The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PSS INFINITI, 2021-09-29 02:18:19

Kerbau Balar

Kerbau Balar

Kerbau Balar

Dalam sekumpulan kerbau, ada sepasang
kerbau balar. Warna kulit mereka merah, tidak
hitam seperti kerbau-kerbau yang lain. Oleh
kerana kulit yang berbeza warnanya itu, kerbau
balar selalu dihalau oleh kerbau lain. Kedua-
duanya tidak dibenarkan makan bersama dan
tidur sekandang.

"Rupa kamu tidak sama dengan kami," kata
kerbau yang lain itu.

Kedua-dua kerbau balar itu sangat sedih
kerana mereka selalu disisihkan.

Pada suatu musim, kerbau hitam dan kerbau
balar itu mendengar tuan mereka akan

menangkap mereka. Semuanya akan dihantar
dan akan dipakaikan gelang merah.

Pada suatu hari, kedua-dua kerbau merah itu
tersesat ke tempat orang menyembelih
kerbau. Kerbau balar melihat beberapa kepala
dan kaki kerbau bergelimpangan di kawasan itu.
Lalu selepas itu, tahulah mereka apa yang
sebenarnya terjadi.

Ketika kerbau-kerbau lain di tangkap , kedua-
dua ekor kerbau balar itu melarikan diri ke
hutan. Kerbau-kerbau yang lain semuanya di
sembelih.

Selamatlah kedua-dua kerbau balar itu. Lalu,
kedua-duanya menjadi kerbau liar yang susah
untuk ditangkap lagi.


Click to View FlipBook Version