The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nuzami, 2022-03-17 01:17:48

Manual Pengurusan Profesionalisme Smkp 2022

Manual Pengurusan Profesionalisme 2022

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PERIMBUN
KM 16, JALAN CHERAS
43200 CHERAS
SELANGOR DARUL EHSAN

1. Nama: 17. Tarikh Pelantikan Jawatan:
_____________________________________
_____________________________________
2. No Fail Diri:
______________________________________ 18. Tarikh Pengesahan Jawatan:

3. No Kad Pengenalan Baru: _____________________________________
______________________________________
19. Tarikh Masuk Ke Jawatan Berpencen:
4. No Kad Pengenalan Lama:
______________________________________ _____________________________________

20. Kelulusan:
a. Akademik:
_________________________________

5. Jantina: ________________________________ b. Ikhtisas: __________________________

6. Jawatan: ________________________________ 21. Kategori: _____________________________

7. Bangsa: ________________________________ 22. Opsyen: ______________________________

8. Warganegara: ___________________________ 23. Bulan Kenaikan Gaji: ____________________
9. Agama: ________________________________
24. Tarikh Mengajar Di Sini: _________________
10. Tarikh Lahir: ____________________________ 25. Nama Sekolah Dahulu:

____________________________________

11. Tempat Lahir: ___________________________ 26. Senarai Tugas dan Tanggungjawab:
a. Unit Pentadbiran:
12. Taraf Perkahwinan : ______________________ __________________________________
(Bujang / Berkahwin / Duda / Balu / Janda) __________________________________
__________________________________
13. Nama Suami/Isteri : b. Unit Kurikulum:
______________________________________ __________________________________
__________________________________
14. Pekerjaan Suami/Isteri: ____________________ __________________________________
(Tetap / Sementara / Kerajaan / Swasta) c. Unit HEM:
__________________________________
15. Tarikh & No. Rujukan Isytihar Harta: __________________________________
_______________________________________ __________________________________
d. Unit Kokurikulum:
16. Alamat Majikan Suami / Isteri: __________________________________
_______________________________________ __________________________________
_______________________________________ __________________________________
_______________________________________

“Be Top Perimbun”

Menjana Prestasi Cemerlang
Disiplin Mantap, Menjana Keharmonian

Semangat Juara Membara
Disiplin Utama, Akademik Pertama



BIL PERKARA HALAMAN
BAB 1
Jawatankuasa Penyediaan & Penerbitan Buku Pengurusan Sekolah 2022 i
Isi Kandungan ii - ix
Kata Alu-aluan Pengetua
Watikah Pelantikan Jawatan dan Tanggungjawab Guru 2022 x
Sijil Akuan Peribadi xi
xii
PENDAHULUAN DAN MAKLUMAT AM
1 - 13
1.0 Teras Perkhidmatan Awam
2
2.0 Ikrar Perkhidmatan Awam 2
2
3.0 Nilai Dan Etika Perkhidmatan Awam 3
3
4.0 Tonggak 12 3
3
5.0 Falsafah Pendidikan Kebangsaan 4
4
6.0 Wawasan Pendidikan Negara 4
4
7.0 Matlamat Kementerian Pendidikan Malaysia 4
4
8.0 Visi Kementerian Pendidikan Malaysia 5
5
9.0 Misi Kementerian Pendidikan Malaysia 5
6
10.0 Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA) 6
6-9
10.1. NKRA Pendidikan 9
10 - 13
11.0 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 - 2025
10
12.0 5 Aspirasi Sistem Pendidikan Malaysia
10 - 11
13.0 6 Aspirasi Murid 11

14.0 Aspek Dalam Pelan Pembangunan Pendidikan (PPPM) 2013 – 2025 11 - 12
12
14.1. 9 Bidang Keutamaan PPPM
12
15.0 11 Anjakan Utama PPPM
13
16.0 Program TERBILANG Selangor 13

17.0 Info SMK Perimbun

18.0 Petunjuk Prestasi Utama (KPI) SMKP 2022

19.0 7 Fokus Utama Kecemerlangan SMKP

19.1. Fokus 1: Kecemerlangan Pengurusan, Pentadbiran Dan
Profesionalisme Sekolah (K3P)

19.2. Fokus 2: Kecemerlangan Pengurusan Kurikulum

19.3. Fokus 3: Kecemerlangan Pengurusan Hal Ehwal Murid (HEM)

19.4. Fokus 4: Kecemerlangan Pengurusan Kokurikulum

19.5. Fokus 5: Kecemerlangan Pengurusan Jabatan Tingkatan 6
19.6.
Fokus 6: Kecemerlangan Pengurusan P3K (Prasarana,
19.7. Keselamatan, Kesihatan Dan Kebersihan) Sekolah

Fokus 7: Komitmen Komuniti

PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH

BAB 2 PANDUAN AM PENGURUSAN GURU 14 - 27

1.0 Arahan Am 15
2.0 Waktu Rasmi Persekolahan 15
3.0 Kedatangan Guru 15
4.0 Kehadiran Upacara / Kegiatan Sekolah 16
5.0 Ketepatan Masa 16
6.0 Ketidakhadiran Guru 16
7.0 Meninggalkan Kawasan Sekolah 16
8.0 Perhimpunan Sekolah 17

8.1. Perhimpunan Mingguan 18
8.2. Perhimpunan Harian 18
8.3. Pengumuman 18
9.0 Mesyuarat Guru / Info / Wacana / Dialog Prestasi Guru 19
10.0 Menghadiri Mesyuarat / Kursus / Seminar / Bengkel 19
11.0 Urusan Dengan PPD / JPS / KPM 19
12.0 Pakaian Guru 20
13.0 Tanda Nama 20
14.0 Rekod Pengajaran Dan Pembelajaran (RPP) 20
15.0 Penyeliaan / Pencerapan 20
16.0 Guru Gantian 21
17.0 Penyemakan Buku Latihan Murid 21
18.0 Waktu Tidak Mengajar / Waktu Luang (Free Periods) 21
19.0 Tugas-Tugas Khas 21
20.0 Kegiatan Kokurikulum 21
21.0 Tugas Mengawas Peperiksaan 22
22.0 Surat / Pekeliling / Borang Untuk Tindakan 22
23.0 Pembelian Barang / Peralatan 22
24.0 Buku Stok / Kad Inventori 23
25.0 Penggunaan Alat-Alat 23
26.0 Disiplin Murid 24
27.0 Kebersihan dan Keceriaan Sekolah 24
28.0 Keselamatan Murid Di Sekolah 24
29.0 Keselamatan Harta Benda Sekolah 24
30.0 Kunci 24
31.0 Penggunaan Telefon Sekolah 25
32.0 Kelab Guru / Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) 25
33.0 Lawatan Sambil Belajar 25
34.0 Melanjutkan Pelajaran
35.0 Penjualan Dan Perniagaan 26
36.0 Perhubungan Sesama Guru
37.0 Permohonan Pekerjaan Luar Sebagai Pensyarah / Tutor Sambilan Di 26
Universiti / Pusat Pengajian Tinggi 26
38.0 Surat Rasmi
39.0 Taat Setia

BAB 3 PERIHAL CUTI MENGIKUT PERINTAH AM BAB C 28 - 32
BAB 4
1.0 Cuti Penggal 29
2.0 Cuti Sakit 29
3.0 Cuti Separuh Gaji 29
4.0 Cuti Tanpa Gaji 29
5.0 Cuti Ke Luar Negara 30
6.0 Cuti Rehat Khas 30
7.0 Cuti Tanpa Rekod 31
8.0 Cuti Bersalin 32
9.0 Cuti Kuarantin 32

PENGURUSAN PENTADBIRAN & PROFESIONAL 33 - 67

Carta Organisasi Pengurusan Pentadbiran & Profesional 34
1.0 Data Guru Terlatih 35
2.0 Data Anggota Khidmat Pelaksana (AKP) 35
3.0 Senarai Nama Pentadbir & Guru Sesi Pagi (Ikut Gred) 36
4.0 Senarai Nama Pentadbir & Guru Sesi Petang (Ikut Gred) 38
5.0 Senarai Nama Anggota Khidmat Sokongan 39
6.0 JK Pengurusan dan Pentadbir Sekolah 39
7.0 JK Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti (SPSK) 39
8.0 JK Perancangan Strategik Organisasi (PSO) 40
9.0 JK Transformasi Sekolah 25 (TS25) 40
10.0 JK SKPM Sekolah (JKSS) - SKPMg2 41
11.0 JK Pengurusan Sumber Manusia 41
12.0 JK Pengurusan Sumber Kewangan Sekolah 42
13.0 JK Pengurusan Data, Maklumat & Profil Sekolah 42
14.0 JK Pengurusan Aset Kerajaan (JKPAK) - Perolehan, Pembelian & Lupus
43
Kira
15.0 JK Sistem Pengurusan Latihan Guru (SPLG) - Perkembangan Staf dan 47

Latihan Personel 47
16.0 JK Permuafakatan Sekolah - Program Bersepadu Sekolah Sihat (PBSS),
47
Saranan Ibu Bapa, Peningkatan Enrolmen Menengah (JPEM) dan 48
Penyiasatan Murid Cicir (JPMC) 48
17.0 JK Mesyuarat Guru 48
18.0 JK Kelab Staf 49
19.0 JK DELIMa 49
20.0 JK Bencana / Banjir Peringkat Sekolah 50
21.0 JK Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) 50
22.0 JK Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) / Kajian Tindakan
23.0 JK PIBG 51
24.0 JK Surau Sekolah
25.0 Jadual Pencerapan Pembelajaran Dan Pemudahcaraan (PdPc) – 54
Standard 4 55
26.0 JK Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) 59
Senarai Penetapan Pegawai Penilai PBPPP / e-Prestasi 60
27.0 Jadual Penyemakan Rekod Pengajaran Dan Pembelajaran (RPP) 65
28.0 Deskripsi Tugas Pengurusan Pentadbiran & Profesional
29.0 I-THINK

BAB 5 30.0 Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) 66
31.0 Kepentingan KBAT 67
32.0 Peer Coaching 67

PENGURUSAN UNIT KURIKULUM 68 - 83

Carta Organisasi Unit Kurikulum 69
1.0 Matlamat Unit Kurikulum 70
2.0 Objektif Unit Kurikulum 70
3.0 Visi Unit Kurikulum 70
4.0 Misi Unit Kurikulum 70
5.0 JK Kurikulum Sekolah (JKS) 70
71
5.1. Senarai Bidang & Ketua Panitia 71
Bidang Kemanusiaan 71
a. Panitia Sejarah (SEJ) 71
b. Panitia Pendidikan Islam (PI) 71
c. Panitia Pendidikan Moral (PM) 71
d. Panitia Pendidikan Seni Visual (PSV) 71
e. Panitia Pendidikan Jasmani & Kesihatan (PJPK) 71
f. Panitia Geografi (GEO) 71
g. Panitia Tasawwur Islam (TI) 71
Bidang Teknik & Vokasional 71
a. Panitia Perniagaan (PERN) 71
b. Panitia Prinsip Perakaunan (PP) 72
c. Panitia Sains Rumah Tangga (SnRT) 72
d. Panitia Reka Bentuk & Teknologi (RBT) 72
e. Panitia Asas Sains Komputer (ASK) 72
f. Panitia Ekonomi (EKO) 72
g. Panitia Sains Sukan (SS) 72
Bidang Bahasa 72
a. Panitia Bahasa Melayu (BM) 72
b. Panitia Bahasa Inggeris (BI) 72
c. Panitia Bahasa Cina (BC) 72
Bidang Sains & Matematik 72
a. Panitia Sains Teras (SN) 72
b. Panitia Fizik (FIZ) 72
c. Panitia Kimia (KIM) 73
d. Panitia Biologi (BIO) 73
e. Panitia Matematik (MAT) 73
f. Panitia Matematik Tambahan (MT) 73
73
5.2. Unit Penilaian dan Pentaksiran 73
a. Pentaksiran Pusat (PP)/Peperiksaan Awam 73
b. Pentaksiran Sekolah (PS) / Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) 73
c. Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan & Kokurikulum (PAJSK) 73
d. Pentaksiran Psikometrik (PPsi)
e. Penjaminan Kualiti 74

5.3. Unit Jadual Waktu & Pelaksanaan PdPc Tanpa Kehadiran Guru
Mata Pelajaran (MMI)

BAB 6 5.4. Unit MBMMBI / HIP dan Intervensi (Pemulihan) 74
5.5. Unit STEM (Science Technology Engineering Mathematics) 74
6.0 JK Induk Pusat Sumber Sekolah (PSS) 74
7.0 Jawatankuasa Kerja Program Guru Muda 75
8.0 Pengurusan Semakan Hasil Kerja Murid 76
9.0 Pakej Pengkhususan Mata Pelajaran Elektif Tingkatan 4 & 5 79
10.0 Deskripsi Tugas Pengurusan Kurikulum 80
7.1. JK Kurikulum 80
7.2. Setiausaha Kurikulum / JK Kecemerlangan Akademik 80
7.3. Guru Kanan Mata Pelajaran (GKMP) 80
7.4. Ketua Panitia (KP) / Penolong Ketua Panitia (PKP) 81
7.5. Unit Jadual Waktu 81
7.6. Unit MMI 81
7.7. Setiausaha Pentaksiran Sekolah (PS) 81
7.8. Penyelaras Peperiksaan STPM / MUET / SPM / PT3 82
7.9. Unit Pengurusan Semakan hasil Kerja Murid 83
7.10. Unit Intervensi / Pemulihan 83
7.11. Unit MBMMBI / HIP 83
7.12. Penyelaras NILAM 83

PENGURUSAN UNIT HAL EHWAL MURID (HEM) 84-101

Carta Organisasi Unit HEM 85
1.0 Matlamat Unit HEM 86
2.0 Objektif Unit HEM 86
3.0 Misi Unit HEM 86
4.0 Visi Unit HEM 86
5.0 JK Induk HEM (JKH) 86
87
5.1. JK PPSDM 87
5.1.1. JK Lembaga Disiplin 87
5.1.2. Guru Disiplin 88
5.1.3. Kelab Pencegah Jenayah 88
5.1.4. Unit Bimbingan Dan Kaunseling (UBK)
A. JK Program Sekolah / Dasar Warga Emas Negara 88
(DWEN)
B. JK Pencegahan Dadah (PPDa) / Skim Lencana Anti 88
Dadah (SLAD)
5.1.5. JK Badan Pengawas 88
89
5.2. Unit Kebajikan 89
5.2.1. Unit Bantuan 89
5.2.2. Unit SPBT 89
89
5.3. Unit Perkhidmatan 90
5.3.1. Majalah BICARA 90
5.3.2. Unit Kantin 90
91
5.4. Unit 3K (Kebersihan, Kesihatan Dan Keselamatan) 91
5.4.1. Unit Kebersihan & Keceriaan
5.4.2. Unit Kesihatan, Kecemasan Dan Rawatan
Unit Skuad Denggi

5.4.3. Unit Keselamatan 91
91
5.5. Unit Pengurusan Murid 91
92
5.5.1. Unit Profil Murid 92
92
5.5.2. Unit e-Kehadiran 92
94
5.5.3. Biro Kapten dan Penolong Kapten 94
94
5.5.4. Unit Perhimpunan 95
95
5.6. Senarai Penyelaras & Guru Tingkatan 95
95
6.0 Deskripsi Tugas Pengurusan HEM 95
96
6.1. JK Induk HEM
96
6.2. JK Program Pembangunan Sahsiah Diri Murid (PPSDM)
96
6.3. JK Lembaga Disiplin 97
98
6.4. Unit Disiplin Murid 98
98
6.5. Unit Kelab Pencegahan Jenayah 99
99
6.6. Unit Bimbingan & Kaunseling 99
99
6.7. Unit Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) 99
100-101
6.8. Unit Badan Pengawas
6.9. 102-129
Unit BKP / KWAPM / Takaful & Lain-Lain Agensi / Derma /
6.10. Biasiswa / Sumbangan / Kebajikan Murid Orang Asli / Zakat 103
104
Unit Majalah BICARA 104
104
6.11. Unit Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) 104
104
6.12. Unit Kantin 104
105
6.13. Unit Kebersihan & Keceriaan 105
106
6.14. Unit Kesihatan, Kecemasan & Rawatan 106
108
6.15. Unit Skuad Denggi 111
114
6.16. Unit Keselamatan 116

6.17. Unit Profil Murid

6.18. Unit Penyelaras & Penolong Penyelaras Tingkatan

6.19. Unit Perhimpunan

6.20. Guru Tingkatan

BAB 7 PENGURUSAN UNIT KOKURIKULUM

Carta Organisasi Unit Kokurikulum
1.0 Matlamat Unit Kurikulum
2.0 Objektif Unit Kokurikulum
3.0 Misi Unit Kokurikulum
4.0 Visi Unit Kokurikulum
5.0 Slogan Unit Kurikulum
6.0 JK Induk Kokurikulum (JKKo)
7.0 JK Pembangunan Sukan Sekolah
8.0 JK Majlis Sukan Sekolah
9.0 Guru Pembimbing/Pemimpin/Penasihat

9.1 Rumah Sukan (RUSUK)
9.2 Badan Beruniform (UBER)
9.3 Kelab & Persatuan (KEPER)
9.4 Sukan & Permainan (SUPER)
10.0 Jawatankuasa Koperasi Sekolah

BAB 8 11.0 Deskripsi Tugas Pengurusan Kokurikulum 117
JK Pengurusan Kokurikulum 117
JK Pembangunan Sukan Sekolah 117
JK Majlis Sukan Sekolah 117
Setiausaha Kokurikulum 118
Setiausaha & Penolong Setiausaha Sukan 119
Penyelaras Persatuan / Kelab / Unit Beruniform 121
Ketua Guru Rumah Sukan 121
Guru Rumah Sukan 122
Guru Penasihat Persatuan / Kelab / Unit Beruniform 122
Guru Penasihat Sukan & Permainan 122
Lembaga Pengarah Koperasi / Pengurus Koperasi 123
Setiausaha Koperasi 123
Bendahari Koperasi 123
Panduan Keselamatan Pelaksanaan Kokurikulum 123
126
12.0 Jadual Aktiviti Kokurikulum Tahun 2022
13.0 Kod Pendaftaran BBU, Kelab / Persatuan, Kelab Permainan & Rumah 127
Sukan
14.0 Jadual Pemantauan Kokurikulum 128-129

PENGURUSAN JABATAN TINGKATAN 6 130-135

Carta Organisasi Pengurusan Jabatan Tingkatan 6 131
1.0 Pendahuluan 132
2.0 Matlamat Jabatan Tingkatan 6 132
3.0 Objektif Jabatan Tingkatan 6 132
4.0 Visi Jabatan Tingkatan 6 132
5.0 Misi Jabatan Tingkatan 6 132
6.0 Slogan Jabatan Tingkatan 6 132
7.0 Pengurusan Dan Pentadbiran 132
8.0 Kurikulum 133
133
8.1. Tempoh Pengajian Tingkatan 6 133
8.2. Pengurusan & Pentadbiran Kurikulum 134
8.3. Pengurusan Jadual Waktu 134
8.4. AJK Majlis Kurikulum Sekolah 134
8.5. AJK Kerja Kursus STPM 134
8.6. Guru Akademik 134
8.7. Pakej Mata Pelajaran Yang Ditawarkan 135
9.0 Pengurusan HEM 135
9.1. Pengurusan Kelas Pra-U 135
9.2. Pengurusan Disiplin Pra-U 135
9.3. Pendaftaran 135
9.4. Pengurusan Biasiswa 135
10.0 Kokurikulum

BAB 9 JADUAL BERTUGAS PENTADBIR & GURU 136-161
BAB 10
1.0 Jadual Bertugas Harian Pentadbir 137-152
2.0 Senarai Guru Bertugas Harian /Mingguan (Sesi Pagi & Sesi Petang) 153-160

Senarai Tugas: Guru Bertugas Harian / Mingguan 161

KALENDAR & TAKWIM PERSEKOLAHAN 162-186

1.0 Kalendar 2022&2023 163-164
2.0 Perincian Persekolahan Mengikut Penggal 2022/2023 164-165
3.0 Cuti Perayaan 2022/2023
4.0 Hari Kelepasan Negeri Selangor Tahun 2022 166
167
Hari Kelepasan Negeri Selangor Tahun 2023 168
5.0 Takwim Peperiksaan Awam 2022/2023 169
6.0 Takwim Pentaksiran Setara Standard 2022 170
7.0 Takwim Hari Persekolahan 2022 171
184
Takwim Hari Persekolahan 2023
187-215
LAMPIRAN
188
Senarai AKRONIM Yang Digunakan 190
Laman-Laman Sesawang Guru 193
Jadual Pembayaran Gaji Penjawat Awam 194
Pelan Lokasi Bangunan & Kelas SMKP 2022/2023 195
Senarai Semak Serah Tugas Akhir Tahun Sesi Persekolahan 2022/2023 201
Senarai Semak Tugas Guru 2022/2023
217-240
HELAIAN CATATAN MESYUARAT
218-240
Helaian Catatan Mesyuarat

Kata Alu-aluan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam
sejahtera,

Bersyukur saya ke hadrat Ilahi dan limpah kurnia-Nya, Manual
Pengurusan Profesional Perimbun 2022 dapat diterbitkan
dengan jayanya

Syabas dan tahniah kepada semua pihak yang telah
menggembleng tenaga, idea dan pandangan untuk
merealisasikan buku manual ini. Manual Pengurusan Sekolah
2022 ini disediakan agar dapat dijadikan panduan dan rujukan
kepada guru-guru untuk merancang dan menjayakan aktiviti
dan program-program sekolah dengan lebih efisien.
Sesungguhnya kejayaan tidak dapat diperoleh dengan mudah
tanpa melakukan banyak pengorbanan.

Bidang tugas kini kian mencabar, memerlukan setiap sekolah membina perancangan
yang rapi, sistematik dan holistik. Oleh itu, saya menyeru agar setiap warga SMK Perimbun
bersama-sama mengambil tindakan proaktif dalam mendukung misi dan visi sekolah ini
serta aspirasi yang digarap dalam Pelan Induk Pendidikan Malaysia 2013 -2025. Dalam
menghadapi dunia VUCA hari ini banyak cabaran perlu kita hadapi khususnya dalam dunia
pendidikan. Para guru mesti berada di hadapan pada setiap masa seperti memahami terma
teknologi bagi memastikan dapat menghasilkan murid yang berbakat dengan kemahiran
yang boleh dipasarkan.

Dalam usaha meningkatkan kualiti pengurusan dan meningkatkan pencapaian
kemenjadian murid ke satu tahap yang membanggakan dan boleh bersaing di peringkat
global , pembudayaan TMK dalam pengurusan dan Pdpc dilihat sebagai satu usaha yang
dapat membantu untuk peningkatan akademik, kurikulum serta sahsiah murid. Dalam hal
ini, saya amat yakin bahawa buku pengurusan ini merupakan manifestasi kolaboratif,
komitmen serta panduan bagi semua pihak iaitu guru dan barisan kepimpinan sekolah.
Inilah sistem jalinan dan jaringan secara menyeluruh yang perlu dikekalkan.

Akhir sekali, apa-apa pun cabaran dan tranformasi yang bakal mendatang kita harus
berfikiran positif dan menerima dengan minda terbuka. Dengan kesatuan hati dan semangat
berpasukan untuk mencapai kecemerlangan seperti kata pepatah ‘bulat air kerana
pembetung bulat manusia kerana muafakat’. Marilah kita terus bertekad dan
melipatgandakan usaha untuk tahun 2021 ini agar SMK Perimbun terus cemerlang dalam
setiap aspek dan namanya harum di persada pendidkan negara.

Sekian, terima kasih.

“BE TOP PERIMBUN”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

NOREHAN BINTI ABDUL SANI
Pengetua

Tarikh : 4 APRIL 2022

__________________________________

Tuan / Puan,
WATIKAH PELANTIKAN JAWATAN DAN TANGGUNGJAWAB GURU SEKOLAH
MENENGAH KEBANGSAAN PERIMBUN 2022/2023
Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Dimaklumkan bahawa tuan / puan dilantik dan dipertanggungjawabkan untuk
memegang jawatan yang diamanahkan seperti yang tercatat di dalam Buku Pengurusan
Sekolah bagi tahun 2022.

3. Jawatan, amanah dan tanggungjawab tersebut boleh diubah, dikurangkan atau
ditambah oleh pihak pentadbiran mengikut keperluan perkhidmatan.

4. Pihak sekolah amat berbesar hati atas kesudian tuan / puan menerima pelantikan ini.

5. Semoga tuan / puan dapat menjalankan tanggungjawab ini dengan cemerlang dan
penuh dedikasi.

Sekian, terima kasih.

“BE TOP PERIMBUN”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

____________________________
(NOREHAN BINTI ABDUL SANI)

Pengetua

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PERIMBUN
KM 16, JALAN CHERAS,
43200 CHERAS,
SELANGOR DARUL EHSAN.

SIJIL AKUAN PERIBADI

Nama Penuh :

No. Kad Pengenalan :

Bahawa saya:
1. telah mengikuti sepenuhnya mesyuarat / taklimat tentang arahan dalam pengurusan dan pentadbiran

serta tugasan bagi tahun 2022/2023 pada ______________________________
2. telah menerima semua bahan edaran mesyuarat / taklimat.
3. telah membaca dan memahami semua isi kandungan mesyuarat / taklimat.
4. akur dengan arahan perkhidmatan berkaitan dengan tugas dan
5. akan melaksanakan tugas yang diamanahkan kepada saya dengan penuh tanggungjawab, amanah,

iltizam dan istiqamah bagi melonjakkan kualiti kerja yang cemerlang untuk mencapai Visi dan Misi KPM.
6. Senarai tugas saya adalah seperti yang berikut:

SENARAI TUGAS

7. Tugas-tugas
Pentadbiran

8. Tugas-tugas
Kurikulum

9. Tugas-tugas
HEM

10. Tugas-tugas
Kokurikulum

________________________________________ Pengesahan:
()
Tarikh : _________________________________ ________________________________________
()
Tarikh : _________________________________

SMK PERIMBUN 2022 1
[PENDAHULUAN & MAKLUMAT AM]

1 | “BE TOP PERIMBUN”
SMK PERIMBUN

SMK PERIMBUN 2022 2
[PENDAHULUAN & MAKLUMAT AM]
1.0 TERAS PERKHIDMATAN AWAM
1.1 Berazam meninggikan mutu perkhidmatan;
1.2 Bekerja dengan penuh tanggungjawab;
1.3 Berusaha mengikis sikap mementingkan diri sendiri;
1.4 Berkhidmat dengan penuh muhibah dan kemesraan;
1.5 Bekerja ke arah memajukan pemikiran rakyat dan pembangunan negara;
1.6 Bekerjasama membanteras kelemahan dan musuh-musuh negara; dan
1.7 Berpegang teguh kepada ajaran agama.
2.0 IKRAR PERKHIDMATAN AWAM
Kami yang telah dilantik berkhidmat dengan kerajaan Malaysia membuat ikrar di sini bahawa semasa dan
selagi kami berkhidmat dengan kerajaan kami akan patuh dan mengamalkan teras-teras perkhidmatan
semasa menjalankan tugas. Ke arah ini kami akan:
2.1 berazam meningkatkan mutu perkhidmatan;
2.2 bekerja dengan penuh tanggungjawab;
2.3 berusaha mengikis sikap mementingkan diri sendiri;
2.4 berkhidmat dengan penuh muhibah dan kemesraan;
2.5 bekerja ke arah memajukan pemikiran rakyat dan pembangunan negara;
2.6 berpegang teguh kepada ajaran agama;
2.7 bertugas dengan penuh komited meningkatkan kualiti; dan
2.8 mengawal rahsia rasmi kerajaan dan perkhidmatan.
3.0 NILAI DAN ETIKA DALAM PERKHIDMATAN AWAM

2 | “BE TOP PERIMBUN”
SMK PERIMBUN

SMK PERIMBUN 2022 3
[PENDAHULUAN & MAKLUMAT AM]

4.0 TONGGAK DUA BELAS

5.0 FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi
individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi
intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini
bagi melahirkan rakyat Malaysia yang bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri
serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

6.0 WAWASAN PENDIDIKAN NEGARA
6.1 Perpaduan
6.2 Gaya Pengurusan
6.3 Perkhidmatan Penyayang
6.4 Pengupayaan
6.5 Sistem Pengesanan yang efektif
6.6 Budaya ilmu
6.7 Sekolah penyayang
6.8 Budaya cemerlang
6.9 Ke arah tiada kecacatan

7.0 MATLAMAT KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
7.1 Melahirkan rakyat Malaysia yang taat setia dan bersatu padu;
7.2 Melahirkan insan yang beriman, berilmu, berakhlak mulia, berketerampilan dan sejahtera;
7.3 Menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan negara; dan
7.4 Memberi peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia.

3 | “BE TOP PERIMBUN”
SMK PERIMBUN

SMK PERIMBUN 2022 4
[PENDAHULUAN & MAKLUMAT AM]

8.0 VISI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
“Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera”

9.0 MISI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

“Melestari Sistem Pendidikan Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi
Negara”

10.0 BIDANG KEBERHASILAN UTAMA NASIONAL / NATIONAL KEY RESULT AREAS (NKRA)
10.1 NKRA Pendidikan

11.0 PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA (PPPM) 2013 – 2025

Memahami prestasi dan cabaran semasa sistem pendidikan
Malaysia

Mewujudkan visi dan aspirasi yang jelas untuk sistem
pendidikan dan setiap murid.

Menggariskan program transformasi sistem pendidikan.

12.0 5 ASPIRASI SISTEM PENDIDIKAN MALAYSIA

Akses 100% enrolmen merentas semua peringkat pendidikan daripada prasekolah hingga
Kualiti menengah atas menjelang tahun 2020.
Ekuiti
Perpaduan Negara dalam kelompok sepertiga teratas dalam pentaksiran antarabangsa seperti Trends
Kecekapan In International Mathematics And Science Study (TIMSS) dan Programme International
Student Assessment (PISA) dalam tempoh 15 tahun.

50% pengurangan dalam jurang pencapaian (bandar-luar bandar, sosio ekonomi, gender)
menjelang tahun 2020.

Sistem pendidikan yang menawarkan perkongsian pengalaman dan nilai kepada
kanak-kanak dengan menghargai kepelbagaian.

Sistem yang memaksimumkan keberhasilan murid mengikut peruntukan sedia ada.

4 | “BE TOP PERIMBUN”
SMK PERIMBUN

SMK PERIMBUN 2022 5
[PENDAHULUAN & MAKLUMAT AM]

13.0 6 ASPIRASI MURID

14.0 ASPEK DALAM PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN (PPPM) 2013-2025
14.1 9 Bidang Keutamaan PPPM

1. Memartabatkan Profesion Perguruan
a. Meningkatkan Kualiti Guru
b. Pengambilan calon guru melalui akademik cemerlang
c. Kualiti dalam latihan perkhidmatan
d. Menambah bilangan guru dengan ketetapan 1 guru 13 murid berbanding sebelum ini
1 guru 16 murid

2. Meningkatkan Kualiti Kepimpinan Sekolah
a. Memberi ganjaran kepada pengetua dan guru besar yang menunjukkan pencapaian
yang cemerlang dan meningkatkan prestasi sekolah
b. Pemilihan Pengetua dan Guru Besar berdasarkan merit serta pelan peralihan yang lebih
berkesan

3. Meningkatkan Kualiti Sekolah
a. Meningkatkan kemudahan ICT di sekolah
b. Kemudahan internet dan jalur lebar

4. Memantapkan Kualiti Kurikulum dan Pentaksiran
a. Membina kurikulum yang memenuhi piawaian antarabangsa
b. Memberi penekanan kepada aspek kreatif, penyelesaian masalah dan inovasi

5. Meningkatkan Penguasaan Pelbagai Bahasa
a. Meningkatkan penguasaan bahasa ketiga

6. Mengukuhkan Penglibatan Ibu Bapa, Sektor Swasta dan Masyarakat Sebagai Rakan Kongsi
Dalam Pendidikan
a. Hubungan yang lebih baik dan penglibatan di luar lingkup sekolah

7. Meningkatkan Kesediaan Murid Untuk Merebut Peluang Dalam Pendidikan Tinggi dan
Pasaran Kerja
a. Kepelbagaian aspek terus diterapkan untuk memberikan murid lebih bersedia dengan
alam pekerjaan
b. Kemahiran seperti kepimpinan, kemahiran penyelesaian masalah, pemikiran aturan
tinggi dan kebolehan komunikasi berkesan

8. Memperbaiki Kecekapan dan Keberkesanan Pengurusan Sumber
a. Mengurus sumber dengan lebih berkesan untuk menjamin keberkesanan dalam
pendidikan negara

9. Membina Kemampuan Serta Keupayaan Sistem Penyampaian Pendidikan
a. Kualiti dan susun urus tadbir Kementerian ditingkatkan
b. Kecekapan pegawai di setiap peringkat pengurusan

5 | “BE TOP PERIMBUN”
SMK PERIMBUN

SMK PERIMBUN 2022 6
[PENDAHULUAN & MAKLUMAT AM]

15.0 11 ANJAKAN UTAMA PPPM

15.1 Menyediakan akses sama rata untuk pendidikan berkualiti dengan standard antarabangsa.
15.2 Memastikan setiap murid fasih dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.
15.3 Membangunkan rakyat Malaysia yang dipacu nilai murni.
15.4 Menjadikan perguruan sebagai profesion pilihan.
15.5 Memastikan pemimpin sekolah berprestasi tinggi di setiap sekolah.
15.6 Memperkasakan JPN, PPD dan Sekolah untuk menyelesaikan isu mengikut keperluan.
15.7 Memanfaatkan teknologi komunikasi dan maklumat untuk meningkatkan kualiti pembelajaran

di seluruh Malaysia.
15.8 Menambah baik keupayaan penyampaian dan kapasiti Kementerian.
15.9 Bekerjasama dengan ibu bapa, masyarakat dan sektor swasta.
15.10 Memaksimumkan kemenjadian murid bagi setiap ringgit yang dibelanjakan.
15.11 Meningkatkan ketelusan untuk kebertanggungjawaban umum.

16.0 Program TERBILANG Selangor:

T - Teliti
E - Efisien
R - Rajin
B - Bijaksana
I - Istiqamah
L - Laju
A - Amanah
N - Niat yang betul
G - Gembira

17.0 INFO SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PERIMBUN (SMKP)

17.1 NAMA RINGKASAN SEKOLAH : SMKP

S - Sekolah
M - Menengah
K - Kebangsaan
P - Perimbun

P - Pengurusan yang telus, berintegriti dan akauntabiliti.
E - e-Pengurusan, e-Pengajaran dan e-Pembelajaran berasaskan Teknologi Maklumat dan

Komunikasi (TMK / ICT).

R - Rangkaian kerjasama antara warga sekolah dengan ibu bapa, komuniti setempat, pihak

IPTA dan IPTS menjadi medan perkongsian maklumat.

I - Inovasi, KBAT, i-THINK memacu prestasi kecemerlangan.
M - Membudayakan kerja berpasukan.
B - Bertindak mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) berasaskan Pekeliling dan Akta.
U - Utamakan kemenjadian murid dan kesamarataan tanpa mengira kaum.
N - Nilai dan Etika dalam perkhidmatan menjadi pegangan.

17.2 FALSAFAH SMKP

Pendidikan di SMKP adalah satu usaha yang menyeluruh dan bersepadu untuk
memperkembangkan potensi individu bagi melahirkan insan yang berketrampilan dan berakhlak
mulia selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Usaha yang berterusan ini adalah untuk
kemenjadian murid supaya menjadi generasi yang berilmu, berupaya menghadapi cabaran dan
boleh menyumbang terhadap keharmonian dan kesejahteraan agama, bangsa dan negara.

6 | “BE TOP PERIMBUN”
SMK PERIMBUN

SMK PERIMBUN 2022 7
[PENDAHULUAN & MAKLUMAT AM]
17.3 VISI SEKOLAH
SMKP mengupayakan sistem pendidikan yang berkualiti dan berkesan untuk melahirkan insan yang
cemerlang dari segi akademik dan sahsiah serta menjadi generasi yang dapat menjamin
kesejahteraan bangsa dan negara.
17.4 MISI SEKOLAH
SMKP menyediakan satu sistem pendidikan berkualiti merangkumi kepimpinan pengurusan
organisasi, kurikulum, kokurikulum dan sukan, hal ehwal murid serta pengajaran dan
pemudahcaraan (PdPc) yang berkesan bagi membangunkan potensi murid.
17.5 PIAGAM PELANGGAN SMKP
Menerusi piagam pelanggan yang dibina, akan menjelaskan pernyataan atau aku janji bertulis
sekolah kepada pelanggan untuk memberitahu perkhidmatan atau keluaran mengikut standard
tertentu. Berikut ialah Piagam Pelanggan SMKP:
Kami akan sentiasa berusaha untuk:
17.5.1 mendidik murid supaya menjadi warga yang berilmu, menghayati ilmu serta mengejar
kecemerlangan;
17.5.2 mempertingkatkan peratus kelulusan peperiksaan am sekolah;
17.5.3 menanam nilai-nilai murni kepada murid-murid supaya menjadi warga negara yang
berhemah tinggi dan berbudi pekerti mulia;
17.5.4 mengembangkan potensi murid dalam kokurikulum yang pelbagai, selaras dengan minat
dan kebolehan masing-masing;
17.5.5 memastikan keadaan fizikal dan persekitaran sekolah sentiasa dalam keadaan baik,
bersih dan indah; dan
17.5.6 memupuk semangat muafakat antara sekolah dengan masyarakat sekeliling.

17.6 LENCANA SEKOLAH:

7 | “BE TOP PERIMBUN”
SMK PERIMBUN

SMK PERIMBUN 2022 8
[PENDAHULUAN & MAKLUMAT AM]

17.7 COGAN KATA / MOTO: “BERILMU DAN BERAMAL”

“Berilmu”
Sentiasa berusaha mencari ilmu pengetahuan, pengalaman dan kemahiran bagi menyediakan dan
melengkapkan diri menghadapi cabaran dalam kehidupan.

“Beramal”
Mengamalkan ilmu yang diperoleh untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani,
emosi, rohani dan intelek bagi mendepani dunia globalisasi.

17.8 SLOGAN SMK PERIMBUN:
“BE TOP PERIMBUN”

17.9 IKRAR GURU

Kami, warga pendidik SMKP, berikrar dan berazam akan berkhidmat dengan penuh
tanggungjawab, dedikasi dan berintegriti.

Ke arah ini kami akan:
1.1.1 mendukung semua dasar pendidikan, pembaharuan dalam sistem pendidikan negara;
1.1.2 mengutamakan mutu perkhidmatan cemerlang;
1.1.3 mematuhi etika dan tatasusila keguruan;
1.1.4 mendidik pelajar tanpa mengira agama, bangsa dan status ekonomi dengan penuh

iltizam;
1.1.5 memberi tumpuan kepada kualiti pencapaian pelajar; dan
1.1.6 berusaha membentuk modal insan bangsa Malaysia yang bertaraf dunia.

17.10 LAGU SEKOLAH:

SMK Perimbun sekolah kami
Menjunjung wawasan negara tercinta
Menggarap cita budaya bangsa
Menjunjung nilai fasalah negara

SMK Perimbun kebanggaan kami
Semarak semangat menuntut ilmu
Jati diri disiplin disemai
Mendidik warga agar harmoni

Chorus:
Berilmu beramal prinsip disanjung
SEMANGAT JUARA MEMBARA
Mencapai visi matlamat yang satu
Akademik cemerlang dan gemilang

SMK Perimbun megah di hati
Teguh tabah menabur budi
Cekal bersama keikhlasan diri
Bimbinglah kami meniti hari

Lagu sekolah telah dicipta pada tahun 1999.

Melodi digubah oleh : En Chan Kit Yap (Guru Muzik)

Seni kata oleh : Pn Hajah Noraizan binti Sulaiman (Penolong Kanan SMK Perimbun)

17.11 IKRAR MURID

8 | “BE TOP PERIMBUN”
SMK PERIMBUN

SMK PERIMBUN 2022 9
[PENDAHULUAN & MAKLUMAT AM]

Bahawasanya kami, murid-murid SMKP berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha
kami untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam bidang akademik sahsiah dan kokurikulum.
Untuk mencapai matlamat tersebut kami sentiasa berusaha, berdoa kepada Tuhan dan memohon
restu daripada ibu bapa, penjaga serta guru.
Kami berjanji akan sentiasa bertanggungjawab sebagai seorang pelajar dengan mematuhi
peraturan disiplin demi menjaga nama baik diri, keluarga, sekolah, masyarakat dan negara. Kami
sentiasa mendukung dan mengamalkan rukun negara berdasarkan prinsip-prinsip yang berikut:

Kepercayaan kepada Tuhan,
Kesetiaan kepada Raja dan Negara
Keluhuran perlembagaan
Kedaulatan undang-undang
Kesopanan dan kesusilaan

17.12 BUDAYA KERJA KUALITI

Kenyataan berikut merupakan ciri-ciri budaya kerja berkualiti pegawai-pegawai perkhidmatan
pendidikan dan staf sokongan SMKP:

1.1.7 Mengamalkan nilai-nilai integriti (amanah, bertanggungjawab, akauntabiliti dan telus)
dalam melaksanakan tugas sebagai penjawat awam.
1.1.8 Amalan ‘TEAM WORK’ dalam memartabatkan imej sekolah.
1.1.9 Berorientasikan masa - bekerja dalam spesifikasi had waktu untuk mencapai hasil yang
cemerlang.
1.1.10 Bersedia untuk berubah demi kecemerlangan diri dan organisasi.
1.1.11 Bersabar, empati dan berprasangka baik dengan semua ahli organisasi dan pelanggan.
1.1.12 Kemahiran berkomunikasi berkesan – intrapersonal dan interpersonal dengan semua
pelanggan.
1.1.13 Dedikasi dan mempunyai disiplin kendiri yang tinggi.
1.1.14 Memberi perkhidmatan pelanggan yang Mesra, Cekap, Prihatin dan Tepat.
1.1.15 Bertindak sebagai pendidik, pembimbing dan mempunyai sifat penyayang.
1.1.16 Peka dengan persekitaran organisasi dan rasa terpanggil untuk menyumbang dan
meningkatkan kualiti organisasi dalam semua aspek (keceriaan dan keharmonian,
kebersihan dan kesihatan serta keselamatan)

18.0 PETUNJUK PRESTASI UTAMA (KPI) SMKP 2021

KPI 1 Peningkatan kualiti pengurusan ke arah pengurusan yang lebih cekap, telus dan tulus.
KPI 2
KPI 3 Peningkatan kualiti pencapaian GPS dalam peperiksaan SPM sebanyak 0.03 mata
KPI 4
KPI 5 Peningkatan peratus layak dapat sijil SPM sebanyak 0.3%.
KPI 6
Peningkatan kualiti pencapaian STPM dengan menyasarkan GPS kepada 2.5.
KPI 7
KPI 8 Peningkatan lulus bagi semua mata pelajaran PT3 sebanyak 3.0 %.

KPI 9 95% murid tingkatan 1, 2 & 3 menguasai Tahap Pencapaian 3 (TP3) dalam Pentakiran
Bilik Darjah (PBD).
KPI 10
KPI 11 Peningkatan kualiti pencapaian PBD bagi semua Mata Pelajaran Teras dan Elektif
KPI 12 tingkatan 4 & 5 dengan pencapaian minimum Tahap 3.
KPI 13
Sifar murid tidak boleh membaca melalui program intervensi.

Peningkatan kualiti Pengurusan Pusat Sumber melebihi 80% melalui
pemantauan berkala menggunakan Instrumen Smart School Qualification Standards
(SSQS).

Melahirkan seorang Tokoh NILAM Peringkat Zon.

Penurunan peratus ponteng sekolah sebanyak 0.2% melalui Program Sifar Ponteng.

Sifar kes murid merokok & vandalisme di sekolah melalui Program Pembentukan dan
Pembangunan Sahsiah Diri Murid (PPSDM).

Peningkatan pengurusan kantin sekolah kepada Gred A.

9 | “BE TOP PERIMBUN”
SMK PERIMBUN

SMK PERIMBUN 2022 10
[PENDAHULUAN & MAKLUMAT AM]

KPI 14 Peningkatan keuntungan pengurusan koperasi sekolah sebanyak 15%.
KPI 15
KPI 16 Penyertaan murid sebanyak 40 aktiviti dalam pertandingan sukan dan kokurikulum
di peringkat negeri dan ke atas.

Peratus kehadiran dalam aktiviti kokurikulum mencapai 75 %.

19.0 7 FOKUS UTAMA KECEMERLANGAN SMKP
Kecemerlangan SMKP berteraskan slogan “BE TOP PERIMBUN”:

19.1 FOKUS 1: KECEMERLANGAN PENGURUSAN, PENTADBIRAN DAN PROFESIONALISME
SEKOLAH (K3P)

Meningkatkan Kecemerlangan Pengurusan dalam aspek:
1. Pengurusan Perkhidmatan Rekod-Rekod Perkhidmatan, Data Sistem Pengurusan Sekolah

(SPS) dan Single Sign-On (SSO).
2. Pengurusan Perjawatan, Kenaikan Pangkat, Prestasi, Gaji dan Emolumen serta kebajikan

warga sekolah.
3. Pengurusan Sumber Manusia secara cekap dan bijak – Pengagihan tugas berasaskan

bidang kepakaran guru, staf sokongan, murid dan semua warga sekolah.
4. Penggemblengan, penggunaan dan perkongsian optimum tenaga, ilmu, kemahiran dan

kepakaran seluruh warga sekolah.
5. Pengurusan sumber bukan manusia – kemudahan asas / prasarana, utiliti, bahan,

persekitaran sekolah secara jimat dan berhemah.
6. Peningkatan taraf kepada 5 bintang untuk bilik-bilik khas terpilih, laluan-laluan, taman,

laman, dataran dan seluruh persekitaran sekolah.
7. Peningkatan tahap keselamatan semua kemudahan sekolah.
8. Pengurusan kewangan dengan telus, cekap dan berkesan. Mengekalkan Pencapaian Sijil

Audit Cemerlang dengan meningkatkan ilmu dan kemahiran pengurusan kewangan, PT
kewangan, semua Ketua Panitia, Guru Kanan Mata Pelajaran (GKMP) dan Penolong Kanan
serta semua guru.
9. Pemantapan Pengurusan Stok dan Inventori Sekolah.
10. Penggunaan sepenuhnya aset sekolah secara berhemah dan cermat.
11. Pembudayaan penyelenggaraan segera prasarana dan kemudahan sekolah.
12. Pemantapan pengurusan sistem fail dan pengurusan maklumat terkini, mudah dan cepat
diakses.

Sehubungan dengan itu, barisan kepimpinan sekolah hendaklah;

i. bertindak berasaskan Pekeliling Perkhidmatan, Akta dan Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI).
ii. membudayakan nilai insaniah dan memahami kehendak warga sekolah dalam batasan

yang dibenarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
iii. memastikan barisan kepimpinan sekolah berwibawa dan boleh menjadi contoh kepada

warga sekolah.
iv. berusaha menghasilkan guru yang dapat memenuhi kriteria Standard Guru Malaysia.
v. memastikan Latihan Personel memberi fokus kepada peningkatan profesionalisme

perguruan.
vi. memberi keutamaan kepada kebajikan warga sekolah khususnya dalam aspek gaji dan

elaun, pengesahan perjawatan, peluang kenaikan pangkat dan tempat kerja guru dan staf
sokongan yang selesa agar dapat bekerja dalam suasana kerja yang harmoni.
vii. mengamalkan komunikasi berkesan dan harmoni.
viii. mewujudkan budaya kerja yang berorientasikan kecemerlangan dengan menitikberatkan
konsep kerja adalah amanah dan ibadah yang menuntut kepada keikhlasan.
ix. menilai prestasi guru dan staf sokongan secara adil dan telus.
x. memberi sijil penghargaan dan pengiktirafan kepada warga sekolah yang menghasilkan
kecemerlangan sekolah.
xi. sentiasa berusaha ke arah memenuhi kehendak Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
2013-2025.

10 | “BE TOP PERIMBUN”
SMK PERIMBUN

SMK PERIMBUN 2022 11
[PENDAHULUAN & MAKLUMAT AM]

19.2 FOKUS 2: KECEMERLANGAN PENGURUSAN KURIKULUM – Penolong Kanan
Pentadbiran Dan Penolong Kanan Petang
1. Melaksanakan secara berkesan kepimpinan instruksional.
2. Memantapkan kualiti kurikulum dan pentaksiran.
3. Meningkatkan penguasaan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
4. Meningkatkan tahap pencapaian terbaik dalam peperiksaan awam dari tahun ke tahun.
5. Meningkatkan Gred Purata Sekolah dari tahun ke tahun.
6. Meningkatkan peratus layak mendapat sijil SPM dari tahun ke tahun dan melebihi 90% ke

atas.
7. Meningkatkan tahap pencapaian tertinggi dalam Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).
8. Menganalisis peningkatan pencapaian murid secara menyeluruh melalui GROW.
9. Memastikan guru melaksanakan Pembelajaran Abad Ke-21 secara berkesan dalam bilik

darjah.
10. Mematuhi penjadualan dalam melaksanakan Pencerapan PdPc secara klinikal

sekurang-kurangnya dua kali dalam setahun.
11. Memastikan guru mengajar secara terancang dengan menggunakan pelbagai kaedah yang

kreatif menggunakan bahan bantu mengajar secara optimum khususnya penggunaan ICT
dan DELIMa dengan berkesan.
12. Memastikan guru dilatih supaya berkemahiran menyediakan soalan bermutu berpandukan
Jadual Spesifikasi Ujian (JSU).
13. Memastikan guru melaksanakan pemeriksaan buku latihan murid dengan menggunakan
instrumen pemantauan pemeriksaan secara teliti dan berkesan.
14. Melaksanakan perancangan strategik dan taktikal kurikulum berasaskan kepada analisis
SWOT.
15. Melaksanakan post mortem / pascanilai untuk penambahbaikan program akademik.
16. Memberi fokus kepada pelbagai program khas kurikulum yang ada impak/penambahbaikan.
17. Berusaha untuk mencapai kedudukan 10 sekolah harian terbaik dalam peperiksaan awam
dalam Daerah Hulu Langat.
18. Berusaha mencapai kemenangan dalam mana-mana Anugerah Sekolah Cemerlang dari segi
pencapaian akademik.
19. Memastikan pengurusan panitia lebih mantap.
20. Berusaha menghasilkan dokumentasi program kurikulum yang menyeluruh, lengkap dan
kemas.

19.3 FOKUS 3: KECEMERLANGAN PENGURUSAN HAL EHWAL MURID – Penolong Kanan Hal
Ehwal Murid (HEM) dan Penolong Kanan Petang

1. Membudayakan 5S (Senyum, Sapa, Salam, Sopan, Sedia dan Segera) dalam amalan harian.
2. Melahirkan warga sekolah yang beradab dengan mengamalkan tingkah laku ketimuran,

berketerampilan, berani dan menyerlah.
3. Membentuk dan membudayakan sahsiah baik kepada semua warga sekolah melalui

pendekatan agama dan moral.
4. Mengamalkan slogan “Budi Bahasa Budaya Kita” dalam kalangan warga sekolah.
5. Mewujudkan budaya penyayang dalam kalangan warga sekolah.
6. Mewujudkan komunikasi berkesan yang harmoni.
7. Memastikan semua guru menyedari hakikat mereka ialah guru disiplin.
8. Memastikan guru bimbingan dan kaunseling sepenuh masa merancang dan melaksanakan

program yang dapat menjamin kemenjadian murid.
9. Memastikan sebarang masalah disiplin ditangani dengan bijak dan berhemah dan

berkurangan dari tahun ke tahun.
10. Berusaha mewujudkan sekolah yang kondusif, bersih, ceria dan selamat.
11. Memastikan setiap program HEM dilaksanakan dengan terancang dengan memberi

tumpuan kepada impak.
12. Mengurus SPBT dengan cekap dan memastikan BOSS sentiasa kemas dan kondusif.
13. Memantapkan pengurusan sarana ibu bapa demi pembangunan modal insan.
14. Mewujudkan kantin sekolah yang bersih dan kemas untuk mencapai Gred A .
15. Melaksanakan perancangan strategik unit HEM berasaskan analisis SWOT.
16. Melaksanakan post mortem / pascanilai untuk penambahbaikan program HEM.
17. Melaksanakan pelbagai program intervensi sahsiah.
18. Memberi peluang yang seluas-luasnya secara adil kepada warga sekolah dalam aktiviti

HEM.
19. Mewujudkan kebitaraan / nich / kekuatan / keunikan dalam unit HEM.
20. Memastikan pengurusan unit HEM yang mantap.
21. Memastikan rekod dan dokumentasi unit HEM menyeluruh dan lengkap.

11 | “BE TOP PERIMBUN”
SMK PERIMBUN

SMK PERIMBUN 2022 12
[PENDAHULUAN & MAKLUMAT AM]

19.4 FOKUS 4: KECEMERLANGAN PENGURUSAN KOKURIKULUM – Penolong Kanan
Kokurikulum dan Penolong Kanan Petang

1. Memastikan pengurusan dan pentadbiran unit kokurikulum mantap.
2. Memastikan warga sekolah terlibat secara aktif dalam semua aktiviti kokurikulum.
3. Memupuk ‘Semangat Juara Membara’ dalam kalangan murid.
4. Menerap nilai dan kemahiran insaniah kepada murid-murid melalui aktiviti kokurikulum.
5. Menyemarakkan semangat Juara Membara untuk memenangi pertandingan kokurikulum

dan koakademik.
6. Meningkatkan keterampilan, keberanian, kemahiran kepimpinan dan kejurulatihan dalam

kalangan murid serta guru melalui pengurusan kokurikulum yang cekap.
7. Memantapkan pengetahuan, kemahiran dan kejurulatihan dalam kalangan guru penasihat.
8. Memperkasakan kebitaraan sekolah dalam Badan Beruniform khususnya dalam Kadet

Remaja Sekolah (KRS).
9. Memastikan sistem fail unit kokurikulum kemas dan terkini.
10. Memastikan dokumentasi program kokurikulum terkini, kreatif dan mantap.
11. Membangunkan modal insan melalui inovasi dan pemupukan patriotisme serta disiplin.

19.5 FOKUS 5: KECEMERLANGAN PENGURUSAN JABATAN TINGKATAN 6 – Penolong Kanan
Tingkatan 6

1. Memperkasakan pengurusan Jabatan Tingkatan 6.
2. Memastikan peningkatan pencapaian STPM dari segi kualiti dan kuantiti.
3. Memastikan peningkatan pencapaian peperiksaan MUET dari segi kualiti dan kuantiti.
4. Memastikan peningkatan pencapaian dalam kerja kursus kertas 4 STPM setiap

mata pelajaran.
5. Memastikan segala data dan maklumat berkaitan tingkatan 6 sekolah adalah tepat dan

mudah diperolehi pada bila-bila masa diperlukan.
6. Menguruskan segala hal berhubung dengan pengambilan dan pendaftaran baharu dan

semasa pelajar tingkatan 6.
7. Memastikan penglibatan pelajar daripada semua kaum dalam semua aktiviti kokurikulum

tingkatan 6 sekolah yang sesuai untuk tujuan pemupukan perpaduan.
8. Memastikan merekod dan menilai kemajuan aktiviti kokurikulum tingkatan 6 sekolah yang

dijalankan.
9. Menyelia dan menilai aktiviti pelajar tingkatan 6 secara sistematik dan berterusan

19.6 FOKUS 6: KECEMERLANGAN PENGURUSAN P3K (PRASARANA, KESELAMATAN,
KESIHATAN DAN KEBERSIHAN) SEKOLAH - GKMP Sains & Matematik,
GKMP Teknik & Vokasional

1. Memastikan prasarana yang disediakan mampu menyediakan persekitaran yang bersih dan
kondusif.

2. Memantapkan amalan dalam pengurusan kekemasan sekolah.
3. Mewujudkan suasana bilik darjah dan persekitaran sekolah yang kondusif.
4. Melaksanakan pengurusan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) bagi memastikan

persekitaran sekolah yang bersih, kemas, ceria dan selamat bagi menggalakkan
pembelajaran.
5. Menceriakan bangunan-bangunan sedia ada menjadi medium berinformasi dengan tema
tertentu sebagai bahan bantu mengajar maujud untuk PdPc.
6. Memantapkan pengurusan P3K dan program 3K yang memberi impak kepada murid.
7. Membudayakan amalan penyayang dalam kalangan warga sekolah.
8. Menanamkan konsep ‘Sekolahku Rumahku’ dalam kalangan warga sekolah.
9. Melibatkan warga sekolah secara langsung dalam pengurusan dan operasi kebersihan,
kekemasan dan keceriaan sekolah.
10. Memastikan pemantauan secara berperingkat menerusi mekanisme khas dalam
pengurusan kekemasan sekolah.
11. Memastikan rekod dan dokumentasi program P3K lengkap.
12. Mempunyai kebitaraan / kekuatan / keunikan dalam P3K.

12 | “BE TOP PERIMBUN”
SMK PERIMBUN

SMK PERIMBUN 2022 13
[PENDAHULUAN & MAKLUMAT AM]

19.7 FOKUS 7: KOMITMEN KOMUNITI - GKMP Kemanusiaan, GKMP Bahasa
1. Sentiasa bekerjasama erat dengan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).
2. Melaksanakan perkongsian pintar dan menjalin hubungan baik (suasana menang-menang)

dengan komuniti setempat.
3. Menggalakkan pelibatan organisasi luar dalam mencapai kecemerlangan, pembangunan

sekolah.
4. Mencari ruang dan peluang dengan pelibatan organisasi luar atau komuniti setempat demi

kecemerlangan dan pembangunan sekolah.
5. Sentiasa berusaha melibatkan komuniti setempat dalam program anjuran sekolah.
6. Mengaktifkan permuafakatan antara sekolah dan komuniti setempat.
7. Sentiasa membuka peluang komuniti berurusan dengan pihak sekolah melalui konsep

mesra pelanggan demi kemajuan sekolah.

PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025 TS25.
PENGERAK PEMBELAJARAN BERMAKNA.

Apa itu Program TS25

Program TS25 merupakan sebahagian daripada usaha KPM ke arah meningkatkan kemenjadian murid dan
sekolah berkualiti dengan mengaplokasi amalan terbaik dalam pelaksanaan pengurusan dan kepimpinan serta
pedagogi dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP ) selari dengan hasrat yang terkandung dalam Pelan
Pembnagunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013- 2025.

Hala Tuju Program TS25

13 | “BE TOP PERIMBUN”
SMK PERIMBUN

SMK PERIMBUN 2022 14
[PANDUAN AM PENGURUSAN GURU]

14 | “BE TOP PERIMBUN”
SMK PERIMBUN

SMK PERIMBUN 2022 15
[PANDUAN AM PENGURUSAN GURU]

1.0 ARAHAN AM

1.1 Selaku pegawai kerajaan, guru adalah tertakluk kepada arahan yang terdapat dalam Perintah Am
Kerajaan. Oleh itu semua guru dan staf sokongan sekolah dinasihati supaya membaca,
memahami, boleh mentafsirkan dengan tepat akan kandungan Perintah Am dan Arahan
Perkhidmatan lain seterusnya mematuhi perintah am tersebut.

1.2 Guru hendaklah menghayati tatasusila profesional keguruan dan menjunjungnya sebagai satu
profesion dan bukan sebagai satu pekerjaan atau mata pencarian semata-mata.

1.3 Semua guru dan staf sokongan hendaklah mengamalkan dan menghayati prinsip-prinsip
perkhidmatan cemerlang.

1.4 Guru hendaklah mengamal dan menghayati Moto, Visi, Misi, Falsafah, Objektif dan Piagam
Pelanggan Sekolah, Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
(PPPM 2013-2025) dan Transformasi Nasional 50 (TN50).

1.5 Semua guru dan staf sokongan dikehendaki meletakkan kepentingan murid dan sekolah lebih
daripada kepentingan diri ketika bertugas.

1.6 Semua guru dan staf sokongan dikehendaki bertanggungjawab menjaga dan menjamin
keselamatan pelajar ketika belajar di sekolah dan menjaga harta benda kerajaan.

1.7 Semua guru dan staf sokongan hendaklah sentiasa mengamalkan kepimpinan yang berkesan dan
dinamik serta cekap menjalankan tugas.

2.0 WAKTU RASMI PERSEKOLAHAN

2.1 Waktu rasmi persekolahan adalah seperti yang tercatat dalam Jadual Waktu Persekolahan.

2.2 Semua guru wajib berada di dalam kawasan sekolah sepanjang waktu persekolahan kecuali
menjalankan tugas rasmi di luar.

2.3 SESI PAGI

2.3.1 7.30 pagi hingga 1.10 tengah hari (Isnin hingga Khamis) bagi Ting. 3,4 & 5
2.3.2 7.30 pagi hingga 2.20 petang (Isnin hingga Khamis) bagi Ting. 4 & Ting. 5 (pakej STEM)
2.3.3 7.30 pagi hingga 12.30 tengah hari (Jumaat).

2.4 SESI PETANG

2.4.1 1.10 petang hingga 6.40 petang (Isnin hingga Khamis).
2.4.2 2.20 petang hingga 6.40 petang (Jumaat).

3.0 KEDATANGAN GURU (Pekeliling Am Bil. 11 Tahun 1981) Penggunaan Kad Perakam Waktu

3.1 Semua guru dikehendaki berada di dalam kawasan sekolah sebelum 7.25 pagi bagi sesi
pagi. Manakala bagi sesi petang ialah pukul 12.25 tengah hari (Isnin hingga Khamis)
dan 2.10 petang (Jumaat).

3.2 Waktu bertugas rasmi guru adalah seperti berikut:

3.2.1 SESI PAGI

3.2.1.1 7.30 pagi hingga 1.50 tengah hari (Isnin hingga Khamis) – 6 jam 20 minit

3.2.1.2 7.30 pagi hingga 12.30 tengah hari (Jumaat) – 5 jam

3.2.2 SESI PETANG

3.2.2.1 12.30 tengah hari hingga 6.50 petang (Isnin hingga Khamis) – 6 jam 20 minit

3.2.2.2 2.10 petang hingga 6.50 petang (Jumaat) – 4 jam 40 minit

3.3 Semua guru dikehendaki menggunakan Kad Perakam Waktu (KPW) untuk catatan kehadiran.

3.4 Cetakan pada KPW akan berwarna merah selepas pukul 7.30 pagi (sesi pagi), 12.30 tengah hari
(sesi petang).

3.5 Guru-guru yang lewat hendaklah mendapatkan pengesahan pengetua / Penolong Kanan
Pentadbiran (PKP) pada KPW pada hari yang sama dengan menulis sebab-sebab yang munasabah
dengan ringkas di ruangan yang disediakan bagi mengelakkan dikenakan tindakan selanjutnya.

15 | “BE TOP PERIMBUN”
SMK PERIMBUN

SMK PERIMBUN 2022 16
[PANDUAN AM PENGURUSAN GURU]

3.6 Mengetik sendiri KPW dengan segera sebaik tiba di sekolah. Adalah menjadi satu kesalahan jika
mengetik KPW bagi pihak orang lain.

3.7 Guru bertugas harian hendaklah berada di sekolah 15 minit sebelum persekolahan
bermula dan 15 minit selepas sesi persekolahan tamat untuk setiap sesi.

3.8 Cetakan rakaman hadir dan pulang guru dan staf adalah Dokumen Audit Sekolah. Dokumen ini
juga membantu Pengetua untuk membuat penilaian “Prestasi Tahunan”.

3.9 Guru-guru yang hadir untuk kegiatan kokurikulum / kelas tambahan perlu menandatangani
kehadiran bertugas pada buku yang disediakan.

3.10 Guru yang menghadiri mesyuarat / bengkel / seminar rasmi yang diarahkan oleh PPD / JPS / KPM
hendaklah membuat catatan pada KPW dan ditandatangani oleh Pengetua / PKP.

4.0 KEHADIRAN UPACARA / KEGIATAN SEKOLAH
4.1 Semua guru dikehendaki hadir untuk semua acara rasmi sekolah (dengan pakaian rasmi). Semua
guru diminta tidak mengasingkan diri di bilik guru semasa acara rasmi sedang berlangsung.
4.2 Guru-guru diminta hadir menyaksikan perlawanan-perlawanan / pertandingan-pertandingan yang
melibatkan pasukan sekolah dan berlangsung di kawasan sekolah.

5.0 KETEPATAN MASA (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 2/1981)
5.1 Guru-guru hendaklah sentiasa mengamalkan ketepatan masa pada waktu-waktu upacara berikut
supaya menjadi contoh yang baik kepada murid-murid seperti:
5.1.1 Kedatangan ke sekolah.
5.1.2 Perhimpunan rasmi.
5.1.3 Masuk ke kelas.
5.1.4 Mesyuarat / Perjumpaan rasmi.
5.1.5 Aktiviti Kokurikulum.

6.0 KETIDAKHADIRAN GURU
6.1 Bagi mana-mana guru yang tidak hadir atas sebab apa-apa jua pun, satu jadual gantian perlu
disediakan. Untuk melicinkan urusan penyediaan jadual gantian ini, guru-guru yang tidak dapat
hadir kerana sakit hendaklah memberitahu Pengetua / PKP dan kemudiannya menghubungi
pejabat sekolah selewat-lewatnya pada jam 7.20 bagi sesi pagi dan sebelum pukul 12.20 tengah
hari bagi guru sesi petang.
6.2 Sijil Sakit hendaklah diserahkan kepada Pengetua / PKP jika Pengetua tiada di sekolah (sebaik
sahaja guru kembali bertugas).
6.3 Guru-guru yang tidak dapat hadir ke sekolah kerana dikehendaki hadir mesyuarat, taklimat,
bengkel, seminar atau kursus hendaklah memaklumkan kepada AJK Jadual Waktu
sekurang-kurangnya 2 hari sebelum tarikh berkenaan.

7.0 MENINGGALKAN KAWASAN SEKOLAH - Surat JPA (SARAAN)(S) 1619Klt.16(7) bertarikh 9
Disember 2009 (Perintah Am 5, Bab G)
7.1 Pegawai hendaklah mendapatkan kelulusan daripada Pentadbir terlebih dahulu sebelum
meninggalkan pejabat dalam waktu bekerja dengan menggunakan borang yang disediakan;
7.2 Kebenaran untuk meninggalkan pejabat ini boleh diberi bagi tujuan menyelesaikan urusan
persendirian pegawai yang terpaksa dilakukan dalam waktu bekerja. Pegawai hendaklah
memberikan keutamaan kepada tugas dan tanggungjawabnya sekiranya urusan persendirian
tersebut boleh diselesaikan menerusi perkhidmatan atas talian atau perkhidmatan yang disediakan
di luar waktu bekerja;

16 | “BE TOP PERIMBUN”
SMK PERIMBUN

SMK PERIMBUN 2022 17
[PANDUAN AM PENGURUSAN GURU]

7.3 Pentadbir hendaklah menggunakan budi bicaranya untuk memberi kebenaran kepada pegawai
meninggalkan pejabat dalam waktu bekerja bagi urusan persendirian setelah mengambil kira
kepentingan bekerja;

7.4 Tempoh maksimum yang dibenarkan untuk tujuan meninggalkan pejabat dalam waktu bekerja
hendaklah tidak melebihi separuh daripada waktu bekerja (3 jam) sehari. Jika tempoh
meninggalkan pejabat melebihi daripada tempoh maksimum yang ditetapkan pada hari tersebut,
pegawai dikehendaki mengambil Cuti Rehat Khas (CRK) dan cuti lain yang berkelayakan;

7.5 Pegawai yang mendapatkan rawatan untuk diri sendiri di klinik / hospital dikehendaki
mengemukakan “time slip” atau sebarang dokumen daripada pegawai perubatan atau doktor
untuk mengesahkan bahawa pegawai mendapatkan rawatan di klinik / hospital berkenaan dalam
tempoh tersebut;

7.6 Tempoh pegawai dibenarkan meninggalkan pejabat akan dianggap sebagai Cuti Sakit jika pegawai
disahkan sebagai tidak sihat untuk menjalankan tugasnya oleh pegawai perubatan atau doktor
yang merawatnya melalui sijil sakit yang dikeluarkan;

7.7 Pentadbir boleh menetapkan bahawa pegawai perlu menggantikan semula tempoh waktu bekerja
yang telah digunakan untuk tujuan menyelesaikan tugas hakikinya supaya penyampaian
perkhidmatan tidak terjejas; dan

7.8 Pentadbir hendaklah memastikan kemudahan yang disediakan ini tidak disalahgunakan oleh
pegawai terutamanya dari segi kekerapan penggunaannya.

8.0 PERHIMPUNAN SEKOLAH

8.1 Perhimpunan Mingguan : SPI Bil 4/1984

8.1.1 Perhimpunan mingguan yang diadakan pada hari Isnin adalah upacara rasmi sekolah.
Perhimpunan mingguan diadakan walaupun dengan ketiadaan Pengetua. Tugasnya akan
diambil oleh wakil.

8.1.2 Guru-guru lelaki diwajibkan memakai tali leher pada waktu perhimpunan rasmi
hari Isnin dan berbaju melayu bersamping serta bersongkok pada setiap hari
Jumaat.

8.1.3 Perhimpunan ini diadakan di Dataran Muhibah pada jam 7.30 pagi (sesi pagi) dan jam 1.00
tengah hari (sesi petang).

8.1.4 Bagi acara penyampaian hadiah / sijil / sumbangan / penghargaan, setiap penerima
hendaklah disediakan berhampiran tempat penerimaan (pentas). Tempat hadiah
hendaklah disediakan dengan indah dan kemas. Penyampaian hadiah hendaklah dibuat
terus menerus sehingga selesai dan guru terlibat diminta berada di tempat penyampaian
hadiah pada majlis ini.

8.1.5 Oleh itu, semua guru dikehendaki hadir tepat pada masanya dan sentiasa menjaga
ketertiban dan “dignity” (maruah) upacara tersebut. Perhimpunan ini dikendalikan oleh
Jawatankuasa Perhimpunan.

8.1.6 Jika hari Isnin merupakan hari cuti umum, maka tidak ada perhimpunan rasmi pada
minggu tersebut.

8.1.7 Guru bertugas mingguan perlu membuat catatan ucapan pengetua / wakil dalam buku
laporan mingguan.

8.2 Perhimpunan Harian

8.2.1 Perhimpunan dikendalikan oleh Guru Bertugas Mingguan.

8.2.2 Semua murid dikehendaki berada di tapak perhimpunan tepat pada pukul 7.20 pagi (sesi
pagi) dan 12.50 tengah hari (sesi petang).

17 | “BE TOP PERIMBUN”
SMK PERIMBUN

SMK PERIMBUN 2022 18
[PANDUAN AM PENGURUSAN GURU]

8.3 Pengumuman
8.3.1 Semua pengumuman adalah di bawah kelolaan Jawatankuasa Perhimpunan dan Guru
Bertugas Mingguan.
8.3.2 Pengumuman yang ditujukan kepada sebilangan murid sahaja / sesuatu badan tertentu
seperti kelab atau persatuan hendaklah ditulis di papan kenyataan yang disediakan.
8.3.3 Semua pengumuman penting hendaklah dibuat oleh guru bertugas dan bukan oleh
Pengawas sekolah. Sebarang pengumuman hendaklah ditulis dalam borang yang telah
disediakan oleh Jawatankuasa Perhimpunan.
8.3.4 Pembaca pengumuman hendaklah terlebih dahulu menyemak pengumuman yang diterima
sebelum mengumumkan untuk mengelak sebarang kekeliruan tentang maksud
pengumuman itu.
8.3.5 Pengumuman PENTING SAHAJA dibenarkan semasa waktu PdPc bagi Melindungi Masa
Instruksional (MMI) dan perlu mendapat kebenaran Pengetua / PKP.

9.0 MESYUARAT GURU / INFO / WACANA / DIALOG PRESTASI GURU
9.1 Semua guru diwajibkan menghadiri semua mesyuarat guru / info / wacana / dialog prestasi guru
manakala kursus-kursus perkembangan staf, kursus dalaman serta mesyuarat-mesyuarat panitia
mata pelajaran dan jawatankuasa-jawatankuasa tertentu adalah wajib bagi guru-guru yang
terlibat.
9.2 Kehadiran guru dalam semua mesyuarat / info / wacana / dialog prestasi guru di atas
akan direkodkan dan guru yang tidak hadir tanpa sebab diminta memberikan surat
penjelasan.
9.3 Mesyuarat guru / info / wacana / dialog prestasi guru diadakan pada hari Khamis dua kali setiap
bulan. Oleh itu, guru-guru sesi pagi dikehendaki balik lewat manakala guru-guru sesi petang
datang awal ke sekolah. Sekiranya tiada mesyuarat guru / info / wacana / dialog prestasi guru,
guru-guru boleh datang dan balik seperti biasa.
9.4 Semua maklumat yang diberikan semasa info / wacana / dialog prestasi guru (khamis) perlulah
dicatat oleh guru bertugas mingguan dalam buku laporan yang disediakan.

10.0 MENGHADIRI MESYUARAT / KURSUS / SEMINAR / BENGKEL
10.1 Wajib hadir apabila diarahkan, misalnya menghadiri mesyuarat, pergi ke Jabatan Pendidikan,
PPD atau ke sekolah lain.
10.2 Guru yang ditugaskan tidak boleh mengarahkan guru lain melaksanakannya. Penggantian hanya
atas arahan Pengetua.
10.3 Beri perhatian dan tumpuan sepenuhnya untuk tujuan pelaporan kepada Pengetua.
10.4 Sediakan Minit Curai dan serahkan kepada pengetua / PKP / GKMP berkenaan.
10.5 Adakan kursus dalaman kepada guru-guru lain mengikut keperluan. Maklumkan kepada Pengetua
/ PKP tarikh dan masa pelaksanaannya.
10.6 Dokumen yang diperoleh semasa taklimat hendaklah diserahkan kepada pihak sekolah untuk
direkodkan.

11.0 URUSAN DENGAN PPD / JPN / KPM
11.1 Dapatkan kebenaran Pengetua / PKP.
11.2 Sebarang permasalahan berkaitan pentadbiran hendaklah dibincangkan di peringkat sekolah
terlebih dahulu.
11.3 Sentiasa berpakaian kemas, sopan dan menjaga imej guru dan sekolah semasa berurusan dengan
pihak PPD / JPN / KPM.

18 | “BE TOP PERIMBUN”
SMK PERIMBUN

SMK PERIMBUN 2022 19
[PANDUAN AM PENGURUSAN GURU]

12.0 PAKAIAN GURU (SPI BIL.7/2001 DAN SURAT SIARAN KPM BIL. 19 TAHUN 2013 – bertarikh 4
Oktober 2013)
12.1 Guru-guru hendaklah sentiasa berpakaian kemas dan bersih, sesuai dengan profesion keguruan
dan masyarakat timur serta menjadi contoh yang baik kepada murid-murid.
12.2 Guru lelaki WAJIB memakai tali leher pada setiap hari ISNIN.
12.3 Semua guru diwajibkan berpakaian baju batik pada setiap hari Khamis (SPP BIL.1/2008) dan
bagi guru lelaki digalakkan memakai baju Melayu lengkap pada hari Jumaat.
12.4 Semua guru dikehendaki memakai pakaian unit uniform pada setiap hari Rabu.
12.5 Baju ketat, baju tanpa lengan dan ‘skirt’ yang pendek adalah tidak sesuai dan tidak
dibenarkan.
12.6 Selipar TIDAK dibenarkan.
12.7 Guru-guru yang mengajar mata pelajaran Pendidikan Jasmani dikehendaki memakai pakaian
sesuai seperti seluar trek panjang, kemeja T, baju trek dan kasut sukan atau kasut getah. Pakaian
yang sama juga hendaklah dipakai semasa latihan sukan dan permainan.

13.0 TANDA NAMA (SPA BIL.8 TAHUN 1983 – bertarikh 14 Oktober 1983)
13.1 Semua guru diwajibkan memakai tanda nama pada setiap hari persekolahan dan majlis rasmi
di sekolah atau di luar sekolah.
13.2 Semua tanda nama hendaklah dibuat daripada plastik dengan huruf berwarna putih
berlatarbelakangkan hitam dan berukuran 7.5 cm x 2.5 cm.
13.3 Hanya satu nama sahaja digunakan
13.4 Tidak ada had huruf dan saiz yang dikenakan dan sekiranya ejaan nama itu berlebihan ia
hendaklah dipendekkan atau dikecilkan untuk dimuatkan ke dalam ukuran tanda nama yang telah
ditetapkan.
13.5 Gelaran-gelaran darjah kebesaran, keturunan, ‘profesion’, akademik atau ‘initial’ tidak boleh
dituliskan.
13.6 Nama jawatan dan logo Jabatan juga TIDAK harus dimasukkan dalam tanda nama berkenaan,
jabatan-jabatan yang hendak menggunakan logo Jabatan, ianya hendaklah diadakan secara
berasingan dari tanda nama.
13.7 Tanda nama hendaklah disematkan di baju, di dada sebelah kiri.
13.8 Tanda nama hendaklah diasingkan dari pas keselamatan.

14.0 REKOD PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (RPP) (SPI BIL.3/1999 – 9 Mac 1999)
14.1 Semua guru dibekalkan sebuah RPP dan guru bertanggungjawab terhadap keselamatan buku atau
fail tersebut.
14.2 RPP hendaklah dibawa bersama ke kelas semasa mengajar.
14.3 Penulisan dalam RPP hendaklah dibuat dengan teliti, kemas dan lengkap mengikut KSSM.
Guru-guru dikehendaki mengisi maklumat-maklumat lain seperti DSKP, senarai nama murid-murid
dalam kelas-kelas yang diajar, markah-markah ujian dan peperiksaan, butir-butir diri guru dan
perkara-perkara lain yang terkandung dalam RPP.
14.4 RPP WAJIB dihantar ke pejabat sekolah setiap hari Jumaat lengkap dengan rancangan
pengajaran hari Isnin untuk disemak oleh Pentadbir TANPA GAGAL.
14.5 Jika seseorang guru bercuti, bertukar atau bersara, buku tersebut hendaklah diserahkan kepada
Penolong Kanan Pentadbiran atau Penolong Kanan Petang.
14.6 RPP hendaklah diserahkan kepada Penolong Kanan Pentadbiran pada hari terakhir tahun
persekolahan [catatan: PdPc tergendala (pen warna merah)].

19 | “BE TOP PERIMBUN”
SMK PERIMBUN

SMK PERIMBUN 2022 20
[PANDUAN AM PENGURUSAN GURU]

14.7 RPP adalah dokumen yang membantu dalam menyedia dan melaksanakan Sasaran Kerja Tahunan
(SKT) serta merupakan elemen Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP)
dan SKPMg2.

15.0 PENYELIAAN / PENCERAPAN (SPI BIL.3/1987 – 11 November 1987)
15.1 Penyeliaan pengajaran-pembelajaran di kelas hendaklah dijalankan oleh Pengetua ke atas semua
guru.
15.2 Rekod penyeliaan pengajaran-pembelajaran di kelas hendaklah dicatat dengan ringkas dan tepat.
15.3 Penyeliaan pengajaran-pembelajaran hendaklah dirancang dengan seimbang dari segi masa, mata
pelajaran, tingkatan dan guru.
15.4 Tugas penyeliaan ini boleh dijalankan dengan bantuan Penolong Kanan dan Penolong Kanan
Petang. Walau bagaimanapun tanggungjawab sepenuhnya terletak di tangan Pengetua.
15.5 Penyeliaan pengajaran-pembelajaran di kelas hendaklah dijalankan secara sistematik dan
berlandaskan profesionalisme dengan guru-guru dan bukan untuk mencari kesalahan. Dalam
usaha mempertingkatkan prestasi pengajaran-pembelajaran di kelas. Pengetua perlu mendapat
maklumat yang tertentu. Maklumat-maklumat itu dapat digunakan oleh pengetua sebagai asas
perbincangan dengan guru-guru.

16.0 GURU GANTIAN
16.1 Semua guru akan diberi waktu gantian dari semasa ke semasa apabila ada guru yang tidak
hadir kerana sakit atau bertugas di luar sekolah.
16.2 Semasa waktu gantian, pastikan PdPc berjalan seperti biasa dengan menggunakan bahan yang
telah disediakan atau mengikut opsyen mata pelajaran yang diajar.
16.3 Guru yang diberi waktu gantian, wajib memasuki kelas berkenaan. Adalah menjadi
tanggungjawab guru berkenaan sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini dalam kelas semasa
ketiadaannya.

17.0 PENYEMAKAN BUKU LATIHAN MURID
17.1 Pengetua / Penolong Kanan / Guru Kanan Mata Pelajaran / Ketua Panitia boleh meminta buku
latihan / rampaian atau buku catatan murid-murid untuk diperiksa.
17.2 Pemeriksaan buku-buku ini dibuat mengikut jadual yang akan dimaklumkan kepada guru-guru
terlebih dahulu.
17.3 Guru-guru hendaklah memastikan kerja-kerja bertulis diberi seperti mana yang telah ditetapkan
oleh Panitia masing-masing.

18.0 WAKTU TIDAK MENGAJAR / WAKTU LUANG (FREE PERIODS) (SPI BIL.3/1981 – 14
September 1981)
18.1 Waktu luang adalah masa bekerja.
18.2 Pengetua boleh mengarahkan guru-guru menggunakan masa itu untuk:
18.2.1 menggantikan guru yang tidak hadir mengajar di sesebuah tingkatan;
18.2.2 membuat persediaan-persediaan untuk mengajar seperti membaca buku tambahan,
membuat nota mengajar, menyediakan alat-alatan mengajar dan sebagainya;
18.2.3 memeriksa buku latihan murid;
18.2.4 mengadakan pertemuan khas dengan murid-murid bermasalah pelajaran yang diajar;
18.2.5 menyediakan aktiviti-aktiviti gerakerja kokurikulum;
18.2.6 lain-lain tugas yang difikirkan perlu atau diarahkan oleh Pengetua.
18.3 Tegasnya, waktu luang itu mestilah diisi dengan kerja-kerja yang memberi faedah kepada
murid-murid khasnya, dan sekolah amnya.

20 | “BE TOP PERIMBUN”
SMK PERIMBUN

SMK PERIMBUN 2022 21
[PANDUAN AM PENGURUSAN GURU]

19.0 TUGAS-TUGAS KHAS
19.1 Selain tugas kurikulum, HEM dan tugas kokurikulum guru-guru juga diberi tugas-tugas khas.
Tugas-tugas khas ini hendaklah dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab dan dedikasi.

20.0 KEGIATAN KOKURIKULUM
20.1 Di samping mengajar guru-guru dikehendaki bergiat dalam memimpin murid-murid dalam
kegiatan kokurikulum. Tugas dan tanggungjawab ini hendaklah dilaksanakan dengan dedikasi dan
cekap.
20.2 Sebagai Penasihat kelab persatuan,badan beruniform, sukan dan permainan, guru hendaklah
memberi bimbingan aktif untuk menentukan arah kegiatan serta peningkatan arah pencapaian
badan-badan tersebut di samping sentiasa mengawasi disiplin, aktiviti dan kewangannya.
20.3 Mesyuarat atau taklimat badan-badan kokurikulum tidak boleh diadakan masa persekolahan.
20.4 Guru penasihat bertanggungjawab untuk memastikan semua kegiatan kokurikulum tidak
bercanggah dengan tujuan yang termaktub dalam perlembagaan yang diluluskan.
20.5 Guru penasihat hendaklah menghadiri semua mesyuarat / perjumpaan jawatankuasa badan-badan
kokurikulum dan aktivitinya serta menandatangani kehadiran dalam Buku Aktiviti Kokurikulum
yang akan disemak oleh PK Kokurikulum.
20.6 Keselamatan dan kebajikan murid-murid / ahli-ahli semasa kegiatan-kegiatan dijalankan adalah
tanggungjawab guru penasihat.

21.0 TUGAS MENGAWAS PEPERIKSAAN
21.1 Menjadi tanggungjawab semua guru dan merupakan arahan rasmi.
21.2 Tidak boleh dikecualikan kecuali sakit yang serius atau berkursus.
21.3 Jika dilantik tidak boleh bercuti. Guru juga diminta mencari pengganti sendiri sekiranya masih tidak
dapat hadir sebagai petugas peperiksaan.
21.4 Guru yang menolak sebagai petugas peperiksaan perlu melengkapkan dokumen penolakan
sebagai petugas peperiksaan kepada Pengarah Pendidikan Selangor melalui unit Penilaian dan
Peperiksaan PPDHL untuk memohon kelulusan.

22.0 SURAT / PEKELILING / BORANG UNTUK TINDAKAN
22.1 Bertindak dengan segera apabila diminitkan untuk tindakan.
22.2 Berbincang dengan pegawai atasan untuk mendapatkan maklumat lengkap.
22.3 Semua borang perlu ditaip dan perlu disediakan surat iringan.
22.4 Tindakan perlu selesai sebelum tarikh akhir dan elakkan menerima peringatan daripada pihak
berkenaan.

23.0 PEMBELIAN BARANG / PERALATAN
23.1 Hanya Ketua Panitia dan guru-guru tertentu sahaja dibenarkan menguruskan pemesanan
pembelian barang dan peralatan selepas mendapat kelulusan GKMP / PKP / PK Kokurikulum dan
Pengetua.
23.2 Semua pesanan hendaklah melalui Borang Permohonan Pembelian dan Borang Pesanan Tempatan
(Local Order) yang akan ditandatangani oleh Pengetua.
23.3 Pastikan Borang Pesanan Tempatan dicap dan ditandatangani oleh pembekal sebaik sahaja
pesanan diterima.
23.4 Semua invois hendaklah ditandatangani oleh guru yang menerima pesanan dan direkodkan dalam
buku / kad stok dengan tepat dan kemas.

21 | “BE TOP PERIMBUN”
SMK PERIMBUN

SMK PERIMBUN 2022 22
[PANDUAN AM PENGURUSAN GURU]

23.5 Semua pembelian kecil yang dibuat melalui Panjar Wang Runcit (PWR) hendaklah tidak melebihi
RM200.00. Pembelian yang melebihi RM200.00 hendaklah dibuat melalui Borang Pesanan
Tempatan dan Invois. Setiap resit PWR hendaklah diserahkan ke pejabat untuk pembayaran.

23.6 Sebarang kemusykilan hendaklah dirujuk kepada Ketua Pembantu Tadbir (KPT) ataupun Pembantu
Tadbir (PT) yang menguruskan Kewangan Sekolah.

24.0 BUKU STOK / KAD INVENTORI
24.1 GKMP / Ketua Panitia dan guru-guru tertentu adalah bertanggungjawab menguruskan buku stok /
kad inventori bagi bahagian masing-masing.
24.2 Maklumat dalam buku stok / inventori hendaklah tepat, lengkap dan sentiasa dikemaskinikan.
24.3 Buku stok / kad inventori akan diaudit oleh Audit Dalaman dalam minggu terakhir tahun
persekolahan dan disemak oleh Audit Sekolah, Jemaah Nazir, Pengetua / PKP pada bila-bila masa.

25.0 PENGGUNAAN ALAT-ALAT
25.1 Penggunaan alat-alat seperti alat perakam audio dan video, radio, televisyen dan komputer
hendaklah digunakan dengan betul mengikut cara dan peraturannya.
25.2 Penggunaan alat-alat tersebut hendaklah mendapat kebenaran daripada ketua-ketua bahagian
berkenaan atau penjaga stok dan hendaklah direkodkan dalam buku yang disediakan. Tempahan
awal perlu dibuat untuk mengelakkan sebarang pertembungan.
25.3 Guru-guru adalah bertanggungjawab untuk memastikan alat-alat ini digunakan dengan baik serta
memulangkan kembali sebaik sahaja tamat digunakan dan dalam keadaan baik.
25.4 Jika rosak hendaklah dilaporkan dengan segera kepada guru-guru yang dipertanggungjawabkan
untuk dibaiki.

26.0 DISIPLIN MURID (SPI Bil 10/2001)
26.1 Semua guru di sekolah ini adalah bertanggungjawab menjaga disiplin murid-murid serta membuat
teguran apabila perlu kerana semua guru adalah guru disiplin.
26.2 Guru-guru mata pelajaran (termasuk guru-guru ganti) bertanggungjawab sepenuhnya terhadap
disiplin kelasnya dan dibenarkan mendenda pelajarnya yang melakukan kesalahan ringan seperti
membuat bising atau mengganggu rakan-rakan yang sedang belajar dengan hukuman yang sesuai
dan berbentuk positif. Hukuman berdiri di atas meja atau kerusi adalah dilarang. Hukuman yang
berbentuk fizikal dilarang sama sekali (Rujuk Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.8/1993).
26.3 Guru-guru hendaklah memberi teguran dan nasihat atau amaran kepada murid-murid yang
menggunakan bahasa-bahasa kesat.
26.4 Murid-murid yang hendak meninggalkan kelas untuk ke tandas atau urusan lain mesti mendapat
kebenaran terlebih dahulu sebelum Pas Keluar boleh diberikan. Hanya 2 orang murid sahaja
dibenarkan setiap kali untuk ke tandas.
26.5 Guru-guru yang membawa murid-murid ke Pusat Sumber atau mana-mana bilik khas atau
mengajar mata pelajaran RBT, Sains, SRT, Pendidikan Seni dan Pendidikan Jasmani yang
memerlukan murid-murid meninggalkan kelas hendaklah memastikan bahawa murid-murid
berjalan berdua-dua dalam barisan untuk pergi dan balik ke kelas. Pastikan juga murid-murid
balik terus ke kelas selepas Pendidikan Jasmani.
26.6 Setiap guru hendaklah sentiasa menegaskan kepada murid-murid betapa mustahaknya
mengetahui dan mematuhi peraturan sekolah. Di samping itu, setiap guru hendaklah memberi
bimbingan kepada murid-murid melalui nasihat (Kaunseling) dan dengan menjadi contoh yang
baik.
26.7 Semua guru hendaklah melatih murid-murid supaya menjaga keselamatan harta benda sekolah
pada setiap masa.

22 | “BE TOP PERIMBUN”
SMK PERIMBUN

SMK PERIMBUN 2022 23
[PANDUAN AM PENGURUSAN GURU]

26.8 Guru-guru yang mengajar waktu terakhir, hendaklah memastikan semua murid mengemaskan
kelas. Pastikan murid beratur dalam barisan di kaki lima apabila loceng dibunyikan sebelum
dibenarkan berjalan meninggalkan kelas.

26.9 Persediaan mengajar yang sempurna dapat mengawasi disiplin murid. Kurang persediaan oleh
pihak guru biasanya menjadi penghalang kepada disiplin yang baik dalam kelas.

27.0 KEBERSIHAN DAN KECERIAAN SEKOLAH (SPI Bil 1/1996, SPI Bil 6/1997)

27.1 Setiap guru bertanggungjawab untuk menjaga kebersihan sekolah. Jadual bertugas murid
hendaklah disediakan oleh guru tingkatan. Guru Tingkatan hendaklah memastikan jadual ini
dipatuhi dan segala peralatan untuk menjaga kebersihan kelas hendaklah digunakan dengan baik
dan disimpan dengan selamat.

27.2 GKMP / Ketua Panitia dan guru-guru lain yang mempunyai bilik-bilik khas seperti bilik SRT, bengkel
kaunseling, makmal, bilik pendidikan seni, bilik koperasi, bilik sembahyang dan lain-lain,
bertanggungjawab penuh terhadap kebersihan dan keceriaan bilik-bilik tersebut.

27.3 Kebersihan dan keceriaan kawasan sekolah adalah tanggungjawab semua guru, staf sokongan dan
murid.

27.4 Guru yang mengajar waktu terakhir hendaklah bertanggungjawab untuk memastikan
sampah-sampah dikeluarkan daripada laci meja murid, papan hitam dipadamkan / dibersihkan,
bakul sampah dikosongkan dan kelas ditinggalkan dalam keadaan kemas dan bersih. Jika waktu
terakhir murid-murid meninggalkan kelas untuk ke bilik-bilik khas, guru waktu kedua terakhir akan
bertanggungjawab.

27.5 Guru-guru yang mengajar waktu pertama, jika mendapati kelas mereka tidak bersih / dalam
keadaan kotor hendaklah melaporkan kepada Penolong Kanan HEM / PK Petang untuk tindakan
selanjutnya.

27.6 Guru waktu pertama hendaklah memastikan murid-murid membersihkan kelas sebelum PdPc
bermula.

28.0 KESELAMATAN MURID DI SEKOLAH (SPI BIL.8 TAHUN 2011 – 28 Jun 2018)

28.1 Sesiapa yang ingin berjumpa dengan guru atau murid-murid mestilah terlebih dahulu
mendapatkan kebenaran Pengetua / PKP / PK HEM dan menandatangani buku yang disediakan di
pejabat.

28.2 Pelawat-pelawat terutamanya wakil penerbitan atau insurans serta juru jual tidak dibenarkan
masuk ke Bilik Guru tanpa kebenaran Pengetua. Pas pelawat akan diberikan kepada
pelawat-pelawat yang akan berjumpa guru. Guru-guru hendaklah memastikan dalam hal ini
sebelum melayan / menerima sebarang pelawat.

28.3 Murid-murid tidak boleh ditemu ramah / ditemu bual melainkan dengan kebenaran Pengetua.
Pengetua atau wakil perlu hadir sama.

28.4 Jika terdapat orang-orang yang disyaki atau orang-orang yang tidak berhak berada dalam kawasan
sekolah, perkara ini hendaklah dimaklumkan kepada pihak polis dengan segera.

28.5 Sebelum meninggalkan sekolah, setiap hari guru-guru hendaklah memastikan bahawa semua
tingkap, suis lampu dan suis kipas / alat pendingin udara ditutup dan pintu dikunci.

28.6 Murid-murid yang sakit dibenarkan balik hanya jika dijemput oleh ibu bapa / penjaga. Sebelum
membawa murid pulang, ibu bapa / penjaga dikehendaki mengisi butir-butir yang diperlukan
dalam buku / borang yang disediakan di pejabat sekolah.

28.7 Murid tidak dibenarkan keluar dari kawasan sekolah tanpa ditemani oleh guru semasa waktu
persekolahan. Jika murid sakit ibu bapa / penjaga tidak dapat dihubungi, guru bertugas pada hari
itu bertanggungjawab menghantar murid yang sakit ke hospital atau ke rumah.

28.8 Murid-murid tidak dibenarkan ke mana-mana untuk membuat urusan guru.

28.9 Sebarang kegiatan yang bertujuan untuk mendapatkan maklumat-maklumat tertentu oleh
organisasi atau individu luar sama ada dengan cara tinjauan / pemerhatian / siasatan / temuduga
/ kajian / penyelidikan ataupun membuat perhubungan dengan pihak sekolah tidak dibenarkan
kecuali dengan kebenaran daripada JPS dan Pengetua atau wakilnya. Maksud organisasi atau
individu luar disini ialah organisasi atau individu bukan kerajaan yang tidak mempunyai kuasa atau

23 | “BE TOP PERIMBUN”
SMK PERIMBUN

SMK PERIMBUN 2022 24
[PANDUAN AM PENGURUSAN GURU]

yang tidak diberi kuasa mengikut mana-mana peraturan Kementerian atau Jabatan Pendidikan
ataupun undang-undang negara bagi maksud yang tersebut di atas.

29.0 KESELAMATAN HARTA BENDA SEKOLAH
29.1 Semua guru diminta memberi kerjasama sepenuhnya dalam menjaga keselamatan harta benda
sekolah. Murid yang merosakkan harta benda sekolah sama ada secara sengaja atau tidak sengaja
hendaklah dibawa ke pengetahuan pihak sekolah untuk tindakan selanjutnya.
29.2 GKMP / Ketua Panitia hendaklah memastikan adanya peraturan-peraturan bagi penggunaan
alat-alat di bilik-bilik khas seperti makmal, bengkel dan lain-lain.

30.0 KUNCI
30.1 Semua kunci hendaklah disimpan di pejabat.
30.2 Hanya guru sahaja dibenarkan mengambil kunci dari pejabat.
30.3 Sebarang kunci yang diambil hendaklah direkodkan dalam buku yang disediakan.
30.4 Guru yang hendak menyimpan kunci-kunci bilik-bilik tertentu hendaklah mendapat kebenaran
daripada pihak pengetua dan mencatat dalam buku yang disediakan. Guru tersebut
bertanggungjawab sepenuhnya terhadap keselamatan kunci dan bilik berkenaan. Walau
bagaimanapun, kunci ini hendaklah dikembalikan ke pejabat sekolah sebelum cuti akhir tahun.

31.0 PENGGUNAAN TELEFON SEKOLAH
31.1 Telefon sekolah untuk urusan rasmi sahaja.
31.2 Setiap panggilan yang dibuat hendaklah direkodkan dalam Buku Panggilan Telefon yang
disediakan di pejabat.
31.3 Sekiranya telefon sekolah digunakan untuk panggilan peribadi, guru akan dikenakan bayaran 0.30
sen bagi setiap panggilan tempatan dan 0.60 sen seminit bagi setiap panggilan jauh atau
panggilan no telefon bimbit / atau mengikut perincian bil.
31.4 Semua bayaran hendaklah dijelaskan dengan segera sebaik sahaja tamat panggilan. Apabila bil
telefon diterima semakan akan dibuat dan semua bayaran yang terlebih dikutip akan dikembalikan
kepada guru manakala yang kurang akan dikutip dengan jumlah tambahannya.

32.0 KELAB GURU / PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG)
32.1 Semua guru secara automatik menjadi ahli Kelab Guru dan PIBG. Kehadiran serta penyertaan
dalam kegiatan kedua-dua badan ini adalah wajib.
32.2 Jumlah yuran keahlian Kelab Guru tertakluk kepada keputusan mesyuarat.

33.0 LAWATAN SAMBIL BELAJAR
33.1 Lawatan boleh dikelolakan oleh sesuatu persatuan / badan atau kelas jika selaras dengan tujuan
persatuan / badan atau kelas itu.
33.2 Setiap lawatan perlu mendapat kebenaran Pengetua dan Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Langat.
Pastikan borang-borang yang telah ditetapkan mengikut Undang-undang Pelancongan
sekolah-sekolah 1957 diisi dengan lengkap dan diserahkan kepada Penolong Kanan HEM untuk
dipanjangkan ke PPD sekurang-kurangnya lima minggu sebelum tarikh lawatan.
33.3 Setiap lawatan perlu mendapat kebenaran bertulis daripada ibu bapa / penjaga sebelum borang
permohonan seperti dalam 33.2 dilengkapkan.
33.4 Setiap lawatan perlu ada dua (2) orang guru pengiring. Jika lawatan disertai oleh murid-murid
perempuan, seorang guru perempuan perlu ikut sama.
33.5 Alat-alat pertolongan cemas yang lengkap hendaklah dibawa bersama.
33.6 Lain-lain langkah yang difikirkan sesuai mengikut keadaan.

24 | “BE TOP PERIMBUN”
SMK PERIMBUN

SMK PERIMBUN 2022 25
[PANDUAN AM PENGURUSAN GURU]

33.7 Tempat-tempat yang digalakkan untuk lawatan:-
33.7.1 Tempat-tempat bersejarah
33.7.2 Industri-industri / kilang-kilang
33.7.3 Tempat-tempat yang ada kaitan dengan mata pelajaran Geografi / kawasan-kawasan
pertanian
33.7.4 Tempat-tempat yang boleh menambah pengetahuan am
33.7.5 Tempat-tempat yang boleh menambah pengetahuan sains
33.7.6 Tempat-tempat suci agama

33.8 Peraturan keselamatan hendaklah diterangkan dengan jelas sebelum lawatan. Contohnya jika
melawat ke laut aktiviti berenang adalah dilarang sama sekali melainkan ada kebenaran daripada
guru pengiring dan ada anggota penyelamat nyawa yang bertauliah.

33.9 Disiplin murid hendaklah dijaga rapi dan mereka mesti mengikut semua arahan guru pengiring
sepanjang masa lawatan.

33.10 Laporan lawatan hendaklah dibuat selepas setiap lawatan untuk diserahkan kepada PK HEM /
Kokurikulum dan difailkan dalam fail Persatuan / Badan berkenaan dan dihantar ke PPD.

34.0 MELANJUTKAN PELAJARAN
34.1 Guru-guru yang ingin melanjutkan pelajaran, sama ada di Maktab Perguruan atau Universiti,
di Peringkat Diploma atau Ijazah Pertama atau Ijazah Lanjutan dan secara sepenuh masa atau
sambilan, perlu mendapat kebenaran daripada Jabatan Pendidikan Negeri terlebih dahulu.
34.2 Semua permohonan hendaklah dibuat melalui Pengetua.

35.0 PENJUALAN DAN PERNIAGAAN
35.1 Sebarang penjualan dan perniagaan persendirian di sekolah adalah dilarang. Hanya jualan yang
berkaitan dengan koperasi sekolah atau sesuatu aktiviti kelab / persatuan yang telah diluluskan
sahaja dibenarkan.
35.2 Kelab / persatuan yang ingin mengadakan jualan hendaklah mengemukakan permohonan bertulis
melalui guru penasihat, lengkap dengan butir-butir mengenai jualan yang akan diadakan seperti
tarikh, masa, tempat, tujuan, anggaran perbelanjaan dan harga jualan.
35.3 Semua permohonan hendaklah sampai kepada Pengetua sekurang-kurangnya 4 minggu sebelum
tarikh jualan tersebut.

36.0 PERHUBUNGAN SESAMA GURU
36.1 Guru sewajarnya memupuk hubungan peribadi dan profesional yang baik dan sihat sesama rakan
sejawatan dan sentiasa mengawal tutur kata.
36.2 Guru juga seharusnya mewujudkan semangat kekitaan dan saling membantu antara satu sama
lain. Semangat kekitaan ini perlu dipupuk supaya dapat menghasilkan kerjasama bagi memastikan
kejayaan semua rancangan dan program sekolah.
36.3 Jika menghadapi sebarang masalah berhubung dengan perkhidmatan dan tugas ikhtisas
hendaklah berunding untuk menyelesaikannya dengan mengikut hierarki kecuali urusan peribadi
kerana ada pertimbangan lain, iaitu:-
36.3.1 Rakan sejawat yang berpengalaman
36.3.2 Ketua Panitia Mata pelajaran (KPMP)
36.3.3 Guru Kanan Mata Pelajaran (GKMP)
36.3.4 Penolong Kanan Pentadbiran (PKP)
36.3.5 Pengetua

25 | “BE TOP PERIMBUN”
SMK PERIMBUN

SMK PERIMBUN 2022 26
[PANDUAN AM PENGURUSAN GURU]
37.0 PERMOHONAN PEKERJAAN LUAR SEBAGAI PENSYARAH / TUTOR SAMBILAN DI UNIVERSITI
/ PUSAT PENGAJIAN TINGGI
37.1 Guru-guru yang ditawarkan sebagai pensyarah atau tutor sambilan di Universiti atau Pusat
Pengajian Tinggi perlu mendapat kebenaran terlebih dahulu daripada JPN.
37.2 Permohonan untuk menjadi pensyarah atau tutor sambilan ini hendaklah dibuat melalui Pengetua.
37.3 Kerja-kerja luar ini jika diluluskan tidak boleh mengganggu tugas-tugas sekolah sehingga
mengakibatkan kecekapan sebagai guru merosot.
38.0 SURAT RASMI
38.1 Surat yang diterima oleh pihak sekolah akan diedarkan kepada guru untuk diambil tindakan.
38.2 Jika surat ini dialamatkan kepada guru berkenaan “Melalui dan Salinan” kepada Pengetua,
surat itu boleh disimpan oleh guru berkenaan setelah tindakan diambil.
38.3 Jika surat ini dialamatkan kepada Pengetua tetapi diedarkan kepada guru untuk tindakan, maka
guru berkenaan hendaklah:
38.3.1 menandatangani Buku Surat sebagai bukti penerimaan salinan surat tersebut, salinan asal
disimpan dalam fail di pejabat sekolah.
38.3.2 mengambil tindakan seperti yang dikehendaki.
38.3.3 menyerahkan maklumat yang dikehendaki kepada pejabat sekolah sekurang-kurangnya 2
hari sebelum tarikh yang ditetapkan untuk semakan Pengetua. Satu salinan maklumat ini
serta salinan surat lampiran akan disimpan dalam fail di pejabat sekolah bersama surat
asal yang diterima.
38.3.4 memaklumkan kepada PKP atau PK HEM tentang tindakan yang diambil.
38.3.5 menyimpan salinan surat yang diterima dan maklumat berkenaan dalam fail panitia atau
fail kokurikulum yang ada dalam simpanan guru berkenaan.

39.0 TAAT SETIA
39.1 Setiap guru diharap akan memberi sepenuh kesetiaannya sepenuh kepada sekolah.
39.2 Guru-guru hendaklah sentiasa menanam semangat taat setia dan sayang akan sekolah
dalam jiwa murid-murid.

26 | “BE TOP PERIMBUN”
SMK PERIMBUN

SMK PERIMBUN 2022 27
[PANDUAN AM PENGURUSAN GURU]

Falsafah Dalam
Bekerja...

Rajin Bekerja, Malas Bercakap – KENA
BULI
Malas Bekerja, Rajin Bercakap – WAYANG
CINA
Malas Bekerja, Malas Bercakap – TAK
GUNA
Malas Bekerja, Suka Mengadu – LANGAU
Malas Bekerja, Suka Ponteng – LEBIH BAIK
BERHENTI
Malas Bekerja, Suka Termenung – LEBIH
BAIK MATI
Rajin Bekerja, Rajin Mengadu – KAKI
BODEK
Rajin Bekerja, Rajin Bercakap – TERBAIK

27 | “BE TOP PERIMBUN”
SMK PERIMBUN

SMK PERIMBUN 2022 28
[PERIHAL CUTI MENGIKUT PERINTAH AM BAB C]

28 | “BE TOP PERIMBUN”
SMK PERIMBUN

SMK PERIMBUN 2022 29
[PERIHAL CUTI MENGIKUT PERINTAH AM BAB C]

1.0 CUTI PENGGAL

Mengikut Perintah-perintah Am Bab C, guru-guru tidak berkelayakan mendapat cuti rehat. Sebagai ganti
cuti rehat, guru-guru adalah berkelayakan mendapat cuti penggal sekolah dengan syarat bahawa
guru-guru boleh dipanggil untuk menjalankan tugas-tugas selain tugas-tugas mengajar biasa semasa
percutian penggal sekolah bagi masa yang TIDAK MELEBIHI SEPARUH daripada cuti penggal sekolah
dalam satu tahun itu.

2.0 CUTI SAKIT

2.1 Kemudahan cuti sakit kerajaan boleh diluluskan mengikut Perintah Am Bab “C” manakala
cuti sakit klinik atau hospital swasta berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2
Tahun 2006 sebagaimana syarat-syarat berikut:-

i. bagi pegawai yang menerima rawatan sebagai pesakit luar di hospital atau klinik swasta,
sijil sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta tanpa sokongan oleh Pegawai Perubatan
Kerajaan boleh diterima jika jumlah cuti sakit tidak melebihi 15 hari dalam sesuatu
tahun kalendar; atau

ii. bagi pegawai yang menerima rawatan sebagai pesakit dalaman di hospital atau klinik
swasta, sijil sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta tanpa sokongan oleh Pegawai
Perubatan Kerajaan boleh diterima jika ia memberi jumlah cuti sakit yang tidak melebihi
180 hari dalam sesuatu tahun kalendar; dan

iii. jumlah cuti sakit sama ada berasaskan sijil sakit swasta atau sijil sakit kerajaan yang boleh
diberikan adalah tidak melebihi 180 hari dalam sesuatu tahun kalendar, di mana 90
hari pertama boleh diluluskan oleh Ketua Jabatan dan 90 hari seterusnya hendaklah
diluluskan oleh Ketua Setiausaha.

2.2 Kenyataan cuti dihantar ke Pejabat Pendidikan Daerah setiap akhir tahun untuk dicatatkan dalam
Buku Rekod Perkhidmatan.

3.0 CUTI SEPARUH GAJI

3.1 Cuti Separuh Gaji hanya boleh diberi atas sebab-sebab yang berikut sahaja:-

i. sebab-sebab kesihatan guru itu sendiri dan perakuan sebuah Lembaga Perubatan.

ii. sebab-sebab kesihatan sanak saudara yang rapat kepada guru itu dengan
dokumen-dokumen sokongan daripada pihak doktor.

iii. kerana membuat lawatan sambil belajar di seberang laut yang telah diluluskan oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia.

3.2 Kuasa Tertentu boleh meluluskan cuti separuh gaji kepada guru-guru bagi perkhidmatan yang
melayakkan atas kadar 30 hari bagi tiap-tiap satu tahun tetapi tidak melebihi 180 hari.

4.0 CUTI TANPA GAJI

4.1 Cuti Tanpa Gaji boleh dipohon atas sebab-sebab persendirian yang mustahak.

4.2 Kelayakan Cuti tanpa Gaji ialah 30 hari bagi tiap-tiap genap tahun perkhidmatan tetapi tidak
melebihi 180 hari.

4.3 Cuti Tanpa Gaji untuk tujuan mengikut suami / isteri bertugas keluar negara hanya boleh diambil
sekali dalam masa 4 tahun.

4.4 Sebarang Cuti Tanpa Gaji yang jatuh pada cuti penggal sekolah akan terus dianggap sebagai Cuti
Tanpa Gaji.

4.5 Laporan cuti bersama surat kelulusan cuti dihantar ke Pejabat Pendidikan Daerah setiap akhir
tahun.

4.6 Kelulusan Cuti Tanpa Gaji yang tidak melebihi 14 hari setahun adalah diluluskan oleh Jabatan
Pendidikan Negeri manakala Cuti Tanpa Gaji yang melebihi jumlah ini akan diluluskan oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia.

29 | “BE TOP PERIMBUN”
SMK PERIMBUN

SMK PERIMBUN 2022 30
[PERIHAL CUTI MENGIKUT PERINTAH AM BAB C]

4.7 Permohonan Cuti Tanpa Gaji hendaklah dikemukakan 3 bulan sebelum tarikh bercuti. Permohonan
yang lewat akan ditolak. (Surat Siaran JPS, 28 November 2014)

5.0 CUTI KE LUAR NEGARA

5.1 Semua guru yang hendak bercuti keluar negara dalam masa cuti penggal mesti mendapat
kelulusan terlebih dahulu daripada JPN.

5.2 Borang permohonan perlu dihantar selewat-lewatnya 5 minggu atau 35 hari sebelum tarikh
mula bercuti. Borang-borang yang perlu diisi dan dilengkapkan adalah seperti berikut:-

5.2.1 3 salinan Borang Menghadiri Persidangan, Seminar, Lawatan Rasmi dan Lawatan
Persendirian Ke Luar Negeri (Borang mengikut keperluan surat Pekeliling Am Bil. 1 Tahun
1984); atau

5.2.2 3 salinan Borang Permohonan untuk pergi ke Negara-Negara Komunis dan Negara-negara
Terhad (China, Israel, Vietnam, Taiwan dan Korea Utara) Jika berkenaan); atau

5.2.3 4 salinan Borang Permohonan untuk membuat Lawatan Keluar Malaysia dalam masa cuti
Penggal Persekolahan (Borang ini tidak digunakan untuk lawatan ke Israel, Taiwan, China,
Afrika Selatan, Rusia dan Negara-negara Eropah Timur jika berkenaan); dan satu salinan
Borang Perubahan Tarikh / Negara atau Pembatalan Permohonan / Polisi Perlindungan
Insurans Kesihatan Berada di Luar Negara atas Urusan Persendirian (Jika perlu).

6.0 CUTI REHAT KHAS PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN: (SPP BIL.8 TAHUN 2017)

6.1 Cuti Rehat Khas ialah cuti bergaji penuh untuk guru sahaja.

6.2 Cuti ini boleh diluluskan oleh Pengetua hanya atas sebab-sebab kecemasan dan upacara
agama bagi tempoh 10 hari dalam satu-satu tahun. Dalam menimbangkan pemberian cuti
ini, ia hendaklah tidak menjejaskan keberkesanan pengurusan PdPc di sekolah.

6.3 Garis panduan tentang permohonan dan pemberian Cuti Rehat Khas adalah seperti berikut:-

6.3.1 menziarahi *ahli keluarga atau saudara terdekat yang sakit tenat atau kematian *ahli
keluarga yang rapat kepada guru itu.

“Ahli keluarga” ertinya suami atau isteri dan anak-anak guru itu.

“Ahli keluarga yang rapat” ertinya ibu bapa, adik-beradik, mertua, datuk, nenek, suami dan
isteri.

6.3.2 menyertai upacara atau perayaan agama yang dianuti oleh guru itu yang tidak
diperuntukkan cuti umum oleh kerajaan.

6.3.3 dalam keadaan kecemasan atau kemalangan yang menimpa seperti kebakaran, banjir dan
sebagainya.

6.3.4 menunaikan fardu haji sekiranya tempoh selama 40 hari seperti mana yang telah
ditetapkan mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bil. 4/1984 yang tidak mencukupi.

6.3.5 kursus suai kenal bagi kursus luar kampus.

6.3.6 Majlis Konvokesyen bagi guru-guru atau anak-anak mereka.

6.3.7 menghadiri temu duga kenaikan pangkat atau pelantikan dalam Perkhidmatan Pendidikan
yang diuruskan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP), Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM), Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), atau Jabatan Pendidikan Negeri (JPN).

6.3.8 perkahwinan guru-guru atau anak-anak mereka.

6.3.9 menghantar *ahli keluarga atau *yang rapat menunaikan fardu haji.

6.3.10 mendaftar anak ke Institut Pengajian Tinggi / Sekolah Berasrama Penuh.

6.4 Semua permohonan Cuti Rehat Khas hendaklah dibuat sekurang-kurangnya 3 hari sebelum tarikh
bercuti KECUALI dalam keadaan kecemasan.

6.5 Dokumen-dokumen sokongan hendaklah disertai bersama borang permohonan.

30 | “BE TOP PERIMBUN”
SMK PERIMBUN

SMK PERIMBUN 2022 31
[PERIHAL CUTI MENGIKUT PERINTAH AM BAB C]

7.0 CUTI TANPA REKOD

7.1 KEMATIAN AHLI KELUARGA TERDEKAT

7.1.1 Cuti diperuntukkan selama 3 hari berturut-turut untuk menziarahi jenazah dan membantu
urusan berkaitan dengan kematian ahli keluarga terdekat yang dilaksanakan melalui
Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 10 Tahun 2002 (PP Bil. 10/2002).

7.1.2 Ahli keluarga terdekat terdiri daripada suami atau isteri, anak-anak serta ibu dan bapa
kandung, ibu dan bapa mentua, ibu dan bapa angkat yang sah di sisi undang-undang serta
anak angkat (termasuk anak angkat de facto dan anak pelihara) yang sah di sisi
undang-undang.

7.1.3 Cuti ini bermula pada tarikh kematian ahli keluarga terdekat atau pada hari berikutnya jika
ahli keluarga berkenaan meninggal dunia selepas waktu pejabat.

7.1.4 Cuti ini meliputi hari rehat mingguan, hari kelepasan mingguan dan hari kelepasan am.
Bagi maksud Pekeliling ini, masa selepas waktu pejabat juga terpakai bagi rehat mingguan,
hari kelepasan mingguan dan hari kelepasan am.

7.2 CUTI UNTUK MENGHADAPI PEPERIKSAAN

7.2.1 Kebenaran diberi dengan syarat guru berkenaan telah mendapat kebenaran secara bertulis
daripada KPM atau JPN untuk mengikut pengajian berikut.

7.2.2 Permohonan untuk cuti ini (Cuti Tanpa Rekod) hendaklah diserahkan bersama salinan surat
kebenaran mengikut pengajian dan salinan jadual peperiksaan.

7.3 CUTI ISTERI BERSALIN

7.3.1 Kemudahan ini boleh diberi selama tujuh hari tanpa rekod, kepada anggota Perkhidmatan
Awam lelaki untuk membantu urusan ketika isterinya bersalin.

7.3.2 Cuti ini hendaklah bermula pada tarikh isteri anggota bersalin atau pada hari berikutnya
jika isterinya bersalin selepas waktu pejabat.

7.3.3 Tempoh cuti ini termasuk semua hari rehat dan hari kelepasan am.

7.3.4 Kemudahan ini dihadkan kepada lima kali sepanjang tempoh perkhidmatan.

7.3.5 Kemudahan ini adalah tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan.

7.3.6 Kemudahan ini juga dipanjangkan kepada pegawai perkhidmatan pendidikan yang diarah
bertugas semasa cuti penggal persekolahan atau bertugas semasa penggal persekolahan.

7.3.7 Anggota yang menggunakan kemudahan ini hendaklah mengemukakan salinan perakuan
bersalin isterinya kepada Ketua Jabatan.

7.4 CUTI KHAS MENUNAIKAN HAJI

7.4.1 Perintah Am 34 Bab “C” dan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 1984 telah
memperuntukkan kemudahan Cuti Haji iaitu cuti bergaji penuh kepada pegawai
Perkhidmatan Awam yang mengerjakan fardu haji.

7.4.2 Tempoh cuti tersebut ialah selama 40 hari dan diberikan sekali sepanjang perkhidmatan.

7.4.3 Pegawai tersebut telah berkhidmat tidak kurang daripada empat tahun dan telah disahkan
dalam jawatannya.

7.5 KEMUDAHAN CUTI MENUNAIKAN UMRAH (SPP BILANGAN 3 TAHUN 2017)

7.5.1 Cuti Umrah iaitu cuti bergaji penuh kepada pegawai Perkhidmatan Awam yang
mengerjakan umrah. Tempoh cuti tersebut ialah selama 7 hari dan diberikan sekali
sepanjang perkhidmatan

31 | “BE TOP PERIMBUN”
SMK PERIMBUN

SMK PERIMBUN 2022 32
[PERIHAL CUTI MENGIKUT PERINTAH AM BAB C]

8.0 KEMUDAHAN CUTI BERSALIN (SPP BILANGAN 5 TAHUN 2017)
8.1 Seseorang pegawai yang bersalin layak mendapat Cuti Bersalin Bergaji Penuh sebanyak 360 hari
sepanjang tempoh perkhidmatannya;
8.2 Pegawai diberi fleksibiliti untuk menentukan sendiri tempoh Cuti Bersalin antara 60 hingga 90
hari bagi setiap kelahiran;
8.3 Cuti Bersalin bermula pada tarikh pegawai bersalin. Walau bagaimanapun, pegawai boleh memilih
untuk menggunakan Cuti Bersalin lebih awal dari tarikh bersalin iaitu pada bila-bila masa dalam
tempoh 14 hari dari tarikh dijangka bersalin;
8.4 Oleh sebab tempoh cuti bersalin agak panjang (90 hari) dan guru ganti sukar didapati, maka guru
yang akan mengambil cuti bersalin hendaklah menyelesaikan rancangan pengajaran mengikut
jadual dengan mengadakan kelas tambahan sebelum atau selepas bersalin atau menyediakan
nota-nota pelajaran.

9.0 KEMUDAHAN CUTI KUARANTIN (SPP BILANGAN 11 TAHUN 2016)
9.1 Sekiranya mana-mana anak pegawai telah diberi perakuan oleh mana-mana pegawai perubatan
Kerajaan atau Swasta yang menyatakan anak tersebut perlu dikuarantin kerana penyakit
berjangkit, pegawai boleh diberi kemudahan Cuti Kuarantin untuk menjaga anak yang sakit.
9.2 Pegawai yang layak kemudahan cuti ini ialah ibu dan bapa yang sah. Anak adalah termasuk anak
kandung, anak tiri tanggungan, anak angkat de facto, anak angkat dan anak pelihara.
9.3 Tempoh cuti yang boleh diluluskan adalah terhad kepada maksimum 5 hari bagi setiap kes atau
selama tempoh perakuan yang dikeluarkan oleh mana-mana pegawai perubatan Kerajaan atau
swasta mengikut mana yang lebih rendah, tidak termasuk hari rehat mingguan, hari kelepasan
mingguan dan hari kelepasan am.
9.4 Anak yang dikuarantin adalah berumur di bawah 18 tahun atau jika masih belajar di bawah 21
tahun dan tidak kira apa-apa jua umurnya dan yang cacat otak atau hilang upaya dari segi jasmani
dan secara kekal atau tidak berupaya untuk menanggung dirinya sendiri, dengan syarat anak itu
adalah cacat otak atau hilang upaya dari segi jasmani dan secara kekal sebelum anak itu mencapai
21 tahun.
CUTI BUKAN HAK GURU TETAPI BUDI BICARA KETUA JABATAN (PENGETUA) TERMASUK CUTI
REHAT KHAS. [Punca Kuasa - (SPI 3/2005 DAN PERINTAH AM BAB ‘C’)].

"Berilmu bukan sekadar berteori, bukan sekadar bersilat lidah atau berlanggar pena. Berilmu
ertinya beramal. Kita dijadikan Allah untuk bertugas. Sebab itu marilah kita gunakan umur

yang singkat ini untuk mengabdi kepada tugas yang telah digariskan Allah.."

Prof. Zulkifli Muhammad - 4000 Alam Mutiara Kata

32 | “BE TOP PERIMBUN”
SMK PERIMBUN

SMK PERIMBUN 2022 33
[PENGURUSAN PENTADBIRAN & PROFESIONAL]

331 | “BE TOP PERIMBUN”
SMK PERIMBUN

SMK PERIMBUN 2022 34
[PENGURUSAN PENTADBIRAN & PROFESIONAL]

341 | “BE TOP PERIMBUN”
SMK PERIMBUN

SMK PERIMBUN 2022 35
[PENGURUSAN PENTADBIRAN & PROFESIONAL]

1.0 DATA GURU TERLATIH 2022

JANTINA SISWAZAH BUKAN SISWAZAH JUMLAH
Lelaki 18 - 18
111 - 111
Perempuan 129 -
JUMLAH 129 orang

2.0 DATA ANGGOTA KHIDMAT PELAKSANA (AKP) TAHUN 2022 (13 sepatutnya)

JAWATAN KATEGORI LELAKI PEREMPUAN
Ketua Pembantu Tadbir N26 1 orang
Pembantu Tadbir (Kewangan)
Pembantu Tadbir (Perkhidmatan) N19 1 orang
Pembantu Makmal C22 (KUP)
Pembantu Makmal 1 orang
Pembantu operasi C19
Pembantu operasi N14 1 orang 3 orang
Juruteknik ICT N11
FT19 1 orang

JUMLAH 1 orang
JUMLAH BESAR
1 orang

4 orang 6 orang

10 orang

3.0 SENARAI NAMA PENTADBIR DAN GURU SESI PAGI 2022

BI NAMA GURU GRED NO JPS OPSYEN
L
DG54
1 NOREHAN BINTI ABDUL SANI (KUP) 80641 TESL
DG52
2 SITI NORIZA BINTI SAMEAN (KUP) A14935 EKONOMI
DG54
3 SITI HANIM BINTI RAMLI (KUP) A3094 PENDIDIKAN ISLAM
DG48
4 NORZAKMAR BINTI NUR HALIM (KUP) A8555 PRINSIP AKAUN
DG54
5 SHAHRINA BINTI ZAINAL ABIDIN (KUP) A16425 PERAKAUNAN
DG48
6 NORYAZAWATI BINTI MOHD YAZID (KUP) A6113 PENDIDIKAN SENI VISUAL
DG54
7 NOR SIAH BINTI DAUD (KUP) 82280 BAHASA MELAYU
DG54
8 NOR AIDAH BINTI ABU SHAH (KUP) A7852 TESL
DG52
9 RUSMIYANA BINTI KAMARI (KUP) 80219 FIZIK
DG54
10 HAMILAH BINTI MOHAMED (T6) (KUP) A19211 BAHASA MELAYU
DG54
11 SURAINI BINTI ABDOL SUKOR (T6) (KUP) A33346 PENGAJIAN INGGERIS
DG54
12 KAMAREZAI BINTI ISMAIL (KUP) 85245 BAHASA INGGERIS
DG54
13 MAIMUN BINTI ABDULLAH (KUP) A6799 FIZIK
DG54
14 NADHRATUNNAIM BINTI ZAKARIA (KUP) A29035 TESL
DG54
15 NAZMAH BINTI MOHAMAD NABAR (KUP) 80506 BAHASA MELAYU
DG54
16 ROHANA BINTI KASSIM (KUP) A23345 PERDAGANGAN
DG54
17 ROSMINAH BINTI YUSOF (KUP) A10355 MATEMATIK

351 | “BE TOP PERIMBUN”
SMK PERIMBUN


Click to View FlipBook Version