BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 4-8, BLOK E9, KOMPLEKS E
62050 WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA
KERTAS PENERANGAN
( INFORMATION SHEET )
KOD DAN NAMA
PROGRAM / TP-300-2:2013 AUTOMOTIF SERVIS SELEPAS JUALAN
PROGRAM CODE & NAME
TAHAP / LEVEL L 2
NO. DAN TAJUK UNIT
KOMPETENSI / TP-300-2:2013-C20 MENSERVIS SISTEM PENYAMAN
COMPETENCY UNIT NO. UDARA
AND TITLE
1. MEMERIKSA KEBOCORAN SISTEM PENYAMAN
UDARA
2. MENUKAR PENAPIS MIKRO PENYAMAN UDARA
3. MEMERIKSA RECEIVER DRIER
NO. DAN PENYATAAN
AKTIVITI KERJA / WORK 4. MENANGGALKAN KIPAS CONDENSER PENYAMAN
ACTIVITIES NO. AND UDARA
STATEMENT
5. MENGGANTI PEMAMPAT PENYAMAN UDARA
6. MENGEPAM KELUAR SISTEM PENYAMAN UDARA
YANG TELAH TERCEMAR
Muka Surat / Page :
NO. KOD / CODE NO. TP-300-2:2013-C20/P(1/4)
1 Drp / Of 6
NO. KOD / CODE NO. TP-300-2:2013-C20/P(1/4) Muka Surat / Page :
2 Drp / Of 6
TAJUK/ TITLE :
MEMERIKSA KEBOCORAN SISTEM PENYAMAN UDARA
TUJUAN/ PURPOSE :
Kertas ini bertujuan menerangkan perkara-perkara berkaitan dengan system penyaman udara
iaitu komponen asas sistem penyaman udara kenderaan dan kaedah mengesan kebocoran
pada sistem penyaman udara.
PENERANGAN/ INFORMATION:
Sistem penghawa dingin kenderaan (air conditoning system) begitu penting untuk keselesaan
pemandu dan penumpang. Komponen sistem penghawa dingin terdiri daripada 2 bahagian
iaitu:
1. Komponen Utama:
i. pemampat (compressor)
mengepam atau menggerakkan bahan
pendingin keseluruh sIstem dan berfungsi
menyenggara perbezaan bahagian tekanan
antara bahagian tekanan tinggi dan tekanan
rendah.
ii. pemeluwap (condensor)
menyingkirkan haba ke persekitaran daripada
wap bahan pendingin yang diserap oleh
penyejat.
iii. penyejat (cooling coil)
Membolehkan cecair bahan pendingin yang
beredar melalui tube-tubenya menyerap haba
dalam ruangan penumpang.
iv. Injap pengembangan termostatik
(Thermostatic expansion valve).
Untuk merendahkan tekanan refrigerant
supaya cecair refrigerant meruap
semasa melalui evaporator coil tube
NO. KOD / CODE NO. TP-300-2:2013-C20/P(1/4) Muka Surat / Page :
3 Drp / Of 6
2. Komponen Tambahan:
i. Turas pengering (receiver dryer),
ii. Larassuhu (thermostat),
iii. Suis larassuhu,
iv. Kaca cerap (sight glass),
v. Hos tekanan
vi. Suis motor kipas.
vii. Kipas condenser.
viii. Kipas penyejat (blower)
3. Kitaran Asas Penyejukan.
i. Bahan pendingin berkeadaan wap panas dan bertekanan tinggi meninggalkan
pemampat. Wap ini mengalir dalam saluran nyahcas menuju ke pemeluwap.
ii. Di dalam pemeluwap bahan pendingin akan menyingkirkan haba keluar darinya. Wap
bahan pendingin bertukar bentuk menjadi cecair hangat / suam bertekanan tinggi.
iii. Di dalam injap pengembangan tekanan diturunkan dan kadar kemasukan bahan
pendingin dalam bentuk cecair dikawal secukupnya untuk keperluan didalam penyejat.
iv. Cecair yang meninggalkan injap akan mula mendidih pada tekanan yang rendah. Haba
akan diserap kedalam bahan pendingin didalam penyejat. Proses pendidihan ini berlaku
dalam tekanan rendah, menyebabkan cecair bertukar menjadi wap.
NO. KOD / CODE NO. TP-300-2:2013-C20/P(1/4) Muka Surat / Page :
4 Drp / Of 6
4. Kedudukan Komponen Asas Dan Tambahan Pada Kenderaan
MENGESAN KEBOCORAN SISTEM PENYAMANAN UDARA
i. Sistem penyaman udara kenderaan yang menggunakan bahan pendigin R134a yang
baik mempunyai tekanan sekitar 35 – 40 psi, bersamaan antara 5 celcius – 8 celcius
suhu sepadan pada bahagian tekanan rendah.
ii. Sekiranya bacaan tolok pada tekanan rendah menunjukkan bacaan yang kurang dari
bacaan yang dinyatakan tadi, ini berkemungkinan system penyaman udara tersebut
mengalami kebocoran.
iii. Kebocoran pada sistem penyaman udara kenderaan akan menyebabkan penyaman
udara tersebut tidak dapat melaksanakan fungsinya dengan berkesan.
iv. Oleh itu kemahiran mengesan kebocoran adalah penting bagi. Antara kaedah
mengesan kebocoran yang biasa digunakan yang biasa digunakan adalah seperti
berikut:
NO. KOD / CODE NO. TP-300-2:2013-C20/P(1/4) Muka Surat / Page :
5 Drp / Of 6
1. Kesan kebocoran menggunakan air sabun
• Letakkan buih sabun pada semua sambungan atau pada tempat-tempat disyaki bocor.
• Perhatikan dengan teliti keadaan buih sabun tersebut akan membesar, menandakan
terdapat kebocoran
a. Kesan kebocoran menggunakan sumpitan api halida
• Nyalakan sumpitan api tersebut dan halakan kepada setiap persambungan atau tempat
yang disyaki bocor.
• Nyalaan api akan bertukar warna dari warna jernih ke warna hijau muda jika kebocoran
kecil.
• Warna akan menjadi unggu jika kebocoran besar
b. Kesan dengan menggunakan pengesan elektronik
• Alat ini boleh digunakan semasa sistem sedang berfungsi.
• Halakan hujung muncung alat tersebut kepada semua persambungan atau tempat yang
disyaki bocor
• Pengesan akan mengeluarkan bunyi jika terdapat kebocoran.
Penggunaan alat pengesan kebocoran
NO. KOD / CODE NO. TP-300-2:2013-C20/P(1/4) Muka Surat / Page :
6 Drp / Of 6
SOALAN/ QUESTION:
1. Nyatakan 3 cara mengesan kebocoran system penyaman udara?
a.
b.
c.
2. Nyatakan 4 komponen utama system penyaman udara
a.
b.
c.
d.
RUJUKAN/ REFERENCE :
1. Service Manual Proton Saga
2. Pengenalan Kepada Mekanik Motor Penerbit: Universiti Teknologi Malaysia
3. Teknologi Automotif Pengarang: Bahaman b. Rajul
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 4-8, BLOK E9, KOMPLEKS E
62050 WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA
KERTAS PENERANGAN
( INFORMATION SHEET )
KOD DAN NAMA
PROGRAM / TP-300-2:2013 AUTOMOTIF SERVIS SELEPAS JUALAN
PROGRAM CODE & NAME
TAHAP / LEVEL L 2
NO. DAN TAJUK UNIT
KOMPETENSI / TP-300-2:2013-C20 : MENSERVIS SISTEM PENYAMAN
COMPETENCY UNIT NO. UDARA
AND TITLE
1. MEMERIKSA KEBOCORAN SISTEM PENYAMAN
UDARA
2. MENUKAR PENAPIS MIKRO PENYAMAN UDARA
3. MEMERIKSA RECEIVER DRIER
NO. DAN PENYATAAN
AKTIVITI KERJA / WORK 4. MENANGGALKAN KIPAS CONDENSER PENYAMAN
ACTIVITIES NO. AND UDARA
STATEMENT
5. MENGGANTI PEMAMPAT PENYAMAN UDARA
6. MENGEPAM KELUAR SISTEM PENYAMAN UDARA
YANG TELAH TERCEMAR
Muka Surat / Page :
NO. KOD / CODE NO. TP-300-2:2013-C20/P(2/4)
1 Drp / Of 4
NO. KOD / CODE NO. TP-300-2:2013-C20/P(2/4) Muka Surat / Page :
2 Drp / Of 4
TAJUK/ TITLE:
MIKRO FILTER DAN RECEIVER-DRIER
TUJUAN/ PURPOSE:
Kertas penerangan ini bertujuan untuk memberi kefahaman dan pengetahuan kepada murid
tentang penapis mikro (micro filter) dan turas pengering (receiver drier).
PENERANGAN/ INFORMATION :
PENAPIS MIKRO (Micro Filter)
1. Penapis udara mikro untuk penyaman udara kenderaan, juga dikenali sebagai penapis
udara kabin adalah berbeza sama sekali dengan penapis udara untuk enjin.
2. Penapis udara enjin berfungsi untuk membersihkan udara untuk enjin, manakala
penapis udara mikro penyaman udara kenderaan berfungsi bagi keselesaan
penumpang.
3. Penapis udara yang tersumbat akan menyebabkan kualiti pengudaraan yang merosot
didalam kenderaan.
4. Udara tidak dapat melalui penapis mikro yang tersumbat.
5. Selain dari memberikan pengudaraan yang baik untuk penumpang, penapis mikro juga
boleh meningkatkan jangka hayat peralatan elektrik seperti motor blower.
6. Penapis mikro adalah mudah untuk ditemui.
7. Kebiasaannya ianya boleh ditemui dibawah dashboard kenderaan.
8. Penapis udara mikro hendaklah dibersihkan secara berkala.
9. Penapis udara mikro kebiasaannya akan ditukar setiap 20000 km, bergantung pada
kondisi penapis udara mikro tersebut.
NO. KOD / CODE NO. TP-300-2:2013-C20/P(2/4) Muka Surat / Page :
3 Drp / Of 4
TURAS PENGERING (RECEIVER DRIER)
1. Turas pengering mengandungi dessicant sack, biasanya gel silica yang akan
mengasingkan lembapan daripada bahan pendingin, ini dapat menghalang lembapan
tersebut dari memasuki pemampat, yang berkemungkinan akan menyebabkan
kerosakan kepada pemampat tersebut.
2. Turas pengering juga berperanan menapis serpihan halus daripada system penyaman
udara kenderaan.
3. Kebanyakan turas pengering mempunyai sight glass, dimana ianya memberikan
pengelihatan tentang kuantiti bahan pendingin yang terdapat didalam system penyaman
udara kenderaan tersebut.
4. Cecair bahan pendingin boleh kelihatan dikaca cerap dalam tiga keadaan:
i. Gelembung-gelembung buih – ini menandakan cecair bahan pendingin didalam sistem
tidak mencukupi.
ii. Kelihatan jernih – ini menandakan cecair bahan pendingin telah memenuhi ruangan
didalam sistem (gas cukup).
iii. Kelihatan jernih – ini kemungkinan juga menandakan tiada bahan pendingin didalam
sistem (kosong).
NO. KOD / CODE NO. TP-300-2:2013-C20/P(2/4) Muka Surat / Page :
4 Drp / Of 4
Melihat keadaan refrigerant (bahan pendingin) di sight glass pada turas
pengering :-
Keadaan menunjukkan gas kurang
Keadaan menunjukkan gas sudah memenuhi Keadaan sudah terlalu
penuh atau tiada gas
SOALAN/ QUESTION :
1. Cecair bahan pendingin boleh kelihatan dikaca cerap dalam tiga keadaan. Nyatakan
keadaannya:
i. .....................................................................................................................................
ii. .....................................................................................................................................
iii. ......................................................................................................................................
2. Apakah fungsi penapis udara enjin ?
.......................................................................................................................................................
3. Apakah fungsi penapis udara mikro penyaman udara kenderaan?
.......................................................................................................................................................
RUJUKAN/ REFERENCE :
1. Service Manual Proton Saga
2. Pengenalan Kepada Mekanik Motor Penerbit: Universiti Teknologi Malaysia
3. Teknologi Automotif Pengarang: Bahaman b. Rajuli
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 4-8, BLOK E9, KOMPLEKS E
62050 WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA
KERTAS PENERANGAN
( INFORMATION SHEET )
KOD DAN NAMA
PROGRAM / TP-300-2:2013 AUTOMOTIF SERVIS SELEPAS JUALAN
PROGRAM CODE & NAME
TAHAP / LEVEL L 2
NO. DAN TAJUK UNIT
KOMPETENSI / TP-300-2:2013-C20 : MENSERVIS SISTEM PENYAMAN
COMPETENCY UNIT NO. UDARA
AND TITLE
1. MEMERIKSA KEBOCORAN SISTEM PENYAMAN
UDARA
2. MENUKAR PENAPIS MIKRO PENYAMANN UDARA
3. MEMERIKSA RECEIVER DRIER
NO. DAN PENYATAAN
AKTIVITI KERJA / WORK 4. MENANGGALKAN KIPAS CONDENSER PENYAMAN
ACTIVITIES NO. AND UDARA
STATEMENT
5. MENGGANTI PEMAMPAT PENYAMAN UDARA
6. MENGEPAM KELUAR SISTEM PENYAMAN UDARA
YANG TELAH TERCEMAR
Muka Surat / Page :
NO. KOD / CODE NO. TP-300-2:2013-C20/P(3/4)
1 Drp / Of 9
NO. KOD / CODE NO. TP-300-2:2013-C20/P(3/4) Muka / Page :
2 Drp / Of 9
TAJUK/ TITLE:
KIPAS CONDENSER DAN PEMAMPAT PENYAMAN UDARA
TUJUAN/ PURPOSE:
Kertas penerangan ini bertujuan untuk memberi kefahaman dan pengetahuan kepada murid
tentang fungsi compressor, jenis tali sawat compressor, fungsi kipas kondensor dan jenis
kipas kondensor penyaman udara kenderaan.
PENERANGAN/ INFORMATION :
PEMAMPAT (COMPRESSOR)
i. Menggerakan gas bahan pendingin kepada sistem penyaman udara kenderaan.
ii. Digerakkan oleh tali sawat yang disambung pada enjin.
iii. Magnetic clutch digunakan untuk mengawal operasi pemampat
iv. Beroperasi pada kadar kelajuan enjin yang telah ditetapkan oleh auto
relay.
Gambarajah menunjukkan sebuah pemampat (compressor )
NO. KOD / CODE NO. TP-300-2:2013-C20/P(3/4) Muka / Page :
3 Drp / Of 9
1. Jenis dan Binaan Pemampat.
Terdapat dua jenis compressor air-cond digunakan pada kenderaan ialah : -
i) Pemampat jenis Crank - menggunakan piston dan connecting rod seperti
ditunjukkan dalam gambarajah (a)
ii) Pemampat jenis Salingan - menggunakan plat kocek seperti ditunjukkan dalam
gambarajah (b).
Gambarajah (a) Pemampat Jenis Crank
Gambarajah (b) Pemampat Jenis Salingan
NO. KOD / CODE NO. TP-300-2:2013-C20/P(3/4) Muka / Page :
4 Drp / Of 9
2. Fungsi dan Jenis Magnetic Clutch
i. Magnetic Clutch berfungsi mengawal kendalian pemampat atau sebaliknya.
ii. Pada masa yang tertentu. Kendalian kapi yang dilengkapkan pada pemampat kenderaan
menggunakan prinsip elektromagnet.
iii. Terdapat dua jenis pasangan kapi yang dipasangkan pada pemampat penyaman udara
kenderaan iaitu : -
a. Medan magnet pegun ( tidak berpusing bersama-sama kapi )
b. Medan magnet putar ( berpusing bersama-sama kapi )
3. Operasi compressor magnetic pegun/clutch
i. Magnetic clutch diletakan dibahagian badan pemampat dengan
menggunakan skru. Kaedah ini lebih baik jika dibandingkan dengan kaedah
medan magnet putar kerana ia dapat menggelakan banyak bahagian haus.
ii. Pully digabungkan kepada magnetic coil dengan menggunakan bearing dan gelang
sentap ( snap ring ). Pully disatukan dengan crank shaft dengan menggunakan bolt.
iii. Kabel hidup dari medan magnet disambung auto relay dan dari auto relay
disambungkan pula kepada suis larasuhu.Semasa tiada bekalan elektrik di medan
magnet, tiada daya magnet menarik clutch plate untuk melekat pada pully.
iv. Proses ini menyebabkan pully bebas berpusing bersama-sama dengan pusingan enjin
kereta dengan adanya tali sawat atau sabuk. Pemampat pada ketika ini tidak
berpusing kerana clutch plate tidak berpusing bersama-sama dengan pully.
v. Apabila suis larasuhu di‘ON’ arus elektrik dibekalkan kepada magnetic coil dan
elektromagnet akan terhasil. Clutch plate dengan pully dan shaft akan berpusing
bersama-sama dengan piston.
4. Binaan magnetic clutch
i. Kedua-dua gegelung medan magnet memerlukan perhatian yang teliti : -
a. Jarak antara medan magnet dengan kapi.
- Kapi perlulah diletakan seberapa hampir dengan gegelung medan
magnet untuk memudahkan pengaliran fluks magnet.
b. Jarak antara angker dengan kapi.
- Jika jarak antara kapi dengan angker terlalu rapat, kapi akan menyeret
angker semasa gegelung medan magnet tidak berfungsi.
NO. KOD / CODE NO. TP-300-2:2013-C20/P(3/4) Muka / Page :
5 Drp / Of 9
ii. Jika jarak antara kapi dengan angker terlalu jauh pengaliran fluks magnet akan
menjadi lemah semasa gegelung medan magnet beroperasi. Keadaan seumpama ini
menyebabkan kepincangan tugasnya.
iii. Jarak ini perlulah ditentukan dengan teliti supaya tiada gelinciran berlaku semasa
peringkat pertama percantuman angker dengan kapi.
Gambarajah binaan magnet clutch assembly
Gambarajah jenis-jenis magnet clutch
NO. KOD / CODE NO. TP-300-2:2013-C20/P(3/4) Muka / Page :
6 Drp / Of 9
5. Talisawat ( belt )
Talisawat digunakan untuk penghubung bagi memusingkan pam air, alternator, power steering
dan air con compressor (rujuk gambarajah dibawah ).
6. Fungsi Dan Jenis Talisawat
Terdapat Empat jenis belt yang digunakan pada kenderaan pada masa kini iaitu : -
i. Jenis alur ’V’ Tunggal (single V groove)
ii. Jenis alur ’V’ Berbilang ( gogged ’v’ belt )
iii. Jenis Cogged timing belt
iv. Jenis Serpentine belt
Gambarajah Jenis Belt
Gambarajah kedudukan belt pada enjin
NO. KOD / CODE NO. TP-300-2:2013-C20/P(3/4) Muka / Page :
7 Drp / Of 9
KONDENSOR PEMELUWAP.
i. Adalah alat untuk menyingkirkan haba wap bahan pendingin yang diserap di penyejat.
Ianya menggunakan jenis condenser bersirip perolakan pendingin udara kereta. Wap
bahan pendingin R-134a dari pemampat akan mengalir melalui hos tekanan tinggi ke
condenser.
ii. Wap ini akan masuk melalui bahagian atas condenser dan memasuki gelung
condenser. Wap ini akan disejukan dengan perolakan daya penyejukan udara dan
bahan bertukar bentuk menjadi cecair.
iii. Cecair bahan pendingin yang berada dibahagian bawah condenser disebut cecair
bahan pendingin bertekanan tinggi. Cecair bahan pendingin bertekanan tinggi ini akan
mengalir masuk ke drier.
iv. Condenser biasanya ditempatkan dibahagian hadapan penyinar. Ini adalah supaya
penyingkiran haba berlaku dengan lebih berkesan. Gambarajah 19.03 menunjukkan
sebuah condensor.
Gambarajah condenser
v. Condenser dipasang dihadapan kenderaan untuk memberi lebih kecekapan proses
pembuangan haba secara paksa oleh udara dari kipas dan udara yang dihembus
semasa kenderaan bergerak. Lebih banyak haba yang dibuang oleh condenser, lebih
pantas lagi proses penyerapan haba berlaku di evaporetor.
NO. KOD / CODE NO. TP-300-2:2013-C20/P(3/4) Muka / Page :
8 Drp / Of 9
1. Jenis-jenis condenser
i. Dari segi binaannya tidak banyak perbezaan. Boleh dikatakan kebanyakannya
berbentuk Tiub bersirip (plate fin) dan Serpentine fin. Ianya terdapat dalam bentuk :
a. Single pass type condenser.
b. Three pass type condenser dan Multi pass type condenser.
Gambarajah menunjukkan jenis-jenis condenser.
2. Kipas elektrik (condensor electrical fan)
i. Condensor electrical fan ialah alat yang membantu mempercepatkan peredaran udara
melalui celah-celah sirip ( fins ) dan coil tubes pada condensor supaya dapat
membebaskan haba pada bahan pendingin ( wap bertekanan tinggi ) dalam condensor.
Gambarajah condenser fan
NO. KOD / CODE NO. TP-300-2:2013-C20/P(3/4) Muka / Page :
9 Drp / Of 9
SOALAN/ QUESTION:
1. Nyatakan dua jenis compressor air-cond digunakan pada kenderaan
i)......................................................................................................................
ii) ......................................................................................................................
2. Nyatakan dua jenis pasangan kapi yang dipasangkan pada pemampat penyaman udara
kenderaan
i)......................................................................................................................
ii) ......................................................................................................................
RUJUKAN/ REFERENCE :
1. Automotif Kenderaan Tingkatan 4 & 5 Dewan Bahasa Dan Pustaka.
2. Teknologi Automotif.Mohd Bahaman Mohd Rajuli. International Book Service,Petaling Jaya.
3. Buku Jurutera Lektrik dan Jentera (Institut Kejuruteraan Tentera Darat)
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 4-8, BLOK E9, KOMPLEKS E
62050 WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA
KERTAS PENERANGAN
( INFORMATION SHEET )
KOD DAN NAMA
PROGRAM / TP-300-2:2013 AUTOMOTIF SERVIS SELEPAS JUALAN
PROGRAM CODE & NAME
TAHAP / LEVEL L 2
NO. DAN TAJUK UNIT
KOMPETENSI / TP-300-2:2013-C20 : MENSERVIS SISTEM PENYAMAN
COMPETENCY UNIT NO. UDARA
AND TITLE
1. MEMERIKSA KEBOCORAN SISTEM PENYAMAN
UDARA
2. MENUKAR PENAPIS MIKRO PENYAMANN UDARA
3. MEMERIKSA RECEIVER DRIER
NO. DAN PENYATAAN
AKTIVITI KERJA / WORK 4. MENANGGALKAN KIPAS CONDENSER PENYAMAN
ACTIVITIES NO. AND UDARA
STATEMENT
5. MENGGANTI PEMAMPAT PENYAMAN UDARA
6. MENGEPAM KELUAR SISTEM PENYAMAN UDARA
YANG TELAH TERCEMAR
Muka Surat / Page:
NO. KOD / CODE NO. TP-300-2:2013-C20/P(4/4)
1 Drp / Of 9
NO. KOD / CODE NO. TP-300-2:2013-C20/P(4/4) Muka Surat / Page :
2 Drp / Of 9
TAJUK/ TITLE :
MENGEPAM KELUAR BAHAN PENDINGIN YANG TELAH TERCEMAR
TUJUAN/ PURPOSE:
Kertas penerangan ini bertujuan untuk memberi kefahaman dan pengetahuan kepada murid
tentang pemeliharaan alam sekitar dan penggunaan mesin 3R.
PENERANGAN/ INFORMATION :
1. Pemeliharaan alam sekitar
i. Apakah maksud pencemaran udara? Pencemaran udara merupakan satu keadaan
yang melibatkan pengenalan sebarang bahan kimia, jirim sarahan atau bahan bilogi
yang boleh menyebabkan mudarat atau ketidakselesaan kepada manusia atau
organism hidup lain, atau merosakkan alam sekitar.
ii. Bahan-bahan pencemar seperti CFC (kloroflora karbon) dikatakan boleh mengakibatkan
lapisan ozon kita menjadi nipis dan bocor. Ini kerana bahan-bahan tersebut bertindak
balas dengan lapisan ozon sehingga menguraikan oksigen yang membentuknya. Ini
akan mengakibatkan suhu bumi meningkat.
iii. Penipisan lapisan ozon juga akan mengakibatkan sinar ultra-ungu menembusi
atmosfera tanpa lapisan dan menyebabkan seseorang itu menghidap penyakit kanser
kulit
iv. Dalam R12 gasnya mengandungi CCI2 F2 yang mana ianya boleh
menipiskan lapisan ozone dan dalam R12 juga mengandungi 1.0 % ODP Ozone
Depletion Potention berbanding hanya 0.02 % sahaja dalam R134a. R134a
( Ozone friendly ) juga mengandungi HFC (Hydro Floro Cabon) manakala dalam R12
pula mengandungi CFC ( Chloro Floro -carbon ).
NO. KOD / CODE NO. TP-300-2:2013-C20/P(4/4) Muka Surat / Page :
3 Drp / Of 9
v. Bahan pendingin R12
• Dichlorodifluoromethane-12 CFC-12
• Chloro-fluorocarbons (CFC)
• Sifat – tidak berbau, tidak berwarna, takat didih rendah (-29.7ºC)
Chlorine atoms daripada R-12 Ozon dikurangkan
Kesan lapisan ozon dengan penggunaan R-12
Bahan pendingin R134a
• Alternatif refrigerant
• Tidak mengandungi CFC.
• Mengandungi Hydrofluorocarbons (HFC) yang tidak merosakan lapisan ozon.
• Tidak mendidih rendah pada - 26ºC (15ºF) paras lautan.
2. Penggunaan mesin 3r (recovery, recycle and recharge)
Kenderaan yang dilengkapkan dengan sistem penyamanan udara perlu mengalami
proses pemeriksaan prestasi setiap komponen sistem penyamanan udara itu sendiri.
Dengan penggunaan mesin kitaran semula bahan pendingin tidak dilepaskan ke alam
sekitar tetapi ianya disimpan didalam mesin 3R, ini dapat meningkatkan kualiti alam
sekitar dan proses pembaikan sistem dapat dilaksanakan dengan lebih baik dan teratur.
Rajah 1 Penggunaan mesin kitar semula bahan pendingin
NO. KOD / CODE NO. TP-300-2:2013-C20/P(4/4) Muka Surat / Page :
4 Drp / Of 9
Aliran kerja penggunaan Mesin 3R
Penggunaan mesin 3R digunakan apabila kerja dilakukan terhadap sistem penyamanan
udara. Bagi penggunaan mesin latihan dan panduan penggunaan perlu untuk
melancarkan proses 3R (Recovery, recycle dan recharge.)
3. Peralatan kerja penyaman udara
i. Tolok Pancarongga (Manifold Gauge)
a. Antara kegunaan manifold gauge adalah seperti berikut:
Membaca tekanan rendah dan juga tekanan tinggi pada sistem penyaman udara
kenderaan.
Memasukkan gas bahan pendingin kedalam sistem penyaman udara kenderaan
dengan menggunakan kaedah tekanan atau suhu sepadan.
Mengurangkan tekanan didalam sistem penyaman udara kenderaan dengan cara
mengurangkan gas bahan pendingin didalam sistem.
Melakukan kerja vakum pada sistem penyaman udara kenderaan.
Mengesan kebocoran pada sistem penyaman udara kenderaan.
NO. KOD / CODE NO. TP-300-2:2013-C20/P(4/4) Muka Surat / Page :
5 Drp / Of 9
Suhu Sepadan
Tekanan
NO. KOD / CODE NO. TP-300-2:2013-C20/P(4/4) Muka Surat / Page :
6 Drp / Of 9
ii. Vacuum Pump
Vacuum pump
Digunakan untuk melakukan kerja pengusian iaitu bagi tujuan membuang lembapan
atau kekotoran yang terdapat didalam sistem penyaman udara kenderaan.
Kerja vacuum dilakukan selama 20 min. Selain itu alatan ini juga boleh digunakan bagi
tujuan menambahkan minyak bahan pendingin kedalam sistem penyaman udara
kenderaan
iii. Bahan pendingin (refrigerant)
Bahan pendingin adalah merupakan ejen pemindah haba atau bahan penyejuk
sistem penghawa dingin dan terdapat pelbagai jenis gas yang digunakan dalam
kenderaan dan penghawa dingin bangunan di pasaran.
Bahan pendingin dikenalpasti melalui kod warna pada tong. Contoh kod warna bahan
pendingin adalah seperti gambarajah berikut:
NO. KOD / CODE NO. TP-300-2:2013-C20/P(4/4) Muka Surat / Page :
7 Drp / Of 9
Jenis-jenis bahan pendingin adalah seperti berikut :-
a) R 12 ( gas untuk kegunaan kenderaan)
b) R 22 ( gas untuk kegunaan air-con bangunan)
c) R 134a ( gas untuk kegunaan kenderaan)
d) R 11 - R- refrigerant
e) R 502 - NO- kod sifat bahan pendingin
f) R 717 - gas amonia.
Gas yang digunakan sebagai bahan pendingin haruslah mempunyai sifat-sifat seperti
berikut:
a) Cepat bertukar menjadi gas/wap.
b) Tidak mudah terbakar.
c) Tidak meletup.
d) Bahan kimia yang stabil.
e) Tidak beracun.
f) Tidak menghakis (non-Corrosive).
g) Tidak merosakkan bahan makanan & pakaian.
h) Mudah diperolehi.
NO. KOD / CODE NO. TP-300-2:2013-C20/P(4/4) Muka Surat / Page :
8 Drp / Of 9
iv. Minyak Bahan Pendingin
Minyak bahan pendingin berfungsi untuk melincirkan pergerakan pada sistem, Minyak bahan
pendingin yang digunakan mestilah bersesuaian dengan bahan pendingin yang digunakan.
Antara faktor pemilihan minyak bahan pendingin adalah seperti berikut.
• Jenis refrigerant oil yang di guna pada sistem A/C bergantung pada jenis refrigerant.
• Ia dimajukan bersama bahan refrigerant.
• R-12 menggunakan mineral oil sebagai pelincir.
• R-134a menggunakan minyak diperbuat daripada poly alkaline glycol oil (PAG OIL) /
synthetic oil
4. Pemeriksaan tekanan pada sistem.
Tekanan sistem dapat diperiksa dengan menggunakan manifold gauge. Paip tekanan tinggi
dan tekanan rendah akan menunujukkan bacaan tekanan dan pemeriksaan terhadap sistem
penyamanan udara dapat dilakukan dengan penggunaan alatan tersebut.
Bacaan normal tekanan : -
Low pressure: 1.5 – 2.0 kg/cm2 atau rujuk pada suhu sepadan lebih kurang 5
darjah celcius.
High pressure: 14.5 – 15 kg/cm2.
NO. KOD / CODE NO. TP-300-2:2013-C20/P(4/4) Muka Surat / Page :
9 Drp / Of 9
SOALAN/ QUESTION :
1. Apakah kegunaanTolok Pancarongga (Manifold Gauge)? Nyatakan 3 kegunaannya
i. .....................................................................................................................................
ii. .....................................................................................................................................
iii. ......................................................................................................................................
2. Nyatakan 3 jenis bahan pendingin:-
i. .....................................................................................................................................
ii. .....................................................................................................................................
iii.......................................................................................................................................
RUJUKAN/ REFERENCE :
1. Service Manual Proton Saga
2. Pengenalan Kepada Mekanik Motor Penerbit: Universiti Teknologi Malaysia
3. Teknologi Automotif Pengarang: Bahaman b. Rajuli