The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mag_4111, 2020-11-30 11:49:55

menservis sistem elektrik

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 4 – 8 BLOK E9,KOMPLEKS E
62604 PUTRAJAYA

KERTAS PENERANGAN
(INFORMATION SHEET)




KOD DAN NAMA
PROGRAM / TP-300-2:2013 AUTOMOTIF SERVIS SELEPAS JUALAN
PROGRAM’S CODE
&NAME


TAHAP / LEVEL L2


1
NO. DAN TAJUK UNIT
KOMPETENSI / 2 TP-300-2:2013 C06 MENSERVIS SISTEM ELEKTRIK DAN

3
COMPETENCY UNIT NO. ELEKTRONIK KENDERAAN
AND TITLE



1. MEMERIKSA KEADAAN PENDAWAIAN SISTEM ELEKTRIK

2. MEMERIKSA KEADAAN KOMPONEN SISTEM PENGECAS

3. MENGGANTI KOMPONEN SISTEM PENGECAS
4. MEMERIKSA KEADAAN KOMPONEN SISTEM PENGHIDUP

5. MENGGANTI KOMPONEN SISTEM PENGHIDUP
NO. DAN PENYATAAN
AKTIVITI KERJA / WORK 6. MEMERIKSA KEADAAN KOMPONEN SISTEM PENYALAAN
ACTIVITIES NO. AND
STATEMENT 7. MENGGANTI KOMPONEN SISTEM PENYALAAN

8. MENGGANTI PENDERIA SISTEM KAWALAN ELEKTRONIK
ENJIN
9. MENGGANTI UNIT KAWALAN ELEKTRONIK (ECU)










NO. KOD / CODE NO. TP-300-2:2013-C06/P(1/5) Muka Surat/ Page: 1 Drp/ Of 15

NO. KOD / Code No. TP-300-2:2013-C06/P(1/5) Muka Surat / Page:

2 Drp/ Of 15

TAJUK/ TITLE:
PENDAWAIAN SISTEM ELEKTRIK

TUJUAN/ PURPOSE:
Kertas penerangan adalah bertujuan untuk memberi kefahaman dan pengetahuan
kepada pelatih tentang alatan dan bahan yang digunakan,lukisan asas pendawaian
elektrik seperti litar sesiri dan selari, simbol di dalam asas pendawaian elektrik dan
komponen elektrik enjin seperti fusible link, fius, suis penyalaan dan geganti.

PENERANGAN/ INFORMATION:


1. PENGENALAN ELEKTRIK


Elektrik ialah satu bentuk tenaga yang dikenali sebagai tenaga elektrik. Ia kadangkala
dipanggil daya tak kelihatan kerana tenaganya tidak dapat dilihat, didengar, disentuh atau
dihidu.


Akan tetapi, kesan elektrik boleh boleh dilihat apabila satu lampu menyala, motor berputar,

pencucuh rokok menjadi merah menyala, bazer berbunyi.

Kesan elektrik juga boleh didengar, dirasa dan dihidu. Pancaran kilat mudah kedengaran

sementara fius terbakar menghasilkan satu letupan kecil atau bunyi sentapan. Apabila
elektrik mengalir melalui satu dawai berpenebat, bahang haba boleh dirasa pada luar

penebat dan dawai nekad boleh menghasilkan percikan atau lebih teruk lagi menghasilkan
renjatan. Wasap penebat dawai terbakar pula mudah dihidu.
































Rajah 1 Kesan elektrik

NO. KOD / Code No. TP-300-2:2013-C06/P(1/5) Muka Surat / Page:

3 Drp/ Of 15


2. Litar elektrik

Satu lorong lengkap, atau litar diperlukan sebelum voltan boleh menyebabkan arus mengalir
melalui perintangan untuk melakukan kerja.


Terdapat beberapa jenis litar, tetapi semua perlu komponen asas sama. Satu bekalan kuasa
(bateri atau pengulangalik) menghasilkan voltan, atau beza upaya elektrik. Pengalir (dawai-

dawai, papan litar bercetak) menyediakan satu laluan aliran arus.

Perenti kerja, atau beban-beban (lampu, motor) menukar tenaga elektrik ke bentuk lain

tenaga untuk melakukan kerja. Perenti kawalan (suis-suis, geganti-geganti) menon dan
mengoffkan aliran arus. Perenti perlindungan (fius, pemutus litar) mengganggu laluan arus

jika terlalu banyak arus mengalir. Terlalu banyak arus dipanggil beban lampau yang boleh
merosakan pengalir dan perenti kerja.


Lima perkara yang perlu dilihat dalam sebarang litar elektrik (Rajah 1):
1. Bekalan voltan
2. Perenti perlindungan

3. Beban
4. Kawalan
5. Bumi
































Rajah 2 Komponen asas elektrik

NO. KOD / Code No. TP-300-2:2013-C06/P(1/5) Muka Surat / Page:

4 Drp/ Of 15


Jenis-jenis litar

Terdapat tiga jenis asas litar: siri, selari dan siri-selari. Jenis litar ditentukan dengan
bagaimana bekalan kuasa, pengalir, beban-beban dan kawalan atau perenti perlindungan
disambungkan.


Litar siri

Pengalir, kawalan dan perenti perlindungan, beban dan bekalan kuasa disambungkan
dengan hanya untuk satu lorong arus sahaja. Rintangan setiap perenti boleh berbeza.
Jumlah arus sama mengalir melalui setiap perenti. Voltan setiap perenti akan berbeza. Jika

lorong terputus, tiada arus mengalir.



















Rajah 3 Litar siri


Litar selari
litar selari mempunyai lebih daripada satu lorong untuk arus mengalir. Voltan sama

dikenakan ke setiap cabang. Jika rintangan beban di setiap cabang sama. Arus dalam
setiap cabang akan sama. Jika rintangan beban dalam setiap cabang berbeza, arus dalam
setiap cabang akan berbeza. Jika satu cabang putus, arus akan terus mengalir di lain

cabang.

















Rajah 4 Litar selari

NO. KOD / Code No. TP-300-2:2013-C06/P(1/5) Muka Surat / Page:

5 Drp/ Of 15



Litar siri-selari

Litar siri-selarimempunyai setengah komponen disambung dalam bersiri dan lainnya dalam

selari. Bekalan kuasa dan perenti kawalan atau perlindungan biasanya dalam bersiri; beban-
beban biasanya dalam selari. Arus sama menglir dalam bahagian bersiri, arus berbeza
mengalir dalam bahagian selari. Voltan sama dikenakan ke perenti selari, voltan berbeza

dikenakan ke perenti bersiri. Jika bahagian bersiri putus, arus berhenti mengalir dalam
keseluruhan liar. Jika satu cabang selari putus, arus terus mengalir dalam bahagian bersiri

dan cabang lainnya.




















Rajah 5 Litar siri-selari

3. Rajah Pendawaian Elektrik

Wayar berfungsi untuk mengalirkan arus elektrik dari punca bateri ke semua sistem elektrik
dan elektronik pada kenderaan. Wayar dibuat daripada tembaga kerana ia merupakan

pengalir arus elektrik yang baik.Wayar terdiri dari beberapa lembar dawai tembaga halus
yang disatukan dan di salut dengan penebat bagi mengelakkan litar pintas atau litar terbumi.





Wayar

1. Wayar berfungsi untuk mengalirkan arus elektrik dari punca bateri ke semua sistem
elektrik dan elektronik pada kenderaan
2. Wayar dibuat daripada tembaga kerana ia merupakan pengalir arus elektrik yang baik.

3. Wayar terdiri dari beberapa lembar dawai tembaga halus yang disatukan dan di salut
dengan penebat bagi mengelakkan litar pintas atau litar terbumi.

Kod warna

1. Kod warna digunakan untuk mengenal pasti wayar dalam litar elektrik kenderaan.

NO. KOD / Code No. TP-300-2:2013-C06/P(1/5) Muka Surat / Page:

6 Drp/ Of 15

2. Kod warna juga digunakan untuk membantu kerja kerja menyurih litar sistem elektrik
pada kenderaan.

Contoh kod warna.

B BR C GR W Y R LG P G L SB
Kod
war
na

Warna HITAM COKLAT SIAN KELABU PUTIH KUNING MERAH HIJAU MUDA MERAH JAMBU HIJAU BIRU BIRU LAUT





WARNA KEGUNAAN
COKLAT Untuk litar bateri iaitu sambungan dari bateri kesuis,meter
ampere, fius dll.

KUNING Untuk sistem cas dari alternator ke pengatur.
PUTIH Untuk sistem litar dan semua litar yang melalui suis

penyalaan seperti tolok bahanapi,pam bahanapi elektrik dll.
HIJAU Untuk seemua bekalan elektrik yang menerima bekalan
elektrik melalui fius seperti hon, lampu brek, lampu undur dll.

BIRU Untuk lampu besar, lampu tinggi, lampu rendah dll.
MERAH Untuk kecil depan dan belakang.semua lampu yang akan

menyala jika lampu kecil dihidupkan
HITAM Untuk sambungan ke bumi.



Saiz wayar

Saiz wayar ditentukan oleh bilangan lembar dan diameter setiap lembar. Contohnya,

14/0.26 bermaksud 14 bilangan lembar dengan diameter lembar 0.26mm. Keupayaan
mengalirkan arus bergantung kepada saiznya. Semakin tinggi arus yang mengalir

semakin besar wayar yang perlu digunakan,



Simbol simbol.
Simbol elektrik yang standard digunakan bagi memudahkan mekanik mengenalpasti

sesuatu alat dalam gambarajah litar sistem elektrik.

NO. KOD / Code No. TP-300-2:2013-C06/P(1/5) Muka Surat / Page:

7 Drp/ Of 15


























































4. Cara Menggunakan Mulltimeter

Meter berbilang atau multimeter boleh diguna untuk mengukur voltan, arus dan rintangan
dengan memilih julatnya. Tetapi kini, penggunaan multimeter digital lebih popular dan

pengukuran lebih persis mudah dibaca.

Akan tetapi, multimeter jenis analog masih digunakan dan ia menunjukkan

kepada kita satu pergerakan berterusan pertukaran nilai.

NO. KOD / Code No. TP-300-2:2013-C06/P(1/5) Muka Surat / Page:

8 Drp/ Of 15




















Rajah 6 Multimeter dan probe uji

a. Persediaan awal penggunaan multimeter

Larasan Kosong Meter
Pusing skru pelaras kosong meter unuk menjajarkan jarum ke garis kosong pasing kiri.

















Rajah 7Melaras kosong meter


Semak keterusan probe uji

Pilih julat ke mod rintangan. Sentuhkan probe merah dan hitam dan semak, jarum akan
bergerak ke kanan.


Jika jarum tak bergerak atau bergerak tak stabil, semak probe uji.

NO. KOD / Code No. TP-300-2:2013-C06/P(1/5) Muka Surat / Page:

9 Drp/ Of 15























Rajah 8 Menyemak keterusan probe uji



b. Pengukuran
Cara mengukur Voltan AT

 Set pemilih julat ke kedudukan DCV.
 Sambung prode uji merah ke sisi positif litar.
 Sambung probe uji hitam ke sisi negatif litar.































Rajah 9 Mengukur voltan litar

NO. KOD / Code No. TP-300-2:2013-C06/P(1/5) Muka Surat / Page:

10 Drp/ Of 15

Cara mengukur Arus terus

 Set pemilih julat ke kedudukan DCmA .
 Putuskan litar dan sambung probe uji merak ke sisi positif litar.
 Penguji mestilah disambungkan bersiri dalam litar.

 Sambung probe uji negatif ke sisi negatif litar.


Peringatan: Jangan cuba menyemak ampiar melebih had penguji.































Rajah 10 Mengukur arus dalam litar.


Cara mengukur rintangan[Ω]
a. Set pemilih julat ke Ohm [Ω]
b. Laras 0

c. Pusing tombol pelarasan Ohm ke 0 dan jajarkan jarum ke garisan 0 ohm sementara
dua probe uji disambungkan bersama.
d. Singkir mentol daripada litar dan kepilkan probe uji ke tamatan mentol.

NO. KOD / Code No. TP-300-2:2013-C06/P(1/5) Muka Surat / Page:

11 Drp/ Of 15

























Rajah 11 Bagaimana mengukur rintangan




c. Langkah keselamatan menggunakan multimeter
 Sebelum menggunakan, pastikan jarum kekal pada kedudukan “0”. Jika tidak laras
kedudukan “0”.

 Apabila membaca jarum meter, biasakan melihat pada jarum tegak terus.
 Apabila mengukur rintangan tinggi, berhati-hati agar tidak menyentuh probe uji. Ini akan

menyebabkan salah bacaan.
 Apabila mengukur voltan tak diketahui, pertama set kadar voltan maksimum untuk

mengetahui nilai kasar, kemudian set pemilih julat ke kadar yang sesuai untuk bacaan
tepat.
 Apabila menukar kedudukan suis pemilih julat, pastikan salah satu probe uji tak

disambung ke litar. Langkah keselamatan ini mesti diambil terutama apabila anda
mengukur arus dalam litar.

 Biarkan pemilih kekal pada kadar lain selain kadar Ohm apabila penguji tak digunakan.

NO. KOD / Code No. TP-300-2:2013-C06/P(1/5) Muka Surat / Page:

12 Drp/ Of 15

Fius

1. Fius bertujuan untuk memutuskan litar apabil berlakunya litar pintas.terdapat

beberapa jenis fius, antaranya ialah fius boleh lakur / fuseable link, fius kaca
dan fius pin.


2. Keupayaan fius ditentukan mengikut nilai ampere yang terdapat pada badan
fius.

3. Fius pada kenderaan diletakkan pada fius box seperti gambarajah.
















Rajah 12 Jenis Blade Fuse







Rajah 13 Fusible link



Geganti

1. Geganti ialah suis electromagnet atau peranti pengawal. Ia menggunakan

arus elektrik yang kecil untuk membuka suis litar elektrik yang menggunakan
arus yang lebih tinggi.
2. Geganti berfungsi mengelakkan berlakunya susut voltan.

3. Terdapat beberapa jenis geganti seperti geganti horn, geganti 4 pin dan
geganti 5 pin.

NO. KOD / Code No. TP-300-2:2013-C06/P(1/5) Muka Surat / Page:

13 Drp/ Of 15

















Gambarajah pengujian geganti
Suis.

 Suis berfungsi untuk memutus dan menyambungkan litar.
 Suis boleh ddikawal secara insani atau secara automatik.

 terdapat beberapa jenis suis iaitu:


a. suis penyalaan. b. suis lampu isyarat. c. suis lampu utama.

d. suis horn. e. suis lampu brek. f. suis lampu kecemasan.

NO. KOD / Code No. TP-300-2:2013-C06/P(1/5) Muka Surat / Page:

14 Drp/ Of 15


Penggunaan multimeter



1. Mengguji voltan bateri. ( V )



















2. Menguji rintangan ohm ( Ω )



SOALAN/ QUESTION:


1. Apakah fungsi wayar?
................................................................................................................................
................................................................................................................................


2. Berikan 3 jenis litar?
i. ........................................

ii. ........................................
iii. ........................................


3. Apakah fungsi fius?
……………………………………………………………………………………………..

……………………………………………………………………………………………..

NO. KOD / Code No. TP-300-2:2013-C06/P(1/5) Muka Surat / Page:

15 Drp/ Of 15


RUJUKAN/ REFERENCE:

1. Dj leeming heavy vehicle technology.
2. J.a. dolan motor vehicle technolgy and practical work.
3. clifford automotive service technolgy book

4. Motor automotive technology – anthony e.schwaller isbn o-8273-8354-1
5. Teknologi automotif,bahaman rajuli,ibs,p.j selangor

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 4 – 8 BLOK E9,KOMPLEKS E
62604 PUTRAJAYA

KERTAS PENERANGAN
(INFORMATION SHEET)




KOD DAN NAMA
PROGRAM / TP-300-2:2013 AUTOMOTIF SERVIS SELEPAS JUALAN
PROGRAM’S CODE & 1
NAME


TAHAP / LEVEL L2



NO. DAN TAJUK UNIT 2 TP-300-2:2013-C06 MENSERVIS SISTEM ELEKTRIK DAN
KOMPETENSI /
3 ELEKTRONIK KENDERAAN
COMPETENCY UNIT NO.
4
AND TITLE



1. MEMERIKSA KEADAAN PENDAWAIAN SISTEM ELEKTRIK

2. MEMERIKSA KEADAAN KOMPONEN SISTEM PENGECAS

3. MENGGANTI KOMPONEN SISTEM PENGECAS

4. MEMERIKSA KEADAAN KOMPONEN SISTEM PENGHIDUP

5. MENGGANTI KOMPONEN SISTEM PENGHIDUP
NO. DAN PENYATAAN
AKTIVITI KERJA / WORK 6. MEMERIKSA KEADAAN KOMPONEN SISTEM PENYALAAN
ACTIVITIES NO. AND
STATEMENT 7. MENGGANTI KOMPONEN SISTEM PENYALAAN
8. MENGGANTI PENDERIA SISTEM KAWALAN ELEKTRONIK
ENJIN
9. MENGGANTI UNIT KAWALAN ELEKTRONIK (ECU)











NO. KOD / CODE NO. TP-300-2:2013-C06/P(2/5) Muka Surat/ Page: 1 Drp/ Of : 11

MukaSurat /Page:
NO. KOD / Code No. TP-300-2:2013-C06/P(2/5) 2 Drp / Of 11



TAJUK/ TITLE:

SISTEM PENGECAS

TUJUAN/ PURPOSE:

Kertas penerangan adalah bertujuan untuk memberi kefahaman dan pengetahuan

kepada pelatih tentanghukum ohm, hukum tangan kiri fleming,prinsip asas sistem

pengecas, fungsi sistem pengecas, susun atur sistem pengecas kenderaan dan jenis
alternator




PENERANGAN/ INFORMATION:
Hukum Ohm

Cara mudah menyelesaikan masalah elektrik boleh dikira apabila anda tahu voltan, arus dan
rintangan. Hukum Ohm menerangkan hubungkait:


 Arus (A) sama dengan voltan (V) dibahagikan rintangan (Ω) ... A = V ÷ R.


 Voltan (V) sama dengan arus (A) didarabkan dengan rintangan (Ω) ... V = A X R.


 Rintangan (Ω) sama dengan voltan (V) dibahagikan dengan arus (A) ... R ÷ V = A



HUKUM TANGAN KANAN FLEMING

Dengan ibu jari, jari telunjuk dan jari tengah tangan kanan menunjukkan sudut betul ke lain-lain,
jari telunjuk akan menunjukan arah fluks magnet (urat daya magnet), ibu jari menunjukan arah
pergerakan pengalir, dan jari tengah menunjukan arah daya gerak elektrik.

MukaSurat /Page:
NO. KOD / Code No. TP-300-2:2013-C06/P(2/5) 3 Drp / Of 11



PRINSIP ASAS SISTEM PENGECAS

Penjana berfungsi untuk mengeluarkan tenaga elektrik. Ia adalah satu alat elektromagnet untuk
menukar tenaga sawat kepada tenaga elektrik. Penjana pada kenderaan dipusingkan oleh

talisawat kipas enjin. Kipas pada penjana turut berpusing, seterusnya dapat mengurangkan
haba yang terbentuk. Dengan ini penjana dapat mengeluarkan arus yang diperlukan. Talisawat

kipas enjin perlu dilaras dengan kecekangan yang sesuai bagi mengelakkan kerosakan yang
mungkin akan terjadi. Pada masa dahulu, semua penjana yang digunakan pada kenderaan
adalah jenis arus terus. Tetapi di tahun-tahun kebelakangan ini penjana jenis arus ulang-alik

telah banyak digunakan



FUNGSI SISTEM PENGECAS:

Sistem cas berfungsi untuk membekalkan kuasa kepada semua alat-alat elektrik semasa enjin
hidup dan juga mengecas bateri supaya ia sentiasa dalam keadaan bercas dan boleh

membekalkan kuasa apabila diperlukan. Sistem pengecas terdiri dari penjana, pengatur, Bateri,
ammeter, lampu isyarat dan pendawaian yang diperlukan. Penjana, pengatur dan bateri adalah

unit asas kelengkapan mengecas.



PRINSIP PENJANA JENIS ARUS TERUS

Bila konduktor digerak-gerakkan di dalam medan magnet,arus akan teraruh ke dalam
konduktor. Ini dapat ditunjukkan dengan satu uji kaji seperti dalam rajah di bawah :






















ALAT PENGATUR ARUS TERUS

Arus yang dikeluarkan oleh penjana arus terus bertambah tinggi, mengalir melalui bateri,
penjana dan lain-lain alat elektrik di kenderaan. Kalau dibiarkan penjana itu mengeluarkan arus
yang terlampau tinggi tentulah akan merosakkan alat-alat elektrik tadi.

MukaSurat /Page:
NO. KOD / Code No. TP-300-2:2013-C06/P(2/5) 4 Drp / Of 11



Untuk mengawal pengeluaran arus oleh penjana dan mencegah arus bateri dari mengalir masuk
ke penjana,pengatur digunakan. Pengatur penjana arus terus terdiri dari tiga geganti iaitu

pengatur voltej, pengatur arus dan geganti kataut

MukaSurat /Page:
NO. KOD / Code No. TP-300-2:2013-C06/P(2/5) 5 Drp / Of 11



PENJANA ARUS ULANGALIK (A.C GENERATOR/ALTERNATOR)


Kenderaan yang dibuat pada tahun-tahun enam puluhan hingga kini boleh dikatakan semuanya
menggunakan penjana arus ulang alik atau alternator bagi tujuan mengecas bateri dan
membekal tenaga elektrik kepada alat alat elektrik semasa enjin sedang hidup. Alternator

mempunyai beberapa kebaikan jika dibandingkan dengan penjana arus terus. Antara
kebaikannya ialah :

1. Dapat mengeluarkan tenaga elektrik yang maksima dengan kadar kelajuan enjin yang

rendahkerana ia mempunyai takad yang kecil ukurannya.
2. Mengeluarkan lebih kuasa jika dibandingkan dengan kadar berat alternator dan d.c

generator.
3. Tahan lama dan rawatan yang sangat kurang.
4. Tidak mengalami kehausan yang disebabkan oleh arus elektrik.

5. Tidak menggunakan geganti kataut dan pengatur arus. Ianya menggunakan pengatur
voltej.




PRINSIP PENJANA ARUS ULANG ALIK (ALTERNATOR)


Setiap penjana sama ada penjana arus terus atau ulang alik adalah mempunyai prinsip yang
sama iaitu arus terus teraruh di dalam konduktor.Arus yang dihasilkan oleh alternator ialah arus

ulangalik ‘alternating current’.






















Gambarajah prinsip asas penjana arus ulang alik (alternator)

MukaSurat /Page:
NO. KOD / Code No. TP-300-2:2013-C06/P(2/5) 6 Drp / Of 11



Jumlah arus yang dihasilkan olehnya adalah bergantung kepada kekuatan medan
magnet,bilangan konduktor dan kelajuan memotong urat daya magnet.Arus ulang alik atau

alternating current yang dikeluarkan oleh penjana arus tersebut tidak boleh terus digunakan
untuk mengecas bateri.Ia mestilah terlebih dahulu ditukar kepada arus terus.


Alat penerus ‘rectifier’ digunakan yang terdiri dari beberapa buah diod yang disambung
mengikut kaedah tertentu dan dipasang di bahagian dalam penjana.Rectifier juga dapat

mencegah arus bateri dari mengalir masuk ke penjana.










































PENGATUR ARUS ULANG ALIK
Disebabkan penjana arus ulang alik mempunyai sifat yang dapat mengawal keluaran arus

dengan sendiri, maka pengatur diperlukan hanyalah untuk mengawal keluaran voltejnya.Ini
dapat dilakukan dengan mendikitkan arus ke pemutar ’rotor’ mengikut keperluan dan
kelajuan enjin.
Unit yang mengawal arus ke rotor itu dikenal sebagai pengatur voltej. Ianya sama ada dari

jenis sesentuh berkombinasi atau jenis pengatur transistor.

MukaSurat /Page:
NO. KOD / Code No. TP-300-2:2013-C06/P(2/5) 7 Drp / Of 11

































Sistem cas atau kelengkapan cas bertugas untuk membekalkan kuasa kepada semua alat-
alat elektrik semasa enjin hidup dan juga mengecas bateri supaya ia sentiasa dalam

keadaan cas dan boleh membekalkan kuasa apabila diperlukan. Sistem pengecas tersebut
dari penjana, pengatur bateri ammeter, lampu isyarat dan pendawaian yang diperlukan.
Penjana, pengatur dan bateri adalah unit asas kelengkapan mengecas.

MukaSurat /Page:
NO. KOD / Code No. TP-300-2:2013-C06/P(2/5) 8 Drp / Of 11





Kendalian litar sistem pengecas.

1. Apabila suis diaktifkan ( on ) arus dari bateri mengalir ke lampu penunjuk.lampu

penunjuk menyala.
2. Arus terus mengalir ke punca F melalui titik sesentuh di pengatur voltan untuk ke rotor.
Ini menyebabkan rotor menghasilkan fluks magnet yang kuat.

3. Apabila enjin dihidupkan rotor berpusing dan fluks magnet pada rotor akan teraruh ke
gelang stator.
4. Arus dari alternator akan keluar ke punca R melalui pengatur medan dan di bumikan.ini

menyebabkan pengatur medan menjadi fluks magnet dan menarik titik sesentuh. Titik
sesentuh tertutup.

5. Pada masa yang sama arus dari punca B akan mengalir ke bateri untuk mengecas
bateri dan sebahagiannya kepunca3 melalui titik sesentuh di pengatur medan dan terus
ke lampu penunjuk.

6. Dengan ini berlakunya pertembungan arus pada lampu penunjuk menyebabkan lampu
penunjuk padam.

MukaSurat /Page:
NO. KOD / Code No. TP-300-2:2013-C06/P(2/5) 9 Drp / Of 11



KENDALIAN LITAR SISTEM PENGECAS SEMASA ENJIN HIDUP.
















Magnet berputar dan kedudukan kutub magnet berubah ubah.kekutuban voltan yang
teraruh juga berubah ubah. Seterusnya arus pada arah berlawanan terhasil.

Perubahan arah ini berlaku sekali pada setiap satu putaran lengkap magnet. Arus
yang berudah ubah arah ini dikenali sebagai arus ulangalik.

























Litar pendawaian pendawaian pepasangan litar diod dalam alternator.
( Arus ulangalik ditukarkan kepada arus terus oleh satu set diod )

MukaSurat /Page:
NO. KOD / Code No. TP-300-2:2013-C06/P(2/5) 10 Drp / Of 11

































Kendalian litar sistem pengecas semasa enjin hidup






Litar sistem pengecas:

MukaSurat /Page:
NO. KOD / Code No. TP-300-2:2013-C06/P(2/5) 11 Drp / Of 11



Didalam sistem pengecas terdapat 4 wayar yang disambungkan ke alternator;

 B ialah wayar output untuk menghantar current ke bateri.

 IG ialah wayar sistem penyalaan untuk menghantar arus elektrik ke pepasangan

alternator/regulator assembly.


 S digunakan oleh regulator bagi memantau voltan yang dikeluarkan untuk
mengecas bateri..


 L digunakan oleh regulator bagi membumikan lampu penunjuk sistem
pengecas.



SOALAN/ QUESTION:


1. Apakah fungsi sistem pengecas?

.......................................................................................................................................
.......................................................................................................................................


2. Berikan prinsip penjana arus ulang alik (alternator)?
.......................................................................................................................................
.......................................................................................................................................


3. Alternator mempunyai beberapa kebaikan jika dibandingkan dengan penjana arus

terus. Berikan kebaikan arus terus tersebut?
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………



RUJUKAN/ REFERENCE:

1. Djleeming heavy vehicle technology.
2. J.a. dolan motor vehicle technolgy and practical work.

3. clifford automotive service technolgy book
4. Motor automotive technology – anthonye.schwallerisbn o-8273-8354-1
5. Teknologi automotif,bahaman rajuli,ibs,p.j selangor

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 4 – 8 BLOK E9,KOMPLEKS E
62604 PUTRAJAYA

KERTAS PENERANGAN
(INFORMATION SHEET)




KOD DAN NAMA
PROGRAM / TP-300-2:2013 AUTOMOTIF SERVIS SELEPAS JUALAN
PROGRAM’S CODE & 1
NAME


TAHAP / LEVEL L2

2
NO. DAN TAJUK UNIT
KOMPETENSI / 3 TP-300-2:2013 –C06 MENSERVIS SISTEM ELEKTRIK DAN

COMPETENCY UNIT NO. ELEKTRONIK KENDERAAN
4
AND TITLE



1. MEMERIKSA KEADAAN PENDAWAIAN SISTEM ELEKTRIK

2. MEMERIKSA KEADAAN KOMPONEN SISTEM PENGECAS

3. MENGGANTI KOMPONEN SISTEM PENGECAS
4. MEMERIKSA KEADAAN KOMPONEN SISTEM PENGHIDUP

5. MENGGANTI KOMPONEN SISTEM PENGHIDUP
NO. DAN PENYATAAN
AKTIVITI KERJA / WORK 6. MEMERIKSA KEADAAN KOMPONEN SISTEM PENYALAAN
ACTIVITIES NO. AND
STATEMENT 7. MENGGANTI KOMPONEN SISTEM PENYALAAN
8. MENGGANTI PENDERIA SISTEM KAWALAN ELEKTRONIK
ENJIN
9. MENGGANTI UNIT KAWALAN ELEKTRONIK (ECU)










NO. KOD / CODE NO. TP-300-2:2013-C06/P(3/5) Muka Surat/ Page : 1 Drp/Of : 10

NO. KOD / Code No. TP-300-2:2013-C06/P(3/5) MukaSurat / Page:

2 Drp / Of 10

TAJUK/ TITLE:
SISTEM PENGHIDUP

TUJUAN/ PURPOSE:
Kertas penerangan adalah bertujuan untuk memberi kefahaman dan pengetahuan

kepada pelatih tentangprinsip asas sistem penghidup, fingsi sistem penghidup, susun
atur sistem penghidup kenderaanjenis alternator, komponen sistem penghidup, dan litar

pendawaian sistem penghidup




PENERANGAN/ INFORMATION:
Prinsip asas sIstem penghidup


Motor penghidup menukarkan tenaga elektrik kepada tenaga mekanikal. Motor penghidup
biasanya 0.5 hingga 2.6 hp (0.4 - 2.0 kw) dan boleh menghasilkan hampir 8 hp (6kw) pada

jangkamasa yang pendek permulaan engkol. Bateri,mestilah dalam muatan yang betul (battery
capacity) dan sekurang-kurangnya 75 % cas untuk menentukan cukup arus disalurkan kepada
motor penghidup.


Arus yang tinggi yang diperlukan oleh motor penghidup mestilah boleh disambungkan dan di
putuskan. Suis yang besar diperlukan jika arus dikawal terus oleh pemandu. Dengan ini suis
penyalaan digunakan utnuk menjalankan solenoid yang memindahkan arus tinggi. Pinion

penghidup ialah gear kecil yang bercantum dengan gear flywheel dan memindahkan kuasa
motor penghidup untuk memusingkan enjin.Arus kuasa motor penghidup kawalan soleniod

dikendalikan oleh pemandu melalui ignition switch.


Fungsi sistem penghidup (starter)


Sistem penghidup dalam kenderaan direka untuk memutarkan dan mengengkol enjin ketika
mula untuk menghidupkannya.kerja mengengkol enjin ini dilakukan oleh motor penghidup yang
menerima tenaga elektrik daripada bateri.

NO. KOD / Code No. TP-300-2:2013-C06/P(3/5) MukaSurat / Page:

3 Drp / Of 10

KOMPONEN UTAMA SISTEM PENGHIDUP:




j
a



b i




c

h



d

g
e f


A Yoke F Amature

B Front bracket G Carbon brush holder
C Stop ring H Comutator

D Pinion gear I Pole shoe
E Overrunning clutch J Magnatic switch



FUNGSI KOMPONEN – KOMPONEN UTAMA SISTEM PENGHIDUP



1. Suis penyalaan
Pada kebiasaannya suis penyalaan ditempatkan pada turus stereng dan ia juga
berfungsi sebagai suis penghidup.

2. Kabel.
Kabel yang bersaiz besar dan mempunyai rintangan yang rendah digunakan supaya
arus yang cukup dapat dialirkan dari bateri ke motor penghidup.

3. Motor penghidup.
Motor penghidup menukarkan tenaga elektrik kepada tenaga mekanikal. Motor
penghidup memutarkan roda tenaga seterusnya roda tenaga memutarkan aci engkol

bagi menghidupkan enjin.

NO. KOD / Code No. TP-300-2:2013-C06/P(3/5) MukaSurat / Page:

4 Drp / Of 10

4. Solenoid.
Solenoid ialah suis electromagnet yang mempunyai teras boleh gerak yang dikenali

sebagai aci suis. Solenoid berfungsi untuk membuka dan menutup litar dari bateri
kemotor penghidup.



OPERASI MOTOR PENGHIDUP
Motor penghidup mengandungi main field housing, commutator end housing dan drive end

housing. Commutator end bracket memegang carbon brush. Through bolt memegang tiga
komponen utama dalam satu himpunan. Motor penghidup menggunakan prinsip

electromagnet untuk menukarkan tenaga elektrik daripada bateri (sehingga 500A) kepada
tenaga mekanikal (sehingga 8 hp @ 6 KW) untuk mengengkol enjin. Main field housing
mengandungi empat field winding yang disambung terus kepada punca positif bateri untuk

menghasilkan medan magnet kuat di dalam motor penghidup. Di dalam perumah motor
penghidup, field coils juga menghasilkan medan magnet yang kuat.


Armature yang dipasang di tengah medan magnet ini mempunyai kelegaan yang amat
sedikit dengan field coils. Apabila arus mengalir melalui pengalir (armature) yang berada di

tengah-tengah field coils, urat daya magnet akan terhasil disekeliling pengalir. Di satu
bahagian pengalir, urat daya magnet pengalir adalah sama dengan arah urat daya magnet
meningkat apabila kedua-duanya bergabung. Sebaliknya disatu bahagian lain pengalir

bergerak dari kawasan yang kuat medan magnetnya ke arah kawasan yang lemah medan
magnetnya. Dengan ini armature berpusing.


Motor penghidup menggunakan 4 carbon brush,2 carbon brush digunakan untuk
memindahkan arus keluar dari field windings ke armature dan dua lagi adalah pembumi

selepas arus keluar dan dan masuk ke dalam armature windings di mana medan magnet
terbentuk disekeliling setiap gelungan tembaga, dua medan manget yang kuat terjadi di
dalam field housing menghasilkan daya yang memusingkan armature.Lihat rajah di sebelah.

NO. KOD / Code No. TP-300-2:2013-C06/P(3/5) MukaSurat / Page:

5 Drp / Of 10































BAGAIMANA MAGNETIC FIELD MEMUSINGKAN ARMATURE


Satu daripada prinsip asas elektromagnet ialah setiap pengalir yang mengalirkan arus akan
menghasilkan medan magnet. Kekuatan medan magnet ini bergantung kepada berapa

banyak arus yang mengalir di dalam pengalir.































Sistem penghidup dalam kenderaan direka untuk memutarkan dan mengengkol

enjin ketika mula untuk menghidupkannya. Adalah amat penting untuk
mengenalpasti pelbagai bahagian sistem penghidup serta dapat menerangkan

NO. KOD / Code No. TP-300-2:2013-C06/P(3/5) MukaSurat / Page:

6 Drp / Of 10

prinsip kendaliannya agar kerja kerja menyurih litar penghidup dapat dilakukan
dengan mudah.






























Sambungan pada solenoid / magnatic switch

RAJAH KENDALIAN MOTOR PENGHIDUP.
1. IGNITION SWITH OFF

NO. KOD / Code No. TP-300-2:2013-C06/P(3/5) MukaSurat / Page:

7 Drp / Of 10

2. IGNITION SWITCH ON (“ST” POSITION)









































Kendalian motor penghidup semasa (ignition switch on (“st” position))


1. Semasa suis penyalaan di onkan pada kedudukan ini arus mengalir dari bateri

melalui terminal S terus ke shunt coil dan siries coil. Teras menjadi electromagnet
lalu menarik pelocok ke sebelah kiri.
2. pergerakan pelocok dipindahkan ke gear pinian melalui shift lever.pinion bergerak

kekanan dam membuat tenunan dengan starter ring gear.
3. sebelum tenunan rapat arus mengalir melalui series coil ke motor dan motor pun
mula berputar.

NO. KOD / Code No. TP-300-2:2013-C06/P(3/5) MukaSurat / Page:

8 Drp / Of 10

3. IGNITION SWITCH ON (“ST” POSITION) WHILE ENGINE IS CRANKING















































Kendalian motor penghidup semasa (ignition switch on (“st” position) while engine is

cranking)
1. Pada masa ini pelocok tertarik dan membuat sambungan dengan mencantumkan
terminal B dan M . Arus elektrik mula mengalir dalam jumlah yang besar ( 150A –

200 A) ke motor dan motor mula berpusing dengan dayakilas yang tinggi untuk
memusingkan crankshaft.

NO. KOD / Code No. TP-300-2:2013-C06/P(3/5) MukaSurat / Page:

9 Drp / Of 10

4.IGNITION OFF (“IG” POSITION)





































Kendalian motor penghidup semasa (ignition off (“ig” position))


1. Setelah enjin hidup ignition switch kembali kekedudukan OFF ( IG POSITION ) arus
mengalir melalui series coil dalam arah berlawanan sama seperti semasa suis di

kedudukan ON. Pada masa ini daya electromagnet di shunt coil dinutralkan.


2. Hasilnya pelocok kembali kekedudukan asal disebabkan oleh tindakan return spring.

3. Apabila pelocok kembali ke kedudukan asal pinion gear pun terpisah dari starter ring

gear dalam masa yang sama sambungan terminal B dan M terputus menyebabkan
motor penghidup berhenti berputar.

NO. KOD / Code No. TP-300-2:2013-C06/P(3/5) MukaSurat / Page:

10 Drp / Of 10

SOALAN/ QUESTION:


1. Apakah fungsistarting system’s ?
.......................................................................................................................................
.......................................................................................................................................


2. Berikan komponen starting sistem?

.......................................................................................................................................
.......................................................................................................................................


3. Berikan fungsi utama komponen penghidup?
…………………………………………………………………………………………………..

.………………………………………………………………………………………………….




RUJUKAN/ REFERENCE:

1. Dj leeming heavy vehicle technology.

2. J.a. dolan motor vehicle technolgy and practical work.
3. clifford automotive service technolgy book
4. Motor automotive technology – anthony e.schwaller isbn o-8273-8354-1

5. Teknologi automotif,bahaman rajuli,ibs,p.j selangor

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 4 – 8 BLOK E9,KOMPLEKS E
62604 PUTRAJAYA

KERTAS PENERANGAN
(INFORMATION SHEET)




KOD DAN NAMA
PROGRAM / TP-300-2:2013 AUTOMOTIF SERVIS SELEPAS JUALAN
PROGRAM’S CODE &
NAME


TAHAP / LEVEL L2

1
NO. DAN TAJUK UNIT
KOMPETENSI / 2 TP-300-2:2013- C06 MENSERVIS SISTEM ELEKTRIK DAN
3
COMPETENCY UNIT NO. ELEKTRONIK KENDERAAN
AND TITLE 4



1. MEMERIKSA KEADAAN PENDAWAIAN SISTEM ELEKTRIK
2. MEMERIKSA KEADAAN KOMPONEN SISTEM PENGECAS

3. MENGGANTI KOMPONEN SISTEM PENGECAS

4. MEMERIKSA KEADAAN KOMPONEN SISTEM PENGHIDUP

5. MENGGANTI KOMPONEN SISTEM PENGHIDUP
NO. DAN PENYATAAN
AKTIVITI KERJA / WORK 6. MEMERIKSA KEADAAN KOMPONEN SISTEM PENYALAAN
ACTIVITIES NO. AND
STATEMENT 7. MENGGANTI KOMPONEN SISTEM PENYALAAN
8. MENGGANTI PENDERIA SISTEM KAWALAN ELEKTRONIK
ENJIN
9. MENGGANTI UNIT KAWALAN ELEKTRONIK (ECU)











NO. KOD / CODE NO. TP-300-2:2013-C06/P(4/5) Muka Surat/ Page: 1 Drp/ Of 7

Muka Surat / Page :
NO. KOD /Code No. TP-300-2:2013-C06/P(4/5) 2 Drp / Of 7



TAJUK/ TITLE:

SISTEM PENYALAAN

TUJUAN/ PURPOSE:

Kertas penerangan adalah bertujuan untuk memberi kefahaman dan pengetahuan

kepada pelatih tentangkomponen sistem penyalaan seperti palam pencucuh, kabel

pencucuh, gegelung pemasaan dan pengagih, jenis sistem penyalaan seperti titik
sesentuk, pengagih elektronik dan sistem penyalaan tanpa pengagih, aturan

pembakaran (firing order) dan firing interval dalam sistem penyalaan dan komponen
sistem penyalaan




PENERANGAN/ INFORMATION:


Gambarajah pendawaian untuk system penyalaan kenderaan adalah serperti berikut:

Muka Surat / Page :
NO. KOD /Code No. TP-300-2:2013-C06/P(4/5) 3 Drp / Of 7



Komponen Sistem Penyalaan

Sistem penyalaan membekalkan pusuan voltan tinggi sehingga 30 000 volt ke palam pencucuh
untuk menghasikaqn percikan bunga api.


Percikan bunga api tersebut adalah untuk memulakan pembakaran didalam selinder enjin.
Antara komponen sistem penyalaan adalah seperti berikut:



1. Spark Plug Spark plug mempunyai dua fungsi utama iaitu memercikan
bunga api diruang pembakaran dan mengedap lubang
palam supaya tekanan atau mampatan di dalam selinder
idak berubah .

Prestasi spark plug adalah bergantung kepada elektrod
gap. Untuk jangkamasa yang panjang elektrod gap akan
bertambah, oleh itu pada kebiasaannya spark plag adalah
dicadangkan untuk ditukar setiap 20,000 km

2. Spark Plug Spark plug cable adalah sebahagian daripada sistem
Cable penyalaan kenderaan. Spark plug cable terdiri dari pengalir
tengah yang disaluti dengan bahan penebat yang tebal.

Spark plug kabel berfungsi untuk mengalirkan voltan tinggi
dari distributor ke spark plug yang akan menghasilkan
percikan bunga api untuk menghasilkan letupan didalam
selinder .
.
3. Ignition Coil Ignition coil juga dikenali sebagi spark coil adalah coil
induction didalam kenderaan. Ianya berfungsi untuk
mengubah voltan rendah dari bateri kenderaan kepada
voltan tinggi bagi menghasilkan percikan elektrik pada
spark plug kenderaan yang diagihkan oleh distributor cap.

4. Distributor Distributor terdiri daripada komponen seperti distibutor
cap dan juga rotor arm. Distributor cap berfungsi untuk
mengagihkan voltan tinggi ke spark plug. Distributor cap
berfungsi untuk mengagihkan voltan tinggi ke spark plug
mengikut Pusingan enjin.

.

Muka Surat / Page :
NO. KOD /Code No. TP-300-2:2013-C06/P(4/5) 4 Drp / Of 7

















Spark Plug















Spark Plug Cable






















Ignition Coil

Muka Surat / Page :
NO. KOD /Code No. TP-300-2:2013-C06/P(4/5) 5 Drp / Of 7



























Distributor

JENIS-JENIS SISTEM PENYALAAN

1. Contact Breaker Point



Contact point dipasangkan didalam unit distributor. Contact point Ditutup oleh
tindakan spring dan dibuka oleh cam lob pada unit Ditributor.Litar primary akan

terputus apabila contact breker point terbuka. Contact breaker point mesti
dilarasdengan betul untuk mendapatkan kecekapan enjin.
















Contact Breaker Points

Muka Surat / Page :
NO. KOD /Code No. TP-300-2:2013-C06/P(4/5) 6 Drp / Of 7




2. Distributor Elektronik


Distributor elektronik jugadipanggil ‘solid state’ atau juga sistem penyalaan transistor. Sistem
ini menggunakan litar kawalan elektronik bagi mengoperasikan sistem nya.


Sistem ini tidak langsung menggunakan pemutus litar jenis mekanikal sebaliknya
menggunakan perintang dan transistor bagi mengawal litar operasinya.

















Distributor Electronics



3. Distributorless Ignition System


Percikan bunga api pada spark plug dinyalakan terus dari coil, pemasaan percikan bunga
api adalah dikawal oleh system computer sepenuhnya berpandukan kepada sensor yang
diletakkan pada crankshaft dan juga camshaft. Pada kebiasaannya setiap selinder

mempunyai coil tersendiri

Kelebihan menggunakan system ini:

I. Tidak menggunakan distributor, yang pada satu tahap akan mengalami kehausan
pada komponennya.

II. Tidak memerlukan kabel spark plug bervoltan tinggi.
III. Memberikan ketepatan pada kawalan pemasaan percikan bunga api, yang akan
meningkatkan kecekapan pembakaran dan prestasi kenderaan

Muka Surat / Page :
NO. KOD /Code No. TP-300-2:2013-C06/P(4/5) 7 Drp / Of 7

































Distributorless Igmition System




SOALAN/ QUESTION:


1. Apakah peranan sistem nyalaan ?
.......................................................................................................................................

.......................................................................................................................................


2. Berikan komponen yang terdapat pada distributor hall effect?
.......................................................................................................................................
.......................................................................................................................................


3. Berikan tiga jenis sistem penyalaan ?
…………………………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………………………
RUJUKAN/ REFERENCE:

1. Dj leeming heavy vehicle technology.

2. J.a. dolan motor vehicle technolgy and practical work.
3. clifford automotive service technolgy book
4. Motor automotive technology – anthony e.schwaller isbn o-8273-8354-1

5. Teknologi automotif,bahaman rajuli,ibs,p.j selangor

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 4 – 8 BLOK E9,KOMPLEKS E
62604 PUTRAJAYA

KERTAS PENERANGAN
(INFORMATION SHEET)



KOD DAN NAMA
PROGRAM / TP-300-2:2013 AUTOMOTIF SERVIS SELEPAS JUALAN
PROGRAM’S CODE &
NAME


TAHAP / LEVEL L2

1
NO. DAN TAJUK UNIT
KOMPETENSI / 2 TP-300-2:2013- C06 MENSERVIS SISTEM ELEKTRIK DAN
3
COMPETENCY UNIT NO. ELEKTRONIK KENDERAAN
AND TITLE




1. MEMERIKSA KEADAAN PENDAWAIAN SISTEM ELEKTRIK

2. MEMERIKSA KEADAAN KOMPONEN SISTEM PENGECAS

3. MENGGANTI KOMPONEN SISTEM PENGECAS

4. MEMERIKSA KEADAAN KOMPONEN SISTEM PENGHIDUP
5. MENGGANTI KOMPONEN SISTEM PENGHIDUP
NO. DAN PENYATAAN
AKTIVITI KERJA / WORK 6. MEMERIKSA KEADAAN KOMPONEN SISTEM PENYALAAN
ACTIVITIES NO. AND
STATEMENT 7. MENGGANTI KOMPONEN SISTEM PENYALAAN
8. MENGGANTI PENDERIA SISTEM KAWALAN ELEKTRONIK
ENJIN
9. MENGGANTI UNIT KAWALAN ELEKTRONIK (ECU)










NO. KOD / CODE NO. TP-300-2:2013-C06/P(5/5) Muka Surat/ Page: 1 Drp/ Of : 9

Muka Surat / Page :
NO. KOD / Code No. TP-300-2:2013-C06/P(5/5) 2 Drp / Of 9



TAJUK/ TITLE:

UNIT KAWALAN ELEKTRONIK ( ECU)

TUJUAN/ PURPOSE:

Kertas penerangan adalah bertujuan untuk memberi kefahaman dan pengetahuan

kepada pelatih tentangsusun atur sIstem kawalan elektronik enjin, jenis sIstem kawalan

elektronik enjin, komponen atau penderia sIstem kawalan elektronik enjin, kedudukan
komponen dan penderia sistem kawalan elektronik enjin, dan kedudukan penderia

sistem kawalan elektronik enjin.


PENERANGAN/ INFORMATION:


1.0 FUNGSI ECU PADA SISTEM EFI

Electronic Fuel Injection (berkomputer) mempunyai 3 komponen utama iaitu:-
(rujuk gambarajah 1)

1. Microprosessor
2. Sensor atau tranducer
3. Suis atau actuator


2.0 BINAAN ECU







Computer Interface Actuator







Random Read only

Sensors Interface Access memory
memory

Muka Surat / Page :
NO. KOD / Code No. TP-300-2:2013-C06/P(5/5) 3 Drp / Of 9



Bahagian utama dari sistem kawalan enjin berkomputer adalah unit kawalan enjin atau
ECU (electronic control unit). ECU terdiri dari 8-bit microcomputer, access rawak memori

atau Random Access Memory (RAM), Read Only Memory (ROM) dan output / input
interface.
Unit ini juga disebut sebuah microprosessor atau komputer. ECU pada dasarnya ialah

suis berkawalan arus voltan. Mereka tidak ‘berfikir’ dan mereka tidak membuat
‘keputusan’. Apabila di sambungkan kepada litar, mereka beroperasi membuka dan

menutup litar elektrik.
Litar dalaman ECU boleh rosak, kedudukan ECU biasanya terletak di panel compartment
penumpang atau di tepi laci dashboard.ECU di sambungkan ke sistem elektrikal

kenderaan dan sensor, juga aktuator melalui kabel harness. Ini menentukan keadaan
operasi enjin di hantar pada berbagai maklumat (isyarat input) yang di terima dari sensor

dan kawalan aktuator yang di perlukan seperi yang di tunjukkan di bawah

3. OPERASI ECU PADA SISTEM EFI

Engine Control Unit
Control items Control contents
Fuel injection control For controlling

injector
driving timing and Injectors
duration
based on multipoint
sequential injection.
Idle speed control For controlling by pass
air
quantity for idle Idle speed control
servo

Sensors speed
control by activating
the idle
speed control servo.
Power supply control For controlling power
supply Control relay
To the sensors and
actuators by
controlling
the control relay. Air conditioner
Air conditioner For controlling the relay
ON/OFF
Relay control. positions of the air
conditioner relay.

Ignition control relay For controlling the
ignition Power transistor
timing.

Muka Surat / Page :
NO. KOD / Code No. TP-300-2:2013-C06/P(5/5) 4 Drp / Of 9



Operasi ECU boleh di kategori kepada dua fungsi iaitu injection timing control dan injection
volume control. Injection timing control menentukan bila setiap injektor akan menginjeksi

bahan bakar (inject fuel) ke dalam silinder, ini akan di tentukan oleh nyahcas ignition primary
signal (IG). Injection volume control menentukan beberapa banyak (kuantiti) bahan bakar
akan di suntikkan ke dalam silinder. Ini di tentukan oleh :-


1) Isyarat injeksi asas (basic injection signal)

- yang mana pada gilirannya di tentukan oleh signal rpm enjin dan jumlah udara yang masuk
ke intake manifold.


2) Isyarat pembetulan jumlah injeksi (injection volume correction signal)
- terdapat litar amplifiksi yang mengoperasikan injektor.


ECU juga mempunyai fungsi diagnosis onboard (obd-onboard diagnose) berfungsi untuk
mendiagnosis sensor, service data sesebuah sistem boleh diperolehi dari cara

penghantaran data yang bersiri yang dikelola oleh scanner atau alat pengimbas memori.
Ini memudahkan pemeriksaan dan trouble shooting sistem unit kawalan enjin.
Mempunyai fail-safe / backup untuk memastikan keselamatan penumpang dan

kenderaan.

Jenis kawalan elektonik enjin


Kebanyakan kereta moden masa kini menggunakan sensor ataupun kawalan bagi

memastikan pencapaian enjin sentiasa berada dalam keadaan yang baik, ia juga adalah
sebagai penunjuk atau indicator kepada pemandu sekiranya sebarang baik pulih atau
servis dilakukan.


Sensor tersebut disambung terus kepada unit ECU yang akan memproses data tersebut

untuk dilakukan tindakan selanjutnya. Untuk mengesan sebarang masalah pada sensor
ataupun untuk melakukan sebarang baik pulih pada kenderaan yang melibatkan sensor,
scan tool atau computer perlu disambungkan bagi melakukan sebarang perubahan.
Antara jenis-jenis sensor atau kawalan yang biasa digunakan adalah sepreti berikut:

Muka Surat / Page :
NO. KOD / Code No. TP-300-2:2013-C06/P(5/5) 5 Drp / Of 9




Sensor / Kawalan Fungsi / Lokasi
1. Air flow sensor ( Penderia - Mengukur jumlah kemasukan udara yang masuk
Aliran Udara ) pancarongga dan menghantar isyarat ke ECU.
Lokasi berhampiran Air Cleaner

2. Intake Air Temperature - Mengukur suhu udara yang masuk ke
Sensor (Penderia Suhu pancarongga masukan dan menghantar isyarat
Masuk) ke ECU. Lokasi dalam Air Cleaner.

3. Coolant temperature - Mengukur kepanasan suhu air dalam bungkah
sensor enjin

4. Throttle position sensor - Mengukur sudut bukaan throttle dan ditukar
kepada voltej untuk dihantar ke ECU. Lokasi
pada throttle body


5. Idle Position Switch - Mengesan kedudukan thtrottle body samada
dibuka atau tidak. Lokasi throttle body

6. Top Dead Center Sensor - Mengesan kedudukan piston dalam lejang
(TDC Sensor) mampatan dan menentukan pancitan mengikut
firing order. Lokasi dalam Distributor.

7. Crank Angle Sensor - Mengesan kedudukan piston berada pada 75
BTDC dan beri isyarat pada ECU supaya pancit
bahan api. Kedudukan dalam Distributor

8. Detonation Sensor - Mengesan gegaran yang terjadi pada bungkah
enjin. Lokasi pada Enjin Blok

9. Vehicle Speed Sensor - Mengesan kelajuan enjin. Lokasi pada
speedometer.

10. Servo Valve Position - Mengawal Isipadu udara yang masuk apabila enjin
Sensor dalam keadaan idling dikawal oleh Servo Valve

apabila ia membuka atau menutup.Ia terletak pada
Air intake port.Servo valve

Muka Surat / Page :
NO. KOD / Code No. TP-300-2:2013-C06/P(5/5) 6 Drp / Of 9


































Air flow sensor ( Penderia Aliran Udara )





































Thtrottle Position Sensor / idle switch position

Muka Surat / Page :
NO. KOD / Code No. TP-300-2:2013-C06/P(5/5) 7 Drp / Of 9


























Top Dead Centre Sensor
























Crank Angle Sensor


Click to View FlipBook Version