The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Abu Nawas dalam Kisah (2) Rumah Tuan Kadi

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PSS INFINITI, 2023-08-20 08:12:55

Abu Nawas dalam Kisah (2) Rumah Tuan Kadi

Abu Nawas dalam Kisah (2) Rumah Tuan Kadi

dalam kisah (2) Rumah Tuan Kadi ABU NAWAS


Pada suatu petang, ketika Abu Nawas sedang mengajar muridmuridnya, dua tetamu datang ke rumahnya. Seorang wanita tua penjual kahwa, manakala seorang lagi anak muda Mesir. Wanita tua itu bercakap sepatah dua kemudian diteruskan dengan pemuda Mesir itu.


Setelah mendengar keluhan mereka, Abu Nawas mengarahkan muridnya menutup buku mereka. "Sekarang pulanglah kamu semua. Ajak kawan-kawan kamu datang kepadaku malam ini dengan membawa cangkul, penggali, kapak, tukul dan batu. "


Murid-murid Abu Nawas terkejut, tetapi mereka begitu taat kepada Abu Nawas. Mereka berasa yakin guru sentiasa membuat kejutan dan berada di pihak yang benar. Pada waktu petan,g mereka datang ke rumah Abu Nawas dengan membawa peralatan yang diminta.


“Pergilah kamu merosakkan rumah Tuan Kadi yang baru siap Jangan pedulikan siapa yang melarang. Katakan saja aku yang menyuruh kalian. ” Semua muridnya kehairanan namun tetap melakukannya. Mereka menjerit-jerit sambil merosakkan rumah Tuan Kadi.


Pak Kadi segera keluar dan bertanya, "Siapa suruh kamu musnahkan rumah saya?" "Guru kami Tuan Abu Nawas yang menyuruh kami!" Jawab mereka sambil terus memusnahkan rumah Tuan Kadi sehingga rumah itu runtuh.


Keesokan harinya, Tuan Kadisegera menghadap Sultan untuk mengadukan nasibnya. Lalu Abu Nawas dipanggil menghadap Sultan. "Hai Abu Nawas, kenapa kamu musnahkan rumah Kadi?" tanya baginda Sultan.


Abu Nawas menjawab, “Wahai tuanku, sebabnya pada suatu malam patik bermimpi Pak Kadi menyuruhku memusnahkan rumahnya. Oleh kerana rumah itu tidak sesuai untuknya, dia mahukan rumah yang lebih baik. Ya, kerana mimpi itu, patik hancurkan rumah Pak Kadi. "


Baginda bersabda, “Wahai Abu Nawas, bolehkah hanya kerana mimpi perintah itu dilaksanakan? Undangundang negara mana yang kamu gunakan?" Abu Nawas dengan tenang menjawab, "Saya menggunakan undangundang Tuan Kadi yang baru, tuanku. "


Mendengar kata-kata Abu Nawas itu, wajah Pak Kadi serta-merta menjadi pucat. Dia terdiam. "Hai Kadi, adakah kamu benar-benar mempunyai undang-undang seperti itu?" tanya baginda.


Tetapi Pak Kadi tidak menjawab, mukanya kelihatan pucat, badannya menggigil ketakutan. "Abu Nawas! Jangan buat beta pening! Jelaskan kenapa perkara seperti ini berlaku!" titah baginda.


"Beberapa hari lalu ada seorang pemuda Mesir datang ke bumi Baghdad ini untuk berdagang sambil membawa harta yang banyak. Pada suatu malam, dia bermimpi mengahwini anak Pak Kadi dengan mas kahwin yang besar. Pak Kadi yang mendengar berita itu segera pergi menemui pemuda Mesir itu dan meminta mas kahwin itu.


Sudah tentu pemuda Mesir itu tidak mahu membayar mas kahwin hanya kerana mimpi. Namun, Pak Kadi mengambil semua harta kepunyaan pemuda Mesir itu sehingga pemuda itu menjadi pengemis gelandangan dan akhirnya dibantu oleh seorang wanita tua yang menjual kahwa. "


Baginda terkejut mendengar riwayat Abu Nawas, tetapi masih tidak percaya seratus peratus, maka baginda memerintahkan Abu Nawas memanggil pemuda Mesir itu. Sultan bertitah, "Hai anak Mesir, ceritakan apa yang berlaku sejak kamu datang ke negeri ini. "


Ternyata kisah pemuda Mesir itu sama dengan kisah Abu Nawas. Malah pemuda itu turut membawa saksi iaitu Orang Tua pemilik rumah tumpangan yang didiaminya. "Biadap! Ternyata beta telah mengangkat seorang Kadi yang rosak akhlaknya. "


Sultan sangat marah. Kadi baru itu dipecat dan semua hartanya dirampas dan diberikan kepada pemuda Mesir itu. Selepas kes itu selesai, pemuda Mesir itu kembali bersama Abu Nawas pulang ke rumahnya. Pemuda Mesir itu ingin membalas budi Abu Nawas.


Abu Nawas berkata, “Jangan berikan aku apapun. Aku tidak akan menerimanya. " Pemuda Mesir sangat mengagumi Abu Nawas. Sekembalinya ke Mesir beliau menceritakan tentang kehebatan Abu Nawas kepada penduduk Mesir sehingga nama Abu Nawas menjadi sangat terkenal.


Click to View FlipBook Version