The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PSS INFINITI, 2021-08-29 01:49:15

Si Luncai

Si Luncai

Si Luncai

Keceluparan kerap kali
mengundang bencana. Kata
pepatah, cakap siang pandang-
pandang, cakap malam dengar-
dengar. Terlajak perahu boleh
dibelok, terlajak kata buruk
padahnya. Begitulah yang
terjadi kepada Si Luncai. Akibat
kata-katanya, dia dimurkai oleh
raja.

Apa tidaknya, ketika menghadap
raja, terluncur kata dari
mulutnya bahawa muka raja
mirip wajah arwah bapanya. Raja

yang zalim itu terasa
dipersendakan. Baginya,
mukanya tidak sekali-kali boleh
disamakan dengan rakyat biasa.
Apatah lagi dengan muka arwah
bapa Si Luncai yang miskin dan
dipandang hina itu.

Tanpa mempertimbangkan
perkara ini dengan adil dan
teliti, raja pun menjatuhkan
hukuman. Penghinaan Si Luncai
mesti dibayar dengan nyawa.
Oleh itu, Si Luncai dihukum

bunuh secara dicampakkan ke
tengah laut.

Namun Si Luncai bukan anak
sembarangan. Yang miskin cuma
hartanya, bukan minda dan
ketangkasan fikirannya.
Otaknya bergeliga dengan
pelbagai taktik licik untuk
menyelesaikan masalah.

Walaupun telah dihukum mati, Si
Luncai tidak panik. Sebelum dia
dibawa dengan sampan untuk
dicampakkan ke tengah laut, dia

sempat membeli sebiji labu
besar. Sejak itu dia menangis
berhiba-hiba sambil mengusap-
usap labu itu.

Selang beberapa ketika, dua
orang pengawal istana pun tiba
untuk melaksanakan hukuman.
Dengan senjata yang lengkap,
mereka berdua bersedia untuk
membawa Si Luncai dengan

sampan untuk dihumban ke
tengah laut.

Menyedari kedatangan pengawal
itu, Si Luncai pun tambah beria-
ia menangis sambil membelai-
belai labu airnya. Melihat
telatah Si Luncai, dua pengawal
kehairanan lalu bertanya,

“Kenapa kamu menangis dan
memeluk labu ini?”

Si Luncai pun menjawab, “Hamba
terkenangkan arwah bapa
hamba, bukankah hamba akan
berjumpanya sebentar lagi.”

Melihat perilaku Si Luncai itu,
kedua-dua pengawal berasa
kasihan. Mereka pun
membenarkan Si Luncai
membawa labu itu bersama
dalam sampan untuk menuju ke
tengah laut.

Sewaktu mereka sedang
mengayuh, Si Luncai pun

memulakan strategi untuk
menyelamatkan diri. Dia
berkata, “Sebelum hamba mati,
bolehkah tuan hamba berdua
menunaikan hajat hamba?”

Seorang daripada pengawal itu
menjawab, “Boleh jika hajat itu
tidak berat.”

Si Luncai gembira seraya
berkata, “Memang tidak berat.
Tuan hamba berdua hanya perlu
menyanyi satu lagu untuk
hamba.”

“Lagu apa?” tanya kedua-dua
pengawal itu.

“Mudah sahaja, pengawal yang
duduk di belakang hamba
hendaklah mengulang kata yang
begini, Si Luncai terjun dengan
labu-labunya. Manakala tuan
hamba yang di hadapan pula
membalas, Biarkan, biarkan … .”

“Baiklah,” jawab kedua-dua
pengawal itu tanpa mengesyaki
apa-apa.

Mereka pun sama-sama
menyanyi. Si Luncai terjun
dengan labu-labunya. Biarkan,
biarkan … . Senikata itu
dilagukan berulang-ulang
serentak dengan kayuhan
sampan. Semakin lama semakin
rancak. Setelah agak lama,
kedua-dua pengawal itu
semakin terleka.

Pada saat itulah Si Luncai pun
terjun dari sampan untuk
menyelamatkan diri. Melihat hal
itu, pengawal yang di belakang

segera memberitahu kawannya
yang di hadapan, “Si Luncai
terjun dengan labunya!”

Malangnya, pengawal di hadapan
terus menjawab, “Biarkan,
biarkan…” Dia menyangka,
pemberitahuan itu masih lagi
sebahagian senikata lagu yang
mereka nyanyikan sebelumnya.

Setelah Si Luncai jauh berenang
menyelamatkan diri, barulah
pengawal dihadapan itu
menyedari kejadian sebenarnya.
Tetapi apa boleh buat, Si Luncai
telah berjaya menyelamatkan
diri.

Mereka pun pulang tanpa
memberitahu raja hal
sebenarnya. Apa tidaknya, jika
silap perhitungan, mereka pula
akan dihukum.

Si Luncai yang telah selamat
daripada lemas, lari

menyembunyikan diri. Namun
dalam hatinya menyimpan
dendam yang sangat mendalam
kepada raja yang zalim dan
angkuh itu.

Setiap hari dia memikirkan
bagaimanakah caranya untuk
membalas dendam. Padanya,
raja adil raja disembah, raja
zalim, raja disanggah. Setelah
beberapa hari lamanya, barulah
Si Luncai mendapat idea.

Pada hari yang terpilih itu, Si
Luncai pun mengenakan baju
serba putih lengkap dengan
serbannya sekali. Imej yang
dibinanya adalah imej orang alim
lagi warak. Setelah itu dia pun
dengan beraninya pergi ke
istana raja.

Melihat Si Luncai datang,
terkejutlah seisi istana, kerana
tidak menyangka yang Si Luncai
telah ‘hidup’ kembali. Raja pun
keluar dan terjadilah

pertemuan baginda dengan Si
Luncai buat kali kedua.

“Apa yang terjadi kepada
kamu?” tanya baginda.

“Alhamdulillah, patik sekarang
telah insaf … patik akan menjadi
orang alim. Patik tidak perlukan
apa-apa lagi dalam hidup ini.”

“Apa yang terjadi kepada
kamu?”

“Patik telah sampai ke alam
arwah dan bertemu dengan
arwah-arwah orang yang telah
mati … termasuk arwah ayah
patih dan almarhum ayahanda
tuanku.”

“Armarhum ayahanda beta?
Bagaimana gerangannya di
sana?”

“Ampun, tuanku. Almarhum
sangat dukacita kerana
perbuatan tuanku.”

“Apa yang beta lakukan?”

“Entahlah, almarhum cuma
berdiam diri. Katanya baginda
ingin bertemu sendiri dengan
tuanku untuk memberi nasihat,”
kata Si Luncai.

“Bagaimana, bolehkah beta
bertemu ayahanda beta?”

“Masakan tidak, hamba yang
hina ini pun boleh, apalagi tuanku
yang mulia.”

Si Luncai tersenyum dalam
hatinya. Perangkapnya sudah
mengena. Raja yang zalim tapi
bodoh itu akan berjaya
ditipunya.

“Bagimanakah cara?” tanya
raja.

“Begini … tuanku hendaklah
masuk ke dalam laut dalam peti
yang dilubangi. Patik dahulu pun
begitu juga. Di dasar lautlah
akan berlaku pertemuan itu
nanti.”

Tanpa berfikir panjang, raja pun
bersetuju. Pendek cerita, raja
pun dibuang ke laut di dalam peti
yang berlubang. Apalagi, air pun
masuk dan raja pun mati lemas.

Si Luncai lari menyembunyikan
diri dan tidak diketahui lagi
keadaan dan nasibnya selepas
itu.

Kesimpulan:

Apa yang boleh kita pelajari
daripada kisah Si Luncai ini?
Selain daripada keburukan
akibat keceluparan berkata-
kata, cerita yang sarat dengan
unsur satira ini penuh dengan
sindiran dan pengajaran yang
sangat tajam dan menusuk hati.
Si Luncai adalah ‘gambaran’
orang bawahan yang berdepan
dengan kezaliman atasannya.
Walaupun tanpa kuasa dan
senjata, Si Luncai berjaya
mengalahkan raja berbekalkan

minda, keberanian dan
kemahuan.

Cerita ini juga mengisahkan
bagaimana akibat buruk yang
boleh menimpa rakyat jika
diperintah secara zalim oleh
seorang pemerintah yang ego
dan dungu. Pemerintah yang
begini bukan sahaja berpotensi
memporak-perandakan negara
bahkan akhirnya memakan diri
sendiri. Orang yang boleh ditipu
hanya orang yang dungu. Orang
yang boleh digertak, hanya

orang yang banyak salah. Si
Luncai tahu itulah hakikat raja
yang sedang dihadapinya. Dan
kita mesti membuktikan bahawa
kita lebih cerdik dan lebih baik
dengan memantapkan ilmu, amal
dan bertaubat. Tidak ada jalan
pintas ke syurga. Biarlah Si
Luncai terjun dengan labu-
labunya!


Click to View FlipBook Version