The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Lebah-lebah Jantan dengan Lebah-lebah Betina

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PSS INFINITI, 2021-11-01 04:08:45

Lebah-lebah Jantan dengan Lebah-lebah Betina

Lebah-lebah Jantan dengan Lebah-lebah Betina

Lebah-lebah
Jantan
dengan

Lebah-lebah
Betina

Lebah-lebah betina sangat sibuk. Mereka
menghabiskan banyak masa untuk membuat
sarang mereka. Lebah-lebah jantan membuat
kerja sedikit sahaja. Apabila lebah betina siap
membuat sarang, lebah jantan akan tinggal di
situ.

Lebah-lebah betina sudah bosan dengan
keadaan ini. Pada suatu hari, lebah-lebah

betina tidak membenarkan lebah-lebah jantan
tinggal di sarang itu. Lebah-lebah jantan tidak
bersetuju dengan perbuatan lebah-lebah
betina. Mereka pun bertengkar.

Pada akhirnya, mereka berjumpa dengan
tebuan yang bijak. Tebuan akan menjadi hakim
untuk menghakimi siapa yang benar dalam hal
itu.

Hakim itu berkata, “Siapa yang boleh membina
satu lagi sarang yang sama, merekalah berhak
tinggal di sarang itu.”

Lebah-lebah betina bersetuju dengan kata-
kata hakim tetapi lebah-lebah jantan menolak
cadangan ini kerana selalunya mereka tidak
biasa dengan kerja membuat sarang.

Selepas mendengar alasan daripada kedua-dua
pihak, hakim berkata lagi, “Sekarang saya tahu,
lebah-lebah betina yang membuat sarang. Oleh
itu, merekalah yang berhak tinggal di dalam
sarang itu.”

Moral: Kita boleh nilaikan seseorang itu
daripada hasil kerjanya.


Click to View FlipBook Version