MAJLIS
SAMBUTAN MAULIDUR RASUL
& HARI GURU
PERINGKAT DAERAH PETALING
2021M/ 1443H
“BERGURU DEMI ILMU,
BINA GENERASI BAHARU”
21 8.45 PG
OKTOBER KHAMIS
12.30 TGH
2021M
Bersamaan
14 RABI’UL AWWAL 1443H
D irasmikan oleh:
AL-FADHIL TUAN MOHD ZAINI BIN RAMLI
PEGAWAI TADBIR AGAMA
PEJABAT AGAMA ISLAM
DAERAH PETALING
ATUR CARA
Sambutan Maulidur Rasul & Hari
Guru Peringkat Daerah Petaling
2021M /1443H
8.45 Pagi : Kehadiran Masuk Guru-guru & Tetamu Jemputan
9.00 P agi : Ceramah Khas Maulidur Rasul
10.00 Pagi : Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah petaling
: Alunan Asma’ul Husna
: Nyanyian Lagu Negaraku
: Nyanyian Lagu Negeri Selangor
: Bacaan Doa Oleh M o hd Marzohrin Bin Abdul Malek
: Ucapan Alu-Aluan Oleh Puan Nor Hidayati Binti Halimi
Penolong Pegawai Tadbir Agama Daerah (UPI Petaling)
: Ucapan Perasmian Oleh Al-Fadhil Tuan Mohd Zaini Bin Ramli
Pegawai Tadbir Agama Pejabat Agama Islam Daerah Petaling
: Nyanyian Lagu Tema Hari Guru
: Bacaan Ikrar Oleh Abdul Nasir Bin Hassan
: Pengumuman Anugerah Cemerlang Daerah Petaling 2021
: Montaj AJK PKG Daerah Petaling
12.30 : Majlis Bersurai “ BERGURU DEMI ILMU, BINA GENERASI BAHARU” 2
Tengah hari
Majlis SambutanHariGuru DaerahPetaling 2021
JAWATANKUASA MAJLIS
SAMBUTAN MAULIDUR RASUL & HARI GURU
PERINGKAT DAERAH PETALING
2021M /1443H
JAWATANKUASA INDUK
PENASIHAT:
PEGAWAI TADBIR AGAMA PEJABAT
AGAMA ISLAM DAERAH PETALING
PENGERUSI:
NOR HIDAYATI BINTI HALIMI
NAIB PENGERUSI:
MAZAINAH BINTI MOHD ROSLAN
MAIZAN BINTI MOHAMED SALLEH
JAMALIAH BINTI HASAN
SETIAUSAHA:
MOHD AZAHARIN BIN ISMAIL
BENDAHARI:
SARINAH BINTI MASRANI
“ BERGURU DEMI ILMU, BINA GENERASI BAHARU” 3
Majlis SambutanHariGuru DaerahPetaling 2021
JAWATANKUASA PELAKSANA
PENGACARA MAJLIS:
MOHD SAIFOL FAIROZ BIN OTHMAN
AMRI SALIZAD BIN MISKON
ROZINAH BINTI BIDIN
BACAAN DOA:
MOHD MARZOHRIN BIN ABDUL MALEK
SIARAYA & TEKNIKAL:
MOHD RAZIF BIN MOHAMAD SOM
BUKU PROGRAM:
NORAINI BINTI PUTEH
YUSLIWATI BINTI ADNAH
HADIAH PENERIMA & SIJIL:
ZAIRANI BINTI YAACOB PJK
PERSEMBAHAN :
AZMAN BIN MAHMUD
SENARAI NAMA PENERIMA ANUGERAH:
MAZAINAH BINTI MOHD ROSLAN
BACAAN IKRAR:
ABDUL NASIR BIN HASSAN
PENYAMBUT TETAMU & TUGAS KHAS:
ESA BIN MUSTOFA
HANIP BIN WASIMAN
SUHAIMI BIN MAHMUD
MUHAMMAD HANIF BIN MOHD YATIM
“ BERGURU DEMI ILMU, BINA GENERASI BAHARU” 4
Majlis SambutanHariGuru DaerahPetaling 2021
PN NOR HIDAYATI BINTI HALIMI
Terima kasih Saudara & Saudari Pengacara Majlis
Bismillahir Rahmanir Rahim Assalaamualaikum Warahmatullahi
Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Alhamdullilah, marilah kita memanjat kesyukuran ke hadrat Allah SWT
kerana dengan limpah kurnia dan keizinanNya jua, dapat kita dapat
berkumpul dalam satu majlis iaitu MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU
PERINGKAT DAERAH PETALING BAGI TAHUN 2021.
Sambutan Hari Guru merupakan satu majlis yang dianjurkan saban tahun.
Ia bertujuan untuk menghargai para guru yang telah menunjukkan
prestasi kerja dan nilai peribadi cemerlang dalam mendidik anak bangsa.
Sambutan ini juga dapat menyuntik semangat dan sebagai tanda
penghargaan kepada semua guru dalam memantapkan sistem Pendidikan
Negara.
Dalam usaha untuk menjadikan generasi gemilang, pendidik atau lebih
mesra digelar “Cikgu” atau “guru” memainkan peranan penting dengan
menyediakan kepimpinan & pengurusan yang berkualiti untuk melahirkan
sumber manusia dan modal insan yang berkualiti.
Peranan seorang guru yang melayakkan dirinya untuk menjadi role model
atau contoh tauladan yang baik kepada masyarakat dan murid ialah dapat
dilihat melalui pelbagai peranan yang dipikul sama ada secara langsung
mahupun tidak langsung. Seterusnya, guru hendaklah memiliki kebolehan
dalam menghasilkan sesuatu pengajaran kerana kebolehan dalam
menvariasikan pengajaran akan dapat mengelakkan kebosanan pada
murid sekaligus menimbulkan kekaguman bagi muridnya apabila melihat
kesungguhan pada guru mereka. Tidak mustahil seorang murid itu akan
menjadikan gurunya sebagai idola dalam menempa kejayaan.
“ BERGURU DEMI ILMU, BINA GENERASI BAHARU” 9
Majlis SambutanHariGuru DaerahPetaling 2021
Sebagai role model, guru adalah orang yang bertanggungjawab dalam
mencorakkan murid supaya menjadi manusia yang benar-benar berguna
terhadap masyarakat dan negaranya. Peranan guru sebagai pencorak
peribadi murid ialah mampu mencipta suasana harmoni sesama murid
agar menjadi insan yang boleh bertolak ansur dan bertanggungjwab.
Seorang guru yang terdidik dapat menyumbang kepada pembinaan sebuah
negara bangsa yang berjaya kerana guru yang baik bukan hanya
menekankan subjek yang diajar semata-mata tetapi turut memasukkan
nilai mulia dalam kalangan anak muridnya. Ramai guru yang boleh
mengajar tetapi tidak mendidik. Dengan kata lain, guru hanya mengajar
menurut apa yang terdapat dalam kertas tetapi guru yang ada jiwa
pendidik akan selalu berusaha mendekatkan muridnya dengan nilai moral
yang baik disamping selalu memberi nasihat berguna kepada muridnya.
Guru mempunyai pengaruh yang tinggi menentukan tindak tanduk anak
murid dan akan menjadi motivasi kepada muridnya. Peranan guru dalam
memberi nasihat dengan kasih sayang yang akan mempengaruhi tingkah
laku atau perkembangan murid ke arah positif. Guru sebagai agen
perubahan masyarakat sentiasa berada di barisan hadapan dalam
meniupkan kesedaran dan semangat murid mencapai kejayaan.
Saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada Unit Pendidikan Islam
Daerah (UPI) dan Pusat Kegiatan Guru (PKG) Daerah Petaling kerana telah
berjaya menganjurkan Majlis Sambutan Hari Guru peringkat daerah bagi
tahun 2021. SELAMAT HARI GURU KEPADA SEMUA PENDIDIK
KHUSUSNYA SEMUA GURU DAERAH PETALING
Sekian, Wabillahi tawfiq wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi
wabarakatuh.
“ BERGURU DEMI ILMU, BINA GENERASI BAHARU” 1
0
Majlis SambutanHariGuru DaerahPetaling 2021
AL-FADHIL TUAN MOHD ZAINI BIN RAMLI
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh dan salam sejahtera.
Alhamdullillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan rahmatNya
kita dapat meraikan sambutan Hari Guru pada hari ini. Saya ingin
merakamkan ucapan setulus penghargaan kepada semua warga pendidik
atas segala jasa dan pengorbanan anda semua mendidik anak bangsa dan
menyumbang kepada kemajuan Negara. Khususnya kepada pengurusan di
Unit Pendidikan Islam Daerah, Guru Besar, Ketua Guru, pentadbir-
pentadbir Sekolah Rendah Agama, KAFAI, Kelas Kafa Menengah (KKM) dan
prasekolah JAIS di daerah Petaling.
Tema hari guru pada tahun ini ialah “BERGURU DEMI ILMU, BINA
GENERASI BAHARU”. Tema ini memberi penekanan terhadap peranan
penting guru dalam memperkasa ilmu pengetahuan dan membina generasi
baharu seiring dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Sedar atau tidak,
kita telah melalui fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah
Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan pada masa kini Pelan Pemulihan
Negara (PPN). Ini bermakna selama beberapa bulan jugalah semua guru
tidak dapat ke sekolah berjumpa dengan murid.
Kebiasaanya, pada hari ini sekolah akan meriah dengan pelbagai aktiviti
sambutan Hari Guru. Tanggal 16 Mei setiap tahun merupakan tarikh
keramat yang amat besar maknanya kepada semua yang bergelar guru.
Namun, pada tahun ini suasana sambutan Hari Guru jauh berbeza. Hal ini
kerana kita masih lagi menangani penularan wabak COVID-19. Walau
bagaimanapun, ini tidak bermakna hari istimewa untuk guru tidak dapat
diraikan. Sumbangan, jasa, bakti dan pengorbanan para guru selama ini
tidak akan pernah dilupakan, bahkan akan terus dihargai dan tetap subur
dalam hati sanubari kita semua.
“ BERGURU DEMI ILMU, BINA GENERASI BAHARU” 11
Majlis SambutanHariGuru DaerahPetaling 2021
Penularan wabak COVID-19 telah banyak mengubah amalan pendidikan
di negara kita. Sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan
dilaksanakan, pengajaran dan pembelajaran tidak lagi dijalankan secara
bersemuka. Sebaliknya, guru menggunakan pelbagai kaedah lain untuk
berhubung dengan murid. Ramai yang menggunakan aplikasi dalam
talian seperti Google Classroom, cikgooTUBE dan Zoom untuk
melaksanakan pembelajaran di rumah atau home- based learning. Tidak
kurang juga guru yang menggunakan Whatsapp dan Telegram. Namun
saya sedar bahawa masih ada kekangan dalam melaksanakan
pembelajaran dalam talian di rumah kerana tidak semua murid
mempunyai akses Internet yang baik. Ramai juga yang tidak memiliki
peranti yang sesuai. Bagi murid dalam kumpulan ini, saya tahu guru telah
menggunakan pelbagai kaedah lain.
Apabila sekolah dibuka nanti, semua guru sentiasa bersedia untuk
memastikan SOP mengenai penjarakan sosial dan penjagaan kebersihan
diri yang telah ditetapkan dan dapat dipatuhi. SOP ini meliputi prosedur
mengenai ketibaan murid di sekolah, pergerakan ke bilik darjah, sususan
meja dalam bilik darjah, pergerakan di kantin dan pelbagai aspek lain.
Selain itu, proses pendigitalan dengan menggunakan platform dalam talian
atau pembelajaran maya akan terus diperkasa. Saya percaya ramai lagi
anak-anak kita yang mencapai kejayaan cemerlang dalam pelbagai bidang
yang tidak dapat saya sebutkan di sini satu persatu. Mereka adalah
harapan kita semua. Saya doakan mereka diberikan kejayaan cemerlang
dalam apa jua bidang yang diceburi.
Anugerah ini merupakan penghargaan tertinggi negara kepada guru-guru
yang telah mencurahkan khidmat bakti dan jasa yang tidak ternilai dalam
mendidik anak bangsa. Saya berharap anugerah ini akan menjadi
pembakar semangat kepada semua warga pendidik untuk terus bekerja
keras dan memberikan sumbangan yang terbaik dalam melonjakkan lagi
mutu pendidikan di negara kita.
“ BERGURU DEMI ILMU, BINA GENERASI BAHARU” 12
Majlis SambutanHariGuru DaerahPetaling 2021
Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim
saya dengan berbesar hati untuk
merasmikan program Sambutan Hari
Guru Peringkat Daerah Petaling bagi
tahun 2021.
Akhir kata, saya sekali lagi ingin
mengucapkan Selamat Hari Guru
kepada semua warga pendidik. Terima
kasih atas segala jasa dan pengorbanan
anda semua dalam mendidik anak
bangsa kita. “Syabas !! Terima kasih
guru!”
Wabillahi al-taufik wal hidayah
wassalamu'alaikum wa rahmatullahi wa
barakatuh
“ BERGURU DEMI ILMU, BINA GENERASI BAHARU” 13
Majlis SambutanHariGuru DaerahPetaling 2021
“ BERGURU DEMI ILMU, BINA GENERASI BAHARU” 16
Majlis SambutanHariGuru DaerahPetaling 2021
Guru Cemerlang KAFAI Zon 1
Guru Cemerlang KAFAI Zon 2
Guru Cemerlang KAFAI Zon 3
Guru Cemerlang KAFA Zon SRA
“ BERGURU DEMI ILMU, BINA GENERASI BAHARU” 17
Majlis SambutanHariGuru DaerahPetaling 2021
Guru Cemerlang KAFA Zon SRA
Guru Prasekolah Cemerlang
Guru Kontrak Cemerlang SRAI
Guru Tetap Cemerlang SRAI
“ BERGURU DEMI ILMU, BINA GENERASI BAHARU” 18
Majlis SambutanHariGuru DaerahPetaling 2021
Guru Tetap Cemerlang SRA
Ketua Guru KAFA Cemerlang Zon 1
Ketua Guru KAFA Cemerlang Zon 2
Ketua Guru KAFA Cemerlang Zon 3
“ BERGURU DEMI ILMU, BINA GENERASI BAHARU” 19
Majlis SambutanHariGuru DaerahPetaling 2021
Guru Besar Cemerlang
Guru Inovasi
PT Tetap / Kontrak SRA/ SRAI
Penyelia KAFA Cemerlang
“ BERGURU DEMI ILMU, BINA GENERASI BAHARU” 20
Majlis SambutanHariGuru DaerahPetaling 2021
Sekolah Cemerlang (Pengurusan) - SRA
Sekolah Cemerlang (Pengurusan) - KAFAI
Sekolah Cemerlang (Kokurikulum)
Guru Bersara
“ BERGURU DEMI ILMU, BINA GENERASI BAHARU” 21
Majlis SambutanHariGuru DaerahPetaling 2021
Guru Bersara
Guru Bersara
Guru Bersara
Guru Bersara
“ BERGURU DEMI ILMU, BINA GENERASI BAHARU” 22
Majlis SambutanHariGuru DaerahPetaling 2021
Tokoh Guru Lelaki
Tokoh Guru Perempuan
“ BERGURU DEMI ILMU, BINA GENERASI BAHARU” 23
SEKALUNG PENGHARGAAN
KEPADA
Pegawai Tadbir Agama Daerah Petaling
Penolong Pegawai Tadbir Agama
Daerah Petaling
Pegawai Sepanjang Hayat Daerah Petaling
Penyelia Kanan Pengurusan Daerah
Petaling Penyelia Akademik Daerah
Petaling Penyelia Kanan Naziran Daerah
Petaling Penyelia KAFA Daerah Petaling
Guru Besar SRA/SRAI, Ketua Guru KAFAI &
PraSekolah dan AJK yang terlibat .
Terima kasih …
20