Maisara dibesarkan di sebuah kampung dalam keluarga kecil dan
susah. Maisara mempunyai seorang adik perempuan yang bernama
Mira. Mira amat berbeza sekali dengan Maisara. Mira mempunyai
rupa paras yang cantik . mira banyak mengikuti wajah ibunya
yang cantik dan putih. Maisara pula bnyak ke arah rupa ayahnya.
Walaupun Mira lebih cantik, Maisara tidak pula cemburukan
adiknya itu. Baginya Mira adalah segala-galanya. Selain mak dan
ayah, hanya Mira menjadi sahabat yang rapat. Maisara dan Mira
bagai adik beradik kembar selalu bersama. Hubungan mereka
amat baik. Suatu hari mak dan ayahnya telah terlibat dengan
kemalangan jalan raya dan meninggal dunia. Mereka amat sedih
dengan kepergian kedua orang tua mereka. Di hadapan
kubur,Maisara berjanji akan menjaga Mira sebaik mungkin.
Maisara amat sayangkan adiknya itu. Mereka redha dengan
ketentuan Allah SWT.
Sebulan kedua orang tua mereka telah pergi, Mira pula mendapat
tawaran untuk melanjutkan pelajaran di Kuala Lumpur. Maisara
berfikir dia perlu mencari pekerjaan untuk menanggung
perbelanjaan belajar Mira.
‘’ Dik, kita pindah KL ye.akak kena cari kerja untuk belajar Mira.”
“Akak tak payahla susah-susah untuk Mira. Mira tolong akak
kerja je.”
“ Tak boleh macam tu Mira, Mira kena sambung belajar. Tu kan
harapan mak ayah kita. Jangan fikirkan akak. Akak dah janji
ngan mak ayah .”
“Tapi kak…”
“Takda tapi-tapi. Mira kena sambung belajar. Jangan risaukan
akak ok?”
“Baiklah akak, Mira akan dengar cakap akak.”
Keesokan hari mereka bertolak ke Kuala Lumpur dengan menaiki
bas. Pertama kali sampai KL,mereka bagaikan burung yang baru
terlepas dari sangkar.
“Besar kan KL ni kak.tapi kita nak pergi mana kak?” Tanya Mira bingung.
“Kita solat dulu kat masjid tu” kata Maisara sambil menunjuk ke arah
sebuah masjid di situ.
Usai solat, mereka memulakan lagi perjalanan. Sewaktu melintas jalan,
tiba-tiba sebuah kereta brek mengejut. Mereka terkejut sambil menjerit.
Seorang lelaki keluar daripada kereta hitam mewah itu. Lelaki itu menuju
kea rah mereka yang masih terkejut.
“Cik berdua tak apa-apa?”Tanya lelaki itu.
“ tak..kami tak apa-apa,”jawab Maisara cemas.
“Saya minta maaf. Saya tak perasan tadi.”
Takpa, kami yang patut minta maaf sebab melintas tak tengok kiri
kanan”kata Maisara .Mira hanya diamkan diri.Masih terkejut.
Lelaki itu memandang Mira yang dari tadi hanya mendiamkan diri. Dia
terpegun dengan kecantikan Mira. Ye ,Mira sememangnya cantik.Mira
perasan lelaki itu dari tadi asyik memandangnya. Maisara pun menyedari
akan hal itu. Ada juga rasa cemburu, yelah dia taklah cantik seperti Mira.
Akan ytetapi cembutunya bertempat. Hanya di dalam diam.
“Eh, takpa,salah saya jugak..”jawab lelaki itu tersenyum. Maisara turut
tersenyum tetapi mata lelaki itu terus memandang mira.
Err …saya Ilham.
Saya Maisara.ni adik saya ,Mira.
oo…Mira.
Maisara sedari daripada tadi Ilham asyik memandang Mira. Maisara tahu
Mira cantik,ramai yang tertarik pada Mira berbanding dirinya. Maisara
redha dan percaya pada Qada’ dan qadar. Maisara seakan telah jatuh
cinta pandang pertama pada lelaki di hadapannya sekarang. Lain sangat
perasaan itu. Maisara tidak tahu kenapa.
Emm…cik berdua ni nak ke mana. Saya boleh hantarkan.
Err… kami tak tahu lagi nak ke mana . baru je sampai KL tadi dari kampung.
oo… bahaya tu .kat KL ni macam macam boleh jadi.
Macam ni, cik berdua ikut saya balik rumah saya je.
Balik rumah encik?ishh, takpalah encik,menyusahkan je.
Jangan risau orang gaji saya ada. Mak Jah dengan Pak Karim. dorang duduk
sekali dengan saya.
Orang tua encik?
Orang tua saya dah meninggal.
Oooh, maaf encik.
Takpa, jomlah.
Kami seganlah encik. Kalau kami tinggal percuma. Apakata saya kerja ngan
encik, jadi pembantu Mak Jah pun takpa,salkan saya tak duduk free.
Boleh encik?taklah kami segan nanti.
Tapi..saya tak perlukan ramai orang gaji.
Tak encik, saya sorang je. Adik saya tak.
Kalau macam tu takpalah. Jom, saya kenalkan rumah saya.
Ilham membuka pintu kereta.
Mira duk depan je ye, kata Maisara.
Ishh akak ni, taknaklah.akak jelah duk depan.
Mira menolak sikit kakaknya bersetuju duduk di depan . maisara mengalah.
Maisara menyedari Ilham mahu Mira yang duduk di sebelahnya.di sepanjang
perjalanan, Ilham asyik memandang Mira di belakang melalui cermin. Maisara
perasan semua itu .mira pulak tidak senang asyik dicuri pandang oleh Ilham.
Kereta Ilham memasuki sebuah banglo yang tersergam indah. Terpegun dua
beradik itu melihatnya.
Ni rumah encik Ilham?
Ye, ni rumah saya. Jemputlah .
Mereka disambut oleh Mak Jah, pembantu rumah Ilham.
Encik Ilham dah balik?
Ye Mak Jah . Ni kenalkan Maisara dan Mira. Maisara ni pembantu baru . dia
boleh tolong Makjah nanti. Mira ni adik MAisara.
Apa khabar Mak Jah. Tanya Maisara.sambil menghulurkan salam.
Khabar baik. .
Mak Jah tolong tunjukkan bilik untuk dorang. Saya nak naik atas dulu.
Baik encik.
Pejam celik pejam celik dah satu bulan mereka di situ.mira pun dah dua minggu
di university. Mira tinggal di kampus. Setiap minggu dia akan balik jenguk
kakaknya.
Dalam diam ilham telah jatuh cinta pada Mira kali pertama mereka bertemu.
Memandang Mira buat hatinya terdetik untuk mengenali gadis itu tetapi Mira
selalu mengelak kerana Mira langsung tidak berminat padanya .
Tetapi ilham tidak berputu asa, tetap berusaha dapatkan Mira.
Dalam diam Mira telah mengenali seseorang di universiti yang sama dengannya
dan Mira telah mulai suka akan kawannya itu.
Suatu hari ilham mengajak Mira berjumpa. Mira menurut permintaan ilham
hanya kerana ilham pernah membantu dia dan kakaknya dulu. Jadi dia
terhutang budi dengan ilham.
Mereka berjumpa di sebuah restoran..
Ada apa encik ilham nak jumpa saya?
Ilham menghulurkan sebuah kotak baldu berwarna merah.
Apa ni encik ilham?
Janganlah berencik dengan saya. Panggil ilham je boleh?
Saya nak jadikan Mira sebagai isteri saya.
Apa encik? Saya kan masih belajar lagi. Saya masih tak terfikir kea rah tu.
Mira masih boleh sambung belajar ,lepas kahwin. Saya akan tanggung semua
kos pembelajaran awak.
Tapi…
Hati Mira berbelah bagi antara budi dan dirinya.
Please…saya ikhlas Mira.
Ilham menghulurkan kotak cincin itu tanpa jawapan apa-apa daripada Mira.
Mira perlukan masa untuk berfikir. Bagi Mira masa.
Takpa, saya faham. Awak ambiklah masa awak untuk berfikir.
Saya tunggu keputusan awak.
Sebaik pulang , Mira terus ke bilik. Maisara pelik melihat adiknya. Maisara
terus ke bilik untuk melihat Mira.
Di bilik, Mira termenung..
Mira…napa ni? Mira ada masalah ke..? cite kat akak.
Takkan balik berdating nak masam muka cam ni..
Akak…encik ilham lamar Mira jadi isteri dia.tapi Mira tak bagi lagi jawapan
pada dia. Mira tak tahu.
La..yeke..baguslah tu, akak tengok pertama kali ilham jumpa Mira. Dia
macam suka kat Mira. Dah tu apa masalahnya.? Dia kan baik orangnya.
Tapi Mira tak pernah sukakan dia,kak…
Mira, ilham tu dah banyak tabor budi pada kita tau? Pasal belajar tu , dia
mesti benarkan Mira sambung kan..
Memangla kak, tapi …..
Adik terima jelah, nanti adik jugak yang hidup senang.
Maisara menasihati adiknya dengan penuh kelembutan. Jauh di sudut
hatinya, dia cemburu kerana dalam diam maisara telah menyimpan perasaan
pada ilham tapi dia hanya memendam kerana dia tahu ilham sukakan Mira.
Maisara redha..
Mira terima ye dik?..kesian ilham tu. Dia ikhlas pada adik.
Yelah kak,nanti adik bagitau dia.
Maisara hanya tersenyum. Dia hanya mahukan adiknya bahagia.
Akak Cuma nak Mira bahagia..kata Maisara sambil memeluk erat adik
kesayangannya itu.
Petang itu Mira terus pergi berjumpa dengan ilham .
Encik ilham, saya ada hal nak cakap .
Janganlah berencik dengan saya, panggil Am je.awak nak cakap sal apa?
Mira masih diam tidak tahu nak mulakan.
Awak nak cakap sal lamaran saya ? awak setuju?
Mira diam lagi, terasa serba salah nak beritahu. Akhirnya dia Cuma
mengangguk kepalanya sahaja. Jauh di dalam hatinya, dia tidak setuju tetapi
sebab kakaknya dia terpaksa setuju.
Ilham terus tersenyum mendengar jawapan itu. Dia sangat gembira sekalli
kerana lamarannya diterima.
Saya rasa macam tak percaya. Nanti kita tetapkan tarikh yang sesuai. Kita
tak payah tunanglah, kita nikah terus. Soal belanja saya akan tanggung
semuanya.
Mira hanya tersenyum tetapi jauh di sudut hati dia tidak gembira.
Dari jauh Maisara memerhati. Dia bersyukur kerana orang yang dia cintai
bahagia dengan orang tercinta. Sebak terasa namun dia redha ..
Maisara termenung sendiri mengenangkan nasibnya..lamunannya terhenti
tatkala disapa seseorang dari belakang.
Mm…jauh termenung?
Eh encik, takda apa …saja ambik angin kat luar ni.encik tak tidur lagi?
Belum..saya siapkan kerja sikit tadi.
Oooo..encik, saya ucap terima kasih sebab dah banyak tolong saya ngan
Mira.
Alah takda apalah Mai, saya ikhlas. Satu lagi takyahlah panggil saya
encik ilham, saya kan bakal adik ipar Mai. Panggil Am je.
Takpa,..saya dah biasa. Lagipun encik kan majikan saya..oh ye,
macamana dengan persiapan ?
Semua dah dalam plan tunggu masanya je.
Seminggu selepas itu, tibalah hari yang dinanti ilham dalam hidupnya.
Dia berasa sangat bahagia ..
Semua hadirin sudah memenuhi rumah agam ilham termasuk saudara
maranya.
Di dalam bilik, Mira masih termenung . dia langsung tiada hati untuk
semua ini. Akhirnya Mira tekad untuk larikan diri. Mira menulis sebuah
nota dan dilekatkan pada cermin solek di biliknya. Waktu itu hanya dia
seorang sahaja berada di bilik.
“MIRA TAKNAK KAHWIN “MIRA MINTA MAAF , MIRA TAK
CINTAKAN ILHAM. JANGAN RISAU KAK, MIRA AKAN JAGA DIRI. AKAK
JAGA DIRI.”
Mira telah keluar senyap senyap melalui pintu belakang tanpa disedari
sesiapa.
Sementara di ruang tamu, suasana makin meriah dengan hadirin yang
datang.
Juru akad nikah telah sampai. Hanya menunggu pengantin perempuan
sahaja.
Mai, tolong bawak Mira keluar. Tok kadi dah sampai tu.
Baik encik.
Maisara terus ke bilik. Sebaik pintu dibuka, mai tidak nampak kelibat
Mira. Baju akad nikah masih ada di atas katil.
Maisara memanggil-manggil Mira tetapi tiada sahutan. Maisara
terpandang sekeping nota . Maisara terduduk bila membaca nota itu.
Ya Allah Mira, napa buat macam ni.
Lama menunggu.,ilham ke bilik Mira. Hanya MAisara di situ.
Mai, mana Mira?
Maisara memberi nota itu pada ilham. Bulat mata ilham membacanya.
Mukanya berubah ,..marah..
Ilham menghampiri Maisara, memegang kuat lengan Maisara.
Tiba-tiba panggilan kau aku keluar dari mulut ilham. Marah sangat dia
dengan apa yg terjadi.
“kau kena bertanggungjawab atas semua ni!!!! Sekarang kau kena
gantikan tempat adik kau’’!!! aku taknak malu. Sekarang kau bersiap.
Ilham menyuruh mak andam menyiapkan MAisara.
Tanpa berkata apa-apa, maisara akur. Dia takut sangat dengan ilham
sekarang.
Ilham sangat dalam keadaan marah sampai sakit lengannya dipegang
ilham tadi.
Dia tidak tahu apa perlu dia buat. Selepas ini dia pasrah jika amarah
ilham pada Mira akan dilepaskan kepadanya.
Termeterai sudah ikatan yang tidak diundang. Saat akad dilafazkan,Mai
memandang sayu ke arah ilham. Tiada senyuman pada wajah
ilham.ternyata ilham masih marah. Usai akad , Mai menyalami tangan
ilham tetapi Maisara tahu ilham tidak rela semua itu.
Maisara redha dengan takdirnya. Selesai majlis tinggallah mereka
berdua. Mak jah dan pak karim telah balik ke kampung dan terus
menetap di sana kerana mereka ingin habiskan hari tua mereka di sana.
Maisara menghampiri ilham yg sedang termenung.
“abang….
Apa kau panggil aku???!abang?
Hei….kau tak layak tahu tak!!! Cermin diri kau tu. Ni semua salah kau,
kau tau tak?salah adik kau, kalau adik kau tak lari aku takkan kahwin
dengan org gaji tau tak!!!
Maisara tunduk sebak. Dia menahan airmatanya. Dia tidak mahu
menangis di depan ilham.
Jangan nak beranganlah kau jadi isteri aku. Kau tak layak tau tak???
Bagi aku, kau tetap org gaji aku. Kau kena tanggung apa yang adik
kau dah buat pada aku.
Kau faham!!!!!!
Mai mintak maaf abang..
Panggil aku encik ilham!!!!
Maaf encik ilham.
Ilham tersenyum sinis sambil memandang isterinya itu.
Ni aku nak cakap sikit, kau jangan cuba nak masuk campur urusan aku
kau faham!!!!
Ilham terus pergi dengan perasaan yang sangat marah dan benci.
Setiap pasangan yang baru berkahwin akan melayari bahtera
itu dengan bahagia tetapi tidak Maisara. Walaupun dia dapat
bersatu dengan orang yang dia cintai,bahagia itu bukan
miliknya. Dia sedar semua itu. Dia redha.
Selepas maghrib ilham telah keluar entah ke mana. Maisara
menunggu dengan penuh kesabaran sampai tertidur di sofa.
Tiba-tiba dia tersentak apabila mendengar deruan enjin
kereta. Jam menunjukkan pukul 1 pagi. Maisara membuka
pintu.
Errr…lambat balik encik. Encik Ilham pergi mana? Encik Ilham
ok?
Kau ni kenapa? Aku dah cakap kan ,jangan masuk campur
urusan aku!!! Pesal bengap sangat!!
Maisara tertunduk..Ilham terus pergi dari situ.
Err… encik ilham , panggil Mai.
Ilham memandang tajam ke arah Mai.
Encik nak minum?
Ilham memegang kuat lengan Mai kasar.
Kau tengok sekarang dah pukul berapa? Aku tnya pukul
berapa!!!!tengking ilham.
Pu..pu..pukul 1.
Haaa pandai pun. Kalau dah pukul 1, nak minum apanya. Tak
payah nak buat baik dengan akulah.
Ilham merentap lengan Mai kasar dan meninggalkan Mai
dengan airmata.
Mai terus masuk ke biliknya dan menangis semahu-mahunya.
Mai mengambil wudhuk, ingin mengadu pada Yang Maha Esa.
Doa dipanjatkan dengan linangan airmata.
Ya Allah,berikan aku kekuatan dalam menghadapi ujianMu
ini. Bukakan hati suamiku untuk menerimaku..aamiin..’
Ilham mengambil cuti selama seminggu. Dia tidak mahu sesiapa
syak akan masalah yang dihadapi sekarang.
Setiap pagi Mai menjalankan tanggungjawabnya, menyediakan
sarapan buat suaminya aka majikannya.
Mai mengetuk pintu bilik ilham.
Pintu dibuka..
Tanpa memandang ilham Mai berbicara.
“sarapan dah siap encik.
Bawak naik atas.
baik encik.”
Mai membawa sarapan ke bilik ilham.
“ni sarapannya encik.
Letak je situ..”arah ilham pada Mai.
Kau boleh keluar. Sebelum tu ambik baju kotor aku tu basuh .!!”
ingat!!! Basuh baju aku tu baik-baik. Lepas tu gosok baju kerja
aku untuk seminggu. Minggu depan aku nak masuk kerja”.
Baik, encik.
Itulah ilham sekarang. Dia sudah betul-betul berubah selepas
kejadian itu. Dan kemarahan itu dilepaskan pada Maisara. Maisara
redha dengan apa yang berlaku. Dia pasrah. Dia sentiasa berdoa
supaya ilham berubah dan menerimanya. Setiap hari dia berdoa
agar hati ilham terbuka buat dirinya.
Di tempat kerja..ilham nampak termenung di pejabatnya.
Lamunannya terhenti tatkala pintu diketuk lantas
mengejutkannya dari lamunan.
Masukk!!!
Hei…bro, pengantin baru. So, apa khabar kau? Aku tengok termenung
panjang je kau ni. Pengantin baru kenalah happy. Ni tak, monyok je.’
Macamana aku nak happy ,orang lain yang aku nak, orang lain aku
dapat. Aku tak cintakan diala bro, aku masih marah dengan adik dia tu.
Yang kau marah tu adik dia, bukan dia. Dia dah selamatkan maruah kau
tau tak..?
Penyelamat?? Entah-entah dorang dah pakat.
Ishh tak baik kau tuduh orang tanpa usul periksa. Si Mai tu kan tak tahu
adik dia nak lari. Kau terlampau ikutkan marah kau tu sangat.
Sian si Mai tu, tak salah apa pun. Kau redha jelah. Mungkin Mai tu dah
jodoh kau sebab tu Allah satukan dia dengan kau.
Aaahhh malaslah aku nak fikir, yang aku tahu,aku tak boleh terima dia.
Tak baik bro. kesian dia..dia dahla tak da sapa-sapa dah...
Yelah , aku tahulah. Aku perlu masa.
Senang je, kau buang je perasaan marah kau tu dan redha, barulah kau
boleh terima dia..cubalah kau kenal dia sebagai isteri kau, baru kau tahu
dia macamana.
Encik ilham pulang agak lewat hari ini. Sengaja dia buat begitu kerana
dia masih belum boleh menerima takdirnya.
Mai pula setia menanti suaminya pulang. Pukul 8 malam barulah ilham
balik ke rumah. Sebaik deruan enjin kereta memasuki halaman
rumah,Mai bergegas membuka pintu. Mai menyambut beg kerja dan kot
suaminya.
Ilham duduk keletihan di sofa. Mai terus ke dapur menyediakan minuman
untuk suaminya itu.
‘’Encik ilham? Air.’’kata Mai menghulurkan segelas air oren kepada ilham.
Ilham menyambut tanpa berkata apa-apa. Terasa lapar plak perut
ni’’kata ilham di dalam hati. Dia malas nak singgah makan di kedai tadi.
Nak makan di rumah je.
Sebaik Mai ingin ke dapur semula, ilham memanggil.
‘’Mai?’’
Ye encik ilham?
Awak ada masak tak hari ni?
Er… maaf encik, barang dapur dah habis. Yang last pun yang pagi
tadi cukup-cukup untuk encik ilham.
La..yeke?
Mai hanya mengangguk sepi. Perasaan takut bila berhadapan
dengan ilham masih ada walaupun sekarang ilham dah cakap
lembut dengannya.
Habis ? pagi ngan tengahari awak makan apa?
Er… ada biskut skit tadi. Mai makanlah.
Biskut ?
Yer..maaflah Mai habiskan, tak banyak pun.ada dua tiga keping
je.
Ya Allah..jadi awak tak makan nasi lagilah ni?
Mai hanya menggeleng.
Takpalah, nanti lepas isyak kita pergi makan. Mai pergi solat
isyak dulu.
Mai hanya mengangguk..
Usai solat,Mai bergegas bersiap.
Dia memandang baju dalam almarinya ,
‘’apa aku nak pakai ni, aku bukannya ada baju lawa.
Emm, pakai ni jelah.
Usai siap ,Mai turun. Sebaik turun,ilham sudah siap menunggu di
ruang tamu. Mai menghampiri ilham.
Encik ilham dah lama ke tunggu?maaf Mai lambat skit.
Ehh, takpa, saya baru je turun tadi. Jom?
Sepanjang perjalanan ,Mai hanya memerhati keluar tingkap
kereta. Terpegun seketika. Maklumlah ni pertama kali dia
keluar malam sejak datang ke Kuala Lumpur.
‘’Cantiknya…’’ katanya perlahan tetapi ilham mendengarnya.
Kesian jugak melihat Mai kerana Mai tidak pernah dibawa
bersiar-siar.
Ye. Cantik kan?
Terima kasih encik ilham.
Takpe,..lagipun kita tak pernah keluar sama kan.
Maisara hanya tersenyum sepi. Masih takut dengan encik ilham.
Tersilap langkah rosak mood ilham nanti.
Okay …..dah sampai. Jom?
Eh….kita nak makan kat sini ke encik ilham?
Yelah..napa?
Tapi Mai tak biasa tempat besar macam ni. Nanti Mai malukan
encik je.
Takda apalah. Jom’’kata ilham terus memegang tangan
Maisara.
Mai terkejut tetapi merelakan. Dia takut akan encik ilham.
Di dalam restoran..
Mai nak makan apa?’’
Apa-apa jelah..
Nasi goreng kampung boleh?
Mai hanya mengangguk.
Ilham melihat Mai yang tidak memandang kiri kanan sewaktu
menghabiskan makanannya.
Kesiannya , lapar sangat agaknya. Ya Allah, kejamnya aku. Dia rela
menahan lapar kerana aku. Bukakanlah hatiku untuk menerimanya.kata
Ilham di dalam hati.
Mai dah kenyang?
Alhamdulillah ..
Dalam perjalanan pulang, Mai hanya diamkan diri . takutnya masih ada.
Takut tersalah cakap yang boleh mengundang kemarahan ilham.
Errr… encik?
Ye? Kenapa Mai?
Terima kasih..
Ilham hanya tersenyum
Sama-sama..
Esok kita pergi beli barang dapur ye?
Encik tak kerja esok?
Saya ambik cuti.takkan nak biarkan Mai pergi sendiri.esok kita pergi ye?
Mai hanya mengangguk ..
Keesokkannya ………….
Kita sarapan dulu? Jom?
Ilham memimpin tangan Mai dan Mai hanya mengikut. Perasaan takutnya
masih ada.
Usai membeli barangan dapur, Ilham memandu ke arah sebuah mall.
Mai hairan..encik nak beli barang ke kat sini?
Ha ah. Jom..
Ilham mengajak Mai masuk ke sebuah kedai menjual barangan wanita.
Apa kita buat kat sini?tanya Mai kehairanan.
Ooo Encik nak belikan untuk girlfriend ek…..Mai mengagak saja.
Ye..dia sama saiz dengan Mai. Mai tolong pilih boleh?
Mai hanya mengangguk. Dia hanya menuruti tanpa mengesyaki apa apa.
Kerana dia tahu dia tidak layak.
Emmm..yang ni cantik encik, ni pun cantik
Ok, awak pilih 10 helai baju ok? Kasut awak pilih 2 pasang.
Baik encik.
Ilham hanya memerhatikan gelagat Mai. Dia tahu Mai takut padanya setelah
apa yang berlaku. Yelah selama ini, ilham seorang yang lemah lembut pada
perempuan. Selepas kejadian itu, ilham jadi seorang yang baran bila di
depan Mai.
Dah pilih semuanya encik. Beritahu Mai.
Ok, saya bayar kejap.
Ye encik. Mai tunggu kat luar ye encik.
K, tunggu tau, jangan pergi mana mana.
Mai terasa sebak seketika. Namun dia redha dengan takdirnya.
Mai terpandang kedai sebelah yang menjual barang kemas. Mai hanya
melihat daripada luar. Dia terpandang seutas rantai yang dipamerkan .
Cantiknya ….katanya di dalam hati.
Tanpa disedari, ilham memandangnya. Lama….
Mai melihat harga rantai itu,.RM 2000?????mahalnya..
Mai terasa hampa, terlalu mahal buatnya.
Mai???panggil ilham di belakang.
Tengok apa tu?
Eh, takde apa encik. Dah siap ke? Mari Mai tolong bawakkan.
Eh takpe, saya boleh bawak.
Jom kita masuk kedai ni jap?
Ilham menarik tangan Mai masuk ke kedai itu. Mai hanya
menurut.
Ye encik? Encik cari apa?
Ilham melihat cincin yang terpamer ..
Rantai kat depan tu ada set dengan cincin?
Oo ada . tunggu sekejap ye encik. Saya ambilkan.
Ni dia encik.
Ilham mengambil cincin dan menyuruh Mai mencubanya.
Mai , cuba jap.
Ilham menyarungkannya ke jari Mai.
Hmm… elok…oklah, saya ambik set ni ye.
Ok, ni dia encik.
Thank you.
Jom Mai…
Kita makan tengahari dulu sebelum balik ye?
Mai hanya mengangguk sepi.
Sampai di rumah, Mai terus mengangkat barang yang dibeli. Siap
berkemas, Mai terus ke biliknya. Penat sungguh.
Tanpa berlengah, Mai mengambil wudhuk. Dah terlewat zohor.
Usai solat, Mai baring keletihan. Lama termenung, airmatanya menitis
tanpa disedari. Mai akhirnya terlelap sendiri.
Sementara ilham berehat di ruang tamu.
Lama duduk, tidak nampak kelibat Mai sejak balik tadi.
Mana Mai ni. Lamanya solat? Katanya dalam hati.
Ilham beranikan diri ke bilik Mai .ilham mengetuk pintu tapi tidak
dibuka. Ilham membuka pintu, Nampak sekujur tubuh sedang lena.
Ya Allah…tidur rupanya.penat sangat agaknya.
Ilham duduk di sisi Mai yang sedang lena. Lama dia memerhati. Lama..dia
perasan ada kesan airmata di wajah Mai.
Dia menangis tadi..?
Ilham mengusap kepala Mai perlahan – lahan..perasaan bersalah
menghantui dirinya.
“maafkan abang sebab terlalu banyak menyeksa Mai..” kata hatinya.
Ilham mengucup dahi mai perlahan-lahan.
Mai terlalu penat sampai langsung tak sedar kelakuan suaminya itu.
Lama juga mai lena. Bangun –bangun dah asar.
Ya Allah, dah asar.
Mai cepat-cepat pergi ke bilik air, dia perlu bersihkan diri. Rasa melekit
seluruh badan.
Usai asar,
Mai keluar , Nampak ilham tengah tengah menonton tv.
Mai menghampiri suaminya itu.
Encik…
Eh..dah bangun dah..
Maaf, mai tertidur. Encik nak minum?
Hmmm..boleh jugak..kopi boleh? Minta ilham sambil tersenyum.
Mai mengangguk .
Nah encik..kopi..
Mai tak minum sekali?
Takpelah , encik minumlah. Mai nak buat kerja sikit.
Mai…
Ye?
Duduk jap? Saya nak cakap.
mai hanya menurut.
Errr..encik ilham dah buat keputusan ke?
Keputusan?tanya ilham kehairanan.
Ilham mengerut dahinya kehairanan.
Keputusan apa?
Keputusan lepaskan Mai. Mai dah sedia tapi…boleh Mai kerja kat
sini lagi? Mai takda sesapa kat sini. Mai tak tahu nak pergi mana..
boleh encik?
Katanya sambil tertunduk sayu.
Tak…bukan yang tu saya nak cakap.jangan risau , saya takkan
lepaskan awak.
Encik jangan buat keputusan hanya kerana kesiankan saya, encik
kan dah ada girlfriend..mesti encik nak kahwin nantikan…
Tak adalah Mai. Mai tunggu jap ye?
Mai….tegur ilham sambil membawa barang yang dibeli tadi.
Eh? Ni bukan barang yang encik beli tadi?
Encik nak suruh saya bungkuskan ke?
Ya Allah…napa dia baik sangat..kata hatinya.
Takdalah..ni semua untuk Mai. Abang belikan untuk Mai..
Encik gurau ke? Takkanlah ..Mai tak layak untuk semua ni. Ni
semua barang mahal.
Betul…semua ni untuk Mai
Ilham menyarungkan cincin pada jari Mai dan memakaikan rantai
pada lehernya.
Mai hanya tergamam..
Tapi encik..
Abang nak mintak maaf dengan Mai atas semua yang abang dah
lakukan pada Mai, Abang tak pernah anggap Mai isteri abang,
dan sekarang abang dah sedar semua ni bukan salah Mai. Abang
yang taknak terima takdir.
Mai ditakdirkan jadi isteri abang. Maafkan abang Mai.
Encik jangan macam ni…
Maafkan abang…
Mulai hari ni kita bina hidup baru ye?
Kita lupakan yang keruh, kita ambik yang jernih..ye?
Encik sukakan Mira, encik cintakan dia. Encik dah lupakan dia?
Mai, Mira tak pernah ada perasaan dekat abang, abang yang
terlalu memaksa dia.
Kita takkan bahagia kalau kita memaksa seseorang untuk
sukakan kita walaupun kita terlalu sukakan dia.
Abang kena terima, semua salah abang. Kalau abang tak
terlalu mendesak, semua ni takkan jadi.Mira takkan lari.
Dan encik takkan kahwin dengan orang gaji encik sendiri
kan? Sambung Mai.
Tak Mai, jangan cakap macam tu. Mulai hari ni abang
taknak Mai cakap cm tu lagi. Mai isteri abang, bukan orang
gaji abang lagi..
Please…jangan cakap macam tu lagi ye?
Ilham terus memeluk erat Mai dan mencium ubun ubun
isterinya itu. Dia sangat kesal dengan apa yang dia lakukan
pada Mai yang selalu baik padanya.
Maafkan abang .
Ilham tahu sekarang kerana dia, Mai dah susah untuk
mengukir senyuman dan selalu ketakutan.
Mai terdiam sepi. Airmatanya menitis laju terkenangkan
nasibnya sebelum ni.
Duka yang terpendam keluar bersama dengan esakan tangis
Maisara menandakan dia terlalu terluka.
Abang janji akan kembalikan senyuman Mai dan buat Mai
bahagia. Katanya dalam hati. Dia tahu Mai banyak
menderita atas sikapnya selama mereka kahwin. Maisara
dihukum atas kesalahan orang lain.
Akhirnya Ilham dan Mai hidup bahagia dengan cinta yang
penuh ikhlas dan mereka dikurniakan seorang anak yang
comel menyerikan lagi rumahtangga mereka.
-TAMAT-