The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PSS INFINITI, 2021-07-17 04:43:11

Sang Kancil Menipu Harimau

Sang Kancil Menipu Harimau

Sang Kancil Menipu
Harimau

Harimau: (suara meninggi) Hah,
Sang Kancil! Di sini rupanya
kamu berada.

Sang Kancil : (terperanjat) Oh
harimau, apa lagi yang kamu
hendak? (lalu berdiri dengan
cepat)

Harimau: (suara meninggi) Aku
hendak makan kamu.(sambil
mengangkat kaki hadapannya
dan membuka mulutnya.)

Sang Kancil: Nak makan aku? Eh,
sekarang tidak boleh,
harimau...Aku telah
Sudiperintahkan oleh Raja
Sulaiman supaya menunggu
benda ini. (sambil menunjuk ke
arah sarang tebuan itu)

Harimau: (kehairanan sambil
melihat sarang tebuan) Apa
benda itu?

Sang Kancil: Oh, ini gong Raja
Sulaiman. Baginda akan
mendengar bunyi gong ini
apabila baginda hendak ke
hutan.

Harimau: Hmm...tentu sedap
bunyi gong raja ya.

Sang Kancil: Sudah tentulah.
Siapa yang mendengarnya akan
rasa gembira.

Harimau sangat ingin mendengar
bunyi gong raja itu dan meminta
Sang Kancil memalunya tetapi
Sang Kancil menolak permintaan
harimau. Sang Kancil memberi
alasan yang tugasnya hanya
untuk menunggu dan bukan
memalu gong itu.

Harimau: (sambil
merayu) Tolonglah Sang Kancil.
Palulah gong raja itu. Sekali pun
cukuplah. Lagipun, baginda tiada
di sini.

Sang Kancil: Eh, tidak boleh,
harimau. Kalau aku palu gong ini,
bermakna aku tidak jujur.

Harimau: Kalau begitu, biarlah
aku yang memalunya.

Sang Kancil terdiam seketika
tetapi berasa sungguh lega.
Harimau telah termakan
helahnya.

Sang Kancil: Baiklah, harimau.
Jika kamu hendak memalu gong
raja ini, biarlah aku pergi jauh
dari sini.

Sang Kancil memberikan
sepotong kayu kepada harimau.
Dia meminta harimau memalu
gong itu setelah mendengar
arahan daripadanya. Kemudian,
Sang Kancil pergi jauh dari situ.

Sang Kancil: (berteriak dengan
kuat) Harimau, palu!

Harimau pun memalu sarang
tebuan itu. Apabila sarang
tebuan itu dipalu, kesemua
tebuan itu keluar dan
menyengat harimau.

Harimau: (mengaum dengan
kuat) Aummm!

Harimau menjerit kesakitan
kerana tebuan itu telah
menyerang seluruh tubuhnya.
Dia berlari dengan pantas tetapi
tebuan-tebuan itu terus
mengejarnya. Mujurlah harimau
terjumpa sungai. Harimau pun
terjun ke dalamnya untuk
menyelamatkan diri.


Click to View FlipBook Version