Pakaian
Tradisional
Malaysia
Pakaian Tradisional Melayu
Pakaian untuk lelaki Melayu ialah Baju Melayu.
Biasanya ia disertai dengan sejenis sarung iaitu
sampin yang diikat di pinggang. Ia juga sering
disertai dengan songkok, kopiah atau tanjak.
Wanita Melayu memakai baju kurung berlengan
panjang berserta kain yang labuh sehingga ke tumit.
Para pemakai baju kurung juga akan mengenakan
sehelai tudung bagi melambangkan kepatuhan
terhadap agama Islam yang mewajibkan
penganutnya menutup aurat. Satu lagi pakaian
tradisional orang Melayu adalah kebaya, yang dijahit
agak ketat di bahagian sisi badan.
Pakaian Tradisional Cina
Lelaki Cina memakai samfoo, yang kelihatan seperti
pijama bersama seluar atau seluar dan kain labuh.
Wanita Cina memakai cheongsam, sehelai pakaian
dengan leher yang tinggi dan menyerong yang
ditutup dengan klip kecil atau bertukar-tukar (kain
kancing). Ia kadang-kadang boleh mempunyai
belahan di sisi, seperti yang dibuat dengan kain
lembut seperti sutera.
Pakaian Tradisional India
Lelaki India memakai kurta iaitu baju yang
panjangnya ke paras lutut, biasanya dibuat daripada
kapas atau linen. Kurta dipakai bersama seluar atau
kain labuh.
Wanita India memakai sari iaitu baju ketat dipakai
bersama kain labuh berukuran 5 hingga 6 meter
yang melilit tubuh badan dan hujungnya disangkut
pada bahu.
Pakaian Tradisional Kadazan
Pakaian lelaki Kadazan dikenali sebagai Gaung. Baju
ini selalunya menggunakan kain hitam(kain baldu)
yang bersulamkan benang emas. ) 'Gaung'(dihiasi
dengan renda keemasan&butang betawi) dengan
topi yang dinamakan 'Siga'(tanjak dari kain dastar
yang ditenun)
Wanita Kadazan memakai 'Sinuangga' yang juga
menggunakan kain hitam (kain baldu) yang
bersulamkan benang emas. 'Sinuangga' dilengkapi
dengan perhiasan ikatan pinggang yang dipanggil
'Himpogot' (logam perak/2 lilitan pada bahagian atas
dan bawah perhiasan di pinggang) dan 'Tangkong'
(logam tembaga/3 lilitan.
Pakaian Tradisional Iban
Pakaian tradisional lelaki Iban terbahagi kepada dua
iaitu Kain Sirat dan Dandong. Kain Sirat dikenali juga
sebagai kain cawat merupakan pakaian asas kaum
Iban. Dandong pula merupakan kain selendang yang
dipakai oleh lelaki Iban.
Pakaian tradisonal wanita Iban pula, terbahagi
kepada tiga jenis iaitu Bidang, Kalambi dan Bedong.
Bidang merupakan sejenis kain sarung yang sempit
dan panjangnya cuma separas lutut. Kalambi pula
ada dua jenis iaitu kalambi berlengan dan kalambi
tanpa lengan. Bedong ialah kain selendang yang
panjang dan sempit, dihiasi oleh reka corak tenunan
yang sangat halus.