The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nurbaiti jannati, 2023-06-03 21:02:48

Alat Kolaboratif PLC

Alat Kolaboratif PLC

Alat Kolaboratif PLC Reveal The Answers!!!


Dialog Prestasi 01


Dialog Prestasi Forum atau perbincangan berfokus untuk menyemak prestasi dan isu-isu berdasarkan data dan fakta serta diakhiri dengan penyelesaian masalah, langkah-langkah yang konkrit dan tindakan susulan.


Kelab Buku 02


Kelab Buku Ahli kumpulan berkumpul untuk berkongsi, berbincang dan mengupas idea daripada sesebuah buku yang dibaca.


Kumpulan Guru Belajar 03


Kumpulan Guru Belajar Sekumpulan guru berkolaboratif untuk membantu meningkatkan profesionalisme dalam bidang tertentu demi kepentingan bersama.


Kritikan Video (Video Critique) 04


Kritikan Video (Video Critique) Menonton dan menganalisis secara kritis dan kreatif rakaman video sesuatu pdpc secara terancang dan profesional bagi penambahbaikan kualiti pengajaran.


Jelajah Pembelajaran (Learning Walk) 05


Jelajah Pembelajaran (Learning Walk) Aktiviti berjalan di luar bilik darjah sambil memerhatikan pengajaran guru serta aktiviti pembelajaran di dalam bilik darjah dengan menggunakan prosedur dan fokus yang spesifik.


Bimbingan Rakan Sebaya (Peer Coaching) 06


Bimbingan Rakan Sebaya (Peer Coaching) Satu usaha kerjasama antara dua atau lebih guru dalam merancang, melaksana dan menilai PdPc semula. Mereka akan saling berkongsi kepakaran, memberikan maklumbalas, sokongan dan bantuan.


Kajian Pembelajaran (Lesson Study) 07


Kajian Pembelajaran (Lesson Study) Suatu amalan guru-guru secara kolaboratif untuk merancang dan menyediakan satu rancangan mengajar, membuat pemerhatian terhadap pengajaran guru, membuat refleksi terhadap PdPc, mengubahsuai untuk menambah baik rancangan mengajar dan melaksanakan penambahbaikan yang telah dipersetujui.


Sesi Perkongsian Guru (Teacher Sharing Session) 08


Sesi Perkongsian Guru (Teacher Sharing Session) Sekumpulan guru bertemu secara formal untuk perkongsian ilmu pengetahuan, kemahiran, pengalaman dan amalan pedagogi yang berkesan.


Analisis Data (Data Analysis) 09


Analisis Data (Data Analysis) Proses meneliti, menyusun, mengkategori dan mempamerkan data untuk menghasilkan maklumat yang bermakna dan membuat rumusan.


Kumpulan Rakan Kritik (Critical Friend Group) 10


Kumpulan Rakan Kritik (Critical Friend Group) Sekumpulan guru yang komited, menyokong dan memberi galakan kepada rakan-rakan lain melalui maklum balas yang jujur untuk meningkatkan prestasi murid.


Induksi dan Pementoran Guru Baharu 11


Induksi dan Pementoran Guru Baharu Suatu bentuk sokongan terhadap pembangunan profesionalisme dan kompetensi guru baharu bagi membolehkan mereka menyesuaikan pengetahuan dan kemahiran dengan situasi semasa di sekolah.


Kumpulan Penyelesai Masalah (Problem Solving Group) 12


Kumpulan Penyelesai Masalah (Problem Solving Group) Sekumpulan guru yang membincangkan masalah dan mengemukakan cadangan penyelesaiannya.


Pasukan Melintang Pasukan Menegak 13


Pasukan Melintang Terdiri daripada guru yang mengajar murid mengikut tahun/tingkatan/mata pelajaran yang sama dan berjumpa secara berkala untuk meningkatkan hasil pembelajaran murid.


Pasukan Menegak Terdiri daripada guru yang mengajar murid mengikut thaun/ tingkatan yang berbeza dalam satu mata pelajaran yang sama bekerjasama secara koperatif bagi membangunkan dan melaksanakan program merentasi tahun/tingkatan untuk membantu murid mencapai kejayaan


Adakah gambar pada skrin menggambarkan perasaan anda sekarang?


Siapakah pemilik eWallet bernilai RM10?


Tahniah! Cikgu


Thank you.


Click to View FlipBook Version