MAKAN MALAM AMAL GALAKSI ALUMNI SMKBL PERSATUAN ALUMNI SMK BATU LAUT
CADANGAN KERTAS KERJA 2 Kertas Kerja Majlis Makan Amal PERTUBUHAN ALUMNI SMK BATU LAUT 2022 Oktober 2022 Projek besar dan selaku Penolong Setiausaha dan berada di dalam board ini hampir 3 tahun maka saya diperlukan untuk membantu setiausaha ALUMNI draf kertas kerja untuk perlaksanaan projek mega ini. Kertas kerja ini telah mula di draf pada Oktober 2022 lagi dan dari semasa ke semasa diedit hinggalah pada awal tahun ini belum nampak tanda tanda agresif perlaksanaan akan dijalankan. Pada 14 Disember 2022 JK Tertinggi telah memurnikan semula cadangan kertas kerja ini untuk dilaksanakan sepenuhnya pada tahun 2023.
1.0 PENDAHULUAN Persatuan Alumni SMK Batu Laut telah ditubuhkan pada 11 Januari 2020 dan telah didaftarkan di Jabatan Pendaftaran pertubuhan Malaysia (ROS) pada Mac 2020. Pendaftaran ini telah diluluskan secara rasmi pada 23 Julai 2020. Kini genaplah 2 tahun penubuhannya. Memandangkan persatuan ini masih baru, maka ahli jawatankuasa mengambil inisiatif untuk menganjurkan Majlis Makan Malam Amal. Tujuan utama penganjuran majlis ini adalah untuk menambah bilangan keahlian yang merupakan bekas pelajar dan juga menambah dana persatuan. Dana yang terkumpul ini nanti adalah untuk menampung perbelanjaan pembangunan sekolah demi kesejahteraan warga SMK Batu Laut. Di samping itu hasil sumbangan daripada majlis ini diharapkan akan dapat menaiktaraf pelbagai prasarana bagi kemudahan dan keselesaan murid dalam proses pembelajaran dan pengajaran bagi melahirkan generasi modal insan yang bertaraf dunia Adalah menjadi hasrat alumni ini untuk membantu membangunkan sekolah ini dari segi kemudahan fizikal serta aktiviti kecemerlangan murid dalam akadenik, ko-kurikulum dan pembentukan akhlak. Hal ini selaras dengan hasrat kerajaan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 iaitu peranan Pertubuhan NGO perlu diperkasakan seperti dalam inisiatif Sarana Ibu Bapa (PIBKS). Semoga hasrat murni alumni ini akan mendapat sokongan dan dokongan semua pihak agar semua yang dirancang akan dapat dilaksanakan dengan sesempurna mungkin.
2.0 MATLAMAT Matlamat Majlis Makan Malam Amal Alumni SMK Batu Laut adalah untuk menambah dana persatuan alumni bagi membantu pihak sekolah dalam membiayai dan menaik taraf pelbagai kemudahan serta prasarana sekolah. Selain itu, majlis ini adalah untuk membiayai aktiviti akademik dan kokurikulum murid.
3.0 OBJEKTIF Majlis Makan Malam Amal Persatuan Alumni SMK Batu Laut ini dilaksanakan bagi mencapai objektif berikut : 3.1 Menambah dana tabung alumni. 3.2 Menceriakan bilik-bilik darjah, bilik-bilik khas 3.3 Membina gelanggang berbumbung 3.4 Menaik taraf dan menceriakan tandas murid. 3.5 Meningkatkan kecemerlangan murid melalui program-program kurikulum, kokurikulum dan hal ehwal murid.
4.0 Tarikh 06 Mei (Sabtu) 2023 Jam 8.00 malam Hotel Sri Malaysia, Sepang Yang Berhormat Aiman Athirah Al Jundi 5.0 Tempat 6.0 Tetamu Kehormat
ANGGARAN PERBELANJAAN GALA DINNER ALUMNI SMKBL BIL
8 MASA AKTIVITI TINDAKAN CATATAN 7.30 pm Pendaftaran Pn Julaina 8.00 pm Kehadiran tetamu & VVIP Pengerusi Timbalan Naib 8.15 pm Nyanyian lagu Negaraku Lagu Sekolah Bacaan Doa Haji Sahrom Ucapan Pengerusi Raja Zulhilmi 8.30 pm Ucapan Perasmi YB Borhan b. Aman Shah ? 9.00 pm Jamuan Persembahan Juruacara majlis TENTATIF MAJLIS
JAWATANKUASA INDUK 9 PENAUNG : ? PENASIHAT : PENGETUA SMK BATU LAUT PENGERUSI : RAJA ZULHILMI BIN RAJA AZHAR SETIAUSAHA : HAJI SAHROM BIN PALIL PEN. SETIAUSAHA : NORSUYATINI BINTI PATOK BENDAHARI : HAJI BASIRAN BIN ? PENOLONG BENDAHARI : JANNIANAH BINTI ? AJK : JULAINA BINTI MAT SUPANDI NOORAZIMAH BINTI BASIRAN ABDUL RAZAK BIN SULAIMAN FOZIAH BINTI SEMADI AZHAR BIN SAMSUDIN
10 BIL AJK NAMA AJK BIDANG TUGAS AJK JEMPUTAN/ SAMBUTAN/ PROTOKOL DATIN JUVITA BINTI HAJI WAHAB (K) JK TERTINGGI AJK PUBLISITI & BACKDROP HAJI SAHROM BIN PALIL AJK HIASAN & PERSIAPAN TEMPAT HAJAH FOZIAH BINTI SEMADI (K) AJK BUKU PROGRAM JANNIANAH BT TASBIH (K) JURUACARA MAJLIS ARTIS / DJ JK SIARAYA EN AZHAR BIN SAMSUDIN (K) AJK DOKUMENTASI & FOTOGRAFI NORSUYATINI BINTI PATOK (K) JURUFOTO LUAR AJK PENDAFTARAN & GOODY BAG JULAINA BINTI MAT SUPANDI (K) AJK JAMUAN PN RUHAIDAH BINTI TUKIRAN (K) PEMBACA DOA TN HAJI SAHROM BIN PALIL AJK MULTIMEDIA AJK PERSEMBAHAN EN ABU BAKAR BIN AHMAD AJK PERALATAN DAN KELENGKAPAN EN AZHAR BIN SAMSUDIN AJK JUALAN MEJA ABDUL RAZAK BIN SULAIMAN (K) AJK ALUMNI AJK SUMBANGAN & PENAJAAN ABU BAKAR BIN AHMAD HAJI BASIRAN BIN JAWATANKUASA KERJA
JAWATANKUASA KERJA 11 BIL AJK NAMA AJK BIDANG TUGAS PENGURUS ACARA NORSUYATINI BINTI PATOK(K) HAJI SAHROM BIN PALIL AJK KESELAMATAN & TRAFIK RELA AJK KEBERSIHAN AJK ALUMNI
12