The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buletin Bergambar Pelaksanaan Aktiviti Hospital Mesra Ibadah (HMI) Hospital Ampang, Selangor

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mohamadfitrijakim, 2022-07-06 03:43:17

BULETIN BERGAMBAR BULAN JANUARI 2022 - JUN 2022 HOSPITAL MESRA IBADAH (HMI) HOSPITAL AMPANG, SELANGOR

Buletin Bergambar Pelaksanaan Aktiviti Hospital Mesra Ibadah (HMI) Hospital Ampang, Selangor

Keywords: HMI Hospital Ampang

Buletin

Hospital Mesra Ibadah (HMI)

Edisi Khas : [ Januari 2022 Hingga Jun 2022 ] BIL. 01 / 2022

Kerjasama Strategik &
Rakan Masjid Hospital
(RAMAH) Tahun 2022

Terus Di Perkasa

MEMBAWA BERITA GEMBIRA I

DI CETAK & DITERBITKAN OLEH :

JAWATANKUASA HOSPITAL MESRA IBADAH (HMI)
PENTADBIR SURAU HOSPITAL AMPANG (SUHA)

HOSPITAL AMPANG
Jalan Mewah Utara

Pandan Mewah
68000 Ampang
SELANGOR DARUL EHSAN

Tel : 0342896233 / 011-58582439 / Fax : 42954666
hampg.moh.gov.my /

[email protected]

2022 Hak Cipta Terpelihara
Oleh Jawatankuasa

Hospital Mesra Ibadah (HMI)
HOSPITAL AMPANG
&

Pentadbir Surau Hospital Ampang (SUHA)

Isi

Perutusan Pengarah 4
Hospital Ampang

Program Hospital Mesra 5 – 10
Ibadah (HMI) @ HA
Aktiviiti Semarak 11 – 16

Kerohanian Islam @ HA
Ihya Ramadhan 1443H 17 – 31

@ HA
Kerjasama Strategik & 32 – 36
Kebajikan Islam @ HA
Pengimarahan Surau @ 37 – 39

HA
Pengurusan Jenazah 40 - 43

Islam @ HA

MEMBAWA BERITA GEMBIRA I

Buletin H o s p i t a l M e s r a I b a d a h ( H M I )

“Di kesempatan ini saya mewakili

seluruh pengurusan tertinggi &

warga kerja Hospital merakamkan

ucapan tahniah dan terima kasih

khususnya buat pihak

jawatankuasa kerana telah

berjaya merangka aktiviti-aktiviti

pengimarahan di Hospital

Ampang. Dari aktiviti program

penerapan nilai Islam,

pengimarahan surau, aktiviti

kebajikan kepada petugas

barisan hadapan hinggalah

program kerjasama strategik

dengan pelbagai agensi luar

dapat diatur dengan jayanya.

Semoga usaha ini dapat

diteruskan dimasa akan datang.”

DR. KASUADI BIN HUSSIN
PENGARAH

HOSPITAL AMPANG

Alhamdulillah, puji dan syukur hanya kepada Allah SWT yang menguasai sekalian alam, selawat
dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, keluarga serta sahabat-sahabat
baginda sekalian.

Setengah tahun pertama bagi tahun 2022 telah meninggalkan kita semua. Terima kasih diatas
segala sokongan dan dokongan seluruh warga kerja Hospital Ampang dalam merealisasikan dan
berusaha memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan dan masyarakat
setempat.

Akhir sekali, saya menyeru kepada semua pihak agar dapat meneruskan segenap usaha untuk
membangunkan usaha-usaha dalam memastikan Hospital Ampang ke arah Hospital Mesra
Ibadah (HMI) dari segi kemudahan dan kepakaran yang lebih baik di masa akan datang.

#HospitalMesraIbadah(HMI)HospitalAmpang #SemarakAktivitiKerohanianIslamHA

MEMBAWA BERITA GEMBIRA I

Buletin H o s p i t a l M e s r a I b a d a h ( H M I )

Hospital Mesra Ibadah (HMI)

@Hospital Ampang

MEMBAWA BERITA GEMBIRA I

Buletin H o s p i t a l M e s r a I b a d a h ( H M I )

22 Feb. 2022 (Selasa) / 20 Rejab 1443H : KURSUS 6
TRAINING OF TRAINERS (TOT) PENGURUSAN SOLAT /
IBADAH PESAKIT PERINGKAT HOSPITAL ZON TENGAH
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM)
*************************************************************

PENGANJUR: Hospital Banting, Hospital Kajang,
Hospital Ampang, Hospital Tuanku Ampuan Rahimah
Klang, Hospital Serdang, Hospital Selayang, Hospital Sg.
Buloh dan Hospital Putrajaya

‍♀️ KUMPULAN SASAR: 625 warga kerja hospital yang
terlibat.✅️

Syabas dan tahniah kepada pihak jawatankuasa
penganjur kursus tot tersebut atas usaha dan inisiatif
yang sangat baik untuk mengadakan kursus secara
kerjasama dengan sebanyak 8 buah hospital zon
tengah KKM.Setinggi penghargaan dan jutaan terima
kasih kepada semua peserta yang terlibat dalam
menjayakan program ini secara maya.

MEMBAWA BERITA GEMBIRA I

Buletin H o s p i t a l M e s r a I b a d a h ( H M I )

PERINGKAT HOSPITAL AMPANG

Bil/ 01 Tahun 2022

Ampang / 08 Mac 2022 (Selasa) : Hospital Ampang melalui Unit Penyeliaan Hospital dengan

kerjasama Jawatankuasa Hospital Mesra Ibadah (HMI) telah mengadakan Kursus Pengurusan

Jenazah Islam Kepada Petugas Kesihatan (Pembantu Perubatan & Pembantu Perawatan Kesihatan)

Peringkat Hospital Ampang Tahun 2022. Objektif penganjuran pelaksanaan program ini adalah

sebagai latihan dan pendedahan berkaitan pengurusan jenazah Islam dan sebagai satu makanisme

dan pembentukan spirituality dan modal insan khususnya kepada semya warga kerja Hospital

Ampang selaras dengan tuntutan agama. Ceramah telah disampaikan oleh Ustaz Amir Muttakin Bin

Hj Abd Ghani (Penyelaras Pusara COVID-19 @ Sungai Sekamat, JAIS). Peserta kursus ini adalah terdiri

daripada 80 orang peserta yang terdiri daripada Penolong pegawai perubatan & pembantu

perawatan kesihatan.Intipati pelaksanaan program ini penceramah telah memberi pendedahan

berkaitan pengurusan jenazah Islam yang merangkumi empat perkara utama iaitu, memandikan,

mengafankan, mensolatkan, dan mengebumikan jenazah. Penceramah juga telah menyentuh

berkaitan pengurusan jenazah berkaitan jenazah penyakit berjangkit, jenazah berisiko dan jenazah

berisiko tinggi. Program diakhiri dengan penyampaian cenderamata kepada penceramah yang

telah disampaikan oleh En. Musa Bin Abd Ghani, Ketua Penyelia Hospital. Mewakili pihak

jawatankuasa penganjur mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua peserta dan pihak yang

terlibat menjayakan program ini.

7

MEMBAWA BERITA GEMBIRA I

Buletin H o s p i t a l M e s r a I b a d a h ( H M I )

MESYUARAT HOSPITAL MESRA IBADAH
(PERSPEKTIF ISLAM)
BIL. 01/2022

HOSPITAL AMPANG, SELANGOR DARUL EHSAN

18 Februari 2022 Latihan HMI &
(Jumaat) : PeVDneeasrntaibPpuaelnnugmNuikclauoihnIagsnluaem

MESYUARAT Program Kebajikan
HOSPITAL MESRA
FOKUS
IBADAH (HMI) 2022
HOSPITAL AMPANG
BIL. 01 TAHUN 2022

*********************

URUSETIA : Unit Hal
Ehwal Islam (UHEI)
Hospital Ampang

Satu Mesyuarat Bil. 01/2022 berkaitan Hospital Mesra Ibadah (HMI) telah diadakan

bertujuan untuk merangka pelan tindakan berkaitan Hal Ehwal Islam Hospital Ampang.
Mesyuarat ini juga adalah bertujuan membuat pelantikan ahli jawatankuasa baru bagi tahun
2022 hingga tahun 2023. Diakhir mesyuarat pengerusi HMI telah menyampaikan sijil watikah
pelantikan kepada semua ahli mesyuarat.

8

MEMBAWA BERITA GEMBIRA I

Buletin H o s p i t a l M e s r a I b a d a h ( H M I )

GARIS PANDUAN &
RUJUKAN PELAKSANAAN :

01 Pelan Tindakan Perubatan (Kluster Zon Selatan) Tahun 2022

Perkara No 18 : Hospital Mesra Ibadah (Perspektif Islam)

02 Garis Panduan Pelaksanaan Hospital Mesra Ibadah (Perspektif Islam) Kementerian

Kesihatan Malaysia Tahun 2019

03 Manual Audit Persijilan Hospital Mesra Ibadah (Perspektif Islam) & Penarafan

Bintang Fasiliti Ibadah Tahun 2019

9

MEMBAWA BERITA GEMBIRA I

Buletin H o s p i t a l M e s r a I b a d a h ( H M I )

PELAN TINDAKAN :

01 LaLPPAodREirNTOpeIEiGmHsRRcAAiiApnNPMsgAHumKNMEINdB&oIALlPoJArIRIK-sONAiGtINLaRAmAIMeISt LaAt nMec&at ● Kursus TOT Pengurusan Ibadah Pesakit (Penyelaras & Pegawai HMI Wad)
● ● PeDngounkeucharinsPursodgroalmorPpeonretraapvaennNeinlaaitIisslam / Hari Kebesaran Islam /Ihya
02 LPoErNeGmIMipAsRumAHdAoNloSr sUiRt AamU e&t at nec at
KadEiLpEisNcGinKgAPAN FASILITI IBADAH ● RaPmhaadrheatnra luctus felis
● ● PePnrgouiknuhinante&lluKsefrejalsisamvoaluSttpraattegik Program Kebajikan Dengan Agensi
03 PaLodUirBpeLimsIcSiiIpnTsgIuHmMdIo&loPrRsOitMamOSeIt at nec at
Berkaitan
04 AUDIT PEMATUHAN STANDARD HMI
& APLIKASI PELAKSANAAN DI WAD ● Pengimaharan Pelaksanaan Program & Aktiviti Surau
● ● MeDnoyneleacrarsis&uMs ednogluorrupskoarntaFavseinlitei nSautriasu / Ruang Solat
05 PERKHIDMATAN HAL EHWAL ISLAM ● ● PePnhyeadreiatarna Kluecletnugskfaeplaisn Peralatan Ibadah Pesakit (Kit Solat, DLL)
& PENGURUSAN JENAZAH ISLAM ● ● PePnryoeilnarainsatnelJluasdufaelliBsavcoaaluntDpoaat & Pengumuman waktu Solat / DLL

●● PDenoenrebcitraisnuRsisdaollaohr PpoanrtdauvaennHenMaItiKsKM
●● MPehmarpertorma louscituPselfaeklissanaan HMI & Aktiviti Kerohanian Islam

● Proin in tellus felis volutpat

● Pematuhan Perkara No. 18 : Pelan Tindakan Perubatan JKNS Tahun 2022
● Pematuhan Audit Persijilan HMI, KKM & Pengiktirafan Persijilan HMI KKM

Tahun 2023

● Pelaksanaan di Semua Wad (Dokumentasi / Peralatan Ibadah / Orientasi

Pesakit / DLL)

● Perkhidmatan Khidmat Nasihat Agama & Bimbingan Ibadah

Pesakit

● Perkhidmatan Pengurusan Jenazah Islam

10

MEMBAWA BERITA GEMBIRA I

Buletin H o s p i t a l M e s r a I b a d a h ( H M I )

Aktiviti Semarak Kerohanian Islam

@Hospital Ampang

MEMBAWA BERITA GEMBIRA I

Buletin H o s p i t a l M e s r a I b a d a h ( H M I )

SALAM ISRA’ MIKRAJ & SUMBANGAN TABUNG IHYA RAMADHAN 1443H TAHUN 2022M
“Maha suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al Masjidil Haram ke
Al Masjidil Aqsha yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebagian dari
tanda-tanda (kebesaran) kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha mendengar lagi Maha mengetahui.”
(al-Israa’: 1)
Mewakili seluruh pihak pengurusan tertinggi & warga kerja Hospital Ampang mengucapkan Selamat
Menyambut Isra’ Mikraj 1443H. Sehubungan itu,satu ceramah khas juga telah diadakan pada 01 Mac
2022 / 27 Rejab (Selasa) bertempat di Auditorium Aras 2 Hospital Ampang dengan mematuhi SOP yang
sedang berkuatkuasa. Majlis juga diadakan secara hybrid melalui aplikasi ZOOM. Ceramah ini telah
disampaikan oleh Ustaz Syamsul Amri Bin Ismail @ Ustaz Syamsul Debat. Semoga perjalanan dan ibrah
dari peristiwa Isra’ Mikraj ini dapat dijadikan satu inspirasi dalam diri khususnya tanggungjawab kepada
yang maha esa dan urusan memperbaiki diri kepada yang lebih baik. Mempersiapkan diri, berazam dan
sentiasa merindui akan kedatangan ramadhan dengan penuh penghayatan.

12

MEMBAWA BERITA GEMBIRA I

Buletin H o s p i t a l M e s r a I b a d a h ( H M I )

Sempena menyambut &

mengimarahkan

program ramadhan

pada tahun ini pelbagai

aktiviti sedang dirangka.

Dan majlis Pelancaran

Tabung Ihya Ramadhan

1443H telah

disempurnakan oleh

YBhg. Pengarah Hospital

Ampang Dr. kasuadi Bin

Hussin. Antara

perancangan

pengimarahan

Ramadhan @ HA ialah :

1️⃣“Bakul kasih ramadhan”(sumbangan juadah berbuka setiap hari kepada frontliner
bertugas)2️“⃣ RamadhanHA@prihatin” (sumbangan kebajikan & keperluan harian)3️⃣“Qurantime”
(Tadarus al-quran & majlis khatam al-quran)4️⃣“Quranhour” (Majlis bacaan yassin, tahlil & doa
selamat mingguan)5️⃣“Bicara rohani @ ramadhanHA”6️“⃣ Kuliah ramadhan bersiri @
ramadhanHA”7️“⃣ Diskusi ilmu bersiri @ ramadhanHA”Dan pelbagai lagi.

Justeru itu, sumbangan dana daripada pihak tuan / puan adalah amat dialu-alukan.⏭️⏭️ SEBARANG
SUMBANGAN BOLEH DISALURKAN TERUS KE :BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD
(BIMB)12122010034564JAWATANKUASA PENTADBIR SURAU HOSPITAL AMPANGREF : SUMBANGAN IHYA
RAMADHANSebarang Pertanyaan : 1. En. Mohamad Nor Azmi Bin Mohamad Zin (JKSP, Aras 1)2. Ustaz
Mohd Fitri Razali (UHEI, Aras 2)3. En. Ahmad Badri Bin Che Hamid (PPP, Aras 1)4. Sr. Katijah Idris (UKJ,
Aras 2)5. En. Mohamad Nazari Bin Habebulla (CSSD, Aras 2)6. Pn. Norashikin Abd Manan (UPK,Aras 2)

“Semoga Ramadhan Kali Ini Membawa Seribu Makna Kepada Kita Dan Infaq Kita Dapat Membantu
Mereka Yang Memerlukan Serta Dapat Menambah Amalan Kita & Semoga Infaq Kita Diterima dan
Diberkati Jua....”

Dapatkan info-info semasa melalui group wasap surau hospital ampang klik link :
http://bit.ly/surauhospitalampang

13

MEMBAWA BERITA GEMBIRA I

Buletin H o s p i t a l M e s r a I b a d a h ( H M I )

PERINGKAT HOSPITAL AMPANG 1443H / 2022M
“Al-Quran Nadi Keutuhan Jiwa”

20 April 2022 (Rabu) – “3 perkara yang apabila tengok pun sudah dapat pahala iaitu melihat
kaabah, melihat wajah kedua orang tua & melihat al-quran. Inikan pula apabila kita sentiasa
menjadikan al-quran sebagai teman dan panduan al-quran.” Al-Quran adalah mukzijat kepada
Nabi Muhammad SAW. Demikian intipati Sempena Ceramah Khas Nuzul Al-Quran 1443H tahun
2022M bertajuk Al-Quran Nadi Keutuhan Jiwa. Ceramah khas ini telah disampaikan oleh Ustaz Elyas
Ismail bertempat di Auditorium Aras 2, Hospital Ampang. Objektif penganjuran majlis ini diadakan
adalah bagi menyeramakkan lagi semangat dan kecintaan kepada al-quran. Sekalung
penghargaan dan terima kasih kepada semua yang hadirin yang menjayakan program ini.

14

MEMBAWA BERITA GEMBIRA I

Buletin H o s p i t a l M e s r a I b a d a h ( H M I )

Ceramah Khas

1443H / 2022M
Peringkat Hospital Ampang

23 Mei 2022 (Isnin) Hospital Ampang : “Barangsiapa mengerjakan kebajikan, baik laki-laki

maupun perempuan dalam keadaan beriman, maka pasti akan kami berikan kepadanya

kehidupan yang baik dan akan kami beri balasan dengan pahala yang lebih baik dari apa
yang telah mereka kerjakan.” (Surah Al-Nahl : 97). Selamat Hari Jururawat kepada semua

jururawat seluruh dunia. Pastinya segala kebajikan dan amanah dalam setiap tugasan yang

diberikan memperoleh tiket ke syurga. Demikian intipati ceramah khas sempena Seminar Hari

Jururawat 1443H Tahun 2022M Peringkat Hospital Ampang yang telah disampaikan oleh Ustaz
Haslin Baharim. Objektif penganjuran adalah melahirkan modal insan, menghubungkan

silaturrahim, semangat kejururawatan, kerjasama dalam satu pasukan serta mendidikan

kesedaran rohani dan spiritual kepada seluruh jururawat & warga kerja Hospital Ampang. Majlis

amat berbesar hati dengan kehadiran YBhg. Dr Kasuadi Bin Hussin Pengarah Hospital Ampang &
Matron Hamidah Midak Ketua Penyelia Jururawat (KPJ) Hospital Ampang. Semangat kerja

berpasukan akan terus dipertingkatkan dari semasa ke semasa dalam melahirkan jururawat

yang berprofesional tinggi.

15

MEMBAWA BERITA GEMBIRA I

Buletin H o s p i t a l M e s r a I b a d a h ( H M I )

DAN PETUGAS HAJI
HOSPITAL AMPANG 1443H/2022M

27 Mei 2022 (Jumaat) Hospital Ampang – “Haji mabrur tidak ada ganjaran baginya melainkan

syurga”. Hadis riwayat ahmad. Melaksanakan ibadah haji merupakan impian setiap umat Islam

kerana ganjaran yang besar yang telah dijanjikan oleh Allah SWTBersempena dengan musim
haji tahun 1443H yang bakal tiba, maka satu Majlis Meraikan Dhuyuf ar-Rahman & Mahabbah

Aidil Fitri 14434H Warga Kerja dan Petugas Hospital Ampang, Selangor Darul Ehsan telah

diadakan bertempat di auditorium Aras 2, Hospital Ampang. Majlis amat berbesar hati dengan

kehadiran YBhg. Dr Kasuadi Bin Hussin, Pengarah Hospital Ampang & semua pengurusan
tertinggi Hospital Ampang. Objektif penganjuran program seperti ini amat penting sebagai

penzahiran keprihatinan dan kepekaan pihak pengurusan kepada warga kerja Hospital

Ampang yang terpilih untuk menunaikan haji pada tahun ini.Seramai 13 orang warga kerja

Hospital Ampang telah berjaya menempatkan diri mereka sebagai sebahagian bakal haji dari
Malaysia 1443H. Pemilihan dan penyenaraikan warga kerja yang terpilih ini perlu diraikan

dengan penuh rasa sukacita dan kesyukuran. Justeru, kepada semua rakan-rakan bakal

jemaah haji dan hajah yang diraikan, semulia-mulia ucapan doa kita lafazkan, mudah-

mudahan dikurniakan oleh Allah SWT kudrat, kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan
sepanjang tempoh mereka berada di Tanah Suci, termasuklah dalam perjalanan pergi dan

balik.

16

MEMBAWA BERITA GEMBIRA I

Buletin H o s p i t a l M e s r a I b a d a h ( H M I )

Ihya Ramadhan 1443H

@Hospital Ampang

MEMBAWA BERITA GEMBIRA I

Buletin H o s p i t a l M e s r a I b a d a h ( H M I )

18

MEMBAWA BERITA GEMBIRA I

Buletin H o s p i t a l M e s r a I b a d a h ( H M I )

PERINGKAT KEBANGSAAN 1443H / 2022M
“Ramadhan Dirai, Ukhuwah Di Hati”

1 April 2022 : Kerjasama strategik Hospital Ampang & Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
melalui Masjid Negara Kuala Lumpur bermula 29 September 2020 yang lalu sehinggalah ke hari ini
amatlah dialu-alukan. Pelbagai program dan aktiviti telah dilaksanakan antaranya Program Rakan
Masjid Hospital, Hospital Ampang & Masjid Negara Berdoa dan pelbagai aktiviti kebajikan yang lain.

Bersempena dengan Majlis Pelancaran Ihya Ramahan Peringkat Kebangsaan 1443H tahun 2022M

yang telah disempurnakan oleh YB Senator Datuk Haji Idris Bin Haji Ahmad, Menteri di Jabatan

Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Hospital Ampang amat berbesar hati kerana menerima

sumbangan berjumlah 3000 pax juadah berbuka puasa untuk diagihkan kepada frontliner Hospital

Ampang sepanjang Ramadhan akan datang. Simbolik penyerahan telah disampaikan oleh YB

Menteri kepada YBhg. Dr Kasuadi Bin Hussin Pengarah Hospital Ampang. Mewakili pihak pengurusan

tertinggi Hospital merakamkan penghargaan terima kasih kepada pihak JAKIM & Masjid Negara atas

sumbangan ini.

19

MEMBAWA BERITA GEMBIRA I

Buletin H o s p i t a l M e s r a I b a d a h ( H M I )

31 Mac 2022 (Hospital Ampang) : 20
”AmbangRamadhan1443H@HA” Sepanjang minggu ini,
pelbagai aktiviti pengimarahan Ambang Ramadhan
1443H telah diadakan dan ianya bertujuan untuk
menyemarakkan lagi semangat ihya ramadhan di
kalangan warga kerja Hospital Ampang. Bermula
dengan Program Nafas Baru Bermula Ramadhan yang
telah diadakan pada 28 Mac 2022 bertempat di
Auditorium Hospital Ampang dan majlis ini telah
disempurnakan perasmiannya oleh YBhg. Pengarah
Hospital Ampang, Dr Kasuadi Bin Hussin. Program ini
bertujuan untuk menyampaikan mesej-mesej kesihatan
kepada warga kerja hospital khususnya yang merokok
untuk menghentikan tabiat ini bermula pada awal
Ramadhan. Cemarah khas juga telah disampaikan oleh
al-Fadhil Ustaz Don Daniyal Don Biyajid yang bertajuk
“Nafas Baru, Iman Baru”. Pada majlis ini juga YBhg
Pengarah telah menyampaikan sijil penghargaan
kepada 12 klien yang telah berjaya berhenti merokok.

MEMBAWA BERITA GEMBIRA I

Buletin H o s p i t a l M e s r a I b a d a h ( H M I )

Majlis Penyampaian Cenderamata Peserta Tadarus &
Pelancaran Ihya Ramadhan 1443H / Tahun 2022M Peringkat
Hospital Ampang juga telah diadakan pada 31 Mac 2022
bersamaan 28 Syaaban 1443H. Majlis telah di sempurnakan
oleh YBhg. Dr Kasuadi Bin Hussin, Pengarah Hospital Ampang.
Dalam ucapannya beliau menyeru kepada semua warga kerja
untuk menjadikan Al-Quran dan aplikasikanlah dalam
kehidupan pastinya terpancar kebahagiaan khususnya
disepanjang ramadhan akan datang. Majlis yang turut dihadiri
oleh Dr. Raziman Bin Abd Razak , Pengerusi PERKIHA dan Dr.
Emelianah Binti Saidil, Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil
Hospital Ampang. Sebanyak 12 Kumpulan yang terdiri
daripada 120 orang peserta yang menyertai program tadarus
Al-Quran Peringkat Hospital Ampang dan semua peserta telah
menerima cenderamata berupa senaskah al-quran, set kurma,
tasbih digital & risalah Ramadhan@HA. Majlis diakhiri dengan
Majlis Bacaan Yassin & Doa Selamat sempena menyambut
Ramadhan 1443H.

“Ramadhan Tiba, Ramadhan Tiba….Marhaban Ya
Ramadhan”.“Selamat Menyambut Ramadhan Al-Kareem
1443H Tahun 2022M”

21

MEMBAWA BERITA GEMBIRA I

Buletin H o s p i t a l M e s r a I b a d a h ( H M I )

PERINGKAT HOSPITAL AMPANG 1443H / 2022M
“Ramadhan Dirai, Ukhuwah Di Hati”

RAMADHAN 1443H / 2022M : Program Tadarus Al-Quran Peringkat Hospital Ampang yang
bermula pada 1 Ramadhan hingga 22 Ramadhan 1442H telah diadakan mengikut SOP
semasa COVID-19. Sebanyak 12 kumpulan dengan penglibatan lebih 100 orang peserta
yang terdiri daripada warga kerja dan petugas kesihatan dari Jabatan / Unit / Wad / Klinik
dengan dapat meluangkan sedikit masa untuk bersama - sama bertadarus al - quran
dengan mengambil keberkatan dan kelebihan membaca al-quran disepanjang
ramadhan. Semua peserta diberikan senaskah Al-Quran & Sijil Penyertaan.

22

MEMBAWA BERITA GEMBIRA I

Buletin H o s p i t a l M e s r a I b a d a h ( H M I )

@RamadhanHA1443H 23

Jawatankuasa HMI telah melaksanakan satu program yang
dinamakan “Satu Hari Satu Perkongsian” bagi menyebarkan dan
berkongsi ilmu dan maklumat yang bermanfaat kepada warga
kerja Hospital Ampang. Perkongsian ini dihebahkan pada setiap
hari isnin hingga jumaat yang bermula pada 11 April 2022 hingga
2 Mei 2022. Program ini dilaksanakan melalui kaedah hebahan
poster dan video serta ayat keterangan atau ‘caption’ ringkas
bagi memudahkan pembaca memahami maklumat yang ingin
disampaikan.

MEMBAWA BERITA GEMBIRA I

Buletin H o s p i t a l M e s r a I b a d a h ( H M I )

@RamadhanHA
“Ramadhan Dirai, Ukhuwah Di Hati”

Objektif penganjuran pertandingan ini diadakan ialah untuk mengingati dan menghayati Hari
Nuzul al-Quran dimana hari tersebut merupakan hari penurunan al-Quran sebagai mukjizat
agung Nabi Muhammad SAW. Program ini juga diadakan sebagai platform penyampaian ilmu
pengetahuan tentang al-Quran dan ia juga merupakan sebagai pemangkin dalam menarik
minat untuk mengenali al-Quran dengan lebih mendalam. Oleh itu, disertakan butiran
pertandingan seperti berikut :

Nama Program : Pertandingan Kuiz Digital Nuzul Quran 2022

Tarikh : 5 April 2022 sehingga 13 April 2022

Link : https://linktr.ee/wannes

ESIJIL DISEDIAKAN KEPADA SEMUA PENYERTAAN 24
MEMBAWA BERITA GEMBIRA
I

Buletin H o s p i t a l M e s r a I b a d a h ( H M I )

22 April 2022 @ Hospital Ampang :
Sepanjang Ramadan 1443H
bersamaan 2022M, pelbagai
program yang telah dianjurkan oleh
jawatankuasa Hospital Mesra
Ibadah (HMI) bagi mengimarahkan
bulan yang penuh dengan
kemuliaan ini. Antara program
yang dianjurkan ialah Kuiz Nuzul al-
Quran yang diadakan pada 5 April
2022 sehingga 13 April 2022.

Program ini telah mendapat sambutan yang hangat daripada warga kerja Hospital Ampang
dengan penyertaan sebanyak 173 penyertaan. Jawatankuasa penganjur telah memilih 10
peserta terbaik sebagai pemenang pertandingan kuiz ini dan membuat pengumuman
sehari sebelum majlis menyampaian hadiah iaitu pada 21 April 2022 manakala tarikh
menyampaian hadiah kepada para pemenang ialah pada 22 April 2022. Antara pemenang
pertandingan ini ialah, Wan Mohd Ilhammuddin, Dr Wong Lit Rean, Zaleha Kamarudin,
Noorhidayah Dawam, Dr Ahmad zainol Ariffin, Nor Azliza Khosmat Ali, Yusmaria Yusof,
Ahmad Badri Che Hamid, Lyidiana Ezwanie dan Azilah Binti Palah. Pemenang tempat
pertama diberikan RM 150, voucer yang bernilai RM50,dan sijil penyertaan. Pemenang
tempat kedua diberikan RM 100, voucer yang bernilai RM50,dan sijil penyertaan manakala
pemenang tempat ketiga diberikan RM50, voucer yang bernilai RM50,dan sijil penyertaan.
Pemenang tempat keempat hingga kesepuluh diberikan hadiah saguhati yang bernilai
RM10 dan sijil penyertaan. Semua peserta yang menyertai pertandingan ini diberikan e-sijil
penyertaan yang telah disebarkan melalui QR code pada poster yang telah dibuat hebahan

pada paparan komputer Hospital Ampang pada 21 April 2022.

25

MEMBAWA BERITA GEMBIRA I

Buletin H o s p i t a l M e s r a I b a d a h ( H M I )

Kerjasama strategik

Hospital Ampang &

Jabatan Kemajuan Islam

Malaysia (JAKIM) melalui

Masjid Negara Kuala

Lumpur melalu Program

Rakan Masjid Hospital

(RAMAH) berkaitan agihan

keseluruhan berjumlah

3000 pax juadah berbuka

puasa untuk diagihkan

kepada frontliner Hospital

Ampang sepanjang

Ramadhan 1443H.

#RamadahanHA1443H 26
#RAMAH2022

MEMBAWA BERITA GEMBIRA I

Buletin H o s p i t a l M e s r a I b a d a h ( H M I )

HOSPITAL AMPANG
1443H/2022M

22 April 2022 (Jumaat) : “Semangat Keluarga Malaysia yang kukuh perlulah dinamik dengan
sentiasa menanam semangat saling bertanggungjawab, saling melindungi dan semestinya

saling menyayangi diantara setiap petugas barisan hadapan dan warga kerja hospital”.

Demikianlah sedikit intipati nasihat dan ucapan oleh YBhg Dr. Kasuadi Bin Hussin Pengarah

Hospital Ampang sewaktu merasmikan Majlis Iftar Perdana Dan Penyampaian Sumbangan
Aidil Fitri 1443H Tahun 2022 Peringkat Hospital Ampang. Majlis ini juga amat berbesar hati

akan kehadiran YBhg. Dato’ Hj Mohd Aizuddin Bin Ghazali, Ketua Pegawai Eksekutif, Yayasan

PRIHATIN Nasional. Dalam ucapan YBhg Dato.’ CEO PRIHATIN berkata akan terus

bekerjasama dengan pihak hospital berkaitan kebajikan warga kerja terutama pendidikan
kepada anak-anak kakitangan. Inshaallah perkara ini akan diperhalusi bagi tujuan

kemudahan dan kebajikan seluruh warga kerja dan keluarga. YBhg. Pengarah & YBhg. Dato’

CEO PRIHATIN berbesar hati untuk menyampaikan sumbangan duit raya & sumbangan

keperluan harian sempena Aidil Fitri akan datang. Duit raya kepada anak-anak warga kerja
hospital juga tidak dilupakan. Terpancar keriangan diwajah anak-anak apabila YBhg.

Pengarah sendiri telah meramah mesra dengan kakitangan dan menyampaikan sendiri duit

raya kepada anak-anak. Majlis juga amat berbesar hati apabila YBhg. Pengarah Sendiri turut

menunaikan solat tarawih dan moreh bersama-sama kakitangan dan berpeluang

mendengar dan berkongsi cerita suka duka warga kerja. Terima kasih juga kepada
MCDONALD Ampang yang menaja 500 pax untuk juadah moreh buat seluruh warga kerja.

"Kenyang makan McD sambil minum teh tarik panas". Ayat sempoi Pengarah sambil

mendengar cerita kakitangan.

27

MEMBAWA BERITA GEMBIRA I

Buletin H o s p i t a l M e s r a I b a d a h ( H M I )

Program Agihan Bubur Lambuk Dan
Penyampaian Sumbangan Ihya Ramadhan

“HA PRIHATIN” TAHUN 1443H / 2022M

15 April 2022 (Jumaat) - "Tradisi pengagihan bubur lambuk setiap kali ramadhan pasti ditunggu-tunggu
buat kita semua. Ianya secara tidak langsung memeriahkan suasana setiap kali ramadhan tiba dan
mengeratkan hubungan ukhwah sesama insan." Demikian ucapan ringkas Dr. Kasuadi Bin Hussin Pengarah
Hospital Ampang semasa hadir ke program agihan bubur lambuk dan penyampaian sumbangan Ihya
Ramadhan “HA Prihatin” 1443H / 2022M Peringkat Hospital Ampang anjuran Hospital Mesra Ibadah (HMI)
Hospital Ampang telah diadakan di Lobi Utama Aras 1 Hospital Ampang. Turut hadir pada majlis ini YBrs. En.
Ibrahim Bin Selamat, Ketua Operasi Agihan Zakat Daerah Hulu Langat, Lembaga Zakat Selangor (MAIS),
YBrs. Dr. Azar Hussin, Pengerusi Amal Valley Organization & Pengarah Urusan Rangkaian Klinik As Salam,
Timbalan – Timbalan Pengarah & Pegawai Kanan Hospital Ampang.

Pada majlis ini, Hospital Ampang melalui Persatuan Kebajikan Islam Warga Kerja & Keluarga (PERKIHA) amat
berbesar hati telah menerima sumbangan bagi program penerapan nilai Islam berjumlah keseluruhan RM
6,000.00 daripada Lembaga Zakat Selangor Daerah Hulu Langat. Simbolik penyampaian telah disampaikan
sendiri oleh YBrs. En. Ibrahim Bin Selamat, Ketua Operasi Agihan Zakat Daerah Hulu Langat, Lembaga Zakat
Selangor (MAIS) kepada YBhg. Pengarah Hospital.

Majlis pada hari ini juga amat berbesar hati menerima sumbangan 150 pax kurma dan barangan kotak
makanan daripada Amal Valley Organization yang merangkumi barangan keperluan harian untuk
diagihkan kepada warga kerja hospital. Majlis diakhiri dengan penyampaian agihan bubur lambuk kepada
semua warga kerja hospital. Pihak jawatankuasa telah menyediakan 550 pax bubur lambuk untuk
diedarkan kepada semua warga kerja. Semoga program seperti ini diteruskan dari semasa ke semasa.

28

MEMBAWA BERITA GEMBIRA I

Buletin H o s p i t a l M e s r a I b a d a h ( H M I )

1443H / 2022M
BERSAMA LEMBAGA ZAKAT SELANGOR

(MAIS)

22 April 2022 : Program Bakul Kasih Makanan Hospital Ampang Bersama Lembaga Zakat Selangor (MAIS)
diteruskan pada jam 03.00 petang bertempat di Lobi Utama Aras 1 Hospital. Program ini adalah bertujuan bagi
menghargai dan meraikan seluruh petugas barisan hadapan dan warga kerja hospital dan program-program
kebajikan seluruh warga kerja hospital akan terus menjadi keutamaan pihak pengurusan tertinggi hospital. Pada
majlis ini pihak hospital amat berbesar hati menerima kehadiran YBhg. Tuan Abd Halim Bin Abd Rahim, Ketua
Divisyen Teknologi Maklumat yang mewakili Ketua Pegawai Eksekutif LZS MAIS, YBhg. Tuan Hj Saiful Anuar Bin
Abdullah Salleh, Ketua Jabatan Pengurusan Sosial Kebajikan LZS MAIS, Tuan Ibrahim Bin Selamat, Ketua Operasi
LZS MAIS Daerah Hulu Langat serta pegawai-pegawai dari LZS MAIS. Dalam ucapan YBhg. Pengarah sewaktu
merasmikan majlis ini telah merakamkan setinggi penghargaan terima kasih kepada dan kerjasama strategik
hospital dan LZS MAIS akan terus diperkasa dan dipertingkatkan dimasa-masa akan datang. Pihak LZS MAIS telah
menyampaikan sumbangan RM 10,000 bagi pelaksanaan program Hospital Mesra Ibadah (HMI) Hospital Ampang
dan sumbangan 1000pax juadah makanan berbuka kepada seluruh petugas barisan hadapan dan warga kerja
Hospital Ampang. Majlis dan simbolik penyampaian telah dirasmikan oleh YBhg. Dr. Kasuadi Bin Hussin Pengarah
Hospital Ampang dan YBhg. Tuan Abd Halim Bin Abd Rahim, Ketua Divisyen Teknologi Maklumat yang mewakili
Ketua Pegawai Eksekutif LZS MAIS.

29

MEMBAWA BERITA GEMBIRA I

Buletin H o s p i t a l M e s r a I b a d a h ( H M I )

1443H / 2022M
“Ramadhan Dirai, Ukhuwah Di Hati”

KAUNTER PERKHIDMATAN ZAKAT FITRAH & WAKAF AL-QURAN 1443H TAHUN 2022M

Sempena Ramadhan 1443H, perkhidmatan kaunter zakat fitrah & wakaf al-quran 1443H
dibuka bagi tujuan mempermudahkan urusan dan tanggungjawab bayaran zakat fitrah
di kalangan warga kerja dan pelawat di Hospital Ampang. Butiran lanjut adalah seperti
berikut :

Tarikh : Bermula 18 April 2022
Masa : 11.00 pagi hingga 03.00 petang
Tempat : Lobi Utama Aras 1, Hospital Ampang

#ZakatDihati 30
#LZSMAIS
I
MEMBAWA BERITA GEMBIRA

Buletin H o s p i t a l M e s r a I b a d a h ( H M I )

HOSPITAL AMPANG 1443H/ 2022M

22 April 2022 (Jumaat) : Majlis Khatam Al-Quran 1443H Peringkat Hospital Ampang telah
dirasmikan oleh YBhg. Dr. Kasuadi Bin Hussin dan turut dihadiri oleh pengurusan tertinggi
hospital serta warga kerja hospital. Objektif penganjurannya amat penting dengan mesej
penghayatan kepada kandungan ayat suci al-quran terutama dibulan Ramadhan ini dapat
diaplikasi dalam kehidupan dan tanggungjawab pada keluarga. Pada majlis YBhg. Pengarah
juga turut menyampaikan sijil penyertaan, cenderamata kepada semua peserta tadarus Al-
Quran dan pemenang kuiz digital Nuzul Al-Quran. Apa yang lebih membanggakan,
pertandingan kuiz digital yang diadakan bermula 1 ramadhan lalu telah mendapat lebih 200
penyertaan dari warga kerja hospital.

31

MEMBAWA BERITA GEMBIRA I

Buletin H o s p i t a l M e s r a I b a d a h ( H M I )

Kerjasama Strategik &
Kebajikan Islam

@Hospital Ampang

MEMBAWA BERITA GEMBIRA I

Buletin H o s p i t a l M e s r a I b a d a h ( H M I )

Siri 01/22

05 Januari 2022 (Rabu) Hospital Ampang – “Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul”.
Semoga semua mangsa banjir khususnya warga kerja Hospital Ampang tabah dan redha dengan
ujian ini. Pastinya ada hikmah disebaliknya. Jangan pernah rasa putus asa keseorangan dengan
ujian ini. Pastinya kami seluruh warga kerja Hospital Ampang akan sedia membantu. Demikianlah
ucapan YBhg. Pengarah Hospital Ampang Dr Kasuadi Bin Hussin sempena Majlis Penyampaian
Sumbangan Dan Bantuan Kepada Warg Kerja Yang Terjejas Banjir Hospital Ampang. Mengambil
tanggungjawab itu, satu jawatankuasa skuad khas bantuan bencana Hospital Ampang terlah
ditubuhkan dengan meliputi pelbagai bantuan awal dari segi kebajikan, bantuan keperluan
barang asasi, bantuan keperluan kewangan, sukarelawan tenaga kerja juga telah digerakkan dari
mula bencana ini melanda negara.

Menurutnya lagi seramai 65 orang dari kalangan warga kerja hospital yang terjejas dan 18 orang
daripada adalah yang terkesan dan terjejas teruk dan sejumlah RM21,450.00 derma kilat yang
dilancarkan pada 20 Disember 2021 hingga 04 Januari 20222 telah berjaya dikumpulkan dan
dapat diagihkan kepada semua mangsa yang terjejas pada majlis ini. Pihak hospital juga amat
berbesar hati mendapat kerjasama dan tajaan sebanyak 65 pax keperluan barangan asasi
melalui Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI FOOD BANK) yang disampaikan oleh
YBrs. Tuan Haji Che khalek Bin Abdullah, Ketua Penolong Pengarah JAWI bagi mewakili YBhg.
Pengarah JAWI.Mewakili seluruh pengurusan tertinggi Hospital Ampang mengambil kesempatan ini
mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua penyumbang yang menyumbangkan pelbagai
bantuan termasuklah sumbangan wang ringgit, barang keperluan asas dan sebagainya. Kepada
semua mangsa yang terkesan, redha dengan ujian ini, pastinya ada sinar dihari kemudian. Amin

33

MEMBAWA BERITA GEMBIRA I

Buletin H o s p i t a l M e s r a I b a d a h ( H M I )

Siri 02/2022

17 Februari 2022 (Khamis) Hospital Ampang – Kerjasama Starategik

program Rakan Masjid & Hsopital (RAMAH) Bil 01/2022 antara Hospital

Ampang dan Masjid Negara Kuala Lumpur telah diadakan bertempat di

Klinik Pakar Aras 1 Hospital Ampang. Pihak Masjid Negara amat berbesar
hati menyampaikan sumbangan kebajikan berbentuk barangan keperluan harian untuk diagihkan

kepada pesakit Hospital Ampang. Simbolik agihan telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Nazri

Mustakim, Penolong Pengarah Kanan Masjid Negara kepada Penyelia Jururawat Hospital Ampang.

Kerjasama sebegini akan diteruskan dari semasa ke semasa dalam memastikan kebajikan

khususnya pesakit dan warga kerja hospital berterusan. 34

MEMBAWA BERITA GEMBIRA I

Buletin H o s p i t a l M e s r a I b a d a h ( H M I )

Kerjasama Strategik Hospital Ampang &

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)

Terus di Perkasa Sempena Ramadhan 1443H

Satu kujungan hormat Pengarah Hospital Ampang kepada YBhg. Datuk Haji. Mohd
Ajib Bin Ismail, Pengarah JAWI telah diadakan pada hari ini 5 April 2022 (Selasa).
Kunjungan hormat ini adalah sebagai tanda penghargaan terima kasih daripada
pihak pengurusan tertinggi hospital diatas kerjasama pihak JAWI sejak pandemik
COVID-19 yang lalu.Ucapan penghargaan kepada YBhg. Datuk diatas segala
kerjasama strategik dan sumbangan kepada Hospital Ampang sepanjang tahun
2021 yang lalu. Ucapan terima kasih juga kepada Pasukan Pengurusan Jenazah
COVID-19 JAWI / JAKIM dan pasukan Food Bank JAWI yang banyak membantu
melancarkan pengurusan berkaitan hal ehwal Islam di Hospital Ampang dan
sumbangan kebajikan yang juga telah disampaikan khususnya kepada warga kerja
Hospital Ampang. Kerjasama strategik ini dan hubungan erat ini perlu diperkukuhkan
lagi sepanjang tahun 2022 dan tahun-tahun mendatang. Pelbagai aktiviti, program
penerapan nilai Islam dan sumbangan kebajikan akan terus dipertingkatkan dimasa
akan datang.

35

MEMBAWA BERITA GEMBIRA I

Buletin H o s p i t a l M e s r a I b a d a h ( H M I )

PENGARAH HOSPITAL AMPANG KEPADA
KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF LEMBAGA ZAKAT

SELANGOR (MAIS)

07 Jun 2022 (Selasa) - Satu sesi kunjung hormat Pengarah Hospital Ampang kepada Ketua
Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Selangor (LZS) bertempat di Pejabat Ketua Pegawai
Eksekutif LZS MAIS, Shah Alam, Selangor. Ianya sebagai tanda penghargaan balas daripada
pihak pengurusan tertinggi hospital di atas segala kerjasama strategik khususnya yang
berkaitan dengan penyaluran sumbangan zakat Selangor PEDULI HOSPITAL COVID-19,
bantuan dana untuk kebajikan pesakit dan sokongan pelaksanaan program Hospital Mesra
Ibadah (HMI).Pihak hospital juga amat berbesar hati diatas komitmen daripada pihak LZS
MAIS berkaitan cadangan penambahbaikan balai pelawat hospital & lain-lain aktiviti yang
melibatkan kebajikan warga kerja, pesakit dan waris. Pada pertemuan ini YBhg. Pengarah
juga menyampaikan ucapan tahniah kepada Tuan Mohd Sabirin Bin Mohd Sarbini diatas
pelantikan sebagai CEO LZS yang baru. Semoga dengan kepimpinan CEO baru dapat
memacu LZS MAIS ke arah yang lebih baik dan dapat memberikan perkhidmatan berkualiti
serta menyeluruh khususnya kepada masyarakat Selangor.

36

MEMBAWA BERITA GEMBIRA I

Buletin H o s p i t a l M e s r a I b a d a h ( H M I )

Pengimar@ahan Surau
Hospital Ampang

MEMBAWA BERITA GEMBIRA I

Buletin H o s p i t a l M e s r a I b a d a h ( H M I )

HOSPITAL AMPANG, SELANGOR DARUL EHSAN

38

MEMBAWA BERITA GEMBIRA I

Buletin H o s p i t a l M e s r a I b a d a h ( H M I )

Pengimarahan Surau @ HA

25

20 21
15

10
9

5
4

0

Bacaan Yassin, Tahlil & Doa Selamat (Mingguan)
Kuliah Zohor Bersiri
40 Minit Inspirasi Jumaat Bersiri

MAJLIS BACAAN YASSIN, TAHLIL & DOA SELAMAT (MINGGUAN) KULIAH ZOHOR BERSIRI

MINGGU / JANUARY FEBRUARY MARCH APRIL MAY JUN MINGGU / JANUARY FEBRUARY MARCH APRIL MAY JUN
TARIKH TARIKH 10.5.22 14.6.22
21.6.22
1 6.1.22 3.2.22 3.3.22 7.4.22 12.5.22 2.6.22 1 11.1.22 15.2.22 - 5.4.22 - 28.6.22
-
2 13.1.22 17.2.22 17.3.22 14.4.22 19.5.22 9.6.22 2 25.1.22 - - 12.4.22 - -

3 20.1.22 24.2.22 31.3.22 21.4.22 26.5.22 23.6.22 3 - - - -

4 27.1.22 - - 28.4.22 - 30.6.22 4 - - - -

PROGRAM 40 MINIT INSPIRASI JUMAAT BERSIRI

MINGGU / JANUARY FEBRUARY MARCH APRIL MAY JUN
TARIKH -
-
1 - 25.2.22 - 1.4.22 - -
-
2 - - - 8.4.22 -

3 - - - 15.4.22 -

4- - - - -

39

MEMBAWA BERITA GEMBIRA I

Buletin H o s p i t a l M e s r a I b a d a h ( H M I )

Pengurusan@Jenazah Islam
Hospital Ampang

MEMBAWA BERITA GEMBIRA I

Buletin H o s p i t a l M e s r a I b a d a h ( H M I )

12 Januari 2022 (Rabu) : Satu Mesyuarat
Penyelarasan Pengurusan Jenazah Islam yang
melibatkan Hospital Ampang dan Jabatan
Agama Islam Selangor (JAIS) telah diadakan di
Bilik Mesyuarat Bahagian Pengurusan
Hospital Ampang. Mesyuarat ini telah
dipengerusikan sendiri oleh YBhg. Pengarah
Hospital Ampang yang melibatkan Timbalan
Pengarah Hospital, Ketua Jabatan Forensik
dan dihadiri oleh Ketua Penolong Pengarah,

Bahagian Pengurusan Masjid JAIS Bersama Pemangku
Pegawai Tadbir Agama PAID Hulu Langat. Objektif mesyuarat
ini diadakan adalah bagi membuat penyelarasan dan
membuat penambahbaikan berkaitan pengurusan jenazah
Islam di Unit Perubatan Forensik Hospital Ampang supaya
lebih tersusun dan teratur mengikut garis panduan dan SOP
yang berkuatkuasa semasa. Ianya juga sebagai “Projek Rintis”
kerjasama Hospital Ampang dan Jabatan Agama Islam
Selangor (JAIS) dalam pelan penambahbaikan pengurusan
jenazah Islam di hospital khususnya di negeri Selangor.

Mesyuarat Penyelarasan Pengurusan Jenazah Islam Hospital Ampang &
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) BIL. 01/2022

41

MEMBAWA BERITA GEMBIRA I

Buletin H o s p i t a l M e s r a I b a d a h ( H M I )

PELAN TINDAKAN :

01 LPoernegmuriupssaunmJdeonlaozrashitBaiamseat at ●● PDIKTDPsehrhioluoaraanmrimirneureacsOitHntkrrfaaoiKtsRnesleuuelpmmlscfuiettadseaurteollsfianaelAolfcnulemiresilpiMps(voTaoarOnltsugaRjti)pdvaeP/tneSenungraautuirsu/sJaanwJaetnaanzkauhasa
n(Beecrwataaridsi)piscing ●●●

02 LnPBDoeeeLcrrnLejg)aamunt rgaiupkdssiitapun(imCsJcOdeinVongIlaDozr-a1sh9itP/aeHmnIyeVat /kaitt ● Diuruskan di Unit Forensik Hospital Ampang
03
04 Pengurus Jenazah (Masjid / ● Deonngeacn rKiserujassdaomlaorJApIoSr/taJAvWenI e/nNaGtOisLantikan JAIS
SLoureamu /ipNsGuOm) dYoalnogr sit amet at ●● PPehmaraenttraaualunc&tuPsenfegleissahan Inspektor kesihatan (IK)
MneecmaptuandyipaisTcainugliah & ●● TPerrominOifnRteeflelruesncfeel(iTsOvRo)luPtepnagturusan Jenazah Islam
Kebenaran JAIS
Hospital Ampang (Penyakit Berjangkit)
Penyelarasan Kadar Bayaran
Saguhati Kepada Petugas ●● TD(SPPJTeeerhoaornnanmuiaarnelezircaOaitanrhrifhaiLtsRJeIlausueAlnsllfcuIaetStdsimruk)eosafnelHnofcleiorePslspie(svpoTtoiuOrtltaguaRlat)pvAseaPmPnteeeptnnuagangutgairssuPs eJnegnuarzuashan
●●●

● Penyelarasan & Ketetapan Had Syiling Kadar
Bayaran Saguhati

05 Penyelarasan Kadar Bayaran ● Penyelarasan & Kadar Ketetapan Kadar Bayaran TPI
Tanah Perkuburan Islam Kariah
Kariah
● JAI.SEL.BPM/01/006/2.JLD.5(45) bertarikh 11
Ogos 2021

42

MEMBAWA BERITA GEMBIRA I

Buletin H o s p i t a l M e s r a I b a d a h ( H M I )

43

MEMBAWA BERITA GEMBIRA I

HOSPITAL MESRA IBADAH (HMI)

HOSPITAL AMPANG
Jalan Mewah Utara

Pandan Mewah
68000 Ampang
SELANGOR DARUL EHSAN

Tel : 0342896233 / Fax : 42954666
hampg.moh.gov.my


Click to View FlipBook Version