1 BUKU PANDUAN
PELAKSANAAN AKTIVITI DI LUAR WAKTU PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MENENGAH RENDAH PENDIDIKAN MORAL BUKU PANDUAN
BUKU PANDUAN ALPdP PENDIDIKAN MORAL Terbitan 2023 ©Kementerian Pendidikan Malaysia Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, Aras 4, 6 - 8, Blok E9, Parcel E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya, Malaysia. ISBN: 978-967-420-732-8
KANDUNGAN RUKUN NEGARA FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN DEFINISI KURIKULUM KEBANGSAAN KATA ALU-ALUAN PENGENALAN 1.0 CADANGAN AKTIVITI DI LUAR WAKTU PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN TINGKATAN 1 1.1 Sahabatku Selamanya 1.2 Program Sekolah Penyayang 1.3 Bumiku, Tanggungjawabku 1.4 Kempen Anti Rasuah 1.5 Sayangi Diri, Hidup Sejahtera 1.6 Uniknya Malaysia 1.7 Gaya Hidup Sihat 1.8 Perwira Alam 1.9 Hargai Masa, Hidup Berjaya 1.10 Satu Kelas, Satu Tanaman 2.0 CADANGAN AKTIVITI DI LUAR WAKTU PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN TINGKATAN 2 2.1 Terima Kasih Adiwiraku 2.2 Sekolah Bersih, Murid Ceria 2.3 Minda Sihat 2.4 Berhemah di Jalan Raya 2.5 Utusan Kasih Untukmu 2.6 Hidup Beradab, Sahsiah Terpuji 2.7 Sayangi Diri 2.8 Saya dan Dunia Siber 2.9 Layang-layang Kehidupan 2.10 Kami Peduli 3.0 CADANGAN AKTIVITI DI LUAR WAKTU PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN TINGKATAN 3 3.1 Pakaian Tradisional, Identiti Bangsa 3.2 Kad Ucapan Gergasi 3.3 Program 10 Sen Sehari 3.4 Jenayah Juvana Membawa Padah 3.5 Serlahkan Potensi Anda 3.6 Etika Majlis Sekolah 3.7 Duta Moral 3.8 Keamanan Dunia, Tanggungjawab Bersama 3.9 Bandar Idaman 3.10 Rantaian Maklumat 4.0 SOALAN LAZIM 5.0 GLOSARI iii iv v vi vii 2 3 4 6 7 8 9 10 11 12 14 15 16 17 18 19 20 21 22 24 26 27 28 29 30 31 32 33 34 35 36 37 BUKU PANDUAN ALPdP PENDIDIKAN MORAL
RUKUN NEGARA BAHAWASANYA Negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak: Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya; Memelihara satu cara hidup demokratik; Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; Menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak; Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden; MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut: KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA KELUHURAN PERLEMBAGAAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG KESOPANAN DAN KESUSILAAN BUKU PANDUAN ALPdP PENDIDIKAN MORAL iii
BUKU PANDUAN ALPdP PENDIDIKAN MORAL iv FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN “Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara”. Sumber: Akta Pendidikan 1996 (Akta 550)
DEFINISI KURIKULUM KEBANGSAAN 3. Kurikulum Kebangsaan (1) Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan. Sumber: Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 [PU(A)531/97] BUKU PANDUAN ALPdP PENDIDIKAN MORAL v
BUKU PANDUAN ALPdP PENDIDIKAN MORAL vi KATA ALU-ALUAN Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Alhamdulillah dengan izin dan limpah kurnia-Nya, Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) telah berjaya menghasilkan Buku Panduan Pelaksanaan Aktiviti di Luar Waktu Pengajaran dan Pembelajaran (ALPdP) Menengah Rendah bagi mata pelajaran Pendidikan Moral sebagai panduan pelaksanaan ALPdP berdasarkan peruntukan waktu yang telah ditetapkan. Buku panduan ini diharap dapat digunakan sebagai pencetus idea kepada guru dalam merancang dan melaksanakan ALPdP yang menarik dan berkesan bagi mata pelajaran Pendidikan Moral untuk murid tingkatan 1 hingga tingkatan 3. Contoh aktiviti yang diketengahkan dalam buku panduan ini adalah aktiviti yang boleh diintegrasikan dengan program sekolah. Kebolehlaksanaan cadangan ALPdP ini adalah tinggi kerana aktiviti yang dicadangkan dalam buku panduan ini adalah aktiviti yang dilaksanakan oleh guru di sekolah. Buku panduan ini diharap dapat membantu guru dalam mengaplikasikan fokus moral iaitu domain penaakulan moral, emosi moral dan perlakuan moral. Di samping itu, guru dapat mempelbagaikan strategi pelaksanan ALPdP yang berkesan dan mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan kepada murid. BPK merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam penyediaan buku panduan ini. Semoga buku panduan yang dihasilkan ini dapat memberi manfaat kepada semua pihak, khususnya guru dan murid dalam usaha meningkatkan kualiti pendidikan negara. Sekian, terima kasih. DR. RUSMINI BINTI KU AHMAD Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia
BUKU PANDUAN ALPdP PENDIDIKAN MORAL vii PENGENALAN Pelaksanaan Aktiviti di Luar Waktu Pengajaran dan Pembelajaran (ALPdP) Pendidikan Moral Menengah Rendah merupakan aktiviti yang perlu dilaksanakan oleh guru di luar waktu pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral. Perkara ini adalah sejajar dengan Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 9, Kementerian Pendidikan Malaysia Tahun 2016. Aktiviti yang dicadangkan dalam buku panduan ini adalah dengan mengintegrasikan program sekolah dan pelbagai aktiviti lain yang sesuai serta selaras dengan kehendak Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) mata pelajaran Pendidikan Moral. Perancangan ALPdP boleh diselaraskan dengan takwim sekolah dan perlu dicatatkan dalam Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) Pendidikan Moral supaya pelaksanaan lebih terancang dan berstruktur. Pelaksanaan ALPdP juga perlu direkodkan dalam buku rekod mengajar guru.
MATLAMAT Buku panduan ini dibangunkan untuk membantu guru merancang dan melaksanakan ALPdP selama 32 jam dengan mengaplikasikan domain moral iaitu penaakulan moral, emosi moral dan perlakuan moral. OBJEKTIF 1. Membantu guru dalam merancang dan melaksanakan ALPdP dengan pelbagai contoh aktiviti mengikut tingkatan. 2. Meningkatkan kefahaman guru dalam pelaksanaan ALPdP dengan memberi contoh aktiviti yang diintegrasikan melalui program sekolah. ORGANISASI BUKU PANDUAN PELAKSANAAN ALPdP Cadangan aktiviti yang disediakan dalam buku panduan ini adalah berdasarkan Standard Kandungan (SK) dan Standard Pembelajaran (SP) yang terdapat dalam DSKP Pendidikan Moral Tingkatan 1, Tingkatan 2 dan Tingkatan 3. Terdapat sebanyak 30 cadangan aktiviti untuk tingkatan 1 hingga tingkatan 3. Setiap cadangan aktiviti mengandungi sinopsis, cadangan nilai dan cadangan masa. Sinopsis memberi gambaran ringkas tentang cadangan aktiviti. Cadangan nilai disesuaikan mengikut cadangan aktiviti berdasarkan DSKP. Aktiviti yang dicadangkan boleh diintegrasikan dengan program atau aktiviti sekolah. Cadangan masa untuk perancangan adalah selama sejam manakala untuk pelaksanaan selama 2 jam dan refleksi selama 30 minit. BUKU PANDUAN ALPdP PENDIDIKAN MORAL viii
PERANAN PELBAGAI PIHAK DALAM PELAKSANAAN ALPdP Peranan Pentadbir 1. Memastikan pelaksanaan ALPdP diambil kira sebagai waktu mengajar. 2. Memastikan guru Pendidikan Moral menengah rendah melaksanakan ALPdP sekurang-kurangnya 32 jam setahun. 3. Memaklumkan ibu bapa tentang pelaksanaan ALPdP. Peranan Guru Pendidikan Moral 1. Membuat perancangan pelaksanaan ALPdP. 2. Melaksanakan ALPdP selama 32 jam setahun. 3. Merekodkan pelaksanaan ALPdP dalam buku rekod mengajar guru. Peranan Murid Melibatkan diri dalam ALPdP sekurang-kurangnya selama 32 jam setahun. Peranan Ibu Bapa Bekerjasama dengan pihak sekolah untuk memastikan anak mereka terlibat dalam ALPdP. BUKU PANDUAN ALPdP PENDIDIKAN MORAL ix
TINGKATAN 1 CADANGAN ALPdP : TINGKATAN 1 Sahabatku Selamanya Program Sekolah Penyayang Bumiku, Tanggungjawabku Kempen Anti Rasuah Sayangi Diri, Hidup Sejahtera Uniknya Malaysia Gaya Hidup Sihat Perwira Alam Hargai Masa, Hidup Berjaya Satu Kelas, Satu Tanaman
TINGKATAN 1 Aktiviti ini dijalankan semasa minggu orientasi tingkatan 1. Melalui aktiviti ini murid dapat menghasilkan dan mendeklamasikan sajak bertemakan persahabatan. SINOPSIS CADANGAN NILAI PERANCANGAN PELAKSANAAN REFLEKSI 1 JAM 2 JAM 30 MINIT TAJUK AKTIVITI: SAHABATKU SELAMANYA CADANGAN MASA DAN AKTIVITI ● Kasih sayang ● Hormat ● Kerjasama ● Kesederhanaan ● Toleransi ● Murid menghasilkan sajak secara berkumpulan ● Murid mendeklamasikan sajak ● Pemilihan pemenang deklamasi sajak Murid membuat refleksi tentang aktiviti yang telah dijalankan ● Perbincangan aktiviti pertandingan mendeklamasikan sajak ● Penetapan kriteria penghasilan sajak BUKU PANDUAN ALPdP PENDIDIKAN MORAL 2
TINGKATAN 1 Program sambutan hari jadi ini boleh diadakan dengan kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah. “Dariku Untukmu” ialah aktiviti dedikasi hadiah sempena hari jadi. Tujuan program ini dianjurkan adalah untuk memupuk dan menghargai serta meningkatkan kesejahteraan dalam kalangan warga sekolah. SINOPSIS CADANGAN NILAI PERANCANGAN PELAKSANAAN REFLEKSI 1 JAM 2 JAM 30 MINIT TAJUK AKTIVITI: PROGRAM SEKOLAH PENYAYANG CADANGAN MASA DAN AKTIVITI ● Kerjasama ● Hormat ● Hemah tinggi ● Kasih sayang ● Bertanggungjawab ● Murid menyiapkan tempahan mengikut pesanan ● Murid mengedarkan tempahan mengikut tarikh hari jadi Murid memberikan maklum balas tentang aktiviti ● Perbincangan dan agihan tugas aktiviti “Dariku Untukmu” ● Hebahan dan edaran makluman tempahan hadiah “Dariku Untukmu” BUKU PANDUAN ALPdP PENDIDIKAN MORAL 3
TINGKATAN 1 Aktiviti menghasilkan beg kitar semula adalah bagi menerapkan sikap menyayangi dan menghargai alam sekitar. Melalui aktiviti ini amalan 5R (Reduce, Reuse, Recycle, Rethink and Repair) dapat dipertingkatkan dalam kalangan warga sekolah. SINOPSIS CADANGAN NILAI PERANCANGAN PELAKSANAAN REFLEKSI 1 JAM 2 JAM 30 MINIT TAJUK AKTIVITI: BUMIKU, TANGGUNGJAWABKU CADANGAN MASA DAN AKTIVITI ● Bertanggungjawab ● Kasih sayang ● Kerjasama ● Rasional ● Patriotisme ● Kepercayaan kepada Tuhan ● Murid menghasilkan beg ● Murid mempamerkan dan menceritakan hasil rekaan ● Mempromosikan penggunaan beg kitar semula dalam kalangan warga sekolah Adakah beg yang dihasilkan membantu mengurangkan penggunaan beg plastik? ● Murid membawa kemeja-T terpakai ● Demonstrasi penghasilan beg daripada kemeja-T terpakai BUKU PANDUAN ALPdP PENDIDIKAN MORAL 4
TINGKATAN 1 LANGKAH-LANGKAH PENYEDIAAN BEG KITAR SEMULA Penyediaan bahan-bahan: 1. Kemeja-T terpakai 2. Gunting 3. Pembaris 4. Pensel Beg kitar semula. 1 ● Gunting hujung bawah kemeja-T. ● Hujung kemeja-T akan dijadikan tali beg. 2 Gunakan pembaris dan pensel untuk membuat garisan panjang berukuran 12 cm di bahagian bawah kemeja-T. 3 Ikat bahagian yang telah digunting tersebut atas dan bawah. 5 Gunting garisan yang telah dibuat. 4 Ulang langkah 2 hingga 5 pada bahagian lengan kemeja-T. 6 7 BUKU PANDUAN ALPdP PENDIDIKAN MORAL 5
TINGKATAN 1 Kempen Anti Rasuah ini dilaksanakan bagi meningkatkan kesedaran dalam kalangan warga sekolah. Melalui aktiviti ini murid akan menghasilkan buku skrap anti rasuah dan mengadakan Kempen Anti Rasuah. SINOPSIS CADANGAN NILAI PERANCANGAN PELAKSANAAN REFLEKSI 1 JAM 2 JAM 30 MINIT TAJUK AKTIVITI: KEMPEN ANTI RASUAH CADANGAN MASA DAN AKTIVITI ● Kejujuran ● Kepercayaan kepada Tuhan ● Harga Diri ● Rasional ● Patriotisme ● Bertanggungjawab ● Keberanian ● Murid menghasilkan buku skrap ● Murid mempamerkan buku skrap dan berkongsi maklumat tentang rasuah Murid mengumpul maklumat untuk menyiapkan buku skrap anti rasuah BUKU PANDUAN ALPdP PENDIDIKAN MORAL 6 Murid sedar perilaku rasuah boleh berlaku dalam kehidupan
TINGKATAN 1 Sketsa bertemakan Sayangi Diri, Hidup Sejahtera dijalankan untuk memberi kesedaran kepada warga sekolah berkaitan ketagihan. Melalui aktiviti ini, murid cakna dengan isu ketagihan yang boleh membawa mudarat. SINOPSIS CADANGAN NILAI PERANCANGAN PELAKSANAAN REFLEKSI 1 JAM 2 JAM 30 MINIT TAJUK AKTIVITI: SAYANGI DIRI, HIDUP SEJAHTERA CADANGAN MASA DAN AKTIVITI ● Rasional ● Harga Diri ● Kasih Sayang ● Kesederhanaan ● Kebebasan ● Murid membuat persembahan sketsa ● Murid membuat penilaian persembahan kumpulan lain ● Wakil kumpulan akan membuat undian subtajuk seperti berikut: Tajuk 1 : Ketagihan Arak Tajuk 2 : Ketagihan Berjudi Tajuk 3 : Ketagihan Dadah Tajuk 4 : Ketagihan Internet Tajuk 5 : Ketagihan Gajet ● Perbincangan dan persediaan sketsa ● Sesi sumbang saran ● Murid berkongsi pengetahuan berkaitan isu ketagihan BUKU PANDUAN ALPdP PENDIDIKAN MORAL 7
TINGKATAN 1 Aktiviti kongsi raya dianjurkan untuk menerapkan sikap menghargai dan menghormati kepelbagaian amalan keagamaan dan kepercayaan masyarakat Malaysia. Perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum dapat dipupuk melalui aktiviti ini. SINOPSIS CADANGAN NILAI PERANCANGAN PELAKSANAAN REFLEKSI 1 JAM 2 JAM TAJUK AKTIVITI: UNIKNYA MALAYSIA CADANGAN MASA DAN AKTIVITI ● Kepercayaan kepada Tuhan ● Hormat ● Bertanggungjawab ● Hemah tinggi ● Rasional ● Toleransi Murid mengambil bahagian dalam majlis sambutan kongsi raya ● Murid berkongsi pengalaman majlis sambutan kongsi raya menerusi pelbagai media secara beretika ● Sesi pascanilai (post-mortem) majlis sambutan kongsi raya ● Murid membentuk jawatankuasa sambutan kongsi raya peringkat sekolah ● Murid membuat persediaan mengikut jawatankuasa 30 MINIT BUKU PANDUAN ALPdP PENDIDIKAN MORAL 8
TINGKATAN 1 Aktiviti senamrobik boleh dijalankan pada waktu kokurikulum. Melalui aktiviti ini murid didedahkan dengan amalan gaya hidup sihat. SINOPSIS CADANGAN NILAI PERANCANGAN PELAKSANAAN REFLEKSI 1 JAM 2 JAM 30 MINIT TAJUK AKTIVITI: GAYA HIDUP SIHAT CADANGAN MASA DAN AKTIVITI ● Toleransi ● Kerjasama ● Hormat ● Hemah tinggi ● Kasih sayang ● Bertanggungjawab ● Murid mempromosikan pelaksanaan aktiviti senamrobik ● Murid mempersembahkan senamrobik ● Murid merancang aktiviti senamrobik ● Murid mencipta koreografi senamrobik BUKU PANDUAN ALPdP PENDIDIKAN MORAL 9 Murid mengekspresikan perasaan dan meningkatkan kesedaran amalan gaya hidup sihat
TINGKATAN 1 Pameran kesan kegiatan manusia yang memusnahkan alam. Pameran ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan memupuk sikap bertanggungjawab dalam melindungi bumi serta alam sekitar. SINOPSIS CADANGAN NILAI PERANCANGAN PELAKSANAAN REFLEKSI 1 JAM 2 JAM TAJUK AKTIVITI: PERWIRA ALAM CADANGAN MASA DAN AKTIVITI ● Bertanggungjawab ● Kasih sayang ● Kerjasama ● Rasional ● Patriotisme ● Kepercayaan kepada Tuhan Murid menghasilkan dan mempamerkan bahan Murid berkongsi kepentingan menjaga alam sekitar melalui pelbagai media secara beretika ● Setiap kumpulan diberikan tugasan berdasarkan tajuk seperti berikut: Tajuk 1 : Pencemaran Udara Tajuk 2 : Pencemaran Bunyi Tajuk 3 : Pencemaran Air Tajuk 4 : Pencemaran Tanah ● Merancang bahan pameran 30 MINIT BUKU PANDUAN ALPdP PENDIDIKAN MORAL 10
TINGKATAN 1 BUKU PANDUAN ALPdP PENDIDIKAN MORAL 11 Aktiviti “Hargai Masa, Hidup Berjaya” dijalankan bagi memupuk disiplin sebagai asas pembentukan sahsiah dalam diri murid. Melalui aktiviti ini murid menyedari kepentingan pengurusan masa. SINOPSIS CADANGAN NILAI PERANCANGAN PELAKSANAAN REFLEKSI 1 JAM 2 JAM 30 MINIT TAJUK AKTIVITI: HARGAI MASA, HIDUP BERJAYA CADANGAN MASA DAN AKTIVITI ● Hormat ● Bertanggungjawab ● Kerjasama ● Rasional ● Toleransi ● Hemah tinggi ● Kebebasan ● Murid merekodkan masa kehadiran ke sekolah pada setiap hari selama sebulan ● Murid menganalisis data masa kehadiran ● Murid membuat penilaian tentang pengurusan masa Murid membuat refleksi pengurusan masa dan faktor-faktor yang mempengaruhi pengurusan masa ● Murid menyediakan diari masa untuk merekodkan masa kehadiran ke sekolah pada setiap hari
TINGKATAN 1 Setiap kelas akan menanam satu jenis tanaman yang akan dipelihara dengan subur. Melalui aktiviti ini murid dapat menjaga keharmonian antara manusia dengan alam sekitar. SINOPSIS CADANGAN NILAI PERANCANGAN PELAKSANAAN REFLEKSI 1 JAM 2 JAM 30 MINIT TAJUK AKTIVITI: SATU KELAS, SATU TANAMAN CADANGAN MASA DAN AKTIVITI ● Bertanggungjawab ● Kasih sayang ● Kerjasama ● Rasional ● Kepercayaan kepada Tuhan Menanam anak pokok di kawasan yang dibenarkan oleh pihak sekolah Murid berkongsi pengalaman aktiviti menanam pokok ● Perbincangan menentukan jenis tanaman ● Perbincangan guru dan murid perlu mengambil kira kos dan jangka hayat pokok yang ingin ditanam di kawasan sekolah ● Pemilihan pokok yang mudah dijaga juga perlu diambil kira agar tidak membebankan murid kelak ● Pembahagian kumpulan untuk penjagaan sepanjang tahun BUKU PANDUAN ALPdP PENDIDIKAN MORAL 12
1 Terima Kasih Adiwiraku Sekolah Bersih, Murid Ceria Minda Sihat Berhemah di Jalan Raya Utusan Kasih Untukmu CADANGAN ALPdP : TINGKATAN 2 Hidup Beradab, Sahsiah Terpuji Sayangi Diri Saya dan Dunia Siber Layang-layang Kehidupan Kami Peduli
TINGKATAN 2 TAJUK AKTIVITI: TERIMA KASIH ADIWIRAKU Murid diberi peluang untuk memberi penghargaan terhadap idola adiwira melalui koir, menyanyi atau memberi ucapan. SINOPSIS CADANGAN NILAI PERANCANGAN PELAKSANAAN REFLEKSI 1 JAM 2 JAM 30 MINIT CADANGAN MASA DAN AKTIVITI ● Bertanggungjawab ● Patriotisme ● Berterima kasih ● Hemah Tinggi ● Rasional ● Murid menyampaikan slot Terima Kasih Adiwiraku ● Setiap persembahan boleh dirakam atau diambil gambar Membudayakan sikap menghargai dalam kehidupan harian ● Perbincangan dan penyediaan jadual penggiliran slot Terima Kasih Adiwiraku ● Murid merancang cara penyampaian slot Terima Kasih Adiwiraku BUKU PANDUAN ALPdP PENDIDIKAN MORAL 14
TINGKATAN 2 TAJUK AKTIVITI: SEKOLAH BERSIH, MURID CERIA Aktiviti ini adalah untuk memberi pendedahan tentang amalan kitar semula. Kitar semula dapat memelihara alam sekitar dan boleh menjana pendapatan sampingan. SINOPSIS CADANGAN NILAI PERANCANGAN PELAKSANAAN REFLEKSI 1 JAM 2 JAM 30 MINIT CADANGAN MASA DAN AKTIVITI ● Kasih sayang ● Bertanggungjawab ● Rasional ● Kerjasama ● Kerajinan ● Murid mengumpul dan mengasingkan barangan yang boleh dikitar semula ● Murid menjual dan merekodkan hasil jualan barangan kitar semula dalam buku log ● Murid merancang penggunaan wang hasil jualan barangan kitar semula Murid merancang pelaksanaan kitar semula BUKU PANDUAN ALPdP PENDIDIKAN MORAL 15 Kesedaran murid tentang pengurusan 5R (Reduce, Reuse, Recycle, Rethink and Repair) bagi mewujudkan sekolah yang bersih dan ceria
TINGKATAN 2 TAJUK AKTIVITI: MINDA SIHAT Aktiviti ini dijalankan untuk memberi pendedahan kepada murid tentang penjagaan kesihatan mental. Melalui aktiviti ini murid mengetahui pengurusan kesihatan mental. SINOPSIS CADANGAN NILAI PERANCANGAN PELAKSANAAN REFLEKSI 1 JAM 2 JAM 30 MINIT CADANGAN MASA DAN AKTIVITI ● Harga Diri ● Kerajinan ● Bertanggungjawab ● Berdikari ● Kesederhanaan ● Ceramah kesihatan mental oleh pegawai kesihatan ● Perbincangan tentang aktiviti Minda Sihat seperti berikut: Aktiviti 1: Latihan Pernafasan Aktiviti 2: Urutan Leher dan Bahu Aktiviti 3: Makanan yang Membantu Mengurangkan Stres Aktiviti 4: Kaedah Relaksasi Otot ● Demonstrasi berdasarkan aktiviti Minda Sihat Merancang program ceramah kesihatan mental oleh pegawai kesihatan BUKU PANDUAN ALPdP PENDIDIKAN MORAL Murid membudayakan gaya hidup sihat 16
TINGKATAN 2 TAJUK AKTIVITI: BERHEMAH DI JALAN RAYA Aktiviti ini dijalankan untuk memberi pendedahan tentang keselamatan di jalan raya. Melalui aktiviti ini murid dapat meningkatkan kesedaran mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya. SINOPSIS CADANGAN NILAI PERANCANGAN PELAKSANAAN REFLEKSI 1 JAM 2 JAM 30 MINIT CADANGAN MASA DAN AKTIVITI ● Hormat ● Bertanggungjawab ● Toleransi ● Kasih sayang ● Rasional ● Ceramah keselamatan jalan raya oleh pegawai perhubungan sekolah ● Murid menghasilkan brosur berdasarkan isu seperti berikut: Isu 1 : Basikal lajak Isu 2 : Lumba haram Isu 3 : Menunggang motosikal tanpa lesen Isu 4 : Kecuaian di jalan raya Isu 5 : Melintas tanpa menggunakan lintasan belang Meningkatkan kesedaran murid tentang keselamatan jalan raya Merancang ceramah keselamatan jalan raya BUKU PANDUAN ALPdP PENDIDIKAN MORAL 17
TINGKATAN 2 TAJUK AKTIVITI: UTUSAN KASIH UNTUKMU Aktiviti pantomim berdasarkan tema hak wanita, hak pengguna, hak orang kurang upaya dan hak pekerja. Melalui aktiviti ini murid menyedari dan menghormati hak asasi manusia. SINOPSIS CADANGAN NILAI PERANCANGAN PELAKSANAAN REFLEKSI 1 JAM 2 JAM 30 MINIT CADANGAN MASA DAN AKTIVITI ● Hormat ● Kasih sayang ● Keberanian ● Bertanggungjawab ● Kesederhanaan ● Berlatih aktiviti pantomim berdasarkan tema ● Murid membuat persembahan pantomim ● Penonton menyenaraikan nilai dan pengajaran yang diperoleh melalui persembahan tersebut Murid menyedari kepentingan melindungi dan menghormati hak asasi manusia dalam kehidupan harian Perancangan aktiviti pantomim berdasarkan tema BUKU PANDUAN ALPdP PENDIDIKAN MORAL 18
TINGKATAN 1 TINGKATAN 2 TAJUK AKTIVITI: HIDUP BERADAB, SAHSIAH TERPUJI Aktiviti menghasilkan infografik tentang adab di tempat awam. Melalui aktiviti ini murid dapat meningkatkan kesedaran dan adab ketika berada di tempat awam. SINOPSIS CADANGAN NILAI PERANCANGAN PELAKSANAAN REFLEKSI 1 JAM 2 JAM 30 MINIT CADANGAN MASA DAN AKTIVITI ● Hemah tinggi ● Kesederhanaan ● Harga diri ● Rasional ● Kebebasan ● Penghasilan infografik ● Pembentangan infografik ● Mempamerkan infografik di papan kenyataan Meningkatkan kesedaran beradab di tempat awam ● Perbincangan penghasilan infografik ● Membina kerangka infografik BUKU PANDUAN ALPdP PENDIDIKAN MORAL 19
TINGKATAN 2 TAJUK AKTIVITI: SAYANGI DIRI Aktiviti “Kotak Emosi” dijalankan bagi memberi ruang dan peluang kepada murid untuk menyuarakan emosi secara bertulis. Melalui aktiviti ini murid dapat mengetahui masalah dan kaedah penyelesaian untuk masalah tersebut. SINOPSIS CADANGAN NILAI PERANCANGAN PELAKSANAAN REFLEKSI 1 JAM 2 JAM 30 MINIT CADANGAN MASA DAN AKTIVITI ● Rasional ● Harga diri ● Keberanian ● Berdikari ● Kejujuran ● Murid berada dalam bulatan ● “Kotak Emosi” berada di tengah bulatan ● Murid menuliskan isu yang dihadapi di atas kad emosi dan memasukkan kad tersebut ke dalam “Kotak Emosi” ● Sesi diskusi untuk mencari kaedah penyelesaian ● Perkongsian emosi adalah salah satu cara mendapatkan bantuan penyelesaian masalah ● Prihatin terhadap emosi orang lain Murid menyediakan “Kotak Emosi” dan kepingan kad emosi BUKU PANDUAN ALPdP PENDIDIKAN MORAL 20
BUKU PANDUAN ALPdP PENDIDIKAN MORAL 21TINGKATAN 1 TINGKATAN 2 TAJUK AKTIVITI: SAYA DAN DUNIA SIBER Aktiviti ini dilaksanakan untuk meningkatkan kesedaran mematuhi etika dan undang-undang siber. Melalui aktiviti ini murid dapat mengetahui penyebaran maklumat secara beretika. SINOPSIS CADANGAN NILAI PERANCANGAN PELAKSANAAN REFLEKSI 1 JAM 2 JAM 30 MINIT CADANGAN MASA DAN AKTIVITI ● Bertanggungjawab ● Harga diri ● Patriotisme ● Hemah tinggi ● Kesederhanaan ● Berkongsi maklumat berkaitan isu penyalahgunaan siber yang diperoleh bagi tujuan penyebaran maklumat ● Menghasilkan bahan interaktif Memberi kesedaran akan kepentingan kesahihan maklumat sebelum disebarkan kepada umum Murid mendapatkan maklumat berkaitan isu penyalahgunaan siber menggunakan pelbagai sumber seperti berikut: ● Secara dalam talian ● Sumber bercetak ● Temu bual
TINGKATAN 2 TINGKATAN 1 TAJUK AKTIVITI: LAYANG-LAYANG KEHIDUPAN Aktiviti menghasilkan layang-layang dijalankan sebagai simbolik kepada ikatan ukhuwah. Penghasilan layanglayang memerlukan kerjasama dan toleransi. SINOPSIS CADANGAN NILAI PERANCANGAN PELAKSANAAN REFLEKSI 1 JAM 2 JAM 30 MINIT CADANGAN MASA DAN AKTIVITI ● Bertanggungjawab ● Kasih sayang ● Hormat ● Kerjasama ● Toleransi ● Murid menghasilkan layang-layang ● Murid bermain layang-layang Murid menyediakan peralatan menghasilkan layang-layang BUKU PANDUAN ALPdP PENDIDIKAN MORAL 22 Murid menyedari ikatan ukhuwah terjalin melalui kerjasama dan toleransi ketika pelaksanaan aktiviti
TINGKATAN 1 LANGKAH-LANGKAH PENYEDIAAN LAYANG-LAYANG 1 2 3 4 5 6 7 Penyediaan bahan-bahan: 1. Sehelai kertas sebak 2. 4 batang lidi 3. Pita pelekat 4. Tali Kertas sebak digunting segi empat sama. Murid boleh melukis atau mewarnakan kertas sebak di bahagian hadapan. Bina tulang secara menegak dengan meletakkan dua batang lidi di bahagian tengah kertas sebak. Pita pelekat dilekatkan dengan kemas di bahagian tengah, atas dan bawah. Lekatkan 2 batang lidi secara melintang dengan pita pelekat di bahagian hujung kiri dan kanan. Lipat keempat-empat bucu kertas sebak untuk menutup hujung lidi yang menjadi tulang layang-layang. Lebihan kertas dijadikan ekor layang-layang. Ikat tali di bahagian tengah tulang layang-layang. BUKU PANDUAN ALPdP PENDIDIKAN MORAL 23
TINGKATAN 2 TAJUK AKTIVITI: KAMI PEDULI Murid menyediakan kotak “Kami Peduli” untuk mengumpulkan peralatan sekolah, makanan dan pakaian. Melalui aktiviti ini dapat memupuk sikap prihatin dalam kalangan murid. SINOPSIS CADANGAN NILAI PERANCANGAN PELAKSANAAN REFLEKSI 1 JAM 2 JAM 30 MINIT CADANGAN MASA DAN AKTIVITI ● Kasih sayang ● Kerjasama ● Baik hati ● Hormat ● Toleransi ● Penyebaran maklumat tentang kotak “Kami Peduli” ● Pengumpulan barangan dan perekodan ● Mengedarkan barangan mengikut keperluan murid Murid cakna dan berusaha untuk membantu rakan ● Menyediakan kotak “Kami Peduli” ● Merancang penyebaran maklumat tentang kotak “Kami Peduli” BUKU PANDUAN ALPdP PENDIDIKAN MORAL 24
BUKU PANDUAN ALPdP PENDIDIKAN MORAL 1 Pakaian Tradisional, Identiti Bangsa Kad Ucapan Gergasi Program 10 Sen Sehari Jenayah Juvana membawa Padah Serlahkan Potensi Anda CADANGAN ALPdP : TINGKATAN 3 Etika Majlis Sekolah Duta Moral Keamanan Dunia, Tanggungjawab Bersama Bandar Idaman Rantaian Maklumat
TINGKATAN 3 TAJUK AKTIVITI: PAKAIAN TRADISIONAL, IDENTITI BANGSA Peragaan pakaian tradisional dijalankan untuk mengekalkan budaya yang diwarisi oleh generasi akan datang. Melalui aktiviti ini murid dapat mengenali dan menghargai budaya amalan tradisi masyarakat Malaysia. SINOPSIS CADANGAN NILAI PERANCANGAN PELAKSANAAN REFLEKSI 1 JAM 2 JAM 30 MINIT CADANGAN MASA DAN AKTIVITI ● Toleransi ● Hemah Tinggi ● Rasional ● Patriotisme ● Berterima kasih ● Murid memperagakan pakaian tradisional ● Murid akan menjelaskan jenis pakaian tradisional ● Murid memuat naik gambar berserta penerangan tentang pakaian tradisional dalam media sosial secara beretika Murid menyedari kepelbagaian kaum dan budaya di Malaysia ● Perbincangan perjalanan aktiviti ● Penyediaan garis panduan peragaan pakaian tradisional BUKU PANDUAN ALPdP PENDIDIKAN MORAL 26
TINGKATAN 3 TAJUK AKTIVITI: KAD UCAPAN GERGASI Aktiviti Kad Ucapan Gergasi ini diadakan sempena sambutan perayaan atau hari istimewa. Melalui aktiviti ini dapat mewujudkan sikap bekerjasama dan semangat perpaduan. SINOPSIS CADANGAN NILAI PERANCANGAN PELAKSANAAN REFLEKSI 1 JAM 2 JAM 30 MINIT CADANGAN MASA DAN AKTIVITI ● Toleransi ● Hemah Tinggi ● Rasional ● Patriotisme ● Berterima kasih ● Menghasilkan kad gergasi ● Murid menulis ucapan dalam kad gergasi Murid menghargai semangat kerjasama dan toleransi untuk memupuk perpaduan ● Penetapan tema kad gergasi ● Penyediaan bahan kad gergasi ● Mereka bentuk kad gergasi BUKU PANDUAN ALPdP PENDIDIKAN MORAL 27
TINGKATAN 3 TAJUK AKTIVITI: PROGRAM 10 SEN SEHARI Aktiviti 10 sen sehari dijalankan untuk memupuk amalan menderma dalam kalangan murid. Melalui aktiviti ini murid dapat menyedari bahawa wang yang didermakan itu bermakna meskipun nilainya hanya 10 sen. SINOPSIS CADANGAN NILAI PERANCANGAN PELAKSANAAN REFLEKSI 1 JAM 2 JAM 30 MINIT CADANGAN MASA DAN AKTIVITI ● Kerjasama ● Kerajinan ● Bertanggugjawab ● Toleransi ● Baik hati ● Kutipan derma ● Pengiraan derma ● Penyerahan kepada individu yang memerlukan bantuan Meningkatkan kesedaran menderma bagi membantu orang lain ● Perbincangan kutipan derma ● Penyediaan tabung BUKU PANDUAN ALPdP PENDIDIKAN MORAL 28
TINGKATAN 3 TAJUK AKTIVITI: JENAYAH JUVANA MEMBAWA PADAH Jenayah juvana yang semakin berleluasa menggugat keharmonian negara. Melalui aktiviti ini, kesedaran kepada murid dapat diterapkan agar murid tidak terlibat dengan jenayah juvana. SINOPSIS CADANGAN NILAI PERANCANGAN PELAKSANAAN REFLEKSI 1 JAM 2 JAM 30 MINIT CADANGAN MASA DAN AKTIVITI ● Kepercayaan kepada Tuhan ● Harga diri ● Rasional ● Kebebasan ● Kesederhanaan ● Ceramah oleh pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) ● Sesi soal jawab atau kuiz Meningkatkan kesedaran tentang jenayah juvana ● Perbincangan pelaksanaan ceramah ● Makluman pelaksanaan ceramah BUKU PANDUAN ALPdP PENDIDIKAN MORAL 29
TINGKATAN 3 TAJUK AKTIVITI: SERLAHKAN POTENSI ANDA Aktiviti Serlahkan Potensi Anda diadakan untuk menyerlahkan bakat terpendam murid. Melalui aktiviti ini murid dapat menunjukkan keistimewaan mereka dalam pelbagai bidang. SINOPSIS CADANGAN NILAI PERANCANGAN PELAKSANAAN REFLEKSI 1 JAM 2 JAM 30 MINIT CADANGAN MASA DAN AKTIVITI ● Bertanggugjawab ● Berdikari ● Kerajinan ● Hemah tinggi ● Harga diri ● Murid mempersembahkan bakat terpendam ● Perkongsian tentang persembahan Murid menyedari bahawa setiap individu mempunyai bakat tersendiri ● Perbincangan perjalanan aktiviti Serlahkan Potensi Anda seperti silap mata, bermain alat muzik, melukis dan menyanyi. ● Penyediaan kriteria dan hebahan aktiviti Serlahkan Potensi Anda BUKU PANDUAN ALPdP PENDIDIKAN MORAL 30
TINGKATAN 3 TAJUK AKTIVITI: ETIKA MAJLIS SEKOLAH Etika Majlis Sekolah adalah aktiviti untuk mendidik murid menjaga adab dalam semua majlis rasmi dan tidak rasmi. Melalui aktiviti ini murid dapat mengetahui dan mempraktikkan adab apabila menghadiri majlis rasmi dan tidak rasmi. SINOPSIS CADANGAN NILAI PERANCANGAN PELAKSANAAN REFLEKSI 1 JAM 2 JAM 30 MINIT CADANGAN MASA DAN AKTIVITI ● Kerajinan ● Hormat ● Kesederhanaan ● Hemah tinggi ● Harga diri ● Membuat pemerhatian semasa majlis rasmi dan tidak rasmi ● Membentangkan dapatan pemerhatian ● Mendemonstrasikan adab semasa majlis rasmi dan tidak rasmi Murid memahami etika dan mempraktikkan adab semasa majlis rasmi dan tidak rasmi Penyediaan senarai semak majlis rasmi dan tidak rasmi BUKU PANDUAN ALPdP PENDIDIKAN MORAL 31
TINGKATAN 3 TAJUK AKTIVITI: DUTA MORAL Aktiviti Duta Moral dijalankan untuk melahirkan murid yang peka dengan tanggungjawab sosial. Melalui aktiviti ini murid dapat melaksanakan tanggungjawab sosial dalam kehidupan. SINOPSIS CADANGAN NILAI PERANCANGAN PELAKSANAAN REFLEKSI 1 JAM 30 MINIT 2 JAM CADANGAN MASA DAN AKTIVITI ● Kerjasama ● Kerajinan ● Bertanggungjawab ● Toleransi ● Baik hati ● Kejujuran ● Melaksanakan khidmat sosial dan membuat catatan ● Analisis catatan khidmat sosial ● Berkongsi pengalaman melaksanakan khidmat sosial Meningkatkan kesedaran dan kepuasan murid setelah melaksanakan khidmat sosial ● Menyediakan templat Catatan Khidmat Sosial ● Menyediakan garis panduan Catatan Khidmat Sosial BUKU PANDUAN ALPdP PENDIDIKAN MORAL 32
TINGKATAN 3 TAJUK AKTIVITI: KEAMANAN DUNIA, TANGGUNGJAWAB BERSAMA Aktiviti ini dijalankan untuk mendedahkan murid tentang undang-undang kemanusiaan antarabangsa. Melalui aktiviti ini murid mendapat pengetahuan tentang undang-undang kemanusiaan antarabangsa. SINOPSIS CADANGAN NILAI PERANCANGAN PELAKSANAAN REFLEKSI 1 JAM 30 MINIT 2 JAM CADANGAN MASA DAN AKTIVITI ● Kebebasan ● Bertanggungjawab ● Rasional ● Hormat ● Keberanian ● Menghasilkan poster dan abstrak ● Mempamerkan poster dan abstrak ● Sesi pembentangan poster dan abstrak Murid menyedari kepentingan mematuhi undang-undang kemanusiaan antarabangsa ● Perbincangan dan pemilihan isu ● Perincian kandungan poster BUKU PANDUAN ALPdP PENDIDIKAN MORAL 33
TINGKATAN 3 TAJUK AKTIVITI: BANDAR IDAMAN Murid menghasilkan model bandar idaman berkonsepkan teknologi hijau. Melalui aktiviti ini murid akan menggunakan bahan kitar semula. SINOPSIS CADANGAN NILAI PERANCANGAN PELAKSANAAN REFLEKSI 1 JAM 2 JAM 30 MINIT CADANGAN MASA DAN AKTIVITI ● Berdikari ● Patriotisme ● Kepercayaan kepada Tuhan ● Rasional ● Kerjasama ● Menghasilkan model bandar idaman berasaskan GBI ● Membentangkan dan memberikan keterangan pembinaan bandar idaman Murid cakna tentang kelestarian alam sekitar ● Murid mengkaji tentang kelebihan Green Building Index (GBI) ● Melakar pelan model Bandar Idaman berasaskan GBI ● Mencari bahan kitar semula untuk menghasilkan model bandar idaman BUKU PANDUAN ALPdP PENDIDIKAN MORAL 34
TINGKATAN 3 TAJUK AKTIVITI: RANTAIAN MAKLUMAT Aktiviti rantaian maklumat merupakan penyampaian maklumat secara betul dan tepat. Melalui aktiviti ini murid menyedari kepentingan memastikan kesahihan sesuatu maklumat. SINOPSIS CADANGAN NILAI PERANCANGAN PELAKSANAAN REFLEKSI 1 JAM 30 MINIT 2 JAM CADANGAN MASA DAN AKTIVITI ● Kebebasan ● Patriotisme ● Rasional ● Bertanggungjawab ● Keberanian ● Murid pertama menyampaikan maklumat secara bisikan kepada murid kedua ● Langkah tersebut diulang sehingga murid terakhir ● Murid terakhir akan menyebut semula maklumat yang telah diterima dan disahkan oleh murid pertama Murid menyedari kepentingan memastikan kesahihan maklumat yang ingin disampaikan atau yang diterima ● Perbincangan cara aktiviti rantaian maklumat dijalankan ● Murid menyediakan kad maklumat BUKU PANDUAN ALPdP PENDIDIKAN MORAL 35
SOALAN LAZIM SOALAN LAZIM PELAKSANAAN ALPdP Adakah Aktiviti di Luar Waktu Pengajaran dan Pembelajaran (ALPdP) perlu direkodkan dalam Buku Rekod Mengajar? Adakah ALPdP boleh digabungkan dengan program sekolah yang selari dengan DSKP tingkatan 1, tingkatan 2 dan tingkatan 3? Adakah ALPdP boleh diambil kira dalam pentaksiran PBD? Adakah guru perlu berada bersama murid semasa ALPdP? Adakah laporan perlu disediakan selepas ALPdP? Ya. ALPdP perlu direkodkan dalam Buku Rekod Mengajar. Ya. Guru boleh mengintegrasikan ALPdP dengan program sekolah sekiranya selari dengan DSKP tingkatan 1, tingkatan 2 dan tingkatan 3. Ya. PBD berlangsung sepanjang ALPdP. Ya. Guru perlu berada bersama murid untuk memantau dan membimbing pelaksanaan ALPdP. Tidak semestinya. Guru boleh membuat refleksi dalam pelbagai kaedah seperti temu bual, bercerita, gambaran grafik/lukisan, penulisan atau menggunakan borang senarai semak. BUKU PANDUAN ALPdP PENDIDIKAN MORAL 36
BUKU PANDUAN ALPdP PENDIDIKAN MORAL 37GLOSARI GLOSARI Abstrak ringkasan Analisis penelitian kegiatan, peraturan, kaedah, teknik, atau cara kerja sesuatu sistem untuk menentukan masalah dan keperluan sistem tersebut serta menentukan cara penyelesaian Cakna ambil peduli, ambil berat Demonstrasi penerangan tentang cara kerja Interaktif saling bertindak atau berhubung antara satu sama lain Ketagihan rasa ingin benar akan sesuatu Koreografi gerak-geri tarian Mudarat sesuatu yang merugikan atau membahayakan Pantomim drama yang dipersembahkan dengan menggunakan gerak-geri sahaja dan biasanya diiringi muzik Refleksi bayangan atau gambaran Relaksasi istirahat Sketsa lakonan pendek Subtajuk tajuk bagi sesuatu pecahan bab atau bibliografi, tajuk kecil Ukhuwah persaudaraan
PANEL PENULIS FAZLINAH BINTI SAID BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM ROFIAH BINTI ABDUL TALIB BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM VIJAYA MALANI A/P VERASAMY BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM EDWIN ANAK APOK JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SARAWAK . DR. JOSHUA CASELEY ANAK AKUN JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SARAWAK LINA ANAK TEMENGGONG PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH SAMARAHAN BONG LIE CHIEN PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH PADAWAN MIMILIA BINTI GABRIEL PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH PADAWAN MELINDA ANAK LIPEH GAN WE LEE MIRA EDORA ANAK JANNIES REBECCA ANAK MIHIN DORITHA ANAK TANI FORTANIAS ANAK BUSON SITI KHADIJAH BINTI HAIMI ANGELINA SABRINA CHIA FONG JUN NURSAIFULLAH ALI MUHAZIRN BIN ABD MANAN LAMAH ANAK SUJANG SHARIFAH BINTI ABDUL WAHAB FAUZIAH BINTI MAIL SITI MARIAM BINTI SAIDUN NOR JILAWATI BINTI HAJI MOHD AMIN SMK PENRISSEN SMK BATU KAWA SMK DATUK PATINGGI HAJI ABDUL GAPOR SMK PADAWAN SMK BANDAR KUCHING NO.1 SMK KOTA SAMARAHAN SMK MATANG JAYA SMK SUNGAI TAPANG SM SAINS KUCHING UTARA SMK JALAN ARANG SMK MUARA TUANG SMK BUKIT BANDARAYA SMK BUKIT CERMIN SMK SETIA ALAM BUKU PANDUAN ALPdP PENDIDIKAN MORAL 38