The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PSS INFINITI, 2021-11-08 03:27:33

Tupai dan Monyet

Tupai dan Monyet

Tupai
dan

Monyet

Di dalam sebuah hutan, tinggallah binatang-
binatang yang hidup bermuafakat di antara
satu sama lain. Mereka saling tolong menolong
dan sentiasa hidup di dalam keadaan yang aman
damai.

Pada suatu hari, tupai ingin mengadakan majlis
hari jadi di rumahnya. Beberapa hari sebelum
itu, ia telah sibuk melakukan persiapan untuk

meraikan ulang tahunnya itu. Kad-kad
jemputan juga telah diedarkan kepada seluruh
isi hutan. Lagipun si tupai itu sudah rindu untuk
berjumpa dengan rakan-rakannya untuk
bertukar-tukar pendapat.

Bila tiba harinya, tupai kelihatan sibuk
membersihkan halaman rumahnya dan
menyusun kerusi meja. Disapunya daun-daun

kering yang berselerakan di halaman rumahnya
dan dibakar semua sampah sarap yang ada.

Setelah puas hati semuanya bersih, si tupai
berkata di dalam hatinya, "Sekarang semuanya
sudah bersih, aku akan menyiapkan hidangan
untuk para tetamu pula."

Dengan berhati-hati dan dibantu oleh
keluarganya, tupai mengeluarkan hidangan dan
meletakkannya di atas meja. Bermacam-
macam jenis kuih telah disediakan.

Tanpa disedari oleh tupai, dalam ia sibuk
menghidangkan makanan di halaman rumah,
ada sepasang mata sedang mengintainya dari
atas pokok.

Setiap kali tupai membawa makanan dari dapur,
setiap kali itulah monyet yang di atas pokok itu
gelisah. Sebenarnya monyet itu memang
terkenal dengan sikapnya yang tidak suka
bergaul dan suka pula mencuri. Monyet
menunggu peluang sehingga tupai siap
menghidang makanan. Apabila saja tupai masuk
ke dalam rumahnya, monyet cepat-cepat
turun dari pokok tempat persembunyiannya.

Kemudian, dengan cepatnya dia mencuri
makanan yang ada di atas meja dan lari semula
di belakang pokok melihat bagaimanakah reaksi
tupai seterusnya. Namun, si monyet itu tidak
menyedari yang tupai sedang melihatnya dari
dalam rumah.

"Oh si monyet rupanya yang mencuri
makananku. Nanti, tahulah aku bagaimana
mengajar ia," kata tupai di dalam hati.

Dengan tidak membuang masa, tupai
mengambil alat penyembur dan menyembur
makanannya satu persatu. Sambil bersiul-siul
tupai, ia melirik pandang ke arah tempat
persembunyian monyet.

Monyet terkejut besar. "Apalah agaknya yang
disemburkan oleh tupai? Sudah tentu dia
menyemburkan racun. Tentunya makanan aku
sudah dicampurkan dengan racun. Aku tidak
bodoh. Aku tidak mahu mati kerana si tupai,"
kata monyet tegas.

Monyet terus membuang makanan-makanan
yang masih ada di tangannya.

"Mujur aku tidak sempat makan. Dengan
tergesa-gesa monyet meninggalkan tempat
itu.

"Baguslah sekarang monyet telah pergi. Tentu
ia marah kalau tahu yang aku hanya
menyembur air biasa," kata tupai tersenyum
puas.

Tupai merasa amat gembira kerana hari ini ia
berjaya mengenakan monyet. Sambil
tersenyum ia menanti kedatangan para
tetamunya.

Tidak lama selepas itu, kelihatan kawan-kawan
tupai datang membawa hadiah untuk tupai.

Apabila semuanya telah berkumpul, masing-
masing sibuk bertanyakan hal si monyet. Tupai
menceritakan segalanya pada kawan-
kawannya. Mereka tertawa mendengar cerita
si monyet ditipu.

Gajah yang sedang sibuk makan berkata,
"Biarkan dia tahu bagaimana seksanya hidup
tanpa kawan-kawan dan sering ditipu begini."

Tiba-tiba mereka melihat monyet datang
dengan wajah yang muram. la terus
mendapatkan tupai dan meminta maaf kepada
tupai kerana mencuri makanan. Begitu juga
dengan kawan-kawannya yang lain. Monyet
berjanji untuk tidak mencuri lagi dan tidak akan
mengasingkan diri dari kawan-kawan yang lain.

Semenjak dari hari itu, si monyet menjadi
kawan yang paling baik dan sering membuat
kawan-kawan yang lain terhibur dengan
telatahnya yang suka berjenaka.


Click to View FlipBook Version