1
1. Kerbau Cape
Terkenal dengan nama samaran mereka yakni Black
Death, kerbau Cape ini mampu membesar sehingga
hampir enam kaki tinggi dengan berat yang mampu
mencecah satu tan.
Meskipun berbadan besar, kerbau ini mampu untuk
berlari sepantas 34 kilometer sejam. Malah,
2
kekuatannya juga dikatakan mampu untuk
meremukkan sebuah kereta.
Spesies haiwan ini mampu dijumpai di kawasan Sub-
Sahara Afrika termasuk Taman Negara Kruger di Afrika
Selatan. Walau bagaimanapun, binatang ini hanya
tinggal sekitar 900,000 ekor sahaja diserata dunia.
3
2. Siput Kon
Haiwan cantik ini banyak dijumpai di perairan tropika
seperti di Caribbean, Hawaii dan Indonesia. Sering
berada di bahagian laut yang cetek dan berdekatan
dengan terumbu karang, siput kon akan menyerang
mangsanya dengan mencucuk mereka dengan durinya
yang tajam.
4
Mengandungi racun kmpleks yang dikenali sebagai
conotoxin, satu sengatan daripada haiwan ini mampu
melumpuhkan seorang manusia dewasa.
3. Katak emas
Turut dikenali sebagai Golden Poison Dart Frog, katak
ini banyak mendiami hutan hujan di sepanjang pantai
Pasifik Colombia.
5
Mampu membesar kepada kira-kira dua inci panjang
yakni lebih kurang saiz satu klip kertas, racun yang
dihasilkan katak ini sangat kuat sehingga mampu
membunuh sepuluh orang dewasa.
Disebabkan hal itu, maka tidak hairanlah mengapa
masyarakat orang asli mencampur racun katak ini
dihujung sumpit mereka.
Malangnya, penebangan hutan telah menyebabkan
katak emas ini tersenarai sebagai antara haiwan yang
terancam.
6
4. Obor-obor kotak
Tersenarai sebagai haiwan laut yang paling berbisa di
dunia, obor-obor kotak sering ditemui di kawasan
perairan Indo-Pasifik.
Obor-obor kotak mempunyai lebih 15
sesungut diseluruh badan yang dipenuhi dengan
beribu-ribu toksin yang boleh menyerang jantung,
sistem saraf dan sel-sel kulit.
Kebanyakkan mangsa obor-obor kotak ini disengat
semasa berada di dalam air. Racun haiwan ini
7
dikatakan mampu mengakibatkan mangsanya mati
akibat kegagalan jantung.
5. Ikan buntal
Ikan buntal merupakan haiwan laut kedua paling
berbisa di dunia. Mempunyai racun di hampir
keseluruhan badan termasuk organ dalaman, haiwan
8
ini banyak dijumpai di kawasan laut tropika di seluruh
dunia.
Walaupun ikan ini berbisa, beberapa negara seperti
Jepun, China dan Taiwan menganggapnya sebagai
makanan yang istimewa.
Bagi tukang masak yang mahu menyediakan hidangan
berasaskan haiwan ini, mereka perlu mengambil sijil
kemahiran khas kerana bukan semua individu mampu
untuk membuang racun ikan ini.
Sekiranya racun ikan buntal tidak dibuang sepenuhnya,
individu yang termakan hidangan ini boleh mengalami
pening, muntah, kesukaran untuk bernafas selain
mampu mengakibatkan kematian.
9
6. Black Mamba
Juga dikenali sebagai ular tedung selar, Black Mamba
banyak dijumpai di kawasan berbatu di Afrika dan
mampu membesar sehingga mencecah 14 kaki
panjang.
Merupakan spesies ular yang paling pantas, racun
daripada haiwan ini mampu meragut naywa sepuluh
orang manusia dewasa hanya dalam masa 20 sehingga
30 minit.
10
Kesimpulannya, anda haruslah berhati-hati walau di
mana anda berada untuk mengelakkan daripada
kejadian yang tidak diingini.
11
7. Kala Jengking
Kala jengking ni banyak terdapat di africa, tidak besar
dan kuat sangat. Tetapi bisa dia melebihi mana-mana
kala jengking diseluruh dunia.Kalau terkena
sengatannya anda akan merasa Sakit, diikuti demam,
koma, lumpuh dan kemudian mati
12
8. Katak Beracun
Katak beracun, jangan sentuh katak ini, kulitnya
mengandungi kimia toxic yang boleh membunuh
binatang pemangsa yang menyentuh atau
memakannya. Dua microgram toxic dia sudah cukup
untuk membunuh mausia atau binatang yang lebih
besar. Selalu dijumpai di Central of South America.
13
9. Labah-labah
Ini satu dari haiwan paling berbisa di Australia. Sydney
funnel web spider. Besar dan sangat aggresif. Bisa nya
sangat kuat. Gigitan beracun nya boleh membunuh
manusia dalam masa 15minit. Bagaimanapun bisa nya
tidak memberi kesan pada kebanyakan mamalia, tetapi
sangat kuat kesan pada manusia.
14