The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-28255831, 2021-05-23 05:50:15

TP60204 ASIGNMENT INDIVIDU KAMARIAH LIASHIN MP2012011T UPDATED

TP60204
ASIGNMENT INDIVIDU
KAMARIAH LIASHIN
MP2012011T

TP60204
TUGASAN INDIVIDU

TAJUK :
MENJAGA KECEMERLANGAN AKADEMIK
(MAINTANING ACADEMIC EXCELLENT)

NAMA : KAMARIAH BINTI LIASHIN
NO. MATRIK
PROGRAM : MP2011011T

: MEM 16 PENGURUSAN
PENDIDIKAN SESI 2020/2021

1.0 PENDAHULUAN

Pelajar merupakan aset yang berharga pada negara. Misi dan visi kerajaan adalah mahu melahirkan pelajar yang mempunyai modal insan yang
memiliki minda kelas pertama untuk menghadapi cabaran pembangunan ekonomi yang berlandaskan ilmu pengetahuan dan inovasi serta modal
insan yang dibangunkan perlu mempunyai ciri-ciri yang berketerampilan dan berkeupayaan dalam pengetahuan serta kemahiran dan ciri-ciri peribadi
yang unggul. Melalui matlamat tersebut maka transformasi sistem pendidikan dalam konteks menjadikan Malaysia sebagai hab kecemerlangan
pendidikan diperingkat antarabangsa kerana transformasi ini merupakan peletakan asas ke arah kegemilangan dan kelestarian pendidikan
melangkaui tahun 2020.

Bidang akademik merupakan satu platfom pembelajaran yang penting dalam sistem pendidikan Negara. Tahap pencapaian pelajar
dinilai melalui kecemerlangan pencapaian akademik. Namun tahap kecemerlangan pencapaian tersebut bergantung kepada kebolehan individu. Ini
kerana kebolehan tersebut adalah tidak sama disetiap peringkat pendidikan, aktiviti pembelajaran memainkan peranan yang sangat penting dalam
usaha untuk mencapai matlamat individu terutamanya dalam kecemerlangan pencapaian akademik.

Kecemerlangan akademik merupakan matlamat utama kebanyakan pelajar di bidang pendidikan. Ia merupakan alat pengukur
yang menentukan tahap kejayaan seseorang pelajar di dalam bidang akademik di semua institusi pendidikan yang ada di dalam negara kita..
Kecemerlangan di dalam bidang akademik dapat menunjukkan sejauh mana ilmu di dalam sesuatu bidang yang dipelajari itu mampu untuk dikuasai.

Namun begitu, untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik, bukanlah satu perkara yang mudah. Banyak sebenarnya
faktor-faktor yang mempengaruhi kecemerlangan akademik seseorang pelajar. Kecemerlangan akademik juga perlu seiring dengan kecemerlangan
aspek-aspek yang lain seperti kemahiran komunikasi, kepimpinan, pengurusan diri, akhlak dan personaliti kerana secara tidak langsung ia banyak
membantu ke arah pencapaian akademik yang cemerlang.. Justeru itu, di dalam usaha untuk melahirkan pelajar-pelajar yang cemerlang dari sudut
akademik, faktor-faktor yang menyumbang kepada kecemerlangan akademik pelajar perlulah dikaji dan dikenal pasti supaya usaha-usaha yang
dilakukan dapat mencapai matlamat dengan lebih berkesan

2.0 DEFINISI

Mengikut Omardin Ashaari (1996), kecemerlangan didefinisikan sebagai segala aktiviti yang dilakukan bagi menentukan kejayaan, langkah langkah
dan aktiviti yang diambil untuk membentuk, menyebar, menilai dan memperbaharui akademik supaya semua matlamat yang telah ditentukan
itu akan tercapai pada maksimumnya. Sebenarnya kecemerlangan akademik meliputi pelbagai aspek seperti peruntukan kewangan, hala tuju
program kecemerlangan sekolah, aktiviti perkembangan kurikulum, proses pengajaran dan pembelajaran, penggunaan pusat sumber,
aktiviti perkembangan staf,penilaian, peperiksaan dan lain-lain aktiviti berkaitan.

Apa itu kecemerlangan?. Bagi seorang pelajar mungkin menjawab bahawa kecemerlangan adalah memperolehi keputusan yang baik di
dalam peperiksaan. Apakah dengan keputusan itu sudah cukup untuk diri anda digelar cemerlang serta dapat menentukan masa depan
anda? Jawapan yang anda berikan itu adalah hanya sebahagian kecil sahaja di antara ciri-ciri yang ada pada kecemerlangan.Kalau dilihat pada
definisi di atas maka sudah tentulah kecemerlangan dalam erti kata yang sepenuhnya adalah lebih luas. Ianya adalah melibatkan satu bentuk proses
yang berterusan dan ini bermakna kecemerlangan itu adalah sesuatu yang berterusan dan tidak pernah berakhir.

Beberapa istilah dan rangkai kata yang penting yang terkandung di dalam definisi kecemerlangan, agar pelajar-pelajar dapat menghayati erti
kecemerlangan itu dengan lebih mendalam serta penuh bermakna. Istilah yang pertama ialah mengguna dan menggabung potensi. Potensi ialah
merupakan “fitrah” iaitu bakat dan kebolehan yang dianugerahkan oleh Allah kepada setiap insan. Setiap insan yang dilahirkan dengan sempurna
sudah terdapat potensi yang ada pada dirinya. Terdapat ribuan potensi yang ada pada diri manusia yang di antaranya seperti berfikir, menulis,
membaca, serta menggunakan pelbagai kemahiran dalam sesuatu bidang,. Potensi anda tidak akan terserlah dan anda tidak ketahui jika anda tidak
mencuba, mengguna dan menggabungkannya. Istilah yang kedua ialah mengikut kajian pakar psikologi manusia ini mempunyai pelbagai kecerdasan
yang harus dipergiatkan. Setakat ini kecerdasan manusia dibahagikan kepada sembilan komponen.

Kecemerlangan akademik ialah kejayaan yang dinilai berdasarkan pencapaian seseorang pelajar dalam peperiksaan. Sekiranya pelajar
tersebut berada di sekolah Menengah kejayaan diukur berdasar keputusan peperiksaan penggal ataupun keputusan SPM dan juga STPM. Manakala
bagi pelajar yang sedang belajar di institusi pengajian tinggi pula kecemerlangan akademiknya diukur berdasarkan kepada kuputusan Grade Poin

3.0 FAKTOR-FAKTOR KECEMERLANGAN AKADEMIK

Faktor yang pertama ialah di dalam bilik darjah. Guru memainkan peranan agar proses pembelajaran berlaku seperti yang

dirancang. Pengajaran yang berkesan ialah pembelajaran yang boleh menunjukkan perubahan tingkah laku dan bukannya sekadar untuk

menghabiskan sukatan pelajaran semata-mata. Guru juga sepatutnya dapat membimbing untuk menggerakkan pelajarnya untuk belajar,

membantu pelajar membina sikap yang positif, memperbaiki teknik mengajar dan memperbaiki diri terhadap mutu dan kualiti

pengajarannya. Menurut Dunkin dan Biddle (1974), guru yang berkualiti adalah yang berkebolehan menyampaikan isi kandungan

pelajaran dengan gaya yang sentiasa menarik dan berkesan. Hal ini kerana melalui proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan

akan membawa kepada pengajaran yang berkualiti yang mana dapat memberikan impak kepada keputusan peperiksaan pelajar tersebut.

Teknik-teknik yang bersesuai adalah perlu untuk menjadikan sesuatu pengajaran agar tidak membosankan. Apabila keadaan yang

membosankan dapat dielakkan, para pelajar dapat memberi sepenuh perhatian terhadap pengajaran pensyarah. Teknik-teknik yang di

maksudkan adalah seperti nada suara yang berubah-ubah, lawak jenaka atau cara penyampian isi pengajaran seseorang guru itu. Untuk

meningkatkan prestasi kecemerlangan pencapaian akademik pelajar-pelajar, peningkatan ini dipengaruhi oleh sumbangan yang telah

diberikan oleh guru-guru. Guru yang berjaya dala membentuk watak dan keperibadian yang mulia berasaskan ciri-ciri keguruan yang

unggul adalah guru-guru yang akan menjayakan wawasan negara.

Faktor yang kedua ialah dari diri pelajar sendiri iaitu cara belajar yang berkesan. Ini kerana setiap pelajar

mempunyai cara belajar yang berbeza-beza. Kebanyakan hasil kajian menyatakan bahawa cara berlajar berkait rapat dengan faktor

tertentu seperti bahan yang dipelajari, masa, pengetahuan serta matlamat yang ingin dicapai. Oleh sebab itu, dapat dilihat bahawa

setiap pelajar mempunyai faktor-faktor yang tertentu yang dapat membezakan cara belajar berkesan antara mereka. Teknik belajar

ialah cara tertentu yang dapat melipatgandakan keberkesanan pembelajaran. Mengikut Siti Hawa (1987), teknik belajar adalah penting.

Kajian beliau mendapati ramai pelajar tidak dapat bimbingan tentang teknik belajar yang berkesan seperti penggunaan masa, membaca

dan mencatat nota, mengadakan runding cara dan masalah menghadapi peperiksaan.

Walaupun ilmu mengenai kaedah pembelajaran berkesan memang sudah lama wujud, malangnya tidak ramai pelajar yang

mengetahuinya. Ramai pelajar belajar mengikut cara yang diamalkan melalui percubaan dan pengalaman. Ada juga yang mencuba hasil

daripada pemerhatian dari rakan-rakan yang mempunyai prestasi akademik yang tinggi. Walaubagaimanapun, masih terdapat pelajar

berkebolehan paling tinggi sekalipun jarang menyedari dan mengetahui cara pembelajaran berkesan tanpa bantuan. Setengah individu

belajar dengan lebih baik sekiranya berada dalam keadaan yang tertekan manakala setengah individu akan berputus asa dalam

keadaan tersebut. Sebaliknya, ada pula yang belajar dengan berkesan dengan keadaan yang relaks dan tenang.

Seterusnya, ada pelajar yang gemar belajar dalam kumpulan manakala ada yang belajar lebih berkesan secara
berseorangan (Rashidi & Abdul Razak, 1995). Kesemua huraian tersebut menunjukkan bahawa personaliti seseorang banyak
mempengaruhi cara belajar seseorang. Sebagai contoh, seseorang pelajar yang bersifat berdikari akan belajar dengan lebih berkesan
melalui teknik dapatan atau penemuan. Pelajar-pelajar yang mempunyai personaliti sebegini lebih cenderung untuk menyelesaikan
masalah sendiri iaitu dengan melakukan latihan atau melakukan amali dan kajian. Mereka yang berpesonaliti begini tidak gemar akan
cara belajar melalui pembacaan.

Faktor yang ketiga ialah faktor luar ialah pelajar-pelajar akan mudah terpengaruh dengan rakan-rakan
sebaya dalam menentukan pencapaian mereka dalam pelajaran. Rakan sebaya juga merupakan faktor yang
mendorong pelajar untuk mewujudkan daya saing sesama mereka. Dalam sesebuah organisasi yang kumpulan majoritinya
terdiri dari pelajar bijak akan mewujudkan daya saing yang lebih kuat dan begitu dengan keadaan sebaliknya. Hal ini kerana
mereka akan saling pengaruh-mempengaruhi serta memberikan dorongan kepada rakan-rakan yang lain untuk terus berusaha
bersama-sama untuk berjaya. Pada kebiasaannya pelajar akan menjadi baik dan berjaya apabila mereka bersahabat dengan
rakan yang baik dan rajin. Jika mereka bersahabat dengan rakan yang tidak bermoral maka mereka turut gagal mengekalkan
kejayaan yang dicapai sebelumnya ( Sulaiman, 1996 ). Ini bermaksud seseorang pelajar yang mempunyai kecemerlangan
dalam bidang akademik akan menjadi sebaliknya jika berkawan dengan rakan-rakan yang mempunyai sikap yang malas dan
tidak suka kepada sesuatu kejayaan dalam bidang akademik. Hal ini kerana seseorang rakan itu dapat mempengaruhi rakan
yang lain untuk mengikuti jejaknya.

Faktor yang keempat ialah peranan daripada keluarga ialah kepimpinan melalui teladan. Anak-anak
akan lebih terdorong untuk mengikut jejak langkah kejayaan ibu bapa mereka kerana ibu bapa lebih mengenali dan
rapat dengan anak-anak . Ibu bapa yang berjaya akan menjadi idola dan inspirasi untuk kecemerlangan anak-anak.
Tambahan pula, kejayaan ibu bapa akan menyebabkan anak-anak cuba mememotivasikan diri mereka sekali gus
merubah kehidupan mereka agar berjaya atau lebih berjaya daripada ibu bapa mereka. Dalam era globalisasi ini,
kebanyakan ibu bapa yang berjaya mempunyai anak-anak yang berpotensi untuk berjaya seperti mereka.
Buktinya, kajian statistik oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat mendapati hampir 50 peratus rakyat Malaysia terlibat
dengan gejala negatif lazimnya mempunyai konflik keluarga. Oleh itu, benarlah bahawa kepimpinan melalui teladan
merupakan dorongan yang boleh diberikan oleh keluarga untuk kecemerlangan anak-anak.

Dan faktor yang terakhir ialah peranan sekolah. Sekolah perlu menyediakan fasiliti yang boleh dimanfaatkan
oleh pelajar. Kemudahan seperti komputer, papan putih digital dan bangunan serba canggih mampu mengubah persekitaran
pembelajaran. Selain daripada itu, semua warga sekolah hendaklah mematuhi kurikulum kebangsaan. Ini kerana kurikulum
yang disediakan sebenarnya sudah cukup lengkap bagi semua sekolah. Sekolah juga perlulah memfokuskan kemampuan
tenaga pengajar agar selari dengan kualiti yang terbaik. Selain itu, pihak guru diwajibkan mengajar menurut ketetapan
kurikulum dan patuh kepada kaedah yang sudah terbukti berkesan.

Transformasi sebuah sekolah bermula dengan pengetua sekolah, namun, amanah ini bukan dipikul oleh beliau
seorang. Saat obor transformasi itu dinyalakan oleh pengetua, lantas pihak guru, ibu bapa dan pelajar bersungguh-sungguh
menggalasnya, hanya kecemerlangan yang akan menanti. Citra kehidupan manusia mampu dirubah dengan obor transformasi
dan ia bermula di sekolah. Tiada jalan pintas untuk meraihnya, hanya gandingan peranan setiap pihak yang dapat
menjayakannya.

4.0 CABARAN-CABARAN UNTUK MENCAPAI KECEMERLANGAN DAN MEMPERTAHANKANNYA.

Dalam Malaysia kearah menuju pendidikan bertaraf dunia, kita tidak dapat lari daripada cabaran-cabaran yang boleh memberi kesan kepada dunia

pendidikan terutama sekolah dalam usaha untuk megekalkan kecemerlangan akademik.

Cabaran yang pertama ialah berkaitan dengan peranan guru. Dalam keadaan masyarakat sedang mengalami proses pembangunan yang kian pesat

kini , golongan guru juga tidak dapat dikecualikan daripada menghadapi pelbagai cabaran. Salah satu daripada cabaran yang dihadapi oleh para guru ialah

guru diberikan pelbagai jawatan yang bukan sepatutnya dilakukan oleh seseorang guru atau mengajar subjek yang tidak berkaitan dengan opsyen yang

dibelajar. Hal ini mungkin menyebabkan kualiti pengajaran menurun jika guru tidak mahir dalam subjek tersebut. Selain itu, tanggungjawab seseorang guru

pada masa kini bukansahaja mengajar beberapa subjek yang tertentu tetapi seseorang guru juga terpaksa memegang beberapa portfolio dalam sesuatu

jawatankuasa.

Para guru juga terpaksa membuat kerja-kerja perkeranian seperti mengisi borang, menaip surat dan menyediakan minit mesyuarat. Guru

juga memegang jawatan seperti penyelaras papan notis, penasihat persatuan, kelab dan sukan. Kerja-kerja ini telah menyebabkan para guru menghadapi

tekanan yang amat besar dan ini akan menjejaskan kualiti pengajaran seseorang guru. Jelaslah bahawa guru pada era ini menghadapi pelbagai cabaran

dalam memikul tanggungjawab yang tidak berkaitan dengan pengajaran dalam kelas. Seterusnya, seseorang guru juga menghadapi cabaran dalam

menyesuai kandiri dalam perkembangan era globalisasi terutamanya dalam penggunaan alatanyang semakin canggih dalam sesi pengajaran.

Bertitik tolak daripada itu, guru-guru pada masa kini perlu memantapkan diri dengan ilmu pengetahuan yang setarafdengan perkembangan era globalisasi

yang dihadapi. Dahulu, teknologi dalam bidang pendidikan tidak berkembang pesat seperti hari ini. Oleh itu, kebanyakkan guru-guru tidak berpeluang

untuk mendedahkan diri kepada teknologi dalam bidang pendidikan. Hal ini menyebabkan sebahagian guru tidak mahir dalam menggunakan teknologi pada

hari ini untuk pengajaran. Mereka juga menganggap penggunaan ICTyang semakin canggih pada hari ini merupakan sesuatu yang komplex dan tidak

mudah untuk dipelajari. Hal ini haruslah dibendung kerana guru seharusnya mengikut perkembangan semasa dan mengajar teknologi ini kepada pelajar.

Sebagai contohnya, guru perlu memahirkan diri dengan pengetahuan ICT agar dapat mendapatkan maklumat terkini untuk mengajar pelajar dan

memudahkan proses pengajaran.

Cabaran yang kedua ialah sistem peperiksaan mengikut keupayaan. Konsep baru peperiksaan yang akan diperkenalkan oleh Kementerian
Pendidikan yang memberi peluang kepada pelajar-pelajar mengambil peperiksaan mengikut keupayaan, dikira akan memberi kesan yang luas kepada
sistem penilaian dan sistem pelajaran di sekolah. Konsep yang dicadangkan ini, sudah tentu mempunyai implikasi sosial dan moral yang luas kepada
perkembangan pelajar. Murid-murid sememangnya berbeza dari segi kebolehan dan kecerdasan mereka. Ini menyebabkan sebilangan murid didapati lebih
mudah dan cepat menguasai sesuatu pelajaran dan kemahiran berbanding dengan segolongan lagi murid yang lemah dan lembab.
Banyak faktor yang menyebabkan mengapa perbezaan ini wujud dan memberi kesan pada pencapaian individu murid. Dari kajian-kajian yang telah
dilakukan menunjukkan faktor sosioekonomi khususnya latar belakang keluarga seperti pekerjaan, pendapatan dan pendidikan ibu-bapa mempunyai kesan
yang amat besar kepada pencapaian murid-murid. Konsep peperiksaan yang memberi peluang pelajar mengambil peperiksaan mengikut keupayaan yang
dicadangkan ini adalah bertujuan menggalakkan pelajar yang pintar dan cerdik atau murid-murid yang telah pun bersedia boleh mengambil peperiksaan
lebih awal bagi tahap-tahap tertentu.

Isu kritikal di sebalik perlaksanaan sistem peperiksaan ini ialah ia boleh menggoncangkan sistem persekolahan kerana ia boleh menjadi alat
untuk mengukuhkan kedudukan dan pengaruh golongan elit dan golongan berada mendapat pengiktirafan memihak kepada kepentingan mereka
berbanding anak-anak golongan kurang berada dan golongan miskin.

Liberalisme konsep peperiksaan mengikut keupayaan bagaimanapun dikira akan memberi peluang kepada pelajar lemah menangguhkan
peperiksaan yang sepatutnya mereka duduki mengikut sistem peperiksaan berjadual sehingga mereka benar-benar yakin dan bersedia. Soalnya, sehingga
bilakah pelajar yang lemah boleh membina keyakinan mereka untuk menduduki peperiksaan dan adakah mereka yakin mereka akan berjaya dalam

peperiksaan.

Peratusan dan bilangan besar pelajar lemah di sekolah didapati tidak mempunyai keyakinan dan harapan yang mereka akan lulus

dengan cemerlang dalam peperiksaan. Sistem peperiksaan yang diujudkan juga lebih cenderung untuk mengukur kebolehan dan kecerdasan

yang mirip kepada pelajar berkebolehan tinggi di samping ia mengiktiraf kegagalan pelajar lemah dan kurang kebolehan dari segi akademik.

Sistem peperiksaan yang dikira liberal ini juga tidak menjadikan sesuatu perubahan kepada yang berkebolehan rendah. Meliberalisasikan

konsep peperiksaan tanpa mengubah rancangan dan program pendidikan untuk memperbaiki kelemahan akademik golongan berkebolehan

rendah sudah tentu tidak memberi apa-apa makna ke arah merintis masa depan yang cerah kepada golongan yang berkebolehan rendah.

Cadangan dikemukakan bagi menjadikan sistem peperiksaan dan persekolahan dan pengajian tinggi di negara kita lebih fleksible dengan

cara membenarkan pelajar merujuk buku dan bahan-bahan yang dikirakan penting semasa di bilik peperiksaan. Bagaimanapun ia dianggap

tidak praktikal dari segi keboleh percayaan dan validitinya sesuatu peperiksaan. Idea ini juga dikira mempunyai kecenderungan mengalakkan

pelajar meniru dalam peperiksaan yang sukar dikesan.

Salah satu amalan negatif peperiksaan mengikut keupayaan ialah menkelaskan pelajar mengikut kelas dan kriteria baik,
sederhana baik, lemah dan sebagainya. Amalan ini juga dikenali sebagai "streaming" atau pengaliran. Pengaliran biasanya dibuat oleh pihak
sekolah mengikut pencapaian keseluruhan pelajar, dan kedudukannya yang bersiri di kalangan pelajar di tahap yang sama.

Konsep peperiksaan seperti ini mengalakkan lebih banyak pertumbuhan pusat-pusat tuisyen yang memberi keuntungan
yang lumayan di samping mengekspoitasi murid dan ibu bapa demi mendapatkan kelulusan yang baik di dalam peperiksaan yang
diadakan. Pertumbuhan pusat-pusat tuisyen adalah satu fenomena yang tidak sihat dan ia mencerminkan kegagalan sistem pendidikan
dan sistem persekolahan di negara ini yang kurang cekap menjamin kejayaan yang baik di dalam peperiksaan. Selain itu peperiksaan
akan mempengaruhi ibu bapa sehingga boleh memberi tekanan mental dan psikologi kepada anak-anak mereka semata-mata didorong

oleh desakan untuk mencapai kejayaan yanga cemerlang.

Kejayaan di dalam peperiksaan dikira merupakan satu tiket untuk mendapatkan peluang pekerjaan yang lebih baik di

samping untuk mendapatkan tempat memasuki institusi pengajian tinggi yang begitu berpegang teguh kepada merit dan prinsip

kecemerlangan pencapaian akademik seseorang pelajar.

Dilihat dari perspektif sosiologi, radikal, konsep peperiksaan yang dicadangkan ini akan mendorongkan kepada satu corak "class struggle"

yang lebih ketara yang mencerminkan realiti keadaan persaingan dan pergelutan masyarakat di luar sekolah. Keseluruhan falsafah,

prinsip, dan proses pendidikan akan terjejas sekiranya sistem peperiksaan yang mendasari wawasan pendidikan itu menyimpang dari

matlamat-matlamat unggul pendidikan untuk membentuk dan melahirkan insan yangg seimbang dan sempurna yang perlu dilaksanakan

melalui sistem dan proses persekolahan yang progresif dan dinamis.

Cabaran yang terakhir ialah persekitaran pembelajaran. Persekitaran pembelajaran memainkan peranan yang sangat penting
dalam menghasilkan graduan yang mempunyai kompetensi yang berkualiti (Mohd Said, Rogayah & Hafizah, 2008). persekitaran
pembelajaran merujuk kepada suasana pembelajaran yang kondusif seperti kelengkapan di dalam bilik darjah, persekitaran sekolah dan
suasana sekolah serta kawasan sekitarnya. Semua ini sangat memainkan peranan yang penting dalam usaha mengekalkan kecemerlangan
akademik dalam sesebuah sekolah ataupun pelajar itu sendiri.

Menurut Badar, Kamruddin dan Puteh (2005) bahawa faktor sikap, iklim sekolah dan pengajaran seorang guru merupakan
antara faktor yang paling mempengaruhi pencapaian kecemerlangan kademik pelajar. Persekitaran merujuk kepada segala benda yang
terdapat disekeliling (Osman, 2004). Kajian Mohd Jaflus (2008) menjelaskan keadaan persekitaran sekolah seperti kemudahan yang
kurang, perkakasan, tempoh waktu, sumber kewangan dan informasi juga menjadi sebab utama yang menghalang pencapaian pelajar dan
juga usaha pelajar untuk mengekalkan kecemerlangan dalam akademik.

5.0 LANGKAH KE ARAH MENCAPAI KECEMERLANGAN DAN MEMPERTAHANKANNYA

Dalam usaha untuk mencapai kecemerlangan dan mempertahankan kecemerlangan tersebut ialah yang pertama ialah melihat kepada
peranan guru. Guru haruslah mempelajari teknologi ini agar dapat mengajar dengan lebih berkesan dalam kelas pada masa hadapan.
Tuntasnya, guru perlu menghadapi cabaran dalam usaha memajukan diri agar dapat mengikut perkembangan semasa. Selain itu, para guru
juga harus menimbangkan tentang kelayakan akademik mereka sendiri. Seorang guru yang berkualiti haruslah mementingkan
profesionalisme dan berusaha untuk mempertingkatkannya. Hal ini demikian kerana profesionalisme guru adalah berpusatkan kepada ilmu
pengetahuan. Memandangkan guru memainkan peranan penting dalam pembangunan negara,sifat kerja guru yang begitu khusus
memerlukan guru mempunyai kelayakanakademik minimum dan menghadiri program-program latihan sebelum dan semasa perkhidmatan.

Guru perlulah sentiasa mengemaskini kemahiran dan pengetahuan dalam aspek pendidikan serta berusaha mengaplikasi kaedah-
kaedah pengajaran dan pendidikan terkini. Oleh itu, pihak berwajib telah menganjurkan kursus-kursus pendidikan untuk mempertingkatkan
keupayaan, ketahanan dan prestasi bagimendepani cabaran yang semakin kompleks ini. Sebagai contohnya, langkah Kementerian Pelajaran
Malaysia (KPM) dalam menggalakkan guru untuk meningkatkan kelayakan akademik melaluipelbagai program untuk membangunkan kerjaya
guru. Tetapi program-program seperti ini telah mendatangkan kesan negatif kepada guru. Hal ini demikian kerana para guru tidak dapat
menumpuhkan segala perhatiannya atas pengajarannya danpembelajaran murid-muridnya.

Guru yang belajar sambil mengajar menyebabkanmereka tidak dapat menyediakan aktiviti pengajaran yang lebih berkesan kepada pelajar.
Beban para guru juga akan menjadi lebih besar dan menyebabkan para guru berasa tertekan dengan keadaan hidup mereka. Mereka bukan
sahaja perlu menyediakan aktiviti pengajaran seharian malah mereka juga perlu menyediakan diri untuk menghadapi peperiksaan sendiri.
Nyatalah bahawa guru menghadapi cabaran dalam meningkatkan kelayakan akademik sendiri. Dan ini akan turut mempengaruhi usaha untuk
mereka membantu anak murid mencapai kecemerlangan dan seterusnya mempertahankan kecemerlangan tersebut.

Yang kedua ialah peranan seorang pelajar itu sendiri. Tidak dapat dinafikan bahawa setiap murid pasti mempunyai
keinginan untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan. Kecemerlangan ini hanya akan dapat dicapai sekiranya pelajar-pelajar
berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapainya. Kecemerlangan dalam peperiksaan bukanlah sesuatu yang susah untuk dicapai
sekiranya pelajar itu sendiri mempunyai azam yang tinggi untuk mencapainya. Murid-murid tidak sepatutnya mengganggap perkara ini
sesuatu yang remeh atau mudah kerana keputusan peperiksaanlah yang akan menjamin masa hadapan seseorang pelajar. Oleh itu,
pelajar janganlah menyesal pada masa hadapan disebabkan tidak dapat memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan bak
kata pepatah “ sesal dahulu pendapatan , sesal kemudian tidak berguna” Persoalannya, apakah modus operandi dan perancangan dan
persediaan awal yang sepatutnya pelajar lakukan untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan nanti?

Langkah pertama yang pelajar ambil ialah sentiasa memberikan perhatian ketika guru sedang mengajar di kelas. Apabila murid
memberi perhatian ketika seseorang guru sedang mengajar, sudah tentu sesuatu pembelajaran tersebut akan cepat diserap masuk ke
dalam minda mereka. Bahkan seorang pakar psikologi pernah mengatakan bahawa “Lima puluh peratus kejayaan pelajar-pelajar adalah
disebabkan kerana mereka memberikan sepenuh perhatian ketika proses pengajaran dan pembelajaran sedang dijalankan agar dapat
mewujudkan suasana bilik darjah bilik darjah yang ceria supaya pelajar tidak akan berasa bosan dan secara tidak langsung mereka akan
dapat mengingati apa-apa yang disoal atau ditanya oleh guru. Pelajar juga wajib menyiapkan segala kerja rumah yang diberikan oleh
guru-guru supaya mereka akan lebih memahami sesuatu topik dan tidak ketinggalan.

Selain itu, mereka juga mesti bertanya kepada guru-guru sekiranya terdapat sesuatu topik atau tajuk yang kurang difahami kerana
berdasarkan satu kajian yang telah dijalankan dan telah mendapati bahawa kebanyakan kecemerlangan pelajar dalam peperiksaan adalah
disebabkan oleh pelajar-pelajar yang sentiasa mengemukakan soalan sekiranya terdapat sesuatu topik atau tajuk yang kurang difahami oleh
mereka. Tegasnya memberi tumpuan ketika guru mengajar dan menyiapkan kerja rumah yang diberikan oleh guru merupakan satu langkah
dan persediaan yang sedang para pelajar lakukan untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan.



Selain itu, pelajar menguruskan masa dengan bijak dan baik. Mereka perlu menyediakan jadual waktu belajar dan mengikutinya
dengan tegas sekiranya mereka ingin mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan. Hal ini demikian kerana berdasarkan satu kajian, jadual
waktu belajar dapat membantu para pelajar menguruskan masa secara berkesan supaya mereka akan mempunyai masa yang mencukupi
untuk mengulangkaji pelajaran dengan lebih menyeluruh dan bersiap sedia untuk menghadapi peperiksaan. Malah, jika mereka mengikut
jadual waktu belajar yang telah mereka tetapkan apabila peperiksaan sudah tiba, hal ini diibaratkan nasi sudah menjadi bubur. Para pelajar
haruslah sediakan payung sebelum hujan.

Tambahan pula, kebanyakan pelajar yang berjaya biasanya terdiri daripada pelajar-pelajar yang telah membuat persiapan awal.
Manakala pelajar-pelajar yang tidak membuat persiapan awal kerana mereka terlalu leka membuang masa dan tidak berpegang kepada
pepatah “masa itu emas” dan “masa lalu tidak akan kembali”, maka mereka tidak dapat menghabiskan semua tajuk-tajuk sebelum tiba
peperiksaan dan ini haruslah dielakkan. Jelasnya, pengurusan masa yang cekap akan memberi mereka masa yang cukup untuk membuat
persediaan awal supaya saya dapat mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan yang akan duduki nanti.

Seterusnya, pelajar boleh mengikuti kelas tuisyen. Jika mereka segan bertanya guru di sekolah, mereka boleh bertanya
kepada guru yang mengajar di kelas tuisyen tetapi mereka juga haruslah menghapuskan perasaan segan bertanya kepada guru-
guru di sekolah bak kata pepatah “ malas berkayuh perahu hanyut” , “segan bertanya sesat jalan.” Malahan, jika pelajar tidak
memahami sesuatu topik yang diajar oleh guru-guru di pusat tuisyen, maka bolehlah mereka bertanya kepada guru di tuisyen.
Tambahan pula,jika terdapat sesuatu topik itu diajar dua kali, maka para pelajar akan mudah ingat.

Di samping itu, pergaulan para pelajar bersama dengan rakan-rakan yang baik dan mempunyai keinginan untuk menjadi
seorang yang berguna kepada masyarakat apabila dewasa kelak. Dengan ini, mereka tidak akan dipengaruhi oleh rakan-rakan
yang bermasalah dan seterusnya terlibat dalam gejala sosial yang negatif. Melalui pergaulan dengan rakan-rakan yang
mengutamakan pendidikan mereka, mereka akan dapat bertukar-tukar pendapat serta ilmu dengan mereka. Para pelajar juga
dapat menyertai kumpulan pembelajaran mereka dan membolehkan mereka berbincang serta lebih memahami topik-topik yang
telah diajarkan oleh guru. Pergaulan dengan rakan-rakan yang bijak dalam pembelajaran akan dapat menimbulkan persaingan
yang sihat dalam diri para pelajar.

Akhir sekali, pelajar wajib mematuhi segala nasihat ibu bapa dan juga akan sentiasa berdoa kepada Tuhan. Jelasnya,
untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan, pelajar perlulah mematuhi segala nasihat kedua-dua ibu bapa dan mereka
juga akan sentiasa berdoa dan bersyukur kepada Tuhan atas segala pemberiannya.

Pihak yang ketiga yang seharusnya memainkan peranan dalam membantu pelajar mencapai kecemerlangan
dan mempertahankannya ialah ibu bapa. Kejayaan seseorang pelajar dalam bidang akademik bukanlah sesuatu yang dijadikan
sebagai angan-angan. Pernyataan ini dibuktikan apabila terdapat ramai pelajar sekolah rendah, sekolah menengah mahupun
mahasiswa telah meraih pencapaian yang cemerlang dalam pendidikan mereka. Di sebalik kejayaan tersebut mempunyai usaha yang
tidak diketahui orang serta pelbagai cabaran dan dugaan yang telah diharungi untuk memperoleh prestasi pada masa kini. Dua
orang insan pula yang telah memberikan semangat dan pimpinan sejak hari pertama kita menjejakkan kaki ke dunia ini juga amat
berjasa terhadap kehidupan kita yang menjaga kita bagai menatang minyak yang penuh. Mereka bersusah payah mencari rezeki
setiap hari supaya mampu menampung kehidupan anak-anak.

Pendidikan oleh kedua-dua ibu bapa dapat membantu anak-anak yang diibaratkan sebagai kain putih dan ibu bapalah yang
mencorakkannya, sama ada seindah warna pelangi atau semalap masa hadapannya. Ibu bapa menggalas tanggungjawab yang
besar dengan memberi tunjuk ajar dalam pelajaran dan berdoa untuk anak-anak supaya mencipta kejayaan anak-anak. Mereka
menjadi tonggak kepada anak-anak melalui sokongan moral dan menyediakan keperluan asas anak mereka. Persoalannya, apakah
peranan ibu bapa untuk membantu anak-anak mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran?

Umum mengetahui bahawa peranan perdana yang dimainkan oleh kedua-dua ibu bapa adalah mengutamakan iklim rumah tangga
yang dibina dalam situasi yang aman dan damai. Ibu bapa hendaklah menyediakan tempat belajar yang kondusif untuk anak-anak
dengan semua buku rujukan supaya anak-anak dapat memfokuskan diri dalam pelajaran dengan sepenuhnya. Ibu bapa berperanan
mengekalkan keharmonian dan keceriaan rumah tangga supaya menjamin anak-anak dapat membesar dengan gembira, selamat
dan sihat. Ibu bapa hendaklah membebaskan anak-anak daripada sebarang masalah dengan memberi dorongan, tunjuk ajar,
nasihat dan didikan agama sejak pada awal usia anak-anak lagi.

Hal ini demikian kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Ibu bapa harus mengelakkan daripada bergaduh atau
bertengkar di hadapan anak-anak kerana akan memberikan tekanan dan menakutkan mereka. Sekiranya perkara ini berlarutan, maka
anak-anak tidak akan mampu memberi perhatian terhadap pelajaran dan menyebabkan masalah psikologi. Perpecahan keluarga juga
menganggu kesejahteraan rumah tangga. Dalam pada itu, ibu bapa memainkan peranan yang signifikan dalam menjamin kedamaian
dan keharmonian antara ahli keluarga agar mentaati konsep 'rumahku syurgaku' untuk kepentingan semua anggota terutamanya anak-
anak. Oleh hal yang demikian, ibu bapa memikul tanggungjawab yang besar dengan sentiasa bertolak ansur antara satu sama lain untuk
menjamin keamanan iklim rumah tangga.

Sesungguhnya, kita sedia maklum bahawa ibu bapa wajar mengambil inisiatif dalam mengawasi perkembangan dan pergaulan
anak-anak dengan rakan sebaya. Rakan sebaya anak-anak berperanan besar dalam mempengaruhi mereka dalam kehidupan harian.
Anak-anak selalunya akan memilih rakan yang mempunyai sifat, kelakuan dan identiti yang hampir sama untuk bergaul. Oleh hal yang
demikian, ibu bapa juga patut mengawal pergaulan dan tingkah laku mereka dengan segera dan menjejaki tempat mereka pergi. Rakan
sebaya mampu mempengaruhi pemikiran anak-anak yang masih tidak dapat membezakan yang mana intan, yang mana kaca dan
menyebabkan mereka terjerumus ke dalam kancah sosial. Janganlah menjadikannya seperti nasi sudah menjadi bubur dan bertindak
pada masa yang sesuai, bak kata pepatah ingat sebelum kena, jimat sebelum habis agar tidak menyesal pada kemudian hari.

Anak-anak hendaklah diawasi sepanjang masa. Sekiranya ibu bapa mendapati mereka mengalami perubahan sifat atau
tingkah laku, maka tindakan yang tegas hendaklah diambil untuk memperbaiki akhlak mereka. Ibu bapa haruslah meluangkan masa
untuk menemani dan berbual-bual bersama anak-anak mengenai masalah yang dihadapi dan menasihati mereka menjauhi rakan-
rakan yang bermasalah disiplin sehingga mampu menjejaskan masa depan anak-anak yang cerah. Justeru, ibu bapa a mengambil
tahu perkembangan dan keadaan anak-anak di sekolah mahupun di rumah dan memastikan mereka menumpukan perhatian
terhadap pelajaran untuk menjamin masa depan yang cerah.

Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa ibu bapa patut memastikan anak-anak mendapat pendidikan agama dan
moral yang secukupnya. Ahli fizikteori Albert Einstein pernah berkata bahawa agama tanpa ilmu adalah buta, ilmu tanpa agama
adalah lumpuh. Hal ini memang membuktikan bahawa agama dan ilmu saling berkaitan antara satu sama lain. Pegangan agama
yang kukuh dapat membentuk sahsiah dan akhlak mulia seseorang individu agar mendorongnya ke jalan yang tepat. Didikan agama
hendaklah didedahkan sejak awal usia anak-anak belasan tahun lagi kerana menjadi pedoman hidup untuk mengelakkan diri
daripada perbuatan maksiat dan amalan yang membahayakan kesihatan seoerti menghisap rokok, minum arak, membeli dadah dan
merompak. Didikan ini dapat membentuk keperibadian mulia seseorang untuk menyayangi diri dan alam serta menjamin
keharmonian hidup.

Ibu bapa boleh mengambil pendekatan dengan mendaftarkan anak-anak kepada program berkaitan dengan agama
untuk mengisi masa lapang anak-anak di samping memperoleh faedah daripadanya. Anak-anak juga akan mengikut ajaran agama
dengan berdoa supaya memperoleh kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran. Anak-anak akan meniru perbuatan ibu bapa mereka.
Oleh sebab itu, mereka harus menjadi contoh yang baik seterusnya ingin mendidik anak-anak agar mempunyai pegangan agama
yang baik.

Akhirnya sekali, sememangnya diakui bahawa ibu bapa haruslah menyediakan kemudahan yang lengkap untuk anak-anak
belajar. Ibu bapa perlulah membeli buku-buku rujukan dan buku latihan yang secukupnya kepada anak-anak supaya dapat membuat
ulang kaji secara sempurna dan menyeluruh. Tempat belajar juga hendaklah bersih dan senyap, jauh dari sebarang bunyi yang boleh
menjadi gangguan semasa anak-anak sedang belajar. Latihan dan bahan rujukan yang lengkap dapat membantu anak-anak memahami
subjek-subjek yang diajar di sekolah dengan lebih jelas dan teliti. Ibu bapa juga haruslah meluangkan masa untuk memberi tunjuk ajar
kepada anak-anak sekiranya menghadapi masalah dalam bidang akademik.

Lantaran itu, ibu bapa yang berkemampuan boleh menghantar anak-anak ke kelas tuisyen atau kelas tambahan di sekolah.
Hal ini demikian kerana guru-guru tuisyen yang berpengalaman serta kelas-kelas dengan bilangan pelajar yang kecil dapat menjamin
pemahaman dan penguasaan pelajar berkaitan sesuatu topik. Pelajar-pelajar juga berpeluang menanyakan soalan-soalan dan
memperoleh penjelasan secara terperinci. Mereka juga diberi latihan yang banyak untuk menyesuaikan diri dengan teknik menjawab
dan markah yang diperuntukkan supaya mampu menjawab kertas peperiksaan dengan baik.

Rentetan itu, ibu bapa boleh membawa anak-anak ke perpustakaan, kedai buku, pameran buku dan ceramah teknik
menjawab soalan kertas peperiksaan SPM agar memastikan pelajar memperoleh kejayaan yang cemerlang dalam setiap peperiksaan
yang dihadapi. Lantaran berpaksikan kebenaran yang disampaikan, jelaslah bahawa ibu bapa memang berperanan penting dalam
menyediakan pelbagai kemudahan agar membentuk anak-anak yang berkeyakinan untuk meraih kejayaan dalam pelajaran.

Suatu hakikat yang wajar diterima ialah ibu bapa hendaklah selalu berhubung dan berbincang dengan pihak sekolah serta
bertukar-tukar pendapat dengan guru-guru tentang anak-anak. Ibu bapa hendaklah menggunakan peluang Hari Terbuka untuk
mengetahui perkembangan anak-anak dan tingkah laku mereka di sekolah bersama-sama guru tungkatan anak-anak. Dengan ini, ibu
bapa boleh mengambil tindakan untuk memperbaiki kelemahan subjek anak-anak dan tingkah laku. Hari itu menjadi satu pentas
supaya ibu bapa meluangkan masa untuk lebih memahami anak-anak dan keputusan akademik mereka.

Selain itu, ibu bapa harus menjadi pendengar yang baik dengan memahami masalah. Ibu bapa juga boleh berbincang cara
untuk meningkatkan prestasi anak-anak bersama guru di sekolah. Ibu bapa harus menggalakkan anak-anak untuk meluahkan
sebarang masalah yang dihadapi terhadap guru yang mengajar kerana malas bertanya sesat jalan. Masalah dan kesedihan anak-anak
mestilah dikongsi bersama-sama agar perasaan tersebut tidak akan terpendam yang akan menjadi satu tekanan dalam diri anak-anak.
Ibu bapa juga harus memastikan anak-anak yang bermasalah disiplin diberi amaran dan hukuman yang sesuai agar mendisiplinkan
mereka tekun menuntut pelajaran. Dengan bertunjangkan kesahihan fakta, hakikatnya dapatlah kita simpulkan bahawa melalui
perbincangan dengan pihak sekolah dapatlah membantu anak mencapai kecemerlangan dalam pelajaran.

Sebagai menggulung segala yang dibicarakan, sudah terang lagi bersuluh bahawa ibu bapa perlulah memberikan
perhatian yang setimpal dan berprihatin terhadap pelajaran anak-anak. Anak-anak melalui kebanyakan masa di rumah dan ibu bapalah
yang menjadi dominan dalam rumah tangga. Ibu bapa wajar mengikuti perkembangan akademik anak-anak di sekolah dan
bertanggungjawab menghulurkan bantuan pada bila-bila masa sahaja. Ibu bapa tidak harus mementingkan kerja mereka sehingga
mengabaikan pelajaran anak-anak. Hal ini demikian kerana anak-anak memerlukan perhatian dan kasih sayang serta sokongan moral
agar terus mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran. Mereka patut menerapkan konsep kepentingan menuntut ilmu yang
menjanjikan pekerjaan yang lebih baik dan menyediakan mereka kepada realiti dunia ini.

Ibu bapa boleh membantu merancang aktiviti anak-anak dan memberi pendapat dan nasihat untuk mementingkan bidang
akademik serta tidak membuang masa melakukan perkara yang tidak berfaedah sehingga menganggu prestasi anak-anak. Bertitik tolak
daripada itu, ibu bapa tidak patut memberi tekanan yang berlebihan terhadap prestasi mereka dan membebankan jadual aktiviti harian
dengan kelas tuisyen yang banyak. Hal ini disebabkan anak-anak juga memerlukan rehat dan tidur yang mencukupi untuk memulakan
kerja pada kemudian hari. Mereka juga perlu ruang tersendiri untuk melakukan perkara yang disukai untuk melepaskan tekanan
pelajaran. Maka, untuk menjamin masa depan anak-anak belasan tahun agar dapat meraih kejayaan dalam pelajaran, ternyatalah
bahawa ibu bapa merupakan agen pertama dalam membantu anak-anak ke arah kejayaan.

Yang keempat ialah persekitaran dan peranan pihak sekolah. Faktor kedua penentu kejayaan seseorang pelajar
berjaya dalam pelajaran ialah pembelajaran dan pengajaran yang berlaku secara kondusif di dalam bilik darjah . Bilik darjah yang
mempunyai sistem pengudaraan yang baik, susun atur peralatan yang memudahkan pergerakan pelajar, memiliki ciri-ciri
keselamatan, bersih dan ceria menjadi pendorong kepada murid-murid untuk belajar dengan selesa. Apabila murid-murid berasa
selesa, mereka akan lebih fokus terhadap proses pengajaran dan pembelajaran guru di dalam bilik darjah. Oleh sebab itu, apabila
murid memberikan perhatian di dalam kelas, setiap perkara yang dipelajari oleh mereka akan dapat difahami dengan mudah.
Menurut kajian yang dilakukan oleh Pusat Pengajian Kaunseling di Universiti Kebangsaan Malaysia, 70 peratus kejayaan seseorang
pelajar adalah kerana memberi mereka memberi penumpuan penuh di dalam bilik darjah ketika proses pembelajaran dan
pembelajaran, 29 peratus adalah inspirasi dan 1 peratus melibatkan genius.

Oleh itu, berdasarkan kajian tersebut, dapat dirumuskan bahawa proses pembelajaran dan pengajaran secara kondusif
di dalam bilik darjah mempengaruhi kejayaan seseorang murid dalam pelajaran. Sekiranya, suasana dalam kelas panas akibat sistem
pengudaraan tidak sistematik, susun atur kerusi tidak teratur, keadaan kelas tidak bersih, sudah pasti pelajar tidak akan dapat belajar
secara kondusif dan mereka akan ketinggalan dalam pelajaran. Hal ini dapat dilihat dikebanyakan kelas, terutama kelas hujung yang
dihuni oleh pelajar yang kurang memberangsankan pelajaran mereka. Tegasnya, faktor pembelajaran dan pengajaran yang berlaku
secara kondusif di dalam bilik darjah penentu kejayaan pelajar dalam pelajaran.

Seterusnya, program-program sekolah yang dirancang juga mampu mempengaruhi kejayaan seseorang murid dalam
pelajaran. Program-program yang dirancang oleh Jawatankuasa Kurikulum Sekolah dan panitia mata pelajaran sama ada di
dalam atau di luar sekolah berupaya mencemerlangkan pelajar. Program-program seperti Kem Wacana Akademik, Ceramah Teknik
Menjawab Soalan Peperiksaan, Bengkel Akademik, Ceramah Motivasi dan sebagainya mampu meningkatkan keupayaan murid dalam
pelajaran. Program-program yang dirancang seperti ini membolehkan murid-murid menguasai topik-topik utama dengan mudah dan
berupaya menjawab soalan peperiksaan dengan baik. Hal ini demikian kerana mereka sudah menghadapi soalan-soalan yang mirip
peperiksaan sebenar dan telah berbincang dengan guru dalam program yang dianjurkan. Tambahan pula, sepanjang program
seperti teknik menjawab soalan, pihak pengurusan sekolah sekarang berlumba-lumba menjemput guru pakar ke sekolah untuk
menyampaikan ceramah dan membantu pelajar menjawab soalan bertepatan dengan kehendak skema pemarkahan sesuatu mata
pelajaran.

Tokoh motivasi negara, Datuk Dr. Mohd Fazilah Kamsah menegaskan bahawa jika seseorang melakukan sesuatu perkara
secara berulang-ulang kali maka mereka mampu menghadapi setiap cabaran dengan mudah kerana sudah melaluinya sebelum ini.
Oleh itu, jelas menunjukkan bahawa program yang dirancang oleh pihak sekolah mampu mempengaruhi kejayaan seseorang murid
dalam pelajaran mereka. Tegasnya, program-program sekolah yang dirancang juga mampu mempengaruhi kejayaan seseorang murid
dalam pelajaran.

Program motivasi yang telah dianjurkan oleh pelbagai pihak adalah untuk manfaat pelajar. Perkara ini turut diuar-uarkan
menerusi media massa untuk kecemerlangan pelajar dalam peperiksaan awam. Program motivasi seperti Kem Bina Minda Cemerlang,
Kem Motivasi Cuti Sekolah, Summer Camp Anak Soleh dan sebagainya menjadi mangkin kecemerlangan pelajar. Dengan menyertai
program motivasi itu, pelajar bukan sahaja dapat mencapai kecemerlangan dalam akademik tetapi juga kecemerlangan dalam sahsiah.
Oleh sebab itu, terdapat pelbagai perkara yang menyebabkan program motivasi yang dianjurkan oleh pihak sekolah dan swasta itu
dapat membantu kecemerlangan pelajar.

Program motivasi itu melatih pelajar dari aspek ketahanan dan sikap yakin diri. Hal ini dikatakan demikian kerana selepas
mengikuti program itu, para pelajar mampu menghadapi cabaran dalam pelajaran dan dalam kehidupan. Sebagai contohnya, dalam
program motivasi itu para pelajar didedahkan dengan pelbagai aktiviti yang menguji ketahanan fizikal dan keyakinan diri para pelajar.
Pengalaman dan pendedahan itu membolehkan para pelajar bersiap sedia untuk menghadapi sebarang cabaran yang pastinya akan
dihadapi oleh setiap orang. Jadi, perkara ini membuktikan bahawa program motivasi berupaya untuk meningkatkan daya tahan pelajar
untuk menempuh kehidupan yang penuh dengan cabaran.

Selain itu, dalam program motivasi itu juga, para pelajar didedahkan tentang teknik belajar dan teknik menjawab soalan
yang betul. Penganjur program kebiasaannya akan menyediakan pakar-pakar yang mahir dalam kemahiran belajar, ibarat jauhari yang
mengenal manikam. Melalui cara itu, para pelajar akan menggunakan pengetahuan mereka untuk belajar secara berkesan selepas
menamatkan program tersebut. Di samping itu, para pelajar dapat mengetahui teknik untuk menjawab soalan seperti yang dikehendaki
oleh pemeriksa dalam peperiksaan. Jelaslah bahawa program ini memberikan kebaikan yang banyak kepada pelajar untuk mencapai
kecemerlangan dalam peperiksaan.

Melalui program motivasi ini, para pelajar diperkenalkan tentang teknik mengurus masa yang berkesan. Perkara itu dapat membantu
pelajar mengurus masa dengan bijaksana dan berkesan. Jadi, aktiviti seharian pelajar dapat dijalankan secara teratur kerana masa mereka terisi
dengan perkara yang sesuai dan berfaedah. Sebagai contohnya, program seperti itu membantu pelajar membuat perancangan aktiviti harian,
mingguan dan bulanan yang berkesan untuk manfaat pelajar. Hal ini memang membuktikan bahawa program tersebut berupaya untuk menjadikan
pelajar itu bijak mengurus masa kerana masa itu emas.

Program motivasi yang dijalankan itu turut mencungkil potensi pelajar dalam pelbagai bidang. Hal ini dapat dilihat melalui aktiviti
berkumpulan yang dimasukkan sebagai pengisian program yang penting. Melalui aktiviti tersebut, pelajar akan sedar akan potensi diri sendiri yang
selama ini terpendam kerana tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada yang tahu. Di samping itu, program seperti itu dapat membantu murid
agar sentiasa bersikap dan berfikiran positif dalam apa-apa aktiviti yang dilakukan. Potensi diri yang terpendam itu pula dapat digilap dan dibimbing ke
arah yang lebih baik demi kemajuan diri pelajar dalam segenap bidang.

Tidak ketinggalan juga, program motivasi turut menekankan nilai keagamaan dalam diri pelajar. Para pelajar akan sedar akan
tanggungjawab mereka terhadap diri, keluarga, masyarakat, negara, dan agama. Pihak penganjur program biasanya akan menyediakan pakar
motivasi dalam bidang agama untuk membimbing pelajar ke arah penghayatan terhadap agama yang sebenar. Pakar-pakar itu akan menekankan
aspek pengetahuan, kefahaman dan penghayatan terhadap tanggungjawab setiap insan terhadap pencipta-Nya. Secara tidak langsung, perkara ini
akan membentuk sahsiah dan memantapkan aspek kerohanian yang cemerlang dalam kalangan pelajar yang menyertai program itu.

Sebagai kesimpulannya, program-program yang dianjurkan oleh pihak sekolah yang terbaik untuk setiap pelajar mendisiplinkan diri dan
menjadi insan yang cemerlang. Oleh sebab itu, ibu bapa perlulah menghantar anak mereka untuk menyertai program yang sesuai untuk anak-anak
mereka. Jangan biarkan masa anak-anak terbiar dan tidak diisi dengan aktiviti yang tidak berfaedah semasa cuti sekolah yang panjang. Jadi, ibu bapa
harus memberikan galakan dan menyokong usaha pelbagai pihak yang menganjurkan program itu untuk kebaikan anak-anak mereka. Dengan cara
itu, kita berharap agar para pelajar ini akan menjadi orang yang cemerlang dalam pelajaran dan berjaya dalam kehidupan mereka.

6.0 Kajian silang dinamika kecemerlangan di sekolah dalam beberapa buah negara maju.

Kajian pencapaian kecemerlangan di sekolah di beberapa sebuah negara maju dalam Pendidikan telah diadakan dibanyak
negara-negara maju di dunia. Kajian silang yang pertama sekali diambil perhatian dalam penulisan saya ini ialah di negara
Finland. Sejak belakangan ini, Finland telah muncul sebagai negara Organisation for Economic Cooperation and Development
(OECD) yang mendahului terutama dalam aspek pencapaian akademik (Sahlberg, 2010). Oleh yang demikian, saya memilih
untuk membandingkan cara dan pengurusan sekolah di Finland. Hal ini kerana pada awal tahun 1970-an Finland tidak berjaya
dalam bidang pendidikan manakala Amerika Syarikat merupakan negara yang menguasai pendidikan di dunia ketika itu.
Namun, Finland telah berjaya menghasilkan satu sistem persekolahan yang produktif dengan melebarkan akses dan melabur
secara bijaksana untuk membina satu sistem pendidikan yang diinginkan melalui pendekatan yang strategik. (Hammond, 2010).

Jadi, bagaimanakah sesebuah negara yang mempunyai sistem pendidikan yang tidak stabil pada tahun 1980-an boleh
menjadi pemacu pendidikan kepada negara-negara lain hanya dalam beberapa dekad? Jawapannya tidak lain dan tidak bukan,
kecemerlangan pendidikan di Finland adalah disebabkan oleh corak pentadbiran dan pengurusan yang dijalankan oleh ketua
organisasi di sekolah dan peranan guru-gurunya sendiri yang cemerlang dan berdedikasi. Berbeza dengan Malaysia, profesion
perguruan sentiasa merupakan profesion yang popular dan sentiasa menjadi rebutan di Finland. (Finnish National Board of
Education,2010).

Peranan guru di Finland, pendidikan buat mereka hanya berfungsi untuk memberi peluang kepada semua rakyat untuk
menerima pendidikan tidak kira umur, kedudukan, keadaan kewangan, jantina atau bahasa. Maka, jelaslah bahawa negara Finland tidak
begitu menekankan aspek rohani yang merupakan naluri biasa seorang manusia untuk bertuhan.

Di finland, corak pentadbiran dan pengurusan sekolah akan melibatkan semua orang kerana setiap satunya mempunyai
peranan untuk menyumbang dan sesiapa yang ketinggalan tidak akan dibiarkan ketinggalan. Selain daripada itu, cara pembahagian kelas
kepada pelajar pula, semua pelajar diletakkan dalam kelas yang sama tanpa mengira pencapaian dalam sebarang subjek. Untuk pelajar
yang ketinggalan, guru tambahan akan diletakkan untuk membantu pelajar berkenaan. Seterusnya, kombinasi sekolah rendah dan
menengah, jadi pelajar tak perlu bertukar sekolah ketika berusia 13 tahun. Begitu juga dengan guru yang sama akan diletakkan dari awal
hingga akhir persekolahan pelajar. Suasana pembelajaran juag diberikan perhatian yang jitu. Apa yang penting adalah pelajar berasa
senang dan selesa, tidak tertekan dan ini sebenarnya membina keyakinan dalam diri pelajar ketika di sekolah.

Secara rumusannya, pendekatan pembelajaran di Finland bersifat pembinaan karakter. mereka mengambil kira dari sudut
psikologi peningkatan umur seorang kanak-kanak. Dari raut wajah pelajar sendiri, mereka cukup seronok berada di sekolah, tiada wajah
stress dan tekanan. Tambahan pula mereka menyokong sistem pelajaran bukan oleh pihak sekolah sahaja tetapi ibubapa turut terlibat.
Mengambil kira bahasa Finnish sebagai bahasa perantara, tidak mengejutkan pada usia 13 tahun pelajar mereka cukup mahir dalam bahasa
Inggeris dan sudah menguasai bahasa ketiga seperti Perancis dan German. Sekolah pula tidak bersaing sesama sendiri untuk menetapkan
sekolah yang terbaik. Ini bermakna semua sekolah mempunya tahap kecemerlangan yang sama.

Kajian silang kedua yang diambil dalam penulisan saya ini ialah cara dan pengurusan sekolah di negara United Kingdom. Akta
Pendidikan dan Penaziran 2006 (The Education and Inspection Act 2006) telah mengemukakan 3 aspek penting dan baru bagi
setiap nazir yang melaksanakan tugas mereka di England iaitu:-

1) Untuk meningkatkan kecemerlangan pelajar di sekolah, mereka akan selalu periksa atau lawati;

2) Untuk memastikan perkhidmatan mereka berfokus kepada kepentingan pelajar, ibu bapa, dan majikan yang menggunakan

perkhidmatan mereka;

3) memastikan perkhidmatannya adalah cekap dan berkesan.

Semua sekolah di England dilawati oleh nazir sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh 3 tahun. Laporan penaziran adalah
gabungan hasil daripada pencerapan/pemerhatian nazir, penilaian kendiri oleh pihak sekolah (SEF –Self Evaluation Form), data
pencapaian, kerja murid,pencerapan pangajaran dan pembelajaran seta input atau maklumbalas daripada ibu bapa dan
perbincangan dengan murid dan kakitangan sekolah. Laporan ini juga memberikan maklumbalas terhadap aspek yang perlu
diperbaiki atau diperingkatkan dan untuk itu, laporan ini digunakan oleh sekolah sebagai asas untuk peningkatan dan pembaikan.

Kajian silang yang kedua dalam penulisan saya ini ialah dengan melihat cara dan pengurusan sekolah di KOREA SELATAN.
Perkara yang saya menjadi tanda tanya mengenai sistem pendidikan di Korea adalah apakah rahsia atau ramuan khas yang menjadi kekuatan
kepada kejayaan para pelajar dalam pendidikan di Korea. Dapatan daripada ceramah daripada Dr Namgi Park, seorang profesor daripada
Gwangju National University of Education sedikit sebanyak memberi input berguna kepada penulisan saya ini.

Corak pentadbiran dan pengurusan sekolah di Korea Selatan menekankan kepada peranan guru itu sendiri. Dimana semua guru
boleh mengajar semua subjek yang dipanggil sebagai “Homeroom Teacher” atau pun guru kelas bagi sekolah rendah di Korea (elementary
school) berkebolehan mengajar semua subjek. Tujuan pendedahan kepada semua subjek ini adalah bagi tujuan membolehkan para guru
mengintegrasikan pembelajaran dalam setiap subjek, terutamanya jika ada yang berkaitan. Hal ini membuktikan, untuk menjadi guru di Koreo
Selatan mestilah merupakan seorang yang sangat bijak dan kuat berusaha.

Sistem pentadbiran dan pengurusan di Korea juga mengamalkan sistem pertukaran guru (re-deployment) bagi setiap 5 tahun.
Alasan mereka adalah bagi tujuan membolehkan kesemua pelajar di seluruh Korea tanpa mengira tempat, status atau latar belakang turut
mendapat pendidikan daripada guru yang hebat dan berkualiti. Negara Korea sangat menekankan kepada hak pelajar di mana-mana sekolah
untuk mendapatkan guru yang hebat dan cemerlang. Jadi tidak akan wujud, hanya sekolah tertentu yang mendapat segala keuntungan hasil
daripada guru-guru tersebut. Semua pelajar dan sekolah pun akan merasa.

Selain daripada itu, sebuah bilik khas disediakan untuk pelajar belajar selepas waktu sekolah dan dijaga oleh guru dan ibubapa
secara bergilir-gilir. Ibubapa juga dibenarkan untuk melawat sekolah semasa hari OPEN CLASS. Semasa hari ini, semua guru perlu bersedia
dengan sebaik mungkin kerana sesiapa sahaja boleh masuk ke kelas mereka untuk mencerap! Kebiasaannya adalah diadakan sebulan
sekali. Bagi OPEN CLASS skala besar, pegawai pelajaran dari pejabat akan turun dan memantau. Proses ini bagi 1 kali dalam 1 semester.
Jika dilihat dari sudut sejarah, peradaban Korea sudah telah lama wujud sistem peperiksaan dan juga tuntutan untuk mendapat masa depan
yang cemerlang. Anak yang mendapat pekerjaan yang baik, akan menjadi tunjang utama kejayaan dan kesenangan kepada seluruh ahli
keluarga. Jadi, budaya yang telah wujud bertahun-tahun ini telah sebati dengan masyarakat Korea.

Kesimpulan yang harus kita tahu, negara Korea berubah menjadi maju dengan sangat pantas. Hanya mengambil masa 2 keturunan
sahaja, iaitu lebih kurang dalam tempoh 50 tahun untuk merubah sebuah negara yang membangun kepada negara yang maju seperti
sekarang. Corak pentadbiran dan pengurusan sekolah yang cekap banyak menyumbang kepada kecemerlangan sistem Pendidikan dan
sekolah di Korea Selatan.

7.0 PENUTUP

Kesimpulan bahawa pendidikan merupakan kunci utama kepada pelbagai kejayaan yang dicapai oleh orang dewasa memang tidak
boleh dinafikan. Semakin tinggi tahap pendidikan seseorang, semakin cerah peluangnya untuk mendapatkan pekerjaan yang bagus
dan semakin mantap kedudukan ekonominya. Seiring dengan hal ini, semakin lama seseorang pelajar menjalani kehidupan sebagai
pelajar di sekolah serta semakin akrab hubungannya dengan sekolah dan semakin tinggi darjah penglibatan pelajar dan ibu bapa
dengan sekolah, maka semakin rendahlah kecenderungan pelajar untuk terlibat dengan gejala salah laku atau menghadapi kegagalan
dalam pelajaran.

Secara umumnya, pelajar berminat untuk belajar sekiranya mereka berpeluang untuk terlibat secara aktif dalam aktiviti
pembelajaran dan pengajaran, minat dengan bahan pengajaran dan bahan pengajaran mempunyai kaitan dengan persoalan yang
sedang difikirkan oleh mereka (McKinney, Schiamberg dan Shelton, 1998).

Berpandukan pelbagai sumber kajian saintifik yang dikumpulkan, Flannery dan Wester (2004) menyimpulkan bahawa
terdapat banyak faktor yang boleh mempengaruhi pencapaian akademik pelajar. Antara faktor tersebut adalah tahap motivasi remaja,
tingkah laku mereka, jangkaan guru terhadap keupayaan mereka, faktor sosial di luar kawalan remaja seperti sokongan ibu bapa
terhadap guru sekolah dan perbezaan budaya. Semua faktor ini saling berkait. Namun, tidak semua faktor memberikan kesan yang
serupa ke atas kecemerlangan akademik pelajar. Seseorang pelajar tertentu mungkin akan menerima kesan yang lebih hebat
bergantung kepada kekuatan faktor tersebut, masa pendedahan terhadap sesuatu faktor dan tempoh pendedahan tersebut. Dalam
pada itu, terdapat juga pelajar yang begitu terdedah dengan risiko sesuatu faktor tetapi masih mampu melalui pola perkembangan
kehidupan yang positif meskipun kurang mendapat sokongan daripada pihak-pihak tertentu, misalnya ibu bapa. Maka faktor-faktor
yang mempengaruhi pembelajaran atau pencapaian akademik pelajar dibahagikan kepada tiga aspek, iaitu aspek diri pelajar itu
sendiri, aspek keluarga pelajar dan aspek sekolah.

RUJUKAN

Othman MH (1998).Isu dalam ilmu dan Pemikiran. Dewan Budaya, Petaling Jaya 10 – 17.

Muhammad Ali H (1996)Strategi Lulus Peperiksaan Dengan Cemerlang Johor Baru,Pelangi, 40-56Mat Ishak M (2013)Super Woman,Kuala
Lumpur, DBP, 53-60

Jamilah Ahmad & Yusof Boon (2011). Amalan Kepimpinan Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) di Malaysia. Universiti Teknologi Malaysia.

Kementerian Pendidikan Malaysia. 2012. Profil pengetua/guru besar berkesan menurut model Malaysia. Mesyuarat gerakan pengetua
berkesaan. Pahang : Institut Aminuddin Baki.

Scheerens, J 1989. Effective Schooling: Research, Theory and Practise.London: Cassel.

Seminar Kepengetuaan 1/2000 : Kepimpinan Untuk Sekolah Yang Sihat Dan Selamat.

Sharifah Alwiah Alsagoff, 2000: Keberkesanan Sekolah:Satu Sosiologi.
Perspektif.

Yaakob Bin Ederis,Pengetua SMKB.Taman Dato’ Harun: “Sekolah Berkesan Teras Kejayaan Wawasan Pendidikan”.


Click to View FlipBook Version