The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PSS INFINITI, 2021-04-15 05:19:26

Buah Durian dan Buah Bacang

Buah Durian dan Buah Bacang

BUAH DURIAN
daN BUAH
BACANG

Pada suatu masa,

pokok durian tumbuh

dekat dengan pokok

bacang. Apabila tiba

musimnya, kedua-

dua pokok ini

berbunga dan

berbuah dengan

lebat.

Sampai ketikanya
buah durian dan
buah bacang pun
masaklah.

Pokok bacang malu

kepada pokok durian.

Pertama, kerana

pokok durian

mengeluarkan bau

yang sangat harum
dan kuat apablia
masak. Keduanya
pula, apabila gugur
buah durian akan
berbunyi kuat.

Apabila masak, bau
buah durian akan

mengharumi sekitar

kawasan di mana ia

tumbuh. Isi durian

pula sangat sedap

rasanya. Buah

bacang tidaklah

seistimewa buah

durian.

Pada suatu hari,

pokok bacang

meminta pokok

durian memberi

sedikit baunya. Kalau

tidak pun ia minta

pokok durian

memijamkan baunya.

Pokok bacang mahu
buahnya berbau
harum dan berbunyi
kuat apabila gugur.

"Kita tidak boleh
mengubah kejadian
Tuhan . Kita mesti
bersyukur atas apa

yang dijadikan

kepada kita.," kata

pokok durian.

Pokok bacang tidak

peduli . Pada waktu

malam setelah

semuanya tidur,

pokok bacang

mencuri bau buah

durian daripada

pokoknya . Bau itu

dipakainya.

Namun, benarlah

seperti kata pokok

durian. Walaupun bau

buah bacang

bertambah kuat tapi

rasanya tetap

bercampur masam.

Ia tidak enak seperti

buah durian.

Pokok durian
menyedari akan
perbuatan pokok

bacang itu . Pokok

bacang amat malu

dengan pokok durian

kerana

perbuatannya telah

diketahui oleh

sahabatnya itu.

Hingga sekarang, jika

pokok durian dan

pokok bacang

tumbuh berdekatan,

buah bacang tidak

akan gugur.

Buah durian

mengeluarkan bau

yang harum dan
kuat. Apabila gugur
bunyinya juga kuat.
Sesekali buah durian
akan menunggu buah
bacang untuk gugur
bersama-sama.

Namun buah bacang

tidak juga mahu

gugur sehingga

buahnya busuk.


Click to View FlipBook Version