INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS RAJA MELEWAR
JABATAN ILMU PENDIDIKAN
TAHUN AKADEMIK :2022/2023
TUGASAN 2 PENGHASILAN PRODUK
(INDIVIDU)
PAKK2253D
MATEMATIK AWAL DALAM
PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
PROGRAM : PDPM (PAKK)
AMBILAN: JUN 2021
SEMESTER: TIGA
NAMA PENSYARAH: PUAN NOAZIMA BINTI WAHAB
NAMA PELAJAR: ROSNIRA BINTI YUSOF
ANGKA GILIRAN: 2021152380013
860208-29-6008
NO KAD PENGENALAN: 20 APRIL 2022
TARIKH HANTAR:
Pengesahan pelajar:
Saya mengesahkan bahawa maklumbalas telah diberikan oleh pensyarah.
Catatan (jika ada)
Tandatangan Pelajar: Tarikh:20 APRIL 2022
MATEMATIK AWAL DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
1.0 Pendahuluan
Penguasaan matematik awal untuk pendidikan awal kanak-kanak amat penting kerana ianya
merupakan asas untuk membantu murid memahami konsep matematik yang lebih tinggi.
Pembelajaran matematik awal yang diperoleh melalui pengalaman langsung dan bermakna
dalam suasana menggembirakan akan dapat memupuk minat murid untuk mempelajari
matematik. Konsep Pranombor, Nombor Awal, Operasi Nombor, Pengukuran, Masa dan
Ruang perlulah diajar bersesuaian dengan peringkat perkembangan murid dan merupakan
komponen penting dalam pengajaran Matematik Awal di peringkat pendidikan awal kanak-
kanak. Terdapat pelbagai kaedah, strategi dan pendapat dalam pengajaran dan pembelajaran
Matematik Awal di peringkat pendidikan awal kanak-kanak. Asas perkembangan matematik
bermula daripada pengalaman berkaitan benda-benda konkrit atau objek yang mengandungi
kuantiti dan kualiti seperti wama, saiz dan bentuk sebelum peringkat bergambar (pictorial) dan
simbolik.
2.0 Definisi Matematik Awal
Matematik ialah satu bidang (disiplin) tentang kuantiti, anggaran, persamaan, perbezaan,
perbandingan, susunan, padanan, sukatan, bentuk, corak, ruang, masa, kedudukan, dan
perkiraan, daripada mudah sehingga yang kompleks yang menggunakan formula yang
panjang. Ramai pelajar yang rasa, sangat takut kepada matapelajaran matematik kerana
dianggap sukar dan komplek untuk difahami tetapi berbeza. Bagi kanak-kanak kecil, konsep
awal matematik adalah permahaman tentang bentuk, kuantiti, ruang, demensi atau
kedudukan, corak, masa, awal nombor, pewakilan nombor dan operasi nombor. Awal
matematik sangat penting untuk membina asas pemikiran matematik dan logik.
3.0 Objektif Matematik awal kanak-kanak
Menurut Kurikulum Prasekolah Kebangsaan (2003), objektifnya seperti berikut;
1. Mengambil bahagian dalam aktiviti matematik bermula daripada aktiviti menggunakan
bahan konkrit kepada abstrak.
2. Memberi peluang memegang, meneroka bahan, mengubahsuai bahan yang berkaitan
dengan idea matematik.
3. Menyedari konsep ruang, masa dan menggunakan simbol.
4. Memberi peluang mengembangkan kemahiran mengelas, membanding, turutan,
menyukat, graf, membilang dan operasi nombor
4.0 Bahan Bantu Mengajar
v
‘BIG BOOK’ AKTIVITI HARIAN DAN MATA WANG
5.0 AKTIVITI PEMBELAJARAN
TARIKH 1 – 2 Jam
MASA Matematik Awal
TUNJANG Nilai Wang
FOKUS Mengecam dan menggunakan wang yang berlainan nilai
STANDARD
KANDUNGAN Mengecam mata wang Malaysia dalam bentuk syiling dan wang
STANDARD kertas
PEMBELAJARAN Mendengar dan memberi respons dengan bertatasusila
KESEPADUAN terhadap
i. Arahan
OBJEKTIF ii. Soalan
PEMBELAJARAN Murid dapat mengecam mata wang Malaysia dalam bentuk
syiling dan kertas
KONSTRUK Penggunaan Wang berlainan nilai
TAHAP Standard prestasi
PENGUASAAN Boleh mengecam dan menyebut nilai wang sahaja.
1
2 Boleh menyusun wang mengikut nilainya yang berlainan.
3 Tahu nilai wang dan menggunakannya dalam pelbagai aktiviti.
5.1 Panduan pelaksanaan aktiviti
Aktiviti 1
Murid memerhatikan gambar duit syiling dan wang kertas dalam nota yang diberikan dan
menjawab soalan-soalan yang di berikan.
a. Ini apa?
b. Apa warna wang yang pernah kamu lihat?
c. Apa nilai bagi setiap wang ini?
d. Apakah kegunaan wang?
e. Bagaimana kita mendapatkannya?
f. Apa nama matawang yang kita gunakan?
Aktiviti 2
Guru meminta murid mengasingkan gambar duit syiling dan wang kertas (boleh juga
menggunakan duit sebenar) mengikut ciri yang sama.
a. Duit kertas
b. Duit syiling
Aktiviti 3
1. Guru mengedarkan lembaran kerja I dan 2
2. Murid dikehendaki memadankan duit yang sama nilai.
Jangan lupa menggunakan gambar duit syiling dan wang kertas dalam lampiran I dan 2 yang
disediakan untuk aktiviti 2
6.0 Penutup
Pembelajaran awal matematik pada peringkat awal kanak-kanak diperoleh daripada
persekitaran secara tidak formal. Kanak-kanak biasanya akan diajar dengan menggunakan
benda konkrit supaya mereka memperoleh pengalaman yang boleh digunakan pada masa
akan datang. Kaedah pembelajaran awal matematik yang menggembirakan, akan menjadikan
pembelajarannya lebih bermakna.
Konsep asas matematik kanak-kanak ialah awal geometri, parts and wholes, perbandingan,
logik dan pengelasan, padanan satu dengan satu, membilang dan nombor, susunan/seriasi,
pola, pengukuran berat dan panjang dan sukatan isipadu.
Pendidik/pengasuh perlu menyediakan aktiviti, alat bahan dan persekitaran yang boleh
merangsang kemahiran awal matematik. Pendidik/pengasuh juga harus peka dan sentiasa
berinteraksi dengan kanak-kanak untuk membantu mereka memahami konsep matematik
semasa bermain.