KEHANGATAN
API
(Legenda dari ETHIOPIA)
Beberapa abad yang lalu, di Addis Adaba,
ada seorang pemuda bernama Arha. Dia
merantau ke kota itu semasa masih kecil
dan menjadi orang suruhan Haptom,
seorang yang kaya di situ.
Haptom sangat kaya. Orang suruhannya
lebih banyak daripada orang lain.
Rumahnya besar dan banyak bilik, setiap
satu dihias dengan cara tersendiri.
Tetamunya tidak pernah diberikan bilik
yang sama setiap kali mereka datang.
Sesiapa yang pernah dijemput ke rumahnya
akan membandingkannya dengan sebuah
istana. Rumah itu memang seperti istana;
dengan langsir, kusyen dan permaidani
yang bersulamkan emas, dan makanan yang
dihidangkan dalam pinggan mangkuk emas
serta perak.
Namun, Haptom berasa jemu dengan
hidupnya. Dia sangat kaya dan dapat
memiliki apa-apa sahaja. Dia tidak tahu apa
lagi yang hendak dilakukan.
Pada suatu malam, semasa nagin yang
sejuk bertiup kencang merentasi daratan
itu, Haptom menyuruh Arha mengambil
kayu untuk memasang api. Apabila api telah
menyala dengan terang, Haptom mengeluh
sendirian. Arha memandangnya dengan
bimbang.
“Apakah yang tuan risaukan?” tanya
Arha.
Haptom menggeleng-gelengkan
kepalanya. “Tak, tak ada apa-apa,”
jawabnya.
Dia menggosok-gosokkan tangannya di
depan api. Kemudian, dia berjalan ke
tingkap lalu melihat ke luar. Dia nampak
bayangan Gunung Suluta, gunung tertinggi
di negeri itu. Dia mengeluh lagi.
“Ya, apalah yang kuikingkan lagi.
Hidupku mewah. Tetapi, jika aku berada di
puncah gunung itu, entah apa yang akan
kurasakan. Pada malam sesejuk ini, tanpa
selimut dan pakaian, atau api untuk
memanaskan badan. Adakah sesiapa yang
dapat menanggungnya?”
“Tuan Haptom, bukankah itu perbuatan
yang sia-sia?” tanya Arha.
“Ya.” Jawab Haptom, “Ketahanan
seseorang ada batasnya. Aku berani
bertaruh bahawa tiada sesiapa yang tahan
bermalam di sana dalam keadaan begitu.”
“Saya rasa boleh,” kata Arha. “Jika
seseorang itu cukup tabah untuk berdiri di
puncak Gunung Suluta dan menahan sejuk,
saya pasti dia tidak akan mati. Tetapi,
saya tidak dapat bertaruh kerana saya
tiada apa=apa. Jadi, ini bukanlah urusan
saya.”
Haptom memandang pemuda yang
sedang sibuk menolak-nolak kayu api itu,
dan kemudian ke arah gunung yang jauh.
Dia tersenyum dengan rasa tidak percaya.
“Jika engkau begitu yakin bahawa
seseorang yang tabah akan dapat menahan
keadaan itu, maka aku akan bertaruh
dengan engkau,” kata Haptom. “Jika engkau
dapat berdiri di puncak gunung itu
semalaman; tanpa pakaian ataus elimut
atau apu, aku akan berikan sepuluh ekar
tanahku yang yerbaik berserta sebauh
rumah, dan tiga daripada lembuku yang
terbaik. Jika tidak, engkau akan berkhidmat
denganku selama lima tahun tanpa gaji.”
Arha amat gembira. “Tuan akan berikan
semua itu?” tanyanya.
Haptom menganggukkan kepalanya. “Aku
berpegang oada janjiku,” katanya.
“Jadi, saya akan pergi malam esok dan
selepas itu saya akan mengusahakan tanah
saya sendiri,” kata Arha.
Haptom memandang gunung itu semula.
“Dia tidak akan pulang,” katanya sendiri.
Angin menghembus merentasi daratan,
seperti bersetuju dengan kata-kata
Haptom.
Arha menggigil. Bagaimana aku hendak
melakukannya? Tanyanya kepada dirinya
sendiri.
Keesokan harinya, Arha pergi menemui
seorang bijak pandai daripada puak
Curage. Orang itu diam sambil mendengar
cerita tertaruhan Arha dengan Haptom.
Setelah selesai mendengar cerita itu, orang
tua itu mengusap-usap janggutnya yang
panjang sambil berfikir. Dia berkata,
“Beberapa orang yang tabah telah cuba
mengharungi kesukaran ini di Gunung
Suluta, tetapi tiada seorang pun yang
berjaya. Angin yang sesejuk ais itu akan
menusuk ke tulang. Namun, segalanya
mungkin bagi orang yang ingin mencuba.
Aku akan menolongmu,” kata-kata orang
tua itu mengembalikan keyakinan Arha.
Arha tersenyum dan berterima kasih.
“Di seberang lembah itu ada satu batu
tinggi,” kata orang tua itu. “Jika engkau
berdiri di puncak Gunung Suluta pada
waktu siang, engkau akan nampak batu itu
dengan jelas. Apabila matahari terbenam,
aku akan memasang api di situ. Pada malam
ini, semasa di puncak gunung itu
pandanglah ke arah api itu, ingatlah aku,
sahabat yanf sedang menjaga api itu untuk
engkau. Bayangkan kehangatan api itu
meresap ke seluruh tubuh engkau.
Bayangkan kehangatan api itu meresap ke
seluruh tubuh engkau. Jangan alihkan
pandangan engkau dari api itu. Boleh
engkau buat begitu?”
Arha mengambil masa yang lama untuk
menjawab.
“Orang mengatakan tuan seorang yang
bijak. Kini, saya tahu sebabnya. Saya
perlukan kekuatan yang luar biasa. Tetapi,
cabaran perlu diharungi sebelum kejayaan
dapat dicapai.”
Pada petang itu, Haptom menghantar
tiga orang suruhannya untuk mengiringi
Arha ke gunung. Arha menanggalkan
pakaiannya sambil diperhatikan oleh tiga
pasnag mata. Sepanjang malam, dia berdiri
sambil memandang tepat ke arah batu
tingginitu. Angin bertiup melepasinya. Dia
merasakan bulu romanya tegak. Dia
terdengar orang-orang suruhan di
belakangnya mengeluh dan mengerang. Dia
mendengar gigi mereka bergetar walaupun
mereka memakai selimut yang ditarik
rapat-rapat menyelubungi tubuh mereka.
Arha merasakan kesejukan meresap ke
tulang belakangnya. Namun, dia memikirkan
kehangatan api itu dan hal ini memberinya
kekuatan.
Malam seperti merangkak dan tidak
mengundang kedatangan subuh. Tetapi,
apabila dia ternampak sinaran matahari
mula naik, dia tahu penderitaannya telah
berakhir.
Haptom menyoal ketiga-tiga orang
suruhannya dengan teliti.
“Adakah dia menanggalkan pakaiannya
dan berdiri di situ sepanjang malam?”
Mereka menganggukkan kepala masing-
masing.
“Dia tidak bergerak langsung,” kata
orang suruhan yang paling tua. “Dia tetap
berdiri di situ walaupun kami meringkuk
bersama baju panas dan selimut. Orang
suruhan yang lain menganggukkan kepala
tanda setuju.
Haptom memanggil Arha. “Engkau bebas
sekarang,” katanya kepada Arha. “Pergilah
ke ladang dan pilih tiga ekor lembu. Ada
sekeping tanah sepuluh ekar ke arah timur,
tidak jauh dari sini. Terdapat sebuah
rumah di sana. Tanah dan rumah itu milik
engkau.”
Arha sangat gembira. Mukanya berseri-
seri.
“Aku mesti berterima kasih kepada
penasihatku,” bisknya sendirian. “Tanpa dia,
tentu aku tidak dapat melakukannya.”
“Bagaimana engkau melakukannya? Boleh
aku tahu?” tanya Haptom.
“Saya memperhatikan api dari batu
yang jauh,” kata Arha.
“Api?” tanya Haptom. “Jadi, engkau
kalah kerana syarat-syaratku ialah engkau
tidak boleh dilindungi api.”
“Tetapi, api itu jauh dan saya tidak
terasa kehangatannya,” jawab Arha pula.
“Tidak, api tetap api, dan engkau kalah.
Engkau perlu bekerja selama lima tahun lagi
tanpa gaji.”
Dengan berat hati, Arha Arha pergi
menemui sahabatnya. “Bawalah perkara ini
kepada hakim,” nasihat orang tua itu.
Arha pun pergi berjumpa dengan hakim
kawasan itu. Hakim itu memanggil Haptom
dan ketiga-tiga orang suruhannya. Dia
mendengar kenyataan ketiga-tiga orang
suruhan itu. Tetapi, apabila dia mengetahui
ada api di atas batu yang jauh, dia turut
membuat keputusan bahawa Arha kalah,
Sekali lagi Arha pergi menemui
sahabatnya.
“Apa yang harus aku lakukan? Perkara
ini seolah-olah aku tidak pernah melalui
semua penderitaan di Gunung Suluta.”
“Jangan bimbang,” kata orang tua itu.
“Kebijaksanaan lebih banyak terdapat di
sekitar kita daripada dalam hati manusia.”
Orang tua itu pergi ke rumah Hailu,
orang yang pernah menjadi tuannya.
Apabila Hailu mendengar cerita tadi, dia
berkata, “Aku tahu apa yang perlu
dilakukan. Pulanglah dan beritahu
sahabatmu bahawa dia akan mendapat
tanahnya sendiri dalam masa lima hari.”
Esoknya, Hailu menghantar jemputan
untuk jamuan di rumahnya. Haptom dan
hakim yang menghakimi Arha turut
dijemput. Pada hari jamuan itu, para
tetamu hadir dengan menunggang kuda
yang dibaluti pelana berhiaskan bulu
binatang. Haptom datangd engan diiringi
orang suruhannya. Orang suruhan di
sebelahnya memegang payung untuk
melindunginya daripada cahaya matahari.
Tetamu-tetamu Hailu duduk di atas
permaidani yang lembut. Mereka dapat
mendengar tukang masak sibuk di dapur.
Mereka dapat menghidu bau makanan yang
dimasak; kambing panggang, jangung
panggang dan durra, dan lempeng disebut
injera, Masa terus berlalu dan para tetamu
semakin lapar. Sejam berlalu. Tukang masal
tidak lagi sibuk di dapur. Makanan telah
siap dimasak tetapi masih belum
dihidangkan. Bau makanan semakin kuat dan
sedap. Para tetamu mula berbisik sesama
sendiri. Mengapa makanan tidak
dihidangkan?
Haptom menghampiri Hailu dan
bertanya, “Mengapa engkau menjemput
kami tetapi tidak menghidangkan
makanan?”
Hailu memandang Haptom dengan rasa
terkejut. “Mengapa? Engkau tidak menghidu
bau makanan itukah?”
“Ya, tetapi menghidu bau tak sama
dengan makan,” kata Haptom. “Adakah
khasiat boleh didapati dengan menghidu
sahaja?”
“Adakah kamu dapat merasai
kehangatan api yang letaknya sangat jauh
hingga sukar untuk dilihat?” tanya Hailu.
“Jika Arha merasakan kepanasan api itu
aoabila dia berada di puncak Gunung
Suluta, maka tentulah kamu sudah kenyang
dengan hanya menghidu bau makanan di
dapurku.”
Semua tetamu bersetuju dengan kata-
kata Hailu. Haptom tertunduk dengan rasa
malu lalu kembali ke tempat duduknya.
Hakim itu mendapatkan Hailu lalu berkata,
“Kota ini terkenal dengan orang yang bijak,
tetapi tiada yangs ebjak kamu.”
Beliau memanggil Arha dan berkata,
“Mulai saat ini, kamu bebas.”
Hailu pun berdiri dan mengarahkan
jamuan dimulakan.