periuk sehingga
CARA menggelegak.

2) Selesai potong keledek, masukkan keledek ke dalam air yang menggelegak dan biarkan ia rebus sehingga
lembut.

3) Setelah keledek berasa lembut, angkat keledek sahaja tanpa air. Kemudian lenyekkan keledek tadi
sehingga lumat.

4) Campurkan kedua-dua tepung dan masukkan keledek yang telah dilenyek ke dalam tepung. Gaul
sehingga menjadi sebati.

5) Kemudian, ambil inti kacang merah dan bulatkan menjadi bulat sedehana besar.
6) Seterusnya masukkan minyak ke dalam tepung yang telah dicampurkan dengan keledek tadi.
7) Masukkan pula air sedikit demi sedikit. Uli sehingga menjadi doh.
8) Tambahkan sedikit pewarna merah pada doh dan sebatikannya.
9) Sediakan kulit daun pisang dan potong mengikut besar acuan akuih angkoo. (Biarkan besar lebih sedikit)
10) Ambil segenggam besar doh dan leperkan. Kemudian masukkan inti kacang merah yang telah dibulat

tadi dan tutup serta bulatkannya.
11)Sapukan minyak jagung pada acuan terlebih dahulu.
12)Letakkan doh ke dalam acuan dan tekankan mengikut bentuk acuan tersebut.
13)Keluarkan doh pada acuan dan letakkan atas kulit pisang yang telah dipotong tadi.
14)Kemudian kukuskan selama lebih kurang 30 minit sehingga masak.

42

TANG YUAN

43

BAHAN-  AIR GULA  KUIH
BAHAN  Air 500 gram  Gula kastor 1tbsp
 Gula pasir 500 gram  Tepung pulut 2 cup
 Daun pandan 2 helai  Air 200 gram
 Pewarna merah dan hijau

44

CARA-  CARA MEMBUAT KUAH
CARA 1) Masukkan air ke dalam periuk.
2) Seterusnya, masukkan gula berserta daun pandan yang dipotong dua.
3) Buka api kecil, dan masakkan sehingga gula hancur.
4) Tutup api dan biarkan sementara.

 MEMBUAT ISI TANG YUAN
1) Masukkan gula ke dalam tepung pulut. Campurkan kedua bahan tersebut.
2) Kemudian masukkan pula air sedikit demi sedikit, gaul dan uli sehingga menjadi doh.
3) Sediakan mangkuk untuk bahagikan kepada tiga bahagian warna iaitu, warna merah, hijau dan putih.

Letak pewarna pada doh yang telah dibahagikan sebentar tadi. Uli sehingga warna menjadi sebati
dengan doh.
4) Selesainya, ambil sedikit doh dan bulatkan menjadi bulat yang kecil. Buat sehingga ke semua doh habis
untuk tiga warna itu.Sudah selesai dengan doh, sediakan kuali yang diisi dengan air dan panaskan air
tersebut sehingga menggelegak.
5) Letakkan bebola tepung tadi ke dalam kuali. Biar ianya masak dan angkat sekiranya bebola tersebut
sudah naik ke permukaan air.Letakkan terus bebola tepung itu ke dalam air gula yang sudah di masak
awal tadi.
6) Tang Yuan sudah siap untuk dihidangkan.

45


Click to View FlipBook Version