The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

TITAS GROUP 20 E-MAGAZINE 2022
Salam sejahtera semua, kami ialah pelajar dari Taylor's University. Kami akan menjelaskan Seni Tarian Tradisional Masyarakat Cina melalui e-majalah ini.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by fengyie, 2022-02-04 06:47:10

Seni Tarian Tradisional Masyarakat Cina | TITAS Group 20 (JAN 2022))

TITAS GROUP 20 E-MAGAZINE 2022
Salam sejahtera semua, kami ialah pelajar dari Taylor's University. Kami akan menjelaskan Seni Tarian Tradisional Masyarakat Cina melalui e-majalah ini.

Keywords: TITAS,Tarian Tradisional Masyarakat Cina

SENI TARIAN

TRADISIONAL
CINA

TITAS MPU3123

jan 2022

group 20:

Low Feng Yie [0352428] Chau Lindon [0350734] Tan Ka Wey [0348356]
Nur Natasha Yasmin [0352779] Leo Liew Gang [0352711] Hee Lin Wei [0348883]
Sharon Lee Siow Cheng [0343426] Wey Khai Yee [0349426] Jonawen Wong [0344667]
Kennard Leong Wen Hung [0349245] Frank Wong Zhi Yao [0352081] Chong Chiao Yen [0348073]
Faith Aimee Choong Jia Yi [0345509] Marcus Liew Yao Qian [0351800] Ashley Tew Li Wen [0343533]

PENGHARGAAN

Sekalung penghargaan kami ucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam
menjalankan projek terutamanya kepada ibu bapa kami yang banyak memberi
kata semangat dan dorongan tanpa henti.
Tidak lupa juga kepada pensyarah kami, Encik Firdaus Ramli yang banyak
memberi tunjuk ajar dalam menjayakan projek ini. Tanpa bimbingan beliau,
tidak mampu kami menyiapkan tugas ini dengan jayanya.
Ingin juga kami mendedikasikan ucapan penghargaan kepada rakan sepasukan
kami yang sama-sama bersusah payah dari awal hingga tamat projek ini. Setiap
individu dalam kumpulan kami amatlah penting dalam menyiapkan tugasan
ini. Mereka menjalankan tanggungjawab mereka dengan penuh dedikasi dan
sanggup memberi sokongan moral kepada rakan-rakan lain yang bersama-
sama menjayakan projek ini.
Akhir sekali, kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada sesiapa
sahaja yang terlibat dalam proses tugasan kami secara langsung atau tidak.
Kerjasama anda semua amat kami hargai.

2

PENGENALAN

Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri daripada masyarakat berbilang
kaum iaitu terutamanya kaum Melayu, Cina, India dan sebagainya. Budaya
kaum masing-masing telah diwarisi daripada pelbagai jenis aspek. Contohnya,
muzik, agama, bahasa, seni tarian, kepercayaan dan lain-lain.
Kami sebagai sekumpulan pelajar daripada Taylor’s University ingin
melaksanakan projek tentang Seni Tarian Tradisional Masyarakat Cina. Ini
disebabkan oleh kerana, banyak generasi muda pada zaman ini tidak
mengetahui ilmu tentang seni tarian tradisi-tradisi mereka dan tradisi ini akan
dilupakan dalam masyarakat Malaysia khususnya dalam masyarakat Cina. Oleh
itu, kita berharap berpeluang untuk meneroka Tarian Tradisional Cina secara
mendalami dengan menghuraikan keunikan tarian serta membincangkan
sejarah serta jenis Tarian Tradisional Cina supaya semua masyarakat dapat
memahami seni tarian Cina dengan lebih teliti.
Kita tidak dapat melawat ke muzium seni tradisional Cina atau tokong cina
untuk mengumpul maklumat sebab kes Covid 19 masih agak tinggi pada hari
ini. Maka kita mendapat maklumat melayari internet. Kita juga berbincang dan
berkongsi ilmu dengan satu sama lain melalui ZOOM setiap minggu.
Akhirnya sekali, kita berharap ilmu-ilmu tentang tajuk ini dapat lebih
menjelaskan Seni Tarian tradisional Cina kepada masyarakat generasi muda
Malaysia hari ini dan pada masa depan.

3

OBJEKTIF

KAJI

WARISAN BUDAYA TRADISIONAL DARI BAHAGIAN YANG BERBEZA MENGHADAPI
ANCAMAN KEPUPUSAN SEIRING DENGAN BERLALUNYA MASA.

BUDAYA TRADISIONAL MENGINGATKAN KITA KEPADA AMALAN DAN CARA HIDUP
DARIPADA PELBAGAI KAUM. IA JUGA CARA ORANG LAIN BOLEH MENGHORMATI,
BERPENGETAHUAN DAN MEMBERI KEPENTINGAN KEPADA TRADISI DAN NORMA
KITA. BIARKAN BUDAYA LAIN MENCERITAKAN KISAH DI SEBALIK TARIAN MEREKA.
WALAUPUN UMAT MANUSIA BERKEMBANG, KITA SENTIASA DIINGATKAN
TENTANG AKAR KITA DARI WARISAN BUDAYA KITA. WALAUPUN CHINA KINI
MERUPAKAN NEGARA TERATAS DUNIA, KITA DIINGATKAN AKAN KESUSAHAN
YANG DIHADAPI OLEH ORANG CINA UNTUK DATANG INI.

KAMI MEMILIH UNTUK MEMPROMOSIKAN TARIAN TRADISIONAL CINA KERANA IA
PENTING KEPADA BUDAYA CINA.

ADALAH BAIK UNTUK MEMAHAMI TRADISI KITA SENDIRI. SEPERTI TARIAN SINGA
YANG MELIBATKAN 2 ORANG PENGHIBUR MELAKUKAN MIMIK PERGERAKAN
SINGA DALAM KOSTUM SINGA. INI MUNGKIN KELIHATAN SEPERTI TARIAN YANG
TIDAK BERMAKNA YANG DIMAKSUDKAN UNTUK MERAIKAN TAHUN BARU, TETAPI
TARIAN INI MELAMBANGKAN KUASA, KEBIJAKSANAAN DAN KEUNGGULAN
DALAM BUDAYA CINA. TARIAN SINGA PERNAH DIGUNAKAN OLEH KUMPULAN
ARTIS SILAT HONG KONG UNTUK MEMBUKTIKAN KEUNGGULAN. WALAU
BAGAIMANAPUN SIMBOLISASI TELAH BERUBAH KERANA IA KINI BERTUJUAN
UNTUK MEMBAWA KEMAKMURAN DAN TUAH.

4

IAN

KAMI BANGGA MEMILIKI PENGETAHUAN INI KERANA IA MENUNJUKKAN SEJAUH
MANA ORANG CINA TELAH BERKEMBANG, DARIPADA MENGGUNAKAN TARIAN
MENYELESAIKAN KEGANASAN KEPADA MEMBAWA TUAH KEPADA ORANG
SEKELILING.

TARIAN TRADISIONAL CINA SEPERTI TARIAN KIPAS JUGA PENTING. IA PADA
ASALNYA DIGUNAKAN UNTUK MENCERITAKAN KISAH TRADISI CINA.INI
MEMBOLEHKAN KEDUA-DUA PELANCONG DAN GENERASI MUDA CINA
MEMPELAJARI KISAH-KISAH KLASIK DAN KISAH SILAM CHINA MELALUI TARIAN
KIPAS.

WALAUPUN MANUSIA TELAH BERKEMBANG DAN SEMAKIN JAUH DARI BUDAYA
TRADISIONAL. SAYA AMAT PERCAYA KITA HARUS MENGEKALKAN BUDAYA KITA
SENDIRI. SUNGGUH MENYEDIHKAN MELIHAT BAHAWA GENERASI BARU-BARU INI
TERMASUK SAYA TIDAK MENGAMBIL BERAT TENTANG TRADISI KITA SENDIRI.
SAYA SENDIRI TIDAK BERMINAT DENGAN BUDAYA SAYA SENDIRI SEHINGGA SAYA
MEMBUAT KAJIAN UNTUK ARTIKEL INI. SELAIN ITU, IBU BAPA JUGA TIDAK AKAN
MEMPROMOSIKAN BUDAYA TRADISIONAL KITA KEPADA ANAK-ANAK MEREKA
LAGI KERANA MEREKA LEBIH TERPERANGKAP DENGAN PERKARA SEPERTI
AKADEMIK DAN KEJAYAAN.

TRADISI SEDEMIKIAN JAUH LEBIH BERMAKNA DARIPADA BENTUK SENINYA YANG
INDAH DAN BUKAN SAHAJA BOLEH DILIHAT DI MUZIUM DAN MAJLIS-MAJLIS
KHAS. TRADISI BUDAYA KITA HARUS DISEPADUKAN DENGAN KUAT KE DALAM
DARAH KITA KERANA IA MEWAKILI SEBAHAGIAN DARIPADA DIRI KITA.

5

ISIKANDUN

01 PENGHARGAAN
02 PENGENALAN
03 OBJEKTIK KAJIAN
04 TARIAN LENGAN KLASIK

Pendahuluan
Sejarah
Jenis Tarian Lengan Klasik
Kegunaan dan Ciri-Ciri
Fungsi Lengan Klasik

GAN

05 TARIAN SINGA

Pendahuluan
Sejarah
Dua Jenis Tarian Singa
Perayaan dan Makna

06 TARIAN NAGA

Pendahuluan
Perekaan Kostum dalam Tarian Naga
Tentang Tarian Naga

07 REFLEKSI DIRI

08 VIDEO

09 KESIMPULAN

10 RUJUKAN

01 KAJIAN

TARIAN
LENGAN
KLASIK

8

PENDAHULUAN

Dalam seni tarian tradisional masyarakat Cina, lengan klasik merupakan
kostum yang berlengan panjang sekira-kira 2 meter. Namanya diasalkan
kerana penari mencipta pergerakan tarian yang mengingatkan air yang
mengalir dan berpusar dengan menggunakan lengan klasik. Sebagai seorang
penari lengan klasik, mereka perlu meluangkan masa dan usaha untuk
menguasai teknik pergerakan lengan klasik.

9

SEJA Tarian Lengan Klasik di China
RAH bermula muncul semasa Dinasti Han
(202 hingga 220 SM). Namun begitu,
TARIAN LENGAN tarian ini mula menjadi termasyhur
KLASIK semasa Dinasti Tang (618 SM hingga
907 SM). Permulaan, lengan klasik
202 to 220 BC diperbuat daripada kain biasa.
Kemudian, kain sutera lebih
diutamakan. Dalam Konfusianisme,
lengan baju yang terlalu panjang
berkaitan dengan tingkah laku
moral. Bagi penari, mereka dapat
melakukan pergerakan tangan yang
cantik dan menawan dengan
menggunakan lengan klasik, inilah
yang tidak mungkin dilakukan
dengan lengan biasa.

10

11

JENIS 0
TARIAN
LENGAN
KLASIK
Kini, terdapat 3 jenis tarian lengan klasik dalam masyarakat Cina, iaitu Tarian
Lengan Panjang bangsa Tibet, Tarian Lengan Klasik Opera Cina dan Tarian
Lengan Klasik moden.

TARIAN LENGAN

PANJANGbangsaTibet

Tarian Lengan Panjang merupakan tarian
tradisional Tibet dan salah satu warisan budaya
tidak ketara negara. Tarian Lengan Panjang ialah
tarian muzik yang sangat diperlukan dalam
kehidupan kaum Tibet. Semasa perayaan,
perkahwinan dan perhimpunan, mereka akan
berkumpul bersama dengan gembira untuk
menari Tarian Lengan Panjang. Penari-penari
akan menari dalam bentuk bulatan. Penari
perempuan menyanyi sambil menari dengan
menggunakan lengan panjang manakala lelaki
akan memetik Xian Zi (sejenis alat muzik
tradisional Tibet). Fungsi Tarian Lengan Panjang
di Tibet ialah menyambut tetamu,
mengungkapkan kehormatan kepada orang tua-
tua, dan ekspresif kecintaan antara kekasih dan
kawan-kawan.

12

3 OPERA CINATARIAN LENGAN KLASIK J

Opera Cina adalah sejenis

persembahan seni yang melibatkan

pelbagai cara penyampaian di atas

pentas. Opera Cina ini meliputi

menyanyi, deklamasi dan menari

sebagai unsur utama

persembahannya. Biasanya, kostum

Opera Cina dihiasi dengan lengan

sutera yang panjang dan besar, iaitu

lengan klasik. Lengan klasik adalah

paparan berlebihan pada lengan

pakaian kuno Cina dan merupakan

bahagian penting dalam pakaian.

Pelakon Opera Cina selalu

menggambarkan watak melalui

penggunaan lengan klasik. Mereka

menggunakan lengan klasik untuk

meluangkan perasaan watak atau

persembahan.

TARIAN LENGAN KLASIK

MODEN

Tarian Lengan Klasik moden
adalah salah satu seni tarian klasik
dalam masyarakat Cina. Fungsi
lengan klasik dalam tarian ini ialah
mengungkapkan perasaan dan
menyebarkan ekspresif fizikal.
Berbanding dengan pelakon
Opera Cina, penari lengan klasik
moden perlu mempunyai teknik
yang baik dan cekap semasa
menggunakan lengan klasik.

13

KEGUNAAN DAKegunaan lengan klasik dapat memanjangkan pergerakan
CIRI-CIRbadan, menyebarkan ekspresif fizikal dan mengungkapkan
perasaan dalaman. Penari menggunakan teknik dan ekspresif
fizikal untuk mempertunjukkan kecantikan badan bagai awan
seperti air.

Terdapat ratusan postur atau pergerakkan Tarian Lengan Klasik,
seperti contohnya Goncang Lengan, Rambas Lengan,
Mengabutkan Lengan, Lambung Lengan, Pusing Lengan, Lipat
Lengan, Timbunan Lengan dan sebagainya.

Untuk menari tarian lengan klasik dengan baik, penyelarasan
dan bersatu antara jari tangan, pergelangan tangan, siku, dan
bahu adalah amat penting. Selain itu, “kekuatan” merupakan
teknik yang penting dalam tarian lengan klasik. “Kekuatan”,
“fleksibiliti” dan “ekspresif fizikal” dalam tarian ini adalah tidak
dapat dipisahkan, jika penari hanya mempunyai teknik
menggunakan lengan klasik tetapi tidak dapat menggunakan
kekuatannya dengan baik, penari pun tidak dapat menunjuk
kecantikan berirama tarian itu.

14

FUNGSI SEBAGAI KIPAS
LENGAN
KLASIK Merembas lengan tangan ulang-alik di
hadapan muka.

BERI HORMAT

Menggunakan satu tangan tarik lengan
di sebelah tangan untuk ekspres
bersopan santun dan hormat.

PEMALU ATAU KESEDIHAN

Menggunakan satu tangan tarik legan di sebelah
tangan lalu menutup di hadapan muka.

LAP AIR MATA

Menggunakan lengan untuk palsu
mengelap dengan ringan.

MEMEGANG TANGAN
DAN PELUK

Dua orang menggunakan lengan dan
menunggang bersama.

ISYARAT

Apabila penari hendak menyanyi, menggunakan
lengan untuk menunjuk pancaragam

15

02 KAJIAN

TARIAN
SINGA

16

PENDAHULUAN

Tarian Singa ialah sebahagian daripada tarian tradisional dalam adat warisan
masyarakat Cina. Persembahan Tarian singa disampaikan oleh dua orang penari yang
menggunakan kostum singa. Seorang penari akan memainkan di bahagian hadapan
dengan tugasan menggerakkan kepala kostum singa, dan seorang lagi pasangan
penari akan memainkan peranan di bahagian belakang singa untuk menggerakkan
badan dan ekor singa. Kedua-dua penari itu akan bergerak seakan-akan singa di atas
pentas yang telah disediakan. Tarian singa ini akan diiringi oleh alat-alat muzik seperti
gong, dram, dan juga dentuman mercun yang dipercayai akan membawa tuah.
Tarian Singa biasanya dipersembahkan sempena perayaan-perayaan masyarakat Cina
seperti Tahun Baru Cina dan lain-lain. Bukan sahaja tarian singa dipersembahkan
sempena perayaan, namun juga dipersembahkan sempena sambutan istimewa
seperiti pembukaan perniagaan baharu, perkahwinan dan juga sambutan tetamu
khas mengikut tradisi masyarakat Cina.

17

SEJA RAH

Sejarah singa dianggap sebagai pelindung dalam kebanyakan adat orang Asia,
terutamanya bagi mereka yang berketurunan orang Cina. Tarian singa menjadi

adat di negara China, Taiwan, Jepun, Korea, Thailand, Indonesia, Malaysia,
Singapura, dan Vietnam. Setiap negara tersebut mempunyai corak dan bentuk

tarian yang berlainan. Namun, tarian ini lebih terkenal sebagai warisan orang
Cina, kerana dikatakan sejarahnya bermula lebih 1,000 tahun lalu. Dua tarian
singa yang amat popular adalah "Tarian Singa Utara" dan "Tarian Singa Selatan".



Tarian singa Utara berasal dari bahagian utara China yang menggunakan tarian
ini sebagai hiburan diraja. Kostum singa tersebut menggunakan warna merah,

jingga, (hijau dan kuning bagi kostum singa betina). Tarian Singa Utara ini
mempunyai lebih banyak pergerakan akrobatik dan bertujuan sebagai hiburan.




18

Tarian Singa Selatan menjadi lambang yang mempunyai ciri-ciri yang berkaitan
dengan alam sekitar. Tarian ini selalu dipersembahkan sebagai istiadat ataupun

upacara untuk membuang semangat jahat dan dipersembahkan sebagai
upacara meminta tuah. Tarian Singa Selatan menggunakan pelbagai warna.
Kepala kostum mempunyai mata yang lebih besar daripada Singa Utara, dan
mempunyai cermin serta sebatang tanduk di hadapan kepalanya. Mata singa itu
pula berwarna hitam bersama-sama warna putih atau merah bersama-sama
warna putih. Hal ini bertujuan untuk menunjukkan sifat singa yang pemalu.

19

02 JENIS

TARIAN SINGA
Dalam tradisi masyarakat Cina, terdapat dua
jenis tarian singa: Tarian Singa Utara dan Tarian Singa Selatan (yang biasanya
Tarian Singa selatan. dipersembahkan di Malaysia) yang
dinamakan juga sebagai tarian singa
Kantonis berasal dari Guangdong,
China. Kostum singa Selatan
mempunyai tanduk tunggal seolah-
olah menyerupai makhluk mitos
kebudayaan Cina bernama Nian, dan
rangka kepala singa yang diperbuat
daripada bamboo membentuk
kepala singa, dicat dan dihias
dengan menggunakan bulu. Kepala
singa Selatan amat menarik kerana
ia dibina secara mekanik supaya
mulut, mata dan telinga singa boleh
bergerak. Badan singa pula
diperbuat dengan kain tahan lasak
dan dihiasi bulu pendek yang
berwarna-warni.

SELATAN

UTARA

Tarian Singa Utara biasanya

dipersembahkan dengan tarian

berpasangan, iaitu seekor singa jantan dan

seekor singa betina. Topeng kepala singa

utara diperbuat daripada kayu dan dicat

emas, memakai kostum badan singa yang

berbulu jingga-kekuningan, dan reben

merah diikat pada kepala singa, simbolik

kepada singa jantan manakala reben hijau

simbolik kepada singa betina.

20

PERAYAAN DAN

MAKNA

Dalam budaya Cina, singa

melambangkan kekuatan, kebijaksanaan,

dan keunggulan. Orang-orang melakukan

Tarian Singa pada festival-festival atau

acara-acara besar, seperti pembukaan

perniagaan dan majlis perkahwinan untuk

menghibur, membawa tuah dan

mengusir roh-roh jahat.

Tradisi ini menjadi kepercayaan kepada

masyarakat kaum Cina sebagai aktiviti

membawa rezeki, kemakmuran dan

keberuntungan untuk tahun mendatang.

Sekolah Jenis Kebangsaan Cina atau

Sekolah Menengah Bebas mestilah

menjemput kumpulan tarian singa

datang ke sekolah untuk prestasi pada

Tahun Baru Cina. Beberapa sekolah

menengah bebas juga menubuhkan

kumpulan tarian singa yang cemerlang.

Aktiviti ini akan meningkatkan ilmu

pengetahuan pelajar-pelajar di sekolah

menengah bebas itu.

Seni tarian singa adalah salah satu tradisi
terpenting di Tahun Baru Cina. Tarian ini
merupakan cara untuk menciptakan
suasana meriah dan membawa
kebahagiaan, juga merupakan senaman
yang baik bagi fizikal, rohani dan jasmani.

21

03KAJIAN

TARIAN
NAGA

22

PENDAHULUAN

Sama dengan tarian singa yang terkenal, tarian naga ialah tarian dan
persembahan tradisional dalam budaya Cina. Tarian ini dilakukan oleh
sekumpulan penari yang berpengalaman dengan menggunakan kayu
panjang yang disambung kepada naga boneka yang panjang dan fleksibel.
Penari-penari mensimulasikan pergerakan naga seperti pergerakan aliran
sungai. Tarian naga ditari pada Tahun Baru Cina kerana tarian ini dipercayai
akan membawa nasib baik kepada komuniti. Orang Cina pun mempercayai
bahawa naga yang lebih panjang akan membawa lebih banyak nasib baik
kepada komuniti.

23

EREKAAN KOSTU Tarian Naga berbeza banyak daripada Tarian Singa dalam
beberapa segi perspektif. Dalam pertunjukkan Tarian Naga,
selalunya ahli persembahan yang mempersembahkan Tarian Naga
dengan memegang tiang kayu panjang yang menahankan
pakaian badan dan kepala naga.

Kostum Tarian Naga terdiri daripada tiga bahagian, iaitu kepala
naga, badan naga dan ekornya.

Kostum Tarian Naga termasuklah badan dan kepalanya panjang 2
meter yang digunakan oleh dua ahli persembahan untuk
persembahan kecil atau sepanjang 100 meter yang digunakan
oleh beratus-ratus orang untuk menyambut sambutan atau majlis
besar. Berdasarkan tradisi lama, ramai mempercayakan bahawa
semakin panjang kostum tarian naga, tuah yang akan dibawanya
juga bertambah.

Dalam kostum ini, badan naga adalah bahagian utama kostum
naga. Badan naga diperbuat daripada bahan gelung buluh
bersegmen , direkakan dengan kain yang berwarna-warni dan
menggunakan sisik naga sebagai penghiasan kostum. Badannya
terbentuk dan diperbahagi daripada beberapa bahagian yang
dikawalkan dengan tiang kayu panjang. Kepala naga dalam
kostum diperbuat oleh kayu yang berkualiti tinggi dan dihiaskan
daripada kertas dan tali nipis berwarna-warni. Keberatan kepala
naga boleh mencapai setinggi 15kg. Ahli persembahan tarian ini
perlu bekerjasama untuk bergerak bersama sambil mengawalkan
kostum apabila mempersembahkan tarian naga.

24

WARNA
KOSTUM Tarian naga dapat dipersembahkan
dalam pelbagai cara dengan kostum yg
TARIAN berbeza. Kostum yang berbeza warna
juga mempunyai permaknaan yang
berbeza.

NAGA KOSTUM BERWANA HIJAU

Bermaksud Hasil Tuaian yang Hebat

KOSTUM BERWARNA KUNING

Bermaksud menghormati Empayar

KOSTUM BERWARNA EMAS ATAU
PERAK

Bermaksud kemakmuran

KOSTUM BERWARNA
MERAH

Bermaksud kegembiraan dan Kekayaan

25

TEN TANG

Dalam kalangan cina, naga adalah satu symbol China, dan merupakan sesuatu
yang penting dalam budaya cina. Naga cina melambangakan beberapa

maksud, iaitu nilai kebijaksanaan, kekayaan dan dipercayai untuk membawa
tuah kepada semua.



Naga merupakan imej kerekaan dalam dunia mitologi. Walau bagaimanapun,
naga Cina berbeza sangat berbanding daripada budaya barat.



Pada zaman dahulu, ramai akan berdoa demi hujan dengan tarian naga apabila
hujan tidak turun. Penghasilan pertanian dahulu bergantung kepada hujan
seharian. Untuk menambahkan nasib, orang cina akan memberikan
pengorbanan kepada naga setiap musim bunga. Selepas itu, pemberian
pengorbanan telah berkembang menjadikan tarian naga yang kita melihat
pada masa sekarang.

26

Selain itu, tarian naga juga merupakan sesuatu tradisi
untuk menghalangkan serangga selepas menanam.
Dalam masa kini, tarian naga akan dipersembahkan
dalam sambutan atau perayaan besar untuk
menghalaukan roh jahat.

Dalam budaya barat, naga memberikan semua satu
imej haiwan yang kelihatan seperti biawak dengan gigi
tajam dan mempunyai sepasang ekor yang besar.
Maksudnya dalam budaya barat adalah nilai kejahatan.
Naga cina berbeza banyak dalam kelihatannya yang
mempunyai badan yang panjang sebagai ular dan
berkuku tajam. Masyarakat cina mempercayai bahawa
naga merupakan penguasa angin dan hujan, dan
diwakili sebagai simbol budaya Cina.

27

D

REFLEKSI

R
I

ASHLEY TEW

bachelor of interior architecture

0343533

Salam sejahtera. Nama saya Ashley Tew Li Wen. Saya sedang mengambil kursus Bachelor
dalam Interior Architecture. Saya sangat bertuah kerana menjadi ahli pasukan ini. Kumpulan
ini ialah sesuatu kumpulan yang mempunyai semangat koperasi dan juga tidak teragak-agak
untuk membantu. Ketua kumpulan ialah seorang pemimpin yang baik hati dan memahami.
Dia memberikan tugasan yang sama kepada kami, apabila memutuskan masa mesyuarat
seterusnya, dia memahami bahawa sesetengah kami sibuk dan oleh itu memberi kami
banyak pilihan untuk pemilihan masa.

Ketika menyiapkan projek ini, saya mengetahui kepentingan dan kebudayaan tarian-tarian
tradisi Malaysia. Dalam tugasan kumpulan in, saya bertanggungjawab untuk menkonklusi
projek kami. Ini membenarkan saya untuk melihat gambaran yang lebih besar dan lihat
bagaimana tradisi-tradisi ini telah mempengaruhi kehidupan seharian kita. Selain itu, saya
telah mengenal kawan-kawan dari kursus yang lain semasa melaksanakan tugasan ini. Di
samping it, saya telah memahami kepentingan kebudayaan dalam kalangan kaum lain.

Akhir sekali, sebagai rakyat Malaysia, saya ingin bersyukur dan berbangga. Kita harus
memahami antara satu sama lain merentasi semua kaum, walaupun kita berbeza warna,
agama dan budaya. Kami bersatu apabila kami rapat antara satu sama lain. Saya ingin
mengucapkan terima kasih kepada En. Firdaus dan modul TITAS secara keseluruhan kerana
memberi peluang kepada saya untuk mengkaji tentang budaya tarian Cina.

28

D

REFLEKSI

R
I

LINDON

school of computer science &
engineering

0350734

Salam sejahtera. Nama saya Chau Lindon dan saya seorang pelajar dari Bachelor in
Mechanical Engineering. Melalui mata pelajaran subjek Tamadun Islam dan Tamadun Asia,
saya dapat menambah ilmu yang banyak mengenai tamadun Islam dan tamadun di asia
tenggara. Kumpulan kami telah pun memilih tarian tradisional masyarakat cina sebagai topic
utama kajian.

Dalam tugasan kumpulan, saya bertanggung jawab untuk membuat kajian dan mengumpul
maklumat tentang tarian singa dan naga. Di samping itu, saya juga memainkan peranan
sebagai penemuduga dalam proses penghasilan video bagi kumpulan kami.

Melalui proses pembelajaran dan penyelidikan ini, saya telah memahami kisah di sebalik
sejarah dalam kebudayaan dan tradisi kaum di Malaysia. Selain itu, tahap bertutur dalam
Bahasa Melayu saya juga meningkat kerana kami dipaksa menggunakan Bahasa Melayu
sahaja untuk menyiapkan tugasan mahupun dalam penghasilan video.

Akhir sekali, saya bersyukur dan berasa bangga sebagai seorang rakyat Malaysia yang terdiri
daripada pelbagai kaum. Memahami Tamadun dan sejarah setiap kaum amat penting kerana
saling berkenalan antara setiap kaum dapat memupuk keharmonian rakyat dan
mengurangkan perselisihan faham antara kaum yang berbeza tanpa mengira warna kulit dan
budaya. Saya yakin bahawa Malaysia akan semakin maju apabila rakyat lebih bersatu hati
bersama.

29

D

REFLEKSI

R
I

CHIAO YEN

bachelor of interior

0348073

Salam sejahtera, saya merupakan seorang pelajar yang sedang melanjutkan pelajaran dalam
program Bachelor of (Hons) in Interior Architecture di Taylor’s University. Dalam subjek Tamadun
Islam dan Tamadun Asia ini, kami sebagai kumpulan setuju untuk memilih tajuk Seni Tarian
Tradisional Masyarakat Cina untuk kerja kursus ini. Kami memilih tajuk ini kerana kefahaman
terhadap tarian tradisional Cina sebagai kaum Cina di Malaysia.Lawan kata, kami juga tidak
mengetahui ilmu ilmu tentang tarian tradisional Cina sepenuhnya.

Oleh itu, saya berasa amat bersyukur kepada Taylor’s University supaya kami dapat menambah
ilmu tentang topik ini dengan lebih baik. Saya bertanggung jawab untuk mencari maklumat
tentang Tarian Naga dan selepas kerja kursus ini, saya dapat membezakan Tarian Singa dan
Tarian Naga dengan lebih teliti. Tidak berbeza dengan kumpulan lain, kami menghadapi
perselisihan faham dalam sesuatu perbincagan. Tetapi kami masih akan bekerjasama dan
mencuba untuk memahami pandangan setiap golongan kumpulan.

Saya berasa kerja kursus Tamadun Islam dan Tamadun Asia ini amat penting. Hal ini demikian
kerana, kami dapat memahami sejarah sejarah dan apa-apa yang berlaku semasa zaman dahulu.
Selain itu, saya juga mementingkan sejarah sejarah Tarian Tradisional Masyarakat Cina kerana ini
adalah sebagai motivasi untuk generasi muda menyambungkan tarian-tarian tradisional.

Kesimpulannya, saya berasa amat bersyukur kerana dapat menanbah ilmu dan memahami
Tarian Tradisional Masyarakat Cina dengan lebih tepat. Saya juga mengucapkan terima kasih
kepada ahli kumpulan saya atas kerjasama dan berbanding bahu dalam proses kerja kursus ini.

30

D

REFLEKSI

R
I

FAITH AIMEE

bachelor in fashion design
technology

0345509

Selamat sejahtera, nama saya Aimee. Saya seorang pelajar di Universiti Taylor, yang melanjutkan
pelajaran dalam Bachelor of Fashion Design. Dalam modul ini, Tamadun Islam dan Tamadun Asia
(TITAS), saya dapat mempertingkatkan pengetahuan tentang jenis tamadun di seluruh dunia dan
juga pada Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Untuk modul ini, kami terpaksa membentuk
kumpulan dan mempersembahkan video tentang Seni Tarian Tradisional Masyarakat Cina. Kami
membuat pilihan ini sebagai tajuk kumpulan kami kerana kami berminat dalam topik ini dan ini
memberikan kami peluang yang baik untuk belajar lebih lanjut mengenainya.

Dalam projek ini, saya dipertanggungjawabkan dalam pasukan e-majalah. Kami perlulah mencipta
dan mereka bentuk muka surat untuk majalah. Bahagian yang mencabar untuk melakukan tugasan
ialah komunikasi dan kerjasama sebab semua bincangan kami melalui internet. Kami tidak boleh
berkomunikasi secara fizikal dan ini akan menyebabkan salah faham. Walau bagaimanapun, kita
menghadapi cabaran ini dan bekerjasama dengan baik. Saya berseronok melakukan tugasan ini
kerana saya seorang yang kreatif dan suka mereka bentuk. Selain itu, saya perlu mencari lebih
banyak maklumat dan gambar tentang Tarian Lengan Klasik, Tarian Singa dan Tarian Naga dengan
melayari internet. Saya merasakan bahawa kursus ini sangat penting kepada kami kerana kami
boleh belajar ilmu tentang sejarah dan juga apa yang membawa kami ke sini di dalam dunia
moden. Saya berharap melalui projek ini, generasi muda akan menghargai tradisi dan latar belakang
sejarah tentang Seni Tarian Tradisional Masyarakat Cina.

Kesimpulannya, saya berasa gembira kerana dapat mengenal kawan-kawan baru daripada kursus
yang berbeza dan boleh ikatan bersama. Saya ingin berterima kasih kepada semua ahli kumpulan
saya dan juga ketua kumpulan yang kerjasama dan membimbing kami semasa modul ini.

31

D

REFLEKSI

R
I

FRANK WONG

school of computer science &
engineering

0352081

Salam Sejahtera, name saya Frank Wong. Saya merupakan seorang pelajar dari Taylor’s
University. Saya sedang melanjutkan pelajaran dalam kursus Bachelor of Computer Science.
Saya bernasib baik kerana boleh menyertai kumpulan ini. Semua ahli kumpulan sangat mesra
dan menyambut satu sama lain den tangan terbuka. Saya pun sangat berterima kasih ada
ketua kumpulan yang sangat bertanggungjawab dan saling membantu. Walaupun saya lewat
menyertai kumpulan ini, ketua kumpulan mengambil masa untuk menerangkan tugas saya
dan tujuan kumpulan. Ahli kumpulan saya pun saling membantu semasa melakukan tugas.

Tugas saya dalam kumpulan adalah untuk membuat penyelidikan tentang tarian naga dan
menulis skrip dengan Leo untuk kumpulan. Selain itu, saya pun ditugas menjadi pelakon
untuk penemuduga. Semasa membuat tugasan saya, saya belajar banyak tentang tarian naga
dan sejarah serta kegunaannya. Di samping itu, semua ahli kumpulan pun bekerjasama
semasa mesyuarat. Semua ahli berbincang secara aktif semasa mesyuarat dan dalam
kumpulan Whatsapp untuk mencari masa yang sesuai untuk rekod video. Semua ahli pun
mematuhi tarik akhir yang ditetapkan oleh ketua kumpulan.

Akhirnya, saya berasa kursus Tamadun Islam dan Tamadun Asia amat penting kepada kita
sebagai rakyat Malaysia kerana kursus ini mengajar kita banyak tentang budaya-budaya
berbeza di Malaysia dan ini boleh menolong kami menghormati kaum lain. Saya juga amat
bersyukur kepada ahli kumpulan atas pertolongan dan kerjasama mereka.

32

D

REFLEKSI

R
I

HEE LIN WEI

Bachelor (hons) Arts in interior
architecture

0348883

Dalam tugasan ini, peranan yang diberikan kepada saya adalah seorang wartawan. Saya dan
rakan kongsi (Pang Tong) menulis artikel tentang kelebihan dan kekurangan pembelajaran
dalam talian. Kami ditugaskan untuk menulis artikel 350 perkataan dan menyediakan
gambar yang berkaitan dengannya.

Dalam proses menulis artikel, saya telah belajar cara menulis menggunakan bahasa
wartawan. Selain itu, saya juga telah belajar bagaimana untuk menangkap perkara utama
artikel panjang dan meringkaskan menggunakan perkataan saya sendiri. Selain itu, kerja
berpasukan adalah salah satu aspek terpenting dalam tugasan ini. Sebagai satu pasukan,
kami membahagikan kerja kami kepada bahagian yang berbeza dan memastikan setiap
orang mendapat bahagian kerja yang saksama. Selain daripada itu, komunikasi juga
merupakan salah satu faktor utama untuk menyelesaikan tugas kami. Kami terus
berhubungan antara satu sama lain di dalam WhatsApp untuk memastikan semua perkara
berjalan lancar.

Sehubungan itu, saya amat bersyukur mempunyai Pang Tong sebagai pasangan saya.
Walaupun kami berdua lemah dalam Bahasa Melayu, dia sedaya upaya menyelesaikan
bahagian yang diberikan. Akhir sekali, saya telah mendapat lebih banyak pengetahuan dan
pemahaman tentang kebaikan dan keburukan pembelajaran dalam talian.

33

D

REFLEKSI

R
I

JONAWEN WONG

school of computer science &
engineering

0344667

Hi semua, saya Jonawen Wong, seorang pelajar dari Taylor’s Lakeside Campus yang sedang
melanjutkan pelajaran dalam Bachelor of Mechanical Engineering with Honours. Dalam projek
ini, saya telah mengambil tugasan sebagai penulis dan penyelidik untuk categori Tarian Singa.
Saya berasa gembira dapat berpeluang untuk menambah ilmu pengetahuan dan menyertai
sesuatu aktiviti projek yang saya tidak pernah mencuba. Selepas membuat projek ini, saya
telah mengetahui banyak informasi tentang Tarian Singa dalam pelbagai aspek. Pengalaman
dan ilmu yang saya didapatkan akan saya menghargai selama-lamanya.

Selain itu, saya juga berpeluang untuk bergaul dengan rakan-rakan yang dari pelbagai bangsa
sambil menyemai semangat bekerjasama dalam aktiviti yang disediakan. Kita akan
bekerjasama untuk menjalankan tugas kita dengan cekap walaupun jadual semua berbeza
banyak.

Walaupun ahli penyertaian berasal dari keluarga, budaya yang berbeza, kita semua belajar
saling memahami dan menghormati satu sama lain. Melalui berkomunikasi, berinteraksi, dan
berbincang dengan rakan yang dari pelbagai bangsa, saya belajar lebih banyak mengenai
budaya masing-masing.

Pada pendapat saya, keputusan projek ini bukanlah yang paling penting untuk diutamakan
manakala proses pembuatan projek ini. Saya amat berterima kasih kepada semua ahli
penyertaian atas kerja keras mereka dalam projek ini.

34

D

REFLEKSI

R
I

KENNARD LEONG

bachelor of interior architecture

0349245

Selamat sejahtera semua. Nama saya Kennard Leong Wen Hung. Saya sedang mengambil
program Bachelor of Interior Architecture di Universiti Taylor’s Malaysia. Selapas saya
bermula mengambil modul Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS), saya dah belajar
banyak perkara baru. Saya rasa modul ini TIDAS sangat menarik. Saya dah buat kawan baru
kerana projek ialah projek kumpulan.

Setiap kumpulan mempunyai 15 orang ahli kesemuanya. Kita perlu memilih topik daripada
topik diberikan dan membuat kajian mengenainya. Kumuplan kami dah memilih tarian
tradisional masyarakat Cina.Pada permulaan projek ini, saya agak pasti kebanyakan daripada
kami tidak pasti dan keliru dengan tugasan yang diberikan. Memang terasa janggal sedikit
kerana kami semua orang asing. Tapi lama kelamaan kami rapat dengan berbincang
tentang tugasan.Setiap ahli kumpulan diagihkan kepada peranan yang berbeza untuk
menyelesaikan tugasan yang berbeza. Peranan saya adalah untuk membincangkan objektif
kajian ini ke dalam templat e-majalah kami.

Akhirnya, saya rasa kumpulan kami melakukan kerja yang menakjubkan. Rakan sekumpulan
saya hebat dalam kerja mereka dan membimbing saya kerana saya tidak pandai bahasa
Melayu. Saya seronok melakukan projek ini dan saya rasa ia menyeronokkan. Saya bersyukur
kerana saya mempunyai kumpulan yang rajin dan suka menolong.

35

D

REFLEKSI

R
I

LEO LIEW

school of computer science &
engineering

0352711

Salam sejahtera,nama saya Leo Liew Gang. Saya diberi tugas untuk membuat projek bersama
kumpulan dalam modul tamadun islam dan tamadun asia. Majoriti dalam kumpulan kami telah
memilih seni tarian tradisional masyarakat cina sebagai topik kami. Pembahagian tugasan dalam
kumpulan berjalan dengan baik, kerana semua ahli memilih dan bersetuju dengan peranan mereka.
Ahli-ahli menjelaskan perkara yang tidak jelas dan setiap ahli kumpulan mula membuat tugas
tersebut. Ketua kumpulan mahir dan cekap dalam mengurus dan mengagihkan tugasan yang diberi
dan pastikan kami melakukannya tepat pada masanya.

Dalam kumpulan kami, peranan saya ialah penulis skrip. Ia mencabar bagi saya untuk menulis skrip
yang baik. Melalui proses ini, saya telah belajar menulis dan menyampaikan soalan dengan cara yang
lebih baik. Ia juga membantu meningkatkan kemahiran berfikir kritis saya. Projek ini telah banyak
mengajar saya secara mendalam tentang tarian tradisional budaya cina, mempelajari asal-usul tarian
tradisional ini sangat menarik bagi saya dan meningkatkan rasa ingin tahu saya tentang topik ini.

Melalui projek ini, saya mendapat peluang untuk meningkatkan kemahiran komunikasi saya dan
belajar bekerjasama sebagai satu kumpulan. Saya bertuah kerana mempunyai ahli-ahli kumpulan
yang boleh bekerjasama dan berkoordinasi dengan baik. Setiap ahli kumpulan melaksanakan tugas
mereka dengan sempurna.

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kumpulan saya untuk pengalaman yang indah ini,
saya telah belajar banyak daripada tugasan kumpulan dan modul ini dan tidak sabar untuk
mempelajari dan menambah ilmu pengetahuan lebih lanjut pada masa saya di Taylor’s University.

36

D

REFLEKSI

R
I

LOW FENG YIE

bachelor in fashion design
technology

0352428

Selamat sejahtera kepada semua, nama saya Low Feng Yie, adalah ketua kumpulan ini. Saya sedang
melanjutkan pelajaran di Taylor’s Univerisiti. Kursus yang saya ambil ialah Bachelor of Fashion Design
Technology. Melalui modul Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS), saya dapat menambah ilmu
pengetahuan tentang Tamadun Islam dan Asia. Selain itu, saya juga dapat mengenalkan seni tarian
tradisional masyarakat Cina sebab inilah topik yang kami pilih bagi projek ini.

Dalam projek ini, saya dipertanggungjawabkan untuk menulis kajian tentang Tarian Lengan Klasik.
Tugasan ini memang mencabar bagi saya kerana kurang sumber rujukan tentang Tarian Lengan
Klasik yang dalam bahasa Melayu. Oleh itu, saya perlu memterjemahkan maklumat dengan betul
dalam bahasa Melayu. Dalam proses ini, saya dapat menambah ilmu tentang seni tarian tradisional
masyarakat Cina dalam pelbagai aspek dan bahasa Melayu saya juga bertambah baik.

Sebagai ketua kumpulan, saya pun berpeluang untuk mempelajari cara berkomunikasi dan
meningkatkan kepemimpinan. Hal ini dikatakan demikian kerana komunikasi yang baik akan
meningkatkan efisien kerja kumpulan. Sikap toleransi, bekerjasama dan bertanggungjawb kami
juga dapat ditingkatkan melalui proses membuat tugasan kerja kursus pendek ini.

Akhirnya, saya berasa sangat bersyukur dan gembira kerana dapat mengenal rakan-rakan yang
koperasi dan bertanggungjawab. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada ahli kumpulan
saya sebab projek ini tidak akan disiapkan dengan baik tanpa bantuan dan kerjasama mereka.
Tambahan pula, saya berharap seni tarian tradisional masyarakat Cina dapat dikenali oleh orang
ramai.

37

D

REFLEKSI

R
I

MARCUS LIEW

bachelor in fashion design
technology

0351800

Hello semua, nama saya Marcus Liew Yao Qian, saya belajar di Taylors University. Kursus yang saya
ambil ialah Sarjana Muda teknologi reka bentuk fesyen. Melalui modul Tamadun Islam dan Tamadun
Asia (TITAS), saya dapat meningkatkan pemahaman saya tentang Islam dan tamadun Asia, dan saya
juga dapat memahami budaya yang berbeza di Malaysia. Selain itu, saya juga boleh mempelajari
lebih lanjut tentang tarian tradisional Cina, seperti tarian singa, tarian naga dan lain-lain.

Dalam projek ini, kami perlu memperkenalkan tiga tarian tradisional, kami memilih tarian lengan
klasik, tarian singa dan tarian naga, dan kemudian saya bertanggungjawab ke atas Tarian lengan
klasik dan penyunting video, yang sangat menyeronokkan bagi saya semasa merakam laporan, saya
juga lebih menitikberatkan peristilahan bahasa Melayu, kerana bahasa Melayu saya tidak begitu
bagus, tetapi melalui subjek ini, saya belajar lebih banyak perkataan baru dalam bahasa Melayu.
Latihan dalam masa juga sangat menarik, video tidak akan berasa bosan, orang ramai boleh
menontonnya dengan gembira, dan ia juga membantu kita belajar dengan cara yang lebih menarik.

Sekali lagi, saya mengenali ramai rakan yang berbeza bangsa, semua orang sangat bersatu untuk
menyelesaikan tugas masing-masing, dan kami juga mengatur banyak mesyuarat untuk
membincangkan bagaimana kerja rumah kami harus pergi ke langkah seterusnya, dan kami kadang-
kadang bercakap dalam bahasa masing-masing, semua orang Semua mendapat bersama dengan
baik. Saya juga belajar lebih banyak bahasa Melayu, yang sangat menyeronokkan.

Akhir sekali, saya berharap guru-guru menikmati video yang kami buat dan terima kasih kerana
menonton.

38

D

REFLEKSI

R
I

NUR NATASHA

school of computer science &
engineering

0352779

Salam sejahtera, saya Nur Natasha Yasmin binti Kamaruddin. Saya merupakan seorang pelajar Taylor’s
University mengambil jurusan komputer sains. Modul Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) ini
memberi pendedahan yang luas tentang budaya di Asia Tenggara. Saya dapat mempelajari adat dan
budaya masyarakat Cina sewaktu menjalankan kerja kursus ini. Tambahan lagi, sepanjang
menjalankan kerja berkumpulan ini, saya mendapat banyak pengalaman baru. Contohnya, walaupun
mengalami cabaran seperti kelas secara maya, saya dapat berkenalan dengan lebih rapat bersama
rakan sekelas saya. Saya juga dapat berinteraksi dengan lebih efektif melalui projek ini. Kami
menggunakan pelbagai inisiatif misalnya, mengadakan mesyuarat melalui platform seperti ‘ZOOM’
dan ‘Google Meet’ untuk berkomunikasi supaya tugasan berjalan dengan lebih lancar. Pembahagian
kerja berjalan dengan lancar kerana kerjasama kumpulan yang teguh.

Saya ditugaskan untuk merangka bahagian penulisan terutamanya bahagian penghargaan. Saya
bersama ahli kumpulan yang lain bertungkus-lumus menyiapkan tugasan ini. Kami mengisi
kelemahan dan kekuatan masing-masing. Contohnya, saya membantu mereka dalam pertuturan
Bahasa Melayu dan mereka memberi tunjuk ajar tentang budaya Cina. Pertukaran ilmu ini mendorong
saya untuk menjalankan tugas ini dengan lebih semangat. Mereka juga banyak membantu saya dalam
menyiapkan tugasan ini dan hasilnya, kami dapat menyiapkan kerja ini dalam masa yang ditetapkan.

Dalam mengerjakan tugas ini juga, saya dapat mengasah bakat terpendam saya dalam bidang
penulisan dan pemahaman. Saya berasa gembira dan puas sewaktu dapat menjayakan tugas ini.
Dengan bantuan rakan-rakan, saya berjaya melatih diri saya untuk memperkukuhkan lagi penulisan
dan pengetahuan saya tentang budaya di Asia Tenggara. Harapan saya, saya dapat mengasah lagi
bakat-bakat lain yang terpendam dalam diri saya sewaktu berada di Taylor’s University.

39

D

REFLEKSI

R
I

SHARON LEE

bachelor in fashion design
technology

0343426

Selamat Sejahtera, nama saya Sharon Lee Siow Cheng, kamu boleh panggil saya Sharon. Saya sedang mengambil
program Bachelor (Honours) in Fashion Design Technology di Taylor Universiti Malaysia. Dalam Semester ini, kita
perlu mengambil subjek Tamadun Islam dan Tamadun Asia.Di dalam subjek ini bukan sahaja boleh belajar
tentang pengetahuan TITAS, kita juga belajar tentang perkara mengenai masyarakat asia kerana semua
kumpulan mestilah memilih satu topik mengenai masyarakat asia. Tiada pengecualian dengan kumpulan kita.
Dalam perbincangan, kita semua setujuh dengan memilih topik tentang seni tarian tradisional masyarakat cina.

Selain itu, kita membahagikan tugasan untuk memastikan semua ahli kumpulan menyertai dalam projek ini.
Semua ahli kumpulan memilih tugasan dengan menggunakan kekuatan sendiri. Saya memilih kerja membuat
E-Magazine kerana kekuatan saya ialah membuat kerja mengenai seni. Bukan sahaja saya memilih tugasan ini,
tetapi kita membahagikan kerja dengan adil. Walaupun kita tidak membuat E-Magazine dalam masa sama,
tetapi kita menggunakan jadual waktu sendiri dan mengeluarkan masa untuk membuat kerja yang kita perlu
buat. Semasa membuat E-Magazine, kita menolong satu sama lain untuk memastikan kerja kita selesai dalam
tempoh masa.

Disamping itu, walaupun kita tidak boleh bertemu antara satu sama lain, kita juga menggunakan “Zoom” dan
“Whatsapp” untuk membincang tentang projek ini. Dalam perbincangan, kita berkongsi idea antara satu sama
lain untuk memastikan topik yang kita memilih menjadikan lebih menarik dan kreatif. Bukan itu sahaja, kita juga
menggunakan “Canva” untuk membuat E-Magazine kerana kita boleh membuat tugasan bersama dalam App ini.
Semasa membuat E-Magazine, saya dapat memperkenalkan banyak pengetahuan tentang seni tarian tradisional
masyarakat cina.

Kesimpulannya, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada ketua kumpulan dan juga ahli kumpulan kita
kerana bekerjasama untuk menyiapkan projek ini. Saya sangat gembira kerana boleh mengenalkan kawan dari
program lain dan belajar topik yang sama dengan mereka.

40

D

REFLEKSI

R
I

TAN KA WEY

bachelor of interior architecture

0348356

Selamat sejahtera semua. Nama saya Tan Ka Wey. Kursus yang saya sedang mengambil ialah
Bachelor of Interior Architecture. Apabila mengambil modul Tamadun Islam dan Tamadun
Asia (TITAS), saya belajar banyak perkara baru. Pada pendapat saya, saya rasa modul TITAS
sangat menarik. Untuk projek kumpulan kami, kami dikehendaki membentuk kumpulan
seramai 15 orang, memilih daripada topik yang diberikan, dan membuat kajian
mengenainya. Kumpulan kami memilih tarian tradisional masyarakat Cina.

Pada permulaan projek ini, ramai antara kami yang tidak pasti dengan tugusan tersebut dan
kami berasa sedikit janggal kerana kami tidak mengenali antara satu sama lain. Perlahan-
lahan sepanjang minggu, kami mula menjadi lebih terbuka dengan berkongsi idea kami
dalam kumpulan.

Peranan saya dalam projek kumpulan ini adalah untuk memasukkan maklumat yang ditulis
oleh ahli kumpulan lain ke dalam templat e-majalah kami. Akhirnya, saya rasa kumpulan
kami telah melakukan kerja yang baik. Ia disusun dengan baik dan semua ahli kumpulan
lain sangat membantu apabila salah seorang daripada kami tidak pasti tentang sesuatu.
Saya menikmati projek ini dan saya rasa projek ini menyeronokkan dan menarik. Saya
bersyukur kerana saya mempunyai kumpulan yang rajin dan suka menolong.

41

D

REFLEKSI

R
I

WEI KHAI YEE

bachelor in fashion design
technology

0349426

Salam sejahtera kepada pensyarah, pembaca dan rakan-rakan, nama saya Wey Khai Yee. Saya
sedang mengambil program Bachelor in Fashion Design Technology di Universiti Taylor’s Malaysia.
Sebelum saya berkongsi pengalaman saya di modul ini (TITAS), saya ingin mengucapkan terima
kasih kepada pensyarah dan semua ahli kumpulan. Sebab mereka, Saya dapat menambah ilmu
pengetahuan tentang Tamadun Islam dan Tamadun Asia dan berlatih nilai bekerjasama sebagai
seorang ahli kumpulan.

Dalam projek ini, saya bertanggungjawab dalam sebahagian kajian tentang Tari Lengan Klasik dan
Tarian Singa. Saya mendapat maklumat dari Internet dan menterjemahkan maklumat tersebut ke
Bahasa Malaysia. Walaupun tugas ini tidak mudah kerana rujukan di Internet ialah dalam Bahasa
Cina dan Inggris tetapi saya dapat belajar banyak perkataan yang baharu kepada saya. Saya juga
menambah ilmu pengetahuan tentang kegunaan dan fungsi lengan klasik, perayaan dan makna
Tarian Singa.

Selain itu, kumpulan kami selalu mempunyai perbincangan untuk lebih mengetahui fikiran ahli-ahli
kumpulan. Ini membantu kami menubahkan kumpulan yang berhubungan baik dan harmoni. Saya
selalu berkomunikasi dan menyelesaikan masalah bersama rakan-rakan. Saya berasa gembira kerana
dapat menjalankan tugas dengan ahli kumpulan yang saling menghormati dan ramah mesra.

Akhirnya, saya berasa amat bersyukur kerana dapat memperkenalkan rakan dari program lain. Saya
berharap pembaca menikmati membaca E-magazine ini dan mengenali beberapa jenis seni tarian
tradisional masyarakat Cina.

42

VIDEO

Seni Tarian Tradisional Masyarakat Cina| TITAS Group 20 (JAN 2022)

Seni Tarian Tradisional Masyarakat Cina| TITAS Group 20 (JAN 2022)

HTTPS://YOUTU.BE/TBVLHFTXHBU

43

KESIMPULAN

Kesimpulannya, Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) telah
membenarkan kami memilik banyak pengetahuan dan pengalaman baru
tentang sejarah dan fakta-fakta rakyat Cina. Selain itu, kami juga dapat
mempelajari tentang tarian-tarian tradisional Cina secara dalam, ini
adalah peluang yang jarang kerana kami tidak pernah belajar. Semasa
mengedarkan tugasan, seseorang akan mencipta jadual data untuk kami
isi supaya adil dan juga membenarkan kami memilih tugasan yang kami
suka. Akhirnya semasa kami melaksanakan tugasan kami sebagai satu
kumpulan, saya sedar bahawa kerjasama serta komunikasi antara sama
satu lain adalah sangat penting untuk menyelesaikan projek ini dengan
sempurna. Walaupun kami berbeza bangsa dan latar belakang, pendapat
dan pemikiran kami yang berbeza telah membolehkan saya melihat
sesuatu dengan perspektif yang berbeza. Secara ringkasnya, modul ini
secara peribadi sangat bermanfaat untuk kami..

44

RUJUKAN

TARIAN LENGAN KLASIK

Lu, E., 2020. What You Need to Know About the Chinese Dance ‘Water Sleeves’.

[online] Nspirement. Available at: <https://www.nspirement.com/2020/05/25/what-

you-need-to-know-about-the-chinese-dance-water-sleeves2.html> [Accessed 12

January 2022]. . [online] Available at:

百度百科 全球领先的中文百科全书Baike.baidu.com. n.d.
——

<https://baike.baidu.com/item/%E6%B0%B4%E8%A2%96/808188 3.

弦子舞 百度百科https://en.wikipedia.org/wiki/Water_sleeves> [Accessed 12 January 2022].
Baike.baidu.com. n.d. _ . [online] Available at:

<https://baike.baidu.com/item/%E5%BC%A6%E5%AD%90%E8%88%9E/3704324>

[Accessed 12 January 2022].

TARIAN SINGA

Ms.wikipedia.org. 2021. Tarian singa - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
[online] Available at: <https://ms.wikipedia.org/wiki/Tarian_singa> [Accessed 18
January 2022].
C'Kay, D., 2018. Asal-Usul Tarian Singa. [online] The Patriots. Available at:
<https://www.thepatriots.asia/asal-usul-tarian-singa/> [Accessed 18 January 2022].
Wen, X., n.d. Lion Dance. [online] Chinatoday.com.cn. Available at:
<http://www.chinatoday.com.cn/ctenglish/se/txt/2011-08/05/content_381756.htm>
[Accessed 18 January 2022].
Lion Brand Rice: Jasmine Rice Australia. 2020. What is Lion Dance. [online] Available
at: <http://www.lionbrand.com.au/blog/what-is-lion-dance> [Accessed 20 January
2022].
Wonderful World. n.d. Mengenal Makna, Sejarah, Dan Jenis Tarian Barongsai. [online]
Available at: <https://wonderfulworld999.blogspot.com/2019/12/mengenal-makna-
sejarah-dan-jenis-tarian.html> [Accessed 18 January 2022].
Ooi, M., 2013. Perayaan & makna tarian singa. [online] Tariansinga12.blogspot.com.
Available at: <http://tariansinga12.blogspot.com/2013/04/perayaan-makna-tarian-
singa.html> [Accessed 19 January 2022].

TARIAN NAGA

Chinahighlights.com. 2022. Dragon Dance for Chinese New Year 2022: Meaning,
History. [online] Available at: <https://www.chinahighlights.com/travelguide/special-
report/chinese-new-year/new-year-dragon-dance.htm> [Accessed 20 January 2022].
Chinatravel.com. n.d. Chinese New Year Dragon Dances 2022 - Meaning, Symbols.
[online] Available at: <https://www.chinatravel.com/chinese-new-year/dragon-dance>
[Accessed 20 January 2022].

45

TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version