Bertanggungjawab
Seperti biasa, apabila cuti hujung minggu,
Lokman, Fadli dan Kamal pergi memancing di
hujung kampung. Sungai itu menjadi lokasi
strategik kerana di situ terdapat banyak ikan.
Mereka pergi dengan membawa joran dan
umpan menuju ke sungai.
Apabila sampai di sana, rasa hairan mula timbul
di hati mereka. Ikan-ikan terapung di
permukaan air. Mereka bertanya sesama
sendiri. Fadli mengajak Kamal dan Lokman
menyiasat punca kejadian tersebut.
Tiba-tiba Kamal menarik kedua-dua orang
rakannya ke dalam belukar apabila terlihat dua
orang lelaki dalam keadaan yang mencurigakan.
Mereka mengintip dari celah-celah belukar.
Lagi mencurigakan apabila dua orang lelaki tadi
membuang sisa toksik itu ke dalam sungai.
Setelah mencatat nombor pendaftaran lori
tersebut, Lokman mengajak kawan-kawannya
pulang. Setibanya di rumah Lokman, mereka
menceritakan peristiwa tersebut kepada ibu
bapa Lokman. Ibu dan bapa Lokman berjanji
akan melaporkan hal itu kepada jawatankuasa
kemajuan dan keselamatan kampung.
Selepas ibu dan bapa Lokman membuat aduan
tentang orang yang membuang toksik di sungai
kampung itu, orang yang bertanggungjawab
melakukan semua perkara itu telah ditahan
polis. Lokman, Fadli dan Kamal telah diberi
penghargaan kerana bekerjasama dengan
pihak polis.