The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by irsyad roslan, 2024-06-24 09:28:00

LAPORAN GISO SKIL 2024

LAPORAN GISO SKIL 2024

LAPORAN GISO PENGEMBARAAN MAHASISWA UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA GLOBAL ISLAMIC STUDENTS OUTREACH (GISO) SKIL 2024: KEMBARA EKSPLORASI BUYA HAMKA TARIKH 21 FEBRUARI – 27 FEBRUARI 2024 TEMPAT BUKIT TINGGI, INDONESIA KELAB SAHABAT KEMBARA ILMU UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSI


ISI KANDUNGAN 1.0 LAPORAN PROGRAM ................................................................................. 3 2.0 LAPORAN KEWANGAN............................................................................... 4 2.1 LaporanPendapatan ...................................................................................................................4 2.2 LaporanPerbelanjaan................................................................................................................4 2.3 LaporanAktivitiKeusahawanan................................................................................................5 2.4 Lampiran (Salinan Resit)..........................................................................................................7 3.0 LAPORAN IMPAK ....................................................................................... 9 3.1 ImpakKepadaPeserta ..................................................................................................................9 3.2 ImpakKepadaUniversiti..........................................................................................................10 3.3 ImpakKepadaKomuniti ...........................................................................................................11 4.0 RINGKASAN AKTIVITI DILAKSANAKAN...................................................... 11 4.1 Rumah PuisiTaufik Ismail........................................................................................................11 4.3 SurauNagariBatipuh .................................................................................................................12 4.4 NagariTuoPariangan.................................................................................................................13 4.5 Sman 1 Payakumbuh, Padang Panjang ...................................................................................13 4.6 MAN 2 Kota Payakumbuh.......................................................................................................14 4.7 MTsN 1 Kota Payakumbuh ......................................................................................................15 4.8 SD Kota Payakumbuh ...............................................................................................................15 4.9 Muzium Rumah KelahiranBuyaHamkaPengisian Program.....................................................15 4.10 UniversitasAndalas.................................................................................................................16 5.0 SENARAI AKTIVITI TUJAHAN GISO ............................................................ 17 6.0 GAMBAR AKTIVITI ................................................................................... 18 7.0 SOFT COPY GAMBAR (Capaian Google Drive)............................................ 34 8.0 SOFT COPY VIDEO (Capaian Google Drive) ............................................... 34 9.0 SOFT COPYE-BOOK (Capaian Google Drive).............................................. 34 10.0 SENARAI NAMA AHLI PENGEMBARAAN ..................................................... 34 11.0 PENGESAHAN .......................................................................................... 36


1.0 LAPORAN PROGRAM a. Tajuk: Kembara Buya Hamka b. Tarikh: 21 – 27 Febuari 2024 c. Penganjur: Kelab Sahabat Kembara Ilmu (SKIL) d. Sinopsis Lengkap Program : Pada 21 Febuari sehingga 27 Febuari 2024, kelab Sahabat Kembara Ilmu (USIM) yang bernaung dibawah perpustakaan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah mengadakan sebuah program pengantarabangsaan iaitu Global Islamic Student Outreach (GISO) yang bertempat ni Padang, Indonesia. Program ini melibatkan 13 orang pelajar yang terdiri dari pelbagai fakulti seperti Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Fakulti Pengajian Bahasa Utama, Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Fakulti Ekonomi dan Muamalat serta Fakulti Syariah dan Undang-Undang diiringi oleh seorang pegawai dari pihak Jabatan Perpustakaan yang juga salah seorang penasihat SKIL. Sebahagian dari peserta program ini adalah pelajar tahun akhir dan yang lainnya masih berbaki beberapa semester di USIM. Program yang berjalan sekitar 7 hari ini mendapat sambutan dan diterima dengan baik oleh pihak lokasi yang dilawati terutamanya di empat buah sekolah, pihak perpustakaan di Universiti Andalas dan pelbagai tempat-tempat yang kami lawati. Setiap tempat yang kami lawati mempunyai sejarah yang tersendiri serta mempunyai tarikan yang menarik. Selain itu, kami telah berhubung dengan sekolah-sekolah dan tempat yang ingin dilawati terlebih dahulu melalui emel dan juga Whatsapp untuk memastikan kelancaran program yang bakal dilaksanakan. Antara persediaan awal yang kami telah laksanakan antaranya dengan membeli tiket penerbangan pergi dan balik untuk mendapatkan harga yang lebih rendah. Program ini memerlukan kepada komitmen yang tinggi dalam kalangan peserta di mana sumber kewangan sangat terhad kerana kekurangan tajaan dan sumbangan menyebabkan setiap peserta perlu mengeluarkan sebahagian besar wang perbelanjaan melalui diri sendiri. GISO SKIL pada kali ini adalah yang pertama diadakan selepas berlakunya peristiwa Covid-19 yang menyebabkan seluruh aktiviti melibatkan pengantarabangsaan tergendala. Hal ini mempengaruhi pengetahuan yang dimiliki oleh peserta mengenai program pengantarabangsaan tersebut kerana kurang pendedahan setelah beberapa tahun tidak


diadakan tetapi kami berjaya untuk menyelesaikan program pengantarabangsaan ini dengan lancar dan berharap Program GISO ini tetap akan diteruskan pada masa yang akan datang. 2.0 LAPORAN KEWANGAN 2.1 LaporanPendapatan Folio Perkara Bilangan SubJumlah Debit Kredit 1 Dana PengantarabangsaanUniversiti (HEP) - RM 6,300.00 RM 6,300.00 - 2 YuranKomitmen - RM 14,000.00 RM 14,000.00 - 3 Yuran - RM 1,500.00 RM 1,500.00 - 4 Penjanaan - RM 1,420.60 RM 1,420.60 - 5 Penajaan - RM 2,140.00 RM 2,140.00 - 2.2 LaporanPerbelanjaan Folio Perkara Bilangan SubJumlah Debit Kredit 1 BayaranPenginapan Dan Pengangkutan 14 orang RM 1100.00 - RM 15,400.00 2 TiketKapal Terbang 14 orang RM 525.05 - RM 7,350.75 3 Insurans 14 orang RM 27.75 - RM 388.50 4 Makan 14 orang RM 50.00 - RM 700.00 5 Makanmalam 14 orang RM 30.00 - RM 420.00


6 Banner 1 banner RM 64.00 - RM 64.00 7 Tiketlawatan 14 orang RM 50.00 - RM 700.00 8 Barang Program 1 RM 90.35 - RM 90.35 9 Agihanlebihanduitkepadapeserta 14 orang RM 19.00 RM 247.00 JUMLAH (RM) RM 25,360.60 RM 25,360.60 2.3 LaporanAktivitiKeusahawanan Aktiviti keusahawanan telah dijalankan bagi megurangkan kos yang perlu ditanggung oleh para peserta untuk menyertai GISO ke Bukit Tinggi, Indonesia. Semua peserta telah bekerjasama dan mengambil bahagian dalam menjayakan aktiviti keusahawanan yang telah dirancang dengan sebaik mungkin. Aktiviti yang telah dijalankan adalah menjual buku dan menjual makanan dan minuman. Bagi jualan buku ini, kami menjadi dropship di bawah syarikat Jejak Tarbiah. Buku-buku ini akan diambil oleh wakil peserta di syarikat mereka di Bangi, sebelum program berlangsung dan syarikat mereka menyediakan kelengkapan jualan seperti ipad, kotak duit, banner dan lain-lain. Jualan ini telah dilaksanakan sebanyak dua kali. Kali pertama semasa program Kerjaya anjuran Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina pada 7/6/202 di lobi Perpustakaan USIM. Hasil daripada jualan ini sebanyak RM518.48. Kali kedua pula, kami membuka gerai di lobi perpustaakan USIM juga semasa Sambutan Ulang Tahun USIM ke 23, jualan ini berlangsung selama 2 hari iaitu pada 22 dan 23 Jun 2023. Hasil daripada jualan kali kedua ini adalah RM490.12. Pelbagai persediaan yang telah dibuat bagi memastikan jualan ini berjaya seperti jadual bagi pegiliran menjaga gerai, poster serta ayat hebahan dan sedikit kajian tentang buku-buku yang telah dijual. Para peserta bertanggungjawab dengan menghadirkan diri mengikut jadual untuk menjaga gerai jualan. Jadi, hasil keuntungan daripada dua jualan ini berjumlah RM1,108.60. Selain itu, kami juga membuka gerai makanan dan minuman sekiranya peganjur program menyediakan tapak jualan untuk disewa. Antara program yang telah kami sertai adalahKarnival Kerjaya USIM X My Future Jobs bertempat di Dewan Tuanku Canselor


USIM pada 4 & 5 November 2023. Pelbagi menu makanan yang telah dijual seperti donut, kentang putar, popia carbonara dan air detox. Persiapan dan percangan telah dibuat seminggu sebelum program dijalankan. Gerai ini telah dijaga oleh peserta giso sendiri mengikut jadual yang telah ditetapkan. Seterusnya, kami membuka Car Boot di Pusat Sukan sempena SUFA pada 18 November 2023. Kami masih menjual makanan dan minuman seperti sosej, bebola, air keladi dan air detox. Pada 16 December 2023, kami menyertai Car Boot Sale bersempena Karnival Alumni di Pusat Sukan Usim. Jualan ini mendapat sambutan yang baik daripada ahli keluarga alumin dan pelajar. Ini merupakan program terakhir yang telah kami sertai bagi membuka gerai jualan. Selain daripada membuka gerai, kami juga telah menjual tauhu bergedil dan popia carbonara secara pickup atau cod. Dua Kumpulan terlah dibahagikan untuk penyediaan dua makanan itu. Setiap peserta diberikan tugas masing-masing seperti menggoreng, membuat kicap, menghantar pesanan dan mengambil order. Pesanan akan di ambil seminggu sekali. Sebanyak 8 batch yang berjaya dijual bagi tauhu bergedil dan 3 batch bagi jualan popia carbonara sepanjang tempoh itu. Hasil daripada jualan makanan dan minuman ini adalah RM412.00. Antara cabaran yang dihadapi semasa menjalankan aktiviti keusahawanan ini adalah kurang mendapat sambutan semasa berniaga. Hal ini disebabkan oleh tempat dan waktu yang dijalankan kurang sesuai dan kurang mendapat sambutan daripada para pelajar. Selain itu, keuntungan yang diperolehi kurang memberangsangkan dan terdapat juga jaualan yang tiada untung. Seterusnya, terdapat beberapa orang antara kami yang tidak boleh memberi komitmen semasa jualan berlangsung disebabkan mempunyai komitmen lain yang perlu diutamakan dan menyebabkan orang yang sama sahaja yang menjaga gerai. Akan tetapi cabaran yang dihadapi ini tidak menjatuhkan semangat para peserta untuk terus menjual. Oleh itu, aktiviti keusahawanan ini mampu mengurangkan kos yuran komitmen bagi setiap peserta. Jumlah keseluruhan Penjanaan yang diperolehi melalui aktiviti keusahawanan ini adalah RM 1420.60. Walaupun tidak mencapai sasaran yang ditetapkan, tetapi masih dapat menambah pendapatan kumpulan kami. Selain itu, para peserta juga dapat mempelajari ilmu baru iaitu ilmu perniagaan. Ilmu perniagaan ini dapat menjadikan sumber pendapatan seseorang sekiranya di amalkan. Jadi, aktiviti keusahawanan ini memberikan kesan yang positif kepada semua peserta Giso.


2.4 Lampiran (Salinan Resit)


3.0 LAPORAN IMPAK 3.1 ImpakKepadaPeserta Program pengantarabangsaan di Bukit Tinggi, Indonesia pada kali ini memberikan impak yang mendalam kepada para peserta melalui pelbagai aktiviti yang dianjurkan seperti melawat sekolah-sekolah di Kawasan Payakumbuh Indonesia, peserta mendapat peluang berharga untuk memahami sistem pendidikan dan budaya pembelajaran di Indonesia. Interaksi dengan pelajar dan guru setempat bukan sahaja memperkaya pengetahuan akademik mereka, tetapi juga membuka minda mereka terhadap kepelbagaian cara pengajaran dan pembelajaran yang diamalkan di negara jiran. Pengalaman ini mampu meningkatkan kemahiran komunikasi antara budaya serta membina hubungan persahabatan antarabangsa dan meningkatkan taraf keyakinan peserta untuk berinteraksi bersama pelajar mahupun penduduk setempat. Selain itu, lawatan ke perpustakaan Universiti Andalas dan muzium Buya Hamka memberikan pendedahan mendalam tentang sejarah, budaya, dan sastera Indonesia. Di perpustakaan, peserta dapat mengetahui perkhidmatan yang diadakan serta mengetahui setiap sudut yang berbeza kerana di perpustakaan tersebut mempunyai 4 aras dan setiap aras menpunyai aras yang berbeza-beza dan kami dapat mengetahui kelainan yang terdapat di Perpustakaan Universiti Sains Islam Malaysia dan juga di Perpustakaan Universiti Andalas. Sementara di muzium Buya Hamka, mereka belajar tentang tokoh sastera dan intelektual Indonesia yang terkenal, menambah kefahaman mereka tentang perjuangan dan sumbangan Hamka kepada masyarakat. Lawatan ini bukan sahaja memberi inspirasi tetapi juga memperkukuhkan rasa hormat dan minat terhadap warisan intelektual Indonesia. Tambahan pula, kunjungan ke Rumah Minangkabau dan tempat-tempat bersejarah lain di Bukit Tinggi, Indonesia menawarkan peserta peluang untuk menghayati keunikan seni bina dan tradisi budaya tempatan. Pengalaman langsung melihat dan merasai kehidupan masyarakat Minangkabau, dengan adat resam dan kesenian mereka, memberikan dimensi baharu dalam pemahaman peserta tentang kepelbagaian budaya. Program ini bukan sahaja menggalakkan apresiasi budaya tetapi juga membina kesedaran yang lebih mendalam tentang pentingnya memelihara warisan budaya dalam dunia yang semakin global. Kesemua aktiviti ini secara kolektif menjadikan program pengantarabangsaan ini satu platform pembelajaran yang holistik dan transformatif bagi para peserta.


3.2 ImpakKepadaUniversiti Program pengantaraanbangsaan yang dilakukan in melibatkan pelajar Usim ke Indonesia. Jika dilihat impak kepada university sangat luas setelah program ini selesai. Antaranya adalah memberikan impak positif kepada universiti melalui pengalaman langsung yang memperluas pandangan pelajar, kepelbagaian budaya di kampus dan tempat. Selain itu, dapat mengukuhkan kepelbagaian budaya apabila pelajar kembali dari lawatan, mereka boleh berkongsi pengalaman mereka dengan komuniti universiti. Ini membantu mengembangkan dan meluaskan kehidupan pelajar lain yang mungkin tidak mempunyai peluang untuk melakukan program tersebut. Dapat mengeratkan hubungan antara USIM dengan institusi di Indonesia untuk membolehkan pelajar melakukan program yang sama di masa akan dating. Hal ini kerana dapat memperluas rangkaian universiti dan potensi untuk kerjasama diantara universiti dan antarabangsa. Ianya juga dapat meningkatan prestasi universiti dengan aktiviti budaya dan pendidikan yang memberi impak positif kepada prestasi universiti. Ini dapat menarik minat pelajar antarabangsa untuk mengikuti program di pengantarabangsaan di Malaysia. Sebagai contoh, SMAN 1 payakumbuh telah berkunjung ke USIM bagi menjayakan program mereka. Oleh itu, program pengantarabangsaan ke Indonesia bukan sahaja memberi faedah kepada pelajar secara peribadi, tetapi juga memberi impak positif kepada universiti melalui pengukuhan kebudayaan, pengetahuan, dan peningkatan prestasi serta jaringan antarabangsa. Ianya dapat memberikan pengetahuan melalui lawatan ke tempat-tempat bersejarah dan institusi akademik, serta membuka peluang untuk pembinaan hubungan antarabangsa yang boleh meningkatkan prestasi universiti dan memperluas rangkaian kerjasama dengan institusi di luar negara.


3.3 ImpakKepadaKomuniti Terdapat pelbagai ilmu yang dapatkan kami tukarkan terhadap komuniti masyarakat yang kami temui sama ada para pelajar sekolah dan universiti, penduduk kampung mahupu ndalam kalanga npeniaga dalam usaha untuk memenuhi keperluan elemen pemindahan ilmu. Antara yang dapat kami kongsikanadalahpermainantradisional yang diamalkan oleh masyarakatmelayu di Malaysia suatuketikadahulusepertiChapteh, batu Seremban dan permainan BOTOL KICAP dan kami jugamemperagakanpakaian-pakaian yang digunakan oleh Masyarakat Malaysia yang berbilang kaumseperti Baju MelayuCekak Musang dan TelukBelanga, pelbagaijenis baju kurung dan kebaya, Cheongsam, Baju Etnik di Sabah dan pelbagailagi dan kami disambutdenganmeriahdisanadenganmenengkapgambarbersamapelajar di Sekolah di sana. Ini membuktikanbahawakomunitidisanacaknadenganapa yang kami persembahkan. Kami juga diberipeluanguntukmerasaipelbagaimakanan yang menjaditradisimasyarakat di Indonesia khususnyadalamkalanganpendudukMinangseperti pisang goreng yang dimakanbersamapulutsertabanyaklagi. Kami juga diberi pendedahan tentang budaya masyarakat disana sejak turun temurun melalui pemerhatian kami ketika berkunjung ke Rumah Budaya Fadli Zon yang menerangkan bagaimana adat pepatih boleh berada di Malaysia dan susur galur dalam segala suku-suku yang ada disana, termasuklah disajikan dengan tarian Piring yang berasal dari masyarakat Minang. Kesedaran sikap bertanggungjawab dalam memelihara budaya dan tradisi ini perlu kita contohi demi mengekalkanidentitisesuatubangsa. 4.0 RINGKASAN AKTIVITI DILAKSANAKAN 4.1 Rumah PuisiTaufik Ismail Pelajar dapat mengenali tokoh yang terlahir dari tanah asli Minang antaranya Haji Abdul Malik Karim Amrullah atau lebih dikenali sebagai Buya hamka. Pelajar juga dapat memahami maksud tersirat mahupun cara penggunaan sesuatu aksesori dan peralatan seperti


keris yang digunakan oleh masyarakat Minang suatu ketika dahulu. Serta pendedahan tentang sejarah berkaitan Minang serta puisi-puisi dalam masyarakat Minang yang disampaikan oleh Mak Katik. Mak Katik atau nama penuhnya Musra Dahrizal Katik Rajo Mangkuto iaitu ahli sejarawan Minang yang pakar mengenai tentang Minang. Beliau juga memberi perkongsian tentang Minang dan bagaimana Malaysia juga mempunyai Adat Pepatih yang berasal dari Minangkabau. Selepas itu, kami diberi peluang untuk mendengar puisi dalam Dialek Minangkabau serta membaca puisi berlatar belakangkan Gunung Singgalang. 4.2 Pusat Dokumentasi Dan InformasiKebudayaan Minangkabau Merasai pengalaman berada didalam rumah minangkabau yang dinamakan sebagai muzium Bustanil Arifin atau PDIKM.Disana mereka memanggilnya rumah gadang bermaksud rumah besar, lalu merasai sendiri memasuki rumah gadang tersebut. Rumah yang sangat luas, ukiran yang penuh makna dan setiap yang dibuat mempunyai tujuan yang tertentu. Sebagai contoh tingkap yang dibuat kebiasannya dipasang diluar bingkai dengan kata lain jika mahu menutup tingkap kita perlu mengeluarkan tangan keluar untuk mencapai tingkap, berbeza dengan rumah gadang tingkapnya dipasang di bahagian dalam rumah dengan kata lain sekiranya mahu menutup tingkap boleh tutup dari dalam tidak perlu mengeluarkan tangan. Hal ini kerana jika ada serangan musuh dari luar maka tidak akan tercedara kerana tidak perlu keluarkan tangan. Seterunya tiang rumah yang dipasang secara senget yang disangka tidak kukuh tetapi sebenarnya lebih kukuh daripada tiang dipasang tegak hal ini kerana ianya dapat menahan gegeran disebabkan gempa bumi atau getaran daripada gunung berapi. Selain itu, terdapat beberapa hasil yang didapati iaitu dapat melihat dan merasai suasana berada di dalam rumah gadang serta dapat menambah pengetahuan baru berkaitan ciri-ciri pembinaan rumah gadang serta sebab-sebab binaan di dalam rumah tersebut dibina begitu. 4.3 SurauNagariBatipuh Sepanjang program dapat memperkuat silaturahim dan persaudaraan di antara kami. Dalam program ini, kami akan berkumpul dan berinteraksi satu sama lain selama perjalanan dan kegiatan di Surau Nagari Batipuh. Melalui momen-momen bersama seperti berdiskusi, bertukar cerita, saling membantu, dan melakukan aktivitas bersama-sama, ikatan persaudaraan di antara mereka akan semakin erat. Perasaan kebersamaan dan kekeluargaan


ini dapat menumbuhkan rasa solidariti, empati, dan kepedulian terhadap sesama. Silaturahim yang terjalin dengan baik dapat menjadi modal penting dalam membangun hubungan yang harmoni dan saling menguatkan di masa depan. Program ini juga dapat meningkatkan kesadaran untuk melestarikan dan menjaga peninggalan sejarah. Melalui kunjungan dan pengenalan terhadap Surau Nagari Batipuh, kami memperoleh pemahaman yang lebih mendalam tentang nilai-nilai dan makna penting yang terkandung dalam peninggalan sejarah tersebut. Mereka akan menyadari bahwa peninggalan sejarah seperti Surau Nagari Batipuh merupakan warisan budaya yang tidak ternilai harganya dan menjadi bagian dari identiti bangsa Indonesia. Kesadaran ini akan mendorong peserta untuk turut berpartisipasi dalam upaya pelestarian dan pemeliharaan peninggalan sejarah, baik secara langsung maupun tidak langsung. 4.4 NagariTuoPariangan Melalui program ini, kami bersama-sama menikmati keindahan desa nagari tuo paringan. Di sini kami melakukan aktiviti di mana kami memperkenalkan makanan traditional Malaysia kepada penduduk di desa ini. Selain itu, kami juga berkesempatan untuk bersilaturahim bersama penduduk di desa ini. Apa yang menarik di desa ini, mereka melayan kami tidak seperti orang asing. Mereka juga menjamu makanan kepada kami sambil bercerita tentang keindahan dan keistimewaan desa ini. Banyak ilmu-ilmu dan pengajaran yang kami dapat sepanjang kami melakukan aktiviti di desa ini. 4.5 Sman 1 Payakumbuh, Padang Panjang Melalui program di sekolah ini kami dapat mengetahui tentang sistem pembelajaran dan pengajaran yang digunakan di sekolah tersebut: Melalui perkongsian daripada para pelajar tersebut, kami juga dapat membandingkan sistem pembelajaran di Malaysia dan berkongsi bersama mereka. Rata-rata mengatakan bahawa sebagai seorang pelajar, mereka juga mempunyai impian untuk menyambung pelajaran di Malaysia selepas tamat persekolahan. Dapat berkongsi pengalaman dan memberi suntikan semangat kepada para pelajar: Program ini memberi peluang kepada kami untuk berkongsi pengalaman tentang kehidupan sebagai seorang pelajar universiti. Tambahan juga, kebanyakan para pelajar tersebut merupakan anak anak yang mempunyai cita-cita tinggi untuk menjadi seorang


pelajar yang cemerlang. Kami juga memberi pendedahan tentangkampus dan fasiliti di USIM, pelajar dari Indonesia akan mendapat peluang untuk melawat kampus USIM secara ‘virtual’ dan melihat sendiri fasiliti-fasiliti yang disediakan seperti makmal, perpustakaan, pusat kebudayaan, dan kemudahan rekreasi. Ini memberi mereka gambaran yang jelas tentang persekitaran pembelajaran di USIM. Kami juga mempromosi Peluang Pengajian di USIMbertujuan untuk mempromosikan peluang pengajian di USIM kepada pelajar dari Indonesia. Dengan memberi mereka gambaran yang menyeluruh tentang program-program yang ditawarkan, keperluan kelayakan, dan proses permohonan, pelajar dapat membuat keputusan yang lebih berinformasi mengenai melanjutkan pengajian di USIM.Melalui program ini, USIM dapat membina hubungan yang lebih kukuh dengan sekolah-sekolah menengah di Indonesia. Ini membuka pintu untuk kerjasama lebih lanjut dalam bidang pendidikan, pertukaran pelajar, dan peningkatan pemahaman antara kedua-dua negara. 4.6 MAN 2 Kota Payakumbuh Program dimulakan dengan sambutan dari wakil MAN 2 yang menarikan tarian traditional mereka sebagai tanda selamat datang. Usai dari bacaan doa, majlis diteruskan dengan ucapan alu-aluan dari Kepala Sekolah MAN 2 dan pengiring program, Puan Rozana binti Kamdani.Acara diteruskan dengan pertunjukan tarian piring dari kumpulan penari MAN 2 dan diikuti dengan pembentangan dari wakil Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Pembentangan tersebut menceritakan serba sedikit mengenai latar belakang USIM dan disambung dengan aktiviti peragaan pakaian tradisional Malaysia. Antara pakaian tradisional Malaysia yang diperagakan adalah Baju Melayu termasuk Teluk Belanga dan Baju Melayu Cekak Musang, Baju Kurung Kedah dan Pahang, Baju Kebarung, Baju Layang, Baju Songket, Baju Batik Malaysia, Baju Kurta dan Kurti, Baju Samah dan Cheongsam.Antara pengisian semasa peragaaan baju tradisional adalah pembentangan asal usul dan ciri-ciri pakaian tradisional Malaysia serta persembahan silat dan tarian zapin. Persembahan tersebut disambut hangat oleh pelajar-pelajar yang terlibat dalam Program Silang Budaya. Program berakhir dengan sesi bergambar antara peserta GISO USIM dan pelajar MAN2.


4.7 MTsN 1 Kota Payakumbuh Untuk program tiada persiapan awal kerana sekolah ini tiada di dalam senarai lawatan tetapi pada saat akhir pemandu van memaklumkan bahawa pihak sekolah bersedia menerima lawatan pihak kami dan aktiviti yang telah dijalankan adalah hasil perbincangan pada hari kejadian. Kami membawa modul yang sama. Untuk program tersebut dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Pengetua MTSN 1 dan diikuti dengan ucapan pengiring program, Puan Rozana binti Kamdani.Menyaksikan persembahan nasyid dan pidato daripada wakil sekolah MTSN 1.Mengenalkan permainan tradisional Malaysia kepada pelajar-pelajar MTSN 1 seperti batu seremban, cerper dan chapteh dan memberi peluang kepada mereka untuk beramain mainan tersebut.Daripada program ini kami dapat melihat perbezaan antara pemidato di Malaysia dan Indonesia dan kami dapat memperkenalkan permainan tradisional Malaysia kepada pelajar-pelajar di sana. 4.8 SD Kota Payakumbuh Untuk program ini juga tiada persiapan awal kerana sekolah ini tiada di dalam senarai lawatan tetapi pada saat akhir pemandu van memaklumkan bahawa pihak sekolah bersedia menerima lawatan pihak kami. Program ini dimulakan dengan aktiviti energizermenggunakan lagu-lagu ciptaan rakyat Malaysia seperti “Kelentang Kelentong” dengan mewakilkan beberapa peserta GISO berada di hadapan pelajar untuk menjadi contoh kepada mereka.Mengenalkan permainan tradisional Malaysia kepada pelajar-pelajar MTSN 1 seperti batu seremban, cerper dan chapteh dan memberi peluang kepada mereka untuk beramain mainan tersebut.Dapat memperkenalkan permainan tradisional Malaysia kepada pelajarpelajar di sana. 4.9 Muzium Rumah KelahiranBuyaHamkaPengisian Program Pelajari lebih dalam tentang kehidupan dan karya-karya Buya Hamka.Lebih mengetahui kehidupan peribadi Buya Hamka.Dapat menyentuh alat mainan Buya Hamka ketika kecil hingga permainan alat muzik kesukaan Buya Hamka.Dapat mengetahuai lebih dalam mengenai biodata hamka, perjalan hidup beliau dalam menuntut ilmu dan


menyebarkan ilmu. Dapat berjumpa dengan anak/ adik kepada hamka yang masih menjaga dan memihara Kawasan perumahan beliau. 4.10 UniversitasAndalas Tiba di Universitas Andalas pada hari ke-6 lawatan yang kami adakan pada jam 8 pagi. Ketibaan kami disambut dengan sangat baik oleh pegawai-pegawai perpustakaan di sana. Lalu kami diiring masuk ke dalam perpustakaan Universitas Andalas yang sangat besar dan menarik. Lawatan serta pemindahan ilmu yang dilakukan dimulakan dengan kata alualuan dari pengerusi majlis pihak Universitas Andalas. Kami juga disediakan makanan ringan atau ”refreshments” sebagai alas perut sepanjang sesi perkongsian. Perkongsian ilmu dimulakan dengan perkongsian ilmu dari pihak Universitas Andalas. Penerangan yang cukup baik serta memberi pendedahan baru kepada kami sebagai mahasiswa/i di Malaysia. Kemudian, sesi diteruskan sesi pencerahan dari Puan Rozana selaku guru pengiring kami untuk berkongsi ilmu. Penerangan yang sangat jelas serta ada perkara baru yang tidak diketahui oleh pihak pengurusan Universitas Andalas bahkan kami sebagai mahasiswa/i USIM juga belajar banyak perkara baru. Mengadakan sesi melawat sekitar perpustakaan atau lebih senang disebut sebagai ”Library Tour”. Terlalu banyak fasiliti bahagian yang sangat menarik terdapat di perpustakaan Universitas Andalas tidak terdapat di perpustakaan USIM sendiri. Sebagai contoh, Minangkabau Corner, American Corner dan sebagainya. Setelah 1 jam melawat kawasan perpustakaan tersebut, kami mengambil gambar bersama, dan bersurai.


5.0 SENARAI AKTIVITI TUJAHAN GISO Bil. Nama Program Jam program Komponen Catatan 1. Rumah Puisi Taufiq Ismail 2 Jam Pemindahan Ilmu 2. Pusat Dokumentasi dan Informasi Kebudayaan Minangkabau 2 Jam Pemindahan Ilmu 3. Surau Nagari Batipuh 1 Jam 30 minit Libatsama Masyarakat 4. Nagari Tuo Pariangan 1 Jam 30 minit Libatsama Masyarakat 5. SMAN 1 Payakumbuh 4 Jam Pemindahan Ilmu 6. MTSN 1 Payakumbuh 1 Jam 30 minit Pertukaran Budaya 7. MAN 2 Payakumbuh 2 Jam Pertukaran Budaya 8. SD Kota Payakumbuh 2 Jam Pertukaran Budaya 9. Muzium Rumah Kelahiran Buya Hamka 3 Jam Pemindahan Ilmu


10. Universitas Andalas 3 Jam Pemindahan Ilmu 6.0 GAMBAR AKTIVITI Perjumpaan untuk amanat terakhir bersama Penaung Kelab Sahabat Kembara Ilmu serta penasihat iaitu Puan Azzah dan Encik Yazid di bilik mesyuarat perpustakaan.


Di KLIA2 sebelum berangkat ke Lapangan Terbang Minangkabau, Indonesia Program Semrak Sastera Puisi dan diskuri ilmiah bersama kakitangan RPTI. Setelah tiba disana, kami diberikan taklimat daripada Mak Katik sambil tour didalam RPTI ketika berada di Rumah Puisi Taufiq Ismail. Bergambar di belakang RPTI


Mendengar pengkongsian lebih lanjut berkaitan RPTI di dalam bilik mesyuarat ini. Bergambar bersama dengan salah seorang yang memberikan pengkongsian berkaitan Minangkabau di Indonesia.


Bergambar di luar kawasan Pusat Dokumentasi dan Informasi Kebudayaan Minangkabau. Kawasan perumahan di Nagari Tuo Pariangan yang dihujani dengan debu hitam. Kawasan perumahan ini dikenali sebagai rumah adat tradisional yang disebut sebagai Rumah Gadang yang bermaksud rumah besar


Pelajar Giso Skil iaitu Syazdiana sedang memberikan penerangan berkaitan makanan tradisional iaitu dodol daripada Malaysia kepada salah seorang penduduk di Nagari Tuo Pariangan. Pelajar GISO iaitu saudara Afiq memberi makanan tradisonal dan menjelaskan kepada penghuni yang berada di sekitar kawasan Nagari Tuo Pariangan.


Bergambar kenangan bersama pelajar dan guru di SMAN 1 PAYAKUMBUH. Sesi bergambar dengan pentadbir SMAN 1 Payakumbuh sebelum menjamu selera.


Sesi mempromosikan Universiti Sains Islam Malaysia kepada para pelajar Indonesia di SMAN 1 Payakumbuh, Padang Panjang Persembahan tarian daripada pelajar MAN 2 PAYAKUMBUH ketika ketibaan daripada pelajar USIM.


Pelajar MAN 2 PAYAKUMBUH mendengar pembentangan dan melihat setiap busana pakaian tradisional yang dipersembahkan oleh pelajar USIM. Bersama pelajar MAN 2 PAYAKUMBUH dengan busana pakaian baju batik tradisonal Malaysia.


Di MTSN 1 PAYAKUMBUH disambut dengan persembahan nasyid oleh pelajar-pelajar MTSN 1 PAYAKUMBUH. Alunan suara mereka yang sangat merdu apabila didengari.


Pelajar USIM Bergambar bersama pelajar MTSN 1 PAYAKUMBUH setelah selesai program di sini. Program di MTSN 1 PAYAKUMBUH adalah sepak bulu ayam untuk pelajar lelaki. Mereka sangat seronok dengan permainan sepak bulu ayam.


Sesi temu ramah bersama kepala sekolah MTSN 1 PAYAKUMBUH tentang sekolah dan pelajar di sini. Melakukan tarian senam robik bersama pelajar MTSN 1 PAYAKUMBUH yang dibarisi semua ahli SKIL di hadapan, di tepi dan di belakang pelajar.


Bergambar setelah tamat program di MTSN 1 PAYAKUMBUH bersama kepala sekolahnya. Bergambar di Istana Basa Pagaruyung.


Bergambar bersama anak bongsu Buya Hamka. Bergambar di Surau Nagari Batipuh bersama pelajar yang belajar mengaji dan solat di surau ini pada waktu petang


Mereka yang sedang belajar solat dan membaca setiap bacaan dalam solat beramai-ramai. Sesi perbincangan 2 hala universitas Andalas dan USIM yang diketuai oleh Puan Rozana Binti Kamdani dari USIM. Sesi ini juga melibatkan secara dalam talian bersama dengan kakitangan pegawai perpustakaan di USIM.


Sesi menerima cenderamata Puan Rozana binti Kamdani bersama PengarahPerpustakaanUniversiti Andalas. Bergambar peserta GISO SKIL bersama kakitangan universitas Andalas setelah selesai program.


Melawat salah satu tempat bersejarah di Indonesia, iaitu Lubang Japang di Bukit Tinggi.


Bergambar di Lapangan Terbang Minangkabau, Indonesia sebelum pulang ke Malaysia. 7.0 SOFT COPY GAMBAR (Capaian Google Drive) https://drive.google.com/drive/folders/1-1V_AvHIyHxwfWlBXVSlr0uuPgaXED9d 8.0 SOFT COPY VIDEO (Capaian Google Drive) https://drive.google.com/drive/folders/1Bacx727gJZEDXWXgkctUYgTQ1-sHEckk 9.0 SOFT COPYE-BOOK (Capaian Google Drive) 10.0 SENARAI NAMA AHLI PENGEMBARAAN a) Nama Pegawai Pengiring: Puan Rozana Binti Kamdani


b) Jawatan: Pustakawan Kanan c) Jabatan: Perpustakaan BIL NAMA NO MATRIK PROGRAM FAKULTI KOLEJ KEDIAMAN 1. Ahmad Al Ehsan Bin Rozman 1201373 Dakwah dan Pengurusan Islam FKP Desa Jati 2. Nur Syazdiana Fazlin Binti Yusoff 1201288 Pengajian AlQuran dan Sunnah FPQS Anggerik Court 3. Muhammad Irsyad Bin Mohd Roslan 1201420 Dakwah dan Pengurusan Islam FKP Desa Anggerik 4. Muhammad Danial Haikal Bin Hamizi 1201428 Dakwah dan Pengurusan Islam FKP Desa Anggerik 5. Nur Zulaika Binti Kamaruddin 1200863 Perbankan dan Kewangan Islam FEM Puncak Jati 6. Hafsah Binti Mohd Amin 1212184 Sarjama Muda Syariah Industri Halal FSU Desa Jati 7. Nurul Akmaliah Binti Mhd Zain 1212723 Pentadbiran Korporat FEM Desa Jati 8. Muhammad Afiq Bin Samuddin 1212596 Pentadbiran Muamalat FEM Desa Anggerik 9. Noor Shahirah Binti Jamaluddin 1212784 Media Baharu dan Komunikasi FKP Mesahill


10. Erfan Zaki Bin Md Noor 1202713 Dakwah dan Pengurusan Islam FKP Desa Anggerik 11. Nur Fatin Wafiqah Binti Yusof 1210324 Bahasa Inggeris dan Perdagangan FPBU Mesahill 12. Mohamad Afiq Bin Rosli 1210362 Bahasa Arab dan kesusasteraan FPBU Desa Anggerik 13. Rana Rabihah Binti Mohd Zamri 1212783 Media Baharu dan Komunikasi FKP Mesahill 11.0 PENGESAHAN Disediakan oleh: Disemak oleh: Diperakui oleh:


Click to View FlipBook Version