The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ainnajihanazmi, 2021-03-25 23:12:05

Terengganu Skema Percubaan KMK S1 2019

Terengganu Skema Percubaan KMK S1 2019

SULIT* 1

Bahagian A: Puisi [25 markah]

Jawab satu soalan sahaja

1 Baca syair di bawah ini dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya.

Ya Ilahi, Ya Tuhanku,
Apakah sudah demikian laku,
Dengan berkat nenek moyangku,
Disampaikan dewata barang pintaku.

Selang tidak berapa antara,
Turunlah ribut dengan segera,
Kilat dan petir tidak terkira,
Datuk nenek turun dari udara.

Membawa sepohon batangnya pulai,
Datang dari Tanjung Balai,
Eloknya tidak ternilai,
Puteri melihat hairan terlalai.

Pulainya rendang dengan rampaknya,
Di tengah kolah terdiri dianya,
Sampailah waktu dengan janjinya,
Puteri melompat ke atas pucuknya,

Dengan berkat segala aulia,
Perkataan puteri terhentilah ia,
Belumlah sampai daya upaya,
Tiada pertemuan apakan daya.

Berlida menyahut sambil bercura,
Lemah lembut bunyi suara,
Puteri nin sudah naik udara,
Dengan bala segala tentera.

Pari pun kembali menghadap baginda,
Berdatang sembah lakunya syahda,
Daulat tuanku duli Seripada,
Tuan puteri sudah tiada.

Sudah naik ke atas udara,
Belida gerangan punya bicara,
Kepada tuanku jangan ketara,
Silakan tuanku ke laut negara.

Demi baginda mendengarkan kata,
Tunduk berhamburan airnya mata,
Putuslah harap rasanya beta,
Belumlah lagi pertemuan kita.

STPM - 922/1 2020

SULIT* 2

Terubuk berenang lalu ke laut,
Sekalian ikan ramai yang mengikut,
Hati di dalam terlalu kusut,
Bagaikan datang rasanya takut.

Kain putih bersampul pulih,
Pakaian anak raja perempuan,
Yang dicita tidaklah boleh,
Sudahlah nasib badanku tuan.

Anggur jabat tanaman Judah,
Tanam melati di jambangan,
Jangan dijabat yang telah sudah,
Rosaklah hati yang berpanjangan.

(Dipetik daripadan Majlis Peperiksaan Malaysia, [peny.], 2012.
Permata Sastera Melayu.

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, halaman 8-10)

(a) Jelaskan tiga unsur estetik dan kesannya berdasarkan puisi di atas. [9]

(b) Huraikan kepentingan syair di atas dalam konteks sarwajagat (world view) masyarakat Melayu

tradisional. [16]

Skema pemarkahan

(a) Unsur estetik dan kesannya

F1 Asonansi
H Perulangan bunyi vokal dalam baris-baris puisi. Ini akan menjadikan puisi menarik dan

indah Kehadiran bunyi vokal menjadikan lebih harmonis dan mengundang kepelbagaian
kesan pendengaran yang lunak dan memikat jiwa.

Pulainya rendang dengan rampaknya,

Perulangan volal ‘a’

F2 Aliterasi
H Perulangan bunyi konsonan dalam baris-baris puisi. Ini akan melahirkan kelunakan irama dan

rentak untuk menggambarkan perasaan dan pengalaman penciptanya.Unsur ini juga akan
menimbulkan kesan kelantangan bunyi yang diucapkan.

Perkataan puteri terhentilah ia,

Perulangan konsonan “t”

F3 Rima akhir
H Rima akhir adalah persamaan bunyi akhir dalam baris-baris puisi iaitu a-a,a-a. Persamaan ini

akan menimbulkan irama/rentak yang menarik apabila diungkapkan.

Berlida menyahut sambil bercura, a
Lemah lembut bunyi suara, a
Puteri nin sudah naik udara, a
Dengan bala segala tentera. a

STPM - 922/1 2020

SULIT* 3

F4 Simile
H Perbandingan yang menggunakan perkataan bagai, bak, umpama dan seperti

Terubuk berenang lalu ke laut,
Sekalian ikan ramai yang mengikut,
Hati di dalam terlalu kusut,
Bagaikan datang rasanya takut.

Kemukakan 3 isi
1 isi = 3 markah (1 markah fakta, 1 markah huraian, 1 markah contoh)
3 isi x 3 = 9 markah

(b) Kepentingan syair dalam konteks sarwajagat

F1 Sebagai alat untuk menyampaikan pengajaran
H Melalui syair pengajaran disampaikan secara berkias kerana sifat semulajadi orang Melayu

yang sopan santun. Dalam syair ini memberi pengajaran kepada kita supaya bijak dalam
membuat sesuatu keputusan.

Pulainya rendang dengan rampaknya,
Di tengah kolah terdiri dianya,
Sampailah waktu dengan janjinya,
Puteri melompat ke atas pucuknya,

F2 Sebagai alat hiburan
H Pada zaman dahulu syair ini diperdengarkan kepada masyarakat dalam majlis-majlis

keramaian. Ia juga sebagai mengisi masa lapang. Dalam syair ini menceritakan cinta yang
ditolak kerana perbezaan taraf. Situasi penceritaan sebegini akan memberi hiburan kepada
masyarakat terutamanya untuk menghilangkan kepenatan seharian membanting tulang.

Pari pun kembali menghadap baginda,
Berdatang sembah lakunya syahda,
Daulat tuanku duli Seripada,
Tuan puteri sudah tiada.

F3 Menggambarkan daya kreativiti masyarakat Melayu
H Masyarakat Melayu terkenal dengan sifat lemah lembut dan banyak kiasan dalam

menyampaikan sesuatu pengajaran dan kritikan. Dalam menyampaikannya ini, syair dicipta
agar menjadi lebih menarik dan memberi kesan mendalam untuk disampaikan. Ini
menunjukkan daya keativti dan imaginasi yang tinggi masyarakat Melayu dalam
menyampaikan sesuatu maklumat .

Berlida menyahut sambil bercura,
Lemah lembut bunyi suara,
Puteri nin sudah naik udara,
Dengan bala segala tentera.

STPM - 922/1 2020

SULIT* 4

F4 Sebagai alat komunikasi
H Masyarakat Melayu dahulu tidak menyampaikan sesuatu perkara secara terus, sebaliknya

disampaikan melalui syair yang diperdengarkan. Jadi syiar dijadikan alat untuk menyampaikan
maksud, hasrat, perasaan dan sebagainya.

Sudah naik ke atas udara,
Belida gerangan punya bicara,
Kepada tuanku jangan ketara,
Silakan tuanku ke laut negara.

F5 Sebagai salah satu alat kegiatan keagamaan
H Dalam syair dimasukkan juga pengajaran berbentuk keagamaan bagi mendidik dan memberi

pengajaran moral.Malah terkandung juga makna yang mendalam dan dapat memberi nasihat
yang berfaedah yang menjadi tuntutan agama.

Dengan berkat segala aulia,
Perkataan puteri terhentilah ia,
Belumlah sampai daya upaya,
Tiada pertemuan apakan daya.

Kemukakan 4 isi
1 isi = 4 markah (1 markah fakta, 2 markah huraian, 1 markah contoh)
4 isi x 4 = 16 markah

STPM - 922/1 2020

SULIT* 5

2 Baca sajak di bawah ini dan jawab soalan yang mengikutinya.

Di Titian Kemerdekaa
Dhamawijaya

telah datang angin kemerdekaan
melambai tanah air berlagu sentosa
telah gemilang sumpah kerelaan
membelai bangsa sepanjang usia.

setiap menjelang kemerdekaan ini
bergemalah di hati anak peribumi
sejahtera bangsa menggenggam kemenangan
keramat bangsa menentang keagungan.

kemerdekaan, di sini bumi beningmu dipijak
di sini langit jernihnu dijunjung
cinta kasih tiadakan retak
meski debar sengketa melanda jantung.

tanah air tercinta hamparan setia
kamilah kini pewaris kemerdekaan
seluhur suara seteguh cita
menjunjung bakti mahkota kedaulatan.

1990

(Dipetik daripada Majlis Peperiksaan Malaysia, [peny.],2012.
Permata Sastera Melayu.

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, halaman 23)

Berdasarkan sajak “Di Titian Kemerdekaan “ karya Dharmawijaya yang termuat dalam Permata
Sastera Melayu, huraikan lima mesej yang diketengahkan oleh penyajak dalam sajak tersebut. [25]

Skema pemarkahan

A: Pendahuluan [3]

1 Pengertian sajak – Sajak ialah puisi baharu yang bebas daripada peraturan-peraturan dalam
pembentukan rangkap, baris, kata dan rima.

2 Pengertian mesej – Suatu perutusan/amanat yang hendak disampaikan oleh penyajak kepada
pembaca.

3 Isi-isi yang akan dibincangkan.

B: Isi [20]

F1 Menghargai pejuang-pejuang kemerdekaan melahirkan generasi yang patriotik.
H Kita hendaklah sentiasa menghargai jasa-jasa baik para pejuang yang telah banyak berusaha

menentang penjajah demi kesenangan dan kemerdekaan tanah air tercinta. Tanpa pejuang-
pejuang ini pasti kita masih lagi dibelenggu penjajah. Oleh itu, kita perlu mengenang dan
menghargai jasa perjuang dalulu yang membolehkan kita hidup dalam keadaan selesa.

telah gemilang sumpah kerelaan
membelai bangsa sepanjang usia

STPM - 922/1 2020

SULIT* 6

F2 Mensyukuri nikmat kemerdekaan menjadikan hidup lebih aman.
Kita hendaklah menjadi manusia yang bersyukur dengan nikmat kemerdekaan dan kebebasan
yang dimiliki demi kehidupan yang bahagia dan harmoni. Kita seharusnya menikmati erti
kemerdekaan ini kerana kemerdekaan adalah detik bersejarah kepada sesuatu bangsa.

seluhur suara seteguh cita
menjunjung bakti mahkota kedaulatan

F3 Mempertahankan tanah air dapat mengelakkan daripada dijajah.
Sebagai warganegara yang cintakan tanah air, kita wajar mempertahankan tanah air daripada
dijajah semula kerana kemerdekaan yang dimiliki ini sangat mahal harganya. Sekiranya kita
leka dengan kenikmatan hidup ini, pasti suatu hari nanti tanah air akan dijajah semula.

memerdekaan , di sini bumi beningmu dipijak
di sini langit jernihmu dijunjung

F4 Tanggungjawab menlahirkan rakyat yang berani.
Kita perlu memikul tanggungjawab dan amanah yang diberikan demi mempertahankan makna

perjuangan dan kemerdekaan sebenar terhadap negara tercinta.

Kamilah kini pewaris kemerdekaan
Seluhur suara seteguh cita

F5 Mempertahankan kemakmuran dapat mengelakkan perpecahan dan ketidakstabilan
negara.
Sebagai rakyat yang cinta akan tanah air adalah tugas mereka menjaga dan mempertahankan
kemakmuran tanah air agar tidak diganggu oleh penceroboh. Kemakmuran negara rakyat
hidup selesa dan dapat meningkat kemajuan ekonomi negara. Sekiranya kemakmuran negara
tidak dijaga, rakyat berada keadaan huru hara dengan ekonomi dan politik tidak stabil malah
menyenangkan pihak laur mengambil kesempatan terhadap negara kita.

Cinta kasih tiadakan retak
Meski debar sengketa melanda jantung.

F6 Persengketaan membawa kemusnahan negara.

F7 Perasaan cinta akan tanah air dapat mengelakkan negara dari dijajah.

Kemukakan 4 isi
1 isi = 4 markah ( 1 markah fakta, 2 markah huraian dan 1 markah contoh )
5 isi x 4 markah = 20 markah

C: Penutup [2]
Harapan/pandangan/kesimpulan

Pembahagian markah :

Pendahuluan : 3 markah

Isi : 20 markah

Penutup : 2 markah

Jumlah : 25 markah

STPM - 922/1 2020

SULIT* 7

Bahagian B: Prosa Tradisional [25 markah]

Jawab satu soalan sahaja

3 Berdasarkan “Inilah Hikayat Peri Menyatakan Nabi Wafat” yang termuat dalam Permata

Sastera Melayu, huraikan pemikiran masyarakat Melayu tradisional dalam cerita ini. [25]

Skema pemarkahan

A Pengenalan [3]

F1 Konsep Sastera Agama
Cerita-cerita nabi dan tokoh-koh Islam khasnya cerita tentang Nabi Muhamad s.a.w
merupakan karya sastera bercorak naratif yang berkisar tentang peristiwa yang berlaku ke atas
diri baginda. Secara umumnya, cerita berlatarbelakangkan sejarah Islam sebenar. Gambaran
perwatakan serta latar tempat dan latar masa adalah berdasarkan peristiwa sejarah sebenar
tetapi diolah kembali dengan memasukkan unsur mitos dan lagenda.

F2 Isi yang akan dibincangkan

B Isi [20]

F1 Kelebihan dan keistimewaan Rasulullah
H/C Banyak keistimewaan yang dimiliki oleh Rasulullah iaitu diangkat sebagai kekasih Allah,

dipermulia oleh para malaikat,memiliki mukjizat

F2 Kasih sayang
H/C Sifat kasih sayang merupakan anugerah Allah yang tidak ternilai. Rasulullah menangis apabila

diberitahu saat kewafatannya telah tiba. Ini kerana Nabi sangat menyayangi ahli keluarga dan
umatnya. Begitulah sebaliknya, Fatimah dan para sahabat menangis apabila diberitahu
kewafatan baginda. Ini kerana mereka sangat menyayangi baginda .

F3 Menerima ketentuan takdir Ilahi
H/C Nabi adalah insan yang menerima takdir atau ketentuan Ilahi bahawa umurnya akan berakhir.

F4 Sikap berani mengakui kesilapan diri
H/C Rasulullah mengakui kesilapan perbuatannya ketika peperangan yang telah menyebabkan

Akasyah terkena cemeti kudanya.

F5 Jadilah insan yang pemaaf
H/C Akasyah adalah insan yang pemaaf dan tidak berniat untuk menganiayai Nabi Muhammad.

F6 Sikap saling menasihati di antara satu sama lain
H/C Nabi telah berkhutbah pada hari Jumaat dengan menasihati para jemaah agar menjadi insan

yang terbaik dan sentiasa saling memaafi di antara satu sama lain.

F7 Kewajipan melunaskan hutang
HC Nabi adalah insan yang sentiasa melunaskan hutangnya sekalipun hutang itu bukan berbentuk

material. Nabi sanggup disebat dengan cemeti oleh Akasyah sebagai salah satu cara
melunaskan hutang piutangnya sebelum beliau wafat.

STPM - 922/1 2020

SULIT* 8

Kemukakan 5 isi
1 isi = 5 markah (1 markah fakta, 2 markah huraian, 1 markah contoh )
5 isi x 4 markah = 20 markah

C: Penutup [2]
Kesimpulan/rumusan/cadangan /pandangan/penilaian

Pembahagian markah

Pengenalan = 3 markah

Isi = 20 markah

Penutup = 2 markah

=========

Jumlah 25 markah

===========

STPM - 922/1 2020

SULIT* 9

4 Baca petikan di bawah ini dan jawab soalan yang mengikutinya.

Adapun demikiam berbunyi hikayat itu, suatu hari segala menteri dan segala orang besar
menghadap Sultan dan Iyaz itu berdiri di hadapan dengan adab. Maka seorang-seorang membawa
timun hadiah kepada Sultan. Maka Sultan mengambil pisau belah timun itu dan dimakan sedikit
daripadanya dan timun itu teramat pahit pada rasanya. Maka Sultan pun tiada bertanyakan pahitnya itu
dan diberi sekerat pada Iyaz dan katanya.
“Hai Iyaz. Makanlah timun ini dihadapanku dan ceriterakan rasanya akan segala orang yang hadir ini
bahawa adakah demikian timun itu dari selamanya.”

Maka Iyaz segera ambil timun itu dimakan dengan suka yang nyata daripada kelakuannya.
Tatkala makan timun itu teramat manislah mukanya.

Apabila habis dimakannya, maka katanya,
“Subhanallah. Dari selamanya hamba belum jua makan timun yang demikian manis dan
sedapnya.”
Maka titah Sultan,
“Hai Iyaz. Bagikanlah timun itu kepada segala orang supaya nyata kebenaran katamu pada
mereka itu.”
Maka Iyaz pun memberikan timun itu pada segala orang yang hampir Sultan. Apabila mereka
merasa timun itu, maka daripada rasanya pahit teramat lagi memasamkan mukanya dan sedikit pun
tiada dimakan daripada timun dan katanya,
“Biadab sekali Iyaz ini. Di hadapan Sultan berani disebut katanya timun yang pahit dikatanya
manis.”
Makta titah Sultan,
“Hai Iyaz. Benarlah segala kata menteri dan orang besar itu dan pada rasaku pun pahit jua timun itu.
Maka betapa katamu manis.”
Maka sembah Iyaz,
“Dan bersumpah kataku itu benar jua.”
Maka titah Sultan,
Apa kebenaran katamu itu.”
Maka sembah Iyaz serta berkata,
“Bertambah-tambah umur dan daulat Syah Alam,dengan segala kebajikan. Insya-Allah Taala
dan jangan berputusan segala anugerah Syah Alam pada hamba.
Adapun dari selamanya Syah Alam memeliharakan hamba ini dan beberapa kali
dianugerahkan hamba segala nikmat yang sedap dan manis rasanya dan hamba pun adalah dari
selamanya merasai segala nikmat yang baik-baik dan pada segala ini jika sesuap pun yang pahit
dianugerahi Syah Alam akan hamba tiadalah harus hamba mengatakan pahit rasanya dan tiada harus
dizahirkan celanya dan masamnya muka hamba kerana haruslah pahit ini akan menghapuskan dengan
segala yang manis itu supaya makin bertambah-tambah anugerah Syah Alam akan hamba daripada
segala nikmat yang termanis seperti yang terdahulu itu.”
Syarat yang keempat harus segala pegawai raja itu senantiasa dalam sekalian pekerjaan dan
perkataan dan bicara dan kira-kira didahulukan daripada menuntut keredhaan rajanya supaya
bertambah pada tiap-tiap hari kebesaran dan kemuliaan ia pada antara segala manusia dengan
bicaranya yang baik itu.

(Dipetik daripada Majlis Peperiksaan Malaysia, [peny.], 2012.
“Taj Us Saalatin” dalam Permata Sastera Melayu,

Kuala Lumpur: DewanBahasa dan Pustaka, halaman 112-113)

Berdasarkan petikan di atas, bincangkan perwatakan Iyas yang patut dicontohi oleh pegawai raja.
[25]

STPM - 922/1 2020

SULIT* 10

Skema pemarkahan

A. Pengenalan [3]

F1 Taj Us Salatin tergolong dalam kesusasteraan ketatanegaraan/ sastera adab
F2 Petunjuk/ panduan/amalan/peraturan bagi golongan pentadbir
F3 Berteraskan Islam
F4 Ditulis dalam bentuk bab dan fasal/pembahagian tugas
F5 Diselitkan kisah-kisah nabi/tokoh-tokoh Islam
F6 Hujahan disokong oleh petikan al-Qurqan/Hadith/Kitab

Kemukakan 5 isi
1 isi = 1 markah
3 isi = 3 markah

B. Isi [20]

F1 Seorang yang taat pada perintah sultan.
Sifat taat dalam konteks ini bermaksud setiap hamba Melayu harus patuh terhadap sultan atau
raja atas sifatnya sebagai pemimpin dan keyakinan bahawa raja mempunyai daulat. Sikap taat
setia hamba Melayu kepada raja menjadikan mereka senantiasa menghormati sultan,
khususnya institusi raja, serta bersedia untuk menjunjung dan mematuhi titah dan perintah
sultan. Hamba Melayu yang taat kepada raja/sultan bersedia untuk melakukan apa-apa sahaja
demi memuliakan kedudukan serta memelihara keselamatan raja walaupun terpaksa
menggadaikan nyawa dan harta benda mereka. Sekiranya sifat taat ini tiada pastinya akan
tercetus situasi huru hara dalam negeri dan sultan tidak akan mampu untuk mentadbir negeri
ke arah kemakmuran serta kedamaian. Contoh Iyaz taat pada perintah sultan apabila disuruh
makan buah timun di hadapan sultan dan menceritakan rasa buah timun itu kepada segala
menteri

F2 Seorang yang bijaksana.
Sifat bijaksana yang ada pada diri seseorang dapat menjadikan seseorang itu dapat bertindak
sesuai dengan akal fikiran yang sihat disertai hati nurani yang baik. Setiap keputusan yang
diambil akan dilakukan dengan berhati-hati sehingga menghasilkan tingkah laku yang baik
dan benar sehingga tidak menyimpang dari norma-norma kehidupan dan kemanusiaan
sehingga dapat dicontoh bagi orang banyak. Sekiranya sifat bijaksana ini tiada dalam diri
seseorang maka sudah pasti keputusan atau tindakan yang diambil dilakukan secara
semberono tanpa mengambil kira hati dan perasaan orang di sekeliling.

F3 Seorang yang tahu mengenang budi.
Konsep mengenang budi ini sangat luas ruang lingkupnya. Ia meliputi akal, fikiran hati dan
kebijaksanaan dalam kehidupan, manakala berbudi selalu bersedekah, selalu memberi,
berkelakuan baik, baik hati dan pemurah. Hal inilah yang selalu ditekankan dalam kehidupan
dan budaya masyarakat Melayu sejak dahulu hingga kini. Sekiranya kita tidak mengamalkan
sifat ini dalam diri kita, maka sudah tentu kita gagal menjadi orang mempunyai peribadi yang
unggul.

F4 Seorang yang menjunjung tinggi darjat sultan.
Sultan merupakan pemimpin sesebuah negeri atau kerajaan. Sebagai seorang hamba rakyat,
sudah menjadi tanggungjawab kita untuk menjaga institusi di raja dengan menjujung tinggi
titah sultan atau raja. Sekiranya hamba rakyat tidak menjunjung tinggi darjat sultan, maka
pastinya negeri atau kerajaan menjadi tidak tenteram dan tidak aman.

STPM - 922/1 2020

SULIT* 11

F5 Seorang yang dikasihi oleh sultan.
Seseorang yang memiliki sifat dan kelakuan yang terpuji, berbudi bahasa, sopan dalam
bertutur kata akan sentiasa dikasihi oleh sesiapa pun jua termasuk sultan. Sekiranya kita tidak
memiliki sifat-sifat yang sedemikian maka kita tidak akan dipandang tinggi oleh masyarakat.
Contohnya suatu hari segala menteri dan segala orang besar menghadap Sultan dan Iyaz itu
berdiri di hadapan dengan adab

F6 Seorang yang berani mempertahankan kebenaran/pendirian.
Berani dalam mempertahankan kebenaran merupakan salah satu sikap terpuji yang harus kita
miliki dalam kehidupan sehari-hari. Berani tidak bererti kita harus berjuang dengan
mengorbankan diri kita. Melalui kata-kata dan pemikiran yang dilontarkan untuk
mempertahankan pendirian , kita sudah dianggap melakukan keberanian. Sekiranya kita tidak
mempunyai keberanian untuk mempertahankan pendirian kita maka sudah pasti pandangan
dan pendapat kita tidak dapat diselami dan digunapakai demi kepentingan semua.

Kemukakan 5 isi
1 isi = 4 markah (1 markah fakta, 2 markah huraian, 1 markah contoh)
5 isi = 20 markah

C. Penutup [2]
Calon dikehendaki mengemukakan pandangan/saranan

Pembahagian markah

Pengenalan = 3 markah

Isi = 20 markah

Penutup = 2 markah

=========

Jumlah 25 markah

===========

STPM - 922/1 2020

SULIT* 12

Bahagian C: Prosa Moden [25 markah]

5 Baca petikan cerpen di bawah ini dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya.

Dunia ini sungguh sementara. Pagi petang, siang malam gelap-cerah, bertukar datang dan
hilang. Apabila tiba waktunya, setiap suatu akan pergi. Tidak ada satu pun yang kekal lagi.

Halia ini tanam-tanaman.
Di barat juga tempat tumbuhnya;

Dunia ini pinjam-pinjaman
Akhirat juga tempat sungguhnya.

Seperti sabda Rasulullah SAW itu:

“Tidak ada apa-apa bagiku dan bagi dunia. Aku ini hanyalah umpama seorang
penunggang yang berhenti teduh di bawah sepohon pokok, kemudian akan pergi
meninggalkan pohon itu. ”

(Al-Termizi, Riadhus-Salihin, Jid.3, jlm.124)

Benar, wahai Rasulullah. Manusia ini semuanya penunggang. Ada yang menunggang keldai.
Ada yang menunggang kerbau. Ada yang menunggang unta. Ada yang menunggang gajah. Ada yang
menunggang singa. Ada yang menunggang harimau. Ada yang menunggang kuda. Pada zaman moden
ini mereka menunggang macam-macam kenderaan ciptaan manusia sendiri. Mereka menunggang
basikal. Mereka menunggang motosikal, kereta, bas, kereta api, kapal terbang dan jet supersonik.
Terdapat beribu-ribu juta manusia yang menunggang manusia. Manusia yang menunggang Dajal.
Manusia yang menunggang iblis. Manusia menunggang syaitan. Mereka semuanya sedang lelah
memacu, wahai Rasulullah! Berlumba-lumba mengejar keduniawian. Menghambat kehidupan. Bagi
mereka kaki langit ini kian menjauh. Makin tidak tercapaikan.

“Ya, Rabbi-ku.” Kataku lagi, “Mungkin tidurku yang terakhir dalam hayatku. Dengan itu,
perkenankanlah doaku. Terimalah segala taubatku. Terimalah segala ibadatku. Terimalah segala doaku.
Ampunilah dosa-dosa kedua-dua ibu bapaku. Tempatkanlah mereka di dalam tempat yang mulia di
sisi-Mu. Sekiranya kau dapat menerima walaupun sezarah segala amal ibadatku yang lalu, Aku
amanahkan kepada-Mu untuk disampaikan kepada mereka. Perkenankanlah ya Iiahi Rabbi-ku.”

Aku pun berkalih ke kanan. Pipi kanan tertekan di atas sebuah al-Quran al-Karim resam
Uthmani yang berkulit hijau tua. Sebelum terlelap, Aku pun membaca ayat-ayat akhir Surah al-Fajr;

(Dipetik daripada Majlis Peperiksaan Malaysia, [peny.], 2012.
Cerpen “Melankoli di Atas Rumput” dalam Permata Sastera Melayu,

Kuala Lumpur: DewanBahasa dan Pustaka, halaman 141-113)

(a) Jelaskan maksud ungkapan dibawah berdasarkan petikan di atas. [3]
i. Ada yang menunggang keldai [3]
ii. Terdapat beribu-ribu juta manusia yang menunggang manusia [3]
iii. Manusia menunggang syaitan

(b) Huraikankan empat mesej yang cuba disampaikan oleh pengarang cerpen “Melankoli di Atas

Rumput” sebagaimana yang terdapat dalam Permata Sastera Melayu. [16]

STPM - 922/1 2020

SULIT* 13

Skema pemarkahan

(a) Maksud ungkapan dibawah berdasarkan petikan di atas.

i Ada yang menunggang keldai [3]

Manusia yang menggunakan orang yang lemah untuk kepentingan diri sendiri. Orang yang

pintar memperbodohkan orang yang kurang ilmu. Orang yang berkuasa menindas golongan

bawahan.Orang yang mengambil kesempatan terhadap kelemahan orang lain. Ragam manusia

yang mencari perluang menggunakan kelemahan orang lain.

ii Terdapat beribu-ribu juta manusia yang menunggang manusia [3]

Manusia yang saling bergantung hidup kepada manusia lain. Manusia yang bertuhankan

manusia. Manusia yang berkuasa menjadi tumpuan untuk kesenangan diri. Manusia yang

berkuasa mengambil peluang mengekalkan kuasa dengan penindasan manusia lain. Manusia

yang lemah sanggup melakukan apa saja untuk menyambung kehidupan dengan bergantung

kepada manusia lain .

iii Manusia menunggang syaitan [3]

Manusia yang mengikut jejak syaitan. Manusia yang melakukan kejahatan untuk mencapai

tujuan masing-masing. Manusia yang mengikut kata hati yang jahat untuk menjatuhkan orang

lain. Manusia yang sanggup melakukan apa sahaja yang tidak baik untuk kepuasan diri sendiri.

Manusia yang hidup bertuhankan syaitan.

(b) Mesej yang cuba disampaikan oleh pengarang

F1 Kepentingan mengingati kematian.
H Setiap manusia yang hidup mesti percaya akan menemui ajal masing-masing. Tidak ada

sesiapa yang boleh menghalang kematian walaupun sesaat kerana kematian itu pasti terjadi
kepada setiap yang bernyawa.
C “Aku” mengatakan dunia ini hanyalah sementara dan apabila tiba waktunya setiap sesuatu
yang hidup akan mati dan tiada satu pun yang kekal di dunia ini.

F2 Keburukan sifat kejam sesama manusia.
H Sifat kejam dalam diri manusia mengakibatkan penderitaan.

Kezaliman yang dilakukan akan menyebabkan terkorbannya nyawa dan harta benda. Segala
peradaban juga hilang dan manusia yang ditindas hidup sengsara akibat daripada tiadanya
keperluan asas seperti makanan , pakaian dan tempat tinggal.
C Peperangan yang berlaku telah menyebabkan penderitaan dalam kalangan terutamanya yang
tidak bersalah. “Aku” menceritakan gambaran tentang penderitaan rakyat di Selatan Thailand
angkara peristiwa di Tak Bai yang penduduk islam di situ ditindas dengan kejam. Bergitu juga
penduduk di Palestin, Kota Baghdad dan di Afganistan yang hidup dihimpit kesengsaraan
kerana kehilangan ahli keluarga dan harta serta tiada bekalan makanan yang mencukupi.
Keluarga kehilangan ibu bapa dan juga anak-anak akibat daripada dibom dan dibunuh tanpa
peri kemanusiaan.

F3 Kepentingan beriman dengan perkara-perkara ghaib.
H Alam barzakh merupakan satu daripada perkara ghaib yang ada dalam kepercayaan orang

Islam. Manusia yang hidup pasti melalui alam kubur dan seterusnya ke alam barzakh seperti
yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T. Begitu juga dengan kepercayaan terhadap syurga dan
neraka iaitu tempat terakhir bagi manusia kelak.
C “Aku” menggambarkan tentang alam kubur yang menjadi sempit sunyi dan gelap sekiranya
seseorang yang hidup tidak mengikut perintah Allah. “Aku” juga tersedar dari tidur dan
merasakan dirinya seperti berada di alam barzakh. “Aku” juga membayangkan ibu bapanya
yang telah meninggal dunia berada di syurga.

STPM - 922/1 2020

SULIT* 14

F4 Kebaikan percaya kepada hari pembalasan.
H Setiap makhluk yang mati akan dibangkitkan semula untuk diberi pembalasan sama ada baik

atau buruk. Setiap dosa yang dilakukan akan dibalas dengan balasan yang buruk. Begitu juga
setiap kebaikan yang dilakukan akan diberikan ganjaran pahala yang akan dibalas dengan
kebaikan. Setiap perbuatan manusia yang hidup di dunia akan dihitung dan ditimbang dosa
pahala di hari pengadilan nanti dan diberikan balasan yang seadilnya oleh Allah.
C “Aku” yang bermimpi menggambarkan nasib negara-negara kuasa besar seperti Amerika dan
Israel menerima hukuman di akhirat kelak. Mereka digambarkan akan diseksa di akhirat atas
perbutan mereka membunuh dan menyiksa rakyat di Iraq, Palestin dan Afghanistan.

F5 Kepentingan mempunyai anak yang beriman.
H Seseorang yang mempunyai anak yang beriman yang dapat mendoakan kedua ibu bapa

apabila telah meninggal dunia. Doa anak-anak beriman terhadap ibu bapa akan diterima Allah
dan seterusnya dapat meringankan kehidupan ibu bapa di alam akhirat nanti.
C “Aku” sentiasa mendoakan roh ibunya dalam keadaan selamat. “aku” juga sentiasa berdoa
agar Allah mengampuni doa-dosa kedua ibu bapanya. “Aku” juga sentiasa memohon agar
mereka diletakkan ditempat yang mulia disisi Allah dan sentiasa memohon segala amal ibadat
yang dilakukannya walaupun sedikit dapat disampaikan pahalanya kepada ibu bapanya.

Kemukakan 4 isi
1 isi = 4 markah (1 markah fakta, 2 markah huraian, 1 markah contoh)
4 isi = 16 markah

STPM - 922/1 2020

SULIT* 15

6 Baca petikan drama di bawah ini dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya.

TUAN SETIAWAN TANJUNG: Demi Allah, darling! Sumpah, haram pekong, waliullah,
kudung!

(Pentas perlahan-lahan kelam. MARGA TUA duduk di kerusinya. ASIAH SAMIAH masuk
pentas. Dia riang . Dia bermain ting-ting diperhatikan oleh TUAN SETIAWAN TANJUNG,
PUAN SUARI ALIMIN, SARI-SARI BIRU, DAN SITI BUNIRAH).

MARGA TUA: Ah, beruntung Si Asiah Samiah. Sangat beruntung. Dia ditatang bagai minyak yang
penuh. Lihatlah belaian kasih sayang di sekelilingnya. Ibu bapa yang mengasihi. Orang-orang
gaji yang sentiasa memberi khidmat. Ah apa lagi yang diharapkan daripada seorang anak .
Asiah Samiah sebenarnya sangat jelita. Rasnya tidak kalah dengan Puteri Gunung Ledang,
Charlitz Theron ,kalaupun tidak semontok Monica Lewinsky…Tapi… apalah kejelitaan yang
sebenarnya. Kata orang kejelitaan itu hanya bagi penikmat saja. Macam Asiah Samiah….Anak
gadis yang baru berkembang. kecil tidak kecil, tapi seadanya, bagi anak-anak gadis lain juga
yang baru membina tubuhnya. Atau sedang mengertikan seksualitinya.
Percayalah, bila sampai masanya , Asiah samiah akan menjadi igauan setiap jejaka di
sini. Dan baik budi bahasa anak itu sebenarnya. Dia tahu adab sopan. Kualiti yang sebenarnya
jarang kedapatan pada anak-anak yang dibesarkan di tengah kemewahan sepertinya.
Saya mengagumi anak itu. Hatinya terang. Kata kawan saya, guru yang mengajarnya
mengaji ,hatinya cukup terang. Pendeknya macam dalam cerita penglipur lara apabila “ Kadi
membaca sehelai, dia membaca sejuz, kadi membaca sejuz, dia membaca tiga juz, kadi
membaca dua puluh juz, dia membaca sampai khatam”. Memang terang hati anak itu. Lagi
pula, dia tidak sombong. Budak baik dia. Saya, saya sebagai orang luar yang tentunya tidak
sedekat ayah dan ibunya atau Siti Bunirah atau Sari Saribiru boleh memerhatikan
pertumbuhannya - dari segi fizikal maksud saya.
Saya melihat kegadisannya memutik..bagai buah yang semakin memejal di
dahan…saya melihat perubahannya dari kanak-kanak pada remaja. Dan saya sedar
perubahan itu menarik perhatian ibu bapanya….juga Siti Bunirah tentunya. Dan saya percaya
Tuan Setiawan Tanjung dan Puan Suari Alimin berhak menjadi cemburu….maklumlah ibu
bapa mana tidak…..
Saya mula mendampinginya apabila saya diminta mengajarnya…ah, sebenarnya bagai
seorang munsyi mengajar bahasa. Tetapi minatnya melimpah hingga hal-hal yang lain. Dia
banyak bertanya tentang sejarah dan sastera. Dan dia suka sekali mendengar cerita. Saya
sebenarnya kehabisan cerita kerana Asiah mahukan cerita baru setiap kali saya datang
mengajarnya. Saya ceritakan kisah Pak Kaduk, Pak Pandir, Lebai Malang; saya ceritakan
cerita penglipur lara seperti Malim Dewa, Malim Deman, Anggun Cik Tunggal dan cerita
kegemarannya Awang Sulung Merah Muda. Saya ceritakan juga cerita 1001 malam, atau
Hikayat Burung Bayan, atau cerita teladan seperti Bawang Putih Bawang Merah, Si
Tenggang , Batu Belah Batu Bertangkup. Saya dongengkan riwayat dari Sejarah Melayu,
Hikayat Raja-raja Pasai. Selindung Bulan Kedah Tua atau Merong Mahawangsa. Saya
bawakan juga cerita dari China, India, malah dari pelosok dunia.

(Dipetik daripada Majlis Peperiksaan Malaysia, [peny.],2012.
Drama “Asiah Samiah” dalam Permata Sastera Melayu.

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, halaman 200-201)

(a) Jelaskan tiga perwatakan Asiah Samiah sebagaimana yang digambarkan dalam petikan di atas.
[9]

(b) Huraikan empat teknik penceritaan yang digunakan oleh pengarang berdasarkan petikan di
atas. [16]

STPM - 922/1 2020

SULIT* 16

Skema pemarkahan

(a) Perwatakan Asiah Samiah

F1 Seorang yang berbudi bahasa/bersopan santun.

F2 Seorang yang cerdik/terang hati/bijak

F3 seorang yang tidak sombong.

F4 Seorang yang baik.

F5 Seorang yang cantik.

F6 Seorang yang meminati sejarah dan sastera.

Kemukakan 3 isi
1 isi = 3 markah (1 markah fakta, 2 markah huraian/contoh)
3 isi x 3 markah = 9 markah

(b) Teknik penceritaan

F1 Monolog
H Watak-watak berbicara atau bercakap sendirian/bercakap pada diri sendiri atau memberitahu

khalayak isi hati dan pemikirannya. Menunjukkan peristiwa yang berlaku dengan jelas.
C Marga Tua menyatakan Asiah Samiah seorang yang jelita.

F2 Imbas muka/imbas depan
H Memberi gambaran tentang apa yang akan berlaku pada masa depan. Tujuan menimbulkan

kesan ketegangan khalayak atau membolehkan khalayak menerima apa yang berlakudan
bukannya diluar dugaan.
C Percayalah, bila sampai masanya ,Asiah samiah akan menjadi igauan setiap jejaka di sini

F3 Imbas kembali.
H Memasukkan peristiwa yang telah berlaku sebelum bermulanya cerita yang

dikisahkan.Tujuannnya unuk memberikan gambaran maklumat yang menjadi latar belakang
kepada cerita yang sedang dikisah..
C Marga tua mengingati kembali sewaktu beliau mendampingi Asiah Samiah sebagai seorang
munsyi mengajar bahasa.

F4 Naratif/pemerian
H Pengarang bercerita atau memberitahu secara langsung kepada khalayak tentang segala

sesuatu mengenai peristiwa yang dikisahkan. Gambaran sesuatu latar,keadaan , suasana,
peristiwa, kejadian atau seseorang watak secara langsung. Tujuannnya memperkenalkan
menjadikan gambaran lebih hidup ,seolah-olah pengarang melihat sendiri suasana atau imej
yang digambarkan.
C Penulis menggambarkan Asiah Samiah kelihatan riang bermain ting-ting sambil diperhatikan
oleh tuan Setiawan Tanjung,Puan Suari Alimin, Sari sari Biru dan Siti Bunirah.

STPM - 922/1 2020

SULIT* 17

F5 Arus kesedaran/aliran kesedaran(stream of consciousness)
H Merupakan teknik naratif yang mendedahkan segala isi dan aktiviti dalaman minda watak

pada semua tahad kesedaran untuk menggambarkan aliran yang tidak tersusun dan tidak
berkesinambungan. Isi dan aktiviti tersebut termasuklah memori, persepsi indera, emosi dan
renungan.Tujuan menyerlahkan imej, perasaan dan pemikiran yang melintasi minda watak
tanpa mementingkan logik nahu.
C Gambaran pengarang melalui gambaran pemikiran Marga Tua tentang Asiah Samiah seperti
kejelitaannya, budi bahasa, kecerdasannya dan lain-lain.

Kemukakan 4 isi
1 isi = 4 markah(1 markah fakta, 2 markah huraian, 1 markah contoh)
4 isi x 4 markah = 16 markah

Pembahagian markah

Soalan (a) = 9 markah

Soalan (b) = 16 markah

Jumlah 25markah

STPM - 922/1 2020


Click to View FlipBook Version