The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PSS INFINITI, 2021-01-13 10:01:56

Pepatah Melayu

Pepatah Melayu

SIRI INDAHNYA BAHASA MELAYU

PEPATAH MELAYU

MIKA CEMERLANG SDN. BHD.

MIKA CEMERLANG SDN. BHD.
33-1 Jalan USJ 1/1A, Regalia Business Park,

47620 Subang Jaya, Selangor

Cetakan Pertama... 2009

Semua hakcipta terpelihara. Sebarang bahagian dalam buku ini tidak boleh diterbitkan semula,
disimpan dalam sebarang cara yang boleh dipergunakan lagi, ataupun dipindahkan dalam
sebarang bentuk atau cara, baik dengan cara elektronik, mekanikal, penggambaran semula,

perakaman ataupun sebahagiannya tanpa izin terlebih dahulu daripada Mika Cemerlang Sdn. Bhd.

Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan

Bahasa Othman.
Papatah Melayu / Bahasa Othman
(Siri Indahnya Bahasa Melayu)
ISBN 978-983-3820-27-6 (set)
ISBN 978-983-3820-47-4
1. Proverbs. Malay. 2. Maxims. Malay. 3.Epigrams. Malay. I. Judul.

II. Siri.
398.99923

Pepatah Melayu

A

Ada beras bubuh dalam padi,
ada ingat bubuh dalam hati.
Jika ada sesuatu cita-cita hendaklah
diusahakan dengan bersungguh-sungguh,
jangan dihebahkan kepada orang ramai
sebelum diusahakan tambahan pula belum
memperolehi kejayaan.

Ada ulam adalah sambalnya.
Tiap-tiap suatu itu hendaklah dicarikan
padanannya.

Adakah buaya menolak bangkai?
Payah seseorang yang jahat itu menolak
pekerjaan jahat yang selalu dilakukannya.

Adakah hilang bisa ular apabila dia
menyusur akar?
Tiada hilang kemuliaan seseorang jika dia

1

Pepatah Melayu

merendahkan dirinya pada orang ramai.
Orang yang mulia itu tetap mulia juga, tidak
menjadi hina disebabkan dia bercampur
dengan orang kebanyakan.
Adakah sama air hujan dengan air telaga?
Tak sama bangsa yang mulia itu dengan
bangsa yang hina.
Ada padi masak maka adalah
burung pipit.
Di mana tempat senang mencari rezeki
(mendapatkan makanan) maka di situlah
ramai orang berkunjung.

2

Pepatah Melayu

Ada kerak adalah nasi.
Sesuatu kejadian itu pasti ada buktinya,
itulah menunjukkan kejadian itu atau
cakap-cakap yang timbul dahulu daripada
itu ada kebenarannya.

Ada padi semua kerja jadi, ada beras
semua kerja deras.
Sesuatu kerja akan dapat dilakukan
dengan lancar dan sempurna jika badan
sihat, bertenaga dan perut tidak lapar pula.

Ada persembahan adalah kurnia.
Jika berbudi kepada orang yang budiman
nescaya ada balasannya.

Alah membeli menang memakai.
Harga barang yang mahal itu lazimnya
berkualiti dan tahan lama pula.

3

Pepatah Melayu

Air digenggam tidak akan tiris.
Seseorang yang amat kedekut.

Antara dua kesenangan di situ ada suatu
kesusahan.
Dalam kehidupan seseorang tidak
semuanya akan mendatangkan
keberuntungan kerana sudah pasti akan
ada kepahitan yang dialaminya.

4

Pepatah Melayu

Alah sabung, menang sorak.
Orang yang kalah dalam sesuatu
pertarungan, tetapi masih lagi cakap
besar.

Antan patah lesung hilang.
Sudah mendapat kemalangan, kini
kedua-dua ibu bapa pula meninggal dunia.

Apa boleh buat nasi sudah menjadi bubur.
Menyesal kerana perbuatan yang telah
terlanjur.

Api itu pada ketika kecil boleh dibuat
kawan, tetapi apabila sudah besar jadi
lawan pula.
Kejahatan yang kecil jangan dibiarkan,
hendaklah segera dicegah supaya jangan
melarat untuk melakukan kejahatan yang
lebih besar.

5

Pepatah Melayu

Anak kera di hutan disusui,
anak sendiri kehausan.
Mengeluarkan belanja untuk menolong
orang lain tetapi keluarga sendiri dibiarkan
kelaparan.

B

Bagaimana ditanam begitulah dituai.
Jika kita berbuat baik, maka akan dibalas
baik, demikianlah sebaliknya.

Bagaimanakah ada asap tiada berapi?
Jika sesuatu hal itu tidak sebenarnya
terjadi bagaimana boleh orang dapat
mengetahui.

Bahasa dan bangsa itu tidak dijual beli.
Hendaklah dijaga budi bahasa walau

6

Pepatah Melayu

berasal dari kaum yang hina sekali pun. Jika
kaya sekali pun kalau tidak berbudi bahasa
dihina orang juga.

Bahu memikul hati menyokong.
Membuat kerja tidak dipaksa, iaitu
membuat dengan rela hati.

Baik berjagung sementara menunggu padi
masak.
Sementara menanti pekerjaan yang tetap
lebih baik membuat kerja-kerja yang
sementara dahulu (kerja sambilan).

Baiklah jadi ayam betina supaya diri jadi
selamat.
Jangan menunjukkan keberanian atau
kesombongan kerana kelak jadi mudarat diri
sendiri.

7

Pepatah Melayu

Baik mati meninggalkan nama yang baik
daripada mati meninggalkan nama yang
jahat.
Baik mati daripada hidup dengan
mendapat nama yang keji atau hidup yang
terpaksa melakukan kerja yang
jahat.

Bangau, bangau beri aku leher. Badak,
badak beri aku daging.
Meminta harta benda orang kerana ada
perasaan iri hati melihatkan kelebihan yang
ada pada seseorang itu.

8

Pepatah Melayu

Bangkai gajah bolehkah ditudung
dengan nyiru?
Sesuatu kejahatan yang besar itu tidak
boleh dilindungi atau disembunyikan
daripada pengetahuan orang ramai.

Banyak udang banyak garam, banyak
orang banyak ragam.
Apabila berhimpun beramai-ramai,
bermacam-macamlah perkara akan
terjadi, iaitu mengikut kehendak hati
masing-masing.

Batu direbus manakan empuk.
Murid yang bengap otaknya, walau macam
mana diajar pun dia tetap bengap (tidak
akan pandai) juga.

9

Pepatah Melayu

Bawa rasmi padi semakin berisi
semakin tunduk.
Makin banyak ilmu atau makin tinggi
pangkat makin merendah diri.

Belalang telah menjadi helang.
Orang bodoh dan hina telah bertukar
menjadi cerdik dan mulia disebabkan
pengaruh wang.

Belum disuruh sudah pergi, belum
dipanggil sudah datang.
Orang yang faham kehendak sesuatu
isyarat.

Berapalah tajam pisau dan parang,
tajamlah lagi mulut manusia.
Mulut manusia itu kadang-kadang boleh
membinasakan diri seseorang, terlebih

10

Pepatah Melayu

parah daripada yang dibinasakan oleh
senjata tajam.
Bertangguh itu pencuri masa.
Melewat-lewatkan sesuatu kerja akan
mendatangkan kerugian kepada seseorang.
Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.
Suka duka sama-sama ditanggung.

11

Pepatah Melayu

Bercakap siang pandang-pandang,
bercakap malam dengar-dengar.
Hendak mengkhabarkan sesuatu rahsia itu
pilihlah tempat yang sesuai, jika tersalah pilih
waktu maka kelak beroleh bahaya diri sendiri.

Berdiri sama tinggi, duduk sama rendah.
Dua orang bersahabat yang sama taraf
antara satu sama lain.

Berniaga buluh kasap, hujung hilang
pangkal lesap.
Orang yang suka berbelanja sia-sia kerana
membuat sesuatu pekerjaan yang dia tiada
ketahui aturan membuatnya.

Beruk jumpa pisang masak setandan.
Orang tamak mendapat benda yang
dikehendaki dengan senang dengan itu
teramatlah suka hatinya.

12

Pepatah Melayu

Berkerat rotan berpatah arang.
Bercerai kerana berkelahi tidak akan
berbaik semula.

C

Cacing menjadi ular naga.
Orang bodoh dan hina telah menjadi cerdik
dan mulia sebab pengaruh harta benda.

13

Pepatah Melayu

Carik-carik bulu ayam, lama-lama
bercantum juga.
Perbalahan sesama kaum atau saudara
mara itu tidak kekal lama, akhirnya berbaik
semula.

Cubit paha kanan, paha kiri sakit juga.
Jika seseorang merosakkan kaum kerabat
kita sendiri, maka kita pun akan merasa
kesusahan juga.

Curi tulang
Seseorang yang pemalas.

D

Dahulu besi, sekarang timah.
Seseorang yang telah turun pangkat atau
berubah hal daripada mulia dan berkuasa
kepada hina dan lemah.

14

Pepatah Melayu

Dapat pisang terkupas.
Orang yang mendapat keuntungan
dengan tidak berpenat lelah.

Daripada bersahabat dengan orang bodoh,
baik berseteru dengan orang yang berakal.
Dengan tiada niat yang jahat, sahabat
yang bodoh itu akan membuka rahsia kita,
tetapi seteru yang berakal itu jika hendak
melakukan sesuatu perkara dia berfikir lebih
dahulu.

Daun nipah dikatakan daun labu.
Orang yang tidak suka hendak bertanya
perkara yang dia kurang tahu itu selalulah
salah faham akan sesuatu hal.

15

Pepatah Melayu

Diberikan betis hendakkan paha.
Seseorang yang berjaya mendapat sesuatu
yang dikehendakinya kemudian berkehendak
yang lebih lagi.

Dihentak tak masuk, diumpil tak bergerak.
Seseorang yang sangat degil.

Dimakan mati emak, diluahkan mati bapa.
Antara dua perkara yang serba salah hendak
dipilih salah satunya.

Direndam tak lapuk, dijemur tak
lekang.
Orang yang rajin bekerja, iaitu tidak kira
musim (pada waktu hujan atau waktu panas).

16

Pepatah Melayu

G

Gagak dimandikan tujuh kali sehari, tidak
akan putih juga.
Orang yang sudah diketahui jahatnya,
macam mana dinasihatkan pun tidak akan
berubah jahatnya.

Gaharu dibakar, kemenyan yang
berbau.
Orang yang menunjuk-nunjukkan
kelebihannya itu bukan mudah dipercayai
orang, melainkan ditimbang oleh orang
ramai dahulu.

Genggam bara api biar sampai jadi arang.
Jika membuat sesuatu pekerjaan yang susah
hendaklah sabar seberapa yang boleh
sehingga berjaya menyudahkan pekerjaan
itu.

17

Pepatah Melayu

Gigi dengan lidah ada kalanya tergigit juga.
Seseorang manusia itu walau bagaimana
beringat pun ada masanya terlalai dan
membuat silap juga.

Gulai sedap nasi mentah, nasi sedap gulai
mentah.
Suatu pendapatan atau perbuatan yang
tiada cukup atau sempurna itu tiada terhasil
juga kesudahannya.

Guru kencing berdiri, murid kencing berlari.
Tingkah laku guru-guru itulah menjadi
ikutan murid-muridnya, jika tunjukkan
teladan yang baik maka yang itulah diikut
oleh muridnya, demikianlah sebaliknya pula.

18

Pepatah Melayu

H

Habis minyak sepasu, ekor anjing yang
diurut tiada juga akan lurus.
Terlalu susah hendak mengubah tabiat
seseorang. Jika orang itu memang jahat,
walau bagaimana diajar berbuat baik, tiada
juga mahu dia berubah.

Hangat-hangat tahi ayam.
Orang yang bersungguh-sungguh
membuat sesuatu pekerjaan pada
peringkat permulaannya, kemudian
beransur-ansur lemah atau tidak
bersemangat untuk menyudahkan
kerjanya itu.

Hangus tiada berapi, karam tiada
berair.
Peri kesusahan orang kena kematian,
iaitu tiada wang untuk menyempurnakan
jenazahnya dan tiada pula orang yang
mahu menolongnya.

19

Pepatah Melayu

Harimau ditakuti kerana giginya.
Orang besar itu ditakuti oleh sebab
kelebihan pangkatnya, jika dia
meninggalkan pangkatnya maka samalah
dia seperti orang biasa (orang awam).

Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama
dicecah.
Orang yang membuat sesuatu pekerjaan
yang sama rata, iaitu tiada terlebih dan
terkurang.

Hendak melangkah kaki pendek, hendak
mencapai tangan tak sampai.
Seseorang yang tiada daya upaya hendak
membuat sesuatu pekerjaan yang dia ingin
kerana tiada kelengkapan atau
keupayaan fizikal dan mental.

20

Pepatah Melayu

Hendak berkayuh perahu bertambat.
Sesuatu perkara yang hendak dibuat itu
ada baiknya terlebih dahulu dijangkakan
adakah boleh kejayaan atau tidak.

Hendak terbang tiada bersayap, hendak
hinggap tiada berkaki.
Seseorang yang papa atau tiada kuasa
hendak membuat akan sesuatu.

Hilang kabus hujan pun teduh.
Apabila terhindar dari sesuatu kesusahan
muncullah pula jalan ke arah kesenangan.

21

Pepatah Melayu

Harimau mati meninggalkan belang, gajah
mati meninggalkan tulang, manusia mati
meninggalkan nama.
Orang yang telah memperolehi kemuliaan
atau berjasa maka jika dia telah meninggal
dunia sekalipun, jasa-jasanya tetap disebut-
sebut dan dikenang orang.

Hidup dikandung adat, mati dikandung
tanah.
Tiap-tiap manusia yang hidup di atas muka
bumi ini perlu mengikut adat resam dan
cara-cara yang diamal pada setiap tempat
atau negeri. Manakala mati pula lazimnya
dikebumikan di dalam tanah.

Hutang emas boleh dibayar, hutang budi
dibawa mati.
Budi yang baik itu akan kekal buat
selamanya selagi nyawa dikandung badan.

22

Pepatah Melayu

Hujung lurus pangkal berkait.
Orang yang berpura-pura membuat baik,
tetapi sebaliknya dia berniat tidak baik.

I

Ikan di hulu, tuba di hilir.
Sesuatu perbuatan yang dilakukan hanya
dengan sia-sia sahaja.

Ikan digantung, kucing yang menunggu.
Di mana ada perawan (wanita), maka di
sana adalah pemuda yang terhendap-
hendap atau terintai-intai akan wanita itu.

23

Pepatah Melayu

Ikut hati mati, ikut rasa binasa.
Tiap-tiap perkara yang lakukan itu terlebih
had maka akhirnya akan membawa
kerosakan atau kemudaratan.

Indah khabar dari rupa.
Biasanya perkhabaran yang didengar itu
tiada berketepatan dengan yang benar-
benar berlaku.

Ini hari orang, besok hari kita.
Hari ini giliran orang yang menanggung
kesusahan, hari esok mungkin pula hari kita,
oleh itu kita hendaklah beringat.

Itik di air kehausan, ayam di kepuk
kelaparan.
Orang yang menderita kesusahan di negeri
sendiri yang mewah dan makmur.

24

Pepatah Melayu

Ibarat rumput di tepi jalan, hidup segan mati
tak mahu.
Keadaan hidup seseorang yang merana
dan dalam kesusahan yang amat sangat,
iaitu untuk hidup hanya semata-mata minta
belas kasihan orang lain.

25

Pepatah Melayu

Itik dimandikan tentulah tak basah.
Orang yang sememangnya degil itu
tentulah susah menerima ajaran atau
nasihat orang.

J

Jangan difikirkan air pasang sahaja.
Jangan diharap sangat akan sesuatu
pekerjaan yang telah dilihat sudah tentu
ada baiknya, kerana boleh jadi akhirnya
pekerjaan itu mendatangkan
kemudaratan pada diri sendiri.

26

Pepatah Melayu

Jangan menghulurkan hulu keris ke tangan
orang.
Jangan menyerah kuasa kita kepada orang,
nescaya kita diperintahnya dan boleh
membinasakan diri kita.

Jauh bau bunga dekat bau tahi.
Apabila berjauhan rasa sayang apabila
sudah berdekatan maka asyik bergaduh
sahaja.

27

Pepatah Melayu

Jangan ukur baju orang ke badan sendiri.
Jangan kita samakan kejahatan kita
dengan kejahatan orang atau kebaikan
orang atau taraf orang dengan diri kita.

Jauh dari mata maka jauh pula di dalam
hati.
Saudara mara yang jauh tempat
kediamannya dan jarang pula berjumpa
maka rasa kasih sayang kepada saudara itu
amatlah berkurangan.

28

Pepatah Melayu

Jika diikutkan hati geram, hilang takut timbul
berani.
Sepenakut-penakut orang, apabila hatinya
panas atau geram, maka dia akan menjadi
berani.

Jikalau tiada dipecah ruyung manakan
dapat sagunya.
Tiap-tiap sesuatu yang kita kehendaki itu
mestilah berusaha bersungguh-sungguh.

Jika pandai menggunting maka hendaknya
pandailah menjahit.
Jika sudah dimulai membuat sesuatu kerja
itu maka hendaknya biarlah sampai selesai
atau tamat kerja itu.

29

Pepatah Melayu

Jinak-jinak merpati.
Seseorang yang nampak bodoh, disuruh
pergi, dia pergi, dipanggil dia datang, tetapi
sebenarnya dia cerdik, iaitu tidak dapat
orang memperdayakannya.

K

Kalah jadi abu menang jadi arang.
Dalam sesuatu perbicaraan, baik kalah
mahupun menang, kedua-dua pihak
menanggung kerugian.

Kalau baik dijadikan teladan, jika tak baik
dijadikan sempadan.
Nasihat yang baik hendaklah diikut,
manakala nasihat yang tidak baik
hendaklah dilupakan sahaja.

30

Pepatah Melayu

Kain basah kering di badan.
Seseorang yang berkeadaan dalam
kemiskinan yang amat sangat.
Ke tengah boleh, ke tepi pun boleh.
Orang yang berilmu itu akan senang
bergaul dengan pelbagai lapisan
masyarakat.

31

Pepatah Melayu

Kalau kail sejengkal jangan laut hendak
diduga.
Jika kita mempunyai pengetahuan yang
sedikit, maka jangan cuba hendak
melawan orang yang banyak ilmu.

Kalau secupak tidak boleh jadi segantang.
Jika seseorang yang tiada nasib untuk
menjadi kaya, walau macam mana usaha
pun dia tetap tidak menjadi kaya.

Ke mana turunnya air hujan jika tidak di
cucur atap?
Tiap-tiap sesuatu itu akan mengikut bakanya.

Karam berdua basah seorang.
Dua orang yang melakukan kesalahan,
tetapi yang kena hukum ialah seorang
sahaja.

32

Pepatah Melayu

Kata biarlah dikotakan.
Apa yang dijanjikan hendaklah ditunaikan.
Kecil-kecil anak harimau.
Anak orang bangsawan atau anak raja itu
pada waktu kecil pun dimuliakan orang
juga.
Kerbau dipegang talinya, manusia dipegang
katanya.
Manusia yang sempurna itu berasa malu
untuk mengubah janjinya.

33

Pepatah Melayu

Kelip-kelip terbang malam.
Hendak menyembunyikan rahsia yang tidak
dapat dirahsiakan.

Kokok berderai-derai ekor bergelumang
tahi.
Orang miskin yang besar cakap seperti
orang kaya.

Kucing menyembunyikan kukunya, terlihat
panggang ikan berubahlah lakunya.
Orang jahat yang berkelakuan seperti orang
baik sementara belum dia bertemu dengan
kegemarannya.

Kulit hitam orang tengok, tulang putih siapa
tengok?
Seseorang yang nampak jahat pada
zahirnya, tetapi niat hatinya yang baik tiada
diketahui orang.

34

Pepatah Melayu

L

Laksana layang-layang melawan angin.
Kehendak orang besar itu tiada boleh
ditahan oleh orang miskin.
Lalang yang ditanam, takkan padi yang
tumbuh.
Jika melakukan kejahatan maka akan
dibalas kejahatan juga.

35

Pepatah Melayu

Lagi terang lagi bersuluh.
Sesuatu perkara yang telah jelas tetapi
dijelaskan lagi.
Lebai berjanggut, kambing pun berjanggut
juga.
Pakaian dan rupa boleh jadi sama, tetapi
darjat lain-lain.

36

Pepatah Melayu

Lemah lembut lintah, apabila melekat
payah hendak lucut.
Seseorang yang sangat lemah lembut
tingkah lakunya, tetapi bila diperolehi apa
yang disukainya payah dia hendak
tinggalkan.

Lempar batu sembunyi tangan.
Seseorang yang telah melakukan sesuatu
perbuatan yang menggemparkan,
kemudian berdiam diri, yang mana dia
seolah-olah dia tidak tahu perkara itu
terjadi.

M

Makin murah makin menawar.
Orang yang tamak itu jika diberi hajatnya
dia berkehendakkan lebih banyak lagi.

37

Pepatah Melayu

Malas berdayung perahu hanyut.
Orang yang malu mengerjakan suatu
perbuatan yang mendatangkan rezeki,
nescaya susahlah dia kelak.

Masuk telinga kanan keluar telinga kiri.
Jangan didengar akan percakapan,
perkhabaran, ajaran dan sebagainya yang
berupakan kejahatan.

Mati ikan kerana umpan.
Orang yang kurang periksa barang sesuatu
yang ada di hadapannya selalunya dia
terpedaya, oleh itu hendaklah beringat-
ingat sebelum terkena.

Mati rusa kerana jejak, mati kucing kerana
bunyinya.
Selalunya manusia itu binasa kerana
rupanya, lidahnya, dan perangainya.

38

Pepatah Melayu

Melukut di tepi gantang.
Orang yang hina jika bercampur dengan
orang mulia, tidak akan menambah
bilangan orang-orang mulia itu, jika tiada
mereka dalam kumpulan itu pun tiada
menjadi kekurangan.

Membasuh arang yang terconteng di muka.
Menolong melepaskan keaiban yang
ditanggung oleh seseorang.

Menahan jerat di pergentingan.
Orang yang menaikan harga barang-
barang kepada orang yang amat
memerlukan barang itu.

Mengepal pasir kering.
Sangat payah hendak menyatukan orang-
orang yang berbagai ideologi (fahaman).

39

Pepatah Melayu

Menatang minyak yang penuh.
Memelihara anak dengan penuh kasih dan
sayang, iaitu tidak diberi cacat cela sedikit
pun.

Menggali paya menimbunkan bukit.
Membuat budi dan mengadakan
pertolongan kepada orang kaya dengan
menganiayai serta menipu orang miskin.

40

Pepatah Melayu

Menulis di atas air.
Nasihat yang baik itu memang tidak
berguna bagi orang yang degil dan jahat.

Minyak dengan air manakan bercampur.
Orang baik tidak boleh berkompromi
dengan orang jahat atau orang baik itu
tidak boleh bersatu dengan orang jahat.

Musuh di dalam selimut.
Seseorang yang amat kita kenali (saudara-
mara atau sahabat handai) menjadi musuh
kepada diri kita sendiri.

41

Pepatah Melayu

Mulut tempayan boleh ditutup, mulut
manusia bagaimana menutupnya?
Sesuatu perkara yang sulit itu apabila
diketahui oleh seseorang tidak dapat

Nmenahannya daripada terus bercakap.

Naik tak bertangga, turun tak berpintu.
Dikatakan pada orang yang memanjat
rumah orang kerana berhajat kepada
perempuan di rumah itu. Naik mengikuti
tingkap apabila turun pula bukan menerusi
pintu.

Niat di hati hendak peluk gunung, apakan
daya tangan tak sampai.
Seseorang yang berhajat sesuatu, tetapi
tidak cukup modal (tidak berkeupayaan)
maka niat itu tidak berhasil.

42

Pepatah Melayu

Nyawa bergantung di hujung kuku.
Sentiasa berada di dalam kecemasan dan
keluh-kesah oleh sesuatu hal pengharapan
yang tidak kuat.

O

Orang mengantuk disorongkan bantal.
Sesuatu yang diidam-idamkan, apabila ada
orang lain memberi jalan maka dengan

Ptidak berfikir panjang lalu menerimanya.
Pukul anak sindir menantu.
Perbuatan yang dilakukan ke atas orang
lain hanya semata-mata hendak menyindir
orang lain yang dia tidak suka.
43

Pepatah Melayu

S

Sayangkan anak ditangan-tangankan,
sayangkan bini (isteri) ditinggal-tinggalkan.
Sayangkan anak selalulah dirotan (yang
tidak memudaratkan) dengan tujuan
untuk mengajar dan sayangkan isteri
selalulah ditinggalkan dengan tujuan pergi
mencari rezeki.

Sekeras-keras kerak nasi, apabila direndam
ia lembut juga.
Bagaimana marah atau bengis sekali pun,
tetapi dapat juga dipujuk yang akhirnya
akan menjadi lemah dan patuh kepada
arahan.

Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian
tidak berguna.
Sebelum kita membuat sesuatu pekerjaan
itu hendaklah terlebih dahulu difikirkan akan
buruk atau baiknya. Jika tersalah pilih maka
akhirnya akan menyesal.

44

Pepatah Melayu

PT
Tak dapat tanduk telinga dipulas.
Apabila seseorang yang keras hati dan degil
itu tidak dapat disuruh buat kerja maka
orang lemahlah yang menjadi mangsa (buat
kerja itu).

Tanam tebu di bibir mulut.
Orang yang bercakap manis di luar sahaja,
tetapi di dalam hatinya tidak sebegitu pula.

Tunduk bukan untuk dipijak.
Merendahkan diri bukan menunjukkan
bahawa kita lemah, tetapi sekadar hendak
menunjukkan budi pekerti yang mulia.

45

Pepatah Melayu

u

Ular bercampur dengan belut tidak akan
hilang bisanya.
Orang yang jahat itu jika bercampur
dengan orang-orang yang baik tidak akan
hilang tabiat jahatnya itu.

Ulat di dalam batu pun boleh hidup.
Selagi hidup adalah rezeki yang
dikurniakan oleh Allah walau di mana kita

Yberada.

Yang baik jadikan teladan, yang buruk tak
elok jadikan sempadan.
Tiap-tiap nasihat yang diberikan oleh
seseorang bukan semestinya diterima
semuanya, tetapi hendaklah dipilih terlebih
dahulu iaitu yang baik bolehlah diikut dan
yang tidak baik hendaklah ditinggalkan.

46


Click to View FlipBook Version