SERULING
AJAIB
Tuan Puteri Gandar
Eran sedih kerana
ditunangkan dengan
Dewa Perakas. Dewa
Perakas bengis dan
suka berperang .
Sewaktu Puteri
Gandar Eran
bersedih dia
terdengar bunyi
seruling. Oleh sebab
merdu dan sayunya
lagu itu, Puteri
Gandar Eran jatuh
pengsan. Raja
segera mencarikan
penawar.
Nujum menyuruh
dayang mencarikan
limau purut. Tupai
putih mengetahui
akan hajat dayang,
dia sendiri mahu
mengubatinya. Tupai
putih kemudian
menyuruh kumbang
hijau menghantar
sekapur sirih kepada
peniup seruling ajaib
itu.
Peniup seruling itu
ialah Raja Donan.
Baginda pun
melabuhkan sauhnya
berhampiran istana
Puteri Gandar Eran.
Di jendela istana,
Raja Donan
ternampak Puteri
Gandar Eran sedang
termenung. Raja
Donan pergi ke
hadapan istana
puteri. Dia meniup
serulingnya.
Serta-merta
penyakit Puteri
Gandar Eran sembuh.
Puteri menceritakan
nasibnya kepada
Raja Donan. Raja
Donan berjanji akan
membantunya.
Raja Donan
menyamar menjadi
seorang budak yang
hodoh .
Baginda pun
membawa ayam
hendak pergi
bersabung.
Lawannya ialah Si
Jalak kepunyaan
Dewa Perakas.
"Apakah
pertaruhanmu,
wahai budak hodoh?"
"Tidak ada apa-apa ,
tuanku," jawabnya.
"Baiklah, beta
mempertaruhkan
negeri dan tunang
beta sendiri,
setuju?" kata Dewa
Perakas.
Dia yakin budak
hodoh itu pasti
kalah. Ayam Raja
Donan meyerbu
serta menaji ayam
Dewa Perakas. Ayam
baginda berjaya
menumpaskan Si
Jalak.
"Siapakah
sebenarnya kamu ini,
wahai budak hodoh?"
tanya Dewa Perakas.
"Betalah Raja Donan
yang dihanyutkan
oleh Tuk Nujum
sewaktu beta kecil
dulu ," titah Raja
Donan.
Sebaik sahaja Raja
Donan menunjukkan
dirinya yang
sebenar, baginda
diserang oleh Dewa
Perakas. Dalam pada
itu Raja Donan pun
berdoa. Dengan
sekali tepis sahaja
Dewa Perakas pun
terpelanting.
Kerisnya tertikam
pada dirinya sendiri.
Maka matilah Dewa
Perakas.
Raja Donan pun
dikahwinkan dengan
Puteri Gandar Eran.