The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PSS INFINITI, 2021-09-14 02:17:14

Si Tukang Kayu

Si Tukang Kayu

Si
Tukang

Kayu

Pada satu masa, terdapat seorang tukang
kayu yang semakin dimamah usia. Dia
bercadang untuk bersara daripada kerjanya
sebagai tukang kayu. Dalam fikirannya lagi,
dengan tenaga yang semakin kurang, dia ingin
menghabiskan sisa-sisa hidupnya bersama
keluarga tersayang. Lalu, tukang kayu itu
memberitahu majikannya tentang hasratnya
tersebut. Justeru itu, majikannya bersetuju

dengan keputusan tukang kayu itu, tetapi
dengan satu syarat. Permintaan terakhir
majikannya ialah menyuruh tukang kayu itu
membina sebuah rumah buat kali terakhir.

Tukang kayu itu merasa gembira dan bersetuju
dengan syarat yang telah ditetapkan oleh
majikannya. Tetapi, kegembiraannya untuk
bersara mengatasi semangat dan kemahiran
yang ditunjukkan semasa bekerja. Akibatnya,
rumah yang dibina buat kali terakhir itu telah
disiapkan dengan sambil lewa, tanpa penelitian
khusus serta menggunakan kayu yang rendah

kualitinya. Rumah itu berjaya disiapkan dalam
jangka masa yang singkat.

Apabila majikannya melihat rumah itu, dia
mengambil kunci pintu utama rumah tersebut
dan memberikannya kepada tukang kayu itu
seraya berkata "Inilah hadiah persaraan
daripada saya kepada kamu. Selamat bersara."

Tukang kayu itu terkejut besar dengan kata-
kata majikannya. Beliau tidak menyangka
bahawa rumah yang dibinanya buat kali terakhir
itu adalah rumah untuk kegunaannya sendiri.
Alangkah menyesalnya dia kerana menyiapkan
rumah itu secara tergesa-gesa dan jika dia
tahu sebelum itu, dia akan membina rumah
tersebut dengan penuh teliti dan menggunakan
bahan yang bermutu tinggi.

Nilai

1) Bertanggungjawab
2) Kasih sayang
3) Baik hati
4) Mengenang jasa

Pengajaran

1) Kita hendaklah melakukan kerja dengan
penuh amanah.
2) Kita hendaklah menghargai jasa orang yang
berbakti kepada kita.


Click to View FlipBook Version