LAPORANTAHUNAN2025Institut Kemahiran BeliaNegara PeretakDisediakan oleh:Rakan DigitalIKBN Peretak+603-60996000 https://www.facebook.com/IKBNPT/ [email protected]
Tiada mana-mana bahagian daripada laporan tahunan iniboleh diterbitkan semula, disimpan dalam sistempengeluaran semula, atau dipindahkan dalam sebarangbentuk dan dengan apa jua cara, sama ada secaraelektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman atau selainnyatanpa kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada InstitutKemahiran Belia Negara Peretak.Diterbitkan oleh:Rakan DigitalInstitut Kemahiran Belia Negara Peretak44000 Kuala Kubu Bharu, SelangorEmail: [email protected]: https://www.facebook.com/IKBNPTTikTok: ikbn.peretakInstagram: ikbnptPerpustakaan Digital:https://anyflip.com/bookcase/fcddwLAPORANTAHUNAN2025
01Perutusan Pengarah02PengurusanTertinggi03Latar Belakang04Quickfacts05KebolehpasaranGraduan06KANDUNGANLaporan AktivitiBulan Januari67891011-273
07Laporan AktivitiBulan Februari08Laporan AktivitiBulan Mac09Laporan AktivitiBulan April10Laporan AktivitiBulan Mei11Laporan AktivitiBulan Jun12Laporan AktivitiBulan Julai28-5960-7677-9899-138139-167168-21213Laporan AktivitiBulan Ogos213-2494
514Laporan AktivitiBulan September15Laporan AktivitiBulan Oktober16Laporan AktivitiBulan November17Laporan AktivitiBulan November18Memori Peretak2025250-264265-294295-322323-346347-37812PenghargaanSidang Redaksi377
NORMAHSYURI BINTI MD. SHARIFFPengarah IKBN PeretakAlhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izinNya, InstitutKemahiran Belia Negara (IKBN) Peretak telah berjaya melangkah melepasitahun 2025 dengan cemerlang. Laporan Tahunan ini mencerminkan komitmenkami dalam menyampaikan perkhidmatan berkualiti dan mencapai sasaranyang ditetapkan.Sepanjang tahun 2025, pelbagai pengiktirafan dan penganugerahan yang telahkita nikmati adalah hasil usaha yang bersepadu semua warga IKBN Peretakuntuk meletakkan kita dilandasan yang betul bagai mencapai misi dan visiinstitut.Khidmat yang terbaik telah kita berikan kepada semua pelanggan iaitu pelajar,komuniti, staf dan kakitangan serta warga IKBN Peretak dalam kita memenuhiKey Performance Indikator (KPI) yang telah ditetapkan oleh BahagianPembangunan Kemahiran Belia (BPKB).Tahniah dan syabas juga diucapkan kepada semua warga IKBN Peretak yangtelah memberikan komitmen padu dalam usaha untuk memastikan programdan aktiviti yang telah dirancang sepanjang tahun 2025 dapat dilaksanakandengan jayanya. Semoga komitmen dan kebersamaan ini diteruskan danditingkatkan di masa akan datang.Sekalung penghargaan dizahirkan kepada barisan sidang redaksi Kelab RakanDigital dan semua pihak yang terlibat sama dalam menjayakan penerbitanLaporan Tahunan IKBN Peretak Tahun 2025 ini.Assalamualaikum WBT dan Salam Malaysia Madani,PERUTUSANPENGARAH6
NORMAHSYURI BINTI MD. SHARIFFPengarahPENGURUSAN TERTINGGIIKBN PERETAKTS. NURULAKMAR BINTI ALIASTimbalan PengarahPengurusan Latihan (PL)SHAHDAN BIN ZAINALTimbalan PengarahHal Ehwal Pelajar (HEP)7
LATAR BELAKANG IKBN PERETAKBermula pada tahun 1954 bertempat di Balai Muda Mudi Kebangsaan, di Morib,Kuala Langat, Selangor dengan kurikulum utama berbentuk kerja-kerjakemasyarakatan, kesenian dan kebudayaan yang dinaungi oleh KementerianKebajikan Masyarakat. Pada tahun 1964, era baru bermula. Angin perubahan mulameniupkan nama Peretak. Perpindahan pertama dari Morib ke Peretak, Selangor dimana kedudukannya 10km dari pekan Kuala Kubu Bharu menghala ke Bukit Freserdan lebih kurang 75km dari pusat Bandaraya Kuala Lumpur. Perasmian pembukaandilakukan oleh Almarhum YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pada 29November 1964.Orientasi latihan tertumpu kepada latihan kepimpinan dan ditambah denganlatihan-latihan kemahiran. Pada 29 Mei 1967 diletakkan di bawah Pada tahun 1991pusat ini telah dinaiktaraf dan diberikan nama Institut Kemahiran Belia NegaraPeretak. Pada 1 Februari 1994, latihan kepimpinan dipindahkan ke Institut LatihanKepimpinan Belia Negara Pasir Panjang, Port Dickson. Tumpuan institut sekarangadalah latihan kemahiran sepenuh masa secara bersepadu.Pembinaan Sungai Selangor Fasa 3 bagi menampung penggunaan air ataspermintaan dan kepentingan umum, IKBN Peretak sekali lagi mencipta sejarahtersendiri. Pada 20 Jun 2002 perpindahan kali kedua telah berlaku akibat pembinaantersebut. Institut ini dipindahkan ke Mukim Buluh Telor, Ampang Pecah. Namunobjektif operasi dan objektif umum tidak berubah.Di atas persetujuan semua agensi kerajaan yang terlibat, nama Peretak tetapdikekalkan sebagai kesinambungan bagi mengenang jasa yang ditaburkan kepadapembangunan Belia Negara.VISIMembina generasi belia yang mempunyai jati diri dan kompetan dalam kemahiranbagi memenuhi keperluan pembangunan negara.MISIMenghasilkan belia yang berkemahiran, berdisiplin, berakhlak mulia danberwawasan untuk keperluan tenaga kerja selaras dengan pembangunan negara8
9
10
JA N UARI2025
01LAWATAN PENDEDAHAN INDUSTRICOPTPA BAGI PROGRAM JAHITANPAKAIAN LELAKI TAHAP 2 SEMESTER 26 JANUARI 202502CERAMAH AGAMA “DI MANA KIBLAT KITA”6 JANUARI 202503PERHIMPUNAN BULANAN IKBN PERETAKBAGI BULAN SEPTEMBER HINGGADISEMBER 20247 JANUARI 202504MAJLIS APRESIASI INSTITUT KEMAHIRANBELIA NEGARA (IKBN) PERETAK TAHUN20258 JANUARI 202505PERLAWANAN PERSAHABATAN BOLA SEPAK9 JANUARI 202506BACAAN YASIN & SOLAT HAJATBULAN JANUARI9 JANUARI 202509CERAMAH AGAMA BIL. 2/2025“KEBERKATAN ILMU”15 JANUARI 202510PERTANDINGAN PING PONG BEREGU LELAKITAHUN 202518 JANUARI 202511PEPERIKSAAN AKHIR ILKBS SESI 1.2025(JANUARI)20 JANUARI 202512CERAMAH AGAMA BIL. 3/2025 “ISRA’ MIKRAJ”PERJALANAN YANG DIRAKAM UNTUK UMMAT21 JANUARI 202513LAWATAN PENANDA ARAS PELAKSANAANPROGRAM COPTPA IKTBN TEMERLOH23 JANUARI 202514LAWATAN PENANDAARASAN KE BENGKELANYAMAN TIKAR MENGKUANG, PASIR PUTEHKELANTAN25 JANUARI 202507PERTANDINGAN KAROM BERPASANGANTERTUTUP TAHUN 202511 JANUARI 202515PROGRAM KESENIAN MURAL25 JANUARI 202508PAMERAN INFOGRAFIK KENEGARAAN15 JANUARI 2025
Jabatan Teknologi Fesyen dan Pakaian IKBN Peretak telah berkunjung ke Peluang Kristal(M) Sdn Bhd untuk Program COPTPA bagi subjek Pendedahan Industri.Lawatan ini melibatkan dua orang tenaga pengajar daripada Bidang Jahitan Pakaian Lelakibersama-sama dengan 6 orang pelajar Tahap 2 Semester 2 bersama seorang pegawaidaripada Cawangan Hubungan Industri. Pihak industri telah memberikan sedikit peneranganmengenai perkhidmatan yang ditawarkan di Peluang Kristal (M) Sdn. Bhd merupakan anaksyarikat kepada Jakel Malaysia Sdn Bhd yang disampaikan oleh Haji Suhaidi Jamiun selakuPengurus Besar Syarikat.Lawatan Pendedahan Industri ini bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar tentanggambaran sebenar bidang pekerjaan tersebut, ia merupakan subjek Wajib Lulus kepadapelajar Semester 2 di bawah Program COPTPA. Lawatan dimulakan dengan sesi taklimatdaripada pihak syarikat dan aktiviti melawat ke semua bahagian production iaitu bahagianpembentangan fabrik, pemotongan fabrik, proses jahitan dan sebagainya. Para pelajar diberipeluang untuk menghasilkan sehelai kemeja mengikut saiz masing-masing.Semoga program ini dapat menarik minat pelajar dan memberikan pengetahuan lebihmendalam dalam bidang Fesyen dan Pakaian.LAWATAN PENDEDAHAN INDUSTRICOPTPA BAGI PROGRAM JAHITANPAKAIAN LELAKI SEMESTER 26 JANUARI 202513
6 JANUARI 2025 | ISNIN“DI MANA KIBLAT KITA”CERAMAH AGAMA BIL. 1/2025Intisari ceramah:Menerangkan kepentingan kiblat dalamagama Islam, termasuk sejarah, makna, dancara menentukan arah kiblat yang tepat. Iajuga akan menekankan peranan kiblatdalam membentuk identiti dan kesatuanumat IslamAgama Islam sesuai dengan fitrah beragamamanusia yang ingin menyembah danberdoa kepada Allah SWTMeningkatkan pemahaman pelajar merekauntuk menghayati nilai-nilai agama dalamkehidupan seharianMeningkatkan kesedaran pelajar tentangpentingnya agama sebagai panduan hidup,serta menggalakkan mereka untukmenghayati dan mengamalkan ajaranagama dalam setiap aspek kehidupanmereka.Menerangkan cabaran yang dihadapi olehgenerasi muda dalam mengamalkan ajaranagama di zaman moden, termasukpengaruh budaya dan teknologi.Sesi soal jawab diadakan untukmembolehkan pelajar berkongsi pandangandan mendapatkan penjelasan lanjutmengenai isu-isu berkaitan kiblat.Tarikh : 06 Januari 2025 (Isnin /7.30 Malam)Tempat : Surau Nur SalamPenceramah : Ustaz Mohammad B.Mohd HassanAnjuran : Unit Hal Ehwal Islam, Cawangan Pengurusan Pelajar14
PERHIMPUNAN BULANAN IKBNPERETAK BAGI BULAN SEPTEMBERHINGGA DISEMBER 2024Perhimpunan bulanan IKBN Peretak bagi bulan September hingga Disember 2024 telahdiadakan bertempat di Auditorium IKBN Peretak yang dihadiri oleh semua pegawai dankakitangan. Majlis dimulai dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu Perkhidmatan Awam danbacaan doa serta tayangan video sorotan aktiviti sepanjang September hingga Disembertahun 2024. Seterusnya ucapan aluan dan amanat tahun 2025 oleh Pengarah IKBN Peretak,Pn.Normahsyuri binti Md Shariff. Besar harapan Puan Pengarah agar kecemerlangan dapatditeruskan untuk tahun 2025 dengan melipatgandakan usaha ke arah pencapaian yanglebih cemerlang.Majlis diteruskan lagi dengan bacaan Ikrar Tenaga Pengajar IKBN Peretak yang diketuaioleh En.Badrulhisyam bin Ismail dan diteruskan majlis penyampaian AKPTB bagi bulanSeptember hingga Disember 2024, anugerah Pengurusan Latihan Terbaik, hadiah tempatketiga Pertandingan Menjahit Baju Kurung, hadiah tempat pertama PertandinganMemasak sempena Hari Alam Sekitar, tempat kedua Pertandingan Decoration CakeChallenge, tempat keempat Karnival Sukan ILKBS kategori sukan futsal dan e-sport dantempat kedua dan ketiga Pertandingan Youth As Researchers (YAR).Majlis diakhiri dengan tayangan dan acara memotong kek sempena hari lahir kakitanganIKBN Peretak sepanjang bulan September hingga Disember 2024.7 JANUARI 2025 | SELASA15
MAJLIS APRESIASI INSTITUT KEMAHIRANBELIA NEGARA (IKBN) PERETAK TAHUN 2025MAJLIS APRESIASI INSTITUT KEMAHIRANBELIA NEGARA (IKBN) PERETAK TAHUN 2025IKBN Peretak – Majlis Apresiasi IKBN Peretak Tahun 2025 pada tahun ini bertemakan klasik tradisional telah diadakan di DewanDatuk Ali Haji Ahmad (DAHA), IKBN Peretak anjuran Kelab Rakan Muda IKBN Preretak. Program ini melibatkan kehadiran 27 orangpenyelaras kelab Rakan Muda bersama-sama 339 orang pelajar IKBN Peretak, termasuklah pelajar yang akan menamatkanpengajian pada awal tahun 2025 ini. Majlis ini diadakan bagi meraikan kejayaan pelajar yang bakal menamatkan pengajian di IKBNPeretak serta menghargai sokongan pegawai dan pelajar yang sama-sama membantu dalam pelaksanaan program dan aktiviti diIKBN Peretak bagi tahun 2024.Turut hadir Puan Normahsyuri Binti Md. Shariff (Pengarah IKBN Peretak), En. Shahdan bin Zainal (Timbalan Pengarah Hal EhwalPelajar) dan Puan Siti Muhariah binti Untong (Timbalan Pengarah Pengurusan Latihan) bersama barisan ketua-ketua jabatan.Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan, antaranya persembahan tarian dan teater muzikal dari Rakan Ekspresi dan Rakan Muzik.Tidak lupa majlis penyampaian Anugerah Pelajar Cemerlang dan sijil penghargaan kepada para pelajar yang terlibat sebagai MajlisPerwakilan Pelajar dan Gerakan Dakwah Belia Peretak bagi sesi 2024.8 JANUARI 2025 | RABUPenyampaian Anugerah Pelajar Cemerlang ini melibatkan kategori seperti berikut:-1. Pelajar Terbaik Peperiksaan Julai 2024 - Saudari Aliza Meisarah Binti Ali Zamar (JPW 4)2. Anugerah Imam Muda Harapan - Saudara Ahmad Aidil Syukri Bin Rosli (PASTRI 3)3. Anugerah Sahsiah Terbaik (Lelaki) - Saudara Muhammad Nur Fitri Bin Yahya (ROTI 1)4. Anugerah Sahsiah Terbaik (Wanita) - Saudari Siti Syafiqah Binti Saiful Bahari – (PGR 4)5. Anugerah Pelajar Kreatif & Inovatif (Lelaki) - Saudara Muhammad Aidil Rahman Bin Zaini (PMM 4)6. Anugerah Pelajar Kreatif & Inovatif (Wanita) - Saudari Aliza Meisarah Binti Ali Zamar (JPW 4)7. Anugerah Pembimbing Rakan Sebaya (Lelaki) - Saudara Muhammad Hilman Najmi Bin Mohamad Hailmi (PASTRI 3)8. Anugerah Pembimbing Rakan Sebaya (Wanita) - Saudari Ezyan ’Ezzati Syazwanie Binti Mohamad Azizi (TK 3)Majlis Apresiasi turut diserikan dengan sesi cabutan bertuah, pertandingan King & Queen Best Dress (Traditional) serta kejutanhadiah misteri turut disediakan kepada para pegawai yang hadir pada malam ini.Majlis ini bukan sahaja memberikan kenangan yang manis kepada semua, tetapi turut mengeratkan silaturahim di kalanganwarga kerja dan para pelajar. Semoga majlis seperti ini dapat diteruskan sebagai simbolik kepada pengiktirafan sertapenghargaan di atas segala pencapaian yang telah diberikan disamping menjadi inspirasi kepada para pelajar yang lain untukmenonjolkan bakat serta kemahiran yang terpendam.16
P E R LAWANAN P E R SAHABATANBOLA SEPAKIKBN Peretak – Pasukan BolaSepak IKBN Peretak telahmengadakan perlawanan bolasepak dianatara Pasukan Bawah17 Tahun Hulu Selangor (ProgramPembangunan Bola Sepak NegaraNFDP) yang berlangsung diPadang Astaka, IKBN Peretak.Objektif perlawanan ini diadakanadalah bagi mencungkil danmencari bakat baru pelajar IKBNyang akan mewakili institut dalamKejohanan Sukan ILKBS Kali Ke-37Tahun 2025 yang bertempat diIKTBN Bukit Mertajam, PulauPinang.Tarikh :09 JANUARI 2025(Khamis/ 5.30 petang)Tempat :Padang Astaka, IKBNPeretakKEPUTUSAN PERLAWANANNFDP Husel (2) - (1) IKBNPTAnjuran : Unit Sukan Cawangan Pengurusan Pelajar09 JANUARI 2025 | KHAMIS17
Anjuran : Unit Hal Ehwal Islam, Caw. Pengurusan PelajarBACAAN YASIN &SOLAT HAJATMajlis Perwakilan Pelajar (MPP) telah menganjurkan Majlis Bacaan Yasin dan SolatHajat sebagai persediaan untuk pelajar yang akan menduduki Peperiksaan Akhirbermula 13 - 24 Januari 2025. Majlis ini diadakan di Surau Nur Salam selepas solatMaghrib. Majlis dimulakan dengan bacaan Yasin yang dipimpin oleh Ustaz ShahrulIman. Bacaan ini bertujuan untuk memohon keberkatan dan ketenangan kepada semuapelajar yang akan menghadapi peperiksaan. Setelah selesai bacaan Yasin, solat hajatdiadakan untuk memohon pertolongan dan kejayaan daripada Allah SWT.Kehadiran pelajar dalam majlis ilmu ini sangat menggalakkan, menunjukkan semangatdan kesungguhan mereka dalam menghadapi peperiksaan. Majlis ini juga diakhiridengan doa penutup yang dipimpin oleh Ustaz Shahrul Iman, memohon agar semuapelajar diberikan kecemerlangan dan kejayaan dalam peperiksaan yang akan datang.Secara keseluruhannya, majlis ini berjalan dengan lancar dan mencapai matlamatnyauntuk memberikan sokongan moral dan spiritual kepada pelajar. Diharapkan agarsemua pelajar dapat memanfaatkan doa dan usaha ini dalam menghadapi peperiksaanakhir mereka.99 JJAANNUUAARRII 22002255 || KKHHAAMMIISS18
PERTANDINGAN KAROMBERPASANGAN TERTUTUP TAHUN 20251 1 J A N U A R I 2 0 2 5 | S A B T UIKBN Peretak - Pertandingan KaromBerpasangan Tertutup Tahun 2025 telahdiadakan dengan jayanya di Dataran HalEhwal Pelajar. Aktiviti ini bertujuanuntuk menggalakkan semangatkesukanan dan kerjasama di kalanganpelajar serta menyediakan platformuntuk mereka menunjukkan kemahirandalam permainan karom khususnyapermainan sukan dalaman yang makindilupakan belia masa kini.Pertandingan ini melibatkan 24 pelajaryang dibahagikan kepada 12 pasangan.Pertandingan dimulakan dengan sesipendaftaran peserta dan taklimatmengenai peraturan permainan. Setelahitu, pertandingan dijalankan dalamformat kalah mati, di mana setiappasangan bertanding untuk merebuttempat ke peringkat seterusnya.Secara keseluruhannya, PertandinganKarom Berpasangan Tertutup Tahun2025 telah mencapai matlamatnyadalam memupuk semangat berpasukandan mengeratkan hubungan antarapelajar. Terima kasih kepada semuayang terlibat dalam penganjuran acaraini, termasuk penganjur, peserta, danpenyokong. Diharapkan aktiviti seperti inidapat diteruskan pada masa akandatang untuk mempromosikan aktivitisukan di kalangan pelajar.3 pasukan yang telah berjaya keperingkat akhir akan menerima HadiahPertandingan yang akan disampaikanpada Perhimpunan Bulanan IKBNPeretak yang dijangka akandilaksanakan pada Februari / Mac 2025.Anjuran : Unit Sukan HEP dengan kerjasama MPP IKBN Peretak19
PAMERANINFOGRAFIKKENEGARAANProjek Akhir Pelajar Semester 3 :Subjek UHP 320-Kepimpinan 215 JANUARI 2025 | RABUDataran HEP IKBN Peretak : Penilaian Akhir SubjekUHP 320-Kepimpinan 2 bermula pada jam 10.30pagi sehingga 12.30 tengahari. Pegawai yangdilantik akan membuat penilaian tugasan akhirPelajar Semester 3.Objektif pameran ini adalah menggalakkan pelajaruntuk menganalisis dan memberi pendedahanserta pengetahuan berkenaan SistemPemerintahan di Malaysia. Selain itu, pelajar jugadidedahkan dengan penggunaan teknologikomputer bagi membangunkan hasil tugasandengan Penggunaan Aplikasi Canva seiringdengan pembelajaran Subjek Teknologi Maklumatdi institut.Bunting Infografik ini juga telah diserahkan kepadaPerpustakaan IKBN Peretak sebagai Sudut Ilmudan Bahan Pembelajaran Pelajar.Diharapkan projek akhir ini memberi impak positifkepada pelajar dalam memahami dan menghargaiSistem Kenegaraan Malaysia seterusnya memberipendedahan awal kepada pelajar Semester 2 yangakan naik tahap pada semester hadapan.20
CERAMAH AGAMA BIL. 2/2025Tarikh : 15 Januari 2025 (Rabu / 7.30 Malam)Tempat : Surau Nur Salam, IKBN PeretakPenceramah : Ustaz Zali Bin SalihINTISARI CERAMAH :Ceramah ini menerangkan betapa pentingnya keberkatan ilmu dalam kehidupan kita didunia ini, tanpa ilmu yang berkat maka tidak terjadilah generasi yang berkualiti,keberkatan ilmu terletak pada diri seseorang yang beradab atau tidak, menyampaikanyang benar atau tidak dan keberkatan ilmu juga mampu mengubah prinsip pembelajaran.Keberkatan ilmu dapat disampaikan sekiranya orang yang menuntut ilmu tersebutmenjaga adab semasa menuntut ilmu.Walaupun kita sedang mengantuk ketika menuntut ilmu tetapi dengan usaha yang kitaada, memaksa untuk kita tetap fokus semasa menuntut ilmu itu. Mampu membuatkanperkara yang dipelajari terus sampai padanya dan mudah ingat atas sebab adab yangdijaga dan pengorbanan yang diberikan.Keberkatan ilmu juga bergantung kepada pembawakan ilmu tersebut. Tidak kedekutmengajar dan tidak meninggi perkara yang dipelajari, maka ilmu tersebut mengalir ibaratair sungai yang jernih dari pengajar kepada pelajar yang seterusnya.“KEBERKATAN ILMU”Anjuran : Unit Hal Ehwal Islam, Caw. Pengurusan Pelajar 21
IKBN Peretak - Pertandingan Ping PongBeregu Lelaki Tahun 2025 telah diadakandengan jayanya di Dataran Hal EhwalPelajar. Aktiviti ini bertujuan untukmenggalakkan semangat kesukanan dankerjasama di kalangan pelajar sertamenyediakan platform untuk merekamenunjukkan kemahiran dan bakat dalampermainan sukan ping-pong.Pertandingan ini melibatkan 20 orangpelajar yang dibahagikan kepada 10pasukan. Pertandingan dimulakan dengansesi pendaftaran peserta dan taklimatmengenai peraturan permainan. Setelahitu, pertandingan dijalankan dalam formatliga pada pusingan awal dan kalah singkirbagi pusingan kedua di mana setiap pasukanbertanding untuk merebut tempat keperingkat seterusnya.Secara keseluruhannya, pertandingan initelah mencapai matlamatnya dalammemupuk semangat berpasukan danmengeratkan hubungan sesama pelajar.Jutaan terima kasih kepada semua yangterlibat dalam penganjuran acara ini,terutamanya Exco Sukan-MajlisPerwakilan Pelajar, IKBN Peretak.Diharapkan aktiviti seperti ini dapatditeruskan pada masa akan datang untukmempromosikan aktiviti sukan di kalanganpelajar.4 pasukan yang telah berjaya ke peringkatakhir akan menerima Hadiah Pertandinganyang akan disampaikan pada PerhimpunanBulanan IKBN Peretak yang dijangka akandilaksanakan pada Februari / Mac 2025.P E R T A N D I NGA N P I NG PONGB E R EGU L E L A K I T A H U N 2 0 2 5P E R T A N D I NGA N P I NG PONGB E R EGU L E L A K I T A H U N 2 0 2 518 JANUARI 2025 |SABTUAnjuran : Unit Sukan HEP dengan kerjasama MPP IKBN Peretak22
IKBN Peretak - Semakan PortfolioSubjek Umum, Bina Insan, SubjekTeknikal dan Core Abilities bagiPeperiksaan Akhir ILKBS Sesi 1.2025(Januari) oleh Pegawai PengesahLuaran (PPL) lantikan secaradalaman. Pemeriksaan ini dijangkaberlangsung selama dua hari iaitupada 20 Januari 2025 sehinggakeesokkan harinya.Bagi bidang yang akan tamat sesipengajian, fail portfolio akan disemakoleh Pegawai Pengesah Luaran (PPL)yang dilantik oleh JabatanPembangunan Kemahiran (JPK).Peperiksaan Akhir ILKBS Sesi 1.2025ini bermula dari 13 Januari hingga 24Januari 2025 yang melibatkan 20jurusan dan 339 orang pelajar InstitutKemahiran Belia Negara Peretak.PEPERIKSAAN AKHIR ILKBSSESI 1.2025 (JANUARI)20 JANUARI 2025ISNINTVET Pilihan Utama KerjayaILKBS Profesional Terunggul23
CERAMAH AGAMA BIL. 3/2025Tarikh : 21 Januari 2025 (Selasa / 7.30 Malam)Tempat : Surau Nur Salam, IKBN PeretakPenceramah : Ustaz Mohammad Bin Mohd HassanCeramah yang di sampaikan berkenaanPerjalanan Nabi Muhammad SAW dariMasjidil Haram (Mekah) ke MasjidilAqsa (Palestine) menaiki Buraq yangmembawa maksud Isra', ManakalaMikraj pula membawa maksudperjalanan Nabi Muhammad SAW dariMasjidil Aqsa ke Sidratul MuntahaLangit Ketujuh. Kejadian ini terjadipada 27 Rejab.Diceritakan sebelum Islam di terimaummat pada zaman tersebut, NabiMuhammad SAW di benci dandiperlakukan perbuatan jahat selama10 Tahun, di halau dan duduk di lerengbukit Mekah. Nabi Muhammaddiperlakukan lebih keras sehinggadicampakan batu oleh budak² kecilhingga dikatakan darah dari seluruhtubuh Nabi Muhammad SAW ketika itumembuatkan kasut yang dipakai olehNabi Muhammad SAW melimpah darah.Peristiwa ini berlaku selepaskewafatan bapa saudara NabiMuhammad SAW, Abu Talib dan isterikesayangan baginda, SaidatinaKhadijah, di mana tahun ini dikenalisebagai Tahun Dukacita.““IISSRRAA’’ MMIIKKRRAAJJ””Nabi Muhammad SAW tertidur diharapan Kaabah lalu dikejutkan oleh Malaikat Jibril, lalu Jibrilmembelah dada Rasulullah kali kedua lalu dicuci hati Nabi mengunakan air Zamzam. Selepas itu, JibrilMembawa Nabi Muhammad Tawaf sebanyak 7 kali pusingan.Setelah itu, Nabi Muhammad SAW dibawa berangkat menaiki Buraq untuk ke Masjidil Aqsa (Palestin).Nabi Berhenti di 3 tempat iaitu Bukit Tursina, Bethlehem dan Makam Nabi Musa. Setelah sampai keMasjidil Aqsa, Rasulullah juga solat bersama para Nabi terdahulu menjadi imam.Semasa diangkat Nabi Muhammad SAW didedahkan menglihat syurga dan neraka, berjumpa Nabi².Ketika di Sidratul Muntaha, Rasulullah bertemu dengan Allah dan Jibril tidak mengiringi baginda.Rasulullah menerima perintah solat 50 waktu daripada Allah SWT.INTISARI CERAMAH :Anjuran : Unit Hal Ehwal Islam, Caw. Pengurusan PelajarPERJALANANYANGDIRAKAMUNTUKUMMAT24
LAWATAN PENANDAARAS PELAKSANAANPROGRAM COPTPAIKTBN TEMERLOHIKBN Peretak telah menerima kunjunganlawatan penanda aras dari IKTBN Temerlohpada hari ini, melibatkan 14 orang tenagapengajar dan pegawai institut yang diketuaiEn. Muhammad Ezzas bin Abu Bakar,Timbalan Pengarah (Latihan) IKTBNTemerloh.Lawatan ini bertujuan untuk melihat danberkongsi pengalaman berkenaanpelaksanaan program Kod Amalan AkreditasiProgram TVET (COPTPA) yang telahdilaksanakan oleh IKBN Peretak.Sesi pembukaan bersama Pengarah IKBN Peretak, Pn. Normahsyuri binti Md Shariff turutdihadiri oleh Pn. Siti Muhariah binti Untong, Timbalan Pengarah Pengurusan Latihan (TPPL)dan En. Shahdan bin Zainal, Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar ( TPHEP) serta KetuaKetua Jabatan dan pegawai IKBN Peretak.Penyampaian taklimat berkenaan COPTPA dan semakan dokumentasi serta lawatan kebengkel Jabatan Kosmetologi untuk memberi pendedahan di lapangan berkenaan programCOPTPA bidang Terapi bKecantikan. Disamping lawatan ke pejabat CPKK serta CHI untukpendedahan mengenai pelaksanaan penilaian Peperiksaan Akhir dan Latihan Industripelajar- pelajar program COPTPASemoga lawatan penanda aras ini akan memberi banyak faedah dan manfaat untuk keduadua Institut seterusnya meningkatkan lagi Sistem Pengurusan Kualiti secara berterusan danmapan dalam usaha memartabatkan ILKBS setara dengan pusat-pusat Pendidikan Teknikaldan Vokasional (TVET) terkemuka dalam dan luar Negara.2 3 J A N U A R I 2 0 2 5 | K H A M I S25
ke BengkelAnyamanTikarMengkuang,Pasir PutehKelantanke BengkelAnyamanTikarMengkuang,Pasir PutehKelantan25 JANUARI 2025 | SABTUPasir Puteh, Kelantan - Satu lawatan penandaarasan ke bengkel anyaman tikarmengkuang telah diadakan bagi mengenali warisan yang hampir luput olehperedaran zaman. Seramai 11 orang perserta di bawa melawat ke bengkel tersebutyang di uruskan oleh Puan Nik Dayana.Aktiviti perniagaan anyaman ini telah melalui perederan zaman selama hampir 50tahun tetapi masih mengekalkan tradisi ini.Diharap dengan lawatan ini akan memberikan input yang baru tentang peripentingnya untuk mengekalkan warisan anyaman tikar mengkuang sebagai warisannegara.LAWATANPENANDAARASANLAWATANPENANDAARASAN26
Program kesenian melukis muralJabatan Hospitaliti telah dijayakandengan kerjasama pelajar-pelajarJurusan Seni Visual , UniversitiPendidikan Sultan Idris atau lebihdikenali sebagai UPSI.Mural yang dihasilkan bertujuanuntuk memperkenalkan kursus -kursus yang ditawarkan dalambidang Hospitaliti di InstitutKemahiran Belia Negara Peretak.Semoga dengan terhasilnya muralini dapat memberi manfaat kepadasemua pihak disampingmengindahkan lagi pemandangandan persekitaran Dewan DAHA,IKBN Peretak.PROGRAMKESENIAN MURALPROGRAMKESENIAN MURALTARIKH :25 JANUARI 2025 (SABTU)TEMPAT :DEWAN DAHA, IKBN PERETAKAnjuran :Unit Bina Insan, Caw. Pengurusan Pelajar 27
FEBRUARI2025
01PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU SESI1.20253 FEBRUARI 202502PENCARIAN IMAN MUDA IKBN PERETAK4 FEBRUARI 202503PROGRAM MOTIVASI KERJAYA: SERLAHKANPOTENSIMU SEMPENA MINGGU PARADIGMAPELAJAR SESI 1/20255 FEBRUARI 202504HORMAT ASAS PERPADUAN MALAYSIAMADANI5 FEBRUARI 202505SHOWCASE TALENT MENGGALAKKANPELAJAR BERBAHASA INGGERIS6 FEBRUARI 202506MINGGU PARADIGMA PELAJAR BARU SESI1/2025 (MIPAR) IKBN PERETAKBULAN FEBRUARI8 FEBRUARI 202508PERTANDINGAN SOLEKAN THE ARABICHIJAB9 FEBRUARI 202509CERAMAH AGAMA BIL. 4/2025 “BERKAHBULAN RAMADHAN”12 FEBRUARI 202510IKBN PERETAK HADIR KE PERTUNJUKANFESYEN PROGRAM PENTAULIAHANPROFESIONAL BIDANG REKA BENTUK PAKAIANDAN FESYEN13 FEBRUARI 202511TAKLIMAT PENYELARASAN PENGAJARAN DANPEMBELAJARAN (PDP) TENAGA PENGAJARIKBN PERETAK13 FEBRUARI 202512KOLABORASI PROGRAM DI ANTARA PEJABATPEMBANGUNAN WANITA NEGERI SELANGOR(PPWN. SEL) DAN INSTITUT KEMAHIRAN BELIANEGARA PERETAK (IKBN PT) - PROGRAM BACK TOSCHOOL: TEKNIK POTONG RAMBUT ANAKBERSEKOLAH13 FEBRUARI 202513PELAKSANAAN KURSUS INTEGRITI ANTIRASUAH (KIAR) DI IKBN PERETAK14 FEBRUARI 202507KILAUAN PINGAT DI KARNIVAL SUKANMUHIBAH ENAM PENJURU (SUKMEP) 20258 FEBRUARI 202514IKBN PERETAK HADIR KE KONVENSYEN RAKANBELIA YADIM (RBY) PERINGKAT KEBANGSAAN202515 FEBRUARI 2025
15PROGRAM GUNTING RAMBUT PERCUMAMASJID PERODUA BERSEMPENA PEMBUKAANPERSEKOLAHAN SESI 2025/202615 FEBRUARI 202516KURSUS PENGURUSAN ORGANISASI (KPO)MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR (MPP) 2025ANJURAN BAHAGIAN HAL EHWAL PELAJAR,IKBN PERETAK16 FEBRUARI 202517IKBN PERETAK BEKERJASAMA DENGAN KRT PASERI KOTA BANDAR TUN RAZAK: PROGRAMGUNTING RAMBUT PERCUMA BERSEMPENAPEMBUKAAN PERSEKOLAHAN SESI 2025/202616 FEBRUARI 202518PERBINCANGAN PELAKSANAAN BOOTCAMPBARISTA TAHUN 2025 BERSAMA RICHIAMOCOFFEE17 FEBRUARI 202519MAJLIS UNTAIAN BUDI SANJUNGAN KASIH‘PUAN GOKILLAVHANI A/P SATHIASEELAN’17 FEBRUARI 202520CERAMAH AGAMA BIL. 5/2025 “TAFSIR SURAHAL-IKHLAS”BULAN FEBRUARI17 FEBRUARI 202522PROGRAM MINGGU KESEDARANKESELAMATAN DAN KESIHATAN PELAJARBARU SESI 1/202519 FEBRUARI 202523PROGRAM RAKAN DEMOKRASI KUASA ORANGMUDA PERINGKAT IKBN PERETAK21 FEBRUARI 202524JEMPUTAN KE PERTUNJUKAN FESYEN UITMDEGREE PENGAJIAN SENI KREATIF, SENI REKAFESYEN UiTM SHAH ALAM22 FEBRUARI 202525KEJOHANAN E-SUKAN ALLO FIBRE 2025(MOBILE LEGENDS)23 FEBRUARI 202526KUNJUNGAN HORMAT PENGURUSAN PELITAAKADEMI SDN BHD KE IKBN PERETAK26 FEBRUARI 202527MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL TAMAT PROGRAMLATIHAN KEMAHIRAN INKLUSIVITI BELIA AUTISMEDAN BERKEPERLUAN KHAS INSTITUSI LATIHANKEMAHIRAN BELIA DAN SUKAN – LAVANDERIA(PERKHIDMATAN DOBI) SESI 2/202426 FEBRUARI 202521PENGENALAN ASAS SUKAN PICKLEBALL17 FEBRUARI 202528MAJLIS BACAAN YASIN DAN PELANCARANPROGRAM IHYA’ RAMADHAN 1446H / 2025M28 FEBRUARI 2025PROGRAM SEMINAR KERJAYA SESI 1/2025ANJURAN UNIT KERJAYA DAN KAUNSELING,IKBN PERETAK28 FEBRUARI 202529
PendaftaranSekitar perjalanan sesipendaftaran serta majlisramah mesra ibu bapabersama pengurusantertinggi IKBN Peretakpada 3 Februari 2025.Seramai 47 orang pelajartelah mendaftar bagi 3kursus yang telahditawarkan.Pelajar Baharu Sesi 1.202531
STATISTIK PENDAFTARANPELAJAR BAHARU SESI 1/2025JURUSANLAPORDIRI(LELAKI)LAPORDIRI(WANITA)JUMLAHSCR03 - PEREKAAN GAYA RAMBUT 9 5 14SHB03 - PENYAJIAAN 10 10 20SPW03 - JAHITAN PAKAIAN WANITA 4 10 14JUMLAH 23 25 48LAPORAN BERGAMBARHARI PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU SESI 1/202503 FEBRUARI 2025 / IKBN PERETAKSTATISTIK PENDAFTARANPELAJAR BAHARU SESI 1/202532
IKBN PERETAKPENCARIAN IMAN MUDATARIKH : 04 FEBRUARI 2025 (SELASA)TEMPAT: SURAU NUR SALAM,IKBN PERETAKUnit Hal Ehwal Islam IKBN Peretak telah menjalankan penilaian untuk Pencarian ImanMuda 2025 IKBN Peretak selepas selesai Solat Maghrib. Penilaian dijalankan oleh UstazShahrul Iman Bin Hasuana. Seramai 23 pelajar lelaki semester 1 telah dinilai untuk mencaricalon yang sesuai sebagai Iman Muda, Objektif utama untuk mengembangkan bakatkepimpinan dan keagamaan dalam kalangan pelajar. Penilaian ini melibatkan beberapakriteria termasuk Penilaian Tasmik, Pengetahuan Agama, Kemahiran Komunikasi, dansikap kepimpinan. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk meningkatkan penglibatanpelajar dalam aktiviti keagamaan dan membentuk generasi muda yang beriman danbertanggungjawab. Diharapkan dengan adanya inisiatif ini, pelajar dapat mengasahbakat mereka dan menjadi pemimpin yang berwibawa di masa hadapan.Anjuran : Unit Hal Ehwal Islam, Caw. Pengurusan Pelajar33
PROGRAM MOTIVASI KERJAYA:SERLAHKAN POTENSIMU SEMPENAMINGGU PARADIGMA PELAJAR SESI1/20255 FEBRUARI 2025 | RABUIKBN Peretak - telah berlangsung ‘ProgramMotivasi Kerjaya’ bersama Alumni IKBNPeretak: Serlahkan Potensimu anjuranBahagian Hal Ehwal Pelajar sempenaMinggu Paradigma Pelajar Sesi 1/2025 yangtelah diadakan di Auditorium, IKBN Peretakbermula jam 10.30 pagi hingga 12.30tengahari.Program Motivasi Kerjaya ini adalah untukmemberi semangat dan motivasi kepadapelajar-pelajar yang baru melapor diri diIKBN Peretak pada 3hb. Februari 2025 yanglepas. Program ini telah menjemputpenceramah yang merupakan AlumniInstitut Kemahiran Belia Negara Peretak(Baru) yang aktif membantu IKBN Peretakdalam aktiviti kesukarelaan dankemasyarakatan.Sekalung tahniah kepada Puan PutriAsfaradeba Binti Ahmad dari SmartCharisma Sdn Bhd. Diharapkan usaha murniini dapat membantu pihak IKBN Peretakmemberi motivasi dan memberi manfaatkepada pelajar-pelajar baru ini.34
HORMAT ASAS PERPADUANMALAYSIA MADANIIKBN Peretak - Penceramah Mohd FitriAziz Bin Mohd Yusof, Pengarah YadimNegeri Selangor telah membutirkan danmendedahkan ilmu tentang\"Apa ituHormat?\"pada pelajar baharupengambilan sesi 1/2025. Penceramahmemberi contoh dan ungkapan hormatpada ibu bapa, guru dan pendapatorang lain dalam segi media sosial danperkara lain.Beliau juga membawa isu terkini, sepertiJojo Ghazali tentang kecaman yangmencerminkan masyarakat Malaysia kinitidak menghormati perjuangan beliau.Menghormati adalah sikap yang perludipupuk dalam kalangan generasi mudapada zaman globalisasi kini.18 JANUARI 2025 |SABTU5 FEBRUARI 2025 |RABU34
SHOWCASE TALENT6 FEBRUARI 2025 KHAMIS06 Februari 2025, IKBN Peretak - JabatanPengajian Umum turut terlibat dalammenjayakan Minggu Orientasi PelajarBaharu sesi 1.2025 bagi slot ShowcaseTalent. Pada kali ini, aktiviti adalah lebihberkonsepkan santai iaitu nyanyian,permainan in & out, simon says, sertaalphabets & shape.Penglibatan para pelajar serta barisanMajlis Perwakilan Pelajar (MPP) adalahsangat baik dan perjalanan aktivitiberlangsung dengan jayanya. Matlamatutama bagi aktiviti-aktiviti yang telahdijalankan adalah untuk memupuksemangat kerjasama dalam kumpulan,berdaya saing, kreatif dan tangkasdalam sebarang tindakan disampingmemperkasakan penggunaan BahasaInggeris.Setiap kumpulan yang berjayamenyelesaikan tugasan akan diberikan'reward' berbentuk wang dan inimenjadikan mereka saling bersainguntuk menang.Persembahan nyanyian daripadabarisan MPP turut menggamatkansuasana, di mana salah seorangdaripada pengajar di JabatanPengajian Umum iaitu MadamGokillavhani, akan bertukar ke tempatbaharu di SMK Bandar Sri Damansara.MENGGALAKKAN PELAJARBERBAHASA INGGERIS35
8hb Februari 2025, IKBN Peretak – Bahagian Hal Ehwal Pelajar dengan kerjasama MajlisPerwakilan Pelajar (MPP) telah melaksanakan Minggu Paradigma Pelajar Sesi 1/2025 (MIPAR)bermula 3hb. Februari hingga 8hb. Februari 2025. Pelajar baharu yang melaporkan diri adalahseramai 48 orang. Program MIPAR pada kali ini melibatkan seramai 32 orang fasilitatordikalangan pegawai IKBN Peretak dan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP).Objektif utama program adalah untuk memperkenalkan IKBN dengan lebih dekat danmembantu para pelajar menyesuaikan diri dengan suasana kehidupan dan berinteraksi secarapositif di IKBN kelak. Antara aktiviti yang dilaksanakan adalah Ice Breaking, LDK, Taklimat CPKK,Taklimat Displin/Peraturan Tatatertib IKBN, Taklimat Dewan Makan/Asrama, Muhasabah Diri,Peretak Sihat dan Program Interaksi Bersama MPP.Turut dijalankan Ceramah Motivasi daripada Puan Putri Asfaradeba Binti Ahmad, ALUMNI IKBNPeretak telah berjaya menyuntik semangat pelajar untuk membina keyakinan diri dalammelahirkan pelajar yang berdaya saing berlandaskan nilai-nilai murni. IKBN Peretak juga telahmenjemput penceramah dari YADIM iaitu Encik Mohd Fitri Bin Mohd Yusof, Pengarah YADIMNegeri Selangor bertajuk ‘ Hormat Asas Perpaduan Malaysia Madani’.Kemuncak kepada program MIPAR kali ini adalah program Explorace & Gotong-royong diPekan Kuala Kubu Bharu, Selangor dimana aktiviti ini dilaksanakan bertujuan untuk memberipendedahan dan penyesuaian diri dipersekitaran Bandar Kuala Kubu Bharu. Kerja-kerja gotongroyong juga diselitkan agar memberi kesedaran kepada pelajar betapa pentingnyamemelihara alam sekitar.Akhir sekali, majlis penutup sempena MIPAR ini telah dilaksanakan oleh Encik Shahdan BinZainal, Timbalan Pengarah IKBN Peretak di Student Centre. Diharapkan Minggu ParadigmaPelajar Sesi 1/2025 ini dapat membantu pelajar baharu menyesuaikan diri denganpersekitaran IKBN Peretak dan menjiwai visi dan misi IKBN.MINGGU PARADIGMA PELAJARBARU SESI 1/2025 (MIPAR)IKBN PERETAK36
KILAUAN PINGAT DIKARNIVAL SUKANMUHIBAH ENAM PENJURU(SUKMEP) 20258 FEBRUARI 2025 | SABTUKompleks Belia dan Sukan Negeri Selangor - 3 orang pegawai dari Bahagian HalEhwal Pelajar terpilih sebagai atlet mewakili kontinjen Jabatan Belia Dan SukanNegeri Selangor dalam Karnival Sukan Muhibah Enam Penjuru 2025 di Kompleks Beliadan Sukan Negeri Selangor pada 8 Februari 2025. Karnival sukan ini melibatkanpenyertaan dari 6 Jabatan Belia dan Sukan Negeri iaitu Selangor sebagai tuanrumah, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Perak, Negeri Sembilan, Melaka danJohor.Pegawai yang terlibat adalah Encik Medriyanto Bin Zakaria dan Encik Ahmad Afiq binAlias bagi acara Olahraga manakala Encik Suhaizali Bin Harun dalam acara Tarik Tali.Ketiga atlet berjaya menjadi johan bagi acara masing-masing dan mendapatpingat emas karnival. Namun bagi acara futsal lelaki, pasukan Selangor terpaksaberpuas hati mendapat tempat ketiga.Majlis Penyampaian Hadiah telah disempurnakan oleh tetamu jemputan, YB TuanHaji Azli bin Yusof, Ahli Parlimen Shah Alam, diiringi oleh Puan Azura binti Abidin, KetuaPengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara, Puan Azura Hj Sarbin, Pengarah JBSNSelangor serta barisan Pengarah dan YDP Kelab daripada Negeri jemputan. Edisi kaliini menyaksikan tuan rumah JBSN Selangor berjaya menjadi juara keseluruhanKarnival SUKMEP Tahun 2025.37
PERTANDINGAN SOLEKANTHE ARABICHIJABPutrajaya - Jabatan TeknologiKosmetologi, IKBN Peretak telahmenyertai The Arabic Hijab MakeUp Contest anjuran Royal Scent diShaftbury, Putrajaya. Berhubungdengan pertandingan itu, JabatanTeknologi Kosmetologi telahmenghantar 2 orang peserta, bagikategori pengajar iaitu PnNorshakila Binti Mohd RedzuanJaya manakala bagi kategoripelajar disertai oleh Nurul AisyahBinti Zulkifle di bawah seliaanPuan Shaliza Binti Ahmad Powab.Tema pertandingan adalah solekanArabic. Seramai 27 orang peserta daripelbagai agensi telah menyertaipertandingan ini. Barisan para juri terdiridaripada Persatuan JurusolekBumiputera (MBMUAA), ketua juri adalahPn Zarina Binti Abu Sidek serta turutdibantu oleh 2 orang juri Pn Maziah BintiAbu dan Pn. Noraini Binti Ali.Pertandingan ini telah dirasmikan olehYM Tengku Dato Dr Hishammuddin ZaiziBin YAM Tengku Bendahara Azman ShahAl Haj (Chairman Royal Scent). Pesertatelah mendapat sijil penyertaan. Semogapertandingan seperti ini dapatmemberikan pengalaman dan semangatdalam memperkembangkan kemahiranserta kreativiti dalam seni solekan.9 FEBRUARI 2025 | AHAD38
TARIKH : 12 FEBRUARI 2025 (SELASA / 7.30 MALAM)TEMPAT : SURAU NUR SALAM, IKBN PERETAKPENCERAMAH : USTAZ ZALI BIN SALIHCERAMAH AGAMA BIL. 4/2025“BERKAH BULAN RAMADHAN”CERAMAH AGAMA BIL. 4/2025“BERKAH BULAN RAMADHAN”Intisari Ceramah :Tazkirah tentang Keberkatan Bulan Ramadanyang bakal tiba kepada seluruh umat Islamyang tidak lama lagi. Ustaz Zali jugamenekankan tentang bulan Ramadan iniharuslah di isi dengan pelbagai amal ibadat.Antara perkara yang perlu umat islamterutamanya wanita harus menjaga mulutketika bulan Ramadan kerana bulan yangberkat ini membuatkan doa kita makbul.Gantilah puasa secukupnya sebelum bulanRamadan menjelma, bagi lelaki jugaperempuan sebelum ia melarat kepadaTahun yang akan datang yangmenyebabkan harinya berganda danharuslah umat islam yang terlepas waktuRamadan membayar fidyah mengikut hariyang di tinggalkanya.Berdoalah, banyakkan amal dan imarahkanbulan Ramadan akan kunjung tiba inidengan solat tarawih, kiamulai danmembaca Al Quran. Di sebut juga oleh UstazZali waktu solat sunat tarawih ini ialah waktuberehat atau bersantai- santai. Insyaallahmoga Allah memberkati kita semua.Anjuran : Unit Hal Ehwal Islam, Caw. Pengurusan Pelajar 39
IKBN PERETAK HADIR KE PERTUNJUKAN FESYENPROGRAM PENTAULIAHAN PROFESIONAL BIDANGREKA BENTUK PAKAIAN DAN FESYENUPSI, Tanjung Malim - Jabatan Teknologi Fesyendan Pakaian IKBN Peretak telah berkunjung keFakulti Teknikal dan Vokasional, UniversitiPendidikan Sultan Idris untuk menyaksikanPertunjukan Fesyen Program PentauliahanProfesional Bidang Reka Bentuk Pakaian danFesyen. Pertunjukan Fesyen bertemakanParadoxy, A Fashion Show of Contradictions.Seramai 7 pegawai pengiring dah 34 orangpelajar menyaksikan pertunjukan fesyen yangdianjurkan untuk Kursus Persijilan ProfesionalBidang Reka Bentuk Pakaian dan Fesyen untuk9 pensyarah daripada Kolej Komuniti danPoliteknik.Objektif lawatan ini, memberi pendedahankepada para pelajar IKBN Peretak dalammembuat rekaan fesyen mengikut tema.Pensijilan Profesional ini adalah kerjasamaantara UPSI dan MATAC(Pusat Tekstil danPakaian Malaysia).Secara keseluruhannya, pertunjukan fesyen iniberjaya mencapai objektif yang ditetapkan.13 FEBRUARI 2025 | KHAMIS40
TAKLIMAT PENYELARASAN PENGAJARANDAN PEMBELAJARAN (PDP) TENAGAPENGAJAR IKBN PERETAK13 FEBRUARI 2025 | KHAMIS13 Februari 2025, IKBN Peretak -Cawangan Penyelarasan danKawalan Kualiti (CPKK), IKBNPeretak telah melaksanakan sesitaklimat penyelarasanPengajaran dan Pembelajaran(PDP) bersama tenaga pengajarbertempat di Perpustakaan IKBNPeretak pada 12 hingga 13Februari 2025. Taklimat inimerupakan program yang telahdiatur bertujuan untuk memberipengetahuan dan penyelarasanpelaksanaan PdP kepada tenagapengajar Institut melaluipendekatan perkongsianmaklumat, percambahan ideadan hands on.Taklimat ini melibatkan semuapengajar Subjek Umum, SubjekTeknikal dan Subjek UmumTeknikal serta disampaikan olehEncik Badrulhisyam bin Ismaildan Encik Zarol Amin bin Zali,selaku Pegawai di CPKK, IKBNPeretak.Tahniah dan terima kasihdiucapkan buat tenaga pengajaryang telah memberikankerjasama yang terbaiksepanjang taklimat inidilaksanakan.41
KOLABORASI PROGRAM DIANTARA PEJABAT PEMBANGUNANWANITA NEGERISELANGOR (PPWN.SEL) DAN INSTITUT KEMAHIRANBELIA NEGARA PERETAK (IKBN PT)PROGRAM BACK TOSCHOOL:TEKNIK POTONGRAMBUT ANAKBERSEKOLAH13 FEBRUARI 2025 | KHAMISIKBN Peretak - Jabatan Teknologi Kosmetologi telah mendapat jemputan oleh PejabatPembangunan Wanita, Negeri Selangor untuk mengajar teknik-teknik menggunting rambut anakbersekolah semperna musim persekolahan bakal kembali tidak lama lagi. Program ini dijalankanpada selama 1 jam bermula pukul 2.30 hingga 3.30 petang menggunakan kaedah FacebookPPWN Selangor (FB Live).Objektif program ini adalah bersempena dengan Sambutan Hari Wanita bagi menyebarkan luasmaklumat dan pengetahuan kepada masyarakat umum berkaitan dengan peluang penyertaandalam pelbagai bidang, isu sejagat dan cabaran semasa khususnya berkaitan dengan wanita.PPWN SEL telah melantik tenaga pengajar bagi program ini adalah Puan Hafiza Bt Rumli iaitupengajar bagi Jurusan Perekaan Gaya Rambut di IKBN ini dan turut dibantu oleh seorang pelajardari Jurusan Perekaan Gaya Rambut Semester 3 selaku Pendandan Rambut.Selain itu, program ini juga bertujuan memberi kemahiran menggunting rambut anak bersekolahkepada ibu bapa secara DIY dan menjimatkan kos dalam pengeluaran duit daripada mendapatperkhidmatan gunting rambut di kedai-kedai luar. Semoga perkongsian ini dapat dimanfaatkan.42
PELAKSANAANKURSUSINTEGRITI ANTIRASUAH (KIAR)DI IKBN PERETAKIKBN Peretak - Cawangan Penyelarasan danKawalan Kualiti (CPKK) bersama Cawangan HalEhwal Pelajar (HEP), IKBN Peretak telahmelaksanakan pengajaran modul Kursus IntegritiAnti Rasuah (KIAR) pada 13 dan 14 Februari 2025kepada pelajar semester 2. Kursus KIAR inimerupakan program kerjasama di antara ILKBSbersama SPRM yang telah diperkenalkan sejaktahun 2023 untuk memberi manfaat buat parapelajar yang menuntut di institusi pengajiansebelum melangkah ke alam pekerjaan.Kursus ini bertujuan untuk meningkatkankesedaran, kefahaman, dan keupayaan individuserta organisasi dalam mengamalkan nilai-nilaiintegriti dan menolak rasuah dalam kehidupan.Kursus KIAR ini telah disampaikan oleh tenagapengajar yang telah menjalani latihan diSuruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM), iaitu Encik Badrulhisyam bin Ismail danEncik Norazley bin Mohamed.Sepanjang tempoh kursus ini, pelajar telahmengikuti 7 modul teori yang disediakan,membuat penilaian serta tugasan berkumpulandengan menghasilkan video ringkas berkaitandengan integriti dan anti rasuah.Tahniah dan terima kasih diucapkan kepadapelajar semester 2 sesi Januari 2025 yang telahmemberi komitmen sepanjang Kursus KIAR inidilaksanakan.14 FEBRUARI 2025 | JUMAAT43
IKBN PERETAK HADIR KEKONVENSYEN RAKAN BELIA YADIM(RBY) PERINGKAT KEBANGSAAN 202515 FEBRUARI 2025 | SABTUIKTBN Sepang - Unit Hal Ehwal Islam bersama 14 orang pelajar IKBN Peretak telahmenyertai Konvensyen Rakan Belia Yadim (RBY) peringkat Kebangsaan 2025 bertempatdi IKTBN Sepang, Selangor.Pelaksanaan Konvensyen ini bertujuan untuk mengumpulkanbelia-belia terlatih di kalangan Rakan Belia YADIM (RBY) dari ILKBS seluruh negaradisamping mencungkil bakat kepimpinan mereka. Bagi majlis ucaptama dan perasmian,telah di sampaikan oleh YB Senator Dr. Zulkifli Hasan, Timbalan Menteri di JabatanPerdana Menteri (Hal Ehwal Agama).Tahniah kepada 14 orang pelajar IKBN Peretak yangtelah terlibat menjayakan program melestari gerakan dakwah ini.44
PROGRAM GUNTING RAMBUTPERCUMA MASJID PERODUABERSEMPENA PEMBUKAAN PERSEKOLAHAN SESI2025/2026Jabatan Teknologi Kosmetolgi, IKBN Peretak telah mendapat jemputankolaboratif Program Gunting Rambut Percuma di Masjid PERODUA, Serendahbagi sesi pembukaan sekolah pada minggu hadapan nanti.Sambutan program ini adalah sangat baik olehkakitangan dan ahli masjid dalam menjayakanprogram gunting rambut percuma ini.Program ini juga memberi impak yang positifkepada pelajar dalam kemahiran praktikalmenggunting rambut dan kemahiran dalammengendalikan pelanggan.Semoga program seperti ini dapat diwujudkanlagi dalam pemantapan kemahiran pelajar.Program ini telah melibatkan 16 orangpelajar dan 3 orang pengajar JurusanPerekaan Gaya Rambut dalam memberiperkhidmatan gunting rambut kepada150 orang anak- anak kakitangan dan ahliqariah Masjid PERODUA di bawah seliaanPuan Syazana Binti Dzulkefli selaku KetuaJabatan Teknologi Kosmetologi.15 FEBRUARI 2025 | SABTU45
KURSUS PENGURUSANORGANISASI (KPO)MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR (MPP) 2025 ANJURANBAHAGIAN HAL EHWAL PELAJAR, IKBN PERETAK14 JUNE, 2030Khaleeda Lodging, Homestay & Recreation CentreMarang, Terengganu telah berlangsung denganjayanya Kursus Pengurusan Organisasi (KPO)selama 3 hari 2 malam bermula dari 14 Februarihingga 16 2025. Program yang berimpak besar initelah dihadiri seramai 21 orang Majlis PerwakilanPelajar (MPP) IKBN Peretak.Kursus Pengurusan Organisasi (KPO) ini telah dapatmemberikan pendedahan kepada peserta MPPberkaitan pengetahuan dan pengalamanmengendalikan pengurusan sesebuah organisasi.Peserta juga telah didedahkan dengan persediaandalam menghadapi cabaran untuk berkerja secaraberpasukan yang fokus kepada kemahirankomunikasi, tindakan dalam membuat keputusandan cara berfikiran secara strategik, inovasi dankreatif.Diharapkan agar program ini akan memberikanmanfaat kepada semua peserta MPP dan dapatdigunakan dimasa akan datang bagi melahirkanpemimpin yang telus dan ikhlas.Majlis Perasmian Penutup Kursus KPO ini telahdisempurnakan oleh Encik Shahdan Bin Zainal,Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar IKBN Peretak.STUDIO SHODWEACCESSORIES CLOTHES NEW ARRIVALS46
IKBN PERETAKBEKERJASAMA DENGAN KRTPA SERI KOTA BANDAR TUN RAZAK:PROGRAM GUNTING RAMBUT PERCUMABERSEMPENA PEMBUKAANPERSEKOLAHAN SESI 2025/202616 Februari 2025 | AhadSekali lagi Jabatan Teknologi Kosmetologi, IKBN Peretak telah diberi kepercayaandalam Program Gunting Rambut Percuma di Dewan KRT PA Seri Kota Bandar TunRazak, anjuran bersama KRT PA Seri Kota, Pertubuhan Belia Tunas Harapan SeriKelantan serta Pertubuhan Kebajikan dan Sosial Sentul Pasar bagi sesi pembukaansekolah nanti.Program ini telah melibatkan 12 orang pelajar bersama 2 orang tenaga pengajarJurusan Perekaan Gaya Rambut dalam memberi perkhidmatan gunting rambutkepada 40 orang anak-anak KRT PA Seri Kota di bawah seliaan Puan Syazana BintiDzulkefli selaku Ketua Jabatan Teknologi Kosmetologi.Sambutan program ini adalah disambut dengan sangat baik oleh komuniti KRTdalam menjayakan program gunting rambut percuma ini. Program ini jugamemberi impak yang positif di samping pendedahan kepada pelajar dalamkemahiran praktikal menggunting rambut dan kemahiran dalam mengendalikanpelanggan.Semoga program seperti ini dapat mengilap bakat pelajar disampingpemantapan kemahiran pelajar dan secara tidak langsung mempromosikan IKBNPeretak di setiap Komuniti.47
PERBINCANGAN PELAKSANAAN BOOTCAMPBARISTA TAHUN 2025 BERSAMA RICHIAMO COFFEE1 7 FEBRUARI 2025 | ISNINRawang - Cawangan Hubungan Industri IKBN Peretak telah mengadakanperbincangan bersama pihak Richiamo Coffee di Pejabat RichiamoCoffee, Rawang berkenaan dengan pelaksanaan program BootcampBarista bagi tahun 2025.Hadir perbincangan bersama dengan wakil IKBN Peretak dari pihakRichiamo Coffee adalah Encik Anuar Zamani bin Abu Seman, PengarahBahagian Latihan dan Produk serta Cik Hidayah, Pegawai Sumber ManusiaRichiamo Coffee.Perbincangan ini melibatkan rangkuman pelaksanaan program padatahun 2024 dan turut membincangkan berkenaan program Bootcampyang bakal berlangsung pada bulan April 2025 nanti.48
MAJLIS UNTAIAN BUDI SANJUNGAN KASIHIKBN Peretak - Kelab Sukan Kebajikan Kakitangan(KSKK) Institut Kemahiran Belia Negara Peretaktelah mengadakankan Majlis Untaian BudiSanjungan Kasih kepada Puan Gokillavhani A/PSathiaseelan dari Jabatan Pengajian Umum,Bahagian Pengurusan Latihan, IKBN Peretak yangtelah berpindah ke Sekolah MenengahKebangsaan Bandar Sri Damansara 2 yangberkuatkuasa pada 3 Februari 2025.Majlis ini telah diadakan di The Glass dan inimemberi peluang kepada pegawai yang diraikanuntuk merakamkan salam perpisahan sertaberkongsi kenangan pahit dan manis sepanjangberkhidmat selama 14 tahun di IKBN Peretak. Dalamucapannya, beliau sangat bersyukur danberterima kasih sepanjang berkhidmat sertamendapat sokongan yang sangat baik daripadasemua pihak. Disamping itu, tayangan video turutmengimbau kenangan sepanjang perkhidmatanbeliau di sini. Majlis berakhir dengan penyampaiancenderahati, sesi bergambar dan jamuan.Seluruh warga kerja IKBN Peretak mengucapkanterima kasih dan selamat maju jaya di tempatbaharu.‘PUAN GOKILLAVHANI A/P SATHIASEELAN’1 7 FEBRUARI 2025 | ISNIN49