H O S P I T A L A M P A N G 1443 H / 2022 M M E M B A W A B E R I T A G E M B I R A I 22 April 2022 (Jumaat) : Majlis Khatam Al-Quran 1443H Peringkat Hospital Ampang telah dirasmikan oleh YBhg. Dr. Kasuadi Bin Hussin dan turut dihadiri oleh pengurusan tertinggi hospital serta warga kerja hospital. Objektif penganjurannya amat penting dengan mesej penghayatan kepada kandungan ayat suci al-quran terutama dibulan Ramadhan ini dapat diaplikasi dalam kehidupan dan tanggungjawab pada keluarga. Pada majlis YBhg. Pengarah juga turut menyampaikan sijil penyertaan, cenderamata kepada semua peserta tadarus AlQuran dan pemenang kuiz digital Nuzul Al-Quran. Apa yang lebih membanggakan, pertandingan kuiz digital yang diadakan bermula 1 ramadhan lalu telah mendapat lebih 200 penyertaan dari warga kerja hospital. Buletin H o s p i t a l M e s r a I b a d a h ( H M I )
Buletin M E M B A W A B E R I T A G E M B I R A I Buletin Edisi Khas Bil. 02/2022 [ Julai 22 – Dis 22 ] @Hospital Ampang H o s p i t a l M e s r a I b a d a h ( H M I )
Buletin H o s p i t a l M e s r a I b a d a h ( H M I ) Edisi Khas : [ Julai 2022 Hingga Disember 2022 ] BIL. 02 / 2022 M E M B A W A B E R I T A G E M B I R A I
Buletin M E M B A W A B E R I T A G E M B I R A I Aktiviti Semarak Kerohanian Islam @Hospital Ampang H o s p i t a l M e s r a I b a d a h ( H M I )
Buletin H o s p i t a l M e s r a I b a d a h ( H M I ) M E M B A W A B E R I T A G E M B I R A I 05 Julai 2022 (Selasa) : Aidil Adha yang bakal disambut setiap 10 Zulhijjarah merupakan antara hari kebesaran Islam yang Allah SWT kurniakan kepada hamba-hamba-Nya setelah berjaya menunaikan perjuangan ibadah yang cukup besar yakni ibadah haji. Hadis riwayat al-Nasaai, Nabi SAW Bersabda :“Sesungguhnya ALLAH telah menggantikan kedua-duanya bagi kamu semua dengan dua hari yang lebih baik, iaitu hari raya Aidiladha dan Aidilfitri.” Oleh itu, Jadikanlah kedatangan Aidil Adha pada tahun ini dengan berkorban dan berjihad dalam setiap tugasan pekerjaan semata-mata kerana Allah SWT. Demikian sedikit intipati sempena Ceramah Khas Aidil Adha 1443H bertajuk “Pengertian Sebuah Pengorbanan” yang telah disampaikan oleh YBhg. Ustaz Wan Sohor Bani Leman bertempat di Auditorium Aras 2, Hospital Ampang. Objektif penganjuran majlis ini adalah bagi menyeramakkan lagi semangat hari-hari kebesaran Islam dan sebagai asas pengetahuan dari sudut pembentukan spirituality serta modal insan kepada warga kerja hospital selaras dengan tuntutan agama. Majlis juga amat berbesar hati dengan kehadiran YBhg. Dr. Kasuadi Bin Hussin, Pengarah Hospital Ampang dan warga kerja Hospital. C e r a m a h K h a s P e r i n g k a t H o s p i t a l A m p a n g
P E R I N G K A T J A B A T A N K E S I H A T A N N E G E R I S E L A N G O R ( J K N S ) M E M B A W A B E R I T A G E M B I R A I MAJLIS TILAWAH AL-QURAN PERINGKAT JABATAN KESIHATAN NEGERI SELANGOR TAHUN 2022 28 Julai 2022 : Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat JKNS bertemakan Al-quran Nadi Keutuhan Jiwa telah diadakan di Anjung Perdana Sari, Wisma Sunway Shah Alam, Selangor. Hospital Ampang juga tidak ketinggalan untuk menghantar wakil pada penganjuran program pada kali ini yang diwakili Oleh Dr. Amir Hamzah Bin Ishak, Pegawai Perubatan Unit Kualiti Hospital Ampang. Terima kasih atas komitmen penyertaan ini dan pastinya satu pengalaman yang berharga buat beliau.Tahniah kepada pemenang Qari & Qariah yang menang dan akan mewakili JKNS bagi peringkat Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan KKM yang akan diadakan pada 2 hingga 4 oktober 2022 di Kota Bharu Kelantan. SELAMAT BERJUANG DR. AMIR HAMZAH BIN ISHAK Mewakili seluruh pihak pengurusan tertinggi Hospital Ampang mengucapkan Selamat Berjuang Kepada Dr. Amir Hamzah Bin Ishak, Pegawai Perubatan, Unit Kualiti Hospital Ampang di Majlis Tilawah AlQuran Peringkat Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) Tahun 2022 pada 28 Julai 2022. Di undi peserta ke-19 dengan bacaan surah al-A'raf ayat 1. Semoga kejayaan dan rahmat Illahi mengiringimu.Dapatkan info-info semasa : http://bit.ly/surauhospitalampang. Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh berhubung di talian : http://www.wasap.my/60115-8582439 Sekian, Terima kasih.#MembawaBeritaGembira#Share01#mohonhebahkan#mohonwarwarkan Buletin H o s p i t a l M e s r a I b a d a h ( H M I )
P E R I N G K A T H O S P I T A L A M P A N G S E L A N G O R D A R U L E H S A N M E M B A W A B E R I T A G E M B I R A I 08 Ogos 2022 (Isnin) : Sambutan dan ceramah khas sempena Maal HIjrah 1444H Peringkat Hospital Ampang telah diadakan bertemakan “Ummah Rabbani, Negara Harmoni” yang disampaikan oleh YBhg. Prof. Madya Dato’ Dr. Mohd Farid Ravi Bin Abdullah, Rektor Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS). Hijrah Itu Pengorbanan, Hijrah Itu Perjuangan, Hijrah Itu Persaudaraan, Hijrah Membentuk Perpaduan. Jadikan Al-Quran sebagai panduan & Rasulullah SAW sebagai ikutan. Semoga dengan semangat tahun baru Islam ini, dapat melahirkan semangat keluarga Malaysia khususnya buat kalangan warga kerja Hospital Ampang sebagai tonggak pemangkin kemakmuran bersama. Buletin H o s p i t a l M e s r a I b a d a h ( H M I )
P E R I N G K A T H O S P I T A L A M P A N G M E M B A W A B E R I T A G E M B I R A I Assalammualaikum & Salam Sejahtera YBhg. Datuk / Dato'. / Datin Tuan / Puan, JEMPUTAN MENGHADIRI CERAMAH KHAS BERTAJUK PENYUSUAN DAN BANK SUSU MENURUT ISLAM SEMPENA SEMINAR PENYUSUAN SUSU IBU HOSPITAL AMPANG TAHUN 2022 Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Hospital Rakan Bayi Hospital Ampang akan mengadakan Seminar Penyusuan Susu Ibu dengan kerjasama Jawatankuasa Hospital Mesra Ibadah (HMI). Ceramah Khas Bertajuk Penyusuan dan Bank Susu Menurut Perspektif Islam. Program ini juga adalah sebagai asas pengetahuan dari sudut pembentukan spirituality dan modal insan kepada warga kerja hospital selaras dengan tuntutan agama. 3. Sehubungan dengan itu, sukacita adalah dijemput kepada semua untuk menghadiri program ini dan ianya adalah TERBUKA KEPADA SEMUA WARGA KERJA HOSPITAL AMPANG. Butiran lanjut program ini adalah seperti berikut : Tarikh / Hari : 29 Ogos 2022 (Isnin) Masa : 02.30 Petang Tempat : Auditorium Aras 2, Hospital Ampang Penceramah : Ustazah Nurhidayu Mohd Kamil (Daie Hidayu) @ Boleh di tonton secara Live di Facebook : facebook.com/KuliahIlmuAgama. 4. Dapatkan info-info semasa : http://bit.ly/surauhospitalampang. Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh berhubung di talian : http://www.wasap.my/60115-8582439. Segala kerjasama dan tindakan daripada pihak YBhg. Datuk / Dato’. / Datin Tuan / Puan berhubung perkara tersebut amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian, Terima kasih. #MembawaBeritaGembira#MohonHebahkan#MohonWar2kan Buletin H o s p i t a l M e s r a I b a d a h ( H M I ) C e r a m a h K h a s
P E R I N G K A T H O S P I T A L A M P A N G S E L A N G O R D A R U L E H S A N M E M B A W A B E R I T A G E M B I R A I 05 Oktober 2022 (Rabu) - Ceramah khas sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1444H / 2022M Peringkat Hospital Ampang, Selangor Darul Ehsan bertemakan “Semarak Cinta Rasul” telah diadakan bertempat di Auditorium Aras 2, Hospital Ampang dengan penampilan tetamu khas YBhg. Dato’ Ustaz Mohammad Kazim Elias. Program ini diadakan bertujuan meneruskan usaha menyantuni masyarakat khususnya warga kerja Hospital Ampang dalam memperingati detik bersejarah kelahiran Nabi Muhammad SAW, sekali gus menghayati sirah dan sunah baginda.Sebagai sebuah Keluarga Malaysia, menelusuri dan menghayati sejarah perjalanan hidup Rasulullah SAW untuk dicontohi dan sebagai pegangan dalam kehidupan seharian. Berpegang teguhlah dengan 2 perkara utama dalam kehidupan (Al-Quran & Sunnah Baginda) dengan memperbanyakkan selawat kepadanya, terapkan dalam diri setiap ahli keluarga untuk mengamalkan setiap ajaran Islam serta mengikuti setiap sunnah Baginda SAW. Demikian intipati ceramah yang telah disampaikan oleh YBhg. Dato'. Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderamata yang disampaikan oleh Dr. Raziman Bin Abdul Razak Pengerusi PERKIHA. Semoga dengan kesungguhan kita menyemarakkan Maulidur Rasul pada tahun ini demi kecintaan kepada Baginda SAW dapat meningkatkan lagi keimanan kita kepada Allah SWT serta memberi semangat untuk konsisten dan istiqamah dengan ajaran Islam. Buletin H o s p i t a l M e s r a I b a d a h ( H M I )
P E R I N G K A T M A J L I S P E R B A N D A R A N A M P A N G J A Y A ( M P A J ) T A H U N 2022 M E M B A W A B E R I T A G E M B I R A I 16 Oktober 2022 : Rasulullah SAW berpesan dalam khutbah terakhir baginda...."Sebarkan Salam, Berilah Makan, Bangunlah Qiamullaill & Eratkan Silaturrahim dan masuklah kamu dalam Jannah Firdaus dengan Sejahtera. Demikian intipati forum sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul 144H Peringkat Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) bertempat di Masjid Ubudiah, Taman Tasek Tambahan, Ampang, Selangor Darul Ehsan. Majlis perasmian telah dirasmikan oleh Puan Julaihah binti Jamaludin, Setiausaha MPAJ. Turut serta, En. Khairilazhar bin Ismail, Pengarah Jab. Belia, Masyarakat & Landskap, kakitangan MPAJ & warga Ampang Jaya bertempat di Masjid Ubudiah, Taman Tasek Tambahan, Ampang, Selangor Darul Ehsan. Sebanyak 26 Kontinjen yang terdiri dari pelbagai agensi kerajaan, swasta, masjid, surau, persatuan penduduk, KRT dan pelbagai lagi. turut diadakan juga pada prgram ini adalah forum perdana, pertandingan khat, azan dan lain-lain bagi meraikan dan memeriahkan sambutan Maulidur Rasul 1444H. Pada program ini, Hospital Ampang juga tidak ketinggalan untuk menyertai perarakan ini yang diketuai oleh Dr. Raziman Abd Razak, Timbalan Pengerusi Jawantkuasa Hospital Mesra Ibadah (HMI) merangkap Pengerusi PERKIHA yang mewakili YBhg. Pengarah Hospital Ampang. Seramai 103 org peserta dari kontinjen Hospital Ampang terdiri daripada pegawai dan kakitangan Unit Kejururawatan, Unit Penyeliaan Hospital, Jabatan Rehabilitasi, Jabatan X-Ray, PUSPANITA, RADICARE, dan Unit Keselamatan telah menyertai perarakan pada kali ini. Hospital Ampang telah dinobatkan sebagai pemenang bagi kategori penyertaan paling ramai dan membawa pulang hadiah berupa RM500.00. Terima kasih kepada semua warga kerja Hospital Ampang yang menyertai dan komitmen yang amat memberansangkan dan semoga usaha dan ikhtiar kita ini dapat meningkatkan rasa kecintaan terhadap Rasullullah S.A.W. Buletin H o s p i t a l M e s r a I b a d a h ( H M I )
Buletin M E M B A W A B E R I T A G E M B I R A I Hospital Mesra Ibadah (HMI) @Hospital Ampang H o s p i t a l M e s r a I b a d a h ( H M I )
M E M B A W A B E R I T A G E M B I R A I 6 OKTOBER 2022 | KURSUS TRAINING OF TRAINERS (TOT) PENGURUSAN SOLAT / IBADAH PESAKIT SIRI 2/2022 PERINGKAT HOSPITAL ZON TENGAH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM)*************✅️Sebanyak 11 buah hospital dalam negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Negeri Sembilan telah berkolaborasi menganjurkan kursus ini dengan kerjasama Bhg. Dakwah, JAKIM.✅️ Seramai lebih 600 peserta telah menyertai kursus ini sama ada secara bersemuka mahupun secara dalam talian yang terdiri daripada warga kerja hospital KKM dari hospital-hospital penganjur dan hospital-hospital jemputan (Hospital Orang Asli Gombak, Hospital Kuala Kubu Bharu, Hospital Tengku Ampuan Jemaah Sabak Bernam, Hospital Port Dickson, Hospital Jempol, Hospital Rembau, Hospital Jelebu & Institut Kanser Negara), hospital-hospital swasta dan sukarelawan rakan masjid hospital (RAMAH). Setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada YBrs. Tuan Haji Ruslan bin Said, Timb. Ketua Pengarah (Operasi) JAKIM atas kesudian merasmikan kursus tot tersebut yg turut dihadiri oleh YBrs. Us Mohamad Kori bin Jusoh, Pengarah Kanan Bhg. Dakwah JAKIM dan YBrs. Us Mohd. Isa bin Abdullah, Ketua Setiausaha Kanan, Unit Hal Ehwal Islam, Bhg Pengurusan KKM. Syabas dan tahniah atas usaha dan kerjasama yang padu antara pegawai-pegawai agama yang bertugas di hospital-hospital zon tengah KKM kerana telah berjaya menganjurkan kursus yang sangat memberi manfaat kepada semua #HospitalBanting#HospitalPutrajaya#HospitalKajang#HospitalAmpang#HospitalSerdang#HospitalSelay ang#HospitalShahAlam#HospitalSungaiBuloh#HospitalTengkuAmpuanRahimah#HospitaTuankuJaafar #HospitalTuankuAmpuanNajihah#KeepItUp#PegawaiAgamaHospitalZonTengahKKM Buletin H o s p i t a l M e s r a I b a d a h ( H M I )
Buletin M E M B A W A B E R I T A G E M B I R A I Projek Naik Taraf Musolla Balai Belawat @Hospital Ampang H o s p i t a l M e s r a I b a d a h ( H M I )
M E M B A W A B E R I T A G E M B I R A I Assalammualaikum & Salam SejahteraTuan / Puan, PELAPORAN PENUH PROJEK MENAIK TARAF MUSOLLA (SURAU) BALAI PELAWAT, PEMASANGAN KARPET DAN PEMASANGAN PERALATAN P.A SISTEM BARU DI MUSOLLA (SURAU) HOSPITAL AMPANG, SELANGOR DARUL EHSAN Adalah dengan hormatnya merujuk kepada perkara seperti diatas. 2. Adalah dimaklumkan bahawa Hospital Ampang melalui Tetuan Pentadbir Surau Hospital Ampang (SUHA) mengesahkan bahawa kerja-kerja menaik taraf Surau (Musolla) Balai Pelawat Hospital Ampang, Selangor Darul Ehsan dan Testing And Commisioning (T&C) telah selesai diadakan pada 28 Oktober 2022. Pelaporan penuh ini boleh diakses melalui pautan seperti berikut : https://anyflip.com/vjpfi/alzs/ 3. Kerjasama berhubung perkara tersebut amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian. Saya yang menjalankan amanah, Setiausaha Jawatankusa Hospital Mesra Ibadah (HMI) Hospital Ampang Tel : 03-42896233 Faks : 03-42954666 #MembawaBeritaGembira #MohonDihebahkan #SemogaBermanfaat Buletin H o s p i t a l M e s r a I b a d a h ( H M I )
K E R J A S A M A S T R A T E G I K L E M B A G A Z A K A T S E L A N G O R ( L Z S M A I S ) M E M B A W A B E R I T A G E M B I R A I 28 Oktober 2022 (Jumaat) – Projek menaik taraf musolla (surau) Balai Pelawat Hospital Ampang dengan kerjasama strategik Lembaga Zakat Selangor (LZS MAIS) telah bermula pada 06 September 2022. Ianya bertujuan bagi memberi keselesaan kepada semua pelanggan hospital sebagai ruang ibadah bagi memastikan keselesaan kepada semua. Projek ini adalah dibiayai sepenuhnya pihak LZS MAIS melalui tetuan Jawatankuasa Pentadbir Surau Hospital Ampang dan mendapat sokongan daripada Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat (PAID HL).Penilaian akhir yang diadakan pada pagi ini telah dibuat sebelum dibuka untuk kegunaan awam. Turut hadir juga adalah Ketua Operasi Agihan LZS MAIS Daerah Hulu Langat Tuan Muhammad Ibrahim Bin Selamat bersama pegawai-pegawai LZS MAIS Daerah Hulu Langat. Mewakili pihak Hospital Ampang mengucapkan penghargaan kepada @Lembaga Zakat Selangor atas kerjasama strategik dan sumbangan bagi projek menaik taraf musolla (surau) Balai Pelawat ini. Semoga dengan sumbangan ini dapat meningkatkan syiar Islam serta menambah keyakinan masyarakat untuk melaksanakan kewajipan ibadah zakat. Majlis Doa Selamat & Penghargaan sempena perasmian projek menaik taraf musolla Balai Pelawat Hospital Ampang telah diadakan pada 11 November 2022 (Jumaat). Majlis ini juga turut dihadiri oleh Tuan Muhammad Ibrahim Bin Selamat, Ketua Operasi Agihan Daerah Hulu Langat LZS MAIS, Timbalan-Timbalan Pengarah Hospital dan warga kerja hospital. Dalam ucapan aluan YBhg. Hospital Ampang ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan jutaan terima kasih kepada seluruh warga kerja LZS MAIS Daerah Hulu Langat diatas kerjasama yang sangat erat dalam merangka, merancang dan melaksana projek naik taraf musolla Balai Pelawat ini. Tanpa kerjasama ini, pastinya keselesaan musolla yang dikecapi pada hari ini tidak dapat dinikmati bersama. Dari sebuah ruang solat yang kecil sebelum ini, Alhamdulillah ruang ini telah menjadi sebuah musolla yang cukup selesa dilengkapi dengan pelbagai prasarana yang cukup cantik dan natijahnya dapat dimanfaat bersama bukan sahaja untuk warga kerja hospital, bahkan ianya dapat dimanfaatkan bersama oleh waris dan pelanggan Hospital Ampang.Pada majlis ini juga, pihak hospital telah menyerahkan Pelaporan penuh bagi projek menaik taraf musolla Balai Pelawat Hospital Ampang kerana projek ini telah dibiayai sepenuhnya oleh pihak LZS MAIS. Bagi pihak Hospital Ampang, amat mengalu-alukan segala bentuk kerjasama antara Hospital Ampang & LZS MAIS samaada program-program yang berbentuk kebajikan, program pengimarahan aktiviti kerohanian Islam dan sebagai. Inshaallah pemerkasaaan kerjasama strategik ini kita akan perkasakan dimasa-masa akan datang. Buletin H o s p i t a l M e s r a I b a d a h ( H M I )
M E M B A W A B E R I T A G E M B I R A I Buletin H o s p i t a l M e s r a I b a d a h ( H M I )
Buletin M E M B A W A B E R I T A G E M B I R A I Kerjasama Strategik & Kebajikan Islam @Hospital Ampang H o s p i t a l M e s r a I b a d a h ( H M I )
S i r i 0 1 / 2 2 Buletin H o s p i t a l M e s r a I b a d a h ( H M I ) M E M B A W A B E R I T A G E M B I R A I 05 Januari 2022 (Rabu) Hospital Ampang – “Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul”. Semoga semua mangsa banjir khususnya warga kerja Hospital Ampang tabah dan redha dengan ujian ini. Pastinya ada hikmah disebaliknya. Jangan pernah rasa putus asa keseorangan dengan ujian ini. Pastinya kami seluruh warga kerja Hospital Ampang akan sedia membantu. Demikianlah ucapan YBhg. Pengarah Hospital Ampang Dr Kasuadi Bin Hussin sempena Majlis Penyampaian Sumbangan Dan Bantuan Kepada Warg Kerja Yang Terjejas Banjir Hospital Ampang. Mengambil tanggungjawab itu, satu jawatankuasa skuad khas bantuan bencana Hospital Ampang terlah ditubuhkan dengan meliputi pelbagai bantuan awal dari segi kebajikan, bantuan keperluan barang asasi, bantuan keperluan kewangan, sukarelawan tenaga kerja juga telah digerakkan dari mula bencana ini melanda negara. Menurutnya lagi seramai 65 orang dari kalangan warga kerja hospital yang terjejas dan 18 orang daripada adalah yang terkesan dan terjejas teruk dan sejumlah RM21,450.00 derma kilat yang dilancarkan pada 20 Disember 2021 hingga 04 Januari 20222 telah berjaya dikumpulkan dan dapat diagihkan kepada semua mangsa yang terjejas pada majlis ini. Pihak hospital juga amat berbesar hati mendapat kerjasama dan tajaan sebanyak 65 pax keperluan barangan asasi melalui Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI FOOD BANK) yang disampaikan oleh YBrs. Tuan Haji Che khalek Bin Abdullah, Ketua Penolong Pengarah JAWI bagi mewakili YBhg. Pengarah JAWI.Mewakili seluruh pengurusan tertinggi Hospital Ampang mengambil kesempatan ini mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua penyumbang yang menyumbangkan pelbagai bantuan termasuklah sumbangan wang ringgit, barang keperluan asas dan sebagainya. Kepada semua mangsa yang terkesan, redha dengan ujian ini, pastinya ada sinar dihari kemudian. Amin
S i r i 0 2 / 2022 Buletin H o s p i t a l M e s r a I b a d a h ( H M I ) M E M B A W A B E R I T A G E M B I R A I 17 Februari 2022 (Khamis) Hospital Ampang – Kerjasama Starategik program Rakan Masjid & Hsopital (RAMAH) Bil 01/2022 antara Hospital Ampang dan Masjid Negara Kuala Lumpur telah diadakan bertempat di Klinik Pakar Aras 1 Hospital Ampang. Pihak Masjid Negara amat berbesar hati menyampaikan sumbangan kebajikan berbentuk barangan keperluan harian untuk diagihkan kepada pesakit Hospital Ampang. Simbolik agihan telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Nazri Mustakim, Penolong Pengarah Kanan Masjid Negara kepada Penyelia Jururawat Hospital Ampang. Kerjasama sebegini akan diteruskan dari semasa ke semasa dalam memastikan kebajikan khususnya pesakit dan warga kerja hospital berterusan.
Kerjasama Strategik Hospital Ampang & Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Terus di Perkasa Sempena Ramadhan 1443H M E M B A W A B E R I T A G E M B I R A I Satu kujungan hormat Pengarah Hospital Ampang kepada YBhg. Datuk Haji. Mohd Ajib Bin Ismail, Pengarah JAWI telah diadakan pada hari ini 5 April 2022 (Selasa). Kunjungan hormat ini adalah sebagai tanda penghargaan terima kasih daripada pihak pengurusan tertinggi hospital diatas kerjasama pihak JAWI sejak pandemik COVID-19 yang lalu.Ucapan penghargaan kepada YBhg. Datuk diatas segala kerjasama strategik dan sumbangan kepada Hospital Ampang sepanjang tahun 2021 yang lalu. Ucapan terima kasih juga kepada Pasukan Pengurusan Jenazah COVID-19 JAWI / JAKIM dan pasukan Food Bank JAWI yang banyak membantu melancarkan pengurusan berkaitan hal ehwal Islam di Hospital Ampang dan sumbangan kebajikan yang juga telah disampaikan khususnya kepada warga kerja Hospital Ampang. Kerjasama strategik ini dan hubungan erat ini perlu diperkukuhkan lagi sepanjang tahun 2022 dan tahun-tahun mendatang. Pelbagai aktiviti, program penerapan nilai Islam dan sumbangan kebajikan akan terus dipertingkatkan dimasa akan datang. Buletin H o s p i t a l M e s r a I b a d a h ( H M I )
P E N G A R A H H O S P I T A L A M P A N G K E P A D A K E T U A P E G A W A I E K S E K U T I F L E M B A G A Z A K A T S E L A N G O R ( M A I S ) M E M B A W A B E R I T A G E M B I R A I 07 Jun 2022 (Selasa) - Satu sesi kunjung hormat Pengarah Hospital Ampang kepada Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Selangor (LZS) bertempat di Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif LZS MAIS, Shah Alam, Selangor. Ianya sebagai tanda penghargaan balas daripada pihak pengurusan tertinggi hospital di atas segala kerjasama strategik khususnya yang berkaitan dengan penyaluran sumbangan zakat Selangor PEDULI HOSPITAL COVID-19, bantuan dana untuk kebajikan pesakit dan sokongan pelaksanaan program Hospital Mesra Ibadah (HMI).Pihak hospital juga amat berbesar hati diatas komitmen daripada pihak LZS MAIS berkaitan cadangan penambahbaikan balai pelawat hospital & lain-lain aktiviti yang melibatkan kebajikan warga kerja, pesakit dan waris. Pada pertemuan ini YBhg. Pengarah juga menyampaikan ucapan tahniah kepada Tuan Mohd Sabirin Bin Mohd Sarbini diatas pelantikan sebagai CEO LZS yang baru. Semoga dengan kepimpinan CEO baru dapat memacu LZS MAIS ke arah yang lebih baik dan dapat memberikan perkhidmatan berkualiti serta menyeluruh khususnya kepada masyarakat Selangor. Buletin H o s p i t a l M e s r a I b a d a h ( H M I )
P E R I N G K A T H O S P I T A L A M P A N G B i l / 02 T a h u n 2022 M E M B A W A B E R I T A G E M B I R A I JUMAAT - 5 Ogos 2022 Ucapan penghargaan terima kasih bagi pihak Hospital Ampang diatas kerjasama strategik yang berterusan berkaitan Program Rakan Masjid Hospital (RAMAH)' yang telah diadakan sejak 2020 lagi. Delegasi Masjid Negara yang diketuai oleh YBhg. Ustaz Mohd Nadzri Bin Mustakim mewakili Imam Besar Masjid Negara Kuala Lumpur telah disambut mesra.Pada majlis ini pihak masjid negara telah menyerahkan 200 goodies bag sebagai tanda sokongan spiritual kepada pesakit. Program ini juga merupakan antara elemen dalam inisiatif Mantap YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) iaitu 'Pemantapan Institusi Keluarga, Sosial dan Komuniti' serta 'Pemantapan Institusi Masjid dan Surau'. Buletin H o s p i t a l M e s r a I b a d a h ( H M I )
Buletin M E M B A W A B E R I T A G E M B I R A I Pengimarahan Surau @ Hospital Ampang H o s p i t a l M e s r a I b a d a h ( H M I )
H O S P I T A L A M P A N G , S E L A N G O R D A R U L E H S A N M E M B A W A B E R I T A G E M B I R A I Buletin H o s p i t a l M e s r a I b a d a h ( H M I )
Buletin H o s p i t a l M e s r a I b a d a h ( H M I ) M E M B A W A B E R I T A G E M B I R A I MINGGU JANUARY FEBRUARY MARCH APRIL MAY JUN JULAI OGOS SEPT OKTOBER NOV DIS 1 11.1.22 15.2.22 5.4.22 10.5.22 14.6.22 19.7.22 2.8.22 13.9.22 11.10.22 (zul) 1.11.22 6.12.22 2 25.1.22 12.4.22 21.6.22 26.7.22 9.8.22 (Zul) 20.9.22 (Zul) 18.10.22 (zul) 8.11.22 13.12.22 3 28.6.22 16.8.22 Zul) 27.9.22 25.10.22 (zul) 15.11.22 (zul) 20.12.22 4 23.8.22 22.11.22 (zul) 27.12.22 30.8.22 (Yansari) 29.11.22 KULIAH ZOHOR BERSIRI TAHUN 2022 MINGGU JANUARY FEBRUARY MARCH APRIL MAY JUN JULAI OGOS SEPT OKTOBER NOV DIS 1 6.1.22 3.2.22 3.3.22 7.4.22 12.5.22 2.6.22 7.7.22 4.8.22 1.9.22 4.10.22 3.11.22 8.12.22 2 13.1.22 17.2.22 17.3.22 14.4.22 19.5.22 9.6.22 21.7.22 11.8.22 6.9.22 (Yassin / JM Umi) 13.10.22 10.11.22 15.12.22 3 20.1.22 24.2.22 31.3.22 21.4.22 26.5.22 23.6.22 28.7.22 18.8.22 8.9.22 20.10.22 17.11.22 22.12.22 4 27.1.22 28.4.22 30.6.22 25.8.22 15.9.22 24.11.22 29.12.22 22.9.22 BACAAN YASSIN, TAHLIL & DOA SELAMAT BERSIRI TAHUN 2022 31 44 KULIAH ZOHOR BERSIRI 2022 YASSIN, TAHLIL & DOA SELAMAT BERSIRI 2022 PENGIMARAHAN @ SURAU HA 2022 Pengimarahan @ Surau HA 2022
Buletin M E M B A W A B E R I T A G E M B I R A I Pengurusan Jenazah Islam @ Hospital Ampang H o s p i t a l M e s r a I b a d a h ( H M I )
Buletin H o s p i t a l M e s r a I b a d a h ( H M I ) M E M B A W A B E R I T A G E M B I R A I Mesyuarat Penyelarasan Pengurusan Jenazah Islam Hospital Ampang & Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) BIL. 01/2022 12 Januari 2022 (Rabu) : Satu Mesyuarat Penyelarasan Pengurusan Jenazah Islam yang melibatkan Hospital Ampang dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah diadakan di Bilik Mesyuarat Bahagian Pengurusan Hospital Ampang. Mesyuarat ini telah dipengerusikan sendiri oleh YBhg. Pengarah Hospital Ampang yang melibatkan Timbalan Pengarah Hospital, Ketua Jabatan Forensik dan dihadiri oleh Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pengurusan Masjid JAIS Bersama Pemangku Pegawai Tadbir Agama PAID Hulu Langat. Objektif mesyuarat ini diadakan adalah bagi membuat penyelarasan dan membuat penambahbaikan berkaitan pengurusan jenazah Islam di Unit Perubatan Forensik Hospital Ampang supaya lebih tersusun dan teratur mengikut garis panduan dan SOP yang berkuatkuasa semasa. Ianya juga sebagai “Projek Rintis” kerjasama Hospital Ampang dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dalam pelan penambahbaikan pengurusan jenazah Islam di hospital khususnya di negeri Selangor.
Buletin H o s p i t a l M e s r a I b a d a h ( H M I ) M E M B A W A B E R I T A G E M B I R A I Lorem ipsum dolor sit amet at 03 nec at adipiscing ● Donec risus dolor porta venenatis ● Pharetra luctus felis ● Proin in tellus felis volutpat Lorem ipsum dolor sit amet at 02 nec at adipiscing ● Donec risus dolor porta venenatis ● Pharetra luctus felis ● Proin in tellus felis volutpat Lorem ipsum dolor sit amet at 01 nec at adipiscing ● Donec risus dolor porta venenatis ● Pharetra luctus felis ● Proin in tellus felis volutpat Penyelarasan Kadar Bayaran Tanah Perkuburan Islam Kariah 05 ● Penyelarasan & Kadar Ketetapan Kadar Bayaran TPI Kariah ● JAI.SEL.BPM/01/006/2.JLD.5(45) bertarikh 11 Ogos 2021 Penyelarasan Kadar Bayaran 04 Saguhati Kepada Petugas ● Penyelarasan & Ketetapan Had Syiling Kadar Bayaran Saguhati Pengurus Jenazah (Masjid / Surau / NGO) Yang Mempunyai Tauliah & Kebenaran JAIS 03 ● Senarai Lantikan Petugas Pengurus Jenazah (Tauliah JAIS) ● Term Of Reference (TOR) Petugas Pengurusan Jenazah Islam Hospital Ampang Pengurusan Jenazah Penyakit Berjangkit (COVID-19 / HIV / DLL) 02 ● Diuruskan di Unit Forensik Hospital Ampang ● Dengan Kerjasama JAIS / JAWI / NGO Lantikan JAIS ● Pemantauan & Pengesahan Inspektor kesihatan (IK) ● Term Of Reference (TOR) Pengurusan Jenazah Islam Hospital Ampang (Penyakit Berjangkit) Pengurusan Jenazah Biasa 01 (Berwaris) ● Diuruskan melalui Masjid / Surau / Jawatankuasa Khairat Kematian ● Term Of Reference (TOR) Pengurusan Jenazah Islam Hospital Ampang PELAN TINDAKAN :
Buletin H o s p i t a l M e s r a I b a d a h ( H M I ) M E M B A W A B E R I T A G E M B I R A I
Buletin H o s p i t a l M e s r a I b a d a h ( H M I ) M E M B A W A B E R I T A G E M B I R A I
Buletin H o s p i t a l M e s r a I b a d a h ( H M I ) M E M B A W A B E R I T A G E M B I R A I
Buletin H o s p i t a l M e s r a I b a d a h ( H M I ) M E M B A W A B E R I T A G E M B I R A I
HOSPITAL MESRA IBADAH (HMI) HOSPITAL AMPANG Jalan Mewah Utara Pandan Mewah 68000 Ampang SELANGOR DARUL EHSAN Tel : 0342896233 / Fax : 42954666 hampg.moh.gov.my