The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

minit mesyuarat ajk pibg kali -1 pdf

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by aynaa86, 2022-12-16 07:37:40

Minit mesyuarat ajk PIBG Kali 1

minit mesyuarat ajk pibg kali -1 pdf

SEKOLAH KEBANGSAAN ASTANA RAJA
MINIT MESYUARAT AJK PIBG KALI – 1 2022/ 2023

TARIKH : 25 MEI 2022
MASA : 2.30 PETANG
TEMPAT : BILIK USTP – PKG KOTA

KEHADIRAN

Hadir :

1. En. Azman Bin Ambia
2. Pn. Nurul Nadia binti Mohd Salim
3. En. Abdul Hasnira bin Abdul Rahim
4. Pn. Amie Sharmimie binti Yaacob
5. En.Mazlan bin Abu Bakar
6. Pn. Suzana binti Ibrahim
7. Pn. Nur Azlizan binti Azazian
8. Pn. Surria binti Mohd Nor
9. Pn Siti Haja binti Mon
10. Pn. Nor Aainaa Binti Mohd Isa
11. En. Mohd Rashid bin Muhamad
12. Pn. Hasnizah Binti Abu Karim

Tidak Hadir Bersebab :

1. Pn. Siti Nor Azim binti Md Doli – temujanji kesihatan
2. Pn Rohani binti Hood – kursus
3. En. Hanis Safwan bin Anuar – kursus
4. En. Mohd yusizani bin Che Mat Usoh – bekerja di luar kawasan

Page 1|5

1.0 UCAPAN PENGERUSI YDP PIBG

1.1 Pengerusi mengucapkan salam dan mengalu-alukan kehadiran semua AJK ke
mesyuarat AJK PIBG kali pertama untuk sesi 2022/2023. Majlis dimulakan
dengan bacaan doa.

1.2 Beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua AJK yang sudi
meluangkan masa ke mesyuarat AJK PIBG SK Astana Raja
MAKLUMAN

2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT
2.1 CADANGAN : EN. MAZLAN BIN ABU BAKAR
2.2 SOKONGAN : PN. AMIE SHARMIMIE BINTI YAACOB

3.0 PERKARA BERBANGKIT

3.1 Tiada perkara berbangkit

4.0 AGENDA MESYUARAT

4.1 Ucapan Guru Besar Ex-Offisio

4.1.1 Cikgu Azman mengucapkan terima kasih kepada semua barisan AJK
PIBG yang sudi hadir dan menunjukkan komitmen terhadap tugas yang
digalas.

MAKLUMAN

4.1.2 Beliau mengingatkan kepada semua AJK tentang pemantauan oleh pihak
JPN, PPD dan beberapa wakil sekolah-sekolah ke Pusat Sumber SK Astana
Raja pada bulan Jun untuk melihat kebitaraan sekolah. Guru besar
memohon sumbangan PIBG peruntukan untuk menyediakan jamuan
kepada tetamu yang hadir pada hari tersebut.

MAKLUMAN

4.1.3 Beliau memaklumkan tentang proses penyelenggaraan pendawaian elektrik
yang sedang dijalankan di bangunan kelas PPKI, bilik j-Qaf dan bilik
pemulihan. Sepanjang proses penyelenggaraan ini berlansung kontraktor
telah dapat mengenalpasti beberapa kebocoran di bumbung bangunan

Page 2|5

tersebut. Guru besar memohon sumbangan PIBG untuk membeli atap
genting bagi membaiki bumbung yang bocor. Anngaran kos pembaikan
sebanyak RM150.

MAKLUMAN

4.2 Mesyuarat Agung PIBG

4.2.1 Pengerusi mengingatkan semua ahli jawatankuasa tentang mesyuarat agung
PIBG yang perlu dijalankan sebelum 30 Jun. Beliau mencadangkan
mesyuarat agung diadakan pada tarikh 25 Jun 2022 pada jam 9.00 pagi dan
dipersetujui oleh semua ahli.

MAKLUMAN

4.3 Gotong-Royong Perdana & Hari Terbuka

4.3.1 Guru besar mencadangkan pelaksanaan program gotong-royong perdana
untuk mengecat dan menceriakan blok depan sekolah. Menurut beliau
sekolah telah mendapat tajaan cat dari pihak luar dan khidmat bantu
mengecat dari pelajar-pelajar IPG Teknik Nilai. Program gotong royong
perdana ini bertujuan meningkatkan keperihatinan dan komitmen ibu bapa
murid SK Astana Raja. Guru besar juga behasrat untuk membaikpulih lantai
dan tingkap kelas, menaiktaraf bilik guru dan menceriakan dewan sekolah
melalui program infak dari ibu bapa dan pihak agensi luar. Beliau berharap
semua AJK dapat bersama sama berusaha mencari dana bagi menggerakkan
program pembangunan fizikal sekolah melalui hubungan jalinan bersama
agensi luar dan alumni sekolah.

MAKLUMAN

4.3.2 Cikgu Mazlan mencadangkan kutipan sumbangan pembangunan sekolah
dapat diwar-warkan melalui hebahan poster atau sepanduk. Beliau juga
mencadangkan program gotong royong perdana diadakan pada 2 Julai.

MAKLUMAN

4.3.3 Pn. Azlizan mencadangkan sekolah bekerjasama dengan pihak Majlis
Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) untuk sama sama membantu
dalam program dana pembangunan sekolah.

MAKLUMAN

4.3.4 Guru besar mencadangkan PIBG membuat kertas kerja khusus untuk
memohon sumbangan pembangunan sekolah untuk dipanjangkan kepada
pihak-pihak berwajib. Guru besar memaklumkan ingin mengadakan
program yang melibatkan semua murid seperti perkhemahan. Menurut
beliau cadangan program perkhemahan boleh melibatkan kerjasama dari
belia-belia MPKK.

Page 3|5

MAKLUMAN

4.3.5 Pn Siti Hajar mencadangkan sekolah mengadakan Hari Terbuka bagi
mengumpul dana untuk pembangunan sekolah. Antara cadangan program
ini melibatkan aktiviti pameran hasil seni murid,program jemputan agensi
luar dan pelajar IPT jualan barang, ceramah dan sukaneka.

MAKLUMAN

4.3.6 Puan Hasnizah mencadangkan dalam program Hari Terbuka ini untuk
menjemput artis untuk menarik pengunjung luar seperti Nabil dan Shahizi
Sam.

MAKLUMAN

4.3.7 Guru besar mencadangkan agar PIBG menubuhkan ahli jawatankuasa khas
untuk program Hari Terbuka.

MAKLUMAN

4.4 Pembentangan laporan kewangan PIBG

4.4.1 Laporan kewangan boleh dirujuk di lampiran yang disediakan.

MAKLUMAN

4.4.2 Pn.Amie meminta cadangan agar pemberian token kepada guru yang
menghantar murid ke pertandingan peringkat daerah, negeri dan
kebangsaan samaada diteruskan lagi atau tidak. Jumlah token adalah
berbeza mengikut kategori iaitu daerah rm15, negeri rm20 dan kebangsaan
rm30.

MAKLUMAN

4.4.3 Pengerusi mencadangkan pemberian token diteruskan dan jumlah token

juga dikekalkan.

MAKLUMAN

5.0 HAL-HAL LAIN

5.1 Pengerusi memaklumkan bahawa kantin sekolah tidak mahu berniaga pada
waktu petang untuk murid KAFA kerana masalah kurang murid dan jualan
yang tidak memberansangkan.
MAKLUMAN

Page 4|5

5.2 Pengerusi mencadangkan kelab KEMAR, Kelab Keusahawanan PPKI dan
pihak KAFA bekerjasama untuk menyediakan bahan jualan air dan
makanan untuk murid KAFA.
MAKLUMAN

5.3 Pengerusi memaklumkan terdapat beberapa isu berkaitan kantin sekolah
antaranya, makanan masin, kurang pekerja, servis lambat, kualiti makanan
RMT kurang memuaskan dan makanan sedikit. Menurutnya lagi, murid-
murid mengadu makanan yang disediakan sejuk dan kering.
MAKLUMAN

5.4 Guru besar mencadangkan supaya pengerusi sebagai wakil ibu bapa
membuat pemantauan mengejut untuk memantau keadaan kantin sekolah.
TINDAKAN : PENGERUSI PIBG

6.0 UCAPAN PENANGGUHAN
6.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua AJK
6.2 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.05 minit petang.

Dicatat dan disediakan oleh,

(NOR AAINAA BINTI MOHD ISA)
Setiausaha PIBG
SK Astana Raja
25 Mei 2022

Page 5|5


Click to View FlipBook Version