The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PSS INFINITI, 2021-10-14 02:05:34

Pusat Konservasi Beruang Madu Borneo

Pusat Konservasi Beruang Madu Borneo

Pusat Konservasi Beruang Madu Borneo

Bagaimana pusat ini bermula? En. Wong Siew Te, Ketua Pegawai Eksekutif BSBCC
sedang menjalankan kerja pemuliharaan terhadap
Pusat Konservasi Beruang Madu Borneo seekor anak beruang madu.
telah diasaskan oleh En. Wong Siew Te pada
tahun 2008. En. Wong adalah salah seorang
daripada ahli biologi hidupan liar yang
menjalankan kajian dan bekerja dengan
beruang madu Borneo.

Sebagai seorang perintis yang
berpengalaman di dalam ekologi beruang
madu di hutan tropika Borneo, En. Wong
telah dibawa ke habitat yang paling
mencabar dan terancam di dunia.

Pengalaman melihat sendiri beberapa ekor
beruang madu terperangkap dalam keadaan
yang menyayat hati inilah yang menjadi
sumber insipirasi kepada En. Wong untuk
menubuhkan pusat ini.

Dengan hasil kerjasama dari Jabatan
Hidupan Liar Sabah, Jabatan Perhutanan
Sabah dan juga pertubuhan bukan kerajaan
iaitu Land Empowerment Animals People
(LEAP), Pusat Konservasi Beruang Madu
Borneo telah berjaya ditubuhkan.

BSBCC hanya memberi kebenaran untuk muat
turun bagi tujuan pendidikan sahaja. Terima kasih

Bagaimanakah pusat ini Memasang perangkap kamera
membantu beruang madu? untuk menangkap gambar
beruang madu liar di hutan.
Pemuliharaan
• Beruang madu Borneo hanya terdapat di Beruang madu menjejak
kaki ke dalam hutan
Borneo dan ia merupakan antara haiwan untuk pertama kalinya.
yang terancam dan hampir pupus. Misi
pusat ini adalah untuk mendedahkan serta Memelihara kebajikan haiwan
berkongsi kepada orang ramai tentang
kepentingan beruang madu agar ia dapat • Menyelamatkan beruang madu dari
dilindungi. keadaan yang tidak sepatutnya
• Misi pemuliharaan ini dapat dicapai melalui • Memberi penjagaan yang rapi kepada
pemeliharaan kebajikan haiwan, pemulihan, beruang madu
pendidikan serta penyelidikan.
Pemulihan
Anak beruang madu perlu belajar
tentang kehidupan di hutan. • Menggalakkan perlakuan semulajadi
beruang madu
Aktiviti pendidikan alam sekitar untuk • Memperkenalkan semula beruang madu
kesedaran tentang beruang madu. dengan persekitaran hutan

Pendidikan

• Mendidik serta meningkatkan kesedaran
orang ramai mengenai beruang madu serta
habitat semulajadi mereka
• Menggalakkan pemuliharaan
berorientasikan di Sabah

Penyelidikan

• Menggalakan penyelidikan lanjut
mengenai beruang madu.

BSBCC hanya memberi kebenaran untuk muat
turun bagi tujuan pendidikan sahaja. Terima kasih

Setiap beruang madu mempunyai tanda Anatomi Beruang
dada yang unik. Ini bermaksud tiada dua Madu Borneo
ekor beruang madu yang mempunyai
corak tanda dada yang sama. Ketinggian: 120 - 150cm
Berat:
Kuku beruang madu yang besar dan 30 - 60kg (jantan)
berbentuk sabit membolehkan mereka Panjang ekor: dan 20 - 40kg (betina)
mencengkam kuat pada pokok dan Bulu:
menjadikan mereka pemanjat yang 5cm
hebat. Kuku mereka juga adalah alat Tanda dada:
penting untuk membuka kayu reput pendek, halus, berwarna
bagi mendapatkan anai-anai, semut Muncung: coklat gelap atau hitam
dan anak kumbang. Telinga:
Lidah: berwarna krim kejinggaan
Tapak: dengan bintik hitam
Kuku:
Kaki: berwarna kelabu kejinggaan

kecil dan bulat

20-25cm panjang

merah jambu & tidak berbulu

berbentuk sabit

pendek dan membengkok
ke dalam

Tapak tangan beruang madu sangat lembut,
sama seperti tapak tangan kita. Ini membolehkan
mereka berjalan dengan senyap di lantai hutan.

Anatomi BSBCC hanya memberi kebenaran untuk muat
turun bagi tujuan pendidikan sahaja. Terima kasih

Geografi dan Habitat

Di manakah beruang Di manakah beruang
madu ditemui di dunia? madu boleh hidup?

Beruang madu terdapat di seluruh Asia Pokok-pokok menyediakan Beruang madu bergantung kepada kawasan
Tenggara iaitu merangkumi negara-negara sumber makanan untuk hutan untuk hidup. Mereka boleh ditemui
berikut: India Timur, China Selatan, beruang madu di hutan. di pelbagai jenis hutan di seluruh Asia
Kemboja, Laos, Myanmar, Thailand, Vietnam, Tenggara.
Semenanjung Malaysia, Sumatera dan Borneo.
Beruang madu juga didapati boleh hidup
Beruang madu (Helarctos malayanus): di hutan sekunder iaitu hutan yang telah
Helarctos malayanus malayanus boleh hidup tumbuh semula dan mempunyai ciri-ciri
dari ketinggian 0 hingga 2,700 m di atas paras hutan asli.
laut.
Di Borneo, beruang madu jantan
Terdapat 2 beruang madu (Helarctos memerlukan sekurang-kurangnya 15
malayanus): Helarctos malayanus malayanus km² kawasan hutan untuk mendapatkan
boleh ditemui di tanah besar Asia dan makanan yang cukup untuk terus hidup.
Sumatera.
Mereka biasanya berada di bahagian kanopi
Helarctos malayanus euryspilus hanya terdapat dan juga lantai hutan.
di Borneo.
Salah satu cara untuk tidur
Beruang madu yang terdapat di tanah besar di atas pokok adalah dengan
Asia dan Sumatera adalah 2 kali ganda lebih membina sarang. Ini adalah
besar daripada beruang madu yang terdapat sarang beruang madu.
di Borneo.

Para ahli sains percaya bahawa ini merupakan
adaptasi evolusi beruang madu terhadap
makanan yang terhad di hutan Borneo.

Geografi dan Habitat 1/2 BSBCC hanya memberi kebenaran untuk muat
turun bagi tujuan pendidikan sahaja. Terima kasih

Geografi dan Habitat 2/2 Status dan Taburan Beruang Madu

Masih Wujud

Mungkin masih
wujud

Pupus

BSBCC hanya memberi kebenaran untuk muat Borneo
turun bagi tujuan pendidikan sahaja. Terima kasih
N
0 250 500

km

Sumber peta adalah dengan kebenaran Senarai
Merah Spesies Terancam IUCN™ Versi 2013.2

Pemakanan Buah-buahan
Beruang madu memakan beratus-ratus jenis
Beruang Madu buah-buahan di hutan seperti buah ara,
buah mempening, durian hutan dan lain-
Apakah makanan lain. Banyak antara buah-buahan ini boleh
didapati semasa musim buah-buahan. Di
beruang madu? antara musim buah-buahan pula iaitu di
mana buah-buahan sukar didapati, buah
Beruang madu dikategorikan dalam order ara menjadi sumber makanan penting bagi
Karnivora (karnivor atau pemakan daging). beruang madu. Ini adalah kerana pokok ara
Namun tabiat pemakanannya adalah berbuah sepanjang tahun.
omnivor. Mereka memakan pelbagai jenis
makanan di hutan termasuklah buah- Buah ara
buahan, serangga, haiwan invertebrata,
haiwan kecil dan juga madu.

Buah mempening Beruang madu memakan
Pemakanan Beruang Madu 1/2 buah-buahan yang boleh
didapati di dalam hutan.

BSBCC hanya memberi kebenaran untuk muat
turun bagi tujuan pendidikan sahaja. Terima kasih

Haiwan invertebrata Anai-anai merupakan makanan
penting beruang madu.
Beruang madu memakan banyak jenis Anak kumbang.
haiwan invertebrata ataupun haiwan tanpa
tulang belakang seperti anai-anai, semut,
lipan, ulat gonggok dan anak kumbang.
Haiwan invertebrata juga menjadi sumber
makanan penting semasa kesukaran dalam
mendapatkan buah-buahan di antara
musim buah. Dengan itu, beruang madu
meluangkan banyak masa mencari makanan
di atas pokok dan juga di lantai hutan
terutamanya pada kayu reput untuk mencari
semut dan anai-anai.

Beruang madu memanjat
pokok di hutan untuk
mendapatkan madu.

Madu

Ulat traktor. Ulat bebola. Disebabkan kegemaran haiwan ini memakan
Pemakanan Beruang Madu 2/2 madu, ia dinamakan ‘Beruang Madu’. Walau
bagaimanapun, madu adalah sukar didapati
dan ini menjadikannya makanan istimewa
bagi haiwan ini. Dengan hidu yang kuat,
beruang madu boleh mengesan lokasi madu
kelulut yang bersarang di dalam pokok.
Kuku yang panjang dan gigi yang kuat
membantu untuk mengoyakkan kulit kayu
dan mendapatkan madu dari sarang kelulut
tersebut.

BSBCC hanya memberi kebenaran untuk muat
turun bagi tujuan pendidikan sahaja. Terima kasih

Mengapakah beruang madu penting Beruang madu meninggalkan
rongga dalam batang pokok
Peranan Beruang yang boleh digunakan semula
Madu di oleh haiwan lain.
Hutan?

Seekor beruang Jurutera hutan
madu sedang
memakan sebiji Beruang madu merupakan pemanjat yang
buah durian. hebat. Salah satu tujuan mereka memanjat
pokok adalah untuk mendapatkan madu
Penanam hutan dari sarang lebah. Kuku serta gigi taring
yang kuat bertindak sebagai alat penting
Beruang madu memakan buah-buahan yang bagi mereka untuk mengoyakkan kulit kayu
terdapat di hutan. Secara tidak langsung, bagi mendapatkan madu dari sarang lebah.
mereka akan membantu menyebarkan Ini akan menyebabkan terhasilnya rongga
benih buah-buahan di seluruh kawasan dalam batang pokok yang kemudiannya boleh
hutan yang lain semasa mereka menjelajah. digunakan oleh haiwan lain seperti burung
Pada masa yang sama, beruang madu juga enggang dan tupai terbang sebagai tempat
membantu untuk memastikan pertumbuhan untuk bersarang.
benih tadi berjaya dengan cara menjatuhkan
benih jauh dari pokok induknya. Lebih jauh Beruang madu
benih ditanam dari pokok induk, lebih tinggi menggunakan gigi
peluangnya untuk hidup. taringnya untuk
mencari makanan dari
Peranan di hutan 1/2 dalam kulit pokok.

BSBCC hanya memberi kebenaran untuk muat
turun bagi tujuan pendidikan sahaja. Terima kasih

Doktor Hutan Beruang madu menggali tanah
Anai-anai merupakan serangga perosak untuk mendapatkan haiwan
yang tinggal di dalam satu kelompok yang invertebrata dan sekaligus
besar. Mereka memakan pokok mati dan membantu proses kitaran
juga pokok hidup di dalam hutan. Terdapat nutrien tanah di hutan.
beberapa spesies anai-anai yang gemar
membina sarang di dalam pokok yang mana Petani Hutan
pada akhirnya boleh membunuh pokok Apabila beruang madu menggali tanah untuk
tersebut. Beruang madu suka memakan mendapatkan makanan invertebrata di dalam
anai-anai. Mereka akan menggali ke dalam tanah seperti cacing tanah, ulat gonggok,
sarang anai-anai untuk memakannya. kumbang, semut dan anai-anai, mereka
Dengan menggali sarang anai-anai ini, akan membantu untuk meningkatkan kitaran
beruang madu membantu mengawal nutrien. Ini adalah dengan mencampurkan
populasi anai-anai di hutan dan secara tidak tanah dengan nutrien-nutrien yang sedia
langsung, beruang madu dapat memastikan ada. Aktiviti ini seumpama seorang
pokok-pokok di hutan hidup dengan sihat. petani yang membajak tanahnya sebelum
menanam pokok.
Dengan menggali sarang
anai-anai dari permukaan BSBCC hanya memberi kebenaran untuk muat
pokok, anak beruang madu ini turun bagi tujuan pendidikan sahaja. Terima kasih
memastikan pokok tersebut
boleh hidup dengan sihat.

Peranan di hutan 2/2

Apakah yang beruang madu sedang
lakukan di dalam kawasan hutan ini?

Menggali Beruang madu sedang
memanjat pokok.
Beruang madu gemar menggali untuk Masa bersosial beruang madu dalam proses
mendapatkan makanan seperti cacing, pemuliharaan menggalakkan perlakuan
semut, anai-anai dan kumbang. Ini yang sihat.
merupakan makanan yang sangat enak dan
sumber protein yang penting bagi mereka.

Memanjat

Beruang madu adalah pemanjat yang hebat.
Mereka memanjat pokok untuk berehat,
memakan buah-buahan, haiwan invertebrata
dan juga untuk mencari madu.

Bersosial

Disimpan di dalam kumpulan yang
berbeza untuk menjimatkan ruang selain
menggalakkan perlakuan beruang yang
sihat. Ini juga merupakan sebahagian
daripada proses pemuliharaan beruang madu
di Pusat ini.

Tingkah Laku Beruang Madu 1/2 BSBCC hanya memberi kebenaran untuk muat
turun bagi tujuan pendidikan sahaja. Terima kasih

Mencari anai-anai dari dalam kayu. Bersantai/ Bersarang
Beruang madu seringkali kelihatan tidur
Mencari makanan di atas pokok. Mereka biasanya memilih
Mengapakah beruang madu menghidu lantai tempat yang lebih tinggi dari lantai hutan
hutan? Mereka sebenarnya sedang mencari untuk mengelakkan pacat dan pemangsa
buah-buahan dan serangga yang terdapat lain seperti harimau dahan dan ular sawa.
semulajadinya di kawasan hutan. Beruang Jika anda bernasib baik, anda boleh melihat
madu juga mungkin sedang mencari buah- mereka membina sarang atau bersantai di
buahan dan sayur-sayuran yang diberikan atas pokok.
oleh penjaga-penjaga beruang di ini. Mendandan diri
Beruang madu banyak menghabiskan masa
Tingkah Laku Beruang Madu 2/2 mereka dengan mendandan diri terutamanya
pada bahagian tapak kerana ia merupakan
bahagian badan yang penting untuk
memanjat, menggali dan makan.

Beruang madu membersihkan
tapak kakinya.

BSBCC hanya memberi kebenaran untuk muat
turun bagi tujuan pendidikan sahaja. Terima kasih

Mengapakah BSBCC harus memulihara beruang madu?

Sebelum beruang madu dihantar ke pusat ini, Apakah langkah
beruang madu ini telah dimiliki secara haram yang terlibat dalam
dan ditempatkan di dalam kurungan kecil. pemuliharaan?
Kesan daripada itu, beruang madu tadi telah
mengalami trauma dan penderitaan yang mereka Pasukan BSBCC
alami sangat jelas kelihatan melalui perlakuan membuat pemeriksaan
yang ditunjukkan seperti berasa dalam keadaan kesihatan terhadap
yang tertekan, diri dengan keterlaluan dan seekor beruang madu.
berjalan di tempat yang sama.
1. Setelah beruang tiba di pusat ini, mereka
Sebelum memasuki kawasan akan diberikan pemeriksaan kesihatan yang
hutan, beruang madu menyeluruh. Ini adalah untuk memastikan
diperkenalkan dengan beruang tadi tidak membawa parasit berjangkit
beruang madu lain. atau penyakit-penyakit merbahaya.

Seekor beruang madu 2. Setelah pemeriksaan selesai, beruang
melangkah keluar ke hutan tersebut akan dikuarantin selama sebulan.
untuk pertama kalinya.
3. Selepas dikuarantin, beruang akan
Pemulihan 1/2 dipindahkan ke kandang tertutup berhampiran
dengan beruang lain. Ini adalah untuk
membiasakan beruang tadi dengan beruang
lain melalui penglihatan, bau dan bunyi
sebelum kedua-dua beruang tadi diperkenalkan
di antara satu sama lain.

BSBCC hanya memberi kebenaran untuk muat
turun bagi tujuan pendidikan sahaja. Terima kasih

4. Sebelum beruang dikeluarkan ke Beruang madu mengajar
kawasan hutan yang tertutup, mereka sesama sendiri kemahiran
perlu menjalani latihan iaitu latihan pagar hidup di hutan.
elektrik. Latihan ini bertujuan agar beruang
dapat mengelak menyentuh pagar elektrik. 5. Dalam kawasan hutan tertutup di
Ini kerana kawasan hutan di pusat ini ini, beruang madu akan belajar untuk
dikelilingi dengan pagar elektrik. Pagar memanjat, mencari sumber makanan
elektrik ini dipasang bertujuan untuk dan membina sarang. Walaupun secara
mengelakkan beruang-beruang yang ada di umumnya beruang ini akan kembali ke
pusat ini daripada melarikan diri disebabkan rumah beruang pada waktu senja, kadang-
kecekapan mereka memanjat pokok. kala terdapat beruang yang memilih untuk
bermalam di hutan. Di sinilah mereka akan
Berehat di atas cabang pokok di mula membina sarang atau mencari tempat
dalam kawasan hutan BSBCC. tidur di dalam lubang kayu di dalam hutan.
Ini merupakan perkembangan yang baik
Pemulihan 2/2 di mana beruang-beruang ini sudah mula
menunjukkan tabiat asal mereka sebagai
seekor beruang liar.

6. Matlamat utama ini adalah untuk
membantu beruang-beruang yang
diselamatkan untuk belajar semula tabiat
asal mereka sebagai seekor beruang madu
liar yang sihat. Jika beruang ini telah
mencapai peringkat pemulihan, mereka
berpotensi untuk dilepaskan semula ke
dalam hutan.

BSBCC hanya memberi kebenaran untuk muat
turun bagi tujuan pendidikan sahaja. Terima kasih

Apakah yang akan berlaku apabila
hutan dimusnahkan?

Borneo mempunyai kawasan hutan yang Penebangan hutan yang berterusan akan
kaya dengan kepelbagaian biologi. Pelbagai menyebabkan beruang madu kehilangan
spesies haiwan liar bergantung kepada tempat tinggal.
hutan untuk hidup. Beribu-ribu hidupan
liar telah kehilangan habitatnya akibat dari Penebangan hutan
pemusnahan hutan. memusnahkan habitat
beruang madu.
Beruang madu merupakan spesies haiwan Habitat beruang madu
yang tinggal di dalam hutan. Malangnya,
kebanyakkan hutan hujan tropika kini
dimusnahkan bagi menjalankan aktiviti
pembalakan atau membuka ladang-ladang
pertanian seperti ladang kelapa sawit dan
getah.

Penebangan hutan BSBCC hanya memberi kebenaran untuk muat
turun bagi tujuan pendidikan sahaja. Terima kasih

Tahukah anda bahawa beruang madu diburu untuk
daging dan bahagian tubuhnya yang lain?

Beruang madu telah diburu sejak Menurut Enakmen Konservasi Hidupan Liar
turun temurun di hutan Borneo untuk Sabah 1997, beruang madu merupakan
mendapatkan daging serta beberapa spesies “Dilindungi Sepenuhnya”. Mereka
bahagian tubuhnya yang lain. Daging yang didapati memiliki beruang madu
beruang madu secara tradisinya merupakan atau mana-mana bahagian tubuhnya akan
sumber makanan bagi masyarakat dikenakan denda sehinga RM50,000 atau 5
orang asli. Bahagian tubuhnya yang tahun penjara atau kedua-duanya sekali.
lain pula dijadikan sebagai ubat-ubatan
(hempedu), cenderahati atau untuk tujuan Walaupun dengan kewujudan undang-
perhiasan (kuku, gigi taring dan kulit). undang ini, beruang madu masih diburu
Kini, pemburuan beruang madu adalah secara haram terutamanya untuk dijual
diharamkan di negeri Sabah. sebagai makanan eksotik dan juga untuk
perubatan tradisional.

Memburu beruang madu Memburu beruang madu
merupakan suatu kesalahan adalah haram, namun
berdasarkan undang-undang. ianya masih berlaku.

Kredit gambar: S. Yasuma

BSBCC hanya memberi kebenaran untuk muat
turun bagi tujuan pendidikan sahaja. Terima kasih

Beruang madu adalah comel
tetapi tidak sesuai dijadikan
sebagai haiwan peliharaan!

Beruang madu merupakan beruang yang Beruang madu dijadikan haiwan Anak beruang madu
terkecil di dunia. Oleh itu, anak beruang peliharaan sering berada dalam ketakutan selalunya disimpan di dalam
madu merupakan antara haiwan liar yang disebabkan keadaan yang tidak sihat. kurungan yang kecil.
paling Ini tidak bermaksud beruang madu
boleh dijadikan sebagai haiwan peliharaan. Mereka tidak sepatutnya madu ini tidak dapat belajar tentang
tinggal di dalam kandang! kemahiran hidup di hutan, malah mereka
Apakah yang akan berlaku kepada beruang akan membesar di dalam kurungan kecil dan
madu jika anda menjadikannya sebagai ada juga yang dianiaya oleh pemiliknya.
haiwan peliharaan? Semua beruang madu yang berada di pusat
ini merupakan bekas haiwan peliharaan.
Apabila anak beruang madu tersebut Mereka telah dihantar ke sini untuk
membesar, ia akan menjadi seekor beruang mempelajari semula teknik dan kemahiran
liar yang sangat merbahaya. Ini akan hidup di hutan sebelum dihantar semula ke
menyebabkan pemilik mengambil keputusan hutan asal.
untuk mengurung atau merantai beruang
tersebut di dalam kurungan yang kecil. Oleh yang demikian, setiap ekor beruang
madu seharusnya hidup di habitat asalnya
Anak beruang madu biasanya mengambil iaitu di dalam hutan.
masa 2-3 tahun untuk belajar kemahiran
hidup di hutan daripada ibu mereka. Untuk
mendapatkan anak beruang madu, ibunya
harus dibunuh terlebih dahulu. Apabila
manusia menjadikan anak beruang madu
sebagai haiwan peliharaan, anak beruang

Pemerdagangan haiwan BSBCC hanya memberi kebenaran untuk muat
turun bagi tujuan pendidikan sahaja. Terima kasih


Click to View FlipBook Version