Semut dengan
Burung Merpati
Pada suatu hari, seekor semut berjalan-jalan
mencari makanan di pinggir sungai. Seperti
biasa, dia berjalan dengan riang. Tiba-tiba, ia
terjatuh ke dalam sungai kerana tidak berhati-
hati. Semut itu timbul tenggelam dihanyutkan
oleh arus sungai. Dia berusaha untuk berenang
ke tepi tetapi tidak berhasil sehingga
kepenatan.
Kejadian itu disedari oleh seekor burung
merpati. Burung merpati merasa kasihan
terhadap nasib malang yang menimpa semut
itu dan mahu menyelamatkannya. Lalu, burung
merpati memetik daun dan menjatuhkannya
berdekatan dengan semut. Semut merayap
naik ke atas daun dan akhirnya dapat
menyelamatkan dirinya. Daun itu akhirnya tiba
ke tepi sungai dan semut pun terselamat.
Tidak lama kemudian, sang semut melihat
seorang pemburu burung sedang mengendap-
endap berusaha mendekati burung merpati
yang telah menolongnya tadi. Semut menyedari
bahaya yang bakal menimpa burung merpati
yang baik tersebut. Semut segera berlari
mendekati pemburu dan menggigit kaki sang
pemburu.
Pemburu itu kesakitan dan terkejut, lalu
mengibaskan ranting yang digunakan untuk
menangkap burung. Burung merpati menyedari
kehadiran pemburu yang sibuk mengibas-
ngibaskan ranting dan kesakitan. Akhirnya
burung merpati itu pun terbang
menyelamatkan dirinya.