The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by gracengzhiyee, 2022-07-10 07:43:10

Ibadah Haji

poster Ibadah Haji

Ibadah Haji

Ia merupakan rukun Islam yang kelima.

Ia merupakan ibadah kemuncak dan
wajib bagi setiap orang islam yang

mampu mengerjakannya dan berlaku
pada bulan Zulhijjah setiap tahun di

kota Mekah, Arab Saudi.

1. Ihrami

Ihrami merupakan keadaan kesamaan para
pengerja haji tanpa membezakan darjat dan
keturunan dalam mengerjakan ibadah haji.

Para hujjaj ( pengerja haji ) memakai
kain ihram di mana lelaki memakai
dua helai kain putih tanpa berjahit.

Niat ihram perlu dilakukan di
sempadan haji yang dipanggil 'Miqat'

bergantung arah mereka datang
sebelum memulakan ibadah haji.

2. Tawaf

Tawaf ialah ibadah dengan meneliling Ka'bah
sebanyak 7 kali sebagai mengenang binaan
Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail yang
menjadi kiblat solat seluruh umat Islam dunia.

Tawaf ibadah haji terbahagi kepada
3: 1. Tawaf Qudum : Dilakukan
sebaik sahaja tiba di Mekah
2. Tawaf Ifadah : Dilakukan selepas
melontar di Jamrah dan Tahallul
pada 10 Zulhijjah
3. Tawaf Wada' : Dilakukan sebelum
meninggalkan kota Mekah.

3. Sa'ie

Ia merupakan ibadah berlari-lari anak antara
Bukit Safa dan Bukit Marwah berhampiran
Masjidil Haram sebanyak 7 kali mengenang
peristiwa Siti Hajar, isteri Nabi Ibrahim yang

mencari air untuk anaknya Nabi Ismail.

Ia dilakukan selepas melakukan
Tawaf.

Sunat mengangkat kedua-dua tangan
ke arah Ka'bah setiap kali berada di

Bukit Safa dan Marwah serta
bertakbir 3 kali dan membaca

kalimah tauhid.

4. Wukuf di Arafah

Wukuf bererti berhenti atau berdiri di Padang
Arafah antara waktu Zohor 9 Zulhijjah sehingga
waktu Fajar 10 Zulhijjah. Para hujjaj digalakkan
berzikir dan memohon banyak pengampunan

dari Allah semasa Wukuf di Arafah.

Padang Arafah mengingatkan para
hujjaj tentang peristiwa Nabi Adam
dan Hawa yang diturunkan ke dunia

selepas dikeluarkan dari syurga,
kedua-duanya berpisah dan
dipertemukan semula.

5. Bermalam di Mina

& Mudzalifah

Para hujjaj bermalam di Mina sebelum menuju
ke Mudzalifah untuk mengutip anak-anak batu

bagi melontar di Jamrah.

Mina: Para hujjaj bermalam di
Mina dengan kebanyakan
malamnya sebelum menuju ke
Mudzalifah.

´╝ÜMudzalifah Para hajjaj

disunatkan mengutip anak-
anak batu di Mudzalifah untuk
melontar di Jamah.

6. Melontar Jamrah

Melontar Jamrah menggunakan batu-batu kecil
dilontar ketiga-tiga dinding yang dipanggil
Jamarat Di Mina. Ia sebagai mengenang
peristiwa Nabi Ibrahim merejam syaitan

dengan batu yang cuba menghasutnya di tiga
Jamrah semasa diuji Allah untuk

mengorbankan anaknya Nabi Ismail.

Terdapat 3 Jamrah:
1. Jamrah Ula
2.Jamrah Wusta
3.Jamrah Kubra ( Aqabah )

7. Dam & Tahallul

Dam atau denda dikenakan bagi mereka yang
mengerjakan ibadah haji dengan menunaikan

umrah terlebih dahulu iaitu dengan
sembelihan seekor biri-biri atau kambing yang
dagingnya diagihkan kepada fakir miskin atau

bayaran wang senilainya.

Tahallul ialah keluar dari ihram
dengan bercukur atau bergunting
sekurang-kurangnya tiga helai rambut
sebagai tanda selesai ibadah haji.

10 Zulhijjah merupakan perayaan
terbesar Islam iaitu Aidiladha selepas
Aidilfitri sama ada bagi yang
mengerjakan haji atau tidak.

Peta Lokasi Ibadah Haji


Click to View FlipBook Version