Sang Kancil dan
Monyet
Pada zaman dahulu, di sebuah
rimba, terdapat seekor kancil
yang sangat bijaksana diberi
nama Sang Kancil.
Kisahnya bermula pada suatu
hari, ketika ia sedang keluar
mencari makanan di pinggir
sungai. Sang Kancil sudah
beberapa hari tidak makan
kerana hutan yang dihuninya itu
sudah kehabisan sumber
makanan.
Nasib menyebelahi Sang Kancil
apabila dia menemukan
beberapa pohon pisang yang
tengah masak ranum. Namun
malangnya, pohon pisang
tersebut agak tinggi dari
jangkauan Sang Kancil. Dia
mencuba mengigit pisang yang
terjuntai cantik itu namun
gagal.
Setelah puas mencuba, dia
akhirnya pergi meminta
bantuan.
Belum lama berjalan, dia
terserempak dengan Sang
Monyet yang sedang terbaring
kelaparan.
''Wahai Sang Monyet, aku ingin
meminta pertolongan
daripadamu,'' kata Sang Kancil
dengan senyuman. Oleh kerana
Sang Monyet pandai memanjat,
jadi ia sangat sesuai untuk
menolongnya memetik pisang
itu.
''Aku tak larat, Kancil. .Dah 4
hari aku tak makan,'' balas
Sang Monyet lemah.
''Tidak mengapa wahai
Sang Monyet, kerana aku baru
sahaja menemukan beberapa
pohon pisang yang tengah
masak ranum di pinggir sungai
ini. Kau petikkanlah untuk kita
berdua,'' balas Sang Kancil pula.
Dia sangat berharap Sang
Monyet sudi menolongnya
kali ini.
Mendengar kata-kata Sang
Kancil, Sang Monyet terus
bersemangat.
''Baiklah, Kancil, Kau
tunjukkanlah tempat itu
kepadaku,'' katanya gembira.
Sang Kancil pun membawa
Sang Monyet ke pinggir
sungai tempat letaknya pisang-
pisang tadi.
Sebaik sahaja sampai, Sang
Monyet menjerit keriangan. Dia
segera memanjat pohon pisang
tadi dengan pantas.
Tanpa mempedulikan Sang
Kancil yang kelaparan di bawah,
dia memakan pisang-pisang
tersebut dengan gelojoh.
''Lemparkanlah aku sedikit
pisang wahai Sang Monyet. Aku
pun sudah beberapa hari tidak
makan,'' teriak Sang Kancil dari
bawah.
Namun, Sang Monyet tidak
mempedulikannya. Malah, ia
turut melemparkan kulit pisang
ke arah Sang Kancil lalu
tertawa girang.
Sang Kancil agak terkejut
dengan kelakuan Sang Monyet.
Sang Kancil juga berasa sangat
kesal dan kecewa kerana
ketamakkan sang monyet yang
langsung tidak memberinya
walau sebiji pisang.
''Terima kasihlah kancil
tunjukkan aku makanan
ni tetapi makanan di hutan ini
sudah sangat berkurangan jadi
aku tidak mahu berkongsi pisang
ini denganmu. Kau carilah
makanan di tempat lain pula,''
kata Sang Monyet lalu
menjelirkan lidahnya
ke arah sang kancil.
Dia kemudian melemparkan
kulit pisang ke arah sang kancil
sambil bernyanyi riang.
Sang kancil menggeleng-
gelengkan kepalanya. Dia
kemudian beredar dengan
perasaan hampa. Namun, belum
jauh berjalan, dia ternampak
duri-duri kayu yang panjang dan
tajam di atas tanah.
Tanpa membuang masa, dia
mengumpul duri-duri tersebut
lalu dibawa ke tempat Sang
Monyet yang sedang asyik
memakan buah pisang
dengan riang itu.
'Oleh kerana ketamakanmu,
aku terpaksa berbuat begini,'
bisik Sang Kancil perlahan lalu
meletakkan duri di sekeliling
pohon-pohon pisang tersebut
dan kawasan di sekitarnya.
Sang Monyet tidak menyedari
perbuatan Sang Kancil kerana
lalai menikmati kelazatan pisang
yang sedang masak ranum itu.
Setelah selesai meletakan
duri di seluruh kawasan
persekitaran Sang Monyet, Sang
Kancil pun beredar. Dia harus
pergi mencari makanan di
tempat lain pula kerana Sang
Monyet tidak mahu
berkongsi makanan dengannya.
Apabila Sang Monyet sudah
menghabiskan kesemua buah
pisang tersebut, ia melompat
ke tanah lalu tercucuk duri yang
telah ditabur Sang Kancil. Sang
Monyet meraung kesakitan. Dia
menyesal kerana bersikap
tamak.