Majalah Gaya Hidup Sihat  JULAI 2022
DUNIA SIHAT
BEKERJA 24 JAM                       www.duniasihat.com
MENGGANGGU                                      JANGAN
MENTAL                               TERPEDAYA
                                       SUPLEMEN
                                      TAMBAHAN
AKTIVITI
MUDAH
                                  COVID-19 PUNCA
                                                                                KESIHATAN
                                                                                        MENTAL
   GAYA HIDUP
        ZAMAN
KONTEMPORARI
Sidang
Redaksi
KETUA EDITOR
  ALWANIE WARDATI BINTI AZHARI
PENOLONG EDITOR
  NUR AIN BINTI RAPPE
 PEREKA GRAFIK
  NURUL SYAFIZA BT MUHAMMAD SURANI
KETUA WARTAWAN
 SITI NORYUSFARINA BT A. WAHAB
PENOLONG WARTAWAN
 NUR SYAZILA BINTI HAMSAH
Tinta Editor
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Syukur ke hadrat Illahi dengan izinnya, kami dapat menyiapkan e-majalah ini sekali gus
dapat menyempurnakan keseluruhan tugasan bagi subjek SBLM1023 Pengantar
Penulisan bagi sesi 2021/2022. Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan ucapan
setinggi-tingi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada pensyarah kami, Dr.
Zamimah Binti Osman yang tidak jemu memberi tunjuk ajar dan sedia membantu kami
sehingga dapat kami menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Ucapan terima kasih ini
juga turut ditujukan kepada rakan-rakan sidang redaksi yang telah banyak
menyumbang idea dan pendapat bersama-sama sepanjang proses menyiapkan
naskhah e-majalah ini.
E-majalah ini diberi nama “Dunia Sihat” yang berkonsepkan gaya hidup yang sihat yang
perlu diamalkan oleh semua masyarakat terutamanya selepas tercetusnya pelbagai
wabak sejak kebelakangan ini seperti virus covid-19, penyakit tangan, kaki dan mulut
dan banyak lagi. Pengamalan gaya hidup yang sihat dapat meningkatkan imunisasi
badan, mengurangkan stress serta dapat mengurangkan risiko penyakit merbahaya
seperti penyakit jantung, strok, diabetes dan sebagainya. Secara keseluruhannya,
majalah ini berkisarkan tentang aspek-aspek utama yang membawa kepada amalan
gaya hidup sihat seperti aspek pemakanan, kesihatan fizikal, kesihatan mental dan
sebagainya yang selaras dengan arus kemodenan pada masa kini.
Harapan saya agar pembaca e-majalah Dunia Sihat       Alwanie Wardati                   JULAI 2022 02
berpuas hati dengan hasil yang telah diterbitkan ini
serta dapat menerima pelbagai manfaat dari input                Ketua Editor
yang disediakan. Selain itu, semoga semua anggota
masyarakat dapat mempraktikkan gaya hidup yang                 Majalah
sihat dalam kehidupan seharian seterusnya dapat           Dunia Sihat
menjadikan dunia kita dunia yang sihat. Akhir kata,
saya mewakili pihak sidang redaksi yang lain ingin
merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada
pihak yang terlibat secara langsung atau tidak
langsung dalam usaha menerbitkan e-majalah ini.
Saya juga ingin memohon maaf atas segala
kekhilafan yang berlaku sepanjang penerbitan e-
majalah ini dijalankan. Sekian, terima kasih.
03 www.duniasihat.com
ISI
KANDUNGAN
04  Gaya Hidup Zaman
    Kontemporari
    Perubahan gaya hidup, pemakanan, cara
    pergaulan dan peradaban manusia.
05 Kesihatan Mental
           Bekerja 24 jam tanpa henti menggangu
           mental petugas barisan hadapan.
06 Pemakanan
           Tabiat pemakanan yang tidak sihat
07 Peradaban
           Perkembangan peradaban manusia
09 Jangan Tepedaya
           Impak negatif dari suplemen tambahan
11 Pemakanan Seimbang &
      Aktiviti Mudah
           Pengambilan corak pemakanan dan
           kesihatan kardio
12 Punca Kesihatan Mental
      Meningkat
           Covid-19 menyebabkan kemurungan
                                 04 www.duniasihat.com
GAYA HIDUP
ZAMAN
KONTEMPORARI
          Ditulis oleh Nur Syazila Hamsah
Kemajuan dunia masa ini bukan hanya          Dari Ibnu ‘Abbas, Rasulullah shallallahu
dapat diukur dengan kepelbagaian                      ‘alaihi wa sallam bersabda,
teknologi canggih sehingga berupaya
menggantikan tempat manusia dalam            َش َباَبَك َق ْبَل َهَرِم َك َو: ِاْغ َتِنْم َخْم ًس ا َق ْبَل َخْم ٍس
sektor pekerjaan kilang dan kerja rumah.    ِص َّحَتَك َق ْبَل َس َق ِم َك َو ِغ َناَك َق ْبَل َف ْق ِرَك َو َف َراَغ َك
Bahkan, perkembangan manusia di seluruh
pelusuk dunia dapat dilihat dengan                    َق ْبَل َش ْغ ِلَك َو َحَياَتَك َق ْبَل َم ْو ِتَك
perubahan gaya hidup, pemakanan, cara        “Manfaatkan lima perkara sebelum lima
pergaulan dan peradaban.
                                                                   perkara :
Gaya hidup biasanya dikaitkan dengan                                     
amalan gaya hidup sihat bagi menjamin
kesejahteraan hidup sepanjang hayat. Gaya  [1] Waktu mudamu sebelum datang waktu
hidup sihat pastinya membawa kesan                                  tuamu,
positif khususnya kepada individu,
keluarga dan umumnya terhadap               [2] Waktu sehatmu sebelum datang waktu
masyarakat sejagat.                                                sakitmu,
Keperluan memiliki gaya hidup yang sihat     [3] Masa kayamu sebelum datang masa
pada zaman yang diwarnai dengan pelbagai                        kefakiranmu,
cabaran dan pancaroba ini adalah menjadi
suatu kemestian.                             [4] Masa luangmu sebelum datang masa
                                                                   sibukmu,
Justeru, beberapa usaha perlu diambil
dalam pada mencapai makna gaya hidup       [5] Hidupmu sebelum datang kematianmu.”
sihat itu sendiri.                                                       
                                              (HR. Al Hakim dalam Al Mustadroknya,
                                              dikatakan oleh Adz Dzahabiy dalam At
                                               Talkhish berdasarkan syarat Bukhari-
                                             Muslim. Hadits ini dikatakan shohih oleh
                                           Syaikh Al Albani dalam Al Jami’ Ash Shogir)
                                                                         
                                                                                                   05
06 GAYA HIDUP ZAMAN KONTEMPORARI  KESIHATAN
                                    MENTAL
Kebiasaannya, keutamaan akan diberikan dari
sudut pemakanan. Amalan pemakanan yang baik
menjamin tubuh badan yang sihat, manakala cara
hidup dan senaman yang berkala menjamin tubuh
badan yang cergas selain dapat mencerdaskan
minda.
Namun, berlainan pula halnya dengan keperluan
semasa yang menunjukkan kesihatan mental
adalah lebih utama. Lebih-lebih lagi semenjak kes
Covid 19 yang menular dalam kalangan rakyat
Malaysia sehingga menyebabkan petugas barisan
hadapan 24 jam tanpa henti bekerja untuk
membendung wabak ini daripada terus berleluasa.
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang
diumumkan pada 16 Mac pula memberikan kesan
negatif kepada banyak rakyat Malaysia.
Semasa sambutan Hari Pencegahan Bunuh Diri
Sedunia pada 10 September, 2021, Dr Noor
Hisham berkata bahawasanya jika masalah
kemurungan gagal dikenal pasti dan dirawat
sebaiknya, mangsa berisiko untuk melakukan
tingkah laku bunuh diri, seperti idea untuk
bunuh diri, rancangan untuk membunuh diri,
cubaan utuk membunuh diri serta kematian
akibat tindakan bunuh diri.
07 GAYA HIDUP ZAMAN KONTEMPORARI
PEMAKANAN
Kini, melalui televisyen atau mana-mana jenis
platform media sosial banyak memaparkan pelbagai
jenis iklan yang mengiklankan makanan segera. Hal
ini mendedahkan masyarakat kita tanpa mengira
peringkat umur kepada pemikiran bahawa makan
makanan segera dan tidak bernutrisi adalah suatu
kebiasaan.
Selain itu, makanan segera juga dilihat sebagai
'penyelamat' yang berupaya untuk menyelesaikan
masalah ketiadaan masa untuk memasak dan makan
disebabkan kesibukan bekerja. Dengan itu, ibu bapa
bekerjaya mengambil jalan singkat dengan
membekalkan makanan segera yang sedia digoreng
dalam beberapa minit untuk menjadi bekalan
makanan anak-anak mereka ke sekolah.
Kementerian Kesihatan Malaysia melaporkan
bagaimana kaitan pemakanan yang tidak sihat boleh
menyebabkan kemurungan. Di Malaysia 1 dari 7
orang dewasa menghidap diabetes. Pesakit diabetes
pula mempunyai lebih 3 kali risiko untuk mendapat
kemurungan berbanding dengan individu yang sihat.
Buktinya, pesakit diabetes mampu mengalami
masalah kesihatan mental akibat perasaan bimbang
menghadapi masa hadapan selain turut mengahadapi
beban penjagaan kesihatan diri yang bertambah.
08 GAYA HIDUP ZAMAN KONTEMPORARI
              PERADABAN
                                 Tidak dapat dinafikan bahawa manusia sebagai unsur
                                 terpenting dalam memastikan kelangsungan sesebuah
                                 peradaban. Peradaban pula hanya dapat berkembang
                                 dan berupaya mencapai tahap kecemerlangan jika
                                 disokong dengan kekuatan cara pemikiran serta
                                 ditunjangi penghayatan sebenar agama.
                                 Akan tetapi, atas nama globalisasi yakni era tanpa
                                 sempadan, pelbagai percampuran adat dan budaya
                                 dapat dilihat.
                                 Bagi amalan positif, dapat kita praktikkan dalam
                                 kehidupan seharian. Sebagai contoh, kemajuan
                                 teknologi perhubungan dan komunikasi yang dibawa
                                 dari Barat iaitu penggunaan telefon atau komputer
                                 sebagai wadah untuk berkomunikasi. Hal ini
                                 memudahkan urusan masyarakat Malaysia selain
                                 mampu menjadi cara terpantas untuk memaklumkan
                                 hal-hal penting.
                                 Dalam masa yang sama, unsur negatif hasil
                                 percampuran peradaban dan cara berfikir pula
                                 muncul sebagai suatu masalah di negara kita. Sebagai
                                 contoh, budaya pemakaian dan pergaulan Barat yang
                                 sangat bertentangan dengan pegangan agama Islam
                                 selain orang kita yang terkenal dengan kesantunan
                                 masyarakat Timur.
Disediakan oleh Nurul Syafiza
3H                             PROMO RM100
2M
                                    Penginapan 3H2M
                                    Kereta Sewa 3 hari
                                    Percuma servis 'pickup' di Jeti/Lapangan
                                    Terbang
                               www.duniasihat.com 
 09
Orang ramai jangan     Jangan Terpedaya Dengan
  sesekali terpedaya   Produk Suplemen
  dengan iklan yang
        bersifat       Ditulis oleh Siti Noryusfarina
  ‘OVERCLAIM’
                       Sejak akhir-akhir ini, produk suplemen atau turut dikenali
 dengan menjanjikan    sebagai produk makanan tambahan banyak dijual di farmasi,
 kesan mujarab dan     drug store, dan kios-kiosk jamu. Tambahan pula, pada masa
bagus untuk kesihatan  sekarang jualan secara dalam talian atau online business
dan juga kecantikan.   semakin banyak dipraktikkan.
                       Tetapi tahukah kita bahawa produk suplemen ini boleh
                       memberi impak negatif kepada kesihatan diri kita terutamanya
                       kesihatan buah pinggang? Bagi merungkai persoalan berkaitan
                       produk suplemen ini, Doktor Rafidah Abdullah, Pakar
                       Perunding Perubatan dan Pakar Nefrologi Hospital Putrajaya,
                       telah memberi penerangan tentang mengapa masyarakat perlu
                       berhenti membeli dan memakan produk suplemen menerusi
                       penulisannya di laman Facebook, Instagram dan Twitter
                       miliknya.
                        Hakikatnya, ramai yang menghidap penyakit kronik dan
                        kemudian mengamalkan pengambilan produk suplemen lain
                        kerana percaya dan yakin bahawa produk tersebut mendapat
                        kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
                       Doktor Rafidah Abdullah turut menegaskan bahawa orang
                       ramai jangan sesekali terpedaya dengan iklan yang bersifat
                       ‘OVERCLAIM’ dengan menjanjikan kesan mujarab dan bagus
                       untuk kesihatan dan juga kecantikan. Sesungguhnya kesan
                       pengambilan suplemen bukan boleh dilihat dalam jangka masa
                       pendek ia akan menunjukkan kesan pada jangka masa panjang.
                       Perlu diingatkan bahawa produk suplemen bukanlah pengganti
                       diet seimbang. Setiap individu perlu berusaha untuk
                       mendapatkan nutrien daripada sumber semula jadi iaitu
                       melalui diet seimbang. Diet seimbang mempunyai zat lengkap
                       dan mempunyai komponen nutrien yang pastinya lebih
                       menjamin kesihatan. Justeru, untuk kekal sihat, amalkan gaya
                       hidup sihat dan pemakanan yang seimbang.
                       10
Disediakan oleh Nurul Syafiza
Turunkan berat badan?
 Amalkan Makanan Ini Untuk Diet Sihat Anda
     Epal         Telur rebus        Oat
Tinggi serat,     Tinggi protein      Tinggi
Rendah kalori                     karbohidrat
   Kangkung          Yogurt       Avocado
Mengawal paras    Padat dengan    Tinggi serat
gula dalam darah       nutrien      dan fiber
Minyak Zaitun     Ikan Sardin      Blueberri
  Tinggi khasiat  Mengekalkan     Kaya dengan
                                         fiber
                         otot
                                      www.duniasihat.com 
 11
12 www.duniasihat.com
PEMAKANAN SEIMBANG
MEMPENGARUHI
KESIHATAN DIRI
Pengambilan corak pemakanan yang seimbang
adalah penting untuk kesihatan diri sendiri. Secara
amnya, makanan seimbang merupakan makanan
yang perlu dimakan oleh setiap individu untuk
memastikan tubuh badan mereka berfungsi secara
normal dan baik. Pengambilan pemakanan yang
  seimbang akan memberikan tenaga, karbohidrat,
protein dan lemak yang mencukupi dan di paras yang
baik dan kandungan fiber yang mencukupi. Hal ini
sekali gus dapat menjauhi seseorang itu daripada
sebarang penyakit. Manusia memerlukan makanan
dan vitamin yang sangat mencukupi untuk melakukan
kegiatan harian, tumbesaran dan penjagaan
kesihatan.
                     “ Empat daripada sepuluh orang
                dewasa yang melebihi usia 18 tahun di
                     negara ini sama ada mengalami
                kegemukan atau terlebih berat badan
                                       (obesiti). ”
                                                                              Ditulis oleh Nur Ain
                                                       BERJALAN AKTIVITI
                                                       MUDAH GAYA HIDUP
                                                       SIHAT
                                                       Berjalan kini merupakan salah satu bentuk
                                                       senaman yang amat mudah dilakukan
                                                       walau dimana sahaja. Justeru, sekiranya
                                                       individu itu tidak gemar untuk melakukan
                                                       senaman, namun ingin mendapatkan
                                                       kesiahatan kardio, aktiviti berjalan adalah
                                                       jalan penyelesaian terbaik. Kini, terdapat
                                                       banyak kajian yang telah membuktikan
                                                       bahawa melalui berjalan dapat
                                                       mengurangkan tekanan serta mampu
                                                       membaiki 'mood' individu tersebut.
                                                       Banyak kebaikan berjalan dan sewajarnya
                                                       diamalkan.
Ditulis oleh Nur Ain
  "COVID 19
PUNCA KESIHATAN
MENTAL
MENINGKAT"
Pandemik     COVID-19      yang
melanda seantero dunia telah
memberikan dampak dan beban
yang       signifikan      terhadap
kesihatan    mental.       Pelbagai
insiden yang berlaku berkaitan
dengan COVID-19 seperti di
jangkiti virus COVID-19 sehingga
menyebabkan kematian seseorang
yang rapat, kehilangan pekerjaan
dan        masalah     kewangan
menyebabkan         ramai  yang
mengalami masalah stress dan
kemurungan. Malah, individu
yang       menghidap       penyakit
psikiatri sebelum munculnya
COVID-19 berhadapan dengan
cabaran yang lagi besar. Terdapat
juga individu yang menghadapi
gejala penyakit mereka berulang
dan bertambah teruk semasa
pandemik.
                           13
Disediakan oleh Nurul Syafiza
                        DIGUNAKAN OLEH
                  PROFESSIONAL
Dapatkan di:         Rasai
              kesegarannya
tresemme.com
                                                   14
Disediakan oleh Nurul Syafiza
Kesihatan
    & Pemakanan
  Makan makanan yang sihat boleh
 mengisi badan anda dengan tenaga
    dan nutrien yang secukupnya.
   Bayangkan sel badan tersenyum
    kepada anda dan mengucapkan
                 'Terima Kasih!'
TEKA SILANG KATA
    MAKANAN BERKHASIAT
                    Cari perkataan berikut:
MT E DDAB E ARAK E JU
R O L E R C I G X O I V NWT
UMB I K N R R H T O L L QA
T A CW E D L C O I U T C N F
R T S C KMP U T E R GGME
AO Z DA L OR E NUGGBH
I WV U C P L A N E UWB E D
K XGB AH L U Z R RMA PC
AYML N J VYGP E X L AA
NGORGP E S U S U K L L R
KEKACANG  EPAL  IKAN    ANGGUR               AIR
ROTI      OREN  TOMATO  SUSU                 KEJU
                                                    15
PROMOSI
                             KAW KAW!
                                  1 - 10 JULAI 2022
                            50%
                                              DISKAUN
                                                                        untuk semua produk
                                     Disediakan oleh Nurul Syafiza
   RM10                         RM15                                   BELI 1
                                                                    PERCUMA 1
              Diskaun*                             KOD: DIS100
untuk pembelian atas talian                                     untuk produk tertentu sahaja
                             perbelanjaan minimum RM100
Ikuti Watsons Malaysia di:   Disediakan oleh Nurul Syafiza                                    16
www.duniasihat.com
DUNIA SIHAT
      DUNIASIHAT                                 TERBITAN BULANAN
      @dunia_sihat                                SEM M'SIA RM16.00
      @dunia_sihat
NO 6, JALAN KRISTAL L8/L, SEKSYEN 13, SHAH ALAM