The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PSS INFINITI, 2021-05-17 01:14:22

Bunga Cengkih

Bunga Cengkih

BUNGA
CENGKIH

Kononnya, di sebuah
negeri, raja dan sekalian
rakyatnya malu untuk
bercakap kerana mulut
mereka tetap berbau
busuk.

“Apakah wabak yang
menyerang negeri ini?”
tanya raja.

Apabila raja dihadap oleh
pembesar dan rakyatnya,
semuanya diam membisu.
Mereka takut hendak
bercakap kerana mulut
mereka berbau busuk.

Pada suatu hari, di dalam
taman larangan, puteri
raja bersama dayang-
dayangnya keluar bermain-
main. Mereka juga diam
tidak bercakap. Mulut
mereka semuanya berbau
busuk.

Tiba-tiba seekor burung
murai terbang dan hinggap
di sepohon bunga. Murai
itu berkicau dengan rancak.
Ia seolah-olah sedang
bercakap dengan tuan
puteri. Puteri raja tetap
membisu.

Murai itu berkicau lagi dan
mematuk-matuk bunga
yang ada di dahan tempat
ia berpijak.

Akhirnya puteri raja pergi
ke pokok bunga itu. Bunga
kecil itu diambil dan
dimakannya. Selang
beberapa hari dia berbuat
begitu, akhirnya bau
busuk di mulutnya hilang.

Mulutnya berbau wangi
pula. Sejak hari itu, puteri
raja seorang sahajalah
yang tidak malu bercakap-
cakap.

Raja pun bertanya akan
rahsia puteri baginda itu.
Perihal pokok bunga itu
pun diceritakan oleh puteri
baginda. Sejak itu, baginda
memerintahkan rakyatnya
menanam dan memakan
bunga pokok itu.

Sejak itulah juga penyakit
mulut berbau itu hilang.
Semua rakyat terlalu
gembira. Mereka boleh
berkata-kata dan tidaklah
diam lagi.

Raja memerintahkan
rakyat menanam pokok itu.
Akhirnya bunga itu
menjadi hasil negeri. Bunga
itu dikenali dengan nama
bunga cengkih.

Pengajaran :
1. Jangan takut mencuba
perkara baru.
2. Fikir selalu keajaiban
ciptaan tuhan.
3. Komunikasi amat penting
dalam perhubungan.


Click to View FlipBook Version