The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MANUAL PENGGUNAAN "DUNIA EMOSI DAN STRES"

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by huimin.hmw, 2020-10-27 04:41:42

MANUAL PENGGUNAAN

MANUAL PENGGUNAAN "DUNIA EMOSI DAN STRES"

MANUAL
PENGGUNAAN

OLEH: WONG HUI MIN

UNIT BNK SJKC PISMP SEM 5



PENGENALAN

Menurut Rogers (1983), inovasi bermaksud idea, amalan
atau bahan yang boleh membawa pembaharuan kepada
seseorang individu atau suatu sistem sosial. Oleh itu,
selaras dengan hasrat Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (2013 – 2025) untuk mencetus inovasi dan
pencapaian prestasi yang lebih tinggi dalam kalangan
bakal guru, sebuah projek inovasi berbentuk digital bagi
Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling telah
dihasilkan.

TAJUK PROJEK

“DUNIA EMOSI DAN STRES”

JENIS/ FORMAT PROJEK

GOOGLE SITES
https://sites.google.com/new

FUNGSI HASIL PROJEK

• Membantu kanak-kanak dalam mengenali konsep asas
Emosi dan Stres. Contohnya, bentuk-bentuk emosi,
jenis-jenis stres, faktor pencetus stres dan sebagainya.

• Mewujudkan fun-learning dalam proses pengajaran dan
pembelajaran dan pembelajaran berpusatkan kepada
pelajar dengan menggunakan teknologi terkini.

OBJEKTIF KURIKULUM

1. Murid dapat mengenal, memahami dan
menyatakan konsep asas emosi dan stres.

2. Murid dapat mengenal tahap stres diri
sendiri.

KEPERLUAN SISTEM/ PERALATAN/
KEMUDAHAN SOKONGAN

Sistem/ Peralatan/ Fungsi
Kemudahan Sokongan
- Mencari maklumat
Komputer - Membina projek inovasi digital

Google Sites - Menghasilkan projek inovasi digital

Flippity - Menghasilkan permainan digital yang menarik
Kemudahan Internet untuk diletak dalam projek inovasi digital
Gadget Elektronik (tablet atau telefon bimbit)
- Mengakses kepada laman website seperti
Google Sites, Flippity, Youtube, Powtoon dan
sebagainya

- Mengakses projek inovasi digital dengan mudah

CIRI-CIRI KESELAMATAN YANG PERLU DIPATUHI

1. Tidak klik pada pautan atau link lain untuk mengelakkan komputer
daripada serangan virus dari pautan laman lain.

2. Memastikan komputer mempunyai perisian Anti-virus untuk
melindungi sistem komputer.

3. Tidak mendedahkan maklumat peribadi semasa melayari internet.

4. Gunakan random password hasil daripada kombinasi nombor, huruf
kecil dan besar serta simbol.

5. Menggunakan Internet Firewall untuk membantu menghalang
penggodam, virus dan worms daripada mengakses komputer

6. Elakkan daripada terlalu banyak menggunakan soket sambungan
untuk mengelakkan berlaku litar pintas dan mengakibatkan
komputer rosak.

PANDUAN
PENGGUNAAN
HASIL PROJEK

LANGKAH ILUSTRASI MANUAL PENGGUNAAN

1. Perisian yang digunakan untuk projek
inovasi digital adalah Google Sites.

CARA 2. Murid-murid atau ibu bapa boleh
menggunakan QR code atau link untuk
MENGAKSES menggunakan projek ini.
“DUNIA
https://sites.google.com/vi
EMOSI DAN ew/wonghuimin/home
STRES”

LANGKAH ILUSTRASI MANUAL PENGGUNAAN

PENERANGAN 1. Halaman pertama mempunyai
LAMAN UTAMA/ penerangan ringkas tentang topik
pembelajaran “Dunia Emosi Dan Stres”.
PERTAMA
2. Murid boleh tekan butang “Apa itu
EMOSI?” untuk memulakan
pembelajaran.

LANGKAH ILUSTRASI MANUAL PENGGUNAAN

PENERANGAN 1. Halaman ini mempunyai penerangan
HALAMAN ringkas tentang konsep asas emosi.

“KENALI EMOSI” 2. Murid boleh tekan butang “play” untuk
mengenali jenis-jenis emosi manusia
dengan menonton video.

LANGKAH ILUSTRASI MANUAL PENGGUNAAN

PENERANGAN 3. Seterusnya, murid boleh membaca semula
HALAMAN perkataan emosi yang telah disediakan
melalui aplikasi Flippity.
“KENALI EMOSI”
4. Murid juga boleh mengenali klasifikasi
emosi dengan menekan hujung anak
panah untuk melihat jenis emosi positif
dan negatif.

LANGKAH ILUSTRASI MANUAL PENGGUNAAN

PENERANGAN 1. Halaman ini mempunyai penerangan
HALAMAN ringkas tentang konsep asas stres.

“KENALI STRES” 2. Murid boleh mengenali faktor-faktor stres
manusia dengan melihat Powerpoint yang
disediakan.

3. Seterusnya, murid boleh tekan butang
“play” untuk mengenali tanda-tanda stres
dengan menonton video Powtoon yang
disediakan.

LANGKAH ILUSTRASI MANUAL PENGGUNAAN

PENERANGAN 1. Halaman ini mempunyai tiga jenis
HALAMAN permainan atas talian.

“PERMAINAN” 2. Murid boleh mengulang kaji semula
pembelajaran dengan tekan butang
“Kenali Emosi” dan “Kenali Stres” sebelum
mula permainan.

3. Permainan pertama adalah Jigsaw Puzzle
Online Game. Murid hendaklah
menyelesaikannya dengan menarik
serpihan puzzle sehingga menjadi satu
gambar yang lengkap. Murid hendaklah
menyatakan jenis emosi yang dinampak
berdasarkan jigsaw puzzle.

LANGKAH ILUSTRASI MANUAL PENGGUNAAN

PENERANGAN 4. Permainan kedua adalah Flippity
HALAMAN Certificate Quiz. Murid hendaklah
memasukkan nama sendiri sebelum mula
“PERMAINAN” menjawab. Murid boleh menekan butang
“Seterus” apabila selesai menjawab.
Keputusan akan dikira secara atas talian.

5. Permainan ketiga adalah Flippity Matching
Game. Murid perlu menekan 2 keping kad,
sekiranya kad gambar dan kad perkataan
adalah sema, murid dikira betul.
Contohnya, kad gambar “GEMBIRA”
bersempadan dengan kad perkataan
“GEMBIRA”.

LANGKAH ILUSTRASI MANUAL PENGGUNAAN

PENERANGAN 1. Halaman ini adalah untuk membolehkan
HALAMAN murid-murid yang mempunyai pertanyaan
“HUBUNGI” menghubungi cikgu.

2. Terdapat perisian “WhatsApp” dan alamat
E-mail cikgu.

3. Murid-murid atau ibu bapa boleh scan QR
code untuk menghubungi cikgu melalui
“WhatsApp”.

4. Murid-murid atau ibu bapa juga boleh
membuat pertanyaan melalui
penghantaran E-mail.

CADANGAN AKT IVIT I PEMBELAJARAN

1. Kaunseling Individu.
2. Aktiviti belajar sambal bermain.
3. Aktiviti pengurusan emosi.

PLATFORM PROMOSI HASIL PRODUK

FACEBOOK INSTAGRAM

KESIMPULAN

Kesimpulannya, penggunaan alat inovasi digital ini
secara meluas dalam pembelajaran dan
pemudahcaraan (PdPC) dapat membentuk murid
yang lebih berdaya saing, produktif dan celik IT serta
memupuk kreativiti dan inovasi dalam kalangan murid.
Justeru, projek inovasi yang berbentuk permainan
digital ini dihasilkan untuk membantu murid
memahami konsep emosi dan stres secara lebih
mendalam.

SEKIAN
TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version