The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PSS INFINITI, 2021-10-20 03:16:34

Angin dengan Matahari

Angin dengan Matahari

Angin dengan
Matahari

Pada zaman dahulu, angin berdebat dengan
matahari kerana kedua-duanya mengaku lebih
kuat. Angin berkata, “Saya sangat kuat hingga
saya dapat tiup awan di langit.”

Matahari pula berkata, “Saya lebih kuat kerana
saya dapat panaskan air laut dan menjadi awan
yang lain pula.”

Mereka berdebat tidak henti-henti kerana
masing-masing enggan mengalah. Pada ketika
itu, mereka ternampak seorang budak yang
memakai kot sedang berjalan. Angin mendapat
satu akan, “Mari kita lihat siapa yang dapat
buat budak itu buka kotnya.” Matahari
bersetuju.

Angin yang memulakan dahulu. Ia bertiup
kencang. Ia bertiup dari hadapan dan kemudian
dari belakang. Makin kuat ia bertiup, makin
rapat budak itu menarik kot pada badannya
supaya dia tidak berasa sejuk. Tidak lama
kemudian, angin tidak mahu bertiup lagi.

Sekarang, giliran matahari pula. Ia keluar dari
celah awan lalu menyinari budak itu. Bidak itu

berasa panas. Semakin lama, semakin panas
dan tidak dapat menahan rasa panas itu.
Akhirnya dia membuka kotnya. Matahari
menang perlawanan itu. Ia lebih kuat daripada
angin.

Moral: Kita akan lebih berjaya jika menggunakan
cara yang lembut berbanding cara yang keras.


Click to View FlipBook Version