MesAyuagruantg
PIBG
KALI KE - 24
YB Ustaz Abdul Latiff bin Abdul Rahman
Ahli Parlimen Kuala Krai (P031)
_S_M_K__S_U_L_T_A_N__Y_A_H_Y_A_P__E_TR__A_2_
KUALA KRAI, KELANTAN
DIRASMIKAN OLEH :
YANG BERHORMAT USTAZ ABDUL
Y.Bhg Dato’ Zakaria bin Mustafa LATIFF BIN ABDUL RAHMAN
YDP PIBG SMK Sultan Yahya Petra 2
AHLI PARLIMEN KUALA KRAI (P031)
Y.Brs Encik Ibrahim bin Isha 10 OKT. 2021 /AHAD
Pengetua SMK Sultan Yahya Petra 2
9.30PAGI – 12.30 PAGI
GOOGLE MEET
Isi Kandungan
BIL. PERKARA MUKA SURAT
1. Aturcara Majlis 3
2. Jawatankuasa Pengelola Majlis Mesyuarat 4-5
Agung PIBG SMK Sultan Yahya Petra 2 kali ke - 6
24
3. Jawatankuasa PIBG SMK Sultan Yahya Petra 2
4. Agenda Mesyuarat Agung kali ke-24 7
5. Peringatan Mesyuarat Agung PIBG SMK 8
Sultan Yahya Petra 2 Kali Ke-24 9-11
6. Laporan/Ucapan (YDP, Pengetua dan Perasmi)
7. Minit Mesyuarat Agung PIBG SMK Sultan 12-18
Yahya Petra Kali Ke-23 19
8. Laporan Tahunan PIBG 2020/2021
9. Laporan Kewangan PIBG 2020/2021 20
10. Pelantikan AJK PIBG 2021/2022 21
11. Penghargaan 22
2
Aturcara Majlis
Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke-24
Masa Aturcara Majlis
9.15-9.45 pagi
9.45-10.00 pagi Pendaftaran Ibu Bapa / Penjaga (Google form)
10.00-11.15 pagi
Ketibaan Dif-dif Jemputan di Talian
11.15- 12.30 T/hari
• Ucapan Aluan Pengerusi Majlis
• Bacaan Doa
• Ucapan Tn. Pengetua SMK Sultan Yahya Petra 2
(En. Ibrahim bin Isha)
• Ucapan Dato’ Yang Di Pertua PIBG SMK Sultan Yahya
Petra 2
(Dato’ Zakaria bin Mustafa)
• Ucaptama Perasmian oleh YB Ustaz Abdul Latiff bin
Abdul Rahman
(Ahli Parlimen Kuala Krai : P031)
• MESYUARAT AGUNG PIBG SMK Sultan Yahya Petra 2
Kali ke -24 / 2021
• AGENDA
1. Kata Aluan Pengerusi Mesyuarat
2. Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat
Agung PIBG Kali ke-23 sesi 2019/2021
3. Perkara Berbangkit
4. Membentang dan Menerima Laporan Tahunan
Aktiviti PIBG 2020/2021
5. Membentang dan Mengesahkan Penyata Kewangan
6. Membentang dan membincangkan Usul-usul Yang
Diterima
7. Pembubaran AJK PIBG Sesi 2020/2021
8. Pemilihan Ahli Jawatankuasa PIBG Sesi 2021/2022
9. Hal-hal Lain
10. Ucapan Penangguhan 3
Jawatankuasa Pengelola Majlis Mesyuarat Agung
PIBG SMK SULTAN YAHYA PETRA 2 KALI KE-24
TARIKH: 10 OKTOBER 2021
Pengerusi : En. Ibrahim bin Isha (Pengetua)
Pengerusi Bersama : Dato’ Zakaria bin Mustafa
Naib Pengerusi : En. Zulkifli bin Ibrahim (PK Pentadbiran)
: YM. Pn. Tn. Noraini binti Tn. Yaacub (PK HEM)
: Pn. Che Rosbi binti Che Lah (PK Kokurikulum)
: En. Zulkifli bin Abdullah (PK Tingkatan 6)
: Pn. Asmat binti Omar (PK Pendidikan Khas)
: En. Suhaidin bin Mohd Zain (GKSS)
: Pn. Rahayati binti Che Amah (GKSM)
: Tn. Hj. Nik Mohamad bin Yunoh (GKB)
: Pn. Ruhani binti Che Ahmad (GKTV)
Setiausaha : En. Rosli bin Che Amat
Bendahari : Pn. Marlia binti Mat Isa
JAWATANKUASA –JAWATANKUASA KECIL
1.0 BUKU PROGRAM
1.1 En. Md Shahrunnizam bin Ab Rahman (K)
1.2 Pn. Hjh. Aini binti Abdullah
1.3 Pn. Nurul Aimi Fadzlin binti Mohd Radzif
2.0 TEKNIKAL SIARAN 4
2.1 En. Khaidhir bin Abdullah (K)
3.0 TEKNIKAL TAYANGAN 5
3.1 Pn. Hamizah binti Muhammad (K)
3.2 En. Ahmad Faisal bin Che Ghani
4.0 TEKNIKAL PENGUNDIAN
4.1 Pn. Azarul Bahiyah binti Othman (K)
4.2 Pn. Hanisah binti Abdullah
5.0 PENDAFTARAN IBU BAPA
5.1 Pn. Khuzaimah binti Abdul Rahim (K)
5.2 Pn. Fairosliza binti Yaakob
5.3 Pn. Devi Kartini binti Che Abdul Hardi
6.0 PUBLISITI
6.1 En. Azit bin Deraman (K)
6.2 En. Mohd Norazham bin Ahmad
7.0 PENGACARA MAJLIS
7.1 Cik Sukartiwati binti Abdul Manaf (K)
7.2 Pn. Nur Afnie binti Yusuf
8.0 BACAAN DOA
8.1 Ustaz Abdul Aziz bin Mohamad (K)
8.2 Ustaz Wan Zulkifli bin Wan Ismail
9.0 PENCATAT MINIT MESYUARAT
9.1 Pn. Nadia binti Ismail (K)
9.2 Pn. Harfinizam binti Abd. Hamid
9.3 Pn. Azizon binti Alias
9.4 Pn. Wan Norhasliza binti Wan Embong
10.0 DOKUMENTASI/RAKAMAN
10.1 YM. Nek Zulkifli bin Mamat (K)
10.2 EN. Muhamad Jasmin bin Mamat
Senarai Ahli Jawatankuasa
PIBG SMK SULTAN YAHYA PETRA 2 Sesi 2020/2021
YANG DIPERTUA
Y.Bhg Dato’ Zakaria Bin Mustafa
NAIB YANG DIPERTUA
Encik Wan Fauzi bin Wan Ishak
SETIAUSAHA
Encik Rosli bin Che Amat
NAIB SETIAUSAHA
Tn.Hj.Kamaruzzaman bin Mamat
BENDAHARI
Puan Marlia binti Mat Isa
AJK (GURU) AJK (IBU BAPA)
• YM. Pn.Tn.Noraini bt. Tn.Yaacob • En. Maimun bin Awang
• En. Zulkifli bin Abdullah • En. Che Man bin Bakar
• Pn. Asmat bt. Omar • En. W. Ismail bin W. Yusoff
• Pn. Ruhani bt. Che Ahmad • Datin Rossnani bt. Mohamad Khatib
• Pn. Rahayati bt. Che Amah • Pn. Zuraida bt. Hj. Ali
• Pn. Khuzaimah bt. A.Rahim • En. Zakri bin Hj. Mamat
EX - OFFICIO PEMERIKSA KIRA-KIRA
En. Ibrahim bin Isha Pn. Azarul Bahiyah bt. Othman
En. Zulkifli bin Ibrahim
Dr. Azizol bin Mohd Judin 6
Agenda Mesyuarat Agung
PIBG SMK SULTAN YAHYA PETRA 2 KALI KE-24
1. Ucapan Yang Di Pertua PIBG
2. Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat
Agung PIBG Kali ke-23 sesi 2019/2021
3. Perkara Berbangkit
4. Membentang dan Menerima Laporan Tahunan
Aktiviti PIBG 2020/2021
5. Membentang dan Mengesahkan Penyata
Kewangan
6. Membentang dan membincangkan Usul-usul
Yang Diterima
7. Pembubaran AJK PIBG Sesi 2020/2021
8. Pemilihan Ahli Jawatankuasa PIBG Sesi
2021/2022
9. Hal-hal Lain
10. Ucapan Penangguhan
7
Peringatan Mesyuarat Agung
PIBG SMK SULTAN YAHYA PETRA 2 KALI KE-24
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG)
SEK. MEN. KEB. SULTAN YAHYA PETRA 2,
JALAN REST HOUSE, 18000 KUALA KRAI,
KELANTAN
NO.TEL/FAX : 09-9662201
TARIKH : 10 OKTOBER 2021
HARI : AHAD
MASA : 10.00 PAGI
TEMPAT : LOKASI MASING-MASING (GOOGLE MEET)
PERASMIAN OLEH:
YB. USTAZ ABDUL LATIFF BIN ABDUL RAHMAN
AHLI PARLIMEN KUALA KRAI (P031)
PENCATAT : PN. NADIA BT. ISMAIL
: PN. HARFINIZAM BT. ABD. HAMID
: PN. AZIZON BT. ALIAS
: PN. WAN NORHASLIZA BT. WAN EMBONG
8
Laporan /Ucapan
YANG DI PERTUA PIBG SMK SULTAN YAHYA PETRA 2
Yang Di Pertua PIBG (YDP) Dato’ Zakaria bin Mustafa mengucapkan syukur kerana dapat
berkumpul untuk majlis perasmian mesyuarat agong kali ke-23 pada tahun ini.
YDP melahirkan rasa bangga kerana prestasi pencapaian SMK SYP 2 dalam
akademik dan kokurikulum masih berada ditahap cemerlang. Beliau juga mengucapkan
berbanyak terima kasih kepada semua ibu bapa kerana telah memberi kerjasama yang baik
dalam meningkatkan prestasi pencapaian sekolah di bawah kawalan PPD. Kecemerlangan
yang dicapai adalah bermula dengan usaha gigih di pihak sekolah di samping bantuan dan
kerjasama daripada ibu bapa, PPD dan agensi-agensi luar yang begitu prihatin.
YDP juga berharap kecemerlangan sekolah dapat dipertahankan di masa akan
datang memandangkan sekolah ini terdiri daripada para pelajar yang terpilih dan mempunyai
latar belakang pencapaian akademik yang cemerlang. Selain itu beliau berharap agar kawalan
disiplin yang baik dapat dipelihara di sekolah ini kerana ianya merupakan asas kepada
pencapaian prestasi yang cemerlang. Beliau mengucapkan berbanyak terima kasih kepada
semua guru yang telah berjaya mewujudkan suasana disiplin yang baik di sekolah ini.
YDP merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada semua ibu bapa yang
berjaya menghantar anak-anak mereka ke sekolah ini setelah mendapat tawaran daripada
pihak PPD Kuala Krai. Beliau memohon kerjasama ibu bapa agar turut sama mengawasi
disiplin anak-anak terutama semasa berada di rumah masing-masing kerana ibu bapa
mempunyai masa yang lebih lama bersama anak.
YDP seterusnya menzahirkan sokongan beliau terhadap pelbagai program yang
telah dilaksanakan oleh pihak sekolah. Antaranya program Jom Ke Sekolah, Jom Cakna
Sekolah dan Program Guru Penyayang. Pihak sekolah juga amat prihatin terhadap pelbagai
masalah yang dihadapi oleh pelajar melalui program lawatan ke rumah pelajar atau ibu bapa
mereka yang sakit. Pelbagai usaha dilakukan oleh pihak sekolah dalam mendisiplinkan pelajar
dalam aspek kurikulum dan sahsiah.
YDP mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Ketua Pegawai Pendidikan
Daerah, Encik Sazali bin Ibrahim kerana telah sudi hadir untuk merasmikan majlis mesyuarat
agong PIBG keli ke-23.
9
Laporan / Ucapan
PENGETUA SMK SULTAN YAHYA PETRA 2
Tuan Pengetua, Encik Ibrahim bin Isya mengalu-alukan kehadiran para jemputan dan ibu bapa ke majlis
mesyuarat agong pada kali ke-23 ini. Pengetua mengucapkan syabas kepada semua ibu bapa yang hadir
bagi menjayakan agenda mesyuarat agong PIBG pada hari ini. Beliau memaklumkan bahawa pada tahun
2020 SMK Sultan Yahya Petra 2 telah dipilih oleh pihak JPN untuk dicalonkan sebagai Sekolah Transformasi
(TS 25). Antara program yang direncanakan sebagai sekolah transformasi ialah kemenjadian murid dan
sekolah berkualiti.
Tuan pengetua memaklumkan SMK Sultan Yahya Petra 2 telah memperolehi pencapaian
kurikulum yang membanggakan dalam peperiksaan awam pada tahun lepas. Keputusan peperiksaan STPM
2019 ialah 100% lulus dengan pencapaian GPS 3.22 meletakkan kedudukan/ranking sekolah di tempat ke-5
dalam negeri Kelantan. Manakala peratus lulus peperiksaan SPM 2019 juga ialah 100% dengan pencapaian
GPS 2.56 meletakkan ranking sekolah di tempat ke-6 di negeri Kelantan. Ranking pencapaian SPM terbaik
adalah seperti berikut: SMS Machang, SMS Jeli, SMS Pasir Puteh, SMKA Naimlilbanat dan SMK Sultan Yahya
Petra 2. Tuan Pengetua berharap agar pencapaian pada tahun ini (2020) akan terus meningkat. Pencapaian
sekolah dari aspek kokurikulum juga amat memberangsangkan. Antara pencapaian kokurikulum peringkat
antarabangsa ialah dalam acara pertandingan tae kwan do dan catur manakala pencapaian peringkat
negeri pula ialah dalam acara melontar lembing dan cakera (memperolehi pingat emas).
Pengetua juga memaklumkan bahawa SMK Sultan Yahya petra 2 telah diberi anugerah
SUMUR negeri Kelantan oleh pihak JPN hasil daripada penampilan sahsiah pelajar SMK SYP2 yang terbaik.
Pelajar – pelajar SMK SYP 2 dilihat menjadi insan yang seimbang secara holistik. Dari segi pencapaian
akademik SMK SYP 2 menghasilkan 8 orang pelajar STPM yang berjaya memperolehi keputusan 4A
manakala seramai 10 orang pelajar SPM berjaya memperolehi pencapaian straight A.
Tuan Pengetua memohon kerjasama daripada semua ibu bapa membina momentum
(hubungan) yang baik dengan anak-anak supaya pelajar-pelajar sekolah ini menjadi baik dan tidak
menghadapi masalah dari segi fizikal dan mental. Sebagai contoh ibu bapa perlu memberi perhatian yang
sama rata kepada anak-anak supaya tidak menimbulkan sebarang kesan negatif di kemudian hari. Ibu bapa
juga harus sentiasa memberi motivasi kepada anak-anak bagi membina semangat dan keyakinan diri untuk
menjadi pelajar cemerlang.
Tuan Pengetua seterusnya memaklumkan kepada ibu bapa bahawa seorang guru sekolah
ini telah kembali ke rahmatullah pada hari Selasa yang lepas (Pn Norhafizah/guru pendidikan seni Ting. 6).
Sehubungan itu Tuan Pengetua mohon pihak PPD menghantar guru baru bagi menggantikan guru pendidikan
seni Ting. 6. Tuan Pengetua juga memohon seorang guru mata pelajaran Matematik Tambahan bagi
menampung kekurangan guru tersebut di sekolah ini.
Tuan Pengetua mengucapkan berbanyak terima kasih kepada YDP PIBG yang sentiasa
menyalurkan sumbangan kepada pihak sekolah. Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada semua ibu bapa
yang hebat seperti mana anak-anak pelajar sekolah ini yang semuanya hebat. 10
Laporan / Ucapan
UCAPAN PERASMI KETUA PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH
ENCIK SAZALI BIN IBRAHIM
Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Krai (KPPD), Encik Sazali bin Ibrahim mengucapkan
berbanyak terima kasih kepada Tuan Pengetua SMK Sultan Yahya Petra 2 di atas pencapaian
yang cemerlang dalam akademik. Pencapaian keputusan peperiksaan tahun 2019 amat
membanggakan sekolah dan pihak PPD Kuala Krai. Pelajar yang terpilih ke SMK Sultan Yahya
Petra 2 sememangnya merupakan pelajar yang memang cemerlang untuk menghasilkan
keputusan yang cemerlang.
Pihak Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Krai akan sentiasa memberikan
sokongan penuh kepada pihak sekolah bagi meningkatkan kecemerlangan. Beliau
mengharapkan agar semua pihak memberi kerjasama membantu pihak sekolah terutamanya
dalam usaha menanangani masalah disiplin pelajar.
Beliau mengucapkan berbanyak terima kasih kepada pihak Polis Diraja Malaysia
(PDRM) khususnya IPD Kuala Krai yang sentiasa membantu tugas guru menangani pelbagai
masalah disiplin pelajar. Pihak sekolah juga mendapat kerjasama yang baik daripada Klinik
Kesihatan Bandar dan Jabatan Kesihatan Kuala Krai yang sentiasa memberi rawatan
kesihatan dan khidmat nasihat kepada pihak sekolah.
Bantuan daripada agensi-agensi lain ini sangat membantu pihak sekolah dalam
menangani masalah pelajar dan membantu pelajar. KPPD berharap agar mana-mana pelajar
yang tercicir dalam PdP perlu diberi lebih perhatian supaya turut sama memperolehi
pencapaian yang cemerlang. Kerjasama daripada semua guru amat diperlukan untuk
melaksanakan tugas ini. Ibu bapa perlu memberi lebih perhatian terhadap anak-anak
terutama anak-anak yang tercicir dalam beberapa mata pelajaran. Pelajar yang telah matang
terutama di peringkat menengah atas perlu dipaksa untuk menghadapai cabaran dalam PdP.
KPPD memaklumkan bahawa ibu bapa dan guru memainkan peranan yang
penting dalam memastikan kejayaan cemerlang seseorang pelajar. Beliau menyatakan tugas
hakiki guru ialah perlu masuk kelas dan melaksanakan proses PdP seperti biasa. Ibu bapa
pula perlu peka dan sentiasa mengambil berat prestasi akademik anak masing-masing.
Sekiranya anak-anak gagal memprolehi pangkat A dalam mana-mana mata pelajaran
(keputusan yang sepatutnya bagi pelajar SMK SYP 2) selepas setiap kali ujian maka perlu
mengulangi semula ujian tersebut pada sebelah petang. Ini bertujuan untuk mengelakkan
berlakunya pelajar tercicir sehingga boleh menimbulkan pelbagai masalah jenayah 1d1i
kemudian hari.
Minit Mesyuarat
MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG SMK SULTAN YAHYA PETRA 2 KALI
KE 23 TAHUN 2019/2020
Tarikh : 12 Mac 2020
Masa : 9.30 Pagi
Tempat : Dewan SMK SYP 2
Agenda 1: Ucapan Pengerusi Majlis
1.1 Bacaan surah Al-Fatihah dimulakan bagi memberkati majlis. YDP merakamkan
ucapan berbanyak terima kasih kepada ibu bapa, guru dan AJK PIBG yang sudi
meluangkan masa menghadiri Mesyuarat Agung PIBG untuk kali ke-23 ini.
Kesudian menghadiri mesyuarat pada hari ini membuktikan keprihatinan ibu bapa
terhadap perkembangan dan kemajuan pembelajaran anak masing-masing.
Pengerusi memaklumkan bahawa sangat penting ibu bapa sentiasa memupuk
kerjasama dan hubungan erat dengan pihak sekolah bagi memantau perkembangan
pembelajaran anak masing-masing.
Agenda 2: Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke-
22
2.1 En. Rosli b. Che Amat selaku Setiausaha PIBG membentangkan Minit
Mesyuarat
Agung PIBG kali ke-22 tahun 2018/2019 untuk diteliti dan disahkan.
2.2 En. Bakhtiar bin Ahmad mencadangkan supaya minit mesyuarat
diterima/disahkan dan disokong oleh En. Mohd Sabri. Ahli majlis bersetuju sebulat
suara.
Agenda 3: Perkara Berbangkit.
-Tiada
Agenda 4: Membentang dan Menerima Laporan Tahunan Aktiviti PIBG Tahun
2017/2018. 12
4.1 En. Rosli b. Che Amat membentangkan laporan aktiviti PIBG tahun
2019/2020 pada muka surat 25. En Rosli memaklumkan terdapat
pembetulan pada tarikh mesyuarat AJK PIBG iaitu 8.7.2019, 29.1.2020
dan 23.2.2020 . Laporan aktiviti diterima sebulat suara.
Agenda 5: Membentang dan Menerima Penyata Kewangan bagi Sesi
2019/2020
5.1 Pn. Marlia bt. Mat Isa selaku Bendahari PIBG membentangkan Penyata
Kewangan bagi sesi 2019/2020.
5.2 Beliau meminta ibu bapa merujuk muka surat 26. Beliau memaklumkan
baki wang PIBG pada 31 Disember 2019 berjumlah RM 22364.05
5.3 Siti Fatimah bt. Awang mencadangkan supaya penyata kewangan PIBG
sesi 2019/2020 diterima dan disahkan. Cadangan disokong oleh Pn.
Zawahir bt. Mat
Agenda 6 : Pembentangan Usul
6.1 En. Zulkefli b. Ibrahim (PK Pentadiran) membentang usul berkaitan
sumbangan persekolahan termasuk sumbangan tabung PIBG bagi sesi
2020 dikekalkan seperti mana tahun 2019. Untuk makluman beliau
meminta ibu bapa merujuk muka surat 20.
6.2 En. Zulkefli b. Ibrahim (PK Pentadbiran) seterusnya membentangkan
perincian kutipan sumbangan bagi sesi persekolahan 2018 sepertimana
berikut:
a) Peperiksaan Dalaman RM 10.00
b) MSSZ/MPSM RM 1.00
c) Majalah Sekolah RM 17.00
d) Program Nilam RM 1.00
e) Tabung PIBG (satu keluarga kecuali Ting. 6 Bawah) RM 50.00
f) Tabung PIBG (Satu keluargaTing. 6 bawah) RM 25.00
g) Program Kecemerlangan:
- PT 3 dan STPM (Tingkatan 6 Atas) RM 130.00
- SPM RM 200.00
h) Program Kecemerlangan Tingkatan 6 Bawah RM 70.00
i) Sumbangan makan asrama (setiap hari):
- Pendapatan RM 5,000.00 ke atas RM 3.00
- Pendapatan RM 4,999.99 ke bawah RM 1.00 13
j) Sumbangan Tabung kebajikan bagi pelajar asrama (setahun) RM 10.00
k) Bayaran Penilaian Berasaskan Sekolah (Ting. 1 dan 2 sahaja) RM 30.00
l) Program Kecemerlangan Tingkatan 4 RM 30.00
m) Program Kecemerlangan Kelas Pendidikan Khas (PPKI) RM 10.00
6.3 PK Pentadbiran seterusnya membentangkan anggaran kasar pecahan
perbelanjaan
program kecemerlangan PT3, SPM dan STPM sepertimana berikut:
a) Kertas pendua dan dakwat reso RM 40.00
(RM110.00/SPM)
b) Sumbangan penceramah luar RM 10.00
(seminar dan bengkel menjawab soalan)
c) Sumbangan program konsultasi RM 10.00
d) Sumbangan kem kecemerlangan RM 20.00
e) Sumbangan hadiah kecemerlangan pelajar RM 30.00
f) Buku kecemerlangan/Fotostat nota RM 10.00
g) Kelas prestasi/kelas masa cuti RM 10.00
6.4 Berikut adalah anggaran kasar pecahan perbelanjaan program
kecemerlangan
Tingkatan 6 Bawah:
a) Kertas pendua dan dakwat reso RM 25.00
b) Sumbangan penceramah luar RM 5.00
(seminar dan bengkel menjawab soalan)
c) Sumbangan program konsultasi RM 5.00
d) Sumbangan kem kecemerlangan RM 10.00
e) Sumbangan hadiah kecemerlangan pelajar RM 15.00
f) Buku kecemerlangan/Photostat nota RM 5.00
g) Kelas prestasi/kelas masa cuti RM 5.00
14
6.5 Anggaran kasar pecahan perbelanjaan sumbangan tabung kebajikan pelajar
asrama adalah seperti berikut:
a) Bayaran pelbagai program kecemerlangan pelajar asrama, Seperti kelas
tambahan, bengkel teknik menjawab soalan dan kos percetakan bahan latihan
RM 10.00
6.6 Pecahan perbelanjaan sumbangan kelas Pendidikan Khas
a) Bayaran kertas pendua dan percetakan bahan latihan RM 10.00
Cadangan bayaran persekolahan ini akan dikemukakan kepada pihak JPN dan
kutipan bayaran akan dimulakan sebaik sahaja mendapat kelulusan pihak
JPNK nanti.
Tindakan : Setiausaha
6.7 Semua warga dewan sebulat suara menerima usul bayaran persekolahan yang
dikemukakan seperti mana tahun sebelumnya (2019). En. Zulkifli juga
memaklumkan bahawa pengecualian bayaran tambahan dan bayaran tabung
PIBG boleh diberikan kepada mana-mana pelajar penerima bantuan zakat dan
e-kasih tetapi mestilah mengemukakan surat bukti kepada pihak sekolah
terlebih dahulu.
6.8 Pn. Saidah bt. Said mengusulkan projek pembinaan pondok untuk kemudahan
pelajar menunggu ibu bapa di hadapan kawasan sekolah seperti mana yang
telah dicadangkan pada mesyuarat agung tahun lepas diteruskan. Selain itu Pn.
Saidah juga mengusulkan pemasangan lampu sepanjang jalan dari pondok
menunggu hingga ke kawasan sekolah bagi menjamin keselamatan pelajar
yang menghadiri kelas tambahan pada waktu malam.
6.9 Tuan Pengetua (En. Ibrahim b. Isha) memaklumkan bahawa projek pembinaan
pondok tersebut belum bermula kerana masih dalam perundingan dengan
beberapa pihak termasuk Lions Club dan beberapa individu yang telah
menyatakan kesanggupan mereka untuk memberi sumbangan.
Agenda 7 : Hal-hal Lain
7.1 En. Burhanudin b. Mohammad berharap agar pihak sekolah dapat
meningkatkan pencapaian/prestasi mata pelajaran Matematik Tambahan yang
ke peringkat yang lebih
15
tinggi lagi. Beliau bertanya tentang perancangan sekolah dalam meningkatkan
pencapaian matapelajaran Matematik Tambahan.
7.2 En. Ibrahim b. Isha (Pengetua) memaklumkan bahawa dari segi ranking dalam negeri
pencapaian mata pelajaran Matematik Tambahan sekolah ini berada di kedudukan ke-
27 daripada 162 buah sekolah seluruh negeri Kelantan. Beliau memaklumkan juga
bahawa Matematik Tambahan merupakan ‘killer subject’ (subjek kritikal)
termasuklah di sekolah berasrama penuh (SBP) dan sekolah aliran sains. Di SMK
Sultan Yahya Petra 2 semua 10 kelas (Tingkatan 4 & 5) mengambil mata pelajaran
Matematik Tambahan. Pihak pentadbir sekolah telah memberi fokus dan perhatian
yang sewajarnya untuk meningkatkan pencapaian mata pelajaran Matematik
Tambahan. Antara masalah yang dihadapi ialah kekangan tenaga pengajar yang mana
terdapat 2 orang guru sahaja yang mengajar Matematik Tambahan. Permohonan guru
tambahan telah dibuat tetapi masih lagi belum berjaya.
7.3 Pengetua memaklumkan usaha meningkatkan pencapaian mata pelajaran Matematik
Tambahan juga mendapat perhatian PIBG sekolah, mendorong salah seorang AJK
PIBG menghulur sumbangan peribadi berjumlah RM 1000.00 (untuk Program Klinik
Matematik Tambahan). Guru-guru matematik Tambahan juga telah menyediakan
modul (modul algebra) dalam pengajaran bagi membantu pelajar selain penggunaan
buku teks. Seterusnya Pengetua mencadangkan ibu bapa menghantar anak masing-
masing ke pusat tuisyen luar selain daripada menghadiri kelas-kelas tambahan
anjuran pihak sekolah (termasuk kelas OBT).
7.4 En. Zulkefli b. Ibrahim (Penolong Kanan Pentadbiran) memaklumkan bahawa
keputusan SPM 2019 bagi mata pelajaran Fizik, Biologi dan Kimia sangat baik.
Walau bagaimanapun penurunan mata pelajaran Kimia (gagal memperolehi
keputusan 100%) adalah disebabkan oleh kegagalan seorang pelajar bermasalah yang
telah pun berpindah ke sekolah lain. Sehubungan dengan itu En. Zulkifli memohon
ibu bapa sentiasa mengawasi anak masing-masing daripada terlibat dengan sebarang
masalah disiplin yang boleh memberi kesan kepada pembelajaran mereka.
7.5 En. Abdul Aziz b. Mohamad mencadangkan agar pihak sekolah mengusahakan jalan
berturap (jalan tar) di hadapan pagar sekolah untuk keselesaan ibu bapa semasa
menghantar anak ke sekolah.
7.6 Tuan Pengetua meminta agar ibu bapa menyegerakan bayaran kecemerlangan apabila
mendapat kelulusan daripada pihak JPN memandangkan setiap tahun pihak sekolah
menghadapi masalah kewangan untuk melancarkan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran. Kelewatan pembayaran juga mengakibatkan pihak sekolah terpaksa
berhutang bagi membiayai pembelian kertas A4, membaik pulih mesin riso dan mesin
fotostat.
7.7 En. Burhanudin b. Mohammad bertanya program untuk meningkatkan kualiti dan
kemahiran pengucapan pelajar di khalayak umum (public speaking) dan tindakan
kepada pelajar yang tidak membayar sumbangan persekolahan dan tabung PIBG.
7.8 Penolong Kanan Pentadbiran memaklumkan bahawa pihak sekolah telah menyediakan
sudut pidato untuk menggalakkan pelajar berucap bertempat di kantin sekolah. Walau
bagaimanapun penglibatan pelajar masih kurang aktif. Selain sudut pidato terdap1a6t
pelajar yang telah menyertai -
pertandingan-pertandingan syarahan/public speaking anjuran PPD dan
berjaya meraih kejayaan dalam pertandingan tersebut.
7.9 Penolong Kanan Pentadbiran (PKP) juga memaklumkan terdapat pelajar
yang gagal membayar bayaran persekolahan dan sumbangan tabung
PIBG disebabkan kesempitan hidup keluarga mereka. Bagi pelajar seperti
ini guru-guru kelas mengambil tanggung jawab dengan menjelaskan
bayaran tersebut. PKP mengucapkan berbanyak terima kasih di atas
kesanggupan guru menjelaskan bayaran pelajar tersebut. Untuk
pengetahuan semua ibu bapa PKP memaklumkan bahawa keperluan lain
seperti makan minum pelajar (beras, gula dan lain-lain barangan dapur)
turut dibantu oleh guru-guru terutama pelajar Tingkatan 6 yang tinggal di
rumah sewa.
7.10 PKP momohon ibu bapa pelajar yang mampu agar tidak menangguhkan
pembayaran bagi mengelakkan pelbagai masalah apabila bayaran dibuat
pada akhir tahun. Jika tidak mampu ibu bapa boleh menjelaskan bayaran
secara beransur-ansur di sepanjang tahun pengajian. Seterusnya PKP
memaklumkan bagi memotivasi pelajar, bekas pelajar yang cemerlang
diminta datang ke sekolah dan memberi ceramah motivasi kepada semua
pelajar.
7.11 Tuan Pengetua memaklumkan bahawa mata pelajaran Bahasa Inggeris
telah mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM 2019
dengan memperolehi A+ seramai 19 orang. Pihak sekolah akan
mengadakan pertandingan bagi meningkatkan penampilan dan keyakinan
diri pelajar di sekolah ini. Untuk pengetahuan ibu bapa juga pengetua
memaklumkan bahawa mata pelajaran muzik telah dperkenalkan di
Tingkatan 1 mulai tahun ini di SMK Sultan Yahya Petra 2. Pendidikan
muzik dapat membantu memantapkan lagi aktiviti kelab nasyid, kelab
kompang dan koir di sekolah ini. Ibu bapa perlu menggalakkan
penyertaan anak-anak mengikuti pendidikan muzik supaya dapat
membuka minda dan keyakinan diri yang lebih tinggi.
Agenda 8 : Ucapan Penangguhan
8.1 YDP merakamkan ucapan terima kasih di atas kepercayaan semua pihak
terhadap beliau dan semua barisan AJK PIBG untuk meneruskan
tanggungjawab bagi sesi 2020/2021. Beliau juga memaklumkan bahawa
pemilihan AJK yang baru akan diadakan pada tahun hadapan. 17
18
Laporan Tahunan
SMK SULTAN YAHYA PETRA 2 KUALA KRAI
LAPORAN TAHUNAN AKTIVITI PIBG SESI 2020/2021
Sepanjang sesi 2020/2021 PIBG telah mengadakan mesyuarat AJK sebanyak tiga
kali bagi merancang dan melaksana program samada jangka pendek atau jangka
panjang.
Aktiviti yang dilaksanakan diharap dapat membantu pihak sekolah dalam merialisasi
target dan perancangan sekolah pada tahun ini.
Antara program yang dirancang dan telah dilaksanakan ialah :
1. Mesyuarat AJK (19.8.2020, 31.12.2020 dan 10.9.2021)
2. Majlis mesyuarat Agung Tahunan PIBG
3. Perjumpaan dengan ibu bapa pelajar Tingkatan 1 (Hari Pendaftaran Tingkatan 1)
4. Membantu pihak sekolah menjayakan program-program kokurikulum
5. Bersama pihak sekolah menjayakan sambutan Hari Guru
6. Bersama pihak sekolah menjayakan sambutan Hari kemerdekaan dan Hari Malaysia
7. Membantu menjayakan Program Kem Kepimpinan Pengawas
8. Membantu majlis pertukaran guru
9. Membantu menjayakan Majlis Graduasi
10. Membantu menjayakan Kem Kecemerlangan SPM
11. Bersama pihak sekolah mengadakan program sumur (bacaan yasin secara online)
12. Bersama menganjur dan menyumbang majlis Jamuan Akhir tahun.
13. Sumbangan/sponser makanan pelajar semasa peperiksaan SPM dan STPM secara
peribadi/personal oleh AJK PIBG dan ibu bapa
14. Menyertai aktiviti-aktivi/program perjumpaan dalam majlis konsultasi bersama
pentadbir sekolah secara maya
15. Sumbangan gajet kepada pelajar kurang berkemampuan secara personal/peribadi
oleh AJK PIBG
16.Sumbangan makanan kepada frontliner program vaksinasi pelajar SMK SYP 2
19
Laporan Kewangan
20
PERLANTIKAN AJK PIBG 2021/2022
SMK SULTAN YAHYA PETRA 2
YANG DI PERTUA :
NAIB YANG DI PERTUA :
SETIAUSAHA :
BENDAHARI :
AJK :
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
11.
12.
JURU AUDIT DALAMAN :
1.
2.
21
Penghargaan
Jutaan Terima Kasih Yang Tidak Terhingga Diucapkan Kepada ;
Yang Berhormat Ustaz Abdul Latiff bin Abdul Rahman
Ahli Parlimen Kuala Krai (P031)
Yang Mulia Tengku Aminuddin bin Tengku Yusof
Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah, Sektor Perancangan
PPD Kuala Krai
Yang Berbahagia Dato’ Zakaria bin Mustafa
(YDP PIBG SMK SULTAN YAHYA PETRA 2, KUALA KRAI, KELANTAN
Yang Berusaha Encik Ibrahim bin Isha
Tuan Pengetua SMK SULTAN YAHYA PETRA 2
AJK PIBG SESI 2020 / 2021
Ibu bapa / penjaga
AJK pelaksana
Semua guru, staf sokongan dan murid SMK Sultan Yahya Petra 2 yang terlibat secara
langsung dan tidak langsung dalam menjayakan Majlis Mesyuarat Agung PIBG kali ke –
24 pada kali ini
“Kerjasama Erat Pemangkin Kecemerlangan Sekolah”
Terima Kasih
22