The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PSS INFINITI, 2020-12-12 02:21:27

Kisah Si Tanggang

Kisah Si Tanggang

CERITA RAKYAT KANAK-KANAK

Kisah Si
Tanggang

"Kasih sayang tidak dapat dijual beli dengan harta
kekayaan di dunia"

NUR FATIN ADILLA

Watak-Watak

Si tanggang

Si Deruma

Anak-anak
kapal

KISAH ‘Si Tanggang’ merupakan cerita
lagenda rakyat Melayu yang sudah
dikenali dengan sifat Si Tanggang yang
disumpah menjadi batu kerana derhaka
terhadap kedua ibu bapanya. Hampir
setiap suku bangsa Melayu di Nusantara
ini mempunyai ceritanya sendiri seperti Si
Tanggang di Malaysia, Malim Kundang di
Indonesia dan Nakhoda Manis di Brunei.
Buku ini akan menceritakan kisah Si
Tanggang versi masyarakat Melayu. Si
Deruma merupakan ibu kepada seorang
anak lelaki yang bernama Si Tanggang.
Mereka hidup sebagai keluarga nelayan di
tepi pantai. Kehidupan mereka amat
miskin dan Si Tanggang merupakan seorang
kanak-kanak yang bercita-cita tinggi. Dia
selalu berkhayal untuk menjadi kaya dan
terkenal.

Apabila meningkat usia, Si Tanggang
melihat sebuah kapal besar berlabuh di
muara sungai berhampiran dengan
rumahnya. Si Tanggang pergi mencuba
nasib untuk mendapatkan kerja sebagai
anak kapal. Nakhoda kapal itu
bersetuju kerana telah melihat
kecekapan Si Tanggang bersampan dan
bekerja.

Ibunya berasa keberatan untuk
melepaskan Si Tanggang belayar
mengikut kapal nakhoda itu. Si
Tanggang berjanji akan kembali ke
kampung setelah menjadi kaya.
Sepanjang bekerja di dalam kapal, Si
Tanggang sangat rajin dan melakukan
apa sahaja yang diperintahkan oleh
Nakhoda.

Daripada itu, Nakhoda sangat
suka dengan Si Tanggang dan
dijadikan sebagai anak angkat.
Apabila nakhoda menjadi uzur,
maka Si Tanggang dilantik menjadi
nakhoda baru dan diberi gelaran
sebagai Nakhoda Tanggang. Si
Tanggang memiliki kecekapan dalam
berniaga. Dia telah menjadi kaya
raya dan terkenal hingga sampai ke
telinga Sultan sehingga dia
dijemput ke istana.

Kemudian dia berlayar ke
banyak tempat di merata negeri
dan pada suatu hari, kapal Si
Tanggang berlabuh di muara sungai
kampung asal-usulnya. Apabila ibu
bapanya tahu akan perkhabaran
tersebut, mereka pergi ke kapal Si
Tanggang dan memanggil nama
anaknya itu.





Si Tanggang berpura-pura

tidak mendengar dan tidak

mengenali mereka. Lalu Si

Tanggang mengatakan

bahawa ibu bapanya telah

tiada. Dia menghalau

Ibunya dengan biadap.

Setelah itu, ibunya

mengangkat kedua-dua

belah tangannya memohon

doa untuk menunjukkan

kebenaran yang sebenar.





Tiba-tiba petir berdentum

dan angin bertiup kencang.

Kapal Si Tanggang terumbang-

ambing akibat air yang

bergelora. Dia berasa kesal

dan sedar bahawa Tuhan telah

memperkenankan doa ibunya.

Dia berteriak memohon ampun

kepada ibunya.

Walau bagaimanapun,

penyesalannya sudah tidak

berguna. Kapalnya pecah

akibat dipukul oleh ombak

yang kuat. Apabila ribut reda,

Si Tanggang dan seluruh anak

kapalnya telah bertukar

menjadi batu.



Tamat

"Hargai pengorbanan kedua-dua orang tua kita
selagi mereka masih ada"


Click to View FlipBook Version