1.0 Ucapan aluan
1.1 Ucapan Pengerusi
1.1.1 Guru panitia mengucapkan salam sejahtera dan mengalu-alukan kehadiran
semua guru yang mengajar Matematik ke mesyuarat Panitia kali pertama bagi sesi 2021.
Tindakan : Makluman
1.1.2 Beliau juga turut mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua ahli panitia atas
kerjasama yang diberikan pada tahun lepas kerana telah berjaya melaksanakan PDPR
dan PDPC walaupun negara dilanda pandemik Covid-19.
Tindakan : Makluman
1.2 Ucapan Guru Penolong Kanan Kurikulum
1.2.1 Guru Penolong Kanan mengucapkan salam sejahtera dan mengalukan kedatangan semua
ahli Panitia Matematik.
Tindakan : Makluman
1.2.2 Beliau meminta guru-guru matematik bekerjasama dan merancang aktiviti-
aktiviti yang dapat meningkatkan pencapaian matapelajaran matematik dalam kalangan
murid.
Tindakan : Makluman
1.3 Ucapan Guru Besar
1.3.1 Guru Besar mengucapkan salam sejahtera dan terima kasih kepada semua
guru matematik yang hadir.
1.3.2 Beliau juga turut mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua ahli panitia atas
kerjasama yang diberikan pada tahun lepas kerana telah berjaya melaksanakan PDPR
dan PDPC walaupun negara dilanda pandemik Covid-19.
Tindakan : Makluman
1.3.3 Beliau minta kerjasama serta sokongan daripada guru-guru Matematik
untuk merancang dan menjalankan aktiviti Matematik serta meningkatkan
prestasi murid khususnya dalam matapelajaran Matematik di sekolah ini.
Tindakan : Makluman
1.3.4 Beliau turut meminta guru-guru agar memberi pemerhatian yang sepenuhnya semasa
menulis objektif pembelajaran dan hasil pembelajaran bagi memudahkan pdpc yang
efektif.
Tindakan : Semua Guru Matematik
1.3.5 Beliau juga meminta guru-guru agar merancang pdpc dengan teliti yang mempunyai
latihan pengayaan dan pemulihan.
Tindakan : Semua Guru Matematik
1.3.6 Beliau menjelaskan bahawa pemantauan dan pencerapan adalah untuk meningkatkan
mutu profesionalisme keguruan. Guru-guru hendaklah membawa BBM setiap kali masuk
ke kelas agar PDPC berjalan dengan lancar dan ianya membantu menarik minat murid-
murid.Ia juga menunjukkan guru itu bersunggh-sungguh untuk membantu murid-murid
menguasai sesuatu kemahiran yang akan diajarnya.
Tindakan : Semua Guru Matematik
1.3.7 Beliau juga memberitahu bagi guru-guru yang tidak dapat menghabiskan tajuk-tajuk yang
diajar pada tahun lepas, sisipan perlu dibuat iaitu guru diminta menghabiskan tajuk
tersebut pada tahun ini mengikut kesesuaian waktu mengajar masing-masing.
Tindakan : Makluman
2.0 Pembentangan dan pengesahan minit mesyuarat yang lalu
2.1 Ketua panitia membaca dan mengesahkan minit mesyuarat yang lalu.
2.2 Minit mesyuarat yang lalu disahkan oleh Pn.Sridevi dan disokong oleh Pn.Sagila Nair
Tindakan: Makluman
3.0 Perkara berbangkit
3.1 Tiada perkara berbangkit
4.0 Perkara-perkara yang dibincangkan
4.1 Pemilihan Ahli Jawatankuasa 2021
4.1.1 Naib Pengerusi : En.M.P.Bharathi dasan (Guru Besar)
Naib Pengerusi (1) : En.I.Manimaran (GPK Kurikulum)
Naib Pengerusi (2) : Pn.M.Thilagawathy (GPK Hem)
Naib Pengerusi (3) : Pn.G.Sarguna devi (GPK Kokurikulum)
Setiausaha : En.B.Jayaganes (Ketua Panitia Matematik)
Ahli Jawatankuasa : En.B.Krishnan Nair
Pn.L.Sridevi
Pn.R.Shalini
Pn.Sagila Nair
Pn.T.Mariammah (Guru Pemulihan)
Pn.S.Menaga (Guru Linus)
Tindakan : Makluman
4.2 Perbelanjaan Panitia Matematik
4.2.1 Pengerusi memaklumkan jumlah peruntukan yang akan diterima masih belum diketahui.
Tindakan : Makluman
4.2.2 Guru-guru Matematik boleh senaraikan dahulu barang-barang BBB yang ingin dibeli
dan maklumkan kepada KP untuk buat nota minta.
Tindakan : Makluman
4.2.1 Ketua Panitia memberitahu peruntukan PCG ini akan dibelanjakan untuk membeli bahan
keperluanPanitia Matematik dan perbelanjaan perlaksanaan program-program panitia
yang akan dijalankan.
Tindakan : Makluman
4.2.2 Ketua Panitia menyatakan bahawa pada hujung tahun 2020, panitia matematik
membeli set cap peta i-think untuk digunakan dalam PdPC. Diharapkan ahli panitia
dapat memaksimakan penggunaan cap peta i-think tersebut.
Tindakan : Semua Guru Matematik
4.3 Analisis TOV dan Pelunjuran Tahap Penguasaan Matematik 2021
4.3.1 Analisa Akhir Tahun 2020 Dan pelunjuran seperti berikut :
4.3.2 Ketua Panitia juga meminta guru-guru matematik menyediakan headcount kelas yang
diajar dalam tempoh dua minggu.
Tindakan : Semua Guru Matematik
4.3.3 Beliau meminta guru-guru Matematik untuk menampal Headcount Matematik dalam
Buku Rekod PdPc masing-masing.
Tindakan : Semua Guru Matematik
4.4 Rancangan Tahunan dan Perancangan Strategik
4.4.1 Pembinaan BBB Matematik (Pertandingan Inovasi Peringkat Daerah)
4.4.2 4.4.1.1 Ketua Panitia memutuskan satu bahan Inovasi bagi matapelajaran Matematik
akan dihasilkan untuk penyertaan dalam Pertandingan Inovasi Peringkat
Daerah.
4.4.1.2 Bahan Inovasi ini dihasilkan untuk mengatasi masalah hafalan sifir dikalangan
murid-murid sekolah kita.
4.4.1.3 Bahan ini juga boleh digunakan untuk semua kelas semasa waktu PdP
matematik atau waktu bacaan pagi.
Tindakan : Makluman
Program Bijak Sifir
4.4.2.1 Carta Sifir dihasilkan oleh murid-murid menjadi bahan bacaan pada setiap
jumaat(bacaan pagi)
4.4.2.2 Guru-guru diminta menguji tahap penguasaan sifir murid-murid di kelas
masing-
masing dan mencatit penguasaan sifir sebagai bahan bukti penghafalan sifir.
4.4.2.3 Pertandingan Bijak Sifir akan dijalankan peringkat daerah.Sekolah kitra akan
mengambil bahagian.Peringkat sekolah,pertandingan bijak sifir akan
dijalankan.
Tindakan : Semua Guru Matematik
4.4.3 Minggu Matematik
4.4.3.1 Minggu matematik dirancang akan dijalankan pada bulan November 2021.
4.4.3.2 Aktiviti-aktiviti seperti berikut akan dijalankan
Genuis Matematik
- Dalam 10 minit murid akan menjawab soalan matematik yang
berbentuk 2 soalan objektif (sederhana) dan 3 soalan subjektif
yang beraras tinggi(KBAT)
- Soalan yang diuji akan disediakan oleh ahli jawatankuasa
Panitia
4.4.4 - Setiap kelas 3 orang pemenang akan dipilih.
Bijak Sifir
- Tahap 1
I. Murid menulis jawapan dalan kertas soalan (Darab)
II. Setiap kelas 3 orang pemenang akan dipilih.
- Tahap 2
I. 2 Bahagian soalan berbentuk subjektif.
II. Murid menjawab dua bahagian soalan yang diuji
(darab&bahagi)
III. Setiap kelas 3 orang pemenang akan dipilih
Meneka (gram,cm,ml dan bilangan sesuatu objek)
- Murid diminta meneka jisim,panjang,isipadu cecair,bilanagn
sesuatu objek yang dipamerkan.
- Murid meminta menulis nama mereka dan jawapan dalam
kertas yang disediakan.
- Murid yang meneka tepat/hampir tepat akan dikira sebagai
pemenang.
- Aktiviti ini guru- guru juga boleh mengambil bahagian.
- Pemenang tahap 1 – 3 orang dan Tahap 2 – 3 orang
Menjawab soalan Matematik secara spontan
- Waktu PdPc guru – guru diminta murid-murid menjawab
soalan matematik secara spontan.
- Murid yang banyak memberikan jawapan yang betul akan
dikira sebagai pemenang.
- Setiap kelas 3 orang murid akan dipilih.
Penghasilan Bahan Bantu Belajar dengan menggunakan bahan
buangan untuk guru-guru matematik.
- Aktiviti ini khas untuk semua guru – guru.
- Hasil BBB yang dibuat daripada bahan buangan dan mesra
guna dikalangan murid-murid serta murid-murid.
- Guru-guru yang menghasilkan BBM perlu membentangkan
hasilnya kepada hakim yang akan menilai nanti.
Tindakan : Semua Guru Matematik
Modul Latihan T2DB
4.4.4.1 Ia merupakan modul latihan asas Tambah,Tolak,Darab Dan Bahagi untuk
murid-murid Tahap 1.
4.4.4.2 Guru – guru Matematik Tahap 1 perlu memberikan latihan asas ini sebelum
4.4.4.3 memulakan PdPc.
Latihan yang terdapat dalam modul ini akan membantu murid-murid
menguasai kemahiran asas dengan pantas.
Tindakan : Semua Guru Matematik
4.5 DSKP 2.0 &RPT
4.5.1 Ketua panitia menerangkan tentang DSKP 2.0
4.5.1.1 Susulan penutupan semula sekolah sepenuhnya mulai 9 Novermber 2020,
sekolah telah melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR)
sehingga hari terakhir persekolahan bagi tahun 2020. Meskipun guru telah
berusaha untuk melaksanakan PdPR, namun masih terdapat cabaran dari
aspek pelaksanaannya yang akan memberi implikasi terhadap pembelajaran
murid pada tahun 2021. Sehubungan dengan itu, KPM memutuskan untuk
meneruskan pelaksanaan Penjajaran Kurikulum Versi 2.0 bagi tahun 2021.
4.5.1.2 Penjajaran Kurikulum Versi 2.0 merupakan usaha KPM bagi membantu guru
untuk memastikan kelangsungan pembelajaran murid dilaksanakan.
Kurikulum yang dijajarkan ini bukanlah kurikulum baharu, tetapi kurikulum
sedia ada yang disusun semula berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum
dan Pentaksiran (DSKP) KSSR serta ditambah baik daripada dokumen
penjajaran kurikulum sebelumnya. Kandungan kurikulum disusun
berdasarkan kandungan asas yang perlu dikuasai oleh murid. Manakala,
kandungan tambahan dan pelengkap perlu diajar bagi menyokong
keseluruhan pembelajaran sesuatu mata pelajaran yang boleh
dilaksanakan melalui pelbagai kaedah dan teknik pembelajaran.
Tindakan : Makluman
4.5.1.3 RPT perlu dicetak dan disimpan di fail/buku rekod harian.
Tindakan : Makluman
4.5.1.4 Ketua Panitia juga meminta guru-guru Matematik menyediakan DSKP dan
RPT Matematik bagi kelas yang diajar dalam tempoh dua minggu.
Tindakan : Semua Guru Matematik
4.5.1.5 Format menyediakan RPT adalah seperti berikut:
Minggu
Standard Kandungan
Standard Pembelajaran
Catatan
Tindakan : Semua Guru Matematik
4.6 Buku/Fail Rekod PdPc
4.6.1 Pengerusi memberitahu Majlis Guru Besar Negeri Sembilan akan membekalkan
Buku Rekod Mengajar bagi semua guru.
4.6.2 Buku rekod mengajar akan dibekalkan dalam bentuk fail. 2 buah fail akan diberi kepada
semua guru. Fail besar untuk menyimpan semua jenis maklumat yang perlu ada dalam
buku rekod. Manakala, fail kecil hanya untuk menyimpan RPH sahaja.
4.6.3 Ketua Panitia meminta semua guru Matematik supaya melengkapkan segala butiran
yang terdapat dalam buku/fail Rekod PdPc.
4.6.3.1 Buku/fail rekod PdPc perlu dikemaskinikan masa ke semasa contohnya jadual
waktu,waktu ganti,pencerapan,mesyuarat yang dihadiri dan sebagainya.
Tindakan : Makluman
4.7 Penulisan RPH
4.7.1 Ketua Panitia meminta semua guru Matematik supaya mematuhi format Rancangan
Pengajaran Harian yang telah dibincang dan ditetapkan dalam
mesyuarat panitia pertama ini.
Tindakan : Makluman
4.7.1.1 Format RPH (dilampirkan )
RPH PLan Tahun 2&3
RPH Tahun 1& Tahap 1
Tindakan: Semu Guru Matematik
4.8 Buku Rampaian Murid &Penetapan Jumlah Latihan
4.8.1 Panitia telah berbincang dan membuat keputusan untuk menggunakan sebanyak dua
naskah buku rampaian kotak saiz sederhana bagi pelajar Tahap 1 dan dua buah naskah
buku rampaian kotak saiz kecil bagi pelajar Tahap 2.
Tindakan: Semu Guru Matematik
4.8.2 Ketua Panitia meminta guru-guru mengurangkan penggunaan bahan fotostat sebagai
latihan matematik dan diminta guru menggalakkan pelajar untuk menulis dalam buku
rampaian yang disediakan.
Tindakan: Semu Guru Matematik
4.8.3 Guru Besar meminta guru-guru memastikan latihan yang diberikan dalam buku rampian
dan buku latihan perlu ditanda dalam tempoh tiga hari.
Tindakan: Semu Guru Matematik
4.8.4 Latihan perlulah diberikan mengikut kemahiran yang diajar pada hari tersebut.Ianya
terpulang kepada guru-guru matematik berdasarkan kebolehan murid.Kaedah latihan
juga boleh dipelbagaikan semasa PdPc.
Tindakan: Semu Guru Matematik
4.8.5 Murid Tahap 1 perlu menyiapkan latihan yang terdapat dalam Buku Latihan Aktiviti.
Tindakan: Semu Guru Matematik Tahap 1
4.9 Agihan Latihan
4.9.1 Bagi Tahap 1 seminggu guru matapelajaran perlu diberi minimun 20 hingga 30
buah soalan.
Tindakan: Semu Guru Matematik
4.9.2 Bagi Tahap 2 pula seminggu guru matapelajaran perlu diberi minimun 30 hingga 40
buah soalan.
Tindakan: Semu Guru Matematik
4.9.3 Bilangan ini boleh dikurangkan/ditambahkan mengikut tahap pencapaian murid.
Tindakan: Makluman
4.10 Semakan Latihan dan Buku Latihan
4.10.1 Pengerusi meminta guru-guru perlu menyemak buku latihan dalam masa 3 hari.
Tindakan: Semu Guru Matematik
4.10.2 Pengerusi memberitahu bahawa jadual semakan buku latihan akan disediakan
oleh PK Kurikulum, dan guru-guru perlu menghantar buku latihan murid mengikut
jadual tersebut.
Tindakan: Makluman
4.11 Penggubalan Soalan Peperiksaan
4.11.1 Pengerusi memberitahu bahawa pada tahun ini peperiksaan bagi Tahap 1 telah
dimansuhkan. Oleh itu, guru-guru tidak perlu menyediakan kertas soalan.
Tindakan: Makluman
4.11.2 Unit peperiksaan sekolah akan mengadakan peperiksaan sebanyak 3 kal untuk murid
tahap 2.iaitu, ujian bulanan Mac,peperiksaan pertengahan tahun dan peperiksaan akhir
tahun. Guru-guru perlu menyediakan kertas peperiksaan bagi murid tahap 2 sahaja.
Tindakan: Makluman
4.11.3 Pengerusi memberitahu bahawa kertas peperiksaan akan dibeli bagi Peperiksaan
Pertengahan Tahun dan Peperiksaan Akhir Tahun.Guru-guru harus menyemak kertas
soalan yang dibelinya samaada merangkumi semua kemahiran yang diajarnya diuji.
Tindakan: Makluman
4.12 Pencerapan
4.12.1 Pengerusi memberitahu bahawa jadual pencerapan akan disediakan oleh PKKurikulum,
dan guru-guru akan dicerap mengikut jadual tersebut.
Tindakan: Makluman
4.12.2 Pihak Pentadbiran akan mencerap guru-guru mengikut SKPMg2. Oleh itu, guru-guru
perlu menjalankan PdPc mengikut Kandungan Keempat SKPMg2.
Tindakan: Makluman
4.13 PBS
4.13.1 Pengerusi memberitahu bahawa PBD merupakan pentaksiran yang berterusan
dalam sesi PdPc bagi mendapatkan maklumat tentang perkembangan,
kemajuan,kebolehan dan pencapaian murid.
4.13.2 Semua guru perlu menjalankan PBD dalam PdPc harian masing-masing.
4.13.3 Guru-guru perlu menyediakan borang transit untuk mencatat pencapaian murid.
4.13.4 Beliau juga meminta semua guru mengisi pelaporan dalam sistem Modul
Perkembangan Murid Offline 2 kali setahun,iaitu bulan Mei dan November.
Tindakan : Semua Guru Matematik
4.14 PLC & Peningkatan profesionalisme guru dalam panitia.
4.14.1 AJK panitia mencadangkan beberapa aktiviti yang perlu dijalankan di dalam
panitia Matematik ini.
4.14.1.1 Bengkel Teknik Pengajaran Matematik
Bengkel ini akan dijalankan bulan September.
Penceramah – En Ranjit Singh (Pakar Matematik)
4.14.1.2 Penghasilan Bahan Inovasi Matematik.
4.14.1.3 Membuat Kajian Tindakan mengenai Kelemahan murid dalam penguasaan
sifir.
Tindakan : Semua Guru Matematik
4.15 Program PLan
4.15.1 PLaN ialah Primary Literacy and Numeracy atau Program Literasi dan Numerasi
Sekolah Rendah.Ia merupakan sokongan pengajaran dan pembelajaran yang
komprehensif dan menyeluruh berasaskan sekolah untuk murid Tahun 2 dan tahun 3
4.15.2 Objektif PLaN adalah untuk memastikan semua murid Tahun 2 dan Tahun 3 boleh
menguasai sekurang-kurangnya tahap penguasaan minimum iaitu Tahap Penguasaan
3 dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik
4.15.3 Untuk makluman, hala tuju baharu program ini adalah berbeza daripada Program
Saringan Literasi dan Numerasi yang dikenali sebagai Program LINUS2.0 (2013-2018)
dalam tiga aspek, iaitu objektif, akauntabiliti dan sokongan
4.15.4 Pihak sekolah bertanggungjawab untuk menetapkan sasaran (KPI) bagi mata pelajaran
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik bagi murid Tahun 2 dan Tahun 3
berdasarkan kemajuan dan pencapaian murid mereka bagi memastikan usaha yang
berterusan ke arah meningkatkan penguasaan dalam kemahiran membaca, menulis dan
mengira.
4.15.5 Hala tuju baharu Program Literasi dan Numerasi Sekolah Rendah berbeza daripada
Program Saringan Literasi dan Numerasi yang dikenali sebagai Program LINUS2.0
(2013-2018) dalam tiga aspek, iaitu objektif, akauntabiliti dan sokongan
4.15.6 Kaedah Pelaksanaan
4.15.6.1 Enam langkah intervensi dalam PLaN untuk dilaksanakan oleh pihak
sekolah seperti yang berikut:
Bahan Pengajaran Harian yang Berfokus dan Terbeza bagi
Bahasa Melayu, Matematik dan Bahasa Inggeris.
- Modul Latihan Intervensi Berfokus dan Terbeza (MoLIB)
bagi Bahasa Melayu dan Matematik serta Schemes of Work
(SoW) bagi Bahasa Inggeris telah dibangunkan sebagai
panduan serta rujukan kepada para guru untuk merancang
pengajaran dan pembelajaran secara berfokus dan terbeza
bagi pelaksanaan PdP yang lebih berkesan.
Pelaksanaan Professional Learning Community (PLC)
dalam meningkatkan pedagogi
- Pendekatan PLC yang berfokuskan kepada
perancangan pengajaran yang berkesan dapat membantu pihak
sekolah menangani isu literasi dan numerasi. Penglibatan
pegawai pemulihan, SISC+ dan SIP+ sebagai pasukan
sokongan kepada pihak sekolah adalah penting. Guru
digalakkan menggunakan pelbagai alat kolaboratif PLC
seperti yang dinyatakan dalam Kit PLC. Melalui pendekatan
PLC yang berkesan, guru dapat mengenal pasti isu,
melaksanakan intervensi dan membuat refleksi
untuk penambahbaikan PdP.
Penggunaan bank item pentaksiran formatif yang menyokong
pentaksiran bilik darjah (PBD)
- Guru boleh menggunakan bank item pentaksiran formatif yang
telah dijajarkan dengan DSKP Bahasa Melayu, Bahasa
Inggeris dan Matematik. Item pentaksiran yang telah
disediakan dapat membantu guru menjalankan pentaksiran
bilik darjah dengan lebih berkesan mengikut tahap keupayaan
murid dalam kelas masing-masing. Melalui bank item yang
telah disediakan, guru boleh menggunakan item-item tersebut
untuk mengetahui kemajuan murid dan membuat
penambahbaikan dalam PdP berdasarkan penguasaan murid.
Semua item yang dibuat berdasarkan Tahap Penguasaan 3
(TP3) seperti yang terdapat di dalam DSKP.
Penambahbaikan pengurusan instruksional
- Kompetensi pentadbir sekolah sebagai pemimpin pendidikan
dipertingkatkan melalui bimbingan yang berterusan dan
konsultasi oleh pihak PPD, School Improvement Partners
(SIP+) dan KPM. Pentadbir sekolah perlu memantapkan
kepimpinan instruksional, meningkatkan pemahaman dan
pengurusan isu literasi dan numerasi serta merancang
intervensi bagi menyelesaikan masalah literasi dan numerasi
dalam kalangan murid.
- Sehubungan itu, peranan Guru Besar sebagai pemimpin
Instruksional adalah sangat penting dalam memastikan semua
murid di Tahap 1 sekolah rendah, kecuali murid berkeperluan
khas menguasai tahap minimum dalam literasi dan numerasi.
Penetapan sasaran berdasarkan kemajuan murid (improvement-
based targets)
- Pihak sekolah bertanggungjawab untuk menetapkan sasaran
(KPI) bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan
Matematik bagi murid Tahun 2 dan Tahun 3 berdasarkan
kemajuan dan pencapaian murid mereka bagi memastikan
usaha yang berterusan ke arah meningkatkan penguasaan
dalam kemahiran membaca, menulis dan mengira. Dengan
penetapan KPI, pengajaran dan pembelajaran (PdP) dapat
dipastikan ke arah membina asas pencapaian baik sekolah.
Pegawai JPN dan PPD tidak terkecuali dalam bekerjasama
membantu pihak sekolah agar sasaran tahap penguasaan murid
yang ditetapkan iaitu sekurang-kurangnya TP3 tercapai.
Pelaksanaan kempen kesedaran kepada ibu bapa
- KPM turut menyokong usaha pelaksanaan kempen kesedaran
terhadap isu pendidikan dalam kalangan ibu bapa dan komuniti
khususnya untuk menangani murid yang belum menguasai
literasi dan numerasi melalui aktiviti seperti hebahan media
sosial, libat urus secara bersemuka dengan pelbagai pihak
yang berkepentingan dan juga penyediaan bahan bercetak
yang berkaitan. Sebagai ibu bapa, mereka boleh membaca
bersama-sama anak, memberi pujian dan bermain sambil
belajar dalam membantu anak-anak menguasai kemahiran-
kemahiran ini. Penglibatan komuniti setempat dengan
mengadakan pelbagai pendekatan sosial mampu meningkatkan
perkembangan akademik anak-anak.
Tindakan : Makluman
4.15.7 Sekolah merupakan rintis bagi program PLan ini.Maka guru-guru Tahun 2&3 yang
mengajar matematik harus melaksanakan PLan dalam bilik darjah.
Tindakan : Guru Matematik Tahun 2&3
4.16 Pemulihan Matematik
4.16.1 Pemulihan untuk murid yang masih lemah dalam matapelajaran Bahasa melayu dan
Matematik akan dijalankan.
Tindakan :Makluman
4.16.2 Guru Pemulihan harus mengajar murid-murid pemulihan berpandukan modul/bahan
yang diberikan KPM.
Tindakan :Guru Pemulihan
4.16.3 Jadual Waktu Pemulihan akan diedarkan oleh GPK kurikulum kepada guru pemulihan.
Tindakan :GPK Kurikulum&Guru Pemulihan
4.16.4 PdPc untuk murid –murid perlu menarik minat dan penggunaan bahan bantu belajar
merupakan aset penting untuk memulihkan murid pemulihan.
Tindakan :Guru Pemulihan
5.0 Hal-hal lain
5.1 Ketua Panitia meminta guru-guru berkongsi maklumat tentang pertandingan matematik yang
dijalankan di luar sekolah supaya pelajar sekolah kita dapat mengambil bahagian pada tahun
2021 ini.
Tindakan :Makluman
5.2 GPK Kurikulum mengingatkan supaya guru-guru dapat mempertingkatkan prestasi pengajaran
dan pembelajaran.
Tindakan :Makluman
5.3 Beliau juga meminta semua guru memastikan murid dapat menguasai operasi asas
iaitu penambahan, penolakan, pendaraban dan pembahagian.
Tindakan :Guru Matematik
6.0 Penangguhan Mesyuarat
6.1 Ketua Panitia mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru yang sudi meluangkan
masa untuk menghadiri mesyuarat panitia matematik kali pertama sesi 2021 ini.
6.2 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 10.05 pagi.
Minit dicatat oleh: Disahkan Oleh ,
…………………
……………………..
En.B.Jayaganes
Ketua Panitia Matematik
Bertarikh: 21 Januari 2021
JB/KP MT/1bil2021