The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PSS INFINITI, 2021-10-27 05:05:21

Burung Camar dan Helang

Burung Camar dan Helang

Burung Camar dan Helang

Pada suatu masa dahulu, tinggal seekor burung
camar yang tamak. Burung yang lapar itu
mencari makanan di sepanjang pantai.

Tiba-tiba, dia ternampak seekor ikan yang
besar di pantai. “Wah, rezeki aku memang baik
hari ini. Aku dapat makan makanan yang lazat,”
kata burung camar itu sambil mematuk ikan itu
dengan paruhnya yang tajam. Oleh sebab

terlalu lapar, dia pun tidak berhenti makan
walaupun perutnya sudah penuh. “Elok aku
makan secukup-cukupnya kerana rezeki
seperti ini tidak akan datang semula,” katanya
sambil makan dengan gelojoh. Tanpa disedari,
burung itu tertelan secebis daging yang besar.

Selepas makan sehingga perutnya buncit,
burung camar itu tidak dapat bergerak lagi. Dia

pun berbaring sebentar di pantai. Malangnya,
makanan yang tidak terhadam itu
menyebabkan burung camar itu mati.

Seekor burung helang telah memerhatikan
gelagat burung camar sejak awal tadi. Apabila
dia ternampak burung camar yang sudah mati,
dia pun berkata, “Padan muka kamu. Kamu
sepatutnya terbang di langit dan mencari

makanan yang tinggi dan bukannya makan
makanan laut.”

Moral: Berhati-hati mencari rezeki di tempat
orang.


Click to View FlipBook Version