The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

GARIS PANDUAN PERTANDINGAN KARNIVAL PENDIDIKAN KAUNSELING KERJAYA DAERAH SENTUL

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-26416364, 2021-08-18 22:34:20

GARIS PANDUAN PERTANDINGAN

GARIS PANDUAN PERTANDINGAN KARNIVAL PENDIDIKAN KAUNSELING KERJAYA DAERAH SENTUL

GARIS PANDUAN PERTANDINGAN
KARNIVAL PENDIDIKAN KAUNSELING

KERJAYA SEKOLAH MENENGAH
PERINGKAT DAERAH SENTUL TAHUN

2021

TEMA : KESEJAHTERAAN MENTAL
TONGGAK KECEMERLANGAN BEKERJAYA

TARIKH : 8 HINGGA 9 SEPTEMBER 2021
HARI : RABU DAN KHAMIS
PLATFORM : ATAS TALIAN

KARNIVAL PENDIDIKAN KAUNSELING KERJAYA
SEKOLAH MENENGAH

PERINGKAT DAERAH SENTUL TAHUN 2021

1

Senarai Kandungan Halaman
1. Garis Panduan Pertandingan 3
2. Garis Panduan Penghakiman Umum 3
3. Peringkat Pertandingan 3
4. Pertandingan
a. Pertandingan Young Motivator 4
b. Pertandingan Tik Tok Kerjaya 8
c. Pertandingan Rekabentuk Infografik 12
d. Pertandingan Video Digital 16

2

GARIS PANDUAN PERTANDINGAN (UMUM)
1. Setiap sekolah perlu menghantar penyertaan sekurang-kurangnya 2
pertandingan.
2. Pendaftaran awal pertandingan pada 20 hingga 24 Ogos 2021.
3. Penghantaran hasil/penyertaan pertandingan pada 25 Ogos hingga 3
September 2021.
4. Penghakiman pertandingan akan diadakan pada 8 September 2021.
5. Keputusan pertandingan akan diumumkan pada 9 September 2021.
6. Garis Panduan Pertandingan, Borang Pendaftaran, Borang Penyertaan dan Buku
Program Majlis Penutupan boleh didapati di https://mylink.la/mgkdaerahsentul
7. Penyertaan yang tidak memenuhi garis panduan pertandingan akan dibatalkan
dan tidak layak menerima sijil penyertaan.

GARIS PANDUAN PENGHAKIMAN (UMUM)
1. Setiap pertandingan akan diadili oleh tiga orang hakim.
2. Untuk pertandingan peringkat zon, hakim adalah terdiri daripada guru
kaunseling dari zon lain.
3. Keputusan hakim adalah muktamad.

PERINGKAT PERTANDINGAN PERINGKAT DAERAH
i. Semua pertandingan akan dipertandingkan mengikut kategori.
ii. Pemenang pertama dan kedua layak mewakili zon / daerah ke pertandingan
peringkat negeri.

3

GARIS PANDUAN PERTANDINGAN
KARNIVAL PENDIDIKAN KAUNSELING

KERJAYA SEKOLAH MENENGAH
PERINGKAT DAERAH SENTUL TAHUN

2021

KATEGORI : YOUNG MOTIVATOR
MENENGAH RENDAH
MENENGAH ATAS

4

OBJEKTIF
1. Menguji kemahiran murid untuk bercakap di khalayak ramai.
2. Meningkatkan keyakinan diri murid.
3. Mencungkil bakat murid dan memperkembangkannya melalui platform yang tepat.
4. Membentuk keyakinan diri dan kreativiti pelajar dalam proses penyebaran

maklumat secara berkesan.

SYARAT PENYERTAAN
1. Peserta adalah terdiri dari murid MENENGAH ATAS dan MENENGAH RENDAH.

Bagi sekolah yang memilih untuk menyertai Pertandingan Young Motivator WAJIB
menghantar seorang peserta bagi setiap kategori.
2. Penyertaan adalah secara individu.
3. Peserta diminta memperkenalkan diri TANPA menyebut nama sekolah.
4. Topik mestilah berfokus kepada tema iaitu “Kesejahteraan Mental Tonggak
Kecemerlangan Bekerjaya”.
5. Masa yang diperuntukkan adalah selama 5 hingga 7 minit.
6. Video rakaman hendaklah yang asal dan tidak boleh disunting.
7. Penggunaan alatan persembahan dan muzik latar adalah dibenarkan dan
tidak mengganggu persembahan peserta.
8. Penyampaian hendaklah dalam BAHASA MELAYU sepenuhnya. Peserta mestilah
menggunakan bahasa yang formal dan sopan.
9. Pertandingan adalah melalui penghantaran video kepada pihak penganjur selewat-
lewatnya 03 SEPTEMBER 2021 pada atau sebelum jam 5.00 petang di pautan
Google Form penyertaan. Format video ialah mp4.
10. Tiada pemberian markah selepas 7 minit persembahan.
11. Pakaian peserta adalah bebas mengikut kreativiti sekolah masing-masing dengan
syarat sopan dan tidak mencolok mata.
12. Peserta tidak dibenarkan mengemukakan kritikan terhadap isu sentitif yang
berkaitan dengan agama, bangsa, politik, jantina, kebudayaan dan keperibadian
seseorang.

5

13. Video yang dihasilkan menjadi hak milik penganjur dan peserta tidak boleh
menyebarkan video tersebut sebelum tarikh pertandingan berakhir. Penyertaan
boleh dibatalkan serta merta jika syarat ini tidak dipatuhi.

14. Keputusan hakim adalah muktamad. Sebarang rayuan tidak akan diterima.
15. Penyertaan yang tidak memenuhi syarat pertandingan akan dibatalkan dan tidak

layak menerima sijil penyertaan.
PEMARKAHAN
1. Bahasa dan ketepatan isi mengikut tema (30 markah)
2. Gaya penyampaian (30 markah) – bahasa badan, mimik muka, nada suara dan

intonasi
3. Kreativiti (20 markah)
4. Penampilan dan Perwatakan (15 markah)
5. Ketepatan Masa (5 markah)

HAKIM
1. Hakim terdiri daripada kalangan Guru Bimbingan dan Kaunseling yang dilantik.
2. Ketua Hakim : Bahasa dan ketepatan isi mengikut tema serta ketepatan masa.
3. Hakim 2 : Gaya penyampaian
4. Hakim 3 : Kreativiti, penampilan dan perwatakan.

6

KARNIVAL PENDIDIKAN KAUNSELING KERJAYA
SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT DAERAH SENTUL TAHUN 2021

BORANG PEMARKAHAN
PERTANDINGAN YOUNG MOTIVATOR

DAERAH : SENTUL
SEKOLAH : _____________________________________________________

BIL ASPEK KETERANGAN MARKAH MARKAH
PENILAIAN PENUH DIPEROLEHI

Bahasa dan
ketepatan isi
1 mengikut 30

tema 30
20
2 Gaya bahasa badan, mimik muka, nada 15
penyampaian suara dan intonasi
5
3 Kreativiti 100

Penampilan
4 dan

Perwatakan

5 Ketepatan
Masa

JUMLAH

Tandatangan Disahkan oleh

………………………………………… ………..……………………………….

( ) ( )
Hakim Ketua Hakim

7

GARIS PANDUAN PERTANDINGAN
KARNIVAL PENDIDIKAN KAUNSELING

KERJAYA SEKOLAH MENENGAH
PERINGKAT DAERAH SENTUL TAHUN

2021

KATEGORI : TIK TOK KERJAYA
MENENGAH RENDAH
MENENGAH ATAS

8

OBJEKTIF
1. Mengumpul maklumat berkenaan kerjaya terpilih.

2. Menyampaikan maklumat kerjaya dengan menggunakan cara yang kreatif.

3. Meningkatkan minat untuk mendalami penerokaan tentang kerjaya yang diminati
dan bersesuaian dengan diri sendiri.

4. Mempraktikkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dengan berasaskan
Pembelajaran Abad ke 21 dalam penerokaan kerjaya.

SYARAT PENYERTAAN
1. Penyertaan terbahagi kepada dua kategori: MENENGAH ATAS dan MENENGAH

RENDAH. Bagi sekolah yang memilih untuk menyertai Pertandingan Tik Tok
Kerjaya WAJIB menghantar seorang peserta bagi setiap kategori.
2. Penyertaan adalah secara individu.
3. Peserta diminta memperkenalkan diri TANPA menyebut nama sekolah.
4. Topik mestilah berfokus kepada tema iaitu “Kerjaya Impianku”.
5. Masa yang diperuntukkan adalah selama 2 minit.
6. Video rakaman Tik Tok hendaklah yang asal dan boleh disunting.
7. Pemilihan muzik latar perlu bersesuaian dengan tema.
8. Penyampaian hendaklah dalam BAHASA MELAYU sepenuhnya. Peserta mestilah
menggunakan bahasa yang formal dan sopan.
9. Pertandingan adalah melalui penghantaran video kepada pihak penganjur selewat-
lewatnya 3 September 2021 pada atau sebelum jam 5.00 petang melalui Google
Form penyertaan. Format video ialah mp4 menggunakan aplikasi Tik Tok.
10. Format nama video mesti disertai nama peserta dan kategori penyertaan, contoh :
Menengah Atas(MA –NAMA PESERTA)
Menengah Rendah(MR – NAMA PESERTA)
11. Pakaian peserta mengikut model kerjaya yang dipilih dengan syarat sopan dan
tidak mencolok mata.
12. Aksi dan gaya penyampaian mestilah tidak keterlaluan dan sesuai untuk tontonan
masyarakat umum.

9

13. Video yang dihasilkan tidak boleh mengandungi sebarang elemen atau unsur-unsur
negatif dan menyalahi undang-undang.

14. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan atau
kehilangan yang dialami semasa menyertai pertandingan ini.

15. Peserta tidak dibenarkan mengemukakan kritikan terhadap isu sensitif yang
berkaitan dengan agama, bangsa, politik, jantina, kebudayaan dan keperibadian
seseorang.

16. Video yang dihasilkan menjadi hak milik penganjur dan peserta tidak boleh
menyebarkan video tersebut sebelum tarikh pertandingan berakhir. Penyertaan
boleh dibatalkan serta merta jika syarat ini tidak dipatuhi.

17. Pihak penganjur mempunyai kuasa mutlak dan berhak untuk meminda terma dan
syarat pertandingan ini pada bila-bila masa sekiranya difikirkan patut dan perlu.

18. Keputusan hakim adalah muktamad. Sebarang rayuan tidak akan diterima.
19. Penyertaan yang tidak memenuhi syarat pertandingan akan dibatalkan dan tidak

layak menerima sijil penyertaan.
20. Persembahan akan merangkumi :

i. Ketepatan maklumat
ii. Model kerjaya
iii. Kreativiti persembahan
21. HAKIM
i. Hakim terdiri daripada kalangan Guru Bimbingan dan Kaunseling yang

dilantik.
ii. Hakim menilai semua aspek penilaian.
iii. Keputusan Hakim adalah muktamad.

10

KARNIVAL PENDIDIKAN KAUNSELING KERJAYA
SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT DAERAH SENTUL TAHUN 2021

BORANG PEMARKAHAN
PERTANDINGAN TIK TOK KERJAYA

BIL ASPEK KETERANGAN MARKAH MARKAH
PENILAIAN PENUH DIPEROLEHI
Deskripsi kerjaya –
Ketepatan Pengenalan kerjaya 10
1 Maklumat Tret Personaliti - IMK
Persekitaran kerjaya – 10
(50 Markah) cabaran kerja, tempat
Kelayakan akademik 15
Model Kerjaya Ketepatan penampilan
2 Lengkap/tidak lengkap 15
10
(20 Markah) 10

Bahasa dan gaya penyampaian 10
10
Kreativiti 10
Persembahan Kesungguhan dan jalan cerita
3 yang menarik

(30 Markah)

Penggunaan ‘effects’ yang
menarik dan bersesuaian

11

GARIS PANDUAN PERTANDINGAN
KARNIVAL PENDIDIKAN KAUNSELING

KERJAYA SEKOLAH MENENGAH
PERINGKAT DAERAH SENTUL TAHUN

2021

KATEGORI : REKABENTUK INFOGRAFIK

12

PENDAHULUAN
Setiap murid mempunyai kebolehan kreativiti yang pelbagai. Selaras dengan aspirasi
murid di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Negara yang berhasrat untuk
melahirkan murid-murid yang kreatif maka penghasilan Pertandingan Rekabentuk
Infografik diadakan.

OBJEKTIF
1. Mempertingkatkan kefahaman dan pengetahuan murid-murid sekolah tentang isu

kesejahteraan mental.
2. Memberi kemahiran untuk menyatukan pemikiran dan kefahaman tentang

kesejahteraan mental melalui infografik.
3. Mencungkil bakat murid dalam merekabentuk bagi menghasilkan infografik

kesejahteraan mental yang menarik.

SASARAN
Semua murid sekolah menengah

SYARAT PENYERTAAN
1. Pertandingan ini adalah terbuka kepada semua murid sekolah menengah yang

sedang belajar di sekolah kerajaan Daerah Sentul, Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur.
2. Penyertaan secara individu.
3. Satu sekolah hanya boleh menghantar satu penyertaan sahaja.
4. Terbuka kepada semua tingkatan.
5. Rekabentuk infografik hendaklah dicipta mengikut tema yang telah ditetapkan
(Kesejahteraan Mental) selaras dengan tema karnival Kesejahteraan Mental
Tonggak Kecemerlangan Bekerjaya.
6. Hasil rekabentuk infografik murid perlu tulen dan tidak boleh diplagiat.
7. Unsur-unsur negatif tidak dibenarkan dalam rekabentuk infografik.
8. Hasil penyertaan tidak boleh mengandungi logo sekolah, nama sekolah dan nama
murid.

13

9. Hasil penyertaan murid perlu dihantar kepada penyelaras pertandingan melalui
Google Form pada atau sebelum 03 September 2021 iaitu sebelum sesi
penghakiman berlangsung.

10. Keputusan hakim adalah MUKTAMAD berdasarkan syarat pemarkahan yang telah
ditetapkan. Penyertaan yang tidak menepati syarat yang telah ditetapkan tidak
layak mendapat sijil.

11. Setiap penyertaan mestilah mendapat pengesahan atau pemakluman pengetua dan
sokongan guru bimbingan dan kaunseling sekolah.

GARIS PANDUAN PERTANDINGAN

1. Hasil penyertaan murid perlu dihantar kepada penyelaras pertandingan melalui
Google Form pada atau sebelum 03 September 2021 iaitu sebelum sesi
penghakiman berlangsung.

2. Hasil rekabentuk infografik yang mengandungi logo sekolah, nama sekolah dan
nama murid akan dibatalkan penyertaan.

3. Hasil rekabentuk infografik perlu bertemakan kesejahteraan mental.

4. Layout infografik adalah bebas sama ada menegak (potrait) atau melintang
(landscape), tetapi tertakluk kepada ratio berikut :

Ratio Landscape 1.19 : 1 Contoh : (2.38 inci x 2 inci) atau (4.76 cm x 4 cm)

Ratio Potrait 4 : 5 Contoh : (8 inci x 10 inci) atau (12 cm x 15 cm)

5. Penggunaan bahan adalah bebas tanpa unsur negatif, plagiat serta mendatangkan
fitnah.

6. Murid boleh menggunakan sebarang peranti atau laptop (keupayaan untuk infografik)
yang mempunyai sebarang aplikasi yang boleh digunakan untuk rekabentuk infografik.
(disediakan sendiri oleh peserta)

7. Aplikasi grafik (graphic design software) adalah bebas yang siap dipasang (install) di
laptop masing-masing. (tidak dibekalkan oleh urus setia)

8. Hasil rekabentuk infografik disimpan dalam format JPEG / PNG.

9. Penggunaan warna adalah bebas.

10. Tidak dipengaruhi oleh hasil-hasil yang telah dicetak. Mesti hasil ciptaan sendiri. (asli
dan tulen)

11. Keputusan hakim adalah MUKTAMAD berdasarkan syarat pemarkahan yang telah
ditetapkan .

14

KARNIVAL PENDIDIKAN KAUNSELING KERJAYA
SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT DAERAH SENTUL TAHUN 2021

BORANG PEMARKAHAN
PERTANDINGAN REKABENTUK INFOGRAFIK

DAERAH : SENTUL

SEKOLAH : _____________________________________________________

BIL ASPEK KETERANGAN MARKAH MARKAH
PENUH DIPEROLEHI
PENILAIAN
10
Kapsyen yang bersesuaian dengan tema
wajib dimasukkan di dalam poster. Muka
1 Tema taip (tipografi) hendaklah jelas dan

mudah dibaca.

Hasil infografik menggambarkan
informasi Kesejahteraan Mental:

2 Interpretasi • Berfokus 20
• Fakta adalah tepat

• Sumber (sekiranya ada)

3 Olahan Pemilihan warna yang menarik dan sesuai 10
Warna 10

Infografik hasil ciptaan sendiri. Hasil 10
4 Keaslian infografik tidak pernah di siarkan di 10
mana-mana pertandingan sebelum ini 10
10
Kemas, bersih dan halus. Penggunaan 100
5 Kekemasan unsur-unsur seni (garisan, bentuk, ruang,
warna, jalinan)

6 Rekaletak Kemahiran menggunakan ruang yang
seimbang

7 Ilustrasi Keupayaan meletak imej dengan tepat dan
menarik

8 Kreativiti Keupayaan menghasilkan infografik yang
menarik

JUMLAH

Tandatangan Disahkan oleh;

………………………………………… ………..……………………………….
() ()
Hakim Ketua Hakim

15

GARIS PANDUAN PERTANDINGAN
KARNIVAL PENDIDIKAN KAUNSELING

KERJAYA SEKOLAH MENENGAH
PERINGKAT DAERAH SENTUL TAHUN

2021

KATEGORI : VIDEO DIGITAL

16

PENDAHULUAN
Setiap murid mempunyai kebolehan kreativiti yang pelbagai. Selaras dengan aspirasi
murid di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Negara yang berhasrat untuk
melahirkan murid-murid yang kreatif maka penghasilan Pertandingan Video Digital
diadakan.

OBJEKTIF
1. Menyediakan platform dan mengiktiraf hasil kerja murid yang terlibat di dalam

bidang kerjaya multimedia.
2. Untuk melahirkan generasi muda yang sentiasa dapat menghasilkan karya kreatif

yang menerapkan nilai-nilai murni.
3. Untuk memberi dorongan dan galakkan kepada murid-murid yang sentiasa kreatif

di dalam menghasilkan video digital yang berkualiti.
4. Bagi mencungkil bakat baharu di dalam bidang industri kreatif daripada kalangan

murid-murid di sekolah.

SASARAN
Semua murid sekolah menengah

SYARAT PENYERTAAN
1. Pertandingan ini adalah terbuka kepada semua murid sekolah menengah yang

sedang belajar di sekolah kerajaan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
2. Satu sekolah hanya boleh menghantar satu penyertaan sahaja.
3. Video Digital hendaklah dicipta mengikut tema yang telah ditetapkan

Kesejahteraan Mental Tonggak Kecemerlangan Bekerjaya.
4. Bahasa yang digunakan dalam video digital ialah Bahasa Melayu atau Bahasa

Inggeris. Tidak dibenarkan mencampur adukkan bahasa dalam satu video.
5. Tempoh durasi produksi mestilah tidak melebihi 3 minit dan tidak kurang dari 2

minit. Video Digital yang dihasilkan mestilah tidak memaparkan isu-isu sensitif atau
kontroversi dari segi budaya, kaum, agama, politik, isu-isu perundangan dan
Perlembagaan Persekutuan.
6. Video Digital mestilah karya asal peserta dan tidak pernah memenangi anugerah
dalam mana-mana pertandingan/festival filem/video peringkat kebangsaan dan

17

antarabangsa.

7. Penyertaan akan dibatalkan sekiranya didapati hasil karya yang dikemukakan tidak
asli atau diciplak.

8. Semua hasil penyertaan video digital perlu dihantar kepada penyelaras
pertandingan melalui Google Form.

9. Penyertaan pertandingan perlu dihantar pada atau sebelum 3 September 2021.

10. Keputusan panel juri adalah MUKTAMAD. Sebarang bantahan tidak akan dilayan.

11. Peserta mestilah membenarkan pihak penganjur menggunakan produksi tersebut
bagi tujuan program pendidikan pihak penganjur serta promosi dan siaran di TV
atau media selepas pertandingan.

12. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap apa jua bentuk tuntutan
berkaitan dengan produksi terhadap peserta oleh mana-mana pihak yang
berkenaan.

13. Setiap penyertaan mestilah mendapat pengesahan atau pemakluman pengetua dan
sokongan guru bimbingan dan kaunseling sekolah.

GARIS PANDUAN PERTANDINGAN

1. Penghasilan video digital ini adalah secara individu dan terbuka kepada semua
tingkatan.

2. Hasil video digital perlu bertemakan Kesejahteraan Mental Tonggak
Kecemerlangan Bekerjaya.

3. Hasil video digital yang mengandungi logo sekolah, nama sekolah dan nama murid
akan dibatalkan penyertaan.

4. Aplikasi yang digunakan adalah bebas mengikut kreativiti para peserta.

5. Semua peserta hendaklah mengisi borang melalui Google Form yang telah
disediakan.

6. Hasil penyertaan murid akan dinilai oleh hakim yang dilantik oleh pihak penganjur.
Markah akan berdasarkan kepada informasi yang disampaikan di samping
kreativiti di dalam menghasilkan video digital tersebut.

7. Hasil video digital hendaklah dalam format MP4.

18

8. Video Digital yang dipertandingkan mestilah dihantar kepada Penyelaras
Pertandingan melalui Google Form, pada atau sebelum 3 September 2021.

9. Penyertaan yang tidak memenuhi syarat pertandingan akan dibatalkan dan tidak
layak menerima sijil penyertaan.

19

KARNIVAL PENDIDIKAN KAUNSELING KERJAYA
SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT DAERAH SENTUL TAHUN 2021

BORANG PEMARKAHAN
PERTANDINGAN VIDEO DIGITAL
DAERAH : SENTUL
SEKOLAH : _____________________________________________________

BIL ASPEK KETERANGAN MARKAH MARKAH
PENILAIAN PENUH DIPEROLEHI

Fokus kepada tajuk yang dipilih. 25

1 Maklumat / Fakta adalah tepat. 20
informasi Sumber dinyatakan sekiranya 20
ada. 10
Kapsyen yang bersesuaian. 10
10
Bahasa yang digunakan
2 Bahasa bersesuaian. 5
Mudah difahami. 100

Kemahiran menggunakan ruang /
Rekaletak / imej yang seimbang dan menarik.
3 ilustrasi Tulisan hendaklah jelas dan

mudah dibaca.

4 Audio Pemilihan lagu latar / kejelasan
suara.

5 Kreativiti Keupayaan menghasilkan video
digital yang menarik.

Hasil merupakan ciptaan sendiri.
Hasil tidak pernah disiarkan di
6 Keaslian mana-mana pertandingan

sebelum ini.

Mengikut durasi masa seperti
yang telah ditetapkan dalam

7 Durasi masa syarat pertandingan iaitu tidak
melebihi 3 minit dan tidak kurang
dari 2 minit.

JUMLAH

Tandatangan Disahkan oleh

………………………………………… ………..……………………………….

( ) ( )
Hakim Ketua Hakim

20


Click to View FlipBook Version