HANTU
BAJU PUTIH
NAMA :
KELAS :
SEKOLAH :
www.zoom-a.com
Pembelajaran Interaktif Melalui Internet
Jam baru pukul 8.30 malam. Ah
Meng sudah rasa mengantuk.
Badannya letih kerana petang tadi
dia kuat bermain.
www.zoom-a.com
Pembelajaran Interaktif Melalui Internet
1
Ah Meng terus masuk ke biliknya
untuk tidur. Dia menanggalkan
bajunya kerana berasa panas. Dia
menyangkutkan bajunya pada
dinding.
www.zoom-a.com
Pembelajaran Interaktif Melalui Internet
2
Kemudian Ah Meng menutup suis
lampu biliknya. Pada malam itu, dia
tidur nyenyak.
Tengah malam, hujan turun
sangat lebat.
www.zoom-a.com
Pembelajaran Interaktif Melalui Internet
3
Ah Meng terjaga kerana terkejut
oleh bunyi petir.
Ah Meng terperanjat melihat
suatu lembaga. Hatinya sungguh
kecut.
www.zoom-a.com
Pembelajaran Interaktif Melalui Internet
4
Tanpa berlengah lagi, dia terus
berlari keluar dari biliknya.
“Hantu! Hantu! Hantu!” Ah Meng
menjerit.
www.zoom-a.com
Pembelajaran Interaktif Melalui Internet
5
Ibu bapa Ah Meng terkejut
mendengar jeritan itu. Mereka terus
meluru keluar.
“Di mana ada hantu?” tanya
bapa Ah Meng.
www.zoom-a.com
Pembelajaran Interaktif Melalui Internet
6
“Di dalam bilik saya. Di tepi
dinding,” jawab Ah Meng.
Ibu bapanya segera masuk ke
dalam bilik itu.
www.zoom-a.com
Pembelajaran Interaktif Melalui Internet
7
Bapa Ah Meng terpandang baju
yang tersangkut di dinding. “Ha! Ha!
Ha!” bapanya ketawa. “Ini bukan
hantu. Ini baju!” kata bapanya.
www.zoom-a.com
Pembelajaran Interaktif Melalui Internet
8
“Hantu Baju Putih!” sampuk
ibunya pula.
Ah Meng tersipu-sipu. Dia
menyangka baju itu ialah hantu.
www.zoom-a.com
Pembelajaran Interaktif Melalui Internet
9
“Pergilah tidur! Hantu Baju Putih
tidak ganggu orang,” kata ayahnya
sambil tertawa.
Ah Meng turut tertawa. Dia
menyambung tidurnya semula.
www.zoom-a.com
Pembelajaran Interaktif Melalui Internet
10